Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

AKTIVITI
Tajuk Aktiviti
PILIHANRAYA PENGAWAS SEKOLAH SESI 2016

Tarikh
9 NOVEMBER 2015

Tempat
SK JAWA SUMBILING TENOM
Anjuran
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID SK JAWA SUMBILING

1.0

TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Guru
Besar SK Jawa Sumbiling untuk mengadakan Pilihanraya Pemilihan
Pengawas Sekolah Sesi 2016 .

2.0

PENGENALAN
Pilihanraya ini merupakan julung-julung kali diadakan di sekolah ini bagi
memilih kepimpimpinan murid bagi sesi 2016. Ianya merupakan
penambahbaikan proses pemilihan yang seratus peratus dipilih oleh guru,
namun selaras dengan pelaksanaan KBAT ianya merupakan langkah
pertama yang mana murid sendiri berpeluang untuk membuat keputusan
bagi pemimpin mereka.. Seiring dengan kehendak semasa, pemilihan
melalui pengundian dan pengiraan undi dicadangkan untuk dilaksanakan
bagi memastikan perwakilan pelajar adalah terdiri dari kalangan yang
benar-benar terpilih oleh pelajar dan mendapat sokongan secara majoriti.
Oleh yang demikian, dicadangkan sistem pilihanraya terbuka dilaksanakan
dan bersesuaian dengan sistem demokrasi negara.
Walau bagaimanapun kawalan dan penelitian sebelum, semasa dan selepas
pilihanraya perlu dititikberatkan agar pilihanraya yang berlaku adalah
bersih dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pihak yang diberi
tanggungjawab mengendalikan pilihanraya kampus ini dinamakan sebagai
Jawatankuasa Pilihanraya Kampus.

3.0

OBJEKTIF
3.1
3.2

Melantik Pengawas Sekolah sesi 2016


Memberi peluang kepada pelajar memilih wakil mereka melalui

3.3

system demokrasi yang adil dan berkesan.


Melahirkan para pelajar yang matang dan faham akan keperluan dan
kepentingan kepimpinan di kalangan pelajar.

3 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN


9 November 2015 (Isnin)
Tempoh: 1 hari

4 TEMPAT
SK Jawa Sumbiling Tenom

5 Konsep Pilihanraya Pengawas Sekolah

5.1Berasaskan kepada penamaan calon, pengundian dan pelantikan pengawas


sekolah.
5.2Pengundian dilaksanakan untuk memilih beberapa orang calon sahaja
(ditetapkan) di kalangan calon-calon yang menawarkan diri.
5.3Calon-calon yang berjaya menjadi calon pilihanraya boleh berkempen di dalam
majlis yang disediakan oleh jabatan di dalam tempoh kempen tersebut.
5.4Poster calon akan digantung sebagai iklan memaklumkan pencalonan kepada
warga sekolah.
5.5Pengundian secara manual/kertas undi akan dilaksanakan.
5.6Calon-calon yang menang akan dilantik sebagai pengawas sekolah

6.0

SYARAT-SYARAT PILIHANRAYA KAMPUS

6.1 CALON
i.
Merupakan pelajar yang sah berdaftar sebagai pelajar.
ii.
Murid dari tahun 1 5 2015
6.2

PROSEDUR PENAMAAN CALON


Seseorang pelajar hanya layak menjadi calon bagi satu kerusi yang
dipertandingkan sahaja.
ii.
Tiap-tiap calon mestilah mempunyai seorang pencadang dan seorang
penyokong.
iii.
Seseorang pelajar hanya dibenarkan mencadang atau menyokong
seorang calon sahaja.
iv.
Seseorang calon bagi sesuatu kerusi tidak layak menjadi pencadang
atau menyokong calon lain yang bertanding dalam pemilihan pelajar.
v.
Semua penamaan calon hendaklah dibuat dengan menggunkan Borang
Penamaan Calon
vi.
Borang penamaan calon yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Pusat
Penamaan Calon pada hari penamaan calon.
vii.
Semua calon dan pencadang/ penyokong-penyokong masing-masing
hendaklah hadir semasa hari penamaan calon.
viii.
Percanggahan maklumat yang dikemukakan dalam borang penamaan
calon boleh menyebabkan pencalonan itu tidak sah dan seseorang calon
itu ditolak dari bertanding dalam Pemilihan.
ix.
Pada hari penamaan calon berlangsung pada masa yang ditetapkan.
Dalam tempoh tersebut, mana-mana calon yang ingin menarik diri
mestilah mengisi borang Penarikan Pencalonan.
x.
Borang Pengisytiharan Calon (borang 4.0 Lampiran 5) yang
mempunyai senarai nama calon yang layak bertanding akan
dipamerkan untuk pengetahuan umum di Pusat Penamaan Calon pada
masa yang ditetapkan. Sebarang bantahan berhubung dengan
penamaan calon hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan
Pencalonan kepada Pengurus Pilihanraya dalam tempoh tersebut.
xi.
Sekiranya selepas penamaan calon ditutup didapati jumlah calon bagi
sesuatu jabatan yang tertentu itu sama dengan jumlah kerusi-kerusi
yang dipertandingkan, Pengurus Pilihanraya akan mengisytiharkan
calon-calon yang menang tanpa bertanding dan mengisi borang
pengisytiharan menang tanpa bertanding.
i.

xii.

xiii.

6.3

Sekiranya jumlah calon melebihi jumlah kerusi yang dipertandingkan


bagi sesebuah jabatan tertentu itu, Pengurus Pilihanraya akan
mengumumkan pilihanraya akan dijalankan.
Sekiranya bilangan calon kurang daripada jumlah kerusi yang
dipertandingkan, Pengurus Pilihanraya akan mengisytiharkan caloncalon berkenaan menang tanpa bertanding.

PENGUNDIAN
Setiap
pelajar
berdaftar
sepenuh
masa
wajib
menunaikan
tanggungjawab mengundi pada hari mengundi. Kegagalan pelajar
mengundi tanpa alas an munasabah boleh dikenakan tindakan setimpal.
ii.
Setiap pelajar hanya boleh memilih dan mengundi jumlah kuota kerusi
iii.
Pengundian hanya akan dilakukan sekali sahaja bagi setiap seorang
pelajar.
iv.
Pengiraan undi dijalankan secara manual.
i.

6.4

TINDAKAN SEKIRANYA SITUASI BERIKUT BERLAKU:i.

ii.

iii.

6.5

Jika calon yang bertanding seramai kuota


Pilihanraya akan diteruskan. Calon dianggap
bertanding.

menang

tanpa

Jika calon yang bertanding kurang dari kuota jabatan


Pilihanraya tidak perlu diteruskan.
HEM berhak melantik mana-mana pelajar jabatan untuk memenuhi
kuota.

Jika tiada calon


Pilihanraya tidak akan diteruskan.

KEMPEN
i.
Pengenalan
Aktiviti berkempen adalah merupakan aktiviti rutin yang berlaku dalam
mana-mana pilihanraya. Jawatankuasa Kempen ditubuh bagi tujuan
tersebut.
ii.

iii.

Keanggotaan
AJK Kempen terdiri daripada guru-guru dan murid tahun enam 2015
Fungsi dan Tanggungjawab
Di antara tanggungjawab jawatankuasa ialah:
Menguatkuasakan semua peraturan kempen.
Memantau keseluruhan aktiviti ketika kempen.
Mengambil tindakan terhadap sebarang salahlaku
mengakibatkan peraturan kempen gagal dipatuhi.
Mengawasi keselamatan kempen secara keseluruhan.

yang

iv.

Kaedah Berkempen
Kaedah berkempen tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan
berkempen. Politeknik mengamalkan sesi berkempen yang terbahagi
kepada dua, iaitu:
a. Kempen Diri (Sudut Pidato/Pengucapan Awam)
Sesi perjumpaan untuk memperkenalkan semua calon yang
bertanding.
Calon dibenarkan berucap di khalayak ramai mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh jawatankuasa.
Calon-calon diberi peluang berucap.

b. Kempen Poster
Poster dicetak dan dikeluarkan oleh Unit Displin.
Calon-calon akan dibekalkan dengan poster berkempen oleh
jawatankuasa.
Calon-calon tidak dibenarkan menambah jumlah poster dengan
perbelanjaan sendiri.
Calon-calon dibenarkan mengedar risalah kempen dengan
kebenaran jawatankuasa.
Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman-kecaman
peribadi terhadap orang perseorangan.
Calon boleh menggangtung poster di mana-mana sahaja kawasan
politeknik yang dibenarkan oleh PasKem dengan syarat tidak
mengganggu ketenteraman awam dan lalulintas.
Calon hendaklah memastikan semua poster diturunkan dan
dibersihkan dalam tempoh 72 jam selepas keputusan
diumumkan.
c. Peraturan Kempen
Tempoh berkempen
Dicadangkan selama 2 hari termasuk hari cuti selepas
penamaan calon.
Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman
peribadi
terhadap
individu
perseorangan.
Tidak
menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengancam
keselamatan Negara.
Bahan
kempen
hendaklah
mendapat
kebenaran
jawatankuasa.
Poster hanya boleh digantung sahaja dimana-mana
kawasan sekolah.
7 PENGIRAAN UNDI
i.
Pengiraan undi dibuat secara manual.
ii.
Keputusan akan dicetak dan disemak secara manual bagi menentukan
kesahihan keputusan.

8 KEPUTUSAN
i.
Keputusan akan diumumkan oleh Pengerusi JPK sebaik sahaja keputusan
disahkan.
ii.
Calon yang terpilih akan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid.
iii.
Keputusan adalah muktamad sebaik sahaja disahkan oleh Guru Besar.
Tiada bantahan atau cabaran selepas itu.
9 TENTATIF
4 November 2015
5-6 November 2015
9 November 2015

Penamaan Calon
Kempen Calon
Pembuangan Undi

11.0 PERUNTUKAN
i.
Poster sebanyak 10 keping bagi setiap calon yang bertanding
dikeluarkan oleh Unit Displin.
ii.
Lain-lain perbelanjaan sekiranya perlu.
iii.
Sijil penghargaan/ sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada semua calon
yang bertanding.

SK JAWA SUMBILING TENOM


ANGGARAN PERBELANJAAN PILIHANRAYA PENGAWAS SEKOLAH 2016
Sumber
Kew

Keterangan

Jumlah

%
Perbelanjaan

PERUNTUKAN / HASIL
Peruntukan sekolah

30.00

JumlahPeruntukan / Hasil

30.00

100%

Peruntukan dalam bentuk kertas


PERBELANJAAN

Kertas undi, percetakan, poster, sijil

30.00

Jumlah Perbelanjaan

30.00

12.0 ORGANISASI JPK


Penaung
:
Pengerusi
:
Timbalan Pengerusi 1
Timbalan Pengerusi 2
Setiausaha
:
Bendahari
:

En. Sani Awang Ali


Puan Jumirisa Mesidi
:
En. Mohd Azlan Salim
:
Puan Rafiah Mohd Yahya
En. Sufian Bin Mokhtar
Puan Salinah Kasman

100%

AJK

Semua kakitangan SKJS


Murid tahun 6 2015

13.0 KESIMPULAN/PENUTUP
Perubahan demi perubahan yang merujuk kepada penambahbaikan sistem
pelantikan barisan kepimpinan pelajar adalah perlu bagi memastikan
kemenjadian murid lebih mantap dan boleh dibanggakan oleh semua pihak.
Pilihanraya sekolah ini akan dikawal dan diadun dengan sebaik mungkin
mengikut acuan SKJS. Pengaruh politik kepartian adalah dilarang bagi
memastikan
ketulenan
pilihanraya
yang
berlaku.
Sekaligus
menggambarkan kematangan pelajar di dalam arus kepimpinan mereka.

Disediakan oleh

SUFIAN BIN MOKHTAR


Setiausaha Pilihanraya

Disemak oleh

JUMIRISA MESIDI
Penolong Kanan HEM

Disahkan dan diluluskan oleh

SANI AWANG ALI


Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai