Anda di halaman 1dari 5

KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN

BALIK SEKOLAH SMK TAMAN CONNAUGHT


PENDAHULUAN
Keselamatan diri murid semasa pergi dan balik sekolah memerlukan perhatian serius kerana
banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka. Keupayaan pihak
sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah adalah terbatas.
Oleh kerana itu terdapat pelbagai cara murid pergi dan balik sekolah, maka tatacara telah
dirangka bagi tujuan itu.
RASIONAL
Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat kecuaian
ataupun tidak mementingkan aspek keselamatan.
Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi menjaga keselamatan diri
murid pergi dan balik sekolah.
Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan sekolah amat
terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat.
Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga sekolah
melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
OBJEKTIF
Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri murid
pergi dan balik sekolah.
Mengenalpasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah.
Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila melibatkan
keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan.
PERANAN MURID
Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah adalah selamat. Anda mesti
mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu dan polis.
Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke
sekolah.
Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti
berikut:
o Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah keatas
diri anda.
o Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan kata laluan yang selamat.
o Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri.
Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali. Melaporkan
kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

PERANAN KAUNSELOR
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri
melalui:
o Poster
o Perhimpunan mingguan
o Ceramah o Bengkel
o Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
o Tayangan video
o Edaran
Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. Merekodkan semua aduan bagi
sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan. Menganalisis setiap kejadian.
Memenfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merancang langkah keselamatan murid semasa
perjalanan ke sekolah.
Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membat rondaan di kawasan yang
difikirkan berisiko tinggi dari segi keselamatan.
Merancang dan melaksanakan program-program gotong-royong membersihkan kawasan
semak laluan harian yang digunakan oleh murid.
Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam perjalanan pergi dan
balik sekolah.
Membantu menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.
PERANAN IBU BAPA.
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan keselamatan
murid pergi dan balik sekolah.
Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan semak
laluan ke sekolah, meronda dan bergiat aktif dalam Jawatankuasa Permuafakatan.
Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah. Mendidik anak selamat pergi dan balik
sekolah. Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri. Memastikan anak-anak pergi dan
balik sekolah dengan kawan-kawan atau dalam kumpulan.
Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan baik. Menasihati anakanak supaya tidak berinteraksi atau mengikuti orang-orang yang tidak dikenali.
7. TATACARA MURID
7.1 Pergi Dan Balik Menggunakan Kenderaan Awam
Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi, van, kereta api, LRT atau komuter.
Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat, pemandu, kelindan
atau identiti khas.
Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik. Berbaris dan tidak
berebut semasa turun atau naik kenderaan. Sentiasa duduk di kerusi dengan tertib. Sekiranya
tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan stabil dengan
memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga.
Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau
menjengukkan kepala, mencampak barang keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh
membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul berhenti
dan jangan berebut dan terus menuju ke rumah/sekolah.
Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiasa kenderaan di kiri dan kanan jalan.

Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Berlaku Kemalangan.


7.2 Pergi Dan Balik Menggunakan Kenderaan Sendiri
Kenderaan sendiri yang dimaksudkan adalah kenderaan yang dibawa oleh pelajar sendiri
seperti kereta, motorsikal dan basikal
Memandu kereta
o Memastikan kereta ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan
sempurna.
o Pelajar yang menggunakan kereta juga mesti mempunyai lesen memandu.
o Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
o Mematuhi peraturan lalu-lintas di jalanraya.
o Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu-lintas di sekolah.
o Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera
kepada guru, guru bertugas atau pentadbir.
o Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan.
Menggunakan motorsikal.
o Memastikan motorsikal ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan
sempurna.
o Pelajar yang menggunakan motorsikal juga hendaklah memiliki lesen memandu.
o Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya.
o Patuhi peraturan jalanraya.
o Jangan berlumba, bergandingan, bergurau senda semasa menungganng atau
membawa pembonceng lebih daripada seorang.
o Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu-lintas di sekolah.
o Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera
kepada guru, guru bertugas atau pentadbir.
o Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan.
Menggunakan basikal.
o Mahir menggunakan basikal ddan pastikan basikal berkeadaan baik.
o Jangan bawa pembonceng.
o Jangan berlumba.
o Jangan berguran senda.
o Jangan mengayuh terlalu laju.
o Jangan bersaing-saing/bergandingan.
o Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera
kepada guru, guru bertugas atau pentadbir.
o Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan.
7.3 Pergi Dan Balik Dengan Berjalan Kaki
Melintas jalan
o Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
o Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
o Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar.
o Ikut arahan trafik warden jika ada.
o Apabila hendak melintasi jalan, lihat kanan, kiri dan kanan semula. Melintas apabila
sudah pasti tiada kenderaan.
Tempat yang selamat melintas jalan raya.
o Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra)
o Laluan bawah.
o Jejantas.

o Dekat lampu jalan.


o Dekat lampu jalan.
o Di tempat-tempat terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu lintas.
o Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.
Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki
o Nampakkan diri anda kepada pemandu kenderaan.
o Setelah semua kenderaan berhenti, barulah melintas dengan cermat.
Cara melintas jalan di lampu isyarat.
o Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau.
o Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas. Jika sedang melintas, teruskan
melintas secepat mungkin.
Berjalan kaki di kawasan awam.
o Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.
o Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan. o Jangan bergandingan.
Berjalan kaki pada waktu malam.
o Bawa surat khabar atau benda-benda putih.
o Pakai pakaian cerah atau yang mempunyai bahan reflektif.
o Gunakan lampu picit. o Jalan dalan kumpulansekurang-kurangnya dua orang.
o Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan, minta orang di sekeliling segera
laporkan.
Berjalan kaki pada waktu hujan.
o Pakai baju hujan.
o Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan.
o Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin.
o Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat selamat seperti di pondok
menunggu bas atau lain-lain banggunan. Jangan berteduh di bawah pokok.
o Jangan menggunakan paying jika ketika hujan ribt dan angin kencang.
o Jangan bermain-main dalam hujan.
Berjalan kaki di tempat sunyi/semak.
o Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
o Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri.
o Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong/cuba
pertahankan diri/lari menyelamatkan diri.
o Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.
7.4. Dihantar Oleh Ibu Bapa/Penjaga
Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan bergerak. Gunakan tali
pinggang keledar/topi keledar. Jangan bermain/bergurau semasa kenderaan bergerak.
Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan. Jika perlu
melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan sebelum melintas.
8.0 TATACARA GURU
Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalan raya seperti taklimat,
ceramah, tayangan video, mempamerkan poster dan lain-lain.
Memberikan penerangan mengenai keselamatan pergi dan baliksekolah kepada
ibubapa/penjaga melalui mesyuarat PIBG.
Menyimpan rekod tentang pengangkutan murid-murid ke sekolah. Menyediakan tempat
letak kenderaan yang sesuai dan selamat untuk murid-murid. Menyediakan sistem lalulintas

dalam sekolah. Menyediakan warden trafik di tempat yang sesuai untuk melintas jalan.
Mengadakan pemeriksaan keatas kenderaan murid dengan kerjasama pihak polis.
Memastikan murid ada lesen memandu, insurans, cukai jalan dan kenderaan dalam keadaan
sempurna.
Menyimpan rekod ibubapa/penjaga murid-murid supaya mudah dihubungi semasa
kecemasan. Mendapat dan menyimpan kebenaran ibubapa untuk kegunaan semasa
kecemasan. Menyimpan dan mempamerkan nombor telefonpihak-pihak berkuasa untuk
berhubung jika berlaku sebarang kecemasan.
Mengedarkan tatacara polisi dan tatacara keselamatan kepada murid. Sekiranya berlaku
kemalangan, ikut tatacara apabila berlaku kemalangan. Meminta pihak berkuasa
membersihkan laluan semak berbahaya supaya selamat bagi murid ke sekolah.
9.0 TATACARA IBUBAPA
Memastikan anak memiliki lesen memandu, insurans, cukai jalan dan kenderaan dalam
keadaan sempurna.
Menemani anak menaiki bas, berjalan kaki dalam keadaan gelap/hujan/sunyi dan menunggu
kenderaan tiba.
Mengingatkan/menasihatkan anak supaya sentiasa berwaspada dengan orangorang yang
tidak dikenali dan berhati-hati semasa pergi dan balik sekolah.
Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi pihak sekolah
sekiranya anak lewat balik.
Memastikan anak memakai pakaian cerah atau bahan reflektif jika berjalan dalam keadaan
cuaca gelap. Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui kawasan yang
semak/sunyi/gelap.

Anda mungkin juga menyukai