Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT


ATAS NAMA
RUMAH TRANSIT MUALLIM AL HIDAYAH
( PUSAT PENGAJIAN AL QURAN DAN ILMU-ILMU ISLAM)
KG. NAWOI, KIULU, TAMPARULI,
89257 TUARAN, SABAH.

1. PENDAHULUAN
Kertas kerja ini dikemukakan kepada Bahagian Pendaftar Sekolah-Sekolah
Agama Islam Negeri Sabah untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan dari pihak
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bagi membangunkan sebuah Sekolah
Agama Rakyat yang dikenali sebagai Rumah Transit Muallim Al Hidayah sebagai
Pusat Pengajian Al Quran dan Ilmu-Ilmu Islam berlandaskan Ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah, di Kampung Nawoi, Tamparuli, Daerah Tuaran, Negeri Sabah.
2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN

2.1. Cadangan penubuhan Rumah Transit Muallim Al Hidayah di Kampung Nawoi , Kiulu,
Tamparuli ini adalah untuk menyediakan sebuah Pusat Pengajian Al Quran dan Ilmu-
Ilmu Islam terutama ilmu Fardhu Ain kepada remaja-remaja Islam dari kawasan Kiulu,
Tamparuli dan Tuaran khasnya, serta Negeri Sabah amnya, secara sepenuh masa.
Ianya juga dapat memberi peluang kepada orang ramai di kawasan Kiulu khasnya
turut serta mempelajari Al Quran dan ilmu-ilmu Islam.
2.2. Pusat pengajian ini telah mula dibangunkan pada 1 Jun 2016 yang lalu dengan
terbinanya sebuah rumah seluas 45 x 52 di atas tanah seluas satu ekar di Kg. Nawoi,
Kiulu, yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Sakin Bin Jahari @ Tongkop. Salinan
geran tanah dan surat akuan wakaf seperti di LAMPIRAN A dan B.
2.3. Rumah ini dikenali sebagai Rumah Transit Muallim Al Hidayah, menyediakan tempat
penginapan untuk 20 orang pelajar lelaki, 2 bilik guru, sebuah bilik tetamu dan ruang
belajar yang juga menjadi ruang solat serta bilik mandi dan tandas. Pondok-pondok
penginapan pelajar akan ditambah jika ada permohonan tambahan pelajar. Sebuah
surau untuk solat berjemaah dan ruang kuliah akan mula dibina pada 15 Februari
2017 ini. Pelan tapak dan bangunan serta gambar-gambarnya seperti di LAMPIRAN
C.
2.4. Kos pembangunan dan pengurusan Rumah Transit Muallim Al Hidayah ini adalah
daripada sumbangan orang ramai dan badan-badan NGO Islam.
2.5. Adalah menjadi keperluan masyarakat Islam di Kiulu ini dan Tamparuli khasnya
mempunyai sebuah Pusat Pengajian Al-Quran dan Ilmu-Ilmu Islam sepenuh masa
supaya remaja-remaja dapat belajar setelah tamat persekolahan rendah mahupun
menengah. Menjadi harapan Ahli-Ahli Jawatankuasa bahawa InsyaAllah pusat ini
dapat melahirkan Ilmuan Islam dan para Dai dan bakal-bakal imam serta pegawai-
pegawai masjid yang dapat berbakti kepada masyarakat sekitar terutamanya di
Negeri Sabah ini.
2.6. Pusat pengajian ini akan membantu usaha kerajaan terutama Pihak Berkuasa Agama
di Negeri Sabah ini sebagai pelengkap kepada Institusi-Institusi Pendidikan dan
Latihan termasuk Pusat-Pusat Latihan Dakwah sedia ada di Negeri Sabah dalam
menyediakan kursus dan latihan keagamaan terutama kepada remaja-remaja Islam
kita.
2.7. Pusat ini juga akan menyediakan kelas-kelas pengajian Ilmu Fardhu Ain di waktu
malam dan hari minggu kepada orang ramai dan penduduk sekitarnya agar mereka
juga berpeluang mendapat pelajaran agama dan mendekatkan mereka kepada
aktiviti-aktiviti agama dan masjid.

3. TUJUAN PENUBUHAN

3.1. Menyediakan Pusat Pengajian Al Quran dan Ilmu-Ilmu Islam berlandaskan Ajaran Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
3.2. Melahirkan ilmuan Islam, para Dai dan bakal-bakal Imam dan pegawa-pegawai
masjid yang dapat berkhidmat kepada masyarakat.
3.3. Membuka peluang kepada remaja Islam melanjutkan pelajaran dalam agama setelah
tamat persekolahannya sebagai tangga untuk mendalami ilmu-ilmu agama.
3.4. Mendidik remaja-remaja mendekati Al-Quran dengan belajar membaca dari
permulaan dengan bimbingan guru melalui kaedah-kaedah yang lebih mudah dan
praktikal, menghafal surah-surah lazim dan memahami tema-tema Al-Quran dan
pengajaran ayat - ayatnya.
3.5. Mendekatkan orang ramai kepada ilmu Fardhu Ain dan juga Fardhu Kifayah dan
mendekatkan mereka kepada aktiviti agama dan masjid sebagai bekalan amal untuk
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

4. RASIONAL / JUSTIFIKASI

4.1. Penubuhan Pusat Pengajian ini adalah satu keperluan masyarakat Islam di Kiulu dan
Tamparuli khususnya kerena belum ada lagi pusat pengajian sepenuh masa sebegini
di kawasan ini.
4.2. Pusat pengajian ini akan menjadi Rumah Transt Muallim (guru-guru agama) yang akan
memberi faedah bukan sahaja kepada pelajar-pelajar pusat ini malah kepada
masyarakat Islam setempat.
4.3. Pusat pengajian ini akan menjadi Rakan Strategik Masjid Kiulu dalam menyusun
aktiviti ilmu dan latihan di masjid dan di surau-surau di persekitaran Kiulu yang boleh
menggandakan faedah kepada masyarakat Islam.
4.4. Dengan kemudahan yang ada termasuk guru-guru agama pusat ini, akan dapat
membantu pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Kiulu ini yang
lemah dalam Al-Quran dan mata pelajaran agama melalui Program Khas Musim Cuti
kepada mereka.
4.5. Pusat Pengajian ini akan menggabungkan ilmuan Islam dan pengalaman guru-guru
agama serta imam-imam masjid dan surau yang tinggal di Kiulu dalam Jemaah
tadbirnya dan tenaga pengajar jemputan di pusat ini.

5. VISI

5.1. Melahirkan mukmin yang berilmu, beramal dan berwawasan.

6. MISI

6.1. Berusaha untuk menjadikan sebuah Pusat Pengajian Al Quran dan Ilmu-Ilmu Islam
berlandaskan Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berkualiti dengan pengurusan yang
tersusun dan keutamaan ilmu yang dapat membentuk peribadi muslim yang unggul dan
berfaedah kepada agama, bangsa dan negara.

7. MOTO

BERIMAN, BERILMU DAN BERAMAL

8. KAEDAH

8.1. Pusat pengajian ini akan menggunakan Kaedah Pembelajaran 3M iaitu Mengenal,
Memahami dan Mengamal

1. MENGENAL : Mengenal dengan yakin setiap ilmu yang dipelajari beserta dengan
alamatnya dan tandanya atau dalilnya.
2. MEMAHAMI : Setiap ilmu yang dikenali mestilah direnungi dan difahami supaya
diresapi dan dihayati sanubari.
3. MENGAMAL : Ilmu yang dipelajari dan difahami akan disertai dengan latihan
teori dan praktikal (amali). Pengetahuan pelajar akan diuji dan dinilai dengan
Program Tahsin Ibadat oleh guru-guru dan melalui Ujian Khas dan Peperiksaan
Berjadual.

8.2. Pembelajaran ilmu-ilmu Islam adalah berdasarkan ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah Mazhab Imam Abu Hassan As-Syaari ( As-Syairah ) dan Ilmu Feqah mengikut
Mazhab Imam As-Syafie dan Ilmu Tasawuf dari ulamak Tasawuf Ahli Sunnah
termasuklah Imam Al-Ghazali.
9. CADANGAN SASARAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN

Bil SASARAN PELAJAR KATEGORI USIA PROGRAM PENGAJIAN


1. Kanak-kanak 7 12 Tahun Program Khas Cuti Sekolah
2. Remaja 13 19 Tahun Sepenuh masa
3. Dewasa 20 39 Tahun Kelas pagi dan malam
4. Warga tua/orang ramai 40 Tahun keatas Kelas hujung minggu dan program
khas.

10. YURAN PENGAJIAN


Buat masa ini, insyaAllah semua program pengajian disini adalah PERCUMA.

11. JADUAL SUBJEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEPENUH MASA BAGI REMAJA
5.45AM 8.30AM 9.15AM 10.00AM 10.30AM 11.15AM 4.30PM 7.00PM 9.30PM
MASA
HINGGA HINGGA HINGGA HINGGA HINGGA HINGGA HINGGA HINGGA HINGGA
HARI
6.45AM 9.15AM 10.00AM 10.30AM 11.15AM 12.00PM 5.00PM 8.30PM 10.30PM
BACAAN KITAB PELITA
ISNIN
AL-QURAN
TAUHID FEQAH R AKHLAK AL-QURAN RIADAH
PENUNTUT H
KITAB
BACAAN
SELASA
AL-QURAN
FEQAH JAWI E SIRAH AL-QURAN PERTANIAN HIDAYATUS
SUBYAN
A
BACAAN BAHASA KITAB MARI
RABU
AL-QURAN
AKHLAK
ARAB H HADIS AL-QURAN RIADAH
SEMBAHYANG F
BACAAN KITAB SOLAT
KHAMIS
AL-QURAN
SIRAH TAUHID A JAWI
AL-QURAN PERTANIAN
BERJEMAAH A
BACAAN BAHASA KITAB PENAWAR
JUMAAT
AL-QURAN
HADIS JAWI T ARAB
AL-QURAN RIADAH
HATI Z
BACAAN
SABTU
AL-QURAN C U T I REHAT PERTANIAN MUHADHARAH A
KULIAH UMUM
BACAAN
AHAD
AL-QURAN REHAT KITAB TAUHID
FARIDATUL FARAID
REHAT RIADAH MUHADHARAH N
12. AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH


USTAZ HAJI JOHARI B. MORAD
USTAZAH ROSNANI BT. UNTOL

PENGERUSI
USTAZ ROSLAN B. AWANG

SETIAUSAHA BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA
EN. MIAN BIN SAKIN
13. SENARAI TENAGA PENGAJAR / GURU

BIL. NAMA KELULUSAN JAWATAN / PENGALAMAN


1. Ustaz Haji Johari Bin Morad 1. B.A (UKM) 1. Bekas Pegawai Tadbir
No. I/C : 570531-02-5843 2. Sijil Bahasa Arab. Pusat Kerajaan Persekutuan.
Warganegara : Malaysia Bahasa di Yamen dan Syiria. 2. Guru Agama tauliah untuk
3. Lepasan Madrasah Ad-Diniah Negeri Kedah.
Al Bakriah, Pasir Tumboh, 3. Mudir Kompleks Pendidikan
Kelantan ( 4 tahun ). Islam Darul Hidayah, Alor
4. Lepasan Madrasah Dakwah Setar, Kedah.
Islamiah, Pasir Puteh, 4. Guru Agama Rumah Transit
Kelantan ( 2 tahun ). Muallim Al Hidayah, Kiulu,
5. Tauliah mengajar Ilmu Agama Tamparuli, Sabah.
( Fardhu Ain ) dari Jabatan
Mufti Negeri Kedah.
2. Ustaz Abdul Hadi Bin Jenuis 1. STPM 1. Pembantu Pejabat
No. I/C : 850211-12-5729 2. Kolej Asean Tourism Institut, Pengurusan Pelancongan di
Warganegara : Malaysia Sabah. Lahad Datu, Sabah.
3. Lepasan Madrasah Dakwah 2. Guru Agama di Surau Al
Islamiah, Pasir Puteh, Hidayah, Kg. Kipogo, Beaufort,
Kelantan ( 3 tahun ). Sabah.
3. Guru Agama Rumah Transit
Muallim Al Hidayah, Kiulu,
Tamparuli, Sabah.
3. Ustaz Zakaria Bin Bulkiah 1. SPM 1. Mantan Penyelia KAFA
No. I/C : 820415-12-6689 2. Pusat Latihan Dakwah, 2. Guru KAFA
Wargangara : Malaysia Keningau. 3. Guru Agama Jemputan,
Rumah Transit Muallim Al
Hidayah, Kiulu, Tamparuli,
Sabah.
4. Ustaz Roslan Bin Awang 1. B.A Al Azhar 1. Pensyarah OUM dan
No. I/C : 760106-12-5795 Cosmopoint.
Warganegara : Malaysia 2. Penyelia KAFA Daerah
Manggatal.
3. Guru Agama Rumah Transit
Muallim Al Hidayah, Kiulu,
Tamparuli, Sabah.
5. Ustazah Roselia @ Roseliah 1. SPM 1. Guru KAFA
Sekimon Adin 2. 4 Thanawi 2. Guru Takmir
No. I/C : 3. Guru Agama jemputan,
Warganegara : Malaysia Rumah Transit Muallim Al
Hidayah, Kiulu, Tamparuli,
Sabah.
14. SYOR / PENUTUP

14.1. Adalah disyorkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
agar permohonan ini dipertimbangkan dan diluluskan semoga hasrat kami untuk
menubuhkan Rumah Transit Muallim Al Hidayah, Kiulu, Tamparuli, Sabah sebagai
sebuah Pusat Pengajian Al Quran dan Ilmu-Ilmu Islam di Kiulu ini dapat dijayakan.

14.2. Adalah juga diharapkan agar pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Negeri Sabah
dapat memberikan syor dan pandangan-pandangan dalam memantapkan
penubuhan pusat pengajian ni serta memberikan tunjuk ajar dalam menambah baik
lagi kekurangan yang ada demi kepentingan ummah dan syiar Islam.

14.3. Semoga dengan keizinan Allah SWT, hasrat pewakaf tanah, penderma-
penderma dan harapan masyarakat Islam di Kiulu khususnya untuk memiliki sebuah
Pusat Pengajian Al-Quran dan Ilmu-Ilmu Fardhu Ain menjadi kenyataan.

14.4. Di atas kerjasama semua pihak untuk merealisasikan penubuhan Rumah


Transit Muallim Al Hidayah, Kiulu, Tamparuli, Sabah, diucapkan berbanyak terima
kasih.

__________________________
( USTAZ ROSLAN BIN AWANG )
Pengerusi,
Rumah Transit Muallim Al Hidayah,
Kg. Nawoi, Kiulu, Tamparuli,
Daerah Tuaran, Sabah.
15. LAMPIRAN
16. ULASAN UNTUK PIHAK JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH.

PERMOHONAN INI ADALAH : DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________ .

Anda mungkin juga menyukai