Anda di halaman 1dari 1

Contohi disiplin orang Jepun

BARU-BARU ini saya telah melancong ke negara matahari terbit dan saya terpanggil
untuk menceritakan pengalaman saya semasa di sana. Berdasarkan pemerhatian saya
sepanjang beberapa hari di sana banyak yang boleh dipelajari.

Saya terpegun melihat negara yang bukan Islam tetapi mengamalkan budaya yang
diajar oleh Islam. Dalam hati saya berkata-kata mengapa rakyat Malaysia tidak boleh
mengamalkan kebersihan yang dituntut oleh Islam dan mungkin agama lain juga.

Semua tempat seperti di jalan raya, lorong kecil termasuk lorong belakang rumah atau
kedai, longkang, stesen keretapi bawah tanah dan di mana-mana sahaja kelihatan bersih.

Saya tidak ternampak tin kosong, kertas atau plastik pembalut dan lain-lain yang
bergelar sampah di tempat tersebut.

Begitu juga kebersihan tandasnya seolah-olah kita boleh tidur di dalamnya. Yang
dirasakan pelik ialah kami tidak nampak pun penjaga tandas atau pekerja perbandarannya
atau pencuci tandas berkeliaran untuk mengawasi tempat tersebut.

Satu aspek lagi ialah tentang mencuri atau mengambil hak orang lain. Mengikut
pemandu pelancong kami, kecurian harta benda tidak berlaku di Jepun apatah lagi
kes meragut beg, mencuri telefon bimbit seperti berleluasa di negara kita ini.

Malah jika mereka terjumpa barang berharga, mereka akan memberikan ke pihak
tertentu yang bertanggungjawab.

Semasa kami melawat ke Disneyland, saya terpegun barisan prem atau stroller bersusun
kemas tanpa ada penjaganya. Ibu bapa yang membawa anak kecil akan meletakkan prem
atau stroller tersebut dalam barisannya tanpa rasa bimbang akan dicuri.

Di stesen bas, kaunter, tandas malah stesen LRT kita akan melihat orang ramai
berbaris dengan tenang. Saya merasakan sesuatu itu terasa mudah jika kita berdisiplin.
Saya mengagumi disiplin orang-orang Jepun.

Tahap disiplin orang Jepun memang tinggi. Saya tertanya-tanya di manakah mereka
belajar tentang aspek disiplin serta aspek menjaga kebersihan ini.

- ROMANA,

Ampang, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai