Anda di halaman 1dari 8

TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

MELINTAS JALAN
1. Cari tempat selamat yang terdekat untuk melintas.
2. Hendaklah berdiri di atas kawasan kaki lima jalan.
3. Awasi lalu lintas di sekeliling. Lihat ke kanan, lihat ke kiri
dan lihat ke kanan sekali lagi. Pastikan tiada kenderaan dan
melintaslah dengan cepat dan selamat.
4. Undur ke belakang, 1 meter apabila melihat kenderaan
bersaiz besar.
5. Ikut arahan warden trafik sekiranya ada.

Tempat-Tempat Yang Selamat Untuk Melintas Jalan Raya


- Lintasan pejalan kaki
- Laluan terowong bawah
- Jejantas
- Laluan lampu isyarat
- Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalulintas
- Di tempat – tempat yang terdapat angggota polis atau
warden trafik dan pengawal lalulintas sekolah yang
bertugas
TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

Cara Melintas Jalan Di Lintasan Pejalan Kaki


- Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan
memberhentikan kenderaannya sebelum anda melintas
- Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan dengan
cermat apabila melintas

Cara Melintas Jalan Di Laluan Lampu Isyarat


- Mula melintas jalan apabila lampu isyarat untuk pejalan
kaki telah berwarna hijau
- Apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki mula berkelip-
kelip adalah isyarat bahawa lampu akan bertukar kepada
merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas
jalan atau percepatkan langkah anda ke sebelah sana
TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

Berjalan Kaki
- Hendaklah berjalan kaki di atas kawasan kaki lima jika
ianya disediakan
- Sekiranya tiada, anda dinasihatkan berjalan kaki di sebelah
kanan jalan raya dan sentiasa memandang lalulintas yang
datang dari arah hadapan
- Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah sekali-
kali berjalan beriringan kecuali memimpin orang kelainan
upaya atau tua

Berjalan Kaki Di Waktu Malam


- Pejalan kaki hendaklah melengkapkan diri dengan alat-alat
berikut bagi membolehkan pemandu dapat melihat anda:
a.berpakaian cerah atau memantulkan cahaya.
b.Membawa suratkhabar atau objek yang berwarna putih.
c.Memakai alatan aksesori pemantul cahaya.
d.Menggunakan lampu picit.
TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

Berjalan Kaki Di Waktu Hujan


- Dinasihatkan berpakaian baju hujan.
- Memegang payung dengan kemas supaya tidak
menghalang pandangan depan dan gunakan payung yang
berwarna terang.
- Berjalan dengan cermat kerana keadaan jalan yang licin
dan mudah tergelincir.
- Berjalan dengan sentiasa melihat ke hadapan.

Perkara-Perkara Yang Patut Dielakkan


- Melintas jalan di tempat-tempat yang bukan dikhaskan
seperti melompat atau memanjat pagar pembahagi jalan.
- Cuai atau bergurau senda di jalan raya.
- Menggunakan jalan yang sibuk untuk melintas.
- Tidak mematuhi arahan lampu isyarat.
- Melintas jalan melalui celah-celah kenderaan.
TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

MENUNGGANG BASIKAL / MOTOSIKAL


1. Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya.
2. Ditegah menunggang basikal beriringan dan mencelah-
celah di antara kenderaan lalulintas.
3. Menetapkan kelajuan kenderaan pada jarak yang
selamat.
4. Semasa menunggang hendaklah sentiasa memandang
ke hadapan.
5. Sentiasa awas semasa memotong kereta yang berhenti
kerana kemungkinan ada penumpang yang membuka
pintu.
6. Mengawal pemegang basikal dengan kedua-dua belah
tangan kecuali untuk memberi isyarat tangan sebelum
membelok.
7. Apabila mendaki bukit, anda hendaklah turun daripada
basikal dan menolak di sebelah.
8. Gunakan peti atau bakul untuk membawa barang-barang
atau buku-buku.
9. Jangan menggunakan payung semasa hujan.
10. Jangan membawa penumpang di atas basikal.
TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

11. Semasa menunggang jangan berpaut kepada belakang


atau di bahagian tepi kenderaan.
12. Di waktu malam pastikan semua lampu aksesori dalam
keadaan baik.
13. Jika menunggang pada waktu malam mestilah
berpakaian yang membolehkan pemandu kenderaan dan
pengguna jalan raya dapat melihat anda dengan lebih baik.
14. Sentiasa memeriksa lampu, brek, tayar, rantai, dan jarak
tinggi pemegang supaya dalam keadaan baik.
15. Sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan-
peraturan lalu lintas.
16. Gunakan jalan yang paling selamat berbanding lalulintas
yang sibuk.
17. Awasi pandangan sebelum mula membelok kanan atau
kiri dan berikan isyarat semasa lalulintas yang sibuk.
18. Penunggang basikal/motosikal hendaklah meletakkan
basikal atau motosikal di tempat yang disediakan.
TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

MENAIKI BAS/KERETA
1. Elakkan menaiki atau menuruni dari kenderaan ketika
kenderaan masih bergerak.
2. Menggunakan pintu yang disediakan untuk masuk dan
keluar.
3. Jangan sengaja menghimpit penumpang-penumpang
lain ketika menaiki atau menuruni dari kenderaan.
4. Tidak merosakkan mana-mana bahagian kenderaan.
5. Elakkan dari mengganggu tumpuan pemandu tanpa
sebarang sebab seperti berbual atau bermain.
6. Sentiasa menjaga kebersihan dalam kenderaan.
7. Tidak sengaja mengeluarkan sesuatu keluar dari
kenderaan.
8. Tidak meletakkan atau mengikatkan sebarang objek
yang bergantungan atau berjuntai pada badan
kenderaan.
9. Dinasihatkan sentiasa bersopan dan beratur seperti
tidak tergesa-gesa semasa menaiki kenderaan.
TATACARA KESELAMATAN SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

10. Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar


sehingga dipastikan selamat.
11.Sentiasa patuh undang-undang dan peraturan
lalulintas.
12. Tidak bermain-main seperti melambaikan tangan
keluar, menghulurkan kepala dan sebagainya semasa
didalam kenderaan ketika sedang bergerak.

Semasa Menunggu Kenderaan


- Murid-murid dilarang bermain kejar mengejar dan
sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.
- Ibu bapa hendaklah memimpin murid-murid sekiranya
murid-murid menunggu di seberang jalan.

Anda mungkin juga menyukai