Anda di halaman 1dari 2

Biar Lambat Asal Selamat Kringbunyi loceng menandakan waktu pulang.

. Pada waktu ini, murid-murid bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing. Sekolah mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi sewaktu hendak pulang. Peraturan ini bertujuan untuk menjamin keselamatan murid-murid. Murid-murid perlu mengetahui langkah keselamatan sebelum keluar dari kelas. Mereka perlu beratur dan berjalan dengan tertib. Penunggang basikal perlu menuntun basikal mereka. Menunggang basikal di kawasan sekolah akan mengundang bahaya. Sementara itu, mereka yang menunggu ibu bapa atau penjaga perlulah berada di dalam kawasan sekolah. Murid-murid yang menggunakan perkhidmatan bas perlu berada di kawasan menunggu. Elakkan bermain-main di kawasan tersebut. Gunakan masa menunggu itu dengan melakukan aktivtii berfaedah seperti membaca buku, majalah dan sebagainya. Berhati-hati apabila melintas jalan raya. Kita boleh menggunakan perkhidmatan warden trafik . Warden tradik sentiasa bersedia membantu kita melintas jalan hingga ke seberang. Biar lambat asal selamat, begitulah ungkapan yang perlu kita amalkan.

Nama : Jawab soalan berikut.

Kelas :

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka yang berbasikal? 2. Apakah tugas warden trafik? 3. Dimanakah murid-murid perlu menunggu ibu bapa atau penjaga mereka? 4. Berikan maksud ungkapan ini Biar lambat asal selamat

Anda mungkin juga menyukai