Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

SIMPANG EMPAT 06650 ALOR SETAR KEDAH ________________________________________________________________

TERAPI FUTSAL PENDIDIKAN KHAS


TARIKH: 06 Mac 2013

PENGLIBATAN : MURID-MURID KELAS INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS

ANJURAN : KELAS INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM ALOR SETAR, KEDAH.

ISI KANDUNGAN

Bil. 1.
2.

Perkara Pengenalan Rasional Objektif Matlamat Ahli Jawatankuasa Kewangan Maklumat Aktiviti Penutup

Muka Surat 2 3 3 3 6 7 7 8

3. 5.
6. 7.

8. 9.

TERAPI FUTSAL KELAS INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS

1.

Pengenalan Aktiviti pendidikan luar dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sudah sinonim dan selalu dipraktikkan di Sekolah-Sekolah Integrasi Pendidikan Khas. Aktiviti bercorak rekreasi ini adalah salah satu elemen penting dalam menjalankan terapi dan motivasi secara emosi, fizikal, mental dan bahasa terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah. Pertandingan futsal ini merupakan salah satu jenis sukan yang perlu diketengahkan kepada semua murid bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana ia merupakan salah satu pemudahcara dan satu gerak kerja penambahbaikan terhadap perubahan corak tingkahlaku murid dan mendatangkan banyak manfaat kepada murid-murid bermasalah pembelajaran terutamanya dari segi menambahkan pengetahuan mereka serta meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran bersosial di kalangan murid.

2.

Rasional 2.1 Membina keyakinan yang tinggi dalam diri murid-murid dan membentuk minda murid-murid ke tahap yang lebih proaktif. 2.2 2.3 Membaiki keseimbangan fizikal murid-murid dengan terancang dan bebas. Membantu murid-murid yang memiliki masalah mental dan emosi membina keyakinan diri yang tinggi, sabar dan berdisiplin tinggi. 2.4 Membentuk kerjasama dan kemahiran bersosial di antara murid untuk mengatasi masalah komunikasi dan sosialisasi dalam diri murid. 2.5 Menanam semangat kesukanan di dalam diri murid- murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

3.

Objektif 3.1 Memberikan pengalaman konstruktivisme kepada murid-murid dalam mewujudkan satu pengalaman baru dalam diri mereka untuk disesuaikan dengan pengalaman sedia ada. 3.2 Memberi ruang kepada murid-murid untuk bersosial dan meluaskan jaringan komunikasi kendiri mereka sesama manusia di sekitar mereka seperti guru-guru mereka, rakan sebaya dan masyarakat. 3.3 Menyediakan pengetahuan secara hands-on kepada murid-murid untuk diaplikasikan dalam pembelajaran mereka. 3.4 Melahirkan guru yang cergas dan cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik semata-mata tetapi seimbang dari segi jasmani dan aktiviti yang berasaskan kecergasan di sekolah kelak bagi memanfaatkan murid-murid dan memberikan peluang sebaiknya kepada mereka untuk menghargai kehidupan.

4.

Matlamat 4.1 Ingin membaiki dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk merasai kehidupan seperti murid-murid normal yang lain. 4.2 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan rasa muhibah di antara guruguru justeru mengangkat martabat dan taraf profesion perguruan di dalam masyarakat. 4.3 Ingin menyalurkan pelbagai manfaat dalam kesihatan dan psikoemosi yang bakal diperoleh dalam terapi sosial kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.

5.

Kumpulan sasaran Terapi ini disasarkan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

6.

Tarikh 6 Mac 2013.

7.

Tempat Gelanggang Futsal Tanah Merah

8.

Penglibatan 9.1 22 Orang Murid ( Sila Rujuk Lampiran 1) 9.2 6 Orang Guru. 9.3 2 Orang Guru Pelatih 9.4 3 Orang Pembantu Pengurusan Murid.

9.

Kewangan 9.1 Anggaran Kewangan dan Perbelanjaan (sila rujuk Lampiran 2 )

10.

Aktiviti 10.1 Jadual Tentatif (sila rujuk Lampiran 3)

11.

Ahli Jawatankuasa ( Sila rujuk Lampiran 4 )

12.

Penutup Bertepatan dengan saranan kerajaan yang mewujudkan Key Performance Indicators (KPI) di setiap kementerian bagi mengukur dan melihat sejauh mana pencapaian kementerian berkenaan, Unit Pendidikan Khas SKHHI ingin memenuhi prinsip ini dengan berusaha menghasilkan pelbagai aktiviti amali di luar bilik darjah bagi mengurangkan masalah tingkahlaku murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. Diharap aktiviti ini juga akan mewujudkan kesungguhan dan tumpuan dalam diri guru-guru bagi melaksanakan aktiviti agar dapat memberikan satu inspirasi dan semangat kepada murid-murid bermasalah pembelajaran supaya bersemangat dan bersikap proaktif sejajar dengan prinsipprinsip dalam bidang pendidikan yang bertepatan dengan prinsip-prinsip NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang disarankan oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia keenam. Akhir kata, kami mengharapkan program dan aktiviti yang dijalankan ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan menjadi inspirasi kepada Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam.

Disediakan oleh,

.................................. (NOR ASHIFA BINTI MD NOZMI ) Setiausaha, Kelas Integrasi Pendidikan Khas, Sek. Keb. Haji Hassan Itam.

Disemak oleh,

Disokong oleh,

.................................. (EN.AZMIZAM BIN IBRAHIM) Penyelaras, Kelas Integrasi Pendidikan Khas, Sek. Keb. Haji Hassan Itam.

.................................... (PUAN ZULANI BT MOKHTAR) Guru Besar, Sek. Keb. Haji Hassan Itam.

Lampiran 1 SENARAI NAMA MURID

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

CHONG CHIN HUAT MUHAMMAD FITRI B. SUBRI NUR FATIN SHAHIRA BT MOHAMAD HAMIMI FATIN NAJWA BT RIDZUAN MUHAMMAD IKHWAN B.ZAKARIA SITI MARYANI BT ADELY MUHAMMAD ASHRAF B.MOHAMMAD FADZIL MUHAMMAD NABIL B MUHAMAD MASHUKI MUHAMMAD SHAMSURI B. IZHAR ARIF AIMAN B. ANDALAN MUHAMMAD EZUAN B. MOHD RAJESH MUHAMMAD ALIAS B. MOHD RAJESH KHOR SHENG GEE NURSHARAIN BT MOHD KAMIL NUR FAUZIATY BT MANSOR NUR AISHAH BT BAHADOR MUHAMMAD AFIFI B MUHAMMAD KHAIROL NIZAM SITI SABARIAH BT SAHFIEE MUHAMMAD HAZIQ IQBAL B. ZULFIKRI MUHAMMAD ASYRAF B MOHD SARBINI MUHAMMAD FAIZ IZWAN BIN MUHAMMAD RADZI MOHD ADIP NAUFAL BIN MOHD FAIRUZ

SENARAI NAMA GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

AZMIZAM B. IBRAHIM RUSDIN B. SUTAN HASNIDA BT HASSAN ASMAWATI BT AHMAD HASANI EDURA BT ELHAM PUAN SHATIROH BINTI AHMAD ZAHARAH BT JASMAN NURUL HUDA BT MOHD KASTERIA SITI FARHANA BT MAD ISA NOR ASHIFA BINTI MD NOZMI NOORHAYATI BINTI NANYAN

PEYELARAS GURU GURU GURU GURU GURU PPM PPM PPM GURU PELATIH GURU PELATIH

Lampiran 2

ANGGARAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN TERAPI FUTSAL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

Tempat Tarikh Bilangan

: Gelanggang Futsal Tanah Merah : 06 Mac 2013 : 22 orang peserta

SUMBER KEWANGAN (PENDAPATAN )

Bil 1 2 3.

Perkara Makanan / minuman Pengangkutan Gelanggang Futsal RM 10 x 6

Kos RM 1.50 x 22

Jumlah RM 33.00 RM 60.00 RM60.00 RM 153.00

RM60 x 1 jam Jumlah

Lampiran 3

TENTATIF PROGRAM

8.00 am 8.30 am 9.00 am 9.15 am 12.00 pm

: : : : :

Senamrobik Sarapan Bertolak Terapi Futsal bermula Bersurai

Lampiran 4

JAWATANKUASA INDUK TERAPI FUTSAL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI ABDUL RAHMAN

PENGERUSI Pn. Zulani Bt Mokhtar (Guru Besar)

PENYELARAS Encik Azmizam Bin Ibrahim (Guru Penyelaras Pendidikan Khas)

SETIAUSAHA Cik Nor Ashifa Binti Md Nozmi

SENARAI GURU YANG TERLIBAT En. Azmizam Bin Ibrahim En. Rusdin Bin Sutan Pn. Hasnida Bt Hassan Cik Asmawati Bt Ahmad Hasani Pn. Edura Bt Elham Pn. Zaharah Bt Jasman Cik Nurul Huda Bt Mohd Kasteria Cik Siti Farhana Bt Mad Isa Pn. Shatiroh Binti Ahmad Cik Noorhayati Binti Nanyan

JAWATANKUASA KERJA TERAPI FUTSAL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

Penasihat Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari

: Encik Azmizam Bin Ibrahim : Cik Nor Ashifa Binti Md Nozmi : Cik Noorhayati Binti Nanyan : Puan Asmawati Bt Ahmad Hasani

Ahli Jawatankuasa

Makanan Dan Minuman

: Puan Zaharah Bt Jasman, Cik Siti Farhana Bt Mad Isa

Pengangkutan

: Puan Nurul Huda Bt Mohd Kasteria

Fotografi

: Encik Rusdin Bin Sutan

Dokumentasi

: Puan Edura Bt Elham, Puan Hasnida Bt Hassan

BHG. A : GURU PEMBIMBING

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul. Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

.. ( Tarikh)

( Tandatangan/ Cop )

BHG. B : GURU BESAR

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) :

.. ( Tarikh)

( Tandatangan / Cop )

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Puan, PELAKSANAAN TERAPI FUTSAL Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas, Kelas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam akan menjalankan terapi futsal di gelanggang futsal Tanah Merah. Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut: Tarikh Masa Peserta : : : 06 Mac 2013 8.00 pagi 1 petang 25 orang murid, 8 orang guru, 3 orang PPM

3. Tujuan terapi ini untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid pendidikan khas dan mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru pendidikan khas. 4. Sehubungan itu, kami amat berharap pihak puan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan puan berhubung dengan perkara di atas sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Yang menjalankan tugas

(NOR ASHIFA BINTI MD NOZMI) Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Pengurus, Futsal Tanah Merah, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman. Tuan, PELAKSANAAN TERAPI FUTSAL Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas, Kelas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam akan menjalankan terapi futsal di gelanggang futsal Tanah Merah. Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut: Tarikh Masa Peserta : : : 06 Mac 2013 8.00 pagi 1 petang 25 orang murid, 8 orang guru, 3 orang PPM

3. Tujuan terapi ini untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid pendidikan khas dan mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru pendidikan khas. 4. Sehubungan itu, kami amat berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan/puan berhubung dengan perkara di atas sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Yang menjalankan tugas,

(ZULANI BT MOKHTAR) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam

Anda mungkin juga menyukai