Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Program lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang memerlukan penglibatan murid
secara kumpulan dalam aktiviti sekolah. Program ini merupakan salah satu aktiviti
pembelajaran yang melibatkan pelajar SMK Taman Sutera.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini dapat melahirkan pelajar SMK Taman Sutera yang cemerlang dalam
pencapaian akademik, sahsiah dan intelek.

3.0 OBJEKTIF

3.1.1 Mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar setelah mengulang kaji pelajaran
3.1.2 Menggalakkan pelajar berminat untuk menyertai aktiviti luar
3.1.3 Mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru
3.1.4 Membolehkan pelajar melihat sendiri perkara-perkara yang dipelajari di dalam kelas.

4.0 SASARAN (Peserta)

Seramai 40 orang pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 aliran perdana.

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Program ini dilaksanakan pada 14 April 2019 (hari Ahad) dan dijangka rombongan ini
akan bertolak dari SMK Taman Sutera pada pukul 8.30 pagi dan dijangka kembali semula ke
SMK Taman Sutera pada pukul 2.00 petang.

6.0 TEMPAT

Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru.

7.0 ATUR CARA / JADUAL

8.00 pagi Pelajar berkumpul di Anjung Sutera


8.30 pagi Bertolak dari SMKTS, Skudai
9.00 pagi Dijangka tiba di Kolej Kemahiran Johor
1.00 petang Bertolak balik ke SMKTS, Skudai
2.00 petang Dijangka tiba di SMKTS
8.0 SUMBER KEWANGAN
Kewangan Bimbingan dan Kaunseling

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Anggaran Peruntukan
1. Tambang bas / pengangkutan RM 300 Kewangan Bimbingan dan
2. Sarapan Pagi ( 40 orang) RM 84 Kaunseling

JUMLAH RM 384

10.0 PENUTUP
Diharapkan pelajar memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru hasil dari program yang
dijalankan. Di samping itu, pelajar juga dapat memnuat pemilihan bidang kerjaya yang sesuai
selepas tamat persekolahan.

Disediakan oleh

………………………………….
(NOR BA’YAH BINTI SUROR)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Taman Sutera

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

.............................. ...........................
(AZIZ BIN MUSA) ( HAMDAN BIN ABU )
Penolong Kanan Pentadbiran Pengetua
SMK Taman Sutera SMK Taman Sutera
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai