Anda di halaman 1dari 3

PERANAN PEJALAN KAKI :

Sebagai pejalan kaki murid-murid/pelajar-pelajar haruslah menjaga keselamatan diri


dengan mengamalkan peraturan yang sepatutnya apabila menggunakan jalan raya
seperti:

1. Melintas Jalan :

Perkara penting yang patut didkuti ketika melintas jalan:

# Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas.


# Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
# Lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan sekali lagi.
# Pastikan tiada kendaraan dan melintaslah apabila selamat.
# Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan besar.
# Ikut arahan trafik waden jika ada.

Tempat-tempat yang selamat untuk melintas Jalan raya.

a. Lintasan pejalan kaki

b. Laluan bawah

c. Jejantas

d. Dekat lampu isyarat

e. Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalu lintas.

f. Di tempat-tempat yang terdapat angggota polis, waden trafik dan pengawal lalu lintas
sekolah yang bertugas.

Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki :

Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikan kenderaannya


sebelum anda melintas.

Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan dengan cermat bila melintas.

Cara melintas jalan di lampu isyarat :

Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berwarna hijau.

Bila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berkelip ia bererti lampu akan
bertukar kepada merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas. Jika anda
sedang melintas percepatkan langkah anda.

Berjalan kaki :
Hendaklah berjalan kaki di atas kaki lima jika ianya disediakan.

Jika tiada kaki lima, hendaklah berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa
memandang lalulintas yang dating dari arah hadapan.

Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah sekali-kali berjalan bergandingan
kecuali memimpiun orang buta atau tua.

Berjalan kaki di waktu malam :


Pejalan kaki hendaklah memakai dan menggunakan alat-alat berikut bagi
membolehkan pemandu melihat anda.
a. Pakaian cerah atau bersinar.
b. Memakai pemantul cahaya.
c. Menggunakan lampu picit.
d. Berjalan kaki bertentangan dengan arah kenderaan.

Berjalan kaki di waktu hujan :

Diutamakan memakai baju hujan.

Jika pakai payung, pegang paying dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan depan dan gunakan payung yang berwarna terang.

Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir.Berjalan tengok
hadapan.

Perkara-perkara yang patut dielakkan

Menyeberang jalan di tempat-tempat yang bukan dikhaskan seperti melompat

atau memanjat pagar pembahagi jalan.

Bermain atau bergurau senda di jalan raya.

Menggunakan jalan sibuk.

Tidak mematuhi arahan lampu isyarat. Menyeberang di celah-celah kenderaan.


2. Menunggang basikal / motosikal

a. Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya.

b. Mengekori kenderaan pada jarak yang selamat.

c. Semasa menunggang hendaklah sentiasa memandang ke hadapan.

d. Awasilah semasa memotong kereta yang berhenti kerana mungkin ada


penumpang yang membuka pintu.

e. Memegang hendal dengan kedua-dua belah tangan kecuali member isyarat


tangan sebelum membelok.

f. Apabila mendaki bukit, anda hendaklah turun daripada basikal dan menyorongnya.

g. Gunakan karier untuk membawa barang-barang atau buku-buku.

h. Jangan menggunakan payung semasa hujan.

i. Jangan membawa penumpang di atas basikal.

j. Semasa menunggang jangan berpaut kepada belakang atau tepi kenderaan.

k. Di waktu malam pastikan semua lampu dalam keadaan baik.

l. Jika menunggang pada waktu malam pakai pakaian yang membolehkan


pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya dapat melihat anda dengan lebih baik.

m. Periksa lampu, brek, tayar, rantai, dan jarak tinggi hendal.

n. Sentiasa patuh kepada undang-undang dan semua peraturan-peraturan lalu lintas.

o. Gunakan jalan yang paling selamat dari lalulintas yang sibuk.

p. Awasi sebelum membelok kanan atau kiri, beri isyarat dari lalulintas yang sibuk.

q. Penunggang basikal/motosikal hendaklah meletakkan basikal atau motosikal di tempat


yang disediakan.

4. Semasa Menunggu Kenderaan

Semasa menunggu kenderaan murid-murid adalah dilarang bermain seperti


kejar mengejar dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.
Ibu bapa pemandu kenderaan hendaklah memimpin murid-murid ke
kenderaan mereka sekiranya murid-murid itu menunggu di seberang jalan.

Anda mungkin juga menyukai