Anda di halaman 1dari 3

https://sifututor.

my/en/pdpr-cara-tarik-minat-pelajar-di-waktu-pandemik-covid-19/

PdPR – Cara Tarik Minat Pelajar Di Waktu


Pandemik Covid-19
Tips Mengajar / By stwazee
Tahun ini merupakan tahun kedua guru menggunakan pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pengalaman mengharungi 2020 banyak menguji
semangat warga pendidik untuk terus memberikan ilmu kepada anak bangsa.

Malahan, pendekatan PdPR ini juga agak mencabar untuk pelajar memberi
perhatian penuh walaupun guru berada di depan secara maya. Ini kerana masing-
masing berada di rumah dan ada dalam kalangan pelajar yang masih kekok dengan
proses pembelajaran di hadapan skrin monitor.

Bukan mudah untuk guru-guru mengajar ketika dalam keadaan pandemik begini.
Jadi, perlu ada taktik untuk menjadikan sesi pembelajaran ini lebih menarik dan
efektif.

1. Tingkatkan Interaksi Dengan Murid


Sebuah kajian menunjukkan bahawa hasrat hati manusia ingin menjadi sebahagian
daripada sesebuah kumpulan. Memandangkan murid dan guru dipisahkan oleh
jarak, jadi interaksi antara kedua-dua pihak menjadi sangat penting. Sebagai
contoh, warm up kelas dengan bertanyakan khabar mereka. Ini akan membuat
mereka merasa lebih selesa dan kurang kekok dalam kelas online. 

Dalam masa yang sama, guru boleh memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan
murid dengan mengingatkan mereka untuk menyalakan kamera agar kekal fokus
dan terhindar dari godaan atau gangguan yang kerap muncul apabila belajar dari
rumah.

2. Kawal Emosi
Sebagai guru, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk sentiasa berusaha
mewujudkan situasi yang ceria ketika melaksanakan proses pembelajaran. Secara
tidak langsung, situasi yang ceria akan mempengaruhi minat murid dalam aktiviti
pembelajaran dan mengelakkan perasaan tertekan. 

Namun, tidak dinafikan bahawa pengajaran dan pembelajaran atas talian


membuatkan guru dan murid berasa tertekan lebih-lebih lagi apabila berlakunya
gangguan teknikal dan sebagainya. Oleh itu guru harus kreatif dalam mencari
kaedah pembelajaran yang menarik.

3. Memberi Masa Untuk Murid Yang


Tertinggal
Umum mengetahui tidak semua pelajar memiliki kemampuan yang sama dalam
menyerap ilmu. Disamping itu, ada juga pelajar dari keluarga yang tidak
berkemampuan perlu berkongsi gajet untuk menjalani kelas atas talian dan ada juga
yang mempunyai akses internet yang terhad. Guru haruslah memainkan peranan
dan memahami situasi semua pelajar. Banyak kaedah yang boleh dilaksanakan oleh
guru untuk memastikan penglibatan semua murid dalam pembelajaran, antaranya :

 Murid boleh menghantar gambar kerja sekolah melalui aplikasi telefon


 Membuat dan memuatnaik kerja sekolah melalui Google Classroom
 Memberi latihan dalam buku teks
 Menyerahkan bahan PdP untuk ibu bapa ambil di sekolah

4. Beri Pujian Kepada Murid


Pujian didapati boleh memberikan kesan positif kepada akademik dan tingkah laku
sosial kanak-kanak. Pujian boleh diberikan kepada seorang mahupun seluruh kelas.
Gunakan ayat seperti :

 Bagus!
 Walaupun tak dapat belajar bersemuka, awak semua cekap dan cepat faham.
 Hebatnya! Ini lah kelebihan bila kita fokus dalam pelajaran.
 Cikgu bangga dengan kelas ini, semoga boleh teruskan lagi pencapaian.
Bayangkan perasaan murid-murid apabila mereka mendengar kata-kata pujian
seperti diatas. Kaedah ini akan meningkatkan motivasi pelajar untuk cemerlang dan
seterusnya melahirkan perilaku yang positif. Walaubagaimanapun, pujian yang diberi
haruslah pujian yang berkualiti dan tidak melebih-lebih.

5. Mengadakan Kuiz Interaktif


Kuiz interaktif secara real-time didapati berkesan dalam merperkasakan
pembelajaran atas talian serta dapat memberi petunjuk kepada guru untuk mentaksir
samada murid-murid memahami apa yang dipelajari.

Ramai guru meluahkan masalah yang dihadapi ketika kelas atas talian dimana
pelajar tidak memberikan respon yang baik walaupun soalan yang ditanya adalah
mudah. Apatah lagi menunggu pelajar untuk bertanya. Oleh itu, guru boleh
mendorong mereka untuk terlibat dalam kelas yang sedang berlangsung
melalui real-time quiz.

Kesimpulan
Berdasarkan tips diatas, boleh disimpulkan bahawa kejayaan guru menembusi dunia
pelajar dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan dan mencipta
hubungan baik antara guru dan pelajar. Namun, setiap pihak perlu akur bahawa
impak PdPR tidak akan sama dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah memandangkan PdPR adalah sokongan kepada proses pembelajaran
bersemuka yang tidak dapat dilaksanakan kerana sekolah ditutup akibat COVID-
19 (Sumber : Bernama).
Jadi, tenaga pengajar haruslah sentiasa mencari metod atau kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian untuk menarik minat pelajar di kala pandemik
ini. Untuk ibu bapa yang mendapati anaknya lemah dalam pelajaran dan tidak dapat
mengikuti kelas di atas talian dengan baik, eloklah dapatkan bantuan home tuition
secara 1-to-1 untuk anak anda agar tidak terus ketinggalan.

Anda mungkin juga menyukai