Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR


SMK TAMAN SUTERA 2019

1. PENDAHULUAN

Program motivasi ini merupakan salah satu pendekatan dan diharapkan dapat memberikan
sesuatu yang bermakna kepada para pelajar untuk menghadapi pelajaran, kehidupan seharian dan haluan
masa depan mereka. Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan diharap pelajar akan dapat
mengenengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi. Pelajar-pelajar juga berpeluang
untuk bertukar-tukar pendapat dan idea, berkongsi pengalaman bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu
masalah. Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi
mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal menghadapi peperiksaan.

2. OBJEKTIF
i. Menanam sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, beramanah dan berkesungguhan dalam
pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.
ii. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam
menentukan matlamat hidup.
iii. Memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh melakukan lebih baik daripada apa
yang telah mereka lakukan sebelum ini.

3. SASARAN

Pelajar Peralihan, tingkatan 1 dan 4 SMK Taman Sutera.

4. TARIKH
20 anuari 2019 (Ahad)

5. MASA
11.30 pagi

6. TEMPAT
Dewan Sri Sutera

7. KOS PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH CADANGAN KEWANGAN


1. Bayaran RM 350 RM350 Kewangan Bimbingan dan
Penceramah Kaunseling
JUMLAH KESELURUHAN RM350

8. SUMBER KEWANGAN

Kewangan Bimbingan dan Kaunseling


9. SENARAI JAWATANKUASA

PENAUNG : En. Hamdan Bin Abu


( Pengetua )
PENGERUSI : Pn. Ng Phek Hoon
( Penolong Kanan HEM )
NAIB PENGERUSI 1 : En. Aziz Bin Musa
( Penolong Kanan Pentadbiran )
NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Teoh Hong Choo
( Penolong Kanan Kokurikulum )
NAIB PENGERUSI 3 : Pn. Fauziah Binti Mohamed Salleh
( Penolong Kanan Pendidikan Khas )
SETIAUSAHA : Pn. Nor Ba’yah Binti Suror ( Kaunselor )
NAIB SETIAUSAHA : Pn. Sa’idah Binti Shukor ( Kaunselor )

10. PENUTUP

Diharapkan program ini akan dapat memberi pengetahuan berguna dan mewujudkan semangat
baru kepada peserta bagi menyediakan mereka menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar yang
lebih berwawasan, berakhlak mulia dan meningkatkan keintelektualan mereka dalam kehidupan serta cara
mereka bertindak. Selain itu, adalah diharapkan mereka akan lebih menumpukan kepada pelajaran dan
peperiksaan yang akan dihadapinya.

Disediakan oleh :

..................................................
(NOR BA’YAH BINTI SUROR)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Taman Sutera

Di semak oleh,

...............................
(NG PHEK HOON)
Penolong Kanan HEM
Smk Taman Sutera

Disahkan oleh :

...................................
(HAMDAN BIN ABU)
Pengetua
SMK Taman Sutera

Anda mungkin juga menyukai