Anda di halaman 1dari 28

Unit Bahasa Malaysia Prauniversiti SMK.

Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor


Modul Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia Kertas 2 Bahagian C : RUMUSAN Disediakan oleh : Mohd Fadil bin Talib
01-01-2012
Hak Cipta Terpelihara

PANDUAN MERUMUS KARANGAN 1. Markah 20


1.1 Isi 1.2 Persembahan / olahan : 10 markah : 10 markah

2. Baca dengan teliti setiap perenggan untuk mengasingkan (dengan membuat garisan / menggunakan higlighter pen: 2.1 Isi 2.2 Contoh 2.3 Huraian/ keterangan lanjut 3. Masa menjawab yang dicadangkan ialah 40-45 minit 4. Setelah mengambil isi dan membuang contoh dan huraian / keterangan lanjut, buat ayat yang betul untuk menggabungkan isi-isi yang dikesan. 5. Anda boleh menggunakan penanda wacana

CARA MENCARI ISI-ISI PENTING Soalan Rumusan STPM 2008 SULIT* 3

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.
(IU:i) Tahun 2010 sudah ditetapkan sebagai sasaran untuk Malaysia menjadi pusat makanan halal dunia. Langkah menetapkan matlamat ini dilakukan untuk memastikan bahawa (IU:ii) potensi besar industri makanan halal dapat dieksploitasi sepenuhnya. (a)Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), (IU:iii) pasaran produk makanan halal dunia ketika ini semakin meningkat, (b) iaitu bernilai hampir RM600 bilion setahun. (b)Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) pula melalui satu kajian mendapati bahawa pasaran dunia bagi makanan beku halal telah (c) bertambah dan mencatat jumlah RM106 bilion. Berdasarkan potensi besar industri makanan halal, Malaysia bertindak menetapkan matlamat untuk menjadi pusat makanan halal dunia menjelang 2010. (IU:iv) Matlamat ini ditetapkan dengan harapan agar negara akan menjadi pusat pengeluaran dan (IU:v) pengumpulan pelbagai jenis produk halal yang dapat memenuhi permintaan dunia yang terus meningkat pada ketika ini. (IS1:i) Malaysia mempunyai faktor sokongan di peringkat dalaman, seperti kestabikan politik dan (d) suasana yang aman, pertumbuhan ekonomi yang pesat, suasana perdagangan yang menggalakkan, serta (IS1:ii)undang-undang dan peraturan yang berkesan. Kesemua faktor ini menjadi jalinan yang penting ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Untuk mereliasasikan matlamat tersebut, (IS2:i)pihak kerajaan melalui beberapa agensi yang berkaitan, seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi-agensi lain, (IS2:ii)sedang berusaha untuk menetapkan garis panduan yang jelas mengenai makanan halal. Hingga kini, jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri masih terus berusaha untuk mewujudkan garis panduan yang selaras (IS3:i)yang dapat digunakan oleh setiap individu dan organisasi yang terlibat dalam industri makanan halal. Penglibatan pelbagai pihak diperlukan untuk menetapkan garis panduan mengenai produk makanan halal kerana definisi makanan halal amat luas. (IS3:ii)Makanan halal bukan sahaja hanya bermaksud makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam tetapi juga (IS3:iii)makanan yang berkhasiat, tidak memudaratkan kesihatan, dan (IS3;iv)selamat dimakan oleh semua orang.
IU = 5 isi (a) cth (b) huraian/ cth (c) sama maksud dgn meningkat

IS 1 = 2 isi (d) hasil drp. Kestabilan politik (1:ii) bukan hasil kestabilan politik IS 2 = 2 isi IS 3 = 4 isi Ayat berwarna biru merupaka n keteranga n lanjut/cth

Namun begitu, satu persoalan lain telah timbul di sebalik usaha yang dilakukan ini. (IS4;i)Pembabitan pengusaha makanan tempatan dalam industri makanan ini masih kurang kerana (4:ii) mereka bimbang tidak akan mendapat manfaat seperti yang disasarkan. (IS5: i)Hal ini agak meyedihkan, apatah lagi ketika (IS5:ii) negara sudah mengorak langkah untuk menjadi pusat pengeksport produk makanan ke seluruh dunia. Untuk memastikan bahawa syarikat pengeluar makanan tempatan benar-benar memperoleh manfaat daripada kedudukan negara sebagai pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010, (IS6:i)pelbagai agensi kerajaan kini giat melaksanakan aktiviti seperti kursus dan bengkel. Semua aktiviti yang diadakan itu bertujuan (IS6:ii)untuk memberikan pendedahan tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan makanan halal kepada para pengusaha makanan tempatan.

IS 4 = 2 is IS 5 = 2 isi IS 6 = 2 isi

(K:i) Lebih banyak syarikat seharusnya mengambil inisiatif untuk memperoleh pengiktirafan bagi memastikan produk keluaran mereka boleh diterima di peringkat antarabangsa. Apatah lagi, (K:ii)kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif, seperti potongan cukai pendapatan yang selaras dengan pelaburan yang dibuat untuk pengeluaran makanan, bagi mendorong syarikat tempatan lebih banyak menceburi industri makanan yang diiktiraf dunia. Tidak ada gunanya (K:iii)Malaysia menjadi pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010 jika pengeluar makanan kita tidak mampu memanfaatkannya; sebaliknya hanya menjadi platform kepada negara-negara lain untuk mengeksport produk makanan halal mereka ke seluruh dunia. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, Mei 2003)

K = 3 isi

STPM 2011

5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan
ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180-190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Dalam usaha untuk melahirkan pekerja yang mampu berfikir kritis, kreatif, dan inovatif serta untuk memenuhi kerperluan ekonomi berpendapatan tinggi, institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan institusi terpenting yang dipertanggungjawabkan. IPT berperanan untuk menghasilkan pelajar yang akan mengisi keperluan tenaga kerja yang lebih berdaya saing di peringkat global,sekali gus memberikan impak yang positif kepada penjanaan ekonomi negara. Keberkesanan IPT dalam usaha untuk melahirkan individu yang berkeupayaan tinggi merupakan petunjuk atau pengukur kepada kualiti IPT yang berkenaan. Pada masa ini, pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keupayaan pelajar itu sendiri dan kualiti pendidikan yang diperoleh sebelum mereka memasuki IPT. Hal ini merupakan satu cabaran kepada IPT, sama ada IPT awam ataupun IPT swasta. IPT juga menghadapi cabaran untuk memastikan graduan yang dilahirkan dapat memenuhi kriteria yang diperlukan.Untuk memastikan IPT di negara ini dapat meningkatkan penghasilan siswazah yang berkualiti bagi memenuhi pasaran yang kompetitif, IPT perlu menyusun strategi dan aktiviti yang lebih berkesan dengan memberikan perhatian kepada aspek pembangunan pelajar. Di IPT, prestasi pelajar diukur berdasarkan purata nilai gred (PNG) dan purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang melibatkan kerja kursus dan peperiksaan pada pertengahan dan akhir semesta. Selain itu, penilaian terhadap kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, interpersonal, bekerja dalam kumpulan, dan kepemimpinan turut dijalankan sepanjang semester. PNG dan PNGK yang menjadi pengukur keupayaan pelajar dalam bentuk kuantitatif akan diambil kira oleh pihak majikan semasa pengambilan pekerja. Pelaksanaan Audit Prestasi Akademik (APA) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berupaya untuk menjamin prestasi dan kualiti akademik sesebuah IPT. APA berfungsi sebagai pengukur tahap kualiti akademik untuk IPT. Berdasarkan APA, IPT yang mempunyai jaminan kualiti dalaman yang tinggi akan dipelawa oleh pihak KPT untuk mendapatkan status institusi swaakreditasi. Pada peringkat awal, empat buah universiti penyelidikan di Malaysia dan empat buah cawangan universiti luar negara yang beroperasi di negara ini telah diberi status institusi akreditasi. Status yang diberikan kepada IPT tersebut melayakkan IPT yang berkenaan untuk mengakreditasi sendiri program pengajian masing-masing di bawah pemantauan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program profesional yang ditawarkan oleh IPT yang berkenaan masih perlu mendapatkan akreditasi daripada badan profesional yang berkaitan. Dengan jaminan kualiti yang diberikan, IPT dapat mengawal prestasi institusi di samping berupaya untuk meletakkan satu penanda aras kecemerlangan masing-masing. Setiap IPT haruslah bersedia untuk menghadapi segala cabaran, khususnya dalam usaha untuk menangani perkembangan bidang pendidikan yang sentiasa bergerak pantas. Hal ini memerlukan pemantauan yang berterusan dengan melakukan pemerhatian dan pengawasan yang rapi terhadap segala aktiviti pembangunan pelajar dan pemerkasaan prestasi IPT. Langkah ini akan memberikan kesan yang besar

terhadap pencapaian matlamat IPT untuk menghasilkan siswazah yang cemerlang, sekali gus menaikkan kedudukan institusi yang berkenaan ke tahap yang dapat dibanggakan dalam pelbagai bidang dan peringkat. (Disesuaikan daripada Pemerkasaan Prestasi Sektor Pendidikan Tinggi,Dewan Ekonomi, Januari 2010, halaman 4-5)

STPM 2010

5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan
ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190-200 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Pihak kerajaan mahu menaiktarafkan sektor pertanian dan industri asas tani menjadi industri penting. Pada masa yangh sama penekanan juga diberikan terhadap perindustrian berat. Tujuan langkah ini diambil adalah untuk membangunkan masyarakat di kawasan luar bandar. Sejak dahulu hingga kini, sektor pertanian merupakan salah satu sumber penting ekonomi mereka. Apabila pertanian diberi perhatian yang serius dalam agenda pembangunan negara, masyarakat luar bandar tidak akan ketinggalan. Ertinya, tiada perbezaan yang ketara antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Untuk memastikan hasrat ini menjadi kenyataan, pemberian subsidi kepada petani harus dikaji semula. Langkah ini penting untuk memberi impak positif kepada sektor pertanian. Tiada gunanya subsidi yang tinggi diberikan kepada petani yang mengusahakan tanah sekiranya mereka tidak mampu mengeluarkan hasil yang memuaskan hati. Pemberian subsidi selama ini dikatakan kurang berkesan untuk mengubah kehidupanj petani. Untuk memajukan sektor pertanian, bidang penyelidikan dan pembangunan perlu digiatkan. Ertinya, pihak yang berkenaan hendaklah melakukan penyelidikan untuk meningkatkan hasil tanaman. Usaha tersebut akan membantu petani mengenal pasti jenis tanaman yang sesuai ditanam di sesuatu tempat atau baja yang sesuai digunakan untuk tanaman tertentu. Untuk merealisasikannya, pegawai pertanian perlu turun ke ladang dan sawah untuk menyebarluaskan penemuan kajian yang dijalankan. Kerajaan juga telah banyak mengeluarkan peruntukan untuk memajukan bidang pertanian. Dana yang berjumlah RM11.4 bilion diperuntukan bagi sektor pertanian dalam rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus berbanding dengan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8). Untuk melonjakkan sektor pertanian, bukan sahaja bantuan kewangan, benih, jentera, dan teknikal perlu ditingkatkan, bahkan tumpuan khusus juga harus diberikan kepada pembangunan modal insan. Dari aspek yang lain pula, pembangunan pertanian perlu digerakkan secara bersepadu dan seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Perubahan perlu dilakukan, iaitu daripada pembangunan berteraskan industri berat, elektronik, dan teknologi maklumat dan komunikasi kepada pembangunan industri berasaskan tani. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa sektor pertanian menjadi sektor utama negara. Dengan hal yang demikian, sektor pertanian mampu meningkatkan imbangan pembayaran yang positif pada tahun 2010. Selain itu, kita juga sedar bahawa penduduk dunia yang semakin padat turut mempengaruhi permintaan terhadap bekalan makanan dan hasil pertanian. Malaysia harus mengambil peluang keemasan ini untuk menjadi negara pengeluar makanan utama. Langkah ini juga wajar dilakukan untuk memastikan bahawa Malaysia boleh menjadi negara pengeksport makanan. Perkara yang penting ialah bahawa petani perlu memiliki pemikiran yang positif dalam hal ini. Jika minda dan motivasi petani masih rendah dan tidak berdaya saing, industri pertanian negara akan terus ketinggalan. Pemikiran yang positif penting untuk memastikan bahawa matlamat untuk menjadi

negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai. Kita berharap semoga petani, orang ramai, dan penggerak sektor pertanian tidak menghampakan harapan kerajaan dan rakyat negara ini untuk mencapai matlamat bagi memajukan sektor pertanian. (Disesuaikan daripada Sektor Pertanian dalam RMK9 dalam Dewan Masyarakat, Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 48-49)

STPM 2009

5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan
ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190-200 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Dalam menjalani kehidupan harian, mungkin banyak orang yang tidak menyedari bahawa mereka tidak terlepas daripada mengambil makanan yang diubahsuai genetiknya. Banyak juga orang yang tidak peduli sama ada mereka mengambil makanan jenis ini atau tidak walaupun penghasilannya telah sekian lama menjadi isu hangat pada peringkat antarabangsa. Hal ini demikian kerana makanan ini yang disebut juga transgenik dikatakan mengancam kesihatan manusia. Di sesetengah negara, penjualan makanan ini dikawal ketat oleh kerajaan. Makanan yang diubahsuaikan genetiknya ialah makanan yang telah mengalami proses pengubahsuaian sifat genetik mikroorganismenya melalui penggunaan teknologi pengubahsuaian genetik. Misalnya, jika makanan yang diubahsuaikan genetiknya itu berasal daripada sejenis tanaman, maka ke dalam tanaman itu akan dimasukkan mikroorganisme sendiri yang telah diubahsuaikan atau mikroorganisme daripada jenis atau spesies tanaman lainnya. Mikroorganisme yang dimasukkan ke dalam tanaman ini mungkin diciptakan untuk digunakan sebagai bioracun makhluk perosak dan perisai tanaman supaya tanaman tersebut kebal penyakit. Selain itu, melalui kaedah pengubahsuaian ini sifat tanaman yang tahan bencana alam seperti kemarau dapat dibentuk. Teknologi pengubahsuaian genetik makanan yang menghasilkan tanaman yang kebal penyakit dan tahan perubahan persekitaran ini memberikan manfaat kepada penduduk di negara tertentu, khususnya negara sedang membangun, yang sering menghadapi masalah kebuluran dan perubahan cuaca yang mempengaruhi hasil tanaman. Hal ini demikian kerana tenkologi ini dapat membantu manusia menghasilkan makanan yang berasaskan tanaman dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat. Keadaan ini tentulah dapat membantu negara tertentu mengatasi masalah kekurangan makanan dan kebuluran. Tanaman yang diubahsuaikan genetiknya ini pula mendapat sambutan pengeluar, khususnya syarikat multinasional yang berasaskan pertanian. Syarikat sebegini mempunyai matlamat untuk menghasilkan produk yang banyak dalam masa yang singkat. Faktor kos penghasilan makanan yang rendah juga dapat memberikan keuntungan kepada pengeluar. Namun begitu, makanan yang diubahsuaikan genetiknya ini tidak diterima sepenuhnya di seluruh dunia. Ada juga pihak tertentu, terutamanya pejuang keselamatan makanan, yang menentang penghasilan makanan jenis ini. Apakah faktor yang mendorong penolakan ini ? Salah satu sebabnya ialah hasil beberapa kajian mendapati bahawa makanan ini mungkin boleh mengakibatkan kesan sampingan, terutamanya dalam jangka panjang. Umpamanya, tanaman yang diubahsuaikan genetiknya untuk mengeluarkan racun makhluk perosaknya turut meracuni manusia. Penggunaan teknologi pengubahsuaian genetik dan hasilnya, iaitu makanan yang diubahsuaikan genetiknya, amat menarik, namun belum ada kajian yang dibuat untuk meneliti kesan pengambilan makanan ini dalam jangka panjang. Hanya kajian jangka pendek yang

dijalankan untuk meneliti kesan yang dimaksudkan. Oleh sebab itu, kesan janka panjang pengunaan makanan transgenik ini belum dapat dibuktikan. Dalam jangka pendek, teknologi ini dapat mempercepat pengeluaran makanan tanaman secara besar-besaran. Tambahan pula, dngan iklim dunia yang tidak menentu dan berlakunya pemanasan global, teknologi ini ternyata sekali pentingnya. Dengan alas an itu, maka timbul persoalan sama ada makanan transgenik ini sesuai atau tidak untuk dijadikan makanan alernatif pada masa ini atau masa depan. (disesuaikan daripada Estidomy, Utusan Malaysia, Rabu, 28 Mac 2007, halaman 12-13)

STPM 2008 5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Tahun 2010 sudah ditetapkan sabagai sasaran untuk Malaysia menjadi pusat makanan halal dunia. Langkah menetapkan matlamat ini dilakukan untuk memastikan bahawa potensi besar industri makanan halal dapat dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pasaran produk makanan halal dunia ketika ini semakin meningkat, iaitu hampir RM600 bilion setahun. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula melalui satu kajian mendapati bahawa pasaran dunia bagi makanan beku halal telah bertambah dan mencatat jumlah RM106 bilion. Berdasarkan potensi besar industri makanan halal, Malaysia bertindak menetapkan matlamat untuk menjadi pusat makanan halal dunia menjelang 2010. Matlamat ini ditetapkan dengan harapan agar negara akan menjadi pusat pengeluaran dan pengumpulan pelbagai jenis produk halal yang dapat memenuhi permintaan dunia yang terus meningkat pada ketika ini. Malaysia mempunyai faktor sokongan di peringkat dalaman, seperti kestabilan politik dan suasana yang aman, pertumbuhan ekonomi yang pesat, suasana perdagangan yang menggalakkan, serta undang-undang dan peraturan yang berkesan. Kesemua faktor ini menjadi jalinan yang penting ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pihak kerajaan melalui beberapa agensi yang berkaitan, seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dan agensi-agensi lain, sedang berusaha untuk menetapkan garis panduan yang jelas mengenai makanan halal. Hingga kini, jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri masih terus berusaha untuk mewujudkan garis panduan yang selaras yang dapat digunakan oleh setiap individu dan organisasi yang terlibat dalam industri makanan halal. Penglibatan pelbagai pihak diperlukan untuk menetapkan garis panduan mengenai produk makanan halal kerana definisi halal amat luas. Makanan halal bukan hanya bermaksud makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam tetapi juga makanan yang berkhasiat, tidak memudaratkan kesihatan, dan selamat dimakan oleh semua orang. Namun begitu, satu persoalan lain telah timbul di sebalik usaha yang dilakukan ini. Pembabitan pengusaha makanan tempatan dalam industri makanan ini masih kurang kerana mereka bimbang tidak akan mendapat manfaat seperti yang disasarkan. Hal ini agak menyedihkan, apatah lagi ketika negara sudah mengorak langkah untuk menjadi pusat pengeksport produk makanan ke seluruh dunia. Untuk memastikan bahawa syarikat pengeluar makanan tempatan benar-benar memperoleh manfaat daripada kedudukan negara sebagai pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010, pelbagai agensi kerajaan kini giat melaksanakan aktiviti seperti kursus dan bengkel. Semua aktiviti yang diadakan itu bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan makanan halal kepada para pengusaha makanan tempatan. Lebih banyak syarikat seharusnya mengambil inisiatif untuk memperoleh pengiktirafan bagi memastikan produk keluaran mereka boleh diterima di peringkat antarabangsa.

10

Apatah lagi, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif, seperti potongan cukai pendapatan yang selaras dengan pelaburan yang dibuat untuk pengeluaran makanan, bagi mendorong syarikat tempatan lebih banyak menceburi industri makanan yang diiktiraf dunia. Tidak ada gunanya Malaysia menjadi pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010 jika pengeluar makanan kita tidak mampu memanfaatkannya; sebaliknya hanya menjadi platform kepada negara-negara lain untuk mengeksport produk halal mereka ke seluruh dunia. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, Mei 2003)

11

STPM 2007 5. Fahami petikan di bawah ini, kemudian rumuskan petikan ni dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan is kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih tiga perenggan dan panjangnya antara 180-190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir perenggan. Sektor pertanian masih menduduki tempat yang penting di Malaysia. Selain menghasilkan pendapatan, sektor pertanian juga menyediakan ruang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Rancangan pertanian baharu terus dibuka dan diteroka. Kalau dahulu pertanian diusahakan secara kecil-kecilan, tetapi kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi telah diganti dengan tanaman yang mendatangkan hasil yang lumayan. Di Malaysia, sektor pertanian mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Berdasarkan keadaan cuaca yang panas sepanjang tahun dan taburan hujan yang tinggi serta tanah yang subur, bidang pertanian dapat dimajukan ke peringkat yang optimum. Sehubungan dengan potensi itu, usaha memodenkan sektor pertanian perlu dijalankan. Dalam hal ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baru yang berasaskan pertanian. Namun begitu, potensi itu belum dimanfaatkan sepenuhnya kerana hanya kira-kira 16 peratus daripada 103 000 keluarga peneroka mengambil bahagian dalam aktiviti sampingan yang boleh menghasilkan pendapatan tambahan. Sesungguhnya, penubuhan kawasan rancangan FELDA telah berjaya meningkatkan pendapatan para petani dan penduduk luar bandar. Selain itu, rancangan tersebut juga telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 50 peratus kepada 10 peratus sahaja. Berdasarkan kejayaan tersebut, berbagai-bagai usaha perlu dilkakukan untuk menjadikan sektor pertanian negara lebih berdaya saing, terutamanya di peringkat antarabangsa. Contohnya, tanaman hendaklah dipelbagaikan. Selain itu, usaha menjadikan kawasan pertanian sebagai daya tarikan pelancong dapat dilakukan melalui promosi yang berterusan. Malaysia boleh menjadi pusat agropelancongan sekiranya lebih banyak kawasan pertanian dibangunkan dan kemudahan untuk orang ramai beriadah dan menikmati kedamaian desa disediakan. Selain itu, orientsi dan persepsi mengenai pertanian perlu diubah jika kita mahu melihat sektor pertanian menjadi maju. Pertanian tidak sepatutnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan bagi golongan bawahan. Pertanian boleh menjadi landasan untuk seseorang memperbaik taraf hidup dan sosioekonomi, malahan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kegiatan pertanian boleh menjadikan seseorang kaya raya kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan terancang. Untuk memajukan sektor pertanian, program penyelidikan secara besar-besaran perlu dijalankan, khususnya untuk menningkatkan hasil keluaran sektor tersebut. Kejayaan kita memajukan sektor pertanian dapat mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Program untuk memajukan bidang pertanian harus dapat menarik anak muda kembali ke desa untuk mengusahakan tanah yang belum dimajukan. Tarikan itu boleh berupa penyediaan kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan segala bantuan yang diperlukan untuk mengusahakan satu-satu kawasan pertanian.

12

Kegiatan pertanian tradisi harus diganti dengan aktiviti pertanian yang lebuih moden. Tanah-tanah yang tidak produktif harus ditebus guna dan tanah yang bersaiz kecil disepadukan untuk dijadikan kawasan pertanian yang berskala besar. Dengan beberapa perubahan yang dilakukan itu, sektor pertanian negara dapat berkembang dan ditingkatkan hasil keluarannya. Dengan beberapa perubahan yang dilakukan itu, sektor pertanian negara dapat berkembang dan ditingkatkan hasil keluarannya. Dalam hal ini, kerajaan boleh membantu sektor ini membuka, mencari, dan mendapatkan pasaran baharu untuk setiap keluaran pertanian negara kita. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Era Baru Pertanian Negara, halaman 19-20)

13

STPM 2006 5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170-180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Iklan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pengguna. Selain memujuk pengguna supaya membeli barang atau perkhidmatan , iklan juga berperanan memberikan maklumat tentang sesuatu produk. Iklan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk kepercayaan pengguna bahawa apa-apa yang diiklankan itu ialah sesuatu yang penting. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memujuk dan menarik perhatian para pengguna. Antaranya termasuklah penggunaan media, seperti akhbar, majalah, radio , televisyen, papan iklan, dan risalah. Industri pengiklanan berkembang dengan begitu pesat di seluruh dunia dan melibatkan perbelanjaan yang amat besar setiap tahun. Di Malaysia , pengiklan merupakan bidang komersial yang menguntungkan dan cepat berkembang. Pada tahun 1985, perbelanjaan untuk tujuan pengiklanan berjumlah RM 419 juta. Jumlah itu meningkat kepada beberapa billion ringgit dalam jangka masa tidak sampai 20 tahun. Agensi pengiklanan sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk menarik perhatian para pengguna terhadap imej dan jenama sesuatu barang dan perkhidmatan yang ditonjolkan. Mereka menggunakan strategi psikologi dan psikoanalitik untuk mempengaruhi pengguna supaya membeli produk yang diiklankan. Pihak pengeluar dan pengiklan juga telah menambah fungsi sesuatu barang. Imej yang selalu diketengahkan oleh beberapa iklan ialah golongan remaja yang segak apabila menggunakan sesuatu produk biarpun harganya mahal dan tidak mampu dimiliki oleh mereka. Bagi iklan syampu dan produk kecantikan , para pelanggan biasanya mengetengahkan model yang cantik untuk memperdayakan para pengguna bahawa dengan menggunakan produk keluaran mereka, pengguna juga akan kelihatan menawan seoperti model tersebut. Hal ini membuktikan bahawa terdapat iklan tertentu yang gagal memenuhi ciri yang dikehendaki dalam sesuatu iklan komersial. Satu lagi taktik yang sering digunakan adalah dengan mengusik perasaan pengguna. Pengiklan mewujudkan keadaan bimbang kepada pengguna dengan pelbagai cara termasuklah memperlihatkan individu yang diketepikan oleh rakan atau pasangannya apabila mukanya berjerawat, rambutnya berkelemumur, kulitnya gelap, badannya berbau, badanya gemuk dan sebagainya.Iklan sebegini sengaja menimbulkan keraguan dan rasa bersalah pengguna jika mereka tidak menggunakan produk yng dikeluarkan oleh pengiklan. Iklan seharusnya mengingatkan pengguna tentang barang atau perkhidmatan dan memberikan keyakinan kepada para pembeli bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat. Iklan yang baik seharusnya mempunyai tarikan yang menyentuh kepentingan diri pengguna dengan menunjukkan bahawa barang yang diiklankan itu menepati fungsi yang dikehendaki. Kegagalan iklan melaksanakan peranannya, lambat-laun akan menyebabkan hilangnya kepercayaan dalam kalangan pengguna.

14

Sehubungan dengan itu, sudah tiba masanya Kod Amalan Pengiklanan Malaysia diperketat untuk mengelakkan pengiklan daripada terus membuat dakwaan yang tidak berasas dan mengelirukan. Tindakan yang lebih tegas perlu diambil terhadap pengiklan yang menipu pengguna dengan menyelitkan unsur lucah dan menjadikan unsure seks sebagai daya tarikannya. Pengeksploitasian wanita dan kanak-kanak melalui iklan perlu dihentikan dengan memastikan bahawa model yang digunakan bersesuaian dengan produk yang diiklankan. ( Dipetika dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat , Jun 2002)

15

STPM 2005

5 .Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan perkara ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.
Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita kini semakin meningkat. Kita tidak dapat menyembunyikan statistik yang mencatatkan kegawatan sosial dalam kalangan remaja kita yang kian membimbangkan ini. Demikian juga halnya dengan masalah disiplin di sekolah, yang nampaknya semakin tidak menyenangkan pelbagai pihak. Hari ini, banyak anak muda yang terlibat dalam kes lari dari rumah, menagih dadah, melepak, dan melakukan jenayah. Golongan remaja membentuk lebih 40 peratus daripada penduduk negara ini dan mereka yang berumur antara 15 hingga 30 tahun dianggar berjumlah 9.25 juta orang. Mereka menjadi harapan kita bagi meneruskan kesinambungan bangsa dan negara. Memandangkan hakikat ini, maka kepincanganyang melibatkan mereka mesti diberi perhatian yang serius dan harus difikirkan ubat yang mujarab untuk memulihkannya. Persoalan yang harus kita fikirkan sekarang ialah keberkesanan pelbagai program yang telah dijalankan selama ini dalam membentuk semula anak-anak yang sudah tejebak itu agar mereka menjadi manusia yang berkualiti. Adakah program yang telah disediakan itu mampu membentuk akhlak yang baik, mampu menjimatkan kekuatan mental dan moral yang tinggi, serta mampu memantapkan akliah-rohaniah mereka agar kelak mereka memiliki sifat-sifat kepemimpinan yang berdaya saing, bermaruah, dan berbudaya tinggi? Kita percaya bahawa masyarakat yang berkualiti semestinya memerlukan pengorbanan dan pengegemblengan tenaga semua pihak; kerajaan, sistem pendidikan, badan korporat, organisasi bukan kerajaan, media massa, dan institusi kekeluargaan itu sendiri. Program yang menyeluruh, bersepadu, dan yang membabitkan semua pihak perlu dirangka dan dilaksanakan. Kita tidak boleh menunggu sehingga keadaan menjadi parah kerana apabila sudah demikian halnya maka apa jua usaha yang diambil akan menjadi kurang berkesan. Atas kepekaan terhadap masalah inilah, maka kerajaan memperkenalkan Pelan Induk Tindakan Sosial (PINTAS) yang membabitkan pelbagai pihak, iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta, ibu bapa, dan individu tertentu. Dengan penglibatan pelbagai pihak, masyarakat akan sedar bahawa masalah remaja bukan lagi merupakan masalah pinggiran, tetapi memerlukan sesuatu pendekatan yang menyeluruh dan benar-benar berkesan. Soal meletakkan kesalahan antara satu dengan yang lain diharapkan tidak akan timbul lagi. Kita percaya bahawa program yang diperkenalkan ini bukan sahaja menitikberatkan pembinaan fizikal dan kebendaan, tetapi juga menekankan pembentukan sahsiah, akhlak, dan sahsiah anak-anak kita. Mereka seharusnya dilatih menggunakan keupayaan berfikir secara analitis dan kritis agar dapat bertindak secara rasional, di samping tidak pula mengetepikan ajaran agama yang dianuti. Dengan kata lain, mereka seharusnya dapat memahami tuntutan kelahira; bermula daripada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, alam, peradaban, hinggalah aspek yang berkaitan dengan ketuhanan.

16

Pada hakiaktnya, teras kepada semua ini ialah pendidikan. Dalam konteks ini, pendidikan yang dimaksudkan meliputi pendidikan formsl dan pendidikan tidak formal. Dalam pendidikan tidak formal, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik yang boleh merangsang anak-anak untuk bertindak dan berkelakuan sebagai insane yang berakhlak mulia. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah menerima hakikat bahawa pedidikan moral dan akhlak sukar dilaksanakan kalau semata-mata bergantung pada fungsi guru dan sekolah. Nilai-nlai akhlak yang murni sebenarnya bermula dari rumah dan diperkukuh dengan pendidikan di sekolah. Kita perlu sedar bahawa individu ialah sebahagian daripada sesebuah keluarga, manakala keluarga pula menjadi paksi kepada pembentukan sebuah masyarakat. Sekiranya baik individu, maka baiklah keluarga dan masyarakat. Untuk membina sesebuah masyarakat cemerlang, permasalahan keluarga mestilah diselesaikan terlebih dahulu. Sekiranya keluarga terurus maka terbentuklah sebuah masyarakat yang bermaruah dan berbudi pekerti mulia. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 25 Julai 1998)

17

STPM 2004 5. Fahami petikan di bawah ini dan kamudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 160 hingga 170 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Daripada perspektif konvensional, sekolah ialah institusi awam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pendidikan negara berlandaskan dasar dan falsafah yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, sekolah menjadi sumber harapan pelbagai pihak, atau menjadi tempat bagi pelbagai pihak memanjangkan harapan masing-masing. Misalnya, ibu bapa mengharapkan pihak sekolah memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka, sama ada dari segi rohani atau jasmani. Masyarakat mengharapkan pihak sekolah melahirkan generasi pelapis yang berketrampilan dan berkeupayaan memelihara dan meneruskan kemajuan yang berterusan. Negara pula mengharapkan pihak sekolah menghasilkan intelek yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan menyemarakkan kesejahteraan diri, di samping dapat memberi sumbangan dari aspek kerohanian dan kemakmuran bangsa dan negara secara aktif, berterusan, dan ikhlas. Tegasnya, cabaran baru itu menuntut dan mendesak supaya sekolah menjadi institusi yang lebih dinamik dan progresif. Peranan asas sekolah untuk melaksanakan program pendidikan secara bersepadu dikemas kini dan ditingkatkan. Hal ini dilakukan demi memastikan setiap murid atau pelajar mendapat peluang pengetahuan yang sama, di samping memastikan setiap individu mengalami perkembangan intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara menyeluruh. Unsur-unsur baharu yang menjadi teras kepada usaha menangani cabaran yang mendatang, tidak boleh tidak, terpaksa ditambahkan dalam kurikulum sekolah. Prosan pengajaran dan pembelajaran juga perlu diubahsuai daripada yang berpusatkan guru kepada yang memberi peluang seluas-luasnya kepada murid atau pelajar mengembangkan potensi masing-masing, di samping mendapat kesempatan untuk memperoleh pengalaman dan kemahiran menggunakan teknologi. Sekolah telah melaksanakan kurikulum reka cipta dengan matlamat untuk melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif, dan inventif. Pelajar ini diharap boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu reka cipta. Oleh itu, generasi pelajar ini akan menjadi generasi penyumbang kepada pembangunan teknologi negara. Antara objektif yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut adalah menghasilkan murid atau pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif, inventif, dan peka terhadap teknologi sesuatu reka cipta; peka terhadap teknologi semasa dan tempatan, meminati bidang keusahawanan dan mengamalkan ciri seorang usahawan, dan bersikap sabar, tekun, ingin tahu, berdaya saing, serta menginsafi akan keagungan Tuhan. Hal ini bermakna bahawa langkah awal mewujudkan Jaringan Pendidikan, iaitu suatu sistem rangkaian komputer yang membolehkan sekolah di seluruh negara berinteraksi melalui aktiviti terancang dan berorientasikan kemahiran mencari, menilai, dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan perlu dimulakan. Langkah ini akan menjadikan bidang pendidikan negara lebih moden dan berteraskan teknologi tinggi serta bersifat global, khususnya apabila sistem Jaringan Pendidikan berjaya

18

digabungkan dengan sistem internet yang membolehkan pentadbir, guru, dan pelajar di Malaysia berkomunikasi dengan pentadbir, guru, dan pelajar di seluruh dunia. Permodenan kaedah dan pensejagatan kurikulum pendidikan sebagai strategi untuk menghadapi cabaran yang datang memerlukan iltizam dan kreativiti pelbagai pihak, khususnya pihak pengurusan sekolah. Perancangan yang komprehensif dengan disusuli pelaksanaan yang bersungguh-sungguh melalui pengurusan yang dinamik dan kreatif adalah satu-satunya cara untuk memantapkan fungsi sekolah. Oleh itu, salah satu faktor yang membezakan antara sebuah sekolah dengan sekolah-sekolah yang lain ialah kreativiti pengurusan Strategi terbaik untuk memenuhi kriteria kecemerlangan adalah dengan berusaha mencari dan menghasilkan kelainan yang kreatif tetapi positif. Sesuatu yang perlu dilakukan ialah menggemblengkan sumber-sumber yang ada, mengurus proses kreatif, dan menyerapkan semua teknologi dan maklumat yang ada berlandaskan matlamat tanpa menyisihkan teori dan dapatan yang wajar. Tegasnya, pengurusan yang berlandaskan kreativiti menjadi semakin penting diwujudkan di sekolah-sekolah. Ini merupakan satu lagi cabaran yang perlu ditangani dengan segera. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Julai 1995)

19

STPM 2003 5. Fahami petikan di bawah ini dan kamudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan Selama ini banyak penekanan diberikan kepada sector industri dan perkilangan hingga menyebabkan kepentingan sektor pertanian agak terabai. Era siber yang berkembang pesat hampir menenggelamkan sektor pertanian yang pada suatu masa dahulu menjadi pengibar bendera negara.Kita banyak menarik pelabur asing untuk melabur dalam sektor industri, tetapi kurang percubaan untuk mempergiatkan usaha dalam aktiviti pertanian, termasuk memproses hasil pertanian. Hal ini membuktikan bahawa tumpuan kita sekarang amat ketara dalam bidang perindustrian. Keadaan ini tidak seharusnya dibiarkan berterusan. Pada hakikatnya, sektor pertanian memerlukan lebih banyak sokongan dan insentif jika ingin terus dimajukan. Dalam konteks wawasan 2020 yang menekan kan sektor industri, sektor pertanian akan terus terketepi jika tiada isentif menarik diberikan.Bagi tujuan ini, mungkin dasar galakan bagi sektor perindustrian perlu dikaji semula agar sektor pertanian tidak terus terjejas. Keadaan ini tentunya merisaukan kita, khususnya apabila negara mengalami kemelesetan ekonomi. Ketiadaan sokongan terhadap setor pertanian akan mengamcam masa depannya dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha sektor ini dan terus bertambah sengit. Kita patut memikirkan masalah ini dengan kesedaran bahawa sektor pertanian amat penting untuk menyediakan bekalan makanan yang menjadi keperluan asas kepada kehidupan kita. Perdana Menteri telah mengutarakan wawasan terbaru, iaitu menjadikan Malayasia sebuah negara pengeluar makanan selepas mencapai kemajauan dalam perkembangan industri. Wawasan tersebut diutarakan tentunya atas k Kesedaran betapa perlunya kita mengeluarkan bahan makanan kita sendiri. Kalau selama ini kita banyak mlebih mengimport makanan, maka sudah tiba masanya jumlah import itu dikurangkan. Sebaiknya kita perlu lebih bergantung kepada hasil makanan yang kita keluarkan sendiri. Kita mempunyai banyak keistimewaan dalam bidang ini, terutama dari segi kesuburan tanah. Sektor pertanian kalau diusahakan secara moden dan menyeluruh memang dapat menjana perkembangan ekonomi negara. Kalau dalam sektor industri kita menjemput pelabur asing, tentunya tidak ada salah bagi sektor ini juga diambil langkah yang sama. Usaha harus dipertingkatkan untuk menarik pelabur asing, bukan sahaja dalam pengusahaan ladang, tetapi juga dalam kegiatan pemprosesan hasil, pengeluaran jentera pertanian, dan dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran petani. Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa bidang penyelidikan dan pembangunan ( P & P ) bagi sektor ini amat perlu diberi keutamaan. Langkah ini penting untuk meningkatkan hasil dan mutu tanaman serta ternakan agar sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan tempatan. Kepentingan pembangunan dalam P & P untuk memajukan sector pertanian dapat kita buktikan di negara-negara yang lebih maju di sektor ini, seperti di Kanada, Australia dan New Zealand. Kemajuan mereka berasaskan kecanggihan teknologi yang ditemui melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan

20

secara berterusan. Dalam konteks di Malaysia, peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ) harus ditingkatkan. Peruntukan dan kepakaran harus ditambah, jika benar-benar mahu memajukan lagi sektor ini. Bagi memastikan sektor pertanian di negara kita berkembang pesat, kita perlu bersedia meninggalkan amalan pertanian tradisional yang kurang meberikan keuntungan itu. Bidang pertanian perlu diberikan nafas baru dengan memanfaatkan pelbagai sumbangan sains dan teknologi moden. Hal ini memerlukan usaha yang menyeluruh, yang bukan sahaja melibatkan aspek pengusahaan dan pemprosesan yang bersifat komersial, tetapi juga aspek pemasaran, kajian, dan penyelidikan. Hal yang lebih penting lagi ialah pemupukan minat dan keyakinan pengusaha terhadap sector ini. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 25 September 1999)

21

STPM 2002 5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Dengan segala kecanggihan dalam bidang teknologi maklumat yang kian menyemarak, dunia kini menjadi semakin kecil. Semua peristiwa penting yang berlaku di mana-mana bahagian dunia akan menjadi berita sejagat dalam masa yang singkat, malah kerap pula diperoleh secara terus di dalam bilik tidur kita. Sesungguhnya, era siber telah mewujudkan sebuah dunia tanpa sempadan dengan langit yang tidak lagi tertutup. Salah satu ciri penting dalam perkembangan teknologi maklumat sekarang ialah perkhidmatan internet, iaitu satu talian ajaib yang boleh menyalurkan berjuta-juta fakta dan data, mengenai pelbagai perkara dari seluruh pelosok dunia. Hanya dengan menekan butang-butang tertentu pada papan kekunci, maklumat yang diperlukan akan terpapar di skrin komputer kita; semuanya jelas, menarik, dan berwarna-warni. Sama hebatnya dengan lampu ajaib dalam dongeng Aladdin yang popular itu, internet ialah bukti kecemerlangan sains dan teknologi pada abad ini. Kita perlu ingat bahawa lampu Aladdin hanyalah satu khayalan, tetapi internet ialah satu kenyataan yang amat mengagumkan. Bayangkan! Betapa seribu satu macam perkara dan peristiwa boleh diketahui dalam sekelip mata. Dengan menggunakan internet, semua maklumat kini berada di hujung jari. Kedudukan terkini bursa saham seluruh dunia, kadar pertukaran wang asing, misteri cakerawala, penemuan baharu dalam bidang perubatan, skandal pemimpin dunia, El-Nino, La-Nina, hidupan liar, cacing kerawit, madah pujangga, malah segala perkara yang ingin diketahui, boleh diselongkar dalam jaringan internet. Pendek kata, internet ialah pusat sumber dan pangkalan data terbesar yang paling hampir dengan kita dan boleh digunakan pada setiap saat. Dengan bayaran 90 sen sahaja untuk sejam, satu kadar termurah di dunia, kira-kira 500,000 pelanggan internet berdaftar di negara ini boleh menjelajah dan singgah di laman web yang jumlahnya berjuta-juta di seluruh dunia untuk mendapatkan berbagai-bagai maklumat. Jika digunakan secara bijaksana, internet sebagai penyalur maklumat utama memang amat bermanfaat untuk memperkaya dan menjana perkembangan minda. Walau bagaimanapun, sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke serata ruang tanpa sempadan, internet juga ialah kilang segala sampah sarap yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para remaja. Terdapat banyak laman web yang mendedahkan bahan negatif, termasuk propaganda mengenai fahaman tertentu, penghinaan terhadap agama, unsur yang bercanggah dengan budaya dan kesopanan kita, dan berbagai-bagai bentuk kelucahan. Malah, sejak kebelakangan ini, internet telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah, khabar angin, gossip liar, dan berita palsu. Sesetengah bahan negatif yang disebarkan memang mendatangkan kesan buruk. Sebagai contoh, apabila wujud khabar angina tidak lama dahulu kononnya akan terjadi rusuhan di Kuala Lumpur, orang ramai panik dan menyerbu pasar raya untuk membeli makanan. Banyak pihak menyatakan kebimbangan dan keprihatinan terhadap penyebaran bahanbahan negatif menerusi internet. Jabatan Perpaduan Negara sudah pun menubuhkan

22

satu unit khas untuk mengesan dan mengawasi pihak yang menyebarkan maklumat palsu dalam internet. Pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin melalui internet. Tetapi bolehkah sampah sarap dinyahkan daripada internet? Sebenarnya kecenderungan menggunakan internet untuk menyebarkan bahan-bahan negatif sukar disekat. Undang-undang untuk mengawasi perkara ini memang ada, tetapi tiada sesiapa yang berupaya mengesan dan mengawasi berjuta-juta laman web di internet. Malah, Koridor raya Multimedia yang sedang pesat dibangunkan akan membuka seluas-luasnya pintu internet. Satu cara untuk membebaskan diri daripada pengaruh negatif dalam internet ialah menerusi kematangan dan kewajaran memilih maklumat. Kita sendiri mesti membina kekebalan dalaman dan salah satu caranya ialah menerusi asas keagamaan yang kukuh, agar kita tidak mudah menerima dan terpengaruh dengan sampah sarap dalam internet. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, November 1999)

23

STPM 2001 5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya 180 hinggan 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan Semua orang bersetuju bahawa sekiranya jika hendak melentur buluh biarlah ketika rebung. Memang nenek moyang kita bijak dan pandai sekali memberi pengajaran. Tetapi, kelihatan bahawa generasi sekarang tidak begitu arif dan tidak belajar daripada kebijaksanaan orang-orang tua dahulu. Hal ini amat benar berkaitan dengan persoalan bahan bacaan untuk anak-anak kita dalam konteks pembinaan masyarakat Malaysia. Pada masa ini kita mengeluh tentang hakikat bahawa generasi muda kita tidak gemar membaca. Satu kajian yang dibuat beberapa tahun dahulu menunjukkan bahawa purata tiap-tiap warganegara kita membaca satu buku dalam setahun! Gambaran ini begitu memeranjatkan kerana jika demikian halnya, bagaimana kita hendak maju ? Satu persoalan pokok yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan hal ini ialah bahan bacaan. Dalam keghairahan kita memupuk minat membaca, andaian utama dalam perkiraan semua pihak ialah bahawa telah wujud bahan bacaan yang mencukupi, menarik, dan sesuai. Andaian ini nampaknya bersifat andaian semata-mata. Jika diteliti keadaan bahan bacaan yang ada dalam masyarakat kita kini, jelas sekali terdapat kekurangan. Satu sifat masyarakat yang maju, seperti masyarakat Barat dan Jepun ialah adanya bahan bacaan yang mencukupi, termasuk untuk golongan kanak-kanak. Bukan sahaja terdapat jumlah buku yang banyak, malah kekayaan bahan bacaan ketara dalam hal kepelbagaiannya juga. Pilihan yang ada pada kanak-kanak berhubung dengan bahan bacaan sungguh mengagumkan. Ada buku yang menggalakkan tabiat melukis warna, ada buku untuk memperkenalkan huruf-huruf abjad, buku untuk mereka yang baru mula membaca yang penuh dengan gambar-gambar yang menarik, buku untuk budak lelaki dan budak perempuan, buku untuk penggemar cerita misteri dan pengembaraan, buku cerita rekaan dan khayalan, dan bermacam-macam lagi untuk memikat selera yang berbagai-bagai. Tidak kira berapa umur seseorang kanak-kanak itu, pasti ada buku yang sesuai dengan kebolehan dan minatnya yang berfungsi pula untuk membantu perkembangan mentalnya. Sejak kecil, buku menjadi temannya, dan sambil sianak itu membesar secara fizikal, dia dapat membaca ratusan buku yang ditulis selaras dengan kemajuan yang berlaku dalam aspek mentalnya. Kanak-kanak dalam masyarakat sedemikian tidak pernah ketandusan buku-buku yang sesuai, baik yang berhubung dengan minatnya mahupun yang bersesuaian dengan taraf pemikiran dan perkembangan mentalnya. Bahkan, sebagaimana terdapatnya buku-buku klasik dalam khazanah pembacaan orang-orang dewasa. Maka dalam kesusasteraan kanak-kanak juga terdapat bentuk klasiknya yang tersendiri. Melalui buku-buku ini, kanak-kanak berkongsi beberapa pengalaman yang sama dan membesar dengan dipupuk oleh minat yang terkandung dalam buku-buku tersebut. Dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak Inggeris misalnya, siri buku yang dihasilkan oleh penulis terkenal, Enid Blyton, seperti The Famous Five dan The Secret Seven tidak asing lagi. Tiap-tiap buku dalam siri ini dibaca, dihayati, dan

24

dibincangkan oleh ribuan kanak-kanak. Apabila mereka dewasa, watak-watak itu tetap dihayati kerana mereka membawa kenangan manis dan nostalgia. Pengalaman seperti ini dinikmati oleh masyarakat Malaysia generasi pramerdeka dan zaman peralihan, iaitu mendapat pendidikan utama dalam bahasa inggeris. Generasi ini terdedah kepada bahan bacaan kanak-kanak dalam bahasa Inggeris, yang kemudiannya disusuli dengan karya-karya kesusasteraan Inggeris yang lain melalui mata pelajaran Kesusasteraan dan bahan-bahan bacaan luas yang lain. Bagi generasi ini, pengalaman membaca merupakan satu pengalaman yang membina. Tidak demikian halnya dengan kanak-kanak pada zaman ini. Penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak menggalakkan pembacaan karya-karya yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan ini, mereka sepatutnya terdedah kepada karya-karya dalam bahasa kebangsaan. Malangnya, walaupun usaha telah dibuat untuk menyediakan buku bacaan bagi golongan kanak-kanak dalam bahasa kebangsaan, namun jumlah dan kepelbagaiannya belum mencukupi. Daya tarikannya juga belum terserlah dan akibatnya minat membaca menjadi terbantut. Hal ini perlu sama-sama kita renungi. Usaha dan langkah yang cukup berkesan harus dilaksanakan segera kerana kita tidak mahu melihat keadaan ini akan terus menyebabkan masyarakat kita, khususnya generasi muda ketandusan bahan bacaan, dan seterusnya tidak terpupuk minat untuk membaca. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pelita Bahasa, Mei 1990)

25

STPM 2000 5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Sektor pertanian masih menduduki tempat yang penting di Malaysia. Selain menghasilkan pendapatan, sektor pertanian juga menyediakan ruang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Rancangan pertanian baharu terus dibuka dan diteroka. Kalau dahulu pertanian diusahakan secara kecil-kecilan, tetapi kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi telah diganti dengan tanaman yang mendatangkan hasil yang lumayan. Di Malaysia, sektor pertanian mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Berdasarkan keadaan cuaca yang panas sepanjang tahun dan taburan hujan yang tinggi serta tanah yang subur, bidang pertanian dapat dimajukan ke peringkat yang optimum. Sehubungan dengan potensi itu, usaha memodenkan sektor pertanian perlu dijalankan. Dalam hal ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baru yang berasaskan pertanian. Namun begitu, potensi itu belum dimanafaatkan sepenuhnya kerana hanya kira-kira 16 peratus daripada 103 000 keluarga peneroka mengambil bahagian dalam aktiviti sampingan yang boleh menghasilkan pendapatan tambahan. Sesungguhnya, penubuhan kawasan rancangan FELDA telah berjaya meningkatkan pendapatan para petani dan penduduk luar Bandar. Selain itu, rancangan tersebut juga telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 50 peratus kepada 10 peratus sahaja. Berdasarkan kejayaan tersebut, berbagai-bagai usaha perlu dilakukan untuk menjadikan sektor pertanian negara lebih berdaya saing, terutamanya di peringkat antarabangsa. Caontohnya, tanaham hendaklah dipelbagaikan. Selain itu, usaha menjadikan kawasan pertanian sebagai daya tarikan pelancong dapat dilakukan melalui promosi yang berterusan. Malaysia boleh menjadi pusat agropelancongan sekiranya lebih banyak kawasan pertanian dibangunkan dan kemudahan untuk orang ramai beriadah dan menikmati kedamaian desa disediakan. Selain itu, orientasi dan persepsi mengenai pertanian perlu diubah jika kita mahu melihat sektor pertanian menjadi maju. Pertanian tidak sepatutnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan bagi golongan bawahan. Pertanian boleh menjadi landasan utnuk seseorang memperbaik taraf hidup dan sosioekonomi, malahan tidak keterlalauan jika dikatakan bahawa kegiatan pertanian boleh menjadikan seseorang kaya-raya kalau diusahakan dengan sungguh-sungguh dan terancang. Untuk memajukan sektor pertanian, program penyelidikan secara besar-besaran perlu dijalankan, khususnya untuk meningkatkan hasil keluaran sektor tersebut. Kejayaan kita memajukan sektor pertanian dapat mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Program untuk memajukan bidang pertanian harus dapat menarik anak muda kembali ke desa untuk mengusahakan tanah yang belum dimajukan. Tarikan itu boleh berupa penyediaan kemudahan asas, pinjaman, insentif dan segara bantuan yang diperlukan untuk mengusahakan satu-satu kawasan pertanian. Kegiatan pertanian tradisi harus diganti dengan aktiviti pertanian yang lebih moden. Tanah-tanah yang tidak produktif harus ditebus guna dan tanah yang bersaiz kecil

26

disepadukan untuk dijadikan kawasan pertanian yang berskala besa. Dengan beberapa perubahan yang dilakukan itu, sektor pertanian negara dapat berkembang dan ditingkatkan hasil keluarannya. Dalam hal ini, kerajaan boleh membantu sektor ini membuka, mencari dan mendapatkan pasaran baharu untuk setiap keluaran pertanian negara kita. (Dipetik dan diubahsuaikan kepada Era Baru Pertanian Negara, Dewan Ekonomi, April 2004, halaman 19-20)

27

Anda mungkin juga menyukai