Anda di halaman 1dari 10

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH,TAIPING

KERTAS KERJA LAWATAN INTEGRASI KE SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

LAWATAN INTEGRASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH,TAIPING KE SEKOLAH SERI PUTERI DAN SEKOLAH ALAM SHAH,CYBERJAYA

1. PENGENALAN 1.1 Proses pembelajaran berlaku melalui pelbagai cara.Salah satu Daripadanya adalah melalui lawatan sambil belajar atau juga dikenali sebagai program School Excursion.Program ini memberi peluang kepada para pelajar menimba pengalaman secara langsung dalam memahami situasi yang berunsur pendidikan. 1.2 Berdasarkan perkara di atas,ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SM Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping berhasrat untuk menganjurkan Lawatan sambil belajar ke Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Alam Shah,Cyberjaya untuk mengukuhkan lagi hubungan integrasi dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) disamping memberi pengalaman baru kepada para pemimpin pelajar bagi menghadapi cabaran yang hebat di era globalisasi kerana di sini pemimpin dilahirkan. 2. MATLAMAT 2.1 Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat dan mendalami cara pengurusan para pemimpin pelajar di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk diterapkan ke SM Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping serta untuk membanding beza tahap kepimpinan di SBT. 2.2 Selain itu,para pemimpin pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan dan menimba pengalaman baru tentang budaya hidup para pelajar di SBT dan memantapkan lagi fahaman mereka tentang SBT. 2.3 Malah,lawatan ini juga menggalakkan budaya pembelajaran melalui Pemerhatian dan pemahaman secara langsung.

3.OBJEKTIF 3.1 Melatih para pemimpin pelajar untuk merancang dan melaksanakan program lawatan sebagai satu proses pembelajaran. 3.2 Membina kemahiran memimpin melalui kerja berpasukan. 3.3 Memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar tentang kaedah penyelesaian masalah untuk mencapai matlamat yang dirancang. 3.4 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan para pemimpin pelajar. 3.5 Untuk mendedahkan kepada para pemimpin pelajar tentang budaya hidup di SBT dan menerapkan nilai-nilai tersebut di sekolah sendiri. 3.6 Membina jati diri yang positif dan keyakinan dalam diri para pemimpin Pelajar. 4.AKTIVITI 4.1 Diskusi : i) Bersama para pemimpin pelajar Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Alam Shah,Cyberjaya. 4.2 Kerja berpasukan :Sesi suai kenal : Membina strategi kepimpinan bersama pemimpin di SSP dan SAS :Perlawanan bola jaring. :Tinjauan sekitar kawasan sekolah. 4.3 Lawatan : Taman Botani :Wetland,Putrajaya :MMU :Taman Wawasan

5)MAKLUMAT LAWATAN Tarikh :16 September 2011 - 18September September 2011 Hari : Jumaat hingga Ahad Tempat : Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya. Masa bertolak : 3.30 petang (16 September 2011) Masa Kembali : 12 tengah hari ( 18 September 2011 ) Bilangan peserta : 38 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar : 4 orang guru pengiring Guru Pengiring : Tuan Haji Roslan Bin Muhammad Datin Hajah Noraini Binti Abdul Ghani Puan Fauziah Hanim Bt Abu Bakar Puan Razhiyah Bt Salleh Bajet Program : RM 4560.00 Pengangkutan : Bas SM Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak

6) JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung Puan Rahimah Bt Mohd Sura,PPT,PJK Penasihat Tuan Haji Roslan Bin Muhammad Datin Hajah Noraini Bt Abdul Ghani Puan Fauziah Hanim Bt Abu Bakar Puan Razhiyah Bt Salleh Pengerusi Muhammad Zulkhairi Bin Mohamad Latip Timbalan Pengerusi Muhammad Hafizuddin Bin Mohd Azizi Nor Syazana Bt Arif Naib Pengerusi Nur Farah Nabila Bt Mawazir Nabiha Bt Ahmad Keflee Setiausaha Nurul Najwa Bt Mohd Rastam Naib Setiausaha Adam Bin Kamaruddin Bendahari Faridatul Hanim Bt Hamzah

Ahli Jawatankuasa : 1)Disiplin Mohd Shafiq Bt Mohd Yusof 2)Keselamatan Muhammad Shahme Rizal Bin Mohd Radzi 3)Kesihatan Ain Nazifa Bt Fairuz 4)Makanan Ng Wei Ling Muhammad Saufi Hafizi Bin Moah Sabri 5)Riadah & Rekreasi Ruqayyah Bt Ahmad Jamil Mohd Faruq Bin Radzuan

7)KEWANGAN BIL. 1. 2. 3. 4. 5. SUMBER KEWANGAN Yuran Pendaftaran Peserta -RM 40 x 44 orang = RM 1760 ALUMNI SERATAS MEKAR Sumbangan PIBG KOPERASI JUMLAH PERBELANJAAN Tambang pengangkutan JUMLAH ( RM) RM 1760 RM 800.00 RM 600.00 RM 700.00 RM 700.00 RM 4560.00

1.

8) PENUTUP

Usaha murni ini sudah tentu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang sudah tentu memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakannya.Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya.Kerjasama daripada semua pihak bukanlah hanya melalui sokongan moral sahaja,tetapi boleh juga melalui bantuan dari segi tenaga,idea dan sumbangan material. Adalah menjadi harapan kami,ahli Majlis Perwakilan Pelajar SM sains Raja Tun Azlan Shah 2011 agar program ini dapat direalisasikan dan seterusnya dapat membawa perubahan yang positif dalam diri setiap ahli Majlis Perwakilan Pelajar untuk terus membantu pihak sekolah bagi meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah serta mencapai tahap kepimpinan seperti di Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) sehingga berjaya melahirkan insan yang Berdisiplin,Berilmu dan Berbakti.

Disediakan oleh ,

...................... ( NOR SYAZANA BT ARIF ) AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH,

Disemak oleh ,

........................... ( MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN MOHAMAD LATIP) PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH Disokong oleh ,

................ ........ ( TUAN HAJI ROSLAN BIN MUHAMMAD )

....... ................ ...... (DATIN HAJAH NORAINI BT ABDUL GHANI )

............................... (PUAN RAZHIYAH BT SALLEH )

DILULUSKAN OLEH,

................................ ( PUAN RAHIMAH BT MOHD SURA) PENGETUA CEMERLANG SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, 34009 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

Anda mungkin juga menyukai