Anda di halaman 1dari 2

Universiti Malaysia Sabah

Beg Berkunci 2073


88999 Kota Kinabalu
SABAH.
http://www.ums.edu.my
____________________________________________________________________________________

Arniwati Bt Yahiya Tarikh: 26 Julai 2010


4062 Taman Berkeley,
Batu 1, Jalan Apas
91000 Tawau
SABAH.

Exco perumahan dan kebajikan pelajar,


Universiti Malaysia Sabah,
SABAH.

Tuan,
RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Saya yang bernama Arniwati Binti Yahiya (BB09160583) ingin memohon jasa baik pihak Tuan supaya
mempertimbangkan permohonan penempatan di Kolej Kediaman Indah Permai.

2. Sebab-sebab saya ingin memohon penempatan di Kolej Kediaman Indah Permai adalah seperti
berikut:
- Ibubapa saya tidak membenarkan saya tinggal di luar atas sebab-sebab yang merisaukan mereka
- Selain itu, adalah lebih mudah bagi saya untuk mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan
satu program dengan saya
- Tambahan lagi latar belakang keluarga saya yang tidak berkemampuan dari segi kewangan akan
mendatangkan masalah bagi saya sekiranya tidak dapat mendapat penempatan.

Bersama ini, saya sertakan lampiran penglibatan aktiviti dan keputusan peperiksaan semester 2 tahun 1
2009/2010 yang lepas untuk maklum balas dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan untuk
mempertimbangkan permohonan saya ini.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

“BERTEKAD CEMERLANG”
Yang Benar,
…………………………
(Arniwati Binti Yahiya )
BB09160583
HE10 program pemasaran
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi .

Anda mungkin juga menyukai