Anda di halaman 1dari 2

Peraturan & Undang-undang Jalan Raya

Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan
raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna
semasa di jalan raya.

Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita
boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk
melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima
langkah melintas.

1. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.

2. Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.

3. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.

4. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.

5. Kelima, melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi
arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita
semasa di jalan raya.

Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-
undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan
melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan
melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi
bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik
merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tanganapabila hendak
membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai