Anda di halaman 1dari 95

GERAKAN MAHASISWA DI

UNIVERSITI MALAYA 1970-


1986

Oleh Mohamad Ridhwan Bin


Alias 1

tokawang_sufi@yahoo.com

∗ Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya 1970-1986 adalah latihan ilmiah Jabatan Sejarah Universiti
1

Malaya pada tahun 2004. Ia ditulis oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias di bawah seliaan Prof Mohamad
Redzuan Othman, mantan Naib Presiden ABIM. Penulis dikenali sebagai mamat_com di alam maya.
1
LATIHAN ILMIAH JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA 2004

GERAKAN PELAJAR SEBELUM 1970

‘belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu

tidak maju tanpa pemimpin pengalaman(mencabar) dan terpelajar’

Ungku Aziz

1.0 PENDAHULUAN

Gerakan pelajar merupakan satu gerakan yang dipelopori segolongan anak muda yang menuntut
di universiti. Gerakan pelajar muncul apabila ketidak-adilan sosial yang berlaku dalam
masyarakat termasuk tribulasi dalaman yang dilakukan oleh penguasa universiti. Akibat tekanan
yang hebat, mahasiswa telah mengambil langkah drastik bagi menonjolkan protes mereka melalui
demonstrasi jalanan. Mahasiswa mempunyai falsafah perjuangan yang tersendiri berasaskan
kesedaran dan kepekaan dalam permasalahan politik dan isu massa negara.

2
Menurut Mohamad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari
status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan
situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada dunia semasa.2
Elemen ini memberi kesan kepada kehidupan mereka di dalam masyarakat khususnya di kampus.
Oleh itu, pengaruh kemanusiaan ini mewujudkan aspirasi mahasiswa bagi menegakkan gagasan
keadilan, kebenaran dan kebebasan.

Gagasan yang didokongi oleh gerakan pelajar ini diperjuangkan melalui proses interaksi
gerakan pelajar dengan kerajaan dan penguasa universiti melalui medium diplomasi dan
kekerasan. Tindakan lagha kerajaan dan penguasa universiti telah memberi alasan kepada
gerakan pelajar mengambil langkah kekerasan seperti berdemonstrasi. Tindakan demonstrasi
dilabelkan sebagai golongan kiri yang cuba menumbangkan kerajaan. Gerakan pelajar yang
dilabel aliran kiri ini cukup penting dalam proses pembinaan sesebuah negara. Menurut Lipset,
pelajar merupakan elemen penting dalam revolusi Jerman dan Austria pada tahun 1848 dan
aktivis pelajar dilihat sebagai ‘Professors Parliament’ dalam usaha menumbangkan rejim
monarki.3 Gambaran ini menjelaskan gerakan pelajar berperanan sebagai jurubicara masyarakat
dan sedia menegak kepentingan masyarakat.

Oleh itu, dalam bab satu penulis memaparkan sejarah awal gerakan pelajar di Malaysia
yang menjadi antara asas nasionalisme negara. Penulis juga cuba memperlihatkan indikasi-
indikasi yang menyebabkan kebangkitan gerakan pelajar.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYA

Universiti Malaya diwujudkan pada 8 Oktober 1949 oleh Ordinan Enated Legislatures of
Federation of Malaya di Singapura. Maklumat daripada Report of Commission on University
Education in Malaya di bawah Dr. Sir Alexander Carr Sauder yang mengatakan ia diwujud pada
March 1947 oleh Secretary of State untuk kolonial dirujuk;

‘to make recommendation, in the light of Report of the Commission of

1939 on Higher Education in the colonies, for the development of university

education in Malaya’

2
Mohamad Abu Bakar, “Falsafah Perjuangan Mahasiswa” dlm. Majalah Varsiti 1981/82, Kuala Lumpur:
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, hlm. 137.
3
S.M Lipset, “ Students and Politic in Comparative Perspective”, dalam S. M Lipset and P. G Altbach(ed.),
Student in Revolt, Boston: Houghton Mifflin Company, 1969, hlm. xv.
3
Kenyataan ini merujuk kewujudan universiti baru hasil gabungan King Edward VII College of
Medicine yang dibina pada tahun 1905 dan Raffles College(aliran Sains dan sastera) yang dibina
pada tahun 1929 dalam pengajaran bahasa Inggeris. Pada peringkat awal Universiti Malaya ingin
dibina di Johor Bahru pada tahun 1954 dengan keluasan 1000 ekar tetapi telah dibina di Kuala
Lumpur di tapak 650 ekar.4 Di Kuala Lumpur, pembelajaran Universiti Malaya bermula pada
tahun 1957 dengan mengambil 285 orang pelajar tahun pertama aliran sastera daripada kampus
Singapura ke kampus Kuala Lumpur.

Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagi dua divisyen iaitu satu di Kuala Lumpur
dan satu di Singapura. Setiap divisyen mempunyai dekan dan Majlis Senat tersendiri tetapi
universiti masih ditadbir oleh seorang Naib Canselor dan Majlis Pusat. 5 Fakulti Sastera dan Sains
terdapat di kedua-dua kampus. Fakulti Perubatan, Undang-undang, Pengajian China dan bidang
falsafah hanya ada di Singapura dan di Kuala Lumpur pula terdapat Fakulti Kejuteraan(dimulai
pada tahun 1958), Pengajian Melayu, Pengajian India dan Geologi.

Penubuhan universiti menyebabkan peningkatan taraf keilmuan dan kesedaran terhadap


persekitaran6 terutamanya nasib masyarakat pribumi di luar bandar, isu bahasa dan masalah
kebajikan pelajar serta penindasan golongan minoriti di negara tertentu. Universiti Malaya
merupakan medan utama dan basic camp bagi gerakan pelajar menjalankan kegiatan mereka
dalam usaha menyuarakan aspirasi pelajar dalam sesuatu isu.

3.0 PERKEMBANGAN PERSATUAN PELAJAR DI MALAYSIA.

Gerakan pelajar bermula seiring dengan perkembangan pendidikan di negara ini. Pada tahun
1816, sekolah pertama dibina oleh British iaitu Penang Free School. Pada tahun 1937, dunia
pendidikan Tanah Melayu dikejutkan kelulusan pertama graduan Melayu dalam Senior
Cambridge dan beliau adalah Abdul Wahab Mohd. Ariff. Beliau telah dianugerah Penang Free
School Centenary Gold Medal pada tahun 1938 atas kecemerlangan pertama anak Melayu.
Kejayaan Abdul Wahab mendorong rakan-rakan mendesak beliau memberi nasihat agar mereka
turut cemerlang. Hasilnya Abdul Wahab menubuhkan pertubuhan pertama pelajar Melayu iaitu

4
Dr. R.S. Aitken(ketua), Report of The University Malaya Commission of Enquiry 1957, Singapore: Govt.
Print. Office, 1957, hlm. 9-10.
5
“ The University of Malaya: A Short History”, dlm. Majalah Varsity 1970, Kuala Lumpur: PMUM, 1970.
hlm. 10-11.

Hussain Mohamed, “Gerakan Pelajar di Malaysia: Satu Sorotan” dlm., Hussain Mohamed(ed.), Belia di
6

Malaysia: Masalah, Gerakan dan Masa Depan, Kuala Lumpur: Aneka Publishing, 1997, hlm. 76.
4
Malay Boys League yang bertujuan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang tetapi terpaksa
dibubar kerana larangan pengetua.

Semasa menuntut di Singapura, Abdul Wahab telah menjadi Presiden Mahasiswa Islam
Kolej Raffles dan Perubatan Singapura iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam. Pertubuhan pelajar
Melayu penting bagi menyatukan pelajar Melayu.7 Jumlah pelajar yang kecil menyebabkan
Abdul Wahab menyeru agar pelajar Melayu bersatu demi pelajaran.8 Persatuan Mahasiswa Islam
Kolej di Singapura juga mendesak agar kerajaan menubuhkan Majlis Pelajaran Tinggi yang
diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai Melayu sebagai Ketua Pengarah Pendidikan.

Pada bulan April 1946, Aminuddin Baki seorang pelajar menengah atas Sekolah
Anderson, Ipoh menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf(PERMI). Pada bulan Ogos
1947 PERMI cawangan Perak ditubuhkan. Perkembangan gerakan pelajar semakin pesat dengan
penubuhan Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor(KPPMS) pada tahun 1946 dan
Kesatuan Penuntut Melayu Pahang pada tahun 1947. Kesatuan Penuntut Melayu berkembang
pesat pada tahun 1949 dengan penubuhan cawangan di negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan,
Kedah, Melaka dan Johor. Abdul Wahab telah mengetuai Jawatankuasa Persiapan Kongres
Pelajar bagi menyatukan seluruh gerakan pelajar di Malaya.

Kongres Pelajar Melayu berlangsung di Maktab Teknik, Kuala Lumpur pada 14 dan 15
Ogos 1949. Pertubuhan yang hadir dalam kongres ini adalah Persatuan Penuntut-penuntut
Muslim Maktab Teknik, PERMI(Perak), Persatuan Penuntut Melayu(Pahang, Selangor, Kuala
Lumpur, Kajang) dan Persatuan Penuntut-penuntut Melayu Maktab Tanam-tanaman. Mereka
membincangkan permasalahan pelajar Melayu dan bagaimana untuk bekerjasama. Pada jam 12
tengah hari, 15 Ogos 1949, kongres bersetuju menubuhkan Gabungan Penuntut-penuntut Melayu
Semenanjung(GPMS) yang diketuai oleh Abdul Wahab.9 Apabila Universiti Malaya ditubuhkan
di Singapura, GPMS mendesak agar Dr. G.V. Allen sebagai Naib Canselor kerana beliau
bersimpati dengan orang Melayu. Tampuk pimpinan GPMS dikuasai oleh pelajar Universiti
Malaya seperti Lokman Musa, Musa Hitam dan Abdullah Ahmad Badawi.

7
Jumlah Pelajar Melayu

Kolej Perubatan 25 orang daripada 312 orang pelajar

Kolej Raffles 33 orang daripada 300 orang pelajar

United Kingdom 38 orang

Maklumat ini dirujuk daripada; M.A. Fawzi Basri, “1948 GPMS Sebagai Badan Pelajar Kebangsaan” dlm.
Cenderamata Jubli Perak GPMS, 1973, hlm. 59.
8
The Sunday Tribune, 30.5.1948. Dirujuk daripada karya; Mohd Tajuddin, Aminuddin Baki, Petaling Jaya:
Pelanduk Publication, 1987, hlm. 11.
9
Mohd Tajuddin, Aminuddin Baki, hlm. 14.
5
Kewujudan kampus Universiti Malaya di Kuala Lumpur telah mengalakkan
perkembangan gerakan pelajar. Sebenarnya banyak persatuan yang telah ditubuhkan tetapi
penulis menumpukan kepada persatuan yang berpengaruh di Universiti Malaya iaitu PMUM,
PBMUM dan PMIUM. Semua pelajar di Universiti Malaya bernaung di bawah PMUM atau
UMSU mula ditubuh pada 1 Januari 1962 seiring dengan hari penubuhan Universiti Malaya yang
ditubuh di bawah Akta Universiti Malaya. Maka Persatuan Mahasiswa yang ditubuh pada 15
Januari 1959 telah berakhir pada penghujung 1961.10

Tujuan PMUM ialah memupuk kebajikan am badan mahasiswa, memajukan kegiatan


sosial, kebudayaan dan mengadakan hubungan rasmi dengan badan lain.11 PMUM adalah badan
pelajar yang diberikan kuasa untuk mewakili mahasiswa dalam semua perkara yang menyentuh
kepentingan mahasiswa. PMUM12diakui sebagai suara rasmi pelajar oleh pihak Universiti
Malaya. PMUM adalah pertubuhan yang lantang bersuara memperjuangkan isu kampus,
antarabangsa dan nasional.

PMUM mempunyai kuasa menjalinkan hubungan rasmi dengan badan pelajar yang lain
sama ada di dalam atau di luar negara. PMUM menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar
Malaysia(PKPM) yang merupakan wakil badan pelajar Malaysia dalam arena antarabangsa.
PKPM telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan nama National Union of Federation
Student(PKPPTM) dan ditukar nama kepada PKPM pada tahun 1962.13 PKPM yang didominasi
oleh tokoh PMUM juga bergabung di bawah International Student’ Council yang berpusat di
London dan menyambut 17 November setiap tahun sebagai Hari Pelajar Antarabangsa.

PBMUM pula ditubuhkan pada 29 Januari 1955 di Singapura dengan ahli seramai 27
orang semasa tahap awal. Di Singapura, PBMUM dikenali Persekutuan Bahasa Melayu
Universiti Malaya dan perkataan persekutuan diganti dengan persatuan pada tahun 1969. 14
Penubuhan PBMUM adalah hasil usaha pensyarah dan pelajar fakulti Sastera seperti Lokman
Musa, Noh Abdullah, Tahir Abdul Rahman dan Fatimah Hasyim. Walau bagaimanapun, idea
penubuhan PBMUM telah dicetuskan oleh Ungku Aziz dan Za’ba sejak tahun 1954 lagi. 15 Pada
10
Buku Panduan PMUM 1974, Kuala Lumpur: PMUM, 1974, hlm. 8.
11
“Satu Pengenalan: Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya”, dlm. Majalah Varsity 1970, hlm. 8.

Sebanyak 32 pertubuhan pelajar yang bergabung dengan PMUM dan 13 lagi pertubuhan pelajar tidak
12

bergabung termasuk sebuah kelab politik pelajar(Kelab Sosialis). Lihat, Laporan Jawatankuasa Majlis
Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, Kuala
Lumpur: MAGERAN, 1971, hlm. 17.
13
Mariam Lim(ed.), Union Perspective 1969, Kuala Lumpur: PMUM, 1969, hlm. 72.

Noordin Razak, PBMUM: Satu Kajian tentang Perubahan Sikap Mahasiswa Melayu, Latihan Ilmiah,
14

Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1971, hlm. 7.

Adnan Nawang, Za’ba: Patriot dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1994, hlm.
15

167.
6
tahun 1956, keahlian PBMUM seramai 202 meningkat kepada 721 orang pada tahun 1965. Pada
sesi 1970/1971, keahlian PBMUM adalah 3123 orang 16 menjadi antara persatuan berpengaruh di
Universiti Malaya.

PBMUM tidak bergabung dengan PMUM kerana hala tuju PMUM tidak selaras dengan
perjuangan bahasa dan kebudayaan Melayu.17 Pengabungan akan membatasi peranan PBMUM.
Teras perjuangan PBMUM berdasarkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1954
yang mendesak Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Hasrat ini bertambah kukuh apabila
Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu yang bersidang pada 31 Mei 1955 bersetuju menjadi
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada tahun 1969, PBMUM meminda perlembagaan dengan menambah isu perjuangan
iaitu mengambil berat dan memperjuangkan pelajaran dalam Bahasa Melayu dan berusaha
memperjuangkan keadaan bangsa dan negara. PBMUM mendakwa mereka adalah penyambung
lidah rakyat bukanlah perjuangan perkauman tetapi perjuangan nasional.18 Menurut Kochiko
Mazilo, pendekatan PBMUM bukan emosional dan radikal tetapi bagi batu timbang setiap
pergerakan yang menyeleweng daripada aspirasi nasional. Bahasa Melayu dan dasar pelajaran
adalah cita-cita rakyat yang taat kerana bahasa bukan soal politik dan pelajaran bukan persoalan
ekonomi.19

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) diwujudkan pada pertengahan


tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti
Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila
Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di
bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid ar-Rahman yang dibina
pada tahun 1963. Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan
Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia.

Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan
Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau
cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis
hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis. PMIUM cuba melahirkan
Lapuran Tahunan PBMUM 1970/1971. Kenaikan keahlian PBMUM disebabkan peningkatan jumlah
16

kemasukkan pelajar Melayu ke Universiti. Lihat juga Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara
Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, hlm. 46-47.

Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus


17

Universiti Malaya 1971, Kuala Lumpur: MAGERAN, 1971, hlm. 16.


18
Berita PBMUM. 28. Mei. 1971.

Kochiko Mazilo, “Bahasa Bukan Soal Politik, Pelajaran Bukan Soal Ekonomi”, Utusan Malaysia,
19

23.10.1970.
7
mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan
menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara
PMIUM dan Jurnal Sejahtera.

4.0 GERAKAN PELAJAR DAN POLITIK

Politik melibatkan satu keadaan perebutan kuasa, satu sistem bagi mengadakan peraturan asas,
penglibatan pemerintah dan pembangkang dalam usaha mewujudkan masyarakat yang
sempurna.20 Gerakan protes adalah satu tindakan politik bagi menyaingi kekuasaan kerajaan.21
Sifat intrinsiknya sukar dinyatakan tetapi ia harus ditangani dengan penuh bijaksana. Walau
bagaimanapun, kondisi masyarakat tempatan antara alasan bagi organisasi pelajar mendesak
untuk melakukan perlawanan sosial.22

Gerakan pelajar dan politik mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.
Keterlibatan gerakan pelajar dalam politik terbahagi dua iaitu tahap dalaman kampus dan politik
luar terutamanya politik nasional. Menurut Khong Kim Hoong, pelajar mesti aktif dalam politik
supaya terlibat secara langsung dalam proses pembinaan bangsa dimana pelajar perlu berupaya
menganalisis tentang persoalan demokrasi, kebebasan dan equality.23 Beberapa pertubuhan
pelajar mempunyai jalinan ideologi yang rapat dengan pertubuhan politik dan pertubuhan bukan
kerajaan. Perkara ini terbukti kumpulan Republik Islam yang pro-PAS mengalahkan kumpulan
PKPIM-ABIM dalam pemilihan tampuk kuasa PMIUM pada tahun 1983.24 Politik juga
merangsang kematangan para pelajar dalam memperjuangkan permasalahan rakyat dan
membentuk bakat kepimpinan.

Isu politik dan penyertaan dalam parti politik merupakan unsur yang berbeza. Bagi
mengelakkan para pelajar terlibat secara langsung dalam parti politik, pihak universiti wajar

“Mahasiswa dan Politik”, Kongres Kepimpinan Perdana Kebangsaan, 16-17 Oktober 1996, Jitra:
20

Persatuan Sains Politik UUM.


21
Qasim Ahmad, Kekerasan Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 9.
22
Ernest Mandels, “Gerakan Mahasiswa Revolusioner”, http://idealismahasiswa.com.my.

Khong Kim Hoong adalah Presiden PMUM sesi 1969. Lihat Mariam Lim(ed.), Union Perspective 1969,
23

hlm. 4.
24
Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Petaling Jaya: IBS Buku, 1990, hlm. 69.
8
menubuhkan Current Affair Club iaitu kelab perbincangan politik.25 Dalam kelab perbincangan
ini digalakkan perbezaan pendapat. Kritikan dan perbezaan dalam memberi pendapat akan
memugarkan demokrasi yang berasaskan kebebasan bersuara dan pengetahuan hak asasi
manusia.26 Secara idealnya, kezahiran Kelab Sosialis boleh mempertingkatkan kesedaran politik
di kalangan pelajar tetapi momentum kesedaran politik masih terhad pada lingkaran pelajar
berjiwa kiri sahaja.27

Kewujudan arena politik kampus mewujudkan fenomena persaingan dalam mencari


pengaruh demi kepentingan pertubuhan pelajar yang diwakili. Menurut Maurice Duverger,28
proses ini dikenali sebagai ideological decentalization. Penyebaran ideologi merangsang suasana
diskusi, persaingan intelektual, perdebatan dan kemahiran berpolitik. Pertubuhan pelajar yang
berpengaruh sering menghangatkan suasana politik kampus Universiti Malaya ialah Kelab
Sosialis(1960an-1974), PBMUM(1960an-1974), PMIUM(1971-2003), Barisan Mahasiswa
Bersatu(1990an), Gagasan Mahasiswa(1997-2003).

5.0 ISU DAN PENDEKATAN: MERINTIS JALAN KE PUNCAK

Secara umumnya, gerakan pelajar muncul di institusi pendidikan seperti universiti, maktab dan
pondok. Pada awal 1930an, beberapa lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris telah menubuhkan
Kesatuan Melayu Muda yang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan.29
Penubuhan Universiti Malaya membawa perspektif baru bagi gerakan pelajar dalam berorganisasi
dan berjuang. Di bawah adalah sebahagian isu utama30 dan pendekatan gerakan pelajar secara
progresif dalam penyelesaian isu kampus dan masyarakat sekitar akhir 1960an.

Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus


25

Universiti Malaya 1971, hlm. 58.

F. H. T. Rhodes, ‘The University and its Critics’ dlm. W.G. Brow & H.T. Shapiraled(ed.), University and
26

Their Leadership, New Jersey: Princeton University Press, 1998, hlm. 4.

Temuramah Mohamad Abu Bakar, 2.1.2003. Pelajar harus bebas membicarakan tentang ideologi dan
27

mengkritik. Lihat, Majalah Varsity, 1965, hlm. 13.

Maurice Duverger, Political Parties: Their Organization and Activity in the Modern State, London:
28

Methuen, 1967, hlm. 54.

Hasan Karim, “Perjuangan Pelajar Di Malaysia” dlm. Hasan Karim(ed.), Bersama Rakyat: Gerakan
29

Mahasiswa 1967-74, Petaling Jaya: INSAN, 1984, hlm. 1.


30
Sebenarnya banyak isu yang diperjuang oleh pelajar. Penulis memilih isu yang penting sahaja kerana
terdapat isu luar daripada lingkaran kajian penulis. Bagi mengetahui lebih lanjut, lihat Mohamad Abu
Bakar, Mahasiswa Menggugat.
9
5.1 Isu Tanah di Teluk Gong.

Dalam bulan September 1967, PBMUM telah mengadakan Simposium ‘Masalah Penduduk Luar
Bandar’ bertujuan membincangkan dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh penduduk luar
bandar. Permasalahan yang dibincang mencakupi persoalan pendidikan, nasib wanita, kemudahan
dan ekonomi orang Melayu di luar bandar. PBMUM telah menggunakan platform simposium ini
bagi menyuarakan pembelaan yang harus dilakukan ke atas rakyat miskin dan terbiar di desa.31

Walaupun perjuangan PBMUM dilihat dalam konteks positif, sesetengah pihak


berpandangan PBMUM di bawah pimpinan Sanusi Osman terpengaruh dengan cita-cita fahaman
Sosialis. Impak simposium ini, PBMUM bersama dengan PMUM32 telah memperjuangkan isu
Teluk Gong. Pada 10 Ogos 1967, Hamid Tuah33 bersama pengikutnya telah membuka tanah
haram untuk petempatan dan pertanian di Teluk Gong. Pada 21 Ogos 1967, seramai 530 petani
telah menanam sayur-sayuran dan membina penempatan di atas tanah 1000 ekar.34 Pada bulan
September 1967, kerajaan memberi amaran supaya tanah tersebut dikosongkan dalam tempoh
seminggu. Kerajaan telah bertindak menangkap Hamid Tuah35 dan pengikutnya36 yang enggan
menurut perintah dan memusnahkan petempatan haram tersebut.

Pada 14 Oktober 1967, pelajar mengadakan sudut pidato membidas pihak kerajaan
Selangor dan mendesak agar Hamid Tuah dan rakan-rakannya dibebaskan. Mereka telah berarak
dan berpiket di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Perarakan itu dapat
disuraikan oleh FRU setelah pihak PMUM melalui Setiausaha Agung PMUM, Syed Hamid Ali
berjaya menghantar memorandum.

31
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 57.

PMUM dengan PBMUM dapat bekerjasama kerana pimpinan kedua-dua pertubuhan dikuasai oleh
32

pemimpin Kelab Sosialis iaitu Sanusi Osman dan Syed Hamid Ali.
33
Wira petani yang memperjuang isu tanah rakyat. Beliau adalah cucu Sheikh Abdul Wahab, guru agama
Sultan Langkat yang berasal dari Babus Salam, Tanjung Pura, Langkat Sumatera Utara. Ramai murid
Abdul Wahab berhijrah ke Selangor pada tahun 1930an telah meminta bantuan beliau dalam penyelesaian
isu penerokaan tanah. Selain Teluk Gong, Hamid Tuah juga terlibat memimpin rakyat dalam isu tanah di
Bukit Ceraka, Subang(1950an), Batu 5, Jalan Banting(1961) dan Merbau Berdarah(1969).

Sanusi Osman, Kelaparan Tanah di Kalangan Kaum Tani Malaya, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian
34

Melayu Universiti Malaya, 1968, hlm. 95.


35
Utusan Malaysia. 27. 9. 1967.

Pengikut Hamid Tuah ditahan selepas beberapa hari beliau ditahan. Lihat Utusan Malaysia. 12.10.1967.
36

Antara ditahan adalah Yahya Zainuddin dan Dam Huri(anak Hamid Tuah).
10
Pada 15 Oktober 1967, sudut pidato diadakan lagi dengan luahan isteri Hamid Tuah,
Syarifah Aini dan Dam Huri(anak beliau) di hadapan kira-kira 200 orang pelajar. Pelajar telah
mengutip derma sebanyak RM500, pakaian dan susu untuk diagihkan kepada pengikut Hamid
Tuah.

5.2 Isu Penglibatan Pelajar Dalam Pilihanraya 1969.

Gerakan pelajar mengalami tranformasi secara radikal dalam politik apabila melibatkan diri
dalam pilihanraya Umum 1969. Pada bulan April dan Mei, PMUM telah bersedia dengan
membuat persiapan bagi menyertai kempen pilihan raya. PMUM cuba memberi gambaran
sebenar tentang politik nasional dengan menggunakan pedekatan non racial. Pada 19 April 1969,
PMUM telah mengeluarkan satu manifesto yang dikenali Manifesto Mahasiswa 37 sebagai asas
perjuangan.

PMUM telah menyediakan manifesto yang bebas daripada sifat perkauman yang
diamalkan dalam politik nasional. Pembebasan daripada unsur perkauman dalam manifesto
diakui oleh Jawatankuasa MAGERAN Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut Di Kampus
Universiti Malaya.38 PMUM dalam manifestonya memperjuangkan isu-isu masyarakat seperti
hak-hak demokrasi, perpaduan nasional, reformasi pelajaran, kesihatan, gaji minimun, reformasi
pertanian dan dasar luar.39 Pelajar ingin melahirkan masyarakat yang adil dan seimbang dimana
penindasan manusia ke atas manusia lain tidak kedapatan.

PMUM telah turun padang dalam kempen pilihanraya 1969 dengan mengadakan rapat
umum secara besar-besaran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan
Petaling Jaya. Rapat umum mempamerkan bakat politik dari segi idealis dan karismatik pimpinan
pelajar seperti Syed Hamid Ali, Khong Kim Hoong dan Yoong Suan. 40Sebanyak 13 rapat umum
diadakan dengan kehadiran 100,000 orang rakyat menunjukkan betapa besar pengaruh gerakan
pelajar di kalangan rakyat sehingga pimpinan PMUM tidak dibenarkan ke negeri Pantai Timur.

Manifesto dibuat oleh Majlis Sementara PMUM yang dianggotai 7 ahli yang dipilih pada bulan Disember
37

1968 berikutan pembubaran Majlis PMUM ke 11 dan diluluskan dalam Mesyuarat Agong Tahunan Majlis
PMUM ke 12 sebagai panduan dan penyataan sikap PMUM terhadap politik. Lihat, Laporan
Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti
Malaya 1971, hlm. 29.

Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus


38

Universiti Malaya 1971, hlm. 57.

Manifesto Mahasiswa 1969. Manifesto ini bersalahan dengan Ordinan Kesalahan Pilihanraya 1954 yang
39

melarang badan bukan politik terlibat dalam politik.


40
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 81.
11
5.3 Impak Peristiwa 13 Mei.

PBMUM mengadakan sidang tergempar pada 11 Julai 1969 telah meletakkan kesalahan di bahu
pucuk pimpinan negara ekoran peristiwa hitam itu dengan meluluskan undi tidak percaya
terhadap Tunku. PBMUM bersama kumpulan anti Tunku telah menyatakan kegagalan Tunku
melalui pelbagai wasilah seperti banner, surat layang dan Berita PBMUM. Penemuan banner
yang tergantung di Masjid ar Rahman dengan slogan ‘Regim Tengku Imperialis dan Feudalis’ dan
‘Tengku, berhentilah’ pada 17 Julai 1969 mengecewakan hati Tunku.41

Pada peringkat awal PMUM tidak terlibat dalam pertikaian mahasiswa dengan Tunku
tetapi Tunku telah menuduh Presiden PMUM, Syed Hamid Ali terlibat dalam menguruskan
perarakan mayat pemuda Cina yang ditembak oleh polis di Kepong. 42 Syed Hamid Ali
menyangkal tuduhan Tunku43 dan mengajak Tunku berdebat. Kerajaan telah mula mengendurkan
keadaan dengan mengubah kenyataan daripada mengurus perarakan kepada bersama-sama berada
di balai polis untuk meminta kebenaran.44 Syed Hamid menjelaskan beliau hanya jurubahasa
antara penganjur dengan polis.45

Pada 28 Ogos 1969, pelajar mengadakan sudut pidato yang ditaja oleh PBMUM sempena
Konferensi Internasional mengenai Drama dan Muzik Tradisonal telah mengutuk Tunku.
Seramai 1000 orang pelajar berarak ke Dewan Tunku Canselor dan bertembung pasukan FRU
yang telah menembak 10 das gas pemedih mata. Pelajar tidak berpuashati telah mendakwa pihak
polis mencabul hak autonomi universiti.46

Pada 29 Ogos 1969, demonstrasi diadakan bagi mendesak agar hak autonomi dikekalkan
telah dihadiri 1000 orang pelajar di sudut pidato. Pada malam hari tersebut, polis menahan Naib
YDP PBMUM, Hanafiah Ishak, Aziz Deraman(Setiausaha Penerbitan PBMUM), Yusuf Embi(ahli
PBMUM) dan Syed Hamid di bawah undang-undang Ketenteraman Awam dan Mencegah

Luahan perasaan Tunku boleh dilihat dalam memoirnya. Tunku Abdul Rahman, 13 Mei: Sebelum dan
41

Selepasnya, Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 1969, hlm. 145-147.


42
Mingguan Malaysia, 20.7.1969. Pemuda itu bernama Lim Sun Seng, lihat Berita Harian, 5.5.1969.

Utusan Malaysia, 21.7.1969. Walau bagaimanapun, PMUM bersimpati dalam peristiwa kematian ahli
43

Parti Buruh tersebut. Lihat, Berita Harian, 6.5.1969.


44
Utusan Malaysia, 21.7.1969.
45
Utusan Malaysia, 22.7.1969.
46
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 95.
12
Jenayah 1969. Pada 2 September 1969, pelajar tersebut dibebaskan setelah perbincangan
diadakan antara wakil pihak pelajar dengan kerajaan 47 dan desakan 10 badan pelajar antarabangsa
seperti Federation of United Kingdom and Eire Malaysian and Singapore Student
Organization(FGEMSO).

Pada 27 September 1969, suasana kembali tegang apabila PBMUM mengadakan sudut
pidato di depan perpustakaan yang telah dihadiri oleh 300 orang pelajar. Sudut pidato pada hari
tersebut bertujuan membincangkan buku yang dihasilkan oleh Tunku iaitu 13 Mei: Sebelum dan
Selepasnya. Pelajar telah membakar buku ini sebagai tanda protes dengan alasan ia bersifat mitos
dan subversif yang menimbulkan sifat perkauman dan satu tuduhan yang melulu.48 Anwar
Ibrahim(YDP PBMUM), protes yang diadakan pada hari itu berikutan tuduhan Tunku dalam buku
tersebut adalah tidak tepat.49 Tunku meletakkan jawatan50 pada 22 September 1970 dan diganti
oleh Tun Razak.

5.4 Isu Bahasa dan Dasar Pelajaran.

Isu Bahasa sangat penting bagi menjamin survival orang Melayu dan menguatkan lagi perpaduan
rakyat di Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu terjamin selaras
dengan perlembagaan negara dimana bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan orang bukan
Melayu diberi peluang sekurang-kurang 10 tahun untuk bertranformasi dari berbahasa Inggeris
kepada berbahasa Melayu.51 Bahasa Melayu dilihat sebagai wahana bagi negara mencapai
perpaduan diantara rakyat yang pelbagai kaum. Dalam Penyata Razak telah dijelaskan matlamat
dasar pendidikan adalah menyatukan segala bangsa dibawah sistem pendidikan nasional yang
menggunakan bahasa kebangsaan.52

PBMUM menghantar delegasi yang diketuai Syed Naquib al Attas(Dekan Fakulti Sastera) manakala
47

delegasi PMUM diketuai oleh Pemangku Presiden PMUM, Toh Kim Chye untuk bersemuka dengan
Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail.
48
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 102.
49
Utusan Malaysia, 3.10.1969.

Walaupun Tunku meletakkan jawatan, PBMUM masih mengkritik Tunku. Contoh, isu pencen, seramai
50

200 berdemonstrasi membantah pembayaran $4000 sebulan dan saguhati sebanyak $200,000 kepada
Tunku. Pembayaran ini tidak relevan kerana Tunku masih memperolehi gaji sebagai Setiausaha Agong
OIC. Lihat Utusan Malaysia, 1.10.1970.

Report of Federation of Malaya Constituitional Commission1957, hlm. 74. Penggunaan Bahasa Melayu
51

di kampus cuba diusahakan oleh golongan Nasionalis sejak 1960 dengan mengadakan minggu bahasa.
Varsity, 1961, hlm. 60.
52
Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956, hlm. 3
13
Bagi memenuhi agenda bahasa kebangsaan, pada 28 hingga 29 September 1968,
PBMUM mengambil inisiatif dengan mengadakan Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan
merupakan lanjutan Seminar Bahasa Kebangsaan pada tahun 1966. Simposium ini dihadiri oleh
30 buah pertubuhan dan menyatakan resolusi agar penubuhan Universiti Kebangsaan diwujudkan
selewat-lewat pada tahun 1970 dan kerajaan perlu tegas dalam pelaksanaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi.

Perjuangan menegak Bahasa Melayu merupakan perjuangan berterusan. Bahasa Melayu


adalah sumber adipenting bagi nasionalisme.53 Secara umumnya, gerakan pelajar bersetuju
pelaksanaan dasar Bahasa Melayu. Cuma berlaku dikotomi dalam kaedah pelaksanaan. PBMUM
mahukan perubahan secara drastik dimana Bahasa Melayu perlu digunakan secara meluas dalam
kursus di Universiti Malaya bukan hanya di fakulti Sastera yang dimulakan pada tahun 1970.
Tuntutan PBMUM disokong oleh Kelab Sosialis. PMUM pula mahu pelaksanaan dilakukan
berperingkat-peringkat. Kenyataan PMUM dikecam oleh PBMUM sebagai satu propanganda dan
helah. PBMUM mecabar Setiausaha Agung PMUM, Encik Oon meletakkan jawatan.54 Isu bahasa
telah memberi impak kepada dua demonstrasi;

a. Bantahan Peletakan Jawatan Abdul Rahman Yaakob.

Menteri Pelajaran Dato Abdul Rahman Yaakob akan meletakkan jawatan untuk menjawat
jawatan Ketua Menteri Sarawak. Pada 7 Julai 1970, wakil PBMUM dan PMIUM pergi kediaman
Tun Razak ingin mengetahui keadaan sebenar. Pada 9 Julai 1970, seramai 2000 ahli PBMUM
melakukan demonstrasi mendesak supaya perletakan jawatan ditarik balik. Pelajar berarak ke luar
kampus disertai pelajar Universti Kebangsaan. Demonstrasi bersurai setelah mendapat mesej
bahawa Abdul Rahman datang ke Kuala Lumpur untuk menjelas isu ini. Pada 10 Julai 1967,
Abdul Rahman menjelaskan Dasar Bahasa Melayu tidak akan berubah walaupun beliau tiada.

b. Demontransi Papan Tanda.

Pada 5 Oktober 1970, PBMUM memcabar tindakan pensyarah yang tidak mahu
mengajar dalam Bahasa Melayu dalam bilik kuliah A di fakulti Sastera.55 PBMUM curiga tentang
pelaksanaan Bahasa Melayu di universti. Menurut Anwar Ibrahim, surat kepada Naib Canselor
kepada PBMUM bertarikh 4 Julai 1969 menjelaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam proses
perbincangan oleh Majlis Senat. PBMUM juga kecewa sikap pentadbir Universiti Malaya yang
53
Berita Pelajar, November/Disember 1968.
54
Utusan Malaysia, 9.4.1970.
55
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 108.
14
meremeh pelaksanaan Bahasa Melayu walaupun pentadbir universiti berjanji memperluaskan
penggunaan Bahasa Melayu.56

Pada jam 10.00 pagi hari tersebut, PBMUM mengadakan sudut pidato dan berarak yang
disertai 3000 orang pelajar. Mereka menyerbu fakulti Sains, Sastera, Pendidikan dan pusat
petadbiran dengan mengecat kenyataan berbahasa Inggeris termasuk perkataan ‘UMSU’ yang
terdapat pada bas PMUM dan no parking dengan warna merah dan hitam. Pelajar juga membakar
surat berbahasa Inggeris.

5.5 Isu Antarabangsa: Pencerobohan Rusia ke atas Czekslovakia

Selain isu tempatan, gerakan pelajar juga mempunyai daya responsif terhadap isu antarabangsa.
PMUM selalu memainkan peranan utama dalam persoalan isu antarabangsa. Pimpinan PMUM
yang menguasai tampuk pentadbiran PKPM yang merupakan wakil badan pelajar di Malaysia
mempunyai hubungan dengan badan pelajar negara lain di peringkat antarabangsa. Pada bulan
Ogos 1968, pakatan Warsaw yang diketuai oleh Rusia memceroboh Czekslovakia. Gerakan
pelajar di seluruh dunia menyatakan penentangan terhadap tindakan Rusia.

Pendudukan Rusia selama 6 minggu57 mencabul kedaulatan sesebuah negara yang bebas
telah menyemarak semangat protes di kalangan pelajar. Pelajar Universiti Malaya dan Singapura
mengutuk tindakan Rusia walaupun Rusia beralasan menghapuskan puak deviationist di
Czekslovakia.58 Sebenarnya kemasukan berpunca apabila Alexender Dubcek(Setiusaha Agung
Parti Komunis) mahu melakukan reformasi dalam Parti Komunis Czekslovakia. Perubahan itu
disokong oleh golongan pelajar negara itu. Pada 28 Ogos 1968, seramai 150 pelajar Universiti
Malaya berarak mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Rusia bagi mengecam tindakan
Rusia. Perarakan itu berjaya disurai oleh FRU setelah menggunakan gas pemedih mata.

Pada 27 Ogos 1969, seramai 1000 orang pelajar menunjukkan perasaan di hadapan
Kementerian Dalam Negeri dibawah pimpinan Syed Hamid Ali. Reaksi pelajar Malaysia terbit
apabila pertubuhan pelajar Czekslovakia iaitu Czech Student Union menolak perjanjian dengan
Rusia;

‘never resign themselves to result of the Moscow negotiations’59

56
Utusan Malaysia, 31. 12. 1969.
57
Berita Pelajar Special, Oktober 1968.
58
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 70.
59
Berita Pelajar Special, Oktober 1968.
15
6.0 KESIMPULAN

Sebelum tahun 1970, aktiviti pelajar boleh dibahagikan dua era iaitu sebelum tahun 1965
yang bersifat kebudayaan dan ilmiah dan selepas tahun 1965 hingga 1970, kemunculan pelajar
progresif yang mahu perubahan terutamanya dalam masyarakat. Keterlibatan pelajar dalam
masyarakat memperluaskan objektif sosial pelajar agar tidak terkongkong dalam bidang
akademik semata-mata. Bakat kepimpinan yang dimiliki oleh Syed Hamid Ali dan Anwar
Ibrahim membolehkan pelajar menjadi jurubicara masyarakat agar suara rakyat didengari oleh
penguasa politik. Asas gerakan pelajar pada akhir 1960an akan mempengaruhi suasana politik
kampus pada dekad seterusnya.

GERAKAN PELAJAR 1970-1974

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

(mamat_com)

tokawang_sufi@yahoo

“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama

sama keranda jingga yang berbalut dengan segala janji dan kepalsuan

manusia”

Noordin Razak

1.0 PENDAHULUAN

Era 1960an dilihat sebagai permulaan kebangkitan gerakan pelajar di Malaysia dan gerakan ini
memuncak pada era 1970an. Dalam bab ini penulis akan membincangkan kebangkitan pengaruh
kesedaran Islam60di kampus, pengolakan dalam politik kampus dan isu serta kegiatan yang
dijalankan oleh pelajar. Pada tahun 1970an dilihat sebagai pemberi impak maksimun kepada
Kesedaran politik dan ekonomi adalah faktor kemajuan Islam. Idea perkembangan Islam semasa pada
60

asasnya ialah reaksi orang Islam terhadap proses pembaratan dan pemodenan. Lihat, Muhamad Abu Bakar,
“Pandangan dan Teori Mengenai Islam Semasa: Satu Tinjauan Kritis” dlm. Islamika III, Kuala Lumpur:
Jabatan Pengajian Islam, 1985, hlm. 269.
16
gerakan pelajar pada masa hadapan. Penyelewengan dan ketidaktegasan pemerintah dan
penguasa universiti dalam menangani isu rakyat, isu antarabangsa dan isu dalam kampus
menyebabkan mahasiswa bangkit dengan menggunakan kaedah kekerasan. Natijahnya berlaku
pengulatan antara kerajaan dan penguasa universiti dengan mahasiswa sehingga dilihat
mengancam keselamatan negara.

2.0 FAKTOR PENINGKATAN KESEDARAN ISLAM DI KALANGAN PELAJAR

Islam adalah ad-din yang biasa dimaknakan sebagai agama oleh orang Muslim dan sarjana Barat.
Islam bukan setakat agama tetapi satu sistem yang meliputi gaya hidup manusia Islam dalam
pelbagai hal kemanusiaan termasuk politik, sosial dan ekonomi. Ad din ini bercenderungan secara
semulajadi pada diri insani yang mendorongnya untuk berdayausaha membentuk masyarakat dan
menyusun cara hidup bermasyarakat, mentaati hukum dan undang-undang dan mencapai
pemerintahan yang adil.61 Juteru, fahaman agama Islam dengan agama lain jelas berbeza.

Kesedaran Islam bukanlah fenomena yang baru di Malaysia, Islam dari dahulu lagi
merupakan daya yang kuat dalam politik orang Melayu. 62 Islam adalah asas perjuangan Abdul
Rahman Limbung dalam menentang British. Penerusan pengaruh Islam sebagai ‘force’ dalam
sesuatu gerakan dapat dilihat dalam gerakan Islah di Tanah Melayu pada tahun 1906 hingga
1948.63

Kemuncak pengaruh Islam dalam satu gerakan politik di Malaysia dengan kezahiran
Hizbul Muslimin pada bulan Mac 1948. Hizbul Muslimin ditubuhkan oleh Haji Abu Bakar al
Baqir di Madrasah El-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Pertubuhan ini dirancang
untuk menjadi platform kepada perjuangan politik Islam sebagaimana Mashumi di Indonesia.
Idea pembentukan parti ini bersendikan cita-cita Islamiyah dan objektifnya mencapai
kemerdekaan.64 Dalam memperjuangkan kemerdekaan ini, barulah Islam menjadi sumber
ideologi politik65 orang Melayu dan ia diteruskan oleh PAS apabila Hizbul Muslimin diharamkan.

61
Syed M. Naquib al Attas, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, Kuala Lumpur: ABIM, 1977, hlm. 9.

Firdaus Abdullah, Radical Malay Politic: Its Origin and Early Development, Petaling Jaya: Penerbitan
62

Pelanduk, 1985, hlm.


63
Lihat W. R. Roff, Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 87.

Mohamad Abu Bakar, “Ulama Pondok dan Politik Kepartian di Malaysia 1945-1985” dlm. Norazit
64

Selat(ed.), Ekonomi dan Politik Melayu, Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, 1997, hlm. 158.
17
Juteru, peningkatan kesedaran Islam bukan satu elemen luar biasa di Malaysia. Di bawah
terdapat beberapa faktor kebangkitan kesedaran Islam di kalangan pelajar di kampus;

2.1 Pengaruh Tokoh Islam

Sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah pada tahun 1924, idea haraki Islam mula bercambah di
wilayah Islam bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Idea haraki yang paling popular ialah
idea dari kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al Banna pada tahun 1928 di
Ismailiah.66 Idea haraki telah dikembangkan oleh Abul Ala’ Maududi yang menubuh Jamaat-i-
Islami pada 26 Ogos 1941.67

Maududi lebih dikenali dengan idea kepimpinan Ilahi dimana Allah sebagai pentadbir
bumi dan segala keputusan dan perundangan milik Allah. 68 Idea Maududi banyak mempengaruhi
tokoh ideolog ABIM yang pulang dari England.69 Pelajar radikal Islam pula berpegang kepada
idea Syed Qutb, salah seorang ideolog Ikhwan. Syed Qutb memperkenal teori hakimiyah
berasaskan kedaulatan Ilahi bukan kedaulatan rakyat yang difokuskan oleh sistem sekular. Syed
Qutb telah membahagikan masyarakat kepada dua kumpulan iaitu jahiliah dan Islam.70 Idea tokoh
haraki seperti Said Hawwa, Syed Qutb, Hasan al Banna, Maududi dan Mustafa al Sibai
merupakan tema diskusi dalam usrah-usrah pelajar.

Kepulangan Syed Naquib al Attas71pada tahun 1964 dan menjadi pensyarah di Universiti
Malaya merangsang pelajar memahami Islam. Beliau telah menjadi mentor kepada PMIUM dan
PBMUM dimana selepas kuliah pelajar akan tertumpu di rumah atau pejabat beliau untuk
berdiskusi. Beliau juga berjaya menangkis hujah golongan Sosialis dan Nasionalis sempit yang
menguasai kampus pada masa itu. Idea Islam beliau yang lebih liberal berjaya menarik tokoh
pelajar Islam termasuk Anwar Ibrahim.

65
Firdaus Abdullah, Radical Malay Politic, hlm. 3.
66
Fadhlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden, Kuala Lumpur: Thinker’s Library, 2000, hlm. 232.
67
Musthafa M. Thahhan, Iman Abul A’la al Maududi, Kuala Lumpur: Pustaka Hidayah, 2004, hlm. 29.

Sayid Abul A’la Maududi, Proses Pembinaan Negara Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2000, hlm.
68

27.
69
Antaranya tokoh MSIG iaitu Kamaruddin Jaafar(pensyarah UKM)
70
Sayyid Qutb, Inilah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2000, hlm. 67.

Syed Naquib, Deliar Noer dan Ismail al Faruqi adalah hero bagi ABIM-PKPIM. Lihat, Judith Nagata, The
71

Reflowering of Malaysia Islam, Vancouver: University of Colombia Press, 1984, hlm. 90.
18
2.2 Pengaruh PKPIM dan ABIM.

Kewujudan ABIM dan PKPIM telah merangsang aktiviti-aktiviti Islam di kampus.72 Pengaruh
ABIM dan PKPIM telah menyerap masuk ke dalam PMIUM dan PBMUM dengan pengarapan
idea amal Islami. Pelajar Islam mula berdiskusi dan mengkaji idea tokoh Islam dalam usrah dan
forum mereka. Usrah penting dalam memantapkan akidah disamping pengikat tali persaudaraan
sesama ahli.73

Impak maksima telah berlaku dalam thaqafan(kebudayaan) pelajar dimana mereka cuba
mengimplementasi amal Islami dengan cara mentarbiyah, mengubah kebiasaan umum,
menyedarkan prinsip kebenaran kepada manusia melalui wasilah seperti kelas pengajian,
ceramah, mengadakan kebajikan dan perkhidmatan.74 Kejayaan ABIM melalui Yayasan Anda dan
Institut SOFAR iaitu satu pusat pembelajaran bagi pelajar tercicir dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.75Yayasan Anda berjaya mentarbiyah
pelajar dengan prinsip, etika dan moral Islam sehingga menjadi kader-kader Islam di kampus.
Hasil graduan Yayasan Anda telah memasuki universiti pada tahun 197476 menampilkan imej
Islamis seperti bertudung.

2.3 Kesedaran Tentang Nasib Bangsa Melayu.

Kebangkitan pengaruh Islam di kampus berlaku apabila pelajar luar bandar menghadapi proses
pembenturan kebudayaan dimana mereka masih kuat dengan pegangan agama Islam terpaksa
berdepan dengan suasana masyarakat kampus berbudaya cara hidup Barat. Juteru, kelompok ini
telah berkumpul dalam satu jamaah bagi mengelak dan membendung gejala negatif ini. Mereka
berkeinginan untuk meneruskan perkembangan Islam.77

Kehadiran pelajar luar bandar di dalam kampus juga membangkitkan kesedaran tentang
nasib bangsa yang masih regress(mundur) dan miskin. Kesedaran ini dipelopori oleh mahasistua
72
Temuramah Mohamad Abu Bakar, 2.1.2003.
73
Ya’akub M. Hussin, Usrah dan Harakah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2001, hlm. 27.
74
Mazin Farrukh, Amal Islami, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1989, hlm. 15.
75
Zainah Anwar, Kebangkitan Islam Di kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: IBS Buku, 1990, hlm. 42.

Ibid., hlm. 35. Kader ABIM telah mengukuhkan kekuasaan dalam PMIUM. Mohamad Redzuan
76

Othman(Presiden PMIUM sesi 1980/81) adalah bekas pengajar di Institut SOFAR sejak tahun 1977 dan
Azmi Shah Suratman(Timbalan Presiden PMIUM sesi 1981/82 dan Presiden PKPIM 1984/85) adalah
bekas pelajar Institut SOFAR pada tahun 1979.

Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm.
77

247.
19
dimana 80% terdiri daripada bekas guru sama ada dari maktab atau madrasah dan mereka yang
insaf dengan suasana masyarakat Melayu.78 Jika dibanding masyarakat Melayu dengan
masyarakat lain terutamanya orang Cina di Malaysia terdapat jurang dalam ekonomi dan
pendidikan yang cukup ketara.

Masyarakat Melayu hidup sebagai masyarakat tani yang miskin dan bergantung
keperluan hidup dengan kedai Cina di bandar. Bagi memasuki sektor ekonomi, orang Melayu
didikriminasi oleh British dan orang Cina melalui bank-bank dimana bank tidak melayan
permintaan pinjaman peniaga Melayu.79 Oleh sebab itu, orang Melayu gagal bersaing dalam
ekonomi moden yang berasaskan modal.

Dalam pendidikan pula, orang Melayu masih mengalami masalah kemudahan sekolah di
luar bandar dan kekurangan biasiswa untuk ke peringkat universiti.80 British pula cuba menyekat
peluang orang Melayu luar bandar memperolehi pendidikan yang lebih tinggi. Sistem pelajaran
yang diamalkan oleh British menuju kepada pembentukan masyarakat berkasta.81 Perbezaan
berdasarkan keturunan, warna kulit, kedudukan ekonomi dan sosial telah bercambah dengan
kewujudan aliran Inggeris di Tanah Melayu.

Juteru, atas kesedaran inilah gerakan pelajar terutamanya pelajar Melayu-Islam telah
mula mengorak langkah menyusun program membantu penduduk luar bandar. PBMUM dan
PMIUM bersama PKPIM telah memgembleng tenaga melaksanakan program Gerakan Kempen
Kesedaran(GKK) yang bermula pada 1968.82 Mereka tinggal bersama masyarakat untuk
menyelami masalah rakyat dan mengadakan projek kemasyarakatan Program ini juga dijadikan
sebagai wahana untuk menyampai dakwah. Kesedaran nasib bangsa Melayu ini menyebabkan
pelajar merasakan mereka sebagai agen perubahan bagi memajukan masyarakat, menghapuskan
kezaliman dan membantu masyarakat.

3.0 PENGULATAN DI KAMPUS

78
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1973, hlm. 28.
79
Mahathir Mohamad, Dilema Melayu, Kuala Lumpur: Times Book International, 1982, hlm. 46.
80
Ibid., hlm. 89.

Syed Hamid Ali, Pendemokrasian Pelajaran di Malaya,(latihan ilmiah), Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian
81

Melayu Universti Malaya(tidak diterbit), 1968, hlm. 4.

Zainah Anwar, Kebangkitan Islam Di kalangan Pelajar, hlm. 39. Lihat juga, Suara Siswa, Disember 1970,
82

hlm. 66.
20
Walaupun kesedaran tentang Islam meningkat, kumpulan pelajar Islam bukanlah kuasa yang
memdominasi politik kampus kerana kampus masih lagi dikuasai oleh golongan pelajar Sosialis.
Kumpulan pelajar Islam lebih merapati golongan Nasionalis seperti PBMUM dalam
mengimbangi pengaruh pelajar Sosialis. Perjuangan sesuatu isu dan keinginan mengekalkan
kuasa mewujudkan suasana hangat di kampus. Kuasa dicari bukanlah untuk dijadikan alat bagi
mencapai matlamat murni tetapi untuk menguasai kekuatan dan menentang musuh dalam
mengekalkan kuasa yang sedia ada.83 Oleh sebab itu berlaku pencakaran antara pelajar dan krisis
pelajar dengan pentadbir yang ingin mengekalkan status quo. Penulis cuba mengarapkan
beberapa krisis dalaman gerakan pelajar dan pentadbiran di kampus;

3.1 Rampasan Kuasa Pelajar Pada 21 September 1974.

Peristiwa Tasek Utara telah memberi impak maksima dalam suasana kampus Universiti Malaya.
Dalam peristiwa tersebut Hishamuddin Rais, Abu Zer Ali, Yunus Ali dan Adi Satria telah
ditangkap bersama pimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM) iaitu Setiausaha Agung
PSRM Pusat, Syed Hamid Ali, Mohd Amin Ahmad(Setiusaha PSRM Johor) dan Majid
Yaakob(pemimpin tempatan) pada 19 September 1974 atas alasan menganggu tugas pegawai
kerajaan.84 Penahanan itu menyemarak semangat para pelajar untuk berdemonstrasi agar rakan-
rakan mereka dibebaskan.

Tribulasi atau mehnah yang hebat itu menyebabkan pelajar terutamanya ahli Kelab
Sosialis telah merampas kuasa dengan mengambil alih pentadbiran Universiti Malaya pada 21
September 1974. Presiden PMUM, Kamarazaman Yaakob bersama 2000 orang pelajar menyerbu
bangunan Canselori, pintu masuk universiti dan tempat strategik yang lain.85 PMUM telah
berbincang dengan Pemangku Naib Canselor, Ahmad Ibrahim dan Pengerusi Majlis Universiti,
Syed Alwi Syed al Hadi86 agar menyerahkan kuasa pentadbiran sementara kepada PMUM.
Rampasan kuasa pelajar ini mendapat sokongan daripada pertubuhan pelajar iaitu KSITM dan
wakil ITK.87

Tindakan rampasan kuasa pada jam 2.30 petang dilakukan setelah PMUM mengadakan
mesyuarat tergempar dengan Jawatan Kuasa Asrama dan badan gabungan PMUM. PBMUM dan
Muhamad Abu Bakar, “Konsep Kemajuan Moden dan Komitmen Kehidupan Muslim”, dlm. Islamika IV,
83

Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1991, hlm. 228.


84
Utusan Malaysia, 20.9.1974.
85
Menurut kakitangan Perpustakaan Universiti Malaya, kakitangan diarahkan pulang oleh pelajar.
86
Mingguan Malaysia, 22.9.1974.
87
Utusan Malaysia, 23.9.1974. Walau bagaimanapun, Presiden KSITM, Ibrahim Ali menafikan KSITM
terlibat dalam kekecohan di Universiti Malaya. Lihat, Utusan Malaysia, 26.9.1974.
21
PMIUM turut serta dalam mesyuarat itu tetapi menarik diri setelah mesyuarat tersebut bersetuju
membentuk Majlis Tertinggi Sementara(MTS) PMUM. Setelah berjaya merampas kuasa, mereka
bercadang mengadakan majlis penerangan pada malam itu di Dewan Tunku Canselor(DTC).

Pada malam itu, kegemparan berlaku apabila pihak yang mengelarkan diri mereka, Majlis
Tindakan Nasional(MTN) melakukan counter rampasan. Rampasan kuasa MTS hanya mampu
bertahan selama 12 jam setelah digagalkan oleh MTN.88 MTN didokongi oleh golongan
Nasionalis mengadakan perjumpaan di Dataran Sastera, Fakulti Sastera bersetuju menubuhkan
MTN bagi mengagalkan usaha MTS. MTN berjaya melakukan counter-rampasan pada jam 8.00
malam89 bagi membolehkan Universiti Malaya dibuka pada esoknya. MTN membahagikan tiga
ketumbukan yang mempunyai objektif merampas kuasa daripada golongan Sosialis sebelum jam
9.00 malam. Pada jam 8.45 malam, ketumbukan MTN menawan rumah persatuan dan pusat
keselamatan. Ketumbukan lain menawan pintu masuk universiti.90

Menurut Kamarazaman Yaakob, Presiden PMUM sesi 1973/74, MTN bertindak ganas
telah mengugut dan ‘menculik’ beliau dan ahli Majlis PMUM di rumah persatuan sebelum
dibawa ke DTC. MTN menggunakan keris, pisau, rantai dan kayu berpaku bagi mengertak
anggota MTS.91 Di DTC, Aziz Shamsudin, Presiden PBMUM mendesak Presiden PMUM
menarik balik rampasan kuasa dan Ungku Aziz memainkan isu bahasa sehingga mencetuskan
suasana tegang.92 Suasana tegang tersebut menyebabkan Presiden PMUM mengambil keputusan
menarik balik rampasan kuasa.

Pada 22 September 1974, MTN telah menyerah kuasa pentadbiran kepada pihak
pentadbir universiti. MTN mendapat sokongan PBMUM,93 PMIUM dan Kelab Silat Gayung
Universiti Malaya(KSGUM). Presiden MTN, Ahmad Abdul Latif dan timbalannya Hamzah
Zainuddin menjelaskan counter-rampasan dilakukan bagi menghalang huru-hara di kampus
apabila ditemui minit mesyuarat dan alatan untuk membuat molotov milik PMUM. Pengaruh
kerajaan dalam MTN kelihatan apabila MTN mendapat sokongan penuh daripada kerajaan
terutamanya Ghazali Shafie dan Dr. Mahathir.94 PBMUM pula menyokong MTN kerana tidak

88
Kamarazaman Yaakob, “Rampasan Kampus Universiti Malaya”, Mingguan Waktu, 11.8.1991.

Utusan Malaysia, 23.9.1974. MTN yakin MTS telah diperkuda oleh anasir yang menentang penggunaan
89

Bahasa Melayu di Universiti Malaya. Lihat, Dewan Masyarakat, bulan Oktober 1974, hlm. 17.
90
Utusan Malaysia, 28.9.1974.
91
Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, Petaling Jaya: Transgrafik, 1994, hlm.114.
92
Ibid., hlm. 115.
93
Sokongan terbuka PBMUM, lihat Utusan Malaysia, 25.9.1974.
94
Utusan Malaysia, 25.9.1974.
22
mahu MTS diperkudakan oleh pelajar sains yang ingin mengugurkan pelaksanaan Bahasa
Melayu.95

Suasana di kampus masih tidak stabil apabila pelajar di kolej-kolej tertentu masih lagi
setia kepada pimpinan PMUM. Presiden Kolej kelima, Salehuddin Hashim dan pelajar kolej
tersebut menghalau pihak MTN yang mengunjungi kolej mereka.96 Bagi membasmi pengaruh
PMUM, pihak pentadbiran telah bertindak tegas ke atas ahli Kelab Sosialis yang terlibat dalam
rampasan kuasa itu. Tindakan susulan yang dahsyat oleh pihak pentadbiran universiti dengan
mengantung PMUM pada 25 September 197497 di bawah Seksyen 16 Akta 30. Kerajaan
menyokong tindakan Majlis Universiti mengantung PMUM98 dan sebuah pertubuhan yang
dikenali Badan Pemulihan Sementara diwujudkan bagi menjamin kebajikan pelajar. Namun, pada
26 September 1974, PMUM menghantar memorandum agar keputusan Majlis Universiti ditarik
balik. Kamarazaman Yaakob menyatakan keputusan itu tidak sah kerana menyalahi Perkara 6
Ceraian 51 perlembagaan universiti.99

3.2 Isu Bahasa: Konflik Gerakan Pelajar.

PBMUM mendesak Universiti Malaya melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu untuk


menyesuaikan universiti dengan keperibadian Malaysia. Pentadbir universiti tidak mengeluarkan
kenyataan dan respon terhadap desakan PBMUM. Pada 4 Oktober 1970, PBMUM mengadakan
sudut pidato dan mencabar Naib Canselor berdebat di DTC agar menerima tuntutan PBMUM.
Antara tuntutan PBMUM ialah;

a. Menghapus semua penggunaan bahasa asing dalam pentadbiran dan pengajian.

b. mendesak pentadbir mengeluarkan polisi Bahasa Melayu dengan segera.

c. menukar papan tanda dan kenyataan dalam Bahasa Melayu.

c. menghapus saki-baki penjajah di kampus.

d. mendesak mengambil tindakan terhadap tenaga pengajar yang menggunakan

95
Saharun Ibrahim, “Kegagalan MTS Berhubungan Dasar Bahasa”, Dewan Masyarakat, November 1974.
96
Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 118.
97
Utusan Malaysia, 26.5.1974.
98
Utusan Malaysia, 27.9.1974.

Ibid. Walau bagaimanapun, penarikkan balik keputusan itu berdasarkan Laporan Jawatankuasa Penyiasat.
99

Jawapan Mahathir Mohamad dalam Parlimen. Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 26.11.1974., hlm. 1329.
23
Bahasa Inggeris.100

Reaksi kegelisahan pelajar terhadap Dasar Bahasa Melayu di universiti menyebabkan mereka
berdemonstrasi. Seramai 3000 orang pelajar mengecap merah dan hitam pada papan tanda yang
menggunakan Bahasa Inggeris di kampus. PBMUM memberi tempoh dua bulan bagi
melaksanakan Bahasa Melayu dan jika gagal, PBMUM akan mengambil tindakan yang lebih
tegas. Menurut Presidennya Noordin Razak;

“kami akan mengambil tindakan yang lebih radikal selama Dasar Bahasa

Melayu tidak dilaksanakan pada bulan Disember”101

Pentadbir universiti akur dengan desakan pelajar yang ingin pelaksanaan Bahasa Melayu tetapi
pelaksanaan Bahasa Melayu akan dilakukan pada tahun depan bukannya bulan Disember seperti
yang diingini oleh pelajar pada peringkat awal.102 Menurut Ungku Aziz, perkara ini dilulus oleh
Senat Universiti pada 22 Oktober 1970.103

Tindakan PBMUM yang radikal menyebabkan PMUM mengecam PBMUM terutamanya


perlakuan PBMUM yang mengecap perkataan ‘UMSU’ di bas PMUM. Tindakan PBMUM
dianggap biadap dan menjatuhkan maruah PMUM. Krisis PBMUM dengan PMUM memuncak
apabila PMUM mengeluarkan kenyataan pedas yang menuduh PBMUM sebagai pengamal
vandalisme:

“.....while appreciating the view of the demonstrotors we feel that their

purpose could have been better served by discussion rather than the acts

of destruction and vandalism they saw fit to carry out”104

Kenyataan PMUM membangkitkan kemarahan PBMUM. PBMUM mempelawa PMUM berdebat


di DTC pada 7 Oktober 1970 pukul 2.00 petang. PMUM menerima cabaran tersebut walaupun
pada awalnya bersikap dingin. Perdebatan sangat hangat dimana PMUM diwakili oleh
presidennya iaitu Zainal Abidin Yusof dan dipengerusikan oleh Sanusi Osman.
Utusan Malaysia, 5.10.1970.
100

Utusan Malaysia, 5.10.1970.


101

Utusan Malaysia, 19.10.1970.


102

Utusan Malaysia, 1.11.1970.


103

Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 117.


104

24
PBMUM mendesak agar PMUM menarik balik perkataan itu dalam masa 24 jam. Pada 8
Oktober 1970, pelajar berkumpul di DTC bagi majlis dialog yang dipengerusikan oleh Khoo Kay
Kim. PMUM bersetuju menarik balik ayat vandal daripada kenyataan itu. PBMUM mendesak
agar keseluruhan kenyataan ditarik balik. Anwar Ibrahim sebagai wakil PBMUM mengugut,
PBMUM tidak akan keluar daripada dewan itu dengan aman jika PMUM tidak menarik balik
kenyataan itu.105 Wakil PMUM iaitu Zainal Abidin Yusof dan Jai Mohan tunduk desakan
PBMUM106 bagi menjaga keharmonisan kampus.

PBMUM mendesak kepimpinan PMUM meletakkan jawatan.107 Menurut Noordin Razak,


perjuangan PBMUM adalah mendaulat Bahasa Melayu bukannya bertujuan melepaskan Bahasa
Inggeris.108 Oleh itu, krisis kepercayaan bukannya rancangan PBMUM menjatuhkan PMUM.
PBMUM dengan tegas menafikan penglibatan PBMUM dalam mendesak PMUM mengadakan
undi tidak percaya. Setiausaha Agung PBMUM, Zaki Abdul Rahman menjelaskan undi tidak
percaya itu bukan atas desakan PBMUM kerana PBMUM bukanlah ahli gabungan PMUM.
PBMUM hanya menentang pihak yang cuba memperkecilkan perjuangan Bahasa Melayu.109

Pada 16 Oktober 1970, PMUM mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada warga


pelajar dengan kelebihan 2160 undi majoriti setelah 3 jam proses pengundian. Seramai 4000
orang pelajar di DTC mendengar keputusan itu. Dalam pengundian itu, seramai 3183
menyokong, 1023 menentang dan 63 undi berkecuali dan rosak daripada 7000 orang pelajar yang
mengundi. Kemenangan ini penting bagi PMUM kerana jika proksi PBMUM menang akan
membawa satu manifestasi yang PBMUM lebih berpengaruh daripada PMUM sebagai badan
induk.110

Pertembungan idea dalam pelaksanaan Bahasa Melayu di universiti berterusan di


kalangan pelajar. PBMUM dan PMIUM telah mengadakan sudut pidato pada 20 Jun 1973 dengan
kehadiran 1000 orang pelajar. PMUM dituduh menyeleweng dalam pelaksanaan Bahasa Melayu.
Persoalan yang dikemukakan oleh golongan Nasionalis-Islamis iaitu mengapa Bahasa Melayu
diketepikan ketika kursus kewartawanan padahal ia dianjurkan oleh PMUM dan kenapa penulisan
Mahasiswa Negara merangkumi 60 peratus dalam Bahasa Inggeris. Presiden PMIUM, Siddiq
Fadil mengecam tindakan PMUM yang mengeluarkan tiket dan poster dalam Bahasa Inggeris.
105
Ibid., hlm.120.
106
Utusan Malaysia, 9.10.1970.

Menurut Jai Mohan, kepimpinan PMUM akan ditentukan pada 16 Oktober 1970. Lihat Utusan Malaysia,
107

14.10.1970.
108
Utusan Malaysia, 16.10.1970.
109
Utusan Malaysia, 20.10.1970.

Utusan Malaysia, 17.10.1970.


110

25
Setiausaha Agung PBMUM, Mustapha Yaakob mengusulkan agar diadakan undi tidak percaya
terhadap PMUM. PMUM menyangkal tuduhan golongan Nasionalis-Islamis itu. Pemangku
Presiden PMUM, Ishak Ahmad mengakui pihaknya tersalah mencetak poster dan tiket dalam
Bahasa Inggeris tetapi telah mengantikan dengan kupon berbahasa Melayu manakala
Kamarazaman Yaakob(Setiausaha Penerbitan PMUM) menyatakan penggunaan tulisan Bahasa
Inggeris sebanyak 60 peratus dalam Mahasiswa Negara kerana tiada rencana dalam bahasa
kebangsaan.111

Gelombang yang menggugat kedaulatan Bahasa Melayu kembali wujud pada tahun 1974.
Peristiwa ini kelihatan terpinggir kerana warga kampus ketika itu lebih asyik menikmati isu Tasek
Utara yang diperjuangkan oleh pelajar Sosialis. Majlis Bersama Mahasiswa Fakulti Sains
membantah pemansuhan peraturan lama DFS 257/72 yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai
syarat kelulusan mendapat ijazah Sains Kepujian. Peraturan baru yang diperkenalkan melalui
peraturan DFS 279/74 yang menegaskan Bahasa Melayu setaraf dengan subjek lain. 112
Mahasiswa Fakulti Sains ini bukan menentang pelaksanaan Bahasa Melayu tetapi menentang
Pekeliling DFS 279/74 kerana mereka terpaksa mengambil ujian Bahasa Melayu yang diadakan
selama 2 tahun dan wajib lulus sedangkan DFS 257/72 pula memberi peluang sebanyak 3 kali.113

Pelajar sains mengambil tindakan memulau kelas tutorial, kelas praktikal dan kuliah pada
11 September 1974.114 PBMUM, PMIUM, Persatuan Anak Kedah (Zainuddin Abdul Rashid),
Angkatan Siswa/Siswi Sains Melayu (Johari Mohd Said), OMKUM (Wan Hasan), ISUM
(Kamarulzaman Yaakob), Persatuan Anak Terengganu (Baharuddin Muhamad), Persatuan Anak
Selangor (Haron Haji Said) dan Persatuan Anak Melaka (Ramli Ahmad) bertindak balas dengan
bergabung tenaga membuat sudut pidato pada 12 September 1974 bagi menentang pelajar sains
dengan kehadiran 700 orang pelajar. Pelajar sains meneruskan pemulauan itu dengan memainkan
lagu ‘hot’115 tanpa menghiraukan bantahan PBMUM.

3.3 Krisis Dalaman PBMUM dan PMUM.

a. Krisis Kepimpinan Mahadzir Khir Dalam PBMUM.

Dalam isu kepimpinan pelajar, kita cuba menelusuri permasalahan kepimpinan PBMUM. Kajian
ini merupakan pendalaman kajian postcript yang telah dikaji oleh Muhamad Abu Bakar(kajian
111
Utusan Malaysia, 21.6.1973.
112
Utusan Malaysia, 13.9.1974.
113
Utusan Malaysia, 27.9.1974.
114
Saharun Ibrahim, “Kegagalan MTS Berhubungan Dasar Bahasa”, Dewan Masyarakat, November 1974.
115
Utusan Malaysia, 13.9.1974.
26
beliau tamat pada 1972). Krisis PBMUM mula memuncak apabila PBMUM mengadakan
mesyuarat tergempar ekoran Setiusaha Agung PBMUM, Ismail Kamari meletakkan jawatan pada
18 Oktober 1971 tetapi mesyuarat PBMUM membulatkan keputusan menolak peletakkan jawatan
tersebut.116 Menurut Mahadzir Khir terdapat anasir-anasir luar yang cuba melumpuhkan PBMUM
dan mengulingkan beliau sebagai presiden.117 Anasir luar yang dimaksudkan oleh Mahadzir
adalah warisan proksi radikal iaitu warisan perjuangan Anwar Ibrahim dan Noordin Razak.
Perkara ini terbukti dalam mesyuarat pada bulan September 1971 dimana Noordin Razak
mengkritik gaya kepimpinan pasif Mahadzir.118

Pengolakkan dalam PBMUM kerana perubahan dasar di zaman Mahadzir berbeda


dengan tradisi PBMUM yang radikal. Zaman Sanusi Osman, Anwar Ibrahim dan Noordin Razak
telah meninggalkan legasi budaya yang radikal dimana PBMUM menggunakan kekuatan untuk
menyelesaikan masalah manakala Mahadzir bukanlah warisan generasi Anwar. Mahadzir
menjelaskan beliau adalah newcomer kepada PBMUM.119 Keradikalan berkurangan kerana
banyak isu telah diselesaikan dimana Bahasa Melayu mula dilaksanakan di kampus dan masalah
kemiskinan mula diambil berat oleh kerajaan. Pendapat ini disokong Muhamad Abu Bakar,
kepudaran warna perjuangan PBMUM kerana ketiadaan isu-isu besar.120

Mahadzir menggunakan kaedah perundingan dan taktikal. Mahadzir Khir mengadakan


program jangka panjang seperti kelas STPM dan jika terpaksa barulah digunakan kaedah
demonstrasi. Kaedah perundingan digunakan dalam menyelesaikan masalah pemilikan tapak
bangunan MARA di Pekan Rabu121 manakala kaedah demonstrasi digunakan dalam
menyelesaikan isu bahasa yang ditimbulkan oleh Kahar Bador.122 Walau bagaimanapun, proksi
radikal tewas dalam undi tidak percaya terhadap Mahadzir pada 22 Oktober 1971 walaupun 8
anggota exconya meletakkan jawatan.123 Menurut Nawi Yusof, Pengarang Mahasiswa Negara,
kekalahan proksi radikal memusnahkan kabinet bayangan yang telah merancang bergerak secara
berkesan dari tenaga yang berpengalaman.124

b. Penyingkiran Sidang Pengarang Mahasiswa Negara.


Utusan Malaysia, 20.10.1971.
116

Utusan Malaysia, 19.10.1971.


117

Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 156.


118

Ibid., hlm. 157.


119

120
Ibid., hlm. 156.
121
Lihat Utusan Malaysia, 20.5.1972 dan Utusan Malaysia, 24.5.1972.
122
Lihat Utusan Malaysia, 9.6.1972.
123
Utusan Malaysia, 23.10.1971.
124
Utusan Malaysia, 21.10.1971.
27
Pada 6 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 telah menyingkir sidang pengarang akhbar Mahasiswa
Negara kerana mengkhianati dasar perjuangan PMUM. PMUM juga menuduh pengurusan
akhbar Mahasiswa Negara mengalami krisis kewangan apabila ketua pengarang akhbar
Mahasiswa Negara, Vijayan tidak menghantar laporan kepada Majlis PMUM pada 9 Mei 1972.125
Pada awal bulan Mei 1972, sidang pengarang Mahasiswa Negara mengeluarkan artikel ‘Does
UMSU Rag Too’ yang cuba mempersoalkan kebebasan freshees kerana mereka dipaksa terlibat
dalam Freshmen Solidarity March(satu upacara membawa sepanduk mengelilingi kampus).126

PMUM menganggap pemaparan artikel ini memcemar imej PMUM dan Majlis PMUM
membulatkan keputusan memecat sidang pengarang Mahasiswa Negara. Sidang pengarang
Mahasiswa Negara tidak berdiam diri dan membidas tindakan PMUM sebagai retrogressive dan
satu sekatan kepada kebebasan akhbar.127 Kehangatan skandal bertambah serius apabila Presiden
PMUM, Sim Kim Chew dan Setiausaha Agung, Salleh Yusof meletakkan jawatan apabila Majlis
PMUM ke 14 menolak usul Setiausaha Penerbitan PMUM, Lee Chee Keong yang didapati
bertanggungjawab dalam penyelewengan itu. Walau bagaimanapun, peletakan jawatan itu ditarik
balik keesokan harinya.128

Pada 19 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 digulingkan dalam undi tidak percaya. Golongan
anti Sim Kim Chew telah melantik Ahmad Sebi sebagai Setiausaha Agung baru.129Kumpulan
penentang ini mempunyai pengaruh dalam Majlis PMUM kerana terdiri daripada orang
berjawatan seperti Ramli Sharif(Timbalan Presiden), Ahmad Sebi Abu Bakar(Penolong
Setiausaha Agung), Ishak Abdul Hamid(Setiausaha Kewangan) dan Azman Alias(Setiausaha
Sosial). Kewujudan kumpulan ini berpunca ketidakpercayaan mereka terhadap Sim Kim Chew
yang telah melindungi Lee Chee Keong sedangkan Chee Keong cuai semasa mengawasi akhbar
Mahasiswa Negara sehingga berlaku penyelewengan.130

3.4 Krisis Kahar Bador dengan PBMUM dan PMUM.

Semasa kepimpinan Mahadzir Khir, hubungan PBMUM dengan PMUM semakin rapat kerana
polisi diplomasi Mahadzir. Krisis Kahar Bador(Dekan Fakulti Sastera) dengan PBMUM dan
PMUM berpunca daripada Surat Pekeliling DFS 4.16/72 yang mengarahkan semua pelajar aliran
Utusan Malaysia, 7.5.1972.
125

Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 174.


126

Ibid.
127

Utusan Malaysia, 11.6.1972.


128

Utusan Malaysia, 21.6.1972.


129

Utusan Malaysia, 11.6.1972.


130

28
Melayu di Fakulti Sastera mengambil subjek yang dikuliah dalam Bahasa Inggeris disamping
Special English. PMUM menentang dasar ini kerana bertentangan dengan polisi universiti dan
kesukaran pelajar aliran Inggeris memilih subjek akibat perebutan semasa memilih subjek.
PBMUM pula menggalakkan pelajar mengambil subjek dalam Bahasa Melayu. 131 PMUM dan
PBMUM telah mengutus surat kepada Naib Canselor agar tindakan segera dilakukan.

Pada 3 Jun 1972, seramai 200 orang pelajar berkumpul di sudut pidato bagi mengutuk
polisi Kahar Bador dan berdebat dengan Ahmad Ibrahim berkaitan polisi Kahar. Sim Kim
Chew(PMUM) mencadangkan agar sistem di fakulti Sastera diubah. Ahmad Ibrahim bersetuju
mengantung arahan132 tersebut.133 Kahar Bador134 dan timbalannya meletakkan jawatan sebagai
tanda protes tindakan Ahmad Ibrahim. Menurut Kahar, arahan dilaksanakan sejak tahun 1970
tetapi pada tahun 1972 barulah Presiden PBMUM membawa surat bantahan yang menuduh
beliau anti nasional.135

Pelajar dituduh memaksa Ahmad Ibrahim menandatangani pembatalan arahan dengan


menonjolkan sikap militan. Namun, Mahadzir menafikan PBMUM dan PMUM bersikap
militan.136 Menurut Kahar, sikap militan pelajar diakui oleh Ahmad Ibrahim dalam mesyuarat
fakulti pada 6 Jun 1972 dan beliau juga kesal tindakan PBMUM terburu-buru mendakwa fakulti
menyeleweng daripada Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai anti nasional padahal kursus itu
diluluskan oleh Senat.137

Krisis PBMUM dan PMUM dengan Kahar Bador adalah krisis kepercayaan yang
disebabkan konflik peribadi. Sebenarnya, Mahadzir kecewa sikap Kahar selaku Presiden
Kakitangan Akademik(ASA) memandang serong perjuangan PBMUM dengan membuat laporan
negatif138 kepada Jawatankuasa Kajian Kampus yang ditubuh oleh MAGERAN. Krisis ini
berterusan apabila Timbalan Presiden ASA, Chan Onn Leng cuba memburukkan Ahmad Ibrahim
dengan tuduhan Ahmad Ibrahim berkomplot dengan pelajar. PBMUM mengecam tuduhan melulu
Chan.139Walau bagaimanapun, hubungan dingin PBMUM dengan Kahar dikendurkan oleh
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 172.
131

Arahan tersebut dikeluarkan pada 31 Mei 1972.


132

Utusan Malaysia, 8.6.1972.


133

Jawatan Kahar Bador mula dipegang sejak 10 Jun 1970.


134

Utusan Malaysia, 9.6.1972.


135

Utusan Malaysia, 10.6.1972.


136

Utusan Malaysia, 11.6.1972


137

Kahar mencadangkan hanya PMUM menjadi wakil pelajar yang tunggal dengan menafikan pengaruh
138

PBMUM di kalangan pelajar. Lihat Utusan Malaysia, 12.6.1972.

Utusan Malaysia, 15.6.1972.


139

29
Presiden PBMUM yang baru iaitu Zukifli Ahmad semasa mengambil-alih kuasa pada 25 Jun
1972. Zulkifli menghargai jasa Kahar tetapi PBMUM mahu pelaksanaan Bahasa Melayu lebih
agresif.140

4.0 ISU DAN PENDEKATAN: MENANGANI CABARAN.

4.1 Bantahan Penindasan Kerajaan Thai Terhadap Orang Islam Di Selatan Thai.

Demonstrasi ini merupakan anjuran pertama kelompok Islamis di kampus Universiti Malaya
dengan kerjasama PKPIM. PMIUM mengorak langkah mengembleng tenaga mengumpulkan
pelajar Islam di kampus bagi menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan yang menimpa
umat Islam di selatan Thai. Perjuangan rakyat Patani dilihat sebagai warga tertindas di bumi
sendiri. Para pejuang Islam Patani mula mengangkat senjata secara gerila apabila pentadbiran
Siam merombak ketujuh-tujuh wilayah kecil di Patani. Setelah Raja Patani terakhir Tengku Abdul
Kadir berundur ke Kota Bharu, wilayah selatan Thai ditadbir oleh Phraya Decha-Nuchit pada
tahun 1906. Dengan itu berakhirlah wilayah Melayu-Islam, Patani Darul Makrif.141

Sejak tahun 1906, wilayah selatan Thai berada dalam keadaan bergolak terutamanya pada
akhir 1960 dan awal 1970an. Pada 30 September 1969, polis Thai menangkap 51 orang yang
disyaki penganas komunis dan Islam setelah Perdana Menteri Thai mengisytiharkan
ketidakstabilan di wilayah selatan.142 Perjuangan rakyat Patani dan kekejaman tentera Thai
banyak dipaparkan oleh makalah dan akhbar di negara ini.143 Pemaparan media massa ini telah
berjaya menarik simpati orang ramai termasuk para pelajar.

Pada 14 Jun 1971, sudut pidato diadakan oleh PMIUM pada pukul 10.00 pagi sempena
lawatan Perdana Menteri Thai, Thanom Kittkachorn ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.30,
PMIUM, PKPIM, PBMUM, PMUK dan GPMS(seramai 1000 orang pelajar) berarak ke
Lebuhraya Persekutuan. Demonstrasi berakhir apabila polis menahan 19 orang pelajar termasuk
Anwar Ibrahim manakala terdapat 6 orang pelajar cedera. 144 Pada 15 Jun 1971, satu

Utusan Malaysia, 11.7.1972.


140

Mohd Zamberi A. Malek, Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik, Shah Alam: Pustaka Hizbi, 1993, hlm.
141

167.

Utusan Malaysia, 1.10.1969.


142

“Menyentuh Tentang Perjuangan Rakyat Patani” dlm. Suara Siswa, Disember 1970, hlm. 5. Terbitan
143

PKPIM.

Berita Harian, 15.6.1971.


144

30
demonstrasi(seramai 3000 orang pelajar) diadakan mendesak agar rakan-rakan mereka
dibebaskan tetapi dihalang oleh FRU di depan Universiti Malaya.

Pada 16 Jun 1971, PMIUM berusaha mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan
membebaskan pelajar yang ditahan145 dengan memboikot kuliah dan tutorial. Pemboikotan ini
dikritik keras oleh Ungku Aziz sebagai anti akademik dari pelajar desa. 146 Sebenarnya, isu Patani
ini cuba digelapkan oleh media massa tempatan.147 Kerajaan sendiri tidak membenarkan pihak
lain campurtangan dalam isu Patani kerana kerajaan sendiri mengamalkan dasar tidak
campurtangan bagi menjaga sensitiviti negara jiran.148 Demonstrasi ini bersifat perkauman pada
mulanya kerana membincangkan persoalan umat Islam. Sifat perkauman ini berubah kepada sifat
kemanusiaan apabila hak autonomi149 universiti dan hak kebebasan pelajar dinodai oleh polis
setelah peristiwa penangkapan pimpinan pelajar. Oleh sebab itu, PMUM dan Kelab Sosialis telah
menyertai demonstrasi pada 15 dan 16 Jun 1971 atas sifat kemanusiaan.

4.2 Penubuhan Universiti Kebangsaan dan Tapaknya.

Idea penubuhan universiti untuk masyarakat Melayu sudah lama bergema di kalangan
cendiakiawan Melayu yang sedar kepentingan universiti sebagai wadah peningkatan daya
pemikiran bangsa. Abdul Kadir Adabi pernah mengesyorkan satu memorandum kepada Raja
Kelantan agar sebuah universiti ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu untuk orang
Melayu.150 Penubuhan Universiti Malaya pada tahun 1949 bukanlah memenuhi citra keseluruhan
orang Melayu tetapi untuk segelintir elitis Melayu feudal dan terpilih yang mengabaikan
persoalan Melayu terutamanya Bahasa Melayu.151
Pelajar dibebaskan pada 17 Jun dengan jaminan $500. Lihat, Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa
145

Menggugat, hlm. 151.

Utusan Malaysia, 26.6.1971. Kerajaan memberi amaran agar pelajar jangan menyeleweng daripada
146

pelajaran manakala Ungku Aziz mengkritik golongan pelajar sebagai anti intelektual di konvokesyen 1971.
Lihat juga, Berita Harian, 20.6.1971.

Penangkapan Anwar hanya diheboh pada 18 Jun dengan tuduhan melakukan perhimpunan haram. Lihat
147

Utusan Malaysia, 18.6.1971. Berita Harian lebih terbuka dalam laporan demonstrasi ini. Lihat Berita
Harian, 15.6.1971.

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 6.7.1971., hlm. 2217. Kerajaan Thai sendiri menafikan kekejaman
148

mereka. Lihat, Berita Harian, 17.6.1971. Pelajar Thai membantah demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar
Malaysia di Kuala Lumpur. Lihat, Berita Harian, 19.6.1971.

Pembicaraan hak autonomi pelajar dijelaskan oleh Mohamad Abu Bakar dalam akhbar. Lihat, Mohamad
149

Abu Bakar, “Kuasa Otonomi Penting Berkembang Bakat” dlm. Utusan Malaysia, 11.3.1971.

Khoo Kay Kim, “Malay Society 1874-1920” dlm. Jurnal South Eeast Asia Studies, vol. 5, no. 7, 1974,
150

hlm. 192.

Matlamat asal penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Universiti Malaya ialah melatih birokrat
151

yang akan mengantikan pegawai penjajah(kebanyakan anak pembesar). Gaya hidup dan pemikiran pegawai
31
Pada tahun 1949, KKGSK telah mengambil keputusan mendesak agar diadakan bidang
pengajian Melayu di Universiti Malaya.152 Pada tahun 1966, Jabatan Pengajian Melayu mula
menggunakan Bahasa Melayu. Jabatan Sejarah telah memberi kuliah, tutorial dan menjawab
dalam peperiksaan dalam Bahasa Melayu tetapi terhad kepada Sejarah Malaysia. Pada 29 dan 30
Oktober 1966, PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan Seminar Bahasa
Kebangsaan dan dihadiri oleh 216 perwakilan. PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu
mengemukakan resolusi bersama bersetuju agar Universiti Malaya menggunakan Bahasa Melayu
sebagai pengantar dan mengusahakan Universiti Malaya sebagai universiti kebangsaan. 153
Keputusan ini dihantar kepada kabinet kerajaan, ahli parlimen dan badan politik tetapi tidak
diambil perhatian.

Pada 29 Ogos 1968, PBMUM mengadakan sidang tergempar untuk menyokong


penubuhan universiti kebangsaan. PBMUM mahu kewujudan sebuah universiti yang
menggunakan pengantar Bahasa Melayu dalam pengajaran.154 Dalam sidang tergempar ini, setiap
ahli diberi peluang untuk mengemukakan pendapat tentang konsep penubuhan universiti
kebangsaan155 untuk dikemukakan dalam Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan 1968.
Sebelum itu pada 28 Ogos 1968, PBMUM dan PKPIM bersama Tun Syed Nasir mengadakan
perjumpaan di Dewan Bahasa dan Pustaka yang disertai 63 cerdik pandai Melayu.

PBMUM mengadakan Simposium Dasar Pelajaran Malaysia pada 28 dan 29 September


1968 di Universiti Malaya bagi menetapkan tahun 1970 sebagai tarikh muktamad penubuhan
universiti kebangsaan dan mendesak penentang cadangan ini meletakkan jawatan terutamanya
Khir Johari. Menurut Tun Syed Nasir, Khir Johari dan Tunku adalah penentang kuat cadangan
penubuhan universiti kebangsaan.156
Melayu terpengaruh dengan kekaguman dan mengagungkan secara melampau terhadap tamadun Barat.
Lihat Syed Husin Ali, Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi,
1979, hlm. 73.

Zainal Abidin Abd. Wahid, ‘Universiti Kebangsaan’ dlm. Mahmud Kitom(ed), Dasar Pendidikan
152

Malaysia: Apa yang PKPIM dan PBMUM Persoalkan, Petaling Jaya: Dewan Asuhan dan Islam, 1969, hlm.
102.

Salleh Yusof, ‘Laporan Sekitar Seminar Bahasa Kebangsaan’ dlm. Dewan Masyarakat, jilid iv, bil. 11,
153

November 1966, hlm. 9.

Berita Harian, 20.2.1968.


154

Berita Harian, 30.8.1968.


155

Sunday Mail, 24.10.1971., dirujuk daripada Muhamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat. Lihat juga
156

kenyatan Khir Johari, Utusan Malaysia, 11.1.1972. Penentangan terhadap penggunaan Bahasa Melayu
dalam pendidikan didokongi oleh elit-elit yang dididik dalam Bahasa Inggeris, oleh itu mereka lebih senang
dengan bahasa ini. Mereka akan merasakan lebih terpelajar jika menggunakan Bahasa Inggeris. Lihat
Ibrahim Saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm.
71.
32
Khir Johari mengutuk resolusi Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai satu
khayalan kesatuan pelajar dan segolongan intelek yang asyik berforum tetapi tiada usaha
memperbaiki nasib pelajar.157 PBMUM telah membidas kenyataan Khir Johari dengan
mempersoalkan ketidaksempurnaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan158 dan mengecam
sikap kerajaan yang double standard dalam pentadbiran seperti meluluskan 10 juta untuk Kolej
MCA159 sebagai lambang ketidakadilan kerajaan.

Selain permasalahan kelembapan kerajaan dalam usaha penubuhan universiti


kebangsaan, isu tapak bagi universiti kebangsaan telah mewujudkan polemik di kalangan
pemimpin dan mahasiswa. Abdul Rahman Yaakob mahu universiti kebangsaan dibina di
Kuantan160 manakala intelektual Melayu seperti Zainal Abidin Wahid mahu universiti kebangsaan
dibina di sekitar Kuala Lumpur sesuai dengan sifat kebangsaan.161 Isu tapak ini juga membawa
pengulatan di kalangan mahasiswa. PBMUM mendakwa sokongan PMUM terhadap tapak
universiti di luar Kuala Lumpur akan merosakkan universiti kebangsaan dalam jangka tempoh
panjang dan cuba mengasingkan pelajar mengikut kaum.

PBMUM dan PKPIM telah membentuk front bagi menggugat cadangan PMUM dan
PKPM. PMUM dan PKPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Soal Tapak
Universiti Kebangsaan.162 PMUM berpendapat penubuhan universiti di luar Kuala Lumpur akan
meningkat kesedaran rakyat disamping memberikan keuntungan ekonomi kepada masyarakat.
Presiden PMUM, Abdul Rashid Latif memjelaskan penubuhan universiti perlu memberi faedah
kepada rakyat.163 Pada 4 November 1969, mahasiswa Universiti Malaya ke kawasan seribu ekar
tanah di Sungai Lembing, Pahang berhampiran Bukit Goh untuk melihat tapak cadangan
universiti kebangsaan.164

Masalah tapak universiti kebangsaan selesai setelah Tun Razak melawat beberapa lokasi
yang dicadangkan. Menurut Ariffin Ngah Marzuki, antara lokasi yang dicadangkan adalah Batu

Utusan Malaysia, 30.9.1968.


157

Utusan Malaysia, 2.10.1968.


158

Utusan Malaysia, 21.7.1968. Lihat juga Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 79.
159

Utusan Malaysia, 16.6.1969.


160

Zainal Abidin Wahid, ‘Sebab-sebab Universiti Kebangsaan perlu dibina di Kuala Lumpur’ dlm. Mastika,
161

Mei 1970, hlm. 1.

Berita Harian, 3.5.1970.


162

Utusan Malaysia, 31.10.1969.


163

Utusan Malaysia, 8.11.1969.


164

33
20 Jalan Bangi, Kuala Kubu Bharu, Gombak dan Cheras. 165 Lokasi muktamad universiti
kebangsaan ditentukan pada 18 Januari 1972 iaitu di Batu 18 Jalan Bangi, Kajang dengan
keluasan 2300 ekar. PKPIM melalui Presidennya, Kamaruddin Mohd. Nor menyambut baik
cadangan kerajaan tetapi Presiden PMUM, Sim Kim Chew bersikap dingin terhadap keputusan
tersebut.166 PMUM bersikap dingin kerana universiti kebangsaan dibina berdekatan bandar
sedangkan saranan PMUM agar universiti itu dibina di luar bandar. Perkara ini berbeda dengan
PKPIM yang merupakan payung PMIUM dan sekutu PBMUM di bawah proksi Nasionalis-
Islamis yang inginkan sebuah universiti bercorak nasional(dekat dengan ibu negara) dan di
kawasan bandar. Syed Nasir Ismail dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Perancang Universiti
Kebangsaan167 dan graduan pertama universiti ini dikeluarkan pada 12 Mac 1972 iaitu seramai
216168 orang.

4.3 Isu Bahasa di Kolej Tunku Abdul Rahman(KTAR)

Idea penubuhan kolej timbul sejak tahun 1968 apabila Malayan Chinese Association(MCA)
melantik satu Jawatankuasa Khas untuk Perancangan Pelajaran Tinggi bagi tujuan mewujudkan
sebuah kolej. Lantaran itu, KTAR telah direalisasikan penubuhannya pada 24 Januari 1969.
Peranan utama KTAR memperluaskan peluang pendidikan. Surat cara diberikan oleh Menteri
Pelajaran pada 15 September 1972.169 Kampus tetap dibina atas tanah seluas 75 hektar di jalan
Genting Kelang, Setapak telah bermula sejak bulan Ogos 1973. Kerajaan telah memberikan
peruntukan sebanyak $8.5 juta untuk kos pembinaan dan harga tanah kolej tersebut.170 KTAR
menawarkan kursus Ijazah secara berkembar dengan universiti luar negara(Universiti Campbell,
North Carolina) dan kursus pra universiti termasuk A Level.

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mencetuskan protes daripada


masyarakat terutamanya akademia Melayu dan pelajar. Pada 20 Julai 1972, PMUM mendesak
KTAR mengkaji semula penggunaan Bahasa Inggeris kerana menyukarkan kemasukan orang
Melayu ke dalam KTAR.171 Dakwaan PMUM terbukti benar kerana tendensi pada tahun 1973
menjelaskan pelajar Melayu berkurang dari 30 orang pada tahun 1970 menjadi 26 orang pada
tahun 1973.172 Selain itu, syarat kemasukan ijazah menggunakan kelayakan Higher School

Utusan Malaysia, 18.1.1972.


165

Utusan Malaysia, 19.1.1972.


166

Utusan Malaysia, 22.1.1972.


167

Utusan Malaysia, 13.3.1972


168

Buku Panduan KTAR, sesi 1991/1992, hlm. 1.


169

Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1973, hlm.
170

224.

Utusan Malaysia, 21.7.1972.


171

34
Certificate(HSC)173menyukarkan pelajar aliran Melayu memasuki KTAR. Pelajar mahu
mengetahui polisi kerajaan dalam perkara ini. Desakan pelajar semakin meluas apabila Presiden
PKPM, Ismail Kamari juga mahu kerajaan mengkaji semula rancangan penubuhan KTAR dengan
alasan tidak mencerminkan aspirasi nasional. Pada 16 Ogos 1972, PMUM mengkritik kerajaan
gagal bertegas ke atas KTAR yang dilihat oleh PMUM sebagai anti nasional dan KTAR akan
memupuk sifat perkauman kerana 97 peratus pelajarnya adalah Cina.174

PBMUM pula mengkritik Kementerian Pelajaran yang membelakangi cita-cita


kebangsaan dan cubaan kerajaan memperbodohkan rakyat. PBMUM juga mendesak agar
kerajaan mengambil alih KTAR bagi mengawal kuasa ‘autonomi’ KTAR.175 Hussein Onn
menafikan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas pentadbiran KTAR176 kerana terdapat
wakil kementerian dalam Majlis Pengurusan KTAR. Bagi mendaulatkan Bahasa Melayu daripada
tercemar, PBMUM, GPMS, PKPIM, PMUK, PMIUM dan wakil ITK telah menghantar
memorandum bantahan mengenai KTAR kepada kerajaan.177 Front ini diketuai oleh Zulkifli
Ahmad, Presiden PBMUM. Jawatankuasa Bersama Badan-badan Pelajar telah melakukan
demonstrasi di Universiti Kebangsaan semasa kehadiran Menteri Kebudayaan dan Pendidikan
Indonesia, Mahsuri. Walau bagaimanapun, Zulkifli Ahmad meminta maaf atas keterlanjuran
pelajar kerana demonstrasi itu tidak ditujukan kepada Mahsuri.178

Tindakan keras PBMUM bertujuan menjaga kepentingan nasional dan bangsa Melayu
serta meningkatkan kesetiaan pelajar kepada negara.179 PBMUM tidak sanggup melihat pihak
tertentu menodai Bahasa Melayu untuk kepentingan tertentu. Presiden KTAR, Tun Tan Siew Sin
menafikan pihak KTAR mengetepikan kepentingan nasional. Menurut Tan Siew Sin, matlamat
penubuhan KTAR adalah memupuk perpaduan tanpa sebarang sifat perkauman.180 Polemik
KTAR telah mengecewakan pihak kerajaan. Menurut Hussein Onn, isu ini telah diperbesarkan
dan menjadi isu politik. KTAR akan menukar bahasa pengantar apabila tiba masanya.

Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, hlm. 226.


172

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur: Kementerian
173

Pelajaran Malaysia, 1988, hlm. 63.

Utusan Malaysia, 17.8.1972.


174

Ibid.
175

Utusan Malaysia, 23.8.1972.


176

Utusan Malaysia, 26.8.1972.


177

Utusan Malaysia, 30.8.1972.


178

Utusan Malaysia, 16.9.1972.


179

Ibid.
180

35
Penggunaan Bahasa Inggeris di KTAR tidak seharusnya menjadi isu kerana KTAR bertaraf
sekolah tinggi.181 Tunku sendiri mengalakkan penggunaan Bahasa Melayu di KTAR.182

Menurut Kamarazaman Yaakob, pendekatan PMUM dan PBMUM dalam isu KTAR
adalah berbeza. PMUM menentang KTAR kerana ia dimonopoli anak taukeh Cina dari MCA
disamping Bahasa Inggeris sebagai pengantar.183 PMUM mahu menyedarkan pelajar Cina yang
progresif dalam PBCUM yang terdiri daripada anak petani dan buruh agar terungkai fahaman
cauvanis mereka dan kewujudan KTAR akan mengancam kedudukan mereka kerana dimonopoli
oleh anak taukeh MCA. Sebaliknya PBMUM menentang atas dasar KTAR dibuka untuk
kepentingan orang Cina dan isu bahasa pengantar.

4.4 Isu Pendidikan.

Pendidikan merupakan wahana penting bagi memajukan sesebuah bangsa dan negara. Jurang
dalam pendidikan masih meluas di antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar
terutamanya kemudahan fizikal dan tenaga akademik. Menurut Laporan Keciciran 1973, 6
peratus murid di sekolah Inggeris(kebanyakan di bandar) gagal ke sekolah menengah, manakala
sebanyak 25 peratus pelajar aliran Melayu terpaksa berhenti.184 PBMUM cuba memperjuangkan
isu pendidikan terutamanya nasib pelajar aliran Melayu.

Pada 12 Jun 1972, negara digegarkan dengan peristiwa pelajar Sekolah Izzuddin, Ipoh
ditutup apabila pelajar berpiket. Seramai 300 pelajar mendakwa kemudahan di sekolah amat
menyedihkan dan kementerian tidak mengiktiraf sijil mereka. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1959 dan pernah berpiket pada tahun 1963 kerana uniform sekolah.185 Mereka mula
meninggalkan sekolah pada 13 Jun 1972.186

PBMUM dan PKPM187 menyokong piket pelajar Sekolah Menengah Agama Izzuddin
dan menyeru agar kerajaan mengambil-alih sekolah agama itu. Zukifli Ahmad(PBMUM)
bimbang tindakan pelajar memulau kelas kerana pelajar merasakan pihak sekolah gagal
menyediakan kemudahan asas. Sekolah Menengah Kebangsaan Polo sebagai contoh hanya
Utusan Malaysia, 21.12.1972.
181

Utusan Malaysia, 29.8.1972.


182

Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 82.


183

Nordin Selat, Renungan, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1978, hlm. 96.
184

Utusan Malaysia, 13.6.1972.


185

Utusan Malaysia, 14.6.1972.


186

Utusan Malaysia, 19.6.1972.


187

36
memiliki tenaga akedemik seramai 24 orang bagi mengajar tingkatan 4, 5 dan 6. PBMUM
menegaskan mereka mempunyai bukti Jabatan Agama tidak melayan permohonan mereka yang
ingin menjadi guru.188 Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia turut mendesak
agar kerajaan mengambil-alih sekolah agama yang daif.189 Oleh sebab itu, tindakan kerajaan
memperluaskan peluang pendidikan di luar bandar dan membantu rakyat berpendapatan rendah
telah disokong.190

4.5 Isu Penguasaan Ekonomi oleh Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Ka Kuei Tanaka mengadakan program lawatan ke negara Asia Tenggara
bagi memperkukuhkan perdagangan Jepun dengan negara di rantau ini. Jepun berjaya membentuk
Gagasan Pasaran Bersama Asia pada tahun 1970 bagi mempertingkatkan perdagangan antara
negara Asia. Kedatangan Tanaka dilihat sebagai kewujudan imperialis baru yang ingin menguasai
ekonomi Malaysia.191 Pada 27 Mac 1973, PMUSM dan PMUM memberi amaran akan
mengadakan kempen anti Jepun kerana dasar perdagangan luar Jepun sangat membahayakan
ekonomi negara.192 Walaupun kehadiran kilang Jepun memberikan banyak peluang pekerjaan
tetapi pengaliran wang negara keluar merugikan negara.193 Menurut Syed Husin Ali,
pengantungan ekonomi Malaysia kepada modal luar perlu dikawal. Modal luar menyebabkan
pengaliran keuntungan meningkat tetapi pembayaran buruh menurun.194 Tun Dr. Ismail sendiri
menasihatkan Jepun agar tidak membolot semua perdagangan kerana akan melahirkan jurang
status antara negara kaya dengan negara miskin.195
Utusan Malaysia, 2.7.1972.
188

J.Viktor Morais, Anwar Ibrahim: Cekal dan Tabah, Kuala Lumpur: Arenabuku, 1984, hlm. 10.
189

Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, hlm. 213.


190

Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 41. Syarikat Matsushita dimiliki 100% orang
191

Jepun mengeksport 90% barangan keluarannya. Lihat Dewan Masyarakat, Mac 1974, hlm., 6-7. Syed
Hussein al Alatas menyifatkan definisi ekonomi yang mengikuti konsep pemuasan keinginan dan cara
memperolehinya dimana pemodal asing sahaja yang memperolehi keuntungan dengan menggunakan
negara lain. Lihat Syed Hussein al Alatas, Mitos Peribumi Malas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1989, hlm. 225.

Utusan Malaysia, 28.3.1973.


192

Jumlah Pengaliran Keluar Wang Negara(dirujuk Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975):


193

Tahun Jumlah($)

1961-1965 380 juta

1970-1975 918juta

1976-1981 1.5 bilion

Temuramah dengan Syed Husin Ali dlm. Diskusi, Mac 1985, hlm. 34.
194

Utusan Malaysia, 20.4.1973.


195

37
Pada 12 Januari 1974, pelajar mengadakan demonstrasi di lapangan terbang Subang
semasa ketibaan Tanaka.196 Antara slogan-slogan dinyatakan pada kertas manila adalah ‘Kami
tentang Militarisme Jepun’ dan ‘Tanaka Datang Untuk Membeli Selat Melaka’. Menurut
Kamarazaman Yaakob, kenyataan mereka dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris membuat
rombongan Jepun tercengang-cenggang kerana tidak memahami kedua-dua bahasa.197 PMUM,
PMIUM, PBMUM, Kelab Sosialis dan Kelab Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya ingin
menyampai memorandum kepada Tanaka tetapi dihalang. Menurut Hishamuddin Rais, PMUM
kesal sikap Jepun yang menganggap Selat Melaka milik antarabangsa bukan hakmilik Malaysia
dan Indonesia.198

Demonstrasi pada 12. Januari 1974 itu berakhir dengan aman tanpa provokasi dan
tindakan melulu. Reaksi pelajar Malaysia berbeza dengan reaksi sahabat mereka di Indonesia dan
Thailand. Di Indonesia, pelajar merusuh sehingga kerajaan Indonesia mengisytiharkan darurat199
manakala di Thai seramai 3000 orang pelajar merusuh di jalanan. 200 Rusuhan pelajar ini adalah
manifestasi pelajar dalam menghalang kemaraan imperialis bentuk baru yang cuba menguasai
ekonomi negara mereka.

4.6 Penaklukan Israel ke atas Palestin

Pada 7 Oktober 1973, pertempuran antara tentera Arab(Syria dan Mesir) dengan tentera Israel
tercetus di Bukit Golan dan Terusan Suez.201 Tindakan Israel mendapat sokongan Amerika
Syarikat menyebabkan slogan kutukan anti imperialis bergema di seluruh dunia. Pada 9 Oktober
1973, PMUM secara rasmi mengutuk tindakan Israel yang mencetuskan Perang Arab-Israel bagi
memperluaskan tanah jajahan. Menurut Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung PMUM, tindakan
Israel disifatkan menyalahi peraturan dunia. PMUM menyeru Negara-negara Berkecuali
meluluskan usul kutukan kepada Israel.202

Pada 12 Oktober 1973, pelajar bersama orang ramai berarak daripada jalan Chow Kit
dengan membawa sepanduk anti Amerika. Mereka berkumpul di Bangunan AIA, jalan Ampang
Utusan Malaysia, 13.1.1974.
196

Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 40.


197

Utusan Malaysia, 12.1.1974.


198

Utusan Malaysia, 16.1.1974.


199

Utusan Malaysia, 13.1.1974.


200

Utusan Malaysia, 8.10.1974.


201

Utusan Malaysia, 10.10.1974.


202

38
pada pukul 2.45 petang.203 Perarakan yang disertai 1000 orang itu berakhir dengan pancutan
pemedih mata oleh polis. Tindakan polis menyemarak semangat golongan pelajar dan rakyat
dengan mengadakan demonstrasi pada 13 Oktober 1973 bersama 15 gabungan pertubuhan
termasuk PMUM, PMUSM dan KSITM. Di depan bangunan AIA, mereka melaungkan slogan
anti Amerika dan Israel. Protes ini dilakukan kerana Amerika menyokong Israel dan sebagai
simbolik mereka membakar patung Menteri Pertahanan Israel, Moshe Dayan yang memakai baju
bendera Amerika.204 Pada pukul 12.00 tengah hari,205 Hakim Mahkamah Rendah, A. Selvarajah
memberi amaran agar demonstrasi itu bersurai dalam masa 15 minit tetapi pelajar dan rakyat
tidak mengendahkannya. Akhirnya, Ketua Polis(Yahaya Yeop Ishak) mengarah gas pemedih
digunakan.

Akhirnya ‘nakhoda gagah perkasa’(captain courageous), Anwar Ibrahim memimpin


demonstrasi pelajar pada 16 Oktober 1973 yang disertai 2000 pelajar. Mereka yang terdiri
daripada PMUM, PMUK, PMUPM, wakil ITK, KSITM, MBM dan Yayasan Anda berkumpul di
depan Bangunan AIA. Perkara yang menarik dalam demonstrasi ini adalah penyatuan dua
kelompok berpengaruh dalam universiti iaitu golongan Sosialis dan Islamis dalam satu isu
nasional. Golongan Sosialis yang dipimpin oleh Hishamuddin Rais menyerahkan kuasa
‘pengayuh’ demonstrasi pada hari itu kepada golongan Islamis yang dipimpin oleh Anwar
Ibrahim. Menurut Hishamuddin Rais, kejadian ini adalah episod pertama bantahan yang diselaras
bersama206 antara kelompok Sosialis dan Islamis selepas Peristiwa 14 Jun 1971 dalam
demonstrasi rakyat Patani.

Dalam demonstrasi tersebut, pelajar merempuh kedutaan Amerika dan membakar


bendera Amerika serta cuba memasuki ke dalam bangunan First National City Bank tetapi
dihalang oleh polis.207 Selepas dibenarkan bertemu wakil duta Amerika, wakil Fatah iaitu Abu
Yaakob bercakap bagi menaikkan semangat pelajar;

Perjuangan anda adalah perjuangan kami. Perjuangan kita tidak akan serender.

Berjuang sehingga berjaya.208

Selepas itu, pelajar mara ke Pejabat Kebudayaan Lincoln yang dipercayai pejabat CIA. Pelajar
membaling batu dan mengugut untuk menceroboh bangunan tersebut. 209 Anwar Ibrahim telah
Utusan Malaysia, 13.10.1974.
203

Utusan Malaysia, 14.10.1974. Patung ini dibuat oleh pelajar UKM.


204

Mereka berkumpul di depan Bangunan AIA pada pukul 10.30 pagi dan seramai 800 orang.
205

Sheryll Stothard “Adventures of Trendy Rebel” dlm. www.malaysiakini.com, 2001.


206

Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 95.


207

Ibid., hlm. 96.


208

Utusan Malaysia, 17.10.1973


209

39
menggunakan slogan terkenal iaitu ‘Lincoln tutup, Lincoln lingkup’ bagi membangkitkan
kemarahan pelajar dan strategi ini berjaya.

Suasana gawat dan tidak terkawal menyebabkan Ghazali Shafie turun padang bagi
memujuk pelajar dengan mengadakan dialog selama 45 minit. Demonstrasi ini bersurai selepas
beliau mengajak pelajar bersembahyang Zohor dan berdialog sekali lagi sehingga pukul 3.00
petang. Lantaran itu, Ghazali Shafie berjanji memanjangkan perkara ini kepada Perdana Menteri.
Helah Ghazali Shafie yang menggunakan modal agama dan berjanji kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah terburai apabila Tun Razak menjelaskan pendirian rasmi kerajaan tidak
dapat menerima desakan pelajar. Malaysia tidak boleh terlalu menekan Amerika kerana Amerika
boleh mengeluarkan timbunan getah yang akan menjejaskan eksport getah Malaysia semasa
perjumpaan dengan wakil pelajar(termasuk Anwar dan Hishamuddin).210

4.7 Isu Tanah Penempatan Tasek Utara.

Tasek Utara terletak kira-kira 3 batu dari pusat bandar Johor Bahru. Masalah perumahan adalah
satu permasalahan besar di bandar tersebut kerana tidak selaras dengan program yang dirancang.
Sebelum pilihanraya 1974, Menteri Besar Johor Osman Saat berjanji akan menyediakan 574 ekar
tanah bagi perumahan rakyat.211 Kegembiraan ini ditambah dengan pengurniaan tanah
penempatan kepada penduduk Tasek Utara yang selama ini tinggal di tanah haram.

Sebelum pilihanraya pada bulan Ogos 1974, pembancian dan pemberian nombor lot
dilakukan secara rasmi dengan syarat menubuhkan cawangan UMNO dan mengundi parti
UMNO.212 Penduduk kampung dengan gembira telah membaptiskan kampung ini sebagai
kampung Barisan Nasional tetapi ditukar kepada kampung Dato Hussein Onn. Kegembiraan
penduduk jelas seketika apabila kerajaan berkeputusan membina padang golf di tapak perumahan
setinggan ini.213

Pada 15 September 1974, Majlis Pembandaran Johor Bahru(MPJB) dan polis


menceroboh perkampungan tersebut bagi merobohkan rumah haram. PMUM214 yang diketuai
oleh Hishamuddin Rais merayu agar usaha itu ditangguh tetapi tidak dilayan. Pada 16 September
210
Sheryll Stothard “Adventures of Trendy Rebel” dlm. www.malaysiakini.com, 2001
211
Utusan Malaysia, 21.7.1974.
212
Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.
213
Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 112.

PMUM dimaklumkan tentang peristiwa pencerobohan MPJB pada 14.9.1974 melalui telegram yang
214

dihantar oleh Syed Hamid Ali(Setiausaha Agung PSRM). Lihat Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek
Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.
40
1974, Hishamuddin pulang ke kampus bagi mendapat mandat Jawatan Kuasa Kerja PMUM.
PMUM telah meluluskan derma sebanyak $250 kepada peneroka dan mengadakan sudut pidato
yang dimulakan oleh Presiden PMUM ke 17 yang baru dilantik(masih belum mengambil-alih
jawatan) iaitu Hishamuddin Rais. Sokongan PMUKM, KSITM, PMUPM, Persatuan Bahasa Cina
Universiti Malaya, Kelab Sosialis dan Persatuan Anak Johor memberi semangat kepada PMUM.
Dalam sudut pidato sebanyak $75 berjaya dikutip dan sebuah bas PMUM berisi 50 pelajar215
dihantar ke Johor Bahru.

Sementara itu, polis dan MPJB meneruskan kerja meroboh rumah tanpa belas kasihan.
Pelajar yang dipimpin oleh Syed Hamid Ali216 bersama 100 orang peneroka meneruskan
demonstrasi. Pelajar kecewa pemusnahan rumah dilakukan tanpa sebarang notis. Namun,
kerajaan Johor menafikan kenyataan tersebut kerana kerajaan telah memberi notis perpindahan
selama 7 hari.217 Pada 17 September 1974, pelajar bersama penduduk telah membina penempatan
sementara di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Seramai 300 orang penduduk
berdemonstrasi dan menghantar wakil mereka, Yatim Tahir untuk bertemu Menteri Besar tetapi
tiada.218

Pada 18 September 1974, pelajar Singapura terutamanya persatuan pelajar di Politeknik


Singapura, Universiti Nanyang dan Universiti Nasional Singapura mengadakan demonstrasi di
depan Pejabat Konsul Malaysia di republik itu. Mereka mengutip derma dan menyertai pimpinan
PMUM bagi meneruskan perjuangan di Johor Bahru.219 Pada pukul 10 pagi, pelajar dan peneroka
mula bergerak dari perpustakaan ke Bukit Timbalan. PMUM mengadakan ceramah penerangan
kepada rakyat yang berhampiran di Bukit Timbalan sehingga berjaya mengutip $2000 dan
bekalan makanan.220

Pada 19 September 1974 iaitu jam 3.15 pagi polis menyerbu masuk ke dalam penempatan
sementara dan menangkap Hishamuddin Rais, Kaliman Jaya, Syed Hamid Ali dan Mohd Amin
Ahmad.221 Penahanan pimpinan pelajar dan para peneroka ini membangkitkan reaksi penentangan
di kampus. Reaksi ini dicetuskan pada 20 September 1974 dengan mengadakan demonstrasi di
depan Pejabat Perdana Menteri agar pimpinan yang ditahan dibebaskan dan ia disertai 2500 orang

Bas PMUM ditahan di Kulai oleh polis tetapi dibenar meneruskan perjalanan dengan alasan menghantar
215

derma kepada penduduk di Tasek Utara. Lihat Utusan Malaysia, 27.9.1974.

Mantan Presiden PMUM dan menjadi Setiausaha Agung PSRM


216

Utusan Malaysia, 17.9.1974.


217

Utusan Malaysia, 18.91974.


218

Utusan Malaysia, 19.9.1974.


219

Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.


220

Utusan Malaysia, 20.9.1974.


221

41
pelajar.222 Tindakan polis yang ganas dengan menggunakan belantan dan gas pemedih mata
menyebabkan PMUM mengambil tindakan drastik iaitu merampas kuasa di kampus pada 21
September 1974. Bantahan terhadap penangkapan pimpinan pelajar diteruskan oleh pemimpin
pelajar dan peneroka di hadapan mahkamah pada 23 September 1974 sehingga segelintir
pimpinan pelajar ditangkap seperti Hasan Karim(UPM), Adi Satria(UM) dan Khoo Su
Boon(UM).223

4.8 Isu Kemiskinan di Baling.

Peristiwa di Baling adalah kemuncak bagi gerakan pelajar di Malaysia. Baling merupakan daerah
pendalaman yang terasing daripada pembangunan. Majoriti rakyat di kawasan ini terdiri daripada
penoreh getah dan petani. Mengikut laporan kerajaan pada tahun 1970, jumlah keluarga pekebun
getah di Malaysia ialah 350,000 keluarga dan seramai 226,400 atau 64.7 peratus daripada jumlah
keluarga itu adalah di bawah paras kemiskinan.224 Kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat
Baling berterusan apabila pada tahun 1974 ekonomi dunia berada dalam suasana meleset. Inflasi
negara meningkat menyebabkan harga barang turut meningkat. Harga gula naik 10 sen, 225 tepung
gandum meningkat daripada 20 sen kepada 50 sen,226 minyak tanah227 dan susu pekat setin 75
sen.228 Namun, harga getah hanya naik 7 sen sekilo229 menyebabkan golongan marhaen ini
kekurangan wang untuk membeli barangan harian. Secara purata, pendapatan keluarga Melayu di
luar bandar adalah kecil menyukarkan lagi perbelanjaan mereka.230

Utusan Malaysia, 21.9.1974.


222

Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, Petaling Jaya: INSAN,
223

1984, hlm. 33.

Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, hlm. 192.
224

Utusan Malaysia, 10.11.1974.


225

Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, hlm. 17.
226

Kekurangan minyak tanah di kawasan utara kerana petani menuai padi pada waktu malam dan ia bersifat
227

bermusim. Lihat Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 11.11.1974., hlm. 1607.

Utusan Malaysia, 11.11.1974.


228

Utusan Malaysia, 30.11.1974.


229

80.1% keluarga Melayu berpendapatan $1-99. Lihat Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-
230

1975. Ketika rakyat hidup dalam kesusahan, elaun bulanan ahli parlimen telah dinaikkan daripada $1000
kepada $1500. Lihat, Syed Husin Ali, Dua Wajah, hlm. 2.
42
Kemiskinan yang dideritai oleh kelas bawahan231 ini menyebabkan mereka turun ke
jalanan untuk meluahkan isi hati. Demonstrasi bermula pada 19 November 1974 yang disertai
oleh 1000 orang rakyat dan pada 21 November 1974, seramai 13,000 orang rakyat dari sekitar
pekan Baling iaitu kawasan Weng, Kupang, Selama, Kuala Pegang, Siong, Sungai Balang telah
berarak ke pekan Baling. Mereka menuntut agar kerajaan menaikkan harga getah dan
menurunkan harga makanan dalam masa 10 hari.232 Selepas tempoh yang diberikan tamat tanpa
reaksi kerajaan, masyarakat tani mengadakan demonstrasi di pekan Baling pada 1 Disember 1974
dengan kehadiran 30,000 orang penduduk dari Baling dan Sik.

Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian pelajar di kampus dan kezahiran
pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada
3 Disember 1974. Persatuan pelajar yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM,
KSITM, PMUK, PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini
disuraikan oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid Negara.
Polis menyerbu Masjid Negara setelah Iman Masjid Negara meminta polis masuk ke dalam
masjid kerana pelajar mengugut akan merosakkan peralatan masjid.233 Seramai 1138 orang
pelajar ditahan termasuk 77 wanita.234 Perkara yang menarik, demonstrasi pelajar pada kali ini
bersifat kulli atau kolektif kerana diadakan di beberapa tempat di negara ini. Seramai 300 pelajar
USM turut berdemonstrasi di Sungai Nibong dan seramai 200 pelajar Politeknik Ungku Omar
berhimpun di depan Sekretariat Negeri Perak.235

Pada 4 Disember 1974, polis menyuraikan 200 pelajar yang berdemonstrasi di hadapan
Universiti Malaya pada pukul 10.10 pagi. Pada jam 10.20 pagi, seramai 200 orang pelajar sekali
lagi berkumpul di depan pagar universiti dengan bersenjatakan batu dan kayu tetapi bersurai pada
pukul 10.57 pagi dan terus berkumpul di DTC. Pada pukul 3 petang, pelajar bersama penduduk
Kerinchi telah melakukan demonstrasi di jambatan Lebuhraya Persekutuan.236

Ketaksamaan sosial yang melibatkan jurang kemiskinan dibincangkan oleh Syed Husin Ali. Menurut
231

Syed Husin Ali, lebih kurang 42 peratus petani miskin(tumpuan kawasan kampung) dalam kelas sosial di
Malaysia(di kawasan persampelan kajian beliau). Lihat Syed Husin Ali, Masyarakat dan Pimpinan
Kampung di Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1977, hlm. 133.

Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, hlm. 17.
232

Utusan Malaysia, 9.12.1974.


233

Utusan Malaysia, 4.12.1974. Pada malam 4 Disember 1974, Syed Husin Ali, Tengku Shamsul dan K.S.
234

Nijar berpidato dalam rapat umum di DTC. Lihat, Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm.
159

Ibid. Pada 5 Disember 1974, pelajar UM dan UKM terus berdemonstrasi di jalan Pantai dan kampung
235

Kerinchi. Lihat, Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 161.

Utusan Malaysia, 5.12.1974. Kekecohan di kampung Kerinchi berlaku apabila terdapat kanak-kanak
236

yang terkena gas pemedih mata. Lihat juga, Syed Husin Ali, Dua Wajah, hlm 2-3.
43
Pada 6 Disember 1974, seramai 4000 orang pelajar berkumpul di DTC kerana protes agar
mendesak Majlis Senat Universiti menangguhkan peperiksaan yang akan bermula pada 13
Januari 1975 sehingga 8 Februari 1975. Namun, kerajaan mengarahkan peperiksaan diteruskan
seperti dijadual dan semua kuliah berjalan seperti biasa.237 Ketika kekecohan di DTC, sebahagian
pelajar telah meletakkan batu dan paip konkrit bagi menghadang jalan raya sehingga berlaku
kesesakan di jalan Pantai. Lantaran itu, mereka mengadakan demonstrasi dan membahagikan
risalah agar rakyat bersimpati dan mengetahui perjuangan mereka.238

Pada 8 Disember 1974, gerakan pembersihan dilakukan di universiti tempatan iaitu


Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan,239 Universiti Sains Malaysia240 dan Institut Teknologi
Mara. Operasi241 ini dijalankan bagi menangkap pemimpin-pemimpin pelajar yang menjadi force
kepada demonstrasi. Menurut Ghazali Shafie, gerakan ini mahu membersihkan anasir buruk dan
menyelamat para pelajar daripada menjadi mangsa.242 Kerajaan bertindak tegas kerana pelajar
menyalahgunakan kelebihan autonomi unversiti bagi melakukan kebebasan jenayah(criminal
freedom). Universiti dijadikan sebagai sanctuary(kubu perlindungan) dan zon selamat bagi para
pelajar. Kondisi ini tidak berkekalan, pada pukul 2.10 pagi polis mula menyerbu kampus 243 dan
menangkap 11 orang pelajar termasuk 10 pimpinan pelajar.

Pelajar yang ditahan adalah Idris Jusi(PKPM), Abdul Rahman Rukaini(PMUKM),


Hasanuddin Yeop(PMUKM), Ahmad Shah(PKPIM), Adi Satria(PMUM), Basroh
Hassan(PMUKM), Ibrahim Ali(KSITM), Mohamad Hussein(KSITM), dan Ishak Jaafar.
Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaakob bersama pemimpin lain berjaya menerobos
kepungan polis di kampus. Selain pelajar, pensyarah juga ditahan seperti Syed Husin Ali, Gurdial
Singh, Lim Mah Hui, Tunku Shamsul Bahrin, Nakhaie Ahmad dan Sabihah Samad serta Anwar

Utusan Malaysia, 8.12.1974. Seramai 75.5% pelajar daripada 4431 orang pelajar mahu peperiksaan
237

ditangguh dan hanya 18% mahu meneruskan peperiksaan. Lihat, Utusan Malaysia, 14.12.1974.

Utusan Malaysia, 7.12.1974.


238

PKAUKM mengutuk polis memcerobohi UKM. Lihat Risalah, Disember 1974, hlm. 6. Lihat juga,
239

Utusan Malaysia, 6.12.1974.

Pelajar yang ditahan adalah Mohd. Shukri Abdullah, Lai Boo Ket, Hoo Ke Ping dan Teoh Thiam Sam
240

pada pukul 6.00 pagi atas tuduhan melakukan agitasi. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.

Setiausaha Agung parti GERAKAN, Ong Boo Seong dan Pemuda UMNO menyokong tindakan
241

kerajaan. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.

Utusan Malaysia, 9.12.1974. Kerajaan berpendapat demonstrasi adalah penentangan pihak subversif
242

untuk menjatuhkan kerajaan dengan memainkan isu kemiskinan. Alasannya ialah memorandum kebuluran
dihantar pada 2.12.1974 tentang kematian 3 orang kerana kerajaan gagal menaikkan harga getah.
Memorandum ini diserah kepada Pejabat Perdana Menteri pada 4.12.1974 dan diterima Perdana Menteri
pada 5.12.1974 tetapi demonstrasi dilakukan pada 3.12.1974.

Seramai 2000 orang pelajar berarak mengelilingi kampus sebagai simbolik mencintai keamanan dan
243

mereka menganggap tindakan polis sebagai tidak perlu. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.
44
Ibrahim244 wakil dari Majlis Belia Malaysia(MBM). Syed Husin telah didakwa sebagai agitator
pelajar yang berkospirasi dengan komunis dan mengancam keselamatan negara.245

Peristiwa Baling berpunca daripada penurunan harga getah sehingga berlaku khabar
angin terdapat kematian akibat kebuluran dan kekurangan wang. Syed Husin Ali mendefinisi
kemiskinan adalah kekurangan keperluan hidup yang asas seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal. Kemelut hidup berlaku kerana ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan, harta dan
pelajaran yang dapat menentukan taraf hidup.246

Kemiskinan adalah isu kepada petani dalam menggerakkan demonstrasi petani di Baling.
Kekecohan di Baling bermula apabila keluarga petani kampung Siput, Mukim Siong iaitu dua
anak Ariffin Manas dan Kalsom Abdullah yang bernama Siti Zawiyah yang berusia 3 tahun dan
Masitah berusia 7 bulan meninggal dunia pada hari yang sama iaitu 20 November 1974 ekoran
kekurangan zat makanan. Walau bagaimanapun, Ariffin mendakwa ada pihak cuba menyogok
beliau sebanyak $1000 untuk membuat akuan palsu dengan mengatakan anaknya mati kebuluran.
Menurut laporan polis, Zawiyah meninggal pada pukul 1.45 petang dengan sijil kematian A
588698 manakala Masitah meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi dengan sijil kematian A
888697.247

Peristiwa Baling dan Tasek Utara memberi dampak negatif kepada kestabilan kampus.
Pertembungan golongan pelajar pro kerajaan(kelompok Nasionalis-Islamis) dengan pelajar
progresif(kelompok Sosialis) dilihat menyukarkan proses pembelajaran. Pelajar dihalang ke
kuliah, tutorial dan makmal dan suasana di kolej terutamanya Kolej Keempat dan Kolej Ketujuh
agak tegang.248 Ketegangan ini ditimbulkan oleh golongan pelajar progresif sebagai protes
penahanan pemimpin mereka. PBMUM mengecam tindakan pelajar progresif yang dilihat
semakin melampau kerana bersikap anti akademik249 PBMUM menubuhkan Jawatankuasa
Pemulihan Keadaan Kampus yang akan berunding dengan pihak pentadbir universiti bagi
membolehkan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan selamat.250

MBM menafikan Anwar terlibat dalam gerakan pelajar. Menurut Azaham Wahab, Timbalan Presiden
244

MBM, Anwar hanya dipanggil berucap bukannya memimpin demonstrasi. Lihat, Utusan Malaysia,
13.12.1974. Kerajaan mengemukakan sebab-sebab Anwar ditahan dan ia dinafi oleh Anwar. Lihat, Risalah,
Bil. 5, hlm. 4-7.

S. Husin Ali, Dua Wajah, Kuala Lumpur: INSAN, 1996, hlm. 71.
245

Temuramah Syed Husin Ali, Diskusi, Mac 1985, hlm. 32. Persoalan kemiskinan
246
di Baling turut
dibincang dalam Risalah, Disember 1974, hlm. 2-3.

Utusan Malaysia, 17.12.1974. Lihat juga, Pemimpin, Januari 1975.


247

Seramai 65.7% pelajar daripada 4431 orang mahu meninggalkan kampus dan 16.2% tidak bersutuju
248

meninggalkan kampus. Lihat, Utusan Malaysia, 14.12.1974.

Utusan Malaysia, 19.12.1974.


249

45
5.0 KESIMPULAN

Secara idealnya, gerakan pelajar telah mencapai kemuncak dalam perjuangan mereka. Mereka
berjaya merampas kuasa pentadbiran universiti, memasuki arena politik negara dan menyuarakan
kehendak rakyat marhaen. Gerakan pelajar menjadi alternatif bagi rakyat kerana pada masa ini
pihak oposisi tidak mempunyai pengaruh yang kuat ekoran peristiwa 13 Mei 1969 dan
pembentukan Barisan Nasional. Parti Sosialis Rakyat Malaya sendiri terpaksa meminta bantuan
kelompok pelajar Sosialis dalam kempen pilhan raya mereka. Tahun 1974 merupakan tahun
keramat bagi gerakan pelajar kerana pelajar berterusan menggugat kerajaan sehingga kerajaan
terasa tercabar. Natijahnya, AUKU diwujudkan bagi membelenggu dan membisukan gerakan
pelajar di Malaysia. Awan gelap menyelimuti gerakan pelajar selepas era 1974 walaupun sekali-
sekala fajar cuba menjelma tetapi kepanasan tidak sehebat gerakan pelajar pada era ini.

GERAKAN PELAJAR 1976-1980

“sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi

mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara”

Anwar Ibrahim

1.0 PENDAHULUAN

Sikap progresif pelajar pada tahun 1974 membawa satu impak negatif kepada kerajaan sehingga
kerajaan membuat perancangan menghalang student power ini. Gerakan pelajar dianggap
mengancam kestabilan negara walaupun isu-isu yang diperjuangankan adalah permasalahan
Utusan Malaysia, 21.12.1974.
250

46
rakyat. Kekangan yang dihadapi oleh gerakan pelajar ekoran keaktifan mereka dalam politik dan
selalu mempersoalkan kelemahan kerajaan boleh mengancam status quo kerajaan. Dalam bab ini
penulis cuba mengarapkan pengaruh luar dalam politik kampus, tindakan kerajaan dan kesan
perjuangan gerakan pelajar selepas pindaan AUKU 1975.

2.0 PERSOALAN POLITIK DALAM GERAKAN PELAJAR

Dalam pembikinan AUKU, kerajaan secara rasionalnya bimbang peningkatan kesedaran


berpolitik dalam masyarakat pelajar. Kebimbangan ini menjadi fobia kepada kerajaan dalam
mentadbir negara kerana banyak persoalan yang ditimbulkan oleh pelajar. Pada tahun 1974,
tradisi mencabar golongan pelajar telah menggugat kestabilan politik kerajaan dalam
mengekalkan status quo.

Dalam bab satu, penulis menjelaskan secara ringkas persoalan politik dalam gerakan
pelajar. Persoalan politik pelajar dinukilkan oleh Raja Azlan, Pro Canselor Universiti Pulau
Pinang. Menurutnya, mahasiswa harus bertanggungjawab terhadap masyarakat dan perlu
melakukan sesuatu untuk rakyat.251 Oleh itu, gerakan pelajar haruslah menggunakan tenaga-idea
mereka bagi mendepani permasalahan masyarakat dan negara.

Kerajaan seharusnya memberi kelonggaran dalam politik. Khoo Kay Kim mencadangkan
agar kerajaan hanya mengawal gerakan pelajar bukannya menghalang penglibatan pelajar dalam
gelanggang politik kerana pelajar adalah sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak
mengundi.252 Tekanan yang diberikan oleh kerajaan menaikkan semangat pelajar bangkit
melawan kerajaan yang mencabar hak mereka. Mereka mahu mengekalkan image the student dan
sebarang gelombang yang menganggu perjuangan mereka akan ditentang.253

Kerajaan selalu berpandangan negatif terhadap kehadiran student power di negara ini
dengan tuduhan militan, revolusioner dan mengucar-kacir masyarakat.254Sikap revolusioner perlu
bagi membangunkan sebuah negara yang adil dan maju. Shahnon Ahmad mendefinisi sikap
revolusioner;
Utusan Malaysia, 18.10.1971.
251

Utusan Malaysia, 23.9.1971.


252

Lipset S.M., Student Politics, New York: Basic Books Inc, 1967, hlm. 58. Golongan pelajar tidak tahan
253

diremehkan dan gusar jika tidak dilayan dengan adil. Mereka tidak mementingkan wang. Lihat, Lipset, S.
M., “Politik Mahasiswa dan Politik Sesudah Mahasiswa” dlm. Dewan Masyarakat, Mac 1975, hlm. 75.

Lihat perbincangan Mahathir dalam bukunya. Mahathir Mohamad, Cabaran, Kuala Lumpur: Pustaka
254

Antara, 1976, hlm. 101-104.


47
‘Revolusioner adalah bersuara keras dan bertindak keras meruntuh

dan menghancur sesuatu itu disertakan pula dengan daya cipta

untuk membina yang baru sebagai ganti yang lapuk yang diruntuh

dan dirubah’255.

Pelajar sebagai golongan intelektual perlu bersikap pemberani yang berlandaskan ilmu dan
pengalaman yang dijernihkan oleh kebenaran yang diyakini bukannya bersikap surealis; bersuara
kuat untuk meruntuh dan menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula. Seorang
revolusioner mengharapkan jiwa tertekan kerana dengan itulah dia akan bangun untuk
mengantikan penindas-penindas.

Oleh itu sikap radikal dan militan pelajar tidak perlu dibimbangi. Tun Razak pernah
berkata;

“Jikalau kita tinjau belakang semasa kita masih menuntut, tentulah kita

dapat melihat perkara itu dari sudut yang betul”256

Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh pelajar yang sedar akan tanggungjawab mereka
pada masyarakat dan negara kerana hidup biar berjasa.

3.0 PENGARUH POLITIK LUAR DALAM GERAKAN PELAJAR.

Penegasan kerajaan dalam melaksanakan AUKU kerana kemasukan gelombang parti politik luar
ke dalam gerakan pelajar. Penulis akan membincangkan kehadiran pengaruh Parti Komunis
Malaya(PKM) dan Parti Sosialis Rakyat Malaya dalam gerakan pelajar di kampus Universiti
Malaya.

3.1 Pengaruh Parti Sosialis Rakyat Malaya(PSRM)

Shahnon Ahmad, Ponggang Sastera, Shah Alam: Fajar Bakti, 1995, hlm. 82.
255

Utusan Malaysia, 4.12.1973.


256

48
Ideologi Sosialis bukanlah satu yang asing dalam politik kampus Universiti Malaya kerana Kelab
Sosialis telah ditubuhkan sejak bulan Disember 1967 lagi. Kelab Sosialis sendiri mempunyai
hubungan dengan PSRM ranting Lembah Pantai. Pelajar Sosialis ini telah menguasai Majlis
PMUM bagi menyuarakan isu rakyat seperti isu kemiskinan, pertempatan setinggan, penguasaan
kapitalis dan kemunculan imperialis moden. Keterlibatan mereka dalam pilihanraya 1969 dan
1974 membimbangkan kerajaan terutamanya penyertaan mereka dalam rapat umum.257

Keterlibatan mereka dalam pilihan raya 1974 adalah kesinambungan penyertaan mereka
semasa pilihan raya 1969. Penyertaan Kelab Sosialis dalam rapat umum dan majlis anjuran
PSRM secara kerap menyebabkan Tun Razak menuduh PSRM menggalakkan pelajar
mewujudkan suasana tegang di dalam negara terutamanya dalam peristiwa bulan Disember 1974
dan Januari 1975.258 Penyertaan pelajar Sosialis dalam pilihan raya 1974 adalah jelas. PMUM dan
PMUSM secara terbuka mengisytiharkan manifesto mahasiswa259 dan menyediakan bas PMUM
ke Terengganu, Kelantan dan Melaka. Kepimpinan PMUM dan PMUSM terdiri daripada
Hishamuddin Rais(Setiausaha Agung PMUM) dan Fatimah Sham260(Presiden PMUSM)
sememangnya mengimani fahaman Sosialis.

Penyertaan PMUM dalam pilihan raya mendapat bantahan daripada golongan pelajar
Nasionalis seperti PBMUM, Kelab Silat Gayung, Organisasi Mahasiswa Kelantan dan PMIUM
kerana PMUM cuba menyeret pelajar dalam kancah politik parti tertentu. 261 Hasil gabungan
pelajar Sosialis dengan PSRM terbukti berkesan apabila pengaruh PSRM di Terengganu
meningkat sebanyak 30 peratus undi popular.262 Sebenarnya PSRM menafikan keterlibatan
mereka dalam mempengaruhi pelajar dalam sesuatu isu. Isu Tasek Utara263 sebagai contoh,
perjuangan PSRM dan gerakan pelajar berkebetulan sama dalam isu kemiskinan dan rumah
setinggan. Perjuangan ini perlu ditangani secara bersama antara gerakan pelajar dengan PSRM.

Utusan Malaysia, 22.7.1974.


257

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 31.3.1975. Tun Razak pernah memberi amaran kepada pelajar Sosialis
258

agar tidak terlibat dalam rapat umum pilihanraya 1974. Lihat Utusan Malaysia, 22.7.1974.

Utusan Malaysia, 30.8.1974.


259

Anak kepada Hamid Tuah. Presiden pertama persatuan mahasiswa di kalangan siswi di Malaysia.
260

Utusan Malaysia, 6.8.1974.


261

R.S. Milne & D.K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
262

Pustaka, 1992, hlm. 230.

Lihat kenyataan Syed Hamid Ali(Setiausaha Agung PSRM) dlm. Utusan Malaysia, 27.9.1974.
263

49
Penulis melihat gelombang Sosialis dalam gerakan pelajar agak tersusun dan terancang
sebagaimana pendapat Mahathir Mohamad264 dan Abdullah Ahmad.265 Penyusunan proksi pelajar
Sosialis peringkat nasional mula dikesan pada awal tahun 1974. Pada 16 Februari 1974, golongan
pelajar Sosialis mencadangkan agar ditubuhkan Front Bertindak Pelajar Malaysia bagi menjamin
kepentingan badan pelajar266 dan cadangan diusulkan oleh PKPM. Pada 9 Mac 1974, wakil 50
buah pertubuhan pelajar berkumpul di DTC267 bagi membincangkan permasalahan antarabangsa,
nasional dan kampus.268 Pada 11 Mac 1974, Front Pelajar melalui wakil mereka Idris Jusi
menyatakan memorandum pertama mereka menaikkan taraf Institut Teknologi MARA, tapak
Institut Teknologi Kebangsaan dan biasiswa.269

Penubuhan Front Pelajar ini dapat dipersoalkan kerana hanya dihadiri oleh golongan
pelajar Sosialis sahaja bagi mencerakinkan agenda yang lebih besar. Persoalan ini ditegaskan oleh
Pemangku Presiden GPMS, Fawzi Basri yang mempersoalkan Front Pelajar tidak disertai oleh
GPMS dan PKPIM.270 Tanpa kehadiran PKPIM dan GPMS, Front Pelajar cuba menolak pengaruh
golongan Islamis dan Nasionalis271 dalam Front Pelajar sendiri.

3.2 Pengaruh Parti Komunis Malaya(PKM)

Kemenangan pro Komunis di Vietnam sangat membimbangkan tentang kezahiran teori domino272
di rantau Asia Tenggara. Kebimbangan kerajaan Malaysia terbukti apabila mengambil tindakan
keras dengan mengharamkan Persatuan Bahasa Tionghua/Cina Universiti Malaya(PBCUM)

Mahathir Mohamad, “Awasi Student Power”, dlm. Utusan Malaysia, 4.3.1975.


264

Abdullah Ahmad, “Satu Analisa Demonstrasi Pelajar”, dlm. Mastika, Februari 1974, hlm. 34.
265

Utusan Malaysia, 17.2.1974.


266

Utusan Malaysia, 10.3.1974.


267

Utusan Malaysia, 11.3.1974.


268

Utusan Malaysia, 12.3.1974. Ahmad Shah Mohd. Noh menyifatkan golongan pelajar ini sebagai
269

golongan meresah-gelisah dan bercita-cita mengubah dunia. Lihat, Dewan Masyarakat, bulan Mac 1974,
hlm. 20.

Utusan Malaysia, 14.3.1974.


270

Idris Jusi menyatakan GPMS tidak perlu dijemput dalam Front Pelajar 1974 kerana selalu mengasingkan
271

diri. Lihat, M.A. Fawzi Basri, “GPMS Wajib Mengkaji dan Menyusun Semula Kegiatan, Pentadbiran dan
Hubungan dalam Keperihalan Kegiatan dan Politik Belia Hari Ini” Surat bertarikh 27.7.1974. Sempena
Mesyuarat Agong GPMS, bulan Jun 1974.

Teori Domino dikemukakan oleh John Foster Douglas Dulles, Setiausaha Negara Amerika bagi menjaga
272

kepentingan Kolonialis dan Imperialis Barat di Asia Tenggara. Lihat, Said Zahari, Meniti Lautan Gelora,
Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2001, hlm. 163.
50
kerana diserapi anasir-anasir komunis.273 Dalam serbuan polis pada 14 Disember 1974, polis
menemui senapang kayu dan dokumen dianggap bukti penyertaan pelajar Cina dalam komunis.
Namun, Kamarazaman Yaakob menjelaskan peralatan seperti senapang kayu digunakan dalam
pementasan drama.274 Pihak kerajaan menegaskan aktiviti kebudayaan merupakan alat
propaganda PKM.275

Sebelum peristiwa Baling, kerajaan telah memberi amaran tentang kehadiran pihak anti
nasional dan subversif dalam memanipulasi kenaikkan harga getah untuk mengancam kestabilan
negara.276 Gerakan pelajar dilihat bekerjasama dengan pihak komunis dalam peristiwa Baling.
Menurut Mahathir Mohamad, gerakan pelajar yang berdemonstrasi dalam peristiwa Baling bagi
mengalihkan tumpuan kerajaan dalam membanteras pihak komunis dan melemahkan tenaga
polis.277

Penyusupan anasir komunis dalam PBCUM dikesan pada pertengahan 1970an dimana
jawatan setiausaha penerbitan dimenangi oleh seorang pro komunis. Pada bulan Jun 1971,
kumpulan Sosialis Muda berjaya menguasai Jawatankuasa Kerja PBCUM dengan pemimpinnya
berjaya memenangi jawatan presiden. Pada 14 Oktober 1974, pasukan keselamatan menjumpai
dokumen pada seorang penganas komunis yang dibunuh di kampung Tanah Hitam, Perak.
Dokumen itu menjelaskan pelantikan Tham Ah Mok sebagai agen komunis dalam PBCUM.278

Pada 26 Januari 1974, satu lagi dokumen dijumpai pada seorang lagi penganas komunis
yang ditembak di Behrang, Slim River, Perak. Dokumen itu menjelaskan PKM cuba menyusupi
pertubuhan Cina iaitu Kheng Chew, Ting Song dan PBCUM.279 Namun, komplot komunis
dibocorkan oleh Quah Lai Chee.280 Pengaruh komunis cuba diterap melalui aktiviti
kebudayaan(drama ‘Musim Bunga Datang Daripada Dunia Manusia’) dan penulisan(majalah
Penyuluh dan Sastera Universiti). Perkara ini terbukti apabila konsert ‘Persatuan Besar Kilat
Musim Bunga’ dibatalkan, radio Suara Revolusi milik PKM mengutuk tindakan kerajaan.

Mingguan Malaysia, 15.12.1974.


273

Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, Petaling Jaya: Transgrafik, 1994, hlm. 163.
274

Kertas Putih, “Kegiatan PKM dalam PBTUM”, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1974, hlm. 2. Mao
275

Tse Tung menggunakan budaya dalam menyebar fahaman Komunis. Lihat juga, Utusan Malaysia,
20.12.1974.

Kenyataan Tun Dr. Ismail dlm. Utusan Malaysia, 30.11.1974.


276

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975.


277

Kertas Putih, “Kegiatan PKM dalam PBTUM”, hlm. 17.


278

Ibid., hlm. 22.


279

Beliau tidak mengimani fahaman komunis. Lihat Utusan Malaysia, 16.12.1974.


280

51
Pengaruh komunis lumpuh dalam PBCUM apabila polis menyerbu pusat kegiatan PBCUM di
Sea Park, Petaling Jaya pada 9 Disember 1974.281

4.0 SEJARAH PENUBUHAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI(AUKU).

Peningkatan kesedaran berpolitik, impak peristiwa 13 Mei dan pengaruh parti luar ke dalam
pertubuhan pelajar membimbangkan kerajaan. Kerajaan berkeputusan mengawal aktiviti politik
di kampus. AUKU282 diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan oleh parlimen pada 17
Mac 1971283 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 29 April 1971.284 Kebangkitan
pelajar pada tahun 1974 secara militan dan radikal mendesak kerajaan melakukan pindaan pada
AUKU. Pada 8 April 1975, Dr. Mahathir Mohamad mengusulkan agar AUKU dipinda285 dan
ianya dikuatkuasa pada 12 Mei 1975.286

Pengarahan kepada AUKU berlaku apabila kerajaan menegaskan pelajar tidak dibenarkan
bergabung atau menyokong mana-mana parti politik dan kesatuan sekerja. Penegasan ini
merupakan satu kesedaran kerajaan bagi mencegah ketidakstabilan melalui perundangan. 287
Larangan ini termaktub dalam Undang-undang Darurat(kuasa perlu) no. 74, Artikel 150(2) yang
dipinda pada 18 Februari 1971.288 PMUM membantah perundangan ini, Jai Mohan(Setiausaha
Agong) menjelaskan larangan ini akan menjauhkan pelajar dengan rakyat dan menyekat idea
pelajar untuk menyumbang ke arah pembangunan.289 Sokongan pihak pelajar kepada mana-mana
pertubuhan politik tidak bermakna pelajar menyokong pertubuhan politik tersebut.290

Kertas Putih, “Kegiatan PKM dalam PBTUM”, hlm. 25.


281

Rang Undang-Undang AUKU(1971) dicadang Hussein Onn mengandungi Ordinan no.74(kuasa perlu)
282

Darurat 1971. Pada asas AUKU dizahirkan bagi menubuh, menyelenggara dan mentadbir universiti. Lihat
Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 17 Mac 1971, hlm. 1402.

Utusan Malaysia, 19.3.1971.


283

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 30.7.1971, hlm. 4188.


284

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975, hlm. 4390.


285

Rohani (dll.), Hak dan Tanggungjawab AUKU, Bangi: Penerbit UKM, 1992, hlm. 19.
286

Lihat Laporan Tragedi 13 Mei 1969, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1969, hlm.iii. Seramai 196
287

orang terbunuh dalam peristiwa itu dan 172 daripada 196 orang di Selangor di samping yang cedera
seramai 293(lihat, hlm. 88-90).

Utusan Malaysia, 2.5.1971. Lihat juga, R.S. Milne & D.K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia,
288

hlm. 109.

Utusan Malaysia, 1.3.1971.


289

Mahasiswa Negara, 24.5.1971. Dipetik daripada Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975.
290

52
AUKU diusulkan setelah kegagalan Akta Universiti Malaya 1961 yang tidak berkesan
mengekang peranan pelajar terutamanya keterlibatan pelajar dalam pilihanraya 1969.291 Para
pimpinan parti oposisi dan pelajar membidas AUKU terutamanya Bahagian III(fasal 15 dan Fasal
16) dan Bahagian V(Seksyen VI Fasal 48, Seksyen VI Fasal 50 dan Seksyen VI Fasal 51). Di
Parlimen, Dato Asri meminta AUKU ditangguhkan292 manakala Lim Kit Siang dan Dr. Tan Chee
Khoon mempersoalkan prosedur penubuhan persekutuan pelajar peringkat nasional dan
antarabangsa.293 Kerajaan bersedia melonggar perkara tertentu294 dalam AUKU tetapi AUKU
perlu diteruskan bagi menghalang anasir-anasir subversif dalam gerakan pelajar.295

Pada 6 Julai 1971, PBMUM dan PKPM menghantar memorandum kepada kerajaan. Gan
Yap Swe, Setiausaha Agung PKPM dan Noordin Razak, Presiden PBMUM yang mewakili 15
pertubuhan pelajar menyatakan AUKU akan membantut pemikiran kritikal dan rasional pelajar. 296
PMUM pula mengadakan forum pada 23 Ogos 1971 dan 9 Disember 1971 disamping sudut
pidato pada 4 Disember 1971. Namun, reaksi pelajar tidak berjaya memujuk kerajaan
menlonggarkan AUKU.297

Pada tahun 1975, kerajaan memugarkan kembali AUKU agar lebih tegas bagi mengekang
budaya politik pelajar yang semakin radikal dan revolusioner. Perkara ini terbukti dalam tindakan
pelajar sepanjang tahun 1974 terutamanya isu Tasik Utara dan Baling. Menurut Dr. Mahathir
Mohamad, AUKU adalah alat mengekang pelajar daripada membuat kacau apabila sesi 1975/76
bermula.298 Usul agar pindaan AUKU 1975 ditangguh ditolak.299 Penolakkan penangguhan ini
memulakan era baru bagi gerakan pelajar dalam perjuangan mereka.

Junaidi Abu Bakar, Mahasiswa Politik dan Undang-Undang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
291

1993, hlm. 26-27.

Utusan Malaysia, 19.3.1971. Bagi Dr. Sanusi Osman, AUKU akan menjejaskan kematangan fikiran dan
292

kesedaran golongan pelajar mengenai tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Lihat, Sarina, Mei
1986. Bagi Pemangku Presiden PMIUM sesi 1982/83, Azami Zaharin, AUKU menyebabkan pelajar pasif
dalam isu nasional, kampus dan antarabangsa. Lihat, Watan, 22.7.1983.

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 30.7.1975. PMIUM sendiri secara automatik terbubar daripada PKPIM
293

berdasarkan Seksyen 15(1) pada 12 Mei 1975.

Dr. Ismail sedia memberi pelonggaran dalam persoalan penubuhan Persekutuan Pelajar terutamanya
294

Persatuan Pelajar Asia(ASA). Lihat, Utusan Malaysia, 11.3.1975.

Lihat kenyataan Tunku tentang anasir subversif dalam Berita Harian, 20.8.1970. Lihat kenyataan Dr.
295

Ismail berkaitan aktiviti subversif, Utusan Malaysia, 6.4.1971.

Utusan Malaysia, 7.7.1971.


296

Utusan Malaysia, 16.8.1972.


297

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975. Lihat juga, Utusan Malaysia, 9.4.1975.
298

Usul dikemuka oleh Lim Kit Siang dan disokong oleh Fan Yew Tong melalui 9 undi DAP dan 1 undi
299

PEKEMAS tetapi ditolak oleh kerajaan. Lihat Utusan Malaysia, 9.4.1975.


53
5.0 ISU DAN PEDEKATAN: MENANGANI ARUS PERUBAHAN

Pelaksanaan AUKU menyebabkan perubahan besar pendekatan gerakan pelajar dalam


menyelesaikan isu-isu perjuangan. Persatuan pelajar lebih banyak mengadakan program khidmat
masyarakat, berforum dan program kepimpinan. Di bawah penulis menukilkan beberapa isu
utama gerakan pelajar yang berlaku dalam era 1976-1980;

5.1 Pendirian PMIUM Dalam Krisis Institut Teknologi Mara.

Selepas pindaan AUKU 1975, gerakan pelajar semakin permisive terhadap isu nasional dan
kampus. Walau bagaimanapun, dunia pelajar digemparkan apabila pelajar ITM Shah Alam dan
kampus Jalan Othman, Kuala Lumpur merampas kuasa pada 6 Januari 1976. Kejadian ini
merupakan peristiwa pertama bagi gerakan pelajar menggugat kembali keabsahan kuasa AUKU.
Rampasan ini berlaku apabila pelajar tidak berpuas hati terhadap pimpinan Dato Lokman Musa
mengetatkan disiplin pelajar terutamanya etika pemakaian yang melarang pelajar berambut
panjang.

Mulai 5 Januari 1976, peraturan tatatertib baru bagi pelajar ITM akan dikuatkuasakan.
Ramai pelajar tidak bersetuju kerana bertentangan dengan hak asasi seseorang pelajar. Bagi
pelajar lelaki, potongan rambut tidak melebihi kolar, dilarang memakai selipar dan baju panas
semasa kuliah, dilarang memakai pakaian olahraga di dewan makan. Pelajar lelaki harus memakai
tali pinggang hitam, baju kemeja dan kasut. Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai pakaian
menjolok mata seperti mini skirt, pakaian jarang atau terlalu ketat. Dato Lokman memberi
amaran sesiapa yang ingkar akan dihukum seperti dilarang daftar, amaran, denda $200, gantung
atau disingkir.300

Cadangan Dato Lokman dikecam hebat oleh KSITM.301Pelajar mempersoalkan tindakan


Dato Lokman kerana hanya golongan minoriti yang berambut panjang. Dato Lokman hanya
mementingkan perkara remeh dan pemakaian seseorang padahal persoalan ini bukanlah penentu
moralnya. Pemimpin KSITM, Rosman Abdul Hamid menegaskan KSITM telah melakukan
perubahan drastik dengan mengharamkan judi, majlis tari menari pada tahun 1972. Mantan
Presiden KSITM, Ibrahim Ali, menyatakan pihak pentadbir perlu menyeru dan menggalakkan
pelajar mengikuti peraturan bukannya mengambil tindakan sekeras itu. Apa gunanya dilakukan di
dalam kampus jika di luar kampus terdapat arak, rasuah dan tarian bogel di kelab malam masih

Utusan Malaysia, 23. 12. 1975.


300

Utusan Malaysia, 2. 1. 1976.


301

54
dibenarkan.302 Tindakan Dato Lokman dilihat tidak perlu kerana KSITM telah menubuhkan
kumpulan dakwah bagi mengatasi gejala sosial. Kebebasan pelajar telah disekat dan pelajar telah
menjadi remaja ke sekolah303 telah menjatuhkan imej ITM sebagai institusi pengajian tinggi yang
berasaskan kebebasan intelektual.

Pada 5 Januari 1976, ITM dibuka untuk penggal pertama, pelajar senior mula tunjuk
perasaan bagi membantah cara pentadbir melaksanakan peraturan disiplin. Mereka bertindak
tidak mendaftar diri untuk kuliah kecuali pentadbir menarik balik arahan sebagaimana dituntut
KSITM.304 Seramai 1000 orang pelajar terlibat dalam demonstrasi di dataran berhampiran
Pejabat Pentadbiran ITM pada pukul 9.00 pagi. Presiden KSITM, Abdullah Baba menyatakan
tindakan pentadbir ITM tidak berunding terlebih dahulu dengan KSITM menyebabkan protes
tersebut. Sebaliknya peraturan tersebut diperbesarkan dalam media massa dan ia memberi
gambaran buruk kepada pelajar dan KSITM.305KSITM telah memperjuangkan pemurnian akhlak
dikalangan pelajar sejak tahun 1971. Perkara yang dituntut KSITM adalah;

a. denda $200 adalah keterlaluan sedangkan pelajar hanya menerima elaun $20

sebulan.

b. Jumlah wakil pelajar telah dikurangkan dalam jawatankuasa306 tersebut

daripada 6 kepada 3 adalah tidak relevan

c. Jawatankuasa itu dipengerusi oleh Dato Lokman sendiri adalah sesuatu

yang tidak adil.

Menurut Syed Osman,307 KSITM tidak menentang keseluruhan cadangan tersebut tetapi cara
pelaksanaan kurang baik terutamanya ia diluluskan oleh pihak pentadbiran tanpa perbincangan
dengan KSITM.308

Pada 7 Januari 1976, ITM Kuala Lumpur telah ditutup apabila pelajar telah menguasai
dan mengambil alih kampus di Shah Alam dan Jalan Othman di Petaling Jaya. Seramai 4000
hingga 5000 pelajar menguasai kampus. Dato Mansor sebagai Pemangku Pengerusi Majlis
Pentadbir ITM menjelaskan tindakan itu disebabkan pelajar menggunakan ‘tindakan paksaan’
Utusan Malaysia, 23. 12. 1976.
302

Zainuddin Ayip, ‘Tatatertib ITM harus dikaji semula’ dlm. Utusan Malaysia, 5. 1. 1976. Lihat juga,
303

“Pelajar-pelajar Universiti Macam Murid Sekolah” dlm. Budiman, 15.1.1978., hlm. 5.

Utusan Malaysia, 6. 1. 1976.


304

Ibid.
305

Jawatankuasa yang dimaksudkan adalah Jawatankuasa Pengubalan Etika Pelajar ITM.


306

Setiausaha Agung KSITM.


307

Utusan Malaysia, 23. 12. 1975.


308

55
dalam proses pendaftaran pelajar senior selama dua hari.309 Pelajar di dalam kampus kekurangan
bekalan makanan dan pelajar yang ingin membeli makanan telah dihalang oleh pelajar senior.
Para pemberita yang cuba mendekati pagar telah dikejar oleh pelajar.

KSITM telah menafikan keterlibatan mereka dalam penguasaan kampus itu. Presiden
KSITM, Abdullah Baba menyatakan pihaknya tidak menghalang pelajar dan pensyarah balik ke
kampus. Walau bagaimanapun, KSITM tidak mengiktiraf keputusan Dato Lokman berikutan
sidang tergempar pada 6 Januari oleh Dewan Siswa KSITM.310 KSITM kesal dan terperanjat
apabila Dato Mansor menutup ITM. KSITM telah meminta Menteri Dalam Negeri, Dato Ghazali
Shafie311 tidak menggunakan badan beruniform dalam menyelesaikan isu ini. KSITM hanya
bertindak sebagai pentadbir keselamatan dan kebajikan pelajar apabila pihak pentadbiran
meninggal kampus jam 2.30 petang pada 6 Januari.

Pada 9 Januari, seramai 3000 orang pelajar telah keluar dari kampus jam 4 pagi tetapi
pihak pentadbir masih tidak dibenarkan masuk. Pelajar yang meninggalkan kampus telah dicaci.
Pihak pentadbir cuba memujuk pelajar yang belum meninggalkan kampus dan memberi amaran
mereka tidak akan dibenarkan mendaftar diri bila kampus dibuka.312 KSITM telah menyerah
kepada Dato Mansor bagi menyelesaikan isu ini setelah perbincangan selama 5 jam. Pelajar
mengemukakan beberapa penyelewengan seperti masalah keciciran pelajar dan penggunaan duit
pelajar mesyuarat pentadbiran di Bukit Fraser.313

Pada 10 Januari 1976, perwakilan pelajar bersama Pemangku Presiden Majlis Belia
Malaysia, Azaham dan Dato Lokman cuba memujuk pelajar. Dato Lokman merayu sebanyak dua
kali agar 120 pelajar menyerah diri dan kedegilan mereka menyebabkan mereka disingkir.
Semasa suasana tegang ini, polis menyerbu masuk ke dalam kampus terutamanya di asrama
kedua iaitu pusat gerakan pelajar.314

Dr Mahathir selaku Menteri Pelajaran mengelarkan pelajar tersebut Gestapo yang


memakai kain kuning di kepala sebagai pengecut kerana cabut lari meninggalkan kumpulan
dakwah dan wanita.315 Gestapo seramai 200 orang ini mengugut menelanjang dan mencincang

309
Utusan Malaysia, 8. 1. 1976.
310
Utusan Malaysia, 9. 1. 1976.
311
Mantan Pegawai Pentadbir ITM.
312
Utusan Malaysia, 10. 1. 1976.
313
Utusan Malaysia, 11. 1. 1976.
314
Ibid.
315
Utusan Malaysia, 12. 1. 1976.
56
perempuan.316 Gestapo ini adalah sekumpulan pelajar radikal dan militan. Perkara ini terbukti
dengan penemuan senjata seperti kapak dan peluru.317

Tindakan pelajar ITM merampas kuasa dengan isu rambut mengecewakan kerajaan
kerana kerajaan kerugian $100,000 sehari.318Tindakan pelajar itu dikecam oleh badan bukan
kerajaan seperti PERTIWI dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam. Ketua Satu
PERTIWI(Zakiah Hanum) sebagai contoh mengatakan pelajar berambut panjang tidak manis319
dan melanggar tatasusila orang Melayu. Kenyataan PERTIWI bersifat hipokrit kerana PERTIWI
sendiri pernah mendesak kerajaan membatalkan arahan pemakaian tudung di sekolah kerana tidak
praktikal dan mahal.320 PMIUPM turut mengkritik keras tindakan pelajar ITM. Setiausaha Agung
PMIUPM, Zaki Ayoub menjelaskan tindakan pelajar ITM itu mempertahankan amalan
menyimpan rambut panjang sebagai amalan jahiliah.321

Walau bagaimanapun, PMIUM dam PMUKM telah menyokong tindakan pelajar ITM.
PMIUM telah menyatakan tindakan pentadbir ITM sebagai mencabul hak kebebasan pelajar.322
Sokongan terbuka PMIUM dinyatakan dengan menghantar surat bantahan323 kepada akhbar
tempatan dan pihak pentadbir ITM. PMIUM melihat krisis tersebut tidak mengancam
keselamatan dan boleh diselesaikan dengan diplomasi. Penjelasan PMIUM disokong dengan
kenyataan pengawal keselamatan yang menyatakan pelajar tidak melakukan perkara buruk dan
pelajar hanya tidak menyukai Dato Lokman. Walaupun pos pengawal di pos bulatan, asrama 1
dan 2 diambil alih oleh pelajar, pengawal keselamatan tetap dibenarkan bertugas.324

PMIUM menyokong usaha KSITM mendapat hak sebagai kesatuan yang mewakili
pelajar ITM. PMIUM juga mendesak Dato Lokman meletakkan jawatan dan menerima
pandangan KSITM yang tidak mengiktiraf kepimpinan Dato Lokman.325 Sokongan PMIUM
merupakan sokongan yang berterusan. PMIUM kesal penyingkiran 45 pelajar ITM pada 10
Utusan Malaysia, 9. 1. 1976.
316

Utusan Malaysia, 19. 2. 1976.


317

Ibid.
318

Utusan Malaysia, 26. 1. 1976.


319

Utusan Malaysia, 28.2.1974.


320

Utusan Malaysia, 29. 1. 1976.


321

Laporan Tahunan PMIUM sesi 1975/1976.


322

SU. KTA/PMI 75/76, surat PMIUM bertarikh 9. 1.1976. Surat ini adalah kenyataan rasmi PMIUM dalam
323

krisis ITM dan ia tidak tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan.

Utusan Malaysia, 17. 1. 1976.


324

SU. KTA/PMI 75/76, Surat PMIUM bertarikh 9.1.1976.


325

57
Februari 1976326 yang disyaki perancang rampasan kuasa tersebut. Tindakan menemuduga semula
pelajar adalah tidak adil dan bertujuan buruk yang jelas bertentangan dengan hak pelajar yang sah
di sisi undang-undang perlu dihentikan.

Pada 9 Februari 1976, Menteri pelajaran telah menubuh Jawatankuasa Penyiasat Krisis
ITM bagi menyiasat kejadian itu.327 PMIUM meragui ketelusan jawatankuasa ini sebagai badan
bebas. PMIUM mengusulkan agar satu badan bebas yang dianggotai badan pelajar dan belia
kerana golongan ini dilihat bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian yang adil.328

5.2 Isu Afghanistan

Fenomena penentangan terhadap penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan merupakan


fenomena sedunia. Isu ini tercetus apabila Presiden Afghanistan, Hafizullah Amin digulingkan
oleh bekas Naib Presiden, Babrak Karmal yang dibantu oleh gerila Islam.329 Majlis Revolusi330
telah mengambil alih sementara kuasa pentadbiran setelah golongan Marxis dari kumpulan
Khalq(kumpulan yang diimani oleh Hafizullah) ditumbangkan oleh kumpulan Parcham.331 Bagi
membendung gelombang hijau332 daripada mengakari bumi Afghanistan, pihak Beruang Merah
SU. KTA/PMI 75/76, Surat PMIUM bertarikh 11.2.1976.
326

The Malay Mail, 10.2.1976. Dirujuk dalam Laporan Tahunan PMIUM sesi 1975/1976.
327

SU. KTA/PMI 75/76, Surat PMIUM bertarikh 11.2.1976. Kenyataan akhbar yang diberikan kepada
328

akhbar tempatan.

Utusan Malaysia, 29.12.1979. Bantuan gerila Islam secara tidak langsung kerana gerila Islam menguasai
329

beberapa wilayah(contohnya, wilayah Herat) daripada kerajaan pusat. Gerila Islam tetap menentang
kerajaan Babrak Karmal.

Utusan Malaysia, 30.12.1979. Pengolakkan politik di Afghanistan tercetus ekoran krisis dalaman dalam
330

proksi komunis yang menguasai Afghanistan. Gerila Islam pula sedang mara ke ibukota, Kabul.
Sebenarnya, krisis dalaman dalam proksi komunis bermula pada zaman Presiden Muhamad Daud Khan
lagi. Muhamad Daud yang mulanya pro Rusia digulingkan oleh Noor Muhamad Taraki pada 27 April 1978
kerana cuba menjalin hubungan dengan China(pertembungan fahaman Mao dengan Stalin) dan Amerika.
Lihat, “Afghanistan: Kebangkitan Islam Mencabar Kabul”, Risalah, Bil. 3, 1979, hlm. 9. Lihat juga,
Mohamad Redzuan Othman, “Afghanistan Sejarah Sebuah Duka” dlm. Dewan Budaya, April 2002, hlm.
20-23.

Walaupun kumpulan Khalq lebih dominan dalam politik Afghan tetapi Rusia lebih merapati kumpulan
331

Parcham. Lihat, Mohd Sidin Ahmad Ishak & Nizal Mohamad, Afghanistan: Fajar Era Baru, Kuala
Lumpur: ABIM, 1989, hlm. 16.

Kebangkitan Islam adalah reaksi daripada tindakan Raja Dharir Shah yang melantik Mohamad Daud
332

yang cenderung kepada fahaman komunis sebagai Perdana Menteri pada tahun 1953. Ketua Ikhwanul
58
mengatur langkah mencerobohi Afghanistan dengan menggerakkan 15,000 orang anggota
tentera333 ke sempadan dan memasuki Afghanistan pada 31 Disember 1979.334

Kemasukan Rusia ke wilayah Afghanistan dikutuk oleh warga dunia seperti di India, 335
Iran,336 Jerman,337 Indonesia,338 dan Sudan.339 Di Malaysia, ABIM,340 PMUKM dan PKIPM341
mengutuk kelakuan durjana Soveit dan meminta umat Islam di negara ini bersatu menghadapi
musuh.342 Presiden PMUKM, Fadullah Shuib meminta agar bantuan segera dikumpul bagi
membantu perjuangan rakyat Afghan semasa demonstrasi aman di kampus UKM.343

Pada 8 Januari 1980, gabungan persatuan pelajar dan belia termasuk PMUM dan ABIM
merancang mengadakan perhimpunan raksasa. Perhimpunan ini di bawah pimpinan saudara
Anwar Ibrahim. Seramai 5000 orang hadir memberi sokongan dan melaungkan kalimah Allahu
Akbar. Pidato malam tersebut diberikan oleh tetamu-tetamu khas termasuk Mufti Kuwait dan
mereka secara muafakat mendesak agar Soviet berundur daripada Afghanistan. Sebanyak $6100
dikumpulkan bagi sumbangan Tabung Afghanistan.344

Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok
pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim(kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969.
Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul
dan ia menakutkan pendokong komunis. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi
dan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf berjaya melarikan diri ke Pakistan. Lihat,
Muhamad Abdul Quddus, Bersama Mujahidin Afghanistan, Kuala Lumpur: Thinker Library, 1988, hlm.
101.

Utusan Malaysia, 31.12.1979. Babrak Karmal gagal memenuhi aspirasi Rusia menyebabkan Rusia
333

mencerobohi Afghanistan. Kebanyakan tentera Afghan berpaling tadah menyokong gerila Islam. Lihat,
Khalid Jaafar, “Rampasan Kuasa Baru”, dlm. Panji Masyarakat, April 1980.

Utusan Malaysia, 1.1.1980.


334

Pelajar Afghan menawan kedutaan mereka di New Delhi. Lihat, Utusan Malaysia, 3.1.1980.
335

Tunjuk perasaan di depan kedutaan Soviet di Iran. Lihat, Utusan Malaysia, 2.1.1980.
336

Pelajar Afghan menawan kedutaan mereka. Lihat, Utusan Malaysia, 3.1.1980.


337

Pelajar Indonesia berarak di jalanan, Lihat, Utusan Malaysia, 4.1.1980.


338

Seramai 500 orang pelajar Sudan membakar bendera Soviet. Lihat, Utusan Malaysia, 5.1.1980.
339

Osman Bakar, Setiausaha Agung ABIM mengutuk tindakan Soviet. Lihat, Utusan Malaysia, 7.1.1980.
340

Presiden PKPIM, Fuad Hasan mengutuk tindakan Soviet. Lihat Utusan Malaysia, 8.1.1980.
341

Fatwa jihad di Afghanistan telah dikeluarkan oleh Dr. Abdullah Azzam dengan persetujuan Mufti Saudi,
342

Ibnu Baz dan pimpinan Ikhwanul Muslimin seperti Said Hawwa. Lihat, Dr. Abdullah Azzam, Jihad:
Afghanistan Bukti Terang dan Perjajahan Dunia Moden, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 1988, hlm. 4-7.

Demonstrasi aman itu dihadiri oleh 1000 orang pelajar di kampus UKM. Lihat, Utusan Malaysia,
343

8.1.1980.
59
Keesokkan paginya, Perhimpunan Perpaduan Islam Anti Soviet diadakan di Masjid
Jamek Kampung Baru dan slogan-slogan seperti ‘Hapuskan Soviet’ dan ‘Hari ini Afhganistan,
esok Malaysia’ terus bergema.345 Perjuangan gerakan pelajar diteruskan di kampus masing-
masing terutamanya oleh PMUTM,346 KSITM347 dan PMUM.348

6.0 KESIMPULAN

Kewujudan AUKU dilihat bagi mengekang keterlibatan pelajar universiti dalam politik nasional.
Kemaraan pengaruh komunis dalam gerakan pelajar juga membimbangkan kerajaan. AUKU
mempunyai impak pro dan kontra ke atas gerakan pelajar di Universiti Malaya. Secara idealnya,
AUKU telah melesukan gerakan pelajar daripada membicarakan tentang isu nasional. Imej
bersama rakyat dan jurubicara masyarakat semakin luntur di kalangan pelajar universiti.
Kebanyakan kegiatan pelajar bercorak kemasyarakatan hanya berbentuk tempelan yang ingin
memenuhi tentatif program. Kegiatan kebudayaan dan kesenian mula mendominasi aktiviti di
kampus terutamanya di kolej-kolej. Kebangkitan pelajar ITM merupakan satu kegemparan dalam
dunia pelajar setelah AUKU dikuatkuasa, manakala isu Afghan pula memperlihatkan kebangkitan
awal kelompok Islamis dalam gerakan pelajar semasa era 1980an.

GERAKAN PELAJAR 1980-1985

“akta boleh memisahkan persatuan-persatuan peringkat kampus dari pendaftaran


Utusan Malaysia, 9.1.1980.
344

Utusan Malaysia, 10.1.1980. Perhimpunan ini adalah susulan demonstrasi oleh PMUM yang melahirkan
345

sikap tegas terhadap pencerobohan Rusia. Lihat Risalah, Bil. 1. 1980, hlm. 6.

Seramai 200 berkumpul di Dewan Besar UTM jalan Gurney yang diketuai oleh Presiden PMUTM,
346

Dzulkifli Mohamad. Lihat Utusan Malaysia, 11.1.1980.

Seramai 3000 orang pelajar ITM diketuai oleh Khalid Jaafar berdemonstrasi secara aman. Lihat, Utusan
347

Malaysia, 10.1.1980.

PMUM mewakili pelajar menderma sebanyak $ 971.55 sen bagi Tabung Afganistan Utusan Malaysia.
348

Lihat, Budiman, 1 April 1980.


60
tetapi akta tidak dapat memisahkan persatuan-persatuan tersebut dari segi realiti

kerana kekuatan ideologi Islam yang sama-sama didokong tidak membenarkan

permisahan”

Mahmud Mohd(YDP PKPIM 1976/77)

1.0 PENDAHULUAN

Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) telah memberi impak besar dalam masyarakat
kampus. AUKU dilihat mengekang gerakan pelajar dalam memperjuang isu-isu nasional
sehingga gerakan pelajar menggunakan pendekatan keilmuan dan diplomasi bagi mengantikan
demonstrasi. Pada tahun 1980 hingga 1985, muncul gerakan pelajar Islam bagi merampas tampuk
kekuasaan Majlis Perwakilan Pelajar agar cita-cita Islam tercapai.Dalam bab ini, penulis akan
mengupas regenerasi semula gerakan pelajar Islam, permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh
gerakan pelajar terutamanya pelajar Islam. Penulis juga melihat isu yang diperjuangkan oleh
pelajar dan pendekatan yang diaplikasi dalam menghadapi permasalahan di era AUKU.

FAKTOR KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DI KAMPUS PADA TAHUN 1980AN.

Kebangkitan Islam mula dimainkan pada awal 1970an setelah pembantaian secara radikal
terhadap Ikhwanul Muslimin dan kepulangan pelajar Islam dari Barat dan Timur Tengah.
Mengikut Ustaz Asahaari Mohamad, Syeikhul Al Arqam yang diharamkan, peristiwa 13 Mei
1969 merupakan tempoh peralihan pemikiran dan gaya hidup jahiliah Moden ke pemikiran dan
gaya hidup Islam. Pada masa ini, orang Melayu mula dahaga agama dan Islam sendiri dianggap
sumber perpaduan Melayu. Walau bagaimanapun, Islam pada masa itu masih di tahap ‘jambul’
[kerana wanita menutup aurat tetapi menampakkan jambul]. Islam secara praktikal dan ‘berjubah’
mula bersemarak setelah Iran membuktikan Islam boleh menjadi teras kepada kerajaan moden. Di
bawah ada beberapa faktor kebangkitan Islam era 1980an.

1 Revolusi Islam Iran

Revolusi Islam Iran memberi impak besar kepada dunia Islam terutamanya kepada gerakan Islam.
Revolusi Iran memberi satu fenomena luar biasa pada abad ke-20 dan satu pengalaman baru
kepada sejarah dimana golongan mullah telah membuat pentafsiran baru kaedah bernegara dalam
konteks pemikiran politik moden. Gerakan Islam sedunia telah mendapat inspirasi dan harapan
61
dalam eksperimen negara Islam dalam zaman moden oleh Iran. Iran mengaplikasikan konsep
kepimpinan ulama iaitu wilayat-i-faqih dalam pentadbiran negara.

Gerakan Islam Iran yang dipimpin oleh golongan ulama mula cuba menggugat kerajaan
Iran sejak kurun ke-16 lagi semasa pemerintahan dinasti Safavid di bawah Shah Abas yang
berdepan dengan Mullah Ahmad Ardabli. Pada tahun 1826 iaitu pada zaman Dinasti Qajar, ulama
Iran bangkit menentang Rusia yang menindas rakyat Iran di wilayah yang dijajah oleh Rusia
dalam Perang Rusia-Iran pada tahun sebelumnya. Pada tahun 1829, Mujtahid Mirza Hasan
Dhirazi memprotes tindakan kerajaan memberi monopoli pengeluaran dan pemasaran tembakau
kepada British. Pada tahun 1905 hingga 1911, ulama seperti Sayyed Muhammad Bihbihani dan
Sayyed Muhammad Tatatabai berjuang menempatkan Islam dalam dasar pemerintahan negara
semasa Revolusi Perlembagaan.349

Penentangan terbuka Ayotullah Khomenei bermula pada tahun 1963 dan beliau telah
diusir ke Paris. Suasana tegang di Iran bermula pada 7 Januari 1978 apabila SAVAK telah
menyiarkan kenyataan memburukkan Khomenei. Ulama di Qom telah membuat demontransi
secara aman tetapi ditembak oleh SAVAK sehingga beratus terkorban. Api kemarahan rakyat
mula merebak apabila demonstrasi mula meluas ke Tabriz, Kazarun dan Tehran. Shah Iran telah
mengisytiharkan undang-undang tentera dan melantik panglima tentera, Ghulam Reza Azhari
sebagai Perdana Menteri. Pada 16 Januari 1979, Shah Iran meninggalkan Iran bersama
keluarganya atas alasan kesihatan. Pemerintahan diserahkan kepada Dr. Shahpur Bakhtiar sebagai
Perdana Menteri. Suasana berterusan sehingga Bakhtiar melarikan diri pada 11 Februari 1979
setelah tentera menyokong revolusi. Khomenei pulang dari Paris dan menubuhkan Republik
Islam Iran pada 1 April 1979.350

Kejayaan Iran telah menarik gerakan pelajar terhadap konsep politik Islam sebagai cita-
cita sosial mereka. Oleh sebab itu, PMIUM telah mengorak langkah menceburi pilihan raya
kampus bagi menguasai tampuk kekuasaan PMUM. Pada tahun 1979, PMIUM yang disaluti imej
ABIM telah menaja calon MPP. Redzuan Othman bertanding di Fakulti Sastera dan calon
bercenderung idealis PAS, Yazid Othman bertanding di kawasan umum351 menentang golongan
Nasionalis. Kehadiran golongan pelajar Islam membawa perubahan dalam hala tuju politik
kampus agar lebih Islamis.

2 Pengaruh Islam di Barat.


349
Muhamad Abu Bakar, “Idea Kemajuan Dalam Pemikiran dan Perjuangan Golongan Fundamentalis
Islam” dlm. Islamika II, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1982, hlm. 16.

Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden, Kuala Lumpur: Thinker Librarys, 2000, hlm. 348.
350

M.A. Fawzi Basri, “Senario Kepimpinan Mahasiswa” Kertas Kerja di Kongres Kepimpinan Perdana
351

Kebangsaan, 16-17 November 1986.


62
Menurut Zulkifli Yusof, Presiden PMUM sesi 1985/86, perkembangan Islam di Barat turut
mempengaruhi gerakan pelajar Islam di kampus.352 Pengaruh Islam dibawa pulang oleh graduan
Islam yang belajar di Barat. Graduan Islam ini membawa idea-idea Islam yang ingin menjadikan
Islam sebagai gaya hidup. Mereka yang pulang menyertai sektor profesional dan pendidikan
sehinggakan mewujudkan kelas menengah Melayu yang Islamis.

Negara Malaysia sebagai sebuah negara membangun memerlukan tenaga pakar dalam
mengembleng tenaga-idea bagi menjalankan pembangunan negara. Bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja pakar, kerajaan mengambil keputusan menghantar pelajar ke luar negara bagi
mendalami ilmu-ilmu baru dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Pada tahun 1971
hingga 1973 sebanyak 1962 biasiswa dikeluarkan oleh kerajaan diberikan kepada pelajar untuk
pelbagai lapangan. Selain pemegang biasiswa kerajaan, terdapat 18,000 orang pelajar
persendirian Malaysia di luar negara.353

Pada tahun 1976, sekitar 4000 orang pelajar Malaysia di London dan sebahagian daripada
mereka adalah orang Melayu. Pelajar di perantauan ini telah berkumpul bagi merayakan hari
kebesaran, berforum dan beriadah di suatu tempat yang sama bagi mengeratkan perhubungan
mereka. Kebejatan sosial di Barat menyedarkan mereka bahawa pembangunan material di Barat
telah mengabaikan pembangunan rohaniah. Menurut Ralph Wendell, agama telah kehilangan
pengaruh di Barat. Peratusan mengatakan agama tiada pengaruh meningkat dari 14% pada tahun
1957 kepada 75% pada tahun 1970.354 Kontradiksi sekular ini menyebabkan para pelajar mencari
wahana Islam bagi menjamin akidah dan menghayati Islam sebagai cara hidup mereka.

Wahana Islamis milik masyarakat Melayu di United Kingdom adalah Kesatuan Melayu
United Kingdom(KMUK), Malaysian Islamic Study Group(MISG), Islamic Representive
Council(IRC), Kelab UMNO dan Suara Islam. Golongan pelajar yang menyertai kumpulan Islam
kelihatan berbeda dari segi pertuturan dan pemakaian. MISG muncul pada tahun 1963 yang
menumpukan kepada cita-cita Islamiyah dan objektifnya mengekalkan nilai spiritual dan
menjayakan kehidupan Islam.355 MISG menyuarakan pandangan Islam mereka melalui
penerbitan majalah Reflection dan Qiblat. MISG juga bergabung dengan Federation of Islamic

Temuramah dengan Zulkifli Yusof, 3.4.2003.


352

Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1973, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1973, hlm.
353

222.

Mustaffa kamil Ayub, Gerakan Pelajar-Mahasiswa: Misi dan Visi, Petaling Jaya: Budaya Ilmu, 1991,
354

hlm. 100.

Mohamad Abu Bakar, “Pengaruh Luar dan Pengislaman Dalam Negeri: United Kingdom dan Eire dalam
355

Kebangkitan Semula Islam di Malaysia” dlm. Redzuan Othman(ed.), Jendela Masa, Kuala Lumpur:
Penerbit UM, 2001, hlm. 415.
63
Students Organisation(FOSIS) yang ditubuh pada 1962. FOSIS adalah pertubuhan antarabangsa
bagi pelajar Islam.

MISG mencanang kehidupan berpaksi tauhid, berlandaskan hukum Allah dan aktiviti
Islam yang sebenar.356Idealis MISG mendekati idea Maududi seorang tokoh Islam Pakistan.
Lantaran kawalan FOSIS ke atas MISG, kumpulan serpihan mula muncul iaitu Suara
Islam(Voice of Islam) dan IRC. IRC ditubuhkan pada 1975 dan mempunyai pengaruh kuat di
kalangan pelajar A-Level dan maktab teknik di Liverpool dan Manchester. IRC lebih terpengaruh
dengan idea Ikhwanul Muslimin. Mereka menyalurkan idea mereka melalui buletin yang dikenali
Furqan. IRC menubuh unit kecil bagi mentarbiyah ahlinya dan cuba menerobos pertubuhan lain
dalam kaedah memulakan tranformasi dari dalam.357

Suara Islam ditubuhkan pada tahun 1975 merupakan pertubuhan pelajar paling radikal
dan bersifat politicised. Suara Islam terpengaruh dengan idea Jamaat-i-Islami yang
mementingkan kekuasaan politik358 melalui parti politik Islam.359 Mentor utama Suara Islam
adalah Javed Ansari(ahli Jamaat-i-Islami) yang menjadi pengajar ekonomi. Suara Islam
berkontrontasi secara terbuka dengan penentang idealis Islam mereka. Menurut Chandara
Muzaffar, pelajar dogmatik inilah yang mencorak pemikiran pelajar tempatan di dalam negara.360

Kepulangan pelajar yang terdidik dengan idealis Islam banyak mempengaruhi


persekitaran politik, sosial dan ekonomi negara. Mereka adalah golongan kelas menengah telah
diberi tugas untuk membantu negara. Golongan pelajar ini cuba melakukan Islamisasi dalam
masyarakat. Menurut Siddiq Fadil, Islamisasi mempunyai makna ‘proses merubah sesuatu
supaya lebih Islamik’.361 Kebanyakan pelajar idealis Islam menjadi pensyarah mengajar di
Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah
menerapkan idea mereka di kalangan pelajar tempatan. Pelajar Islam tempatan mula menjadi
pensyarah mereka sebagai mentor dalam aktiviti gerakan pelajar mereka.

3 Pengaruh Parti Islam SeMalaysia(PAS).

Ibid.
356

Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Petaling Jaya: IBS Buku, 1990, hlm. 60.
357

Pengikut Suara Islam seperti Ishak Ali dan Khalid Samad(adik beradik Sharir Samad) cubamenubuhkan
358

Parti Negara Islam tetapi ditolak Pendaftar Pertubuhan. Mereka memasuki PAS dan menubuh kumpulan
muda dalam PAS yang mahukan kepimpinan ulama. Lihat majalah Sarina, Januari 1986, hlm. 11.

Ibid., hlm. 58.


359

Chandra Muzaffar, Kebangkitan Semula Islam di Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1988, hlm. 37.
360

Siddiq Fadil, “Dai-Pembina Akidah Pembangun Ummah” dlm. Siddiq Fadil, Mengangkat Martabat
361

Umat: Koleksi Ucapan Muktamar Senawi Abim, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam, 1989, hlm. 89.
64
Selepas kegagalan gabungan UMNO dengan PAS, golongan Nasionalis-Islamis yang telah
disingkirkan dari tampuk kepimpinan PAS. Kaum muda PAS menjadi indikator dalam usaha
menjatuhkan kepimpinan Dato Asri pada Oktober 1982 dengan slogan PAS di bawah
‘kepimpinan ulama’.362 Kaum muda PAS dipelopori oleh bekas tokoh ABIM dan pimpinan kelab
pelajar Islam di luar negara. Bekas pimpinan ABIM ialah Fadzil Mohd. Nor(Timbalan Presiden
ABIM), Abdul Hadi Awang(Pesuruhjaya ABIM Terengganu), Nakhaie Ahmad(Lajnah
Dakwah)363 manakala pimpinan pelajar luar negara seperti Khalid Samad(Suara Islam)[adik
Shahrir Samad, ahli Parlimen UMNO Johor Bahru] dan Ishak Ali(Suara Islam).

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada bulan Mac 1982 dan kejatuhan Dato
364
Asri dalam PAS pada 23 Oktober 1982 membolehkan kumpulan muda menghakis budaya
nasionalis dalam PAS. Tokoh ideolog seperti Ustaz Abdul Hadi Awang merupakan tokoh yang
banyak berjasa kepada PAS dalam memberikan kefahaman jalinan agama dengan politik365
dimana Islam menolak ‘politik suku, agama suku’.366 Lantaran itu, wujud idea negara Islam yang
Majlis Syura Ulama PAS ditubuhkan bagi bergandingan dengan Dewan Ulama PAS dalam proses
362

memantau dasar-dasar PAS agar berada dalam kawalan syariat. Majlis Syura diketuai oleh Musyidul Aam
PAS(kini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat).

Kemasukan tokoh ABIM ke dalam PAS setelah dinasihat oleh Pak Natsir(tokoh politik Islam Indonesia)
363

agar wadah politik Islam dipertahankan. Lihat Ahmad Lufti Othman, PAS Zaman Anwar: Memo Untuk PM,
Kuala Lumpur: Penerbitan Pemuda, 1993, hlm. 56.

Dato Asri meletakkan jawatan semasa muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato Asri menerima
364

tekanan hebat daripada kaum muda yang pro-Revolusi Iran. Ucapan Dato Asri diganggu dengan laungan
marakbar Asri(Pergi Mampus Asri). Krisis Dato Asri dengan kaum muda yang dipelopori oleh Dewan
Pemuda dan Dewan Ulama dapat dilihat apabila Dewan Pemuda PAS membuat muktamar berasingan di
Bukit Mertajam. Lihat, Asri Mohamad, Memoir Asri: Meniti Arus, Bangi: Penerbit UKM, 1993, hlm. 117.
Sebenarnya penggolakkan dalam PAS berpunca daripada kesilapan Dato Asri sendiri seperti pengguguran
Syed Ibrahim(tokoh ABIM) sebagai Bendahari Agung dan diganti oleh Hasan Muhamad(calon yang pernah
menentang Timbalan Presiden PAS, Zulkifli Mohamad), menggugurkan Nakhaie Ahmad(tokoh ABIM)
sebagai Setiausaha Agung dan diganti oleh Abu Bakar Umar(calon yang tewas dalam perebutan jawatan
parti), pelantikan Pengerusi Tetap Muktamar oleh Jawatankuasa Agung(padahal jawatan tersebut perlu
dilantik oleh perwakilan muktamar) dan kekecohan perasmian Muktamar Dewan Ulama dan Dewan
Muslimat. Bagi keterangan lanjut, sila lihat Kamarul Zaman Yusuf, Perjuangan Penuh Cabaran, Kota
Bharu: Qamar Publishing, 1999, hlm. 89-91.
365
Struktur Islam sebagai sistem religio-politik tidak perlu diragukan. Kerohanian Islam dan keduniaan
bukanlah bidang yang terpisah-pisah. Tindakan manusia ditentukan oleh akal. Latar belakang mental akan
menentukan sifat tindakan manusia. Jika latar belakang mental itu Islam, Islamlah akan memimpin setiap
tindakan manusia. Lihat Muhammad Iqbal, Pembangunan Kembali Alam Pemikiran Islam, (terj.), Kuala
Lumpur: Thinker Library, 1988, hlm. 211.

Abdul Hadi Awang, Amanat Haji Hadi, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS, 2002, hlm. 23. Bagi
366

menyelami pemikiran Tuan Guru Haji Hadi, lihat Abdul Hadi Awang, Islam: Fikrah, Harakah &Daulah,
Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2003. Ketokohan Tuan Guru menjadi bualan akhbar-akhbar tempatan
pada tahun 1980an sehingga popularitinya melebihi populariti Ustaz Yusuf Rawa dan Tuan Guru Nik Aziz
Nik Mat.
65
menjadi sistem Islam sebagai falsafah dan gagasan dalam kehidupan.367 Perkembangan kaum
muda PAS yang menghiasi akhbar, majalah-majalah dan kaset ceramah pada tahun 1980an
membawa pengaruh besar dalam perjuangan pelajar Islam bagi mengembalikan Islam sebagai
cara hidup di kampus terutamanya selepas Anwar Ibrahim terjun ke dalam UMNO.

3.0 PENGUASAAN PELAJAR ISLAM DALAM POLITIK KAMPUS PADA AWAL


1980AN [KES DI UM].

Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada masyarakat sekular terhadap
kebangkitan semula Islam. Gerakan pelajar Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang
menakutkan kerana ia cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa universiti
dan pelajar sendiri. Kerajaan sendiri mengkritik kegiatan dakwah di kalangan pelajar yang dilihat berlaku
ketidakfahaman para pendakwah terhadap kemurnian Islam itu sendiri.368 Kezahiran Islam dalam cara
hidup pelajar seperti berpurdah melahirkan kegelisahan kepada pihak pentadbir. Di Universiti Teknologi
Malaysia, Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah.369 Bahkan pelajar Universiti
Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat
Utusan Malaysia, 24.6.1986.] Namun, gerakan pelajar Islam terus subur dan cuba membentuk kuasa politik
di kampus.

Peningkatan kesedaran Islam pada tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai
wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu
kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis. PMIUM pada
ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu
termasuk isu bahasa dan kemiskinan. Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya
mengikis semangat nasinalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif
Islam.370 Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang
tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta langkah amali yang konkrit secara

367
Syed Qutb & Abul Ala’ al Maududi, Manhaj Hidup Muslim,Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2001, hlm.
176. Berkaitan konsep negara Islam, lihat juga, Yusuf Qardhawi, Fiqh Daulah, Bangi: Maktabah al
Qardhawi, 1998., dan Dokumen Negara Islam PAS, Bangi: PAS, 2003. Sunnah politik Islam pernah
diregenerasi oleh golongan Islah iaitu pembinaan negara Islam Madinah selepas tahun 622 M. Golongan
Islah menggunakan akhbar al Imanyang menyebarkan idea politik Islam. Lihat Abdul Aziz Mat Ton,
Politik al Iman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 300.

Utusan Malaysia, 13.4.1979.


368

Utusan Malaysia, 5.6.1979. Pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan
369

pemakaian purdah. Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.

Mohd. Nasir M. Nawi, Persatuan Mahasiswa Islam di Universiti Tempatan, (B.A), Jabatan Usululludin
370

Universiti Malaya, 1991/92, hlm. 145.


66
bersungguh-sungguh.371 Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di
Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria.372

Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan
dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab
itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi
1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan.373 Keadaan ini mendorong
PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih
progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk
memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada
tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat
ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan
Naharuddin Abdullah. Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah berjaya memenangi kerusi.

Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal memperolehi
majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman
bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan
Mahasiswa.374 Pilihan raya sesi 1979 telah menelurkan budaya berparti dalam politik kampus.
Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri375{kini, S.U. MB
Kelantan]sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di
KL] sebagai Naib Presiden. Kerajaan pelajar Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti
jamuan arak dan budaya makan malam tahunan yang dihiasi program mungkar. Aktiviti persatuan
perlu terbatas kepada aktiviti tidak bercorak ‘yahudi’.376 Penubuhan kerajaan pelajar Islam yang
pertama ditentang hebat oleh proksi Nasionalis.377 Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk
kabinet PMUM yang mantap kerana Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21
Siddiq Fadil, Mengangkat Martabat Umat: Koleksi Ucapan Muktamar Senawi Abim, hlm. 102.
371

Penolakkan tehadap kebejatan moral terkandung dalam Memorandum Peraturan Moral, dlm. Fail PMI
372

73/74, Surat PMIUM bertarikh 4.8.1974.

PMIUM disingkirkan kerana bantahan terhadap acara Pesta Ria 1977. Antara acara Pestaria tersebut
373

adalah pertandingan Ratu Pesta dan konsert rock. Lihat, Laporan Tahunan PMIUM 1976/1977, hlm. 44.
Keterangan lebih lanjut tentang sejarah perjuangan PMIUM pada era 1970an, lihat Hasnah Ibrahim,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya: Satu Kajian Tentang Sejarah dan Perkembangan, Latihan
Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1978/79.

M.A. Fawzi Basri, “Senario Kepimpinan Mahasiswa” Kertas Kerja di Kongres Kepimpinan Perdana
374

Kebangsaan, 16-17 November 1986.

Mantan Pegawai Kementerian Kewangan, kini Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
375

Megat Dewa UKM, ‘Siswa Dakwah Mau Kuasai Kampus’, Utusan Malaysia, 6.5.1979. Lihat juga,
376

Abdullah Tahir, “Gerakan Dakwah di Kampus”, Mastika, September 1986, hlm. 16. , Noor Hanizam,
“Gerakan Islam di Kampus”, Mingguan Era, 1 Jun 1985.

Sesi 1979/80 merupakan sesi pertama program Taaruf diperkenalkan. Pada 5 Jun 1980, seramai 500
377

menghadiri Taaruf PMIUM. Ustaz Siddiq Fadil dituduh menghasut para pelajar. Lihat, Budiman, 1.7.1980.
67
kerusi.378 Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntuk tiga kerusi untuk orang bukan
Melayu tetapi tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan menyebabkan Gabungan
Mahasiswa menang mudah.379

Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet tetapi Ketua Gabungan
Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya. Kelompok Islamis
mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar korum 2/3 tidak mencukupi untuk
mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan tindakan 10 anggota Barisan tidak demokrat. 380
Barisan mencabar Gabungan agar meletak jawatan supaya pilihan raya dapat diadakan semula.
Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP Yunus Nawal dan Puan Chua campurtangan.
Akhirnya, Gabungan bersetuju bekerjasama walaupun cuba dihalang oleh ketuanya. Barisan
kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri Haron(Presiden), Yazid Othman(Timbalan), Redzuan
Othman381 (Setiausaha Agung), Zaidan Ali(Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya
Husin, Mohd Nor Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng
Huck Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.382

Menurut Yusuf Abdul Rahman, Barisan adalah golongan radikal dan perkauman.383
Gabungan berjuang berdasarkan untuk perpaduan dan kebajikan pelajar. Gabungan menawarkan
dasar kompromi dimana jika pihak menjawat jawatan presiden tidak boleh memegang jawatan
setiausaha agung tetapi Barisan membolot kesemua jawatan utama. PMUM tidak berfungsi
dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang dengan Yusuf di Dataran Ekonomi.
Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul
Rahman untuk menarik balik sokongan terhadap Gabungan, beliau bersetuju berbincang.384 Krisis
PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung meletakkan jawatan385
iaitu Anual Bakri [S.U. Menteri Besar Kelantan], Yazid Othman dan Redzuan Othman [kini
pensyarah Jabatan Sejarah UM, bekas Naib Presiden ABIM]. Kebuntuan kepimpinan PMUM
sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap
Sebenarnya jumlah kerusi yang menangi oleh Barisan dan Gabungan adalah sama banyak iaitu 10 kerusi.
378

Satu kerusi lain dimenangi oleh calon neutral. Pada peringkat awal, calon neutral berada bersama
Gabungan tetapi beralih pula menyokong Barisan sehingga Barisan berjaya membentuk kabinet. Perkara ini
disahkan oleh Dr. Redzuan Othman pada 9.2.2004.

Watan, 3.8.1979.
379

Watan, 24.8.1979.
380

Mantan Naib Presiden ABIM sesi 2002, Setiausaha Agung PKPIM sesi 1979/80, kini Timbalan Dekan
381

Fakulti Sastera, Universiti Malaya.

Watan, 10.8.1979.
382

Walau bagaimanapun Barisan menafikan mereka bersifat radikal. Lihat kenyataan Anual Bakri dalam
383

Budiman, 15.9.1979.

Watan, 21.9.1979.
384

Watan, 5.10. 1979.


385

68
Ching Kiat(Timbalan), Rosli Ahmad(Setiausaha Agung), Zaidin Ali(Bendahari) dan Redzuan
Othman(Penolong Setiausaha Agung).386 Tekanan HEP dan masalah pemilihan personaliti
menyebabkan golongan Islamis tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980
kepada golongan Nasionalis.387

Selain itu, kemenangan Gabungan disebabkan kegagalan Barisan menangani kes


kepincangan perasmian TIG(aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa di Sabah dan kegagalan
program ke Indonesia.388 Calon ternama golongan pelajar Islam yang tewas adalah Zaidan Ali,
Yazid Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul Rahman
dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai Naib Presiden. 389
Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya wajar ditelusuri
daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan
Malaysia. Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik ‘Regim
KAMI’390 di kampus-kampus universiti tempatan. Kekalahan kumpulan Islamis yang disifatkan
sebagai pelampau agama di UKM disebar secara meluas di muka utama akhbar tersebut. 391
Secara terancang, isu perjudian semasa Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan
sempitnya pemikiran pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman.392 Tekanan psikologi
menyebabkan pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.393

Budiman, 21.9.1979.
386

387
Watan 1.8.1980. Pilihan raya kampus pada tahun 1980 di Malaysia disifatkan kotor kerana akhbar
tempatan secara jelas berkempen untuk golongan Nasionalis. Akhbar Utusan Malaysia menuduh kumpulan
Islamis sebagai pelampau agama dan kolot yang menanggotai kumpulan Regim KAMI. Lihat Utusan
Malaysia, 8.7.1980. UKM telah dituduh pusat gerakan ‘Regim KAMI’yang bermatlamat mengislamkan
mahasiswa secara paksaan. PMUKM telah menafikan kenyataan akhbar tersebut. Lihat, Utusan Malaysia,
9.7.1980. Kesan kempen kotor akhbar Utusan Malaysia terhadap kumpulan Islamis, golongan Nasionalis
berjaya memenangi pilihan raya kampus di UKM. Lihat Utusan Malaysia, 12.7.1980.

Budiman, 1.8.1980. Walau bagaimanapun, Barisan masih berjaya melakukan program Baktisiswa di Batu
388

Rakit, Terengganu yang disertai oleh semua kaum(pelajar). Pengarah projek ialah Redzuan Othman. Lihat,
Budiman, 15.3.1980., hlm. 6.

Budiman, 1.8.1980.
389

Kumpulan pelampau agama.


390

Utusan Malaysia, 12.7.1980.


391

Bekas Siswa, “Politik Pondok di Universiti Malaya” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980. Penulis
392

berpendapat pemaparan warkah ini dilakukan secara terancang disamping kempen di dada utama akhbar.
Kekalahan kumpulan Islamis di UKM dan UPM diulas secara detail(dengan memaparkan kelemahan
pimpinan PMUM) sebelum pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Lihat, Nasrul Elias Mohd. Ali,
“Mahasiswa Menolak Golongan Pelampau” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980.

Utusan Malaysia, 19.7.1980. Utusan Malaysia menggunakan muka utama akhbar tersebut berkempen
393

untuk Gabungan Mahasiswa(proksi Nasionalis). Lihat, Utusan Malaysia, 16.7.1980.


69
Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981,394 Islamic Group yang
dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP. Kumpulan Islam dikenali
sebagai ‘Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif’ berjaya memenangi pilihan raya kampus395
dan Ahmad Shabery Cheek396 dilantik sebagai Presiden PMUM.397 Kemenangan ini meningkat
imej kumpulan Islamis yang tercalar pada pilhan raya sesi yang lepas.

Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak berterusan
kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana masih terdapat unsur judi
dalam Pesta Ria sesi tersebut.398 Kemantapan PMIUM membolehkan calon-calon mereka
menguasai pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada
pelajar Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di seluruh negara.
PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN)399 yang
menyelaras aktiviti pelajar Islam di bawah pimpinan Zulkifli Yusof400 (Presiden PMUM).401

4.0 MENGIMBAU SEJARAH: KRISIS GERAKAN PELAJAR ISLAM 1980an di UM

Anwar Ibrahim banyak mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup kepimpinan pelajar sehingga
beliau menjadi idola di kalangan pelajar termasuklah penampilan berpakaian beliau. Kemasukan
tokoh ABIM ini ke dalam UMNO pada tahun 1982 telah mengoncang institusi gerakan pelajar
Islam kerana menongkah arus perjuangan Islamis yang lebih menghampiri perjuangan PAS.
Ketokohan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pelapis bagi mengantikan tugas Dato Asri sebagai
presiden.402

Budiman, 15.7. 1981


394

Mohd. Razif Ahmad, “Pilihanraya MPP:Satu Pandangan”, Budiman, 1.9.1981.


395

Beliau mendapat undi terbanyak kawasan kampus iaitu 3662 daripada 5400 orang pelajar. Lihat
396

Budiman, 15.9.1981. Shabery pernah menjadi Ketua Penerangan Parti Semangat 46.

Budiman, 15.8.1981.
397

Budiman, 1.9.1983. Pilihan raya diadakan pada 24 Oktober 1983.


398

BBMN merupakan suatu forum pelajar bukan pertubuhan berdaftar. Kerajaan tidak mengiktiraf BBMN.
399

Lihat, Utusan Malaysia, 26.6.1986.

Kini Ketua Jabatan Al Quran dan Hadis, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya.
400

Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru,
401

1995, hlm. 73.

Subky Latif, Siapa Ganti Asri?, Kuala Lumpur: Penerbitan PENA, 1977, hlm. 162. Anwar menafikan
402

beliau akan aktif dalam PAS. Lihat Utusan Malaysia, 18.4.1981. Setelah meletakan jawatan sebagai
Presiden ABIM, Anwar sekali lagi menafikan keinginan beliau untuk bergerak dalam politik. Lihat, Utusan
Malaysia, 16.7.1981.
70
Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menelurkan kecelaruan pemikiran di
kalangan penggerak gerakan pelajar Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi
1983/84 terpaksa ditangguh.403 Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh
Mohamad Hussein dari proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro
Anwar.404 Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim mencadangkan Takiyuddin Hasan
sebagai presiden dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju
melantik Mohamad Hussein405 sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan. Kekecohan
berlaku apabila Takiyuddin menarik diri406 dalam muktamar dengan memberi laluan kepada
Mohd Taib Ahmad.407 Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri daripada
Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan [exco Kerajaan Kelantan], Syed Putra Syed
Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi (bekas Presiden PBMUM, sekarang Dr., orang
kuat UMNO Johor) dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan
kumpulan pro PAS. Mereka dikenali Kerinchi 6. Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM
membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro
Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIM-PKPIM di kampus Universiti Malaya
dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan pelajar Islam yang baru.

PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi mengarahkan matlamat


perjuangan di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang semakin
kelesuan. Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan kehadiran Saifudin
Abdullah sebagai Presiden PBMUM.408[ mantan EXCO PMIUM sesi 1981/82 yang pro
ABIM-PKPIM, kini ketua Akademi Belia Malaysia] Pertembungan golongan Islamis pro
PAS dengan golongan Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan
Nasionalis(pro kerajaan dan universiti)409 telah merancak kembali suasana politik kampus.
Golongan PKPIM-ABIM dan IRC bergabung tenaga membentuk BMB mula bertempur dengan
Menurut Zuhdi Marzuki, Timbalan Presiden PMIUM sesi 1990/91, perpecahan dua kumpulan dalam
403

muktamar itu menyebabkan kaum muslimat menangis. Penyataan beliau di Syarahan Umum PMIUM
sempena Muktamar PMIUM sesi 2002/2003. Muktamar PMIUM ke 25 itu diadakan di Dewan Kuliah A,
fakulti Ekonomi dan dipengerusi oleh Azmi Ali.

Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru,
404

1995, hlm. 68.

Beliau adalah Presiden Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAIPUM) diharap
405

membawa imej kepimpinan ulama berbanding Takiyuddin Hasan daripada fakulti Undang-Undang.

Kumpulan pro Pas terdiri Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan
406

Fuad Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro PAS.

Beliau daripada Akademik Pengajian Islam boleh dianggap membantu Muhamad Hussein mewujudkan
407

kepimpinan ulama.

Berita Harian, 11.8.1983. Beliau adalah mantan EXCO PMIUM sesi 1981/82 yang pro ABIM-PKPIM.
408

Menurut Zuhdi Marzuki, era 1980an menjadi indikator pertembungan antara sesama proksi Islamis
409

bukannya proksi Nasionalis dengan Islamis. Golongan Islamis yang pro kerajaan(ABIM-PKPIM) telah
membentuk Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) bagi menentang PMIUM. Temuramah Zuhdi Marzuki,
15.1.2004.
71
NADI-Kelab PENA-PMIUM. Disinilah muncul pemimpin seperti Shamsuddin Moner yang licik
bermain politik.

Kehangatan politik kampus boleh dilihat selepas tahun 1986 iaitu 1989 dan 1990 tetapi di luar
lingkaran kajian penulis(era kajian penulis adalah dari tahun 1970 hingga 1985).

5.0 ISU DAN PEDEKATAN:

MAHASISWA PROGRESIF AWAL 1980AN: PENERUS TRADISI MENGGUGAT(KES


DI UM)

Pendekatan dan isu yang ditangani oleh Mahasiswa Progresif era 1980an berbeda dengan
Mahasiswa era 1970an. Mahasiswa progresif beraliran Islam tidak lagi menumpukan isu bahasa
dan kemiskinan seperti yang disarankan oleh pelajar Nasionalis dan Sosialis tetapi isu yang
ditangani lebih banyak bersifat pro Islam atau proses pemurnian Islam di kampus seperti isu anti
Amerika, anti Israel dan anti konsert. Di bawah terdapat beberapa isu dan pendekatan yang
digunakan oleh Mahasiswa Progresif dalam menangani masalah mereka di UM. Tindakan
mereka ini dilihat sebagai penerus tradisi menggugat dan tradisi mencabar di kampus UM.

1 Isu Pestaria Kebajikan

Pestaria Kebajikan dibuat sempena majlis konvoksyen universiti. Kelaziman pestaria mempunyai
program bercorak maksiat termasuk judi, konsert, arak dan ratu cantik. Lantaran itu, kelompok
Islamis selalu menentang program yang bertentangan dengan Islam sehingga mencetuskan
konflik dengan penguasa universiti. Pestaria paling bersih daripada maksiat dalam era 1980an
hanya mampu dilakukan pada tahun 1986 sahaja di bawah pimpinan kelompok Islamis. Pestaria
1980 dijalan pada 19 Jun hingga 22 Jun dan disertai makan malam amal pada 23 Jun 1980.
Pestaria ini bertujuan bagi mengutip derma untuk rumah-rumah kebajikan.

Permasalahan pestaria 1980 berlaku kerana pestaria itu belum mendapat kelulusan
daripada MPP tetapi pihak tertentu(Gabungan yang disokong oleh HEP) cuba membuat seperti
pestaria sudah diluluskan. Bagi meluluskan program itu sekurang-kurang 14 undi diperlukan.
Pihak HEP dan Gabungan bekerjasama menjalankan pestaria dengan meminggirkan suara ahli
MPP termasuk Presidennya, Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL].
Menurut Yazid Othman, beliau kecewa Gabungan dan HEP menggunakan nama Ungku Aziz
72
untuk majlis makan malam amal yang diadakan pada 23 Jun 1980 dan nama Sultanah Kedah410
sebagai penaung pestaria itu dengan memasukkan acara judi. Beliau tidak kisah Gabungan ingin
melaksanakan program tersebut dengan syarat bersungguh-sungguh mencegah acara judi.411

Pihak Barisan PMUM bertindak tegas cuba menghapuskan judi sebagaimana termaktub
dalam AUKU 1971: Akta 30, Bahagian 1, Perkara 15. Cubaan ini menghadapi cabaran yang hebat
dimana banyak pihak seperti Gabungan, HEP dan akhbar tempatan412 mengecam kewibawaan
kerajaan pelajar Islam. Pihak Barisan PMUM telah mengarahkan gerai permainan berunsur
judi413 milik PMUM414 dihentikan pada hari Khamis. Mesyuarat tergempar dilangsungkan pada
pukul 1.30 pagi tetapi Barisan PMUM gagal menghalang unsur perjudian apabila TNC, Zainal
Kling menggunakan kuasa mutlaknya415 dengan membenarkan amalan tersebut.416 Bagi mereka,
usaha pihak Barisan PMUM sebagai satu kegagalan dan tidak menarik keuntungan seperti tahun-
tahun lalu.417

PMUM memperjuangkan moral dan etika yang sihat dengan kepatuhan prinsip-prinsip
Islam bukannya keuntungan semata-mata. Natijahnya, Yazid Othman dibicarakan di mahkamah
Universiti Malaya pada 19 Julai 1980 atas tuduhan menuduh HEP mencemari nama Sultanah
Kedah dan membuat kenyataan keras terhadap Musa Hitam tentang pengharaman penceramah
bukan anggota kerajaan di kampus.418 Mahkamah universiti telah mendenda Yazid Othman
sebanyak $75 ringgit melalui surat bertarikh 18 Ogos 1980 walaupun ramai pelajar beranggapan
Yazid akan digantung atau dibuang.419
Tuanku Bahiyah Tunku Abdul Rahman merasmikan Pesta Ria Kebajikan Konvensyen 1980 pada 19 Jun
410

1980. Lihat, Utusan Malaysia, 20.6.1980.


411
Watan, 20.6.1980.
412
Utusan Malaysia, 26.6.1980.

Permainan berunsur judi seperti lontar gelang dan anak panah diinterprestasi sebagai judi oleh Barisan
413

Mahasiswa. Persepsi Barisan Mahasiswa disifatkan sebagai tidak liberal dan kolot. Lihat, Bekas Siswa,
“Politik Pondok di Universiti Malaya” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980.
414
PMUM memiliki 40 gerai permainan berunsurkan judi dan 17 gerai lagi pemilik penyewa luar.

NC dengan nasihat Majlis Fatwa yang diketuai oleh Ahmad Ibrahim mengarah TNC menutup tapak
415

perjudian tetapi TNC meneruskan tapak perjudian pada 15 Jun 1980 melalui Seksyen 16(c) AUKU atas
nama kebajikan.

Utusan Malaysia, 25.6.1981. Sebenarnya, Pestaria boleh memperolehi keuntungan tanpa judi. Perkara ini
416

dibuktikan oleh kumpulan Islamis pada Pestaria 1981/82. Di bawah kepimpinan Ahmad Shabery Cheek,
Pestaria tahun itu memperolehi keuntungan sebanyak $30,000. Lihat, Suara Siswa, terbitan PMUM,
Oktober 1984.
417
M. Ayub Yusuf, “Ke mana MPP Membawa Kita”, Budiman, 1.10.1980.
418
Utusan Malaysia, 11.7.1980.
419
Watan, 29.8.1980.
73
Dalam Pestaria 1983 pula tercetus kontroversi apabila pihak universiti membuat
perjanjian dengan Anita Sarawak tanpa pengetahuan PMUM. PMUM bertindak memulau Pestaria
1983 kerana bertentangan dengan moral. PBMUM, PKPIM, ABIM dan Persatuan Mahasiswa
Pahang menyokong pendirian PMUM. Presiden PBMUM, Saifuddin Abdullah 420 mengecam TNC
Mohd Yunus Mohd Nor kerana membelakangi PMUM dan program itu menjuruskan mahasiswa
ke arah maksiat.421 Pada tahun 1985 pula, PMUM(dikuasai oleh Nasionalis) mengadakan konsert
Sudirman bagi mengisi Tabung Mangsa Kebuluran di Afrika.422 PMIUM di bawah pimpinan
Misbahul Munir423[ kini, Naib Ketua Pemuda PAS] menentang konsert ini kerana Islam tidak
membenarkan matlamat menghalalkan cara. Namun, Naib Canselor meneruskan program ini.
Secara jelas, program maksiat dalam Pestaria seperti konsert dan judi tidak dapat dihapuskan
kerana HEP membentengi program maksiat tersebut.

2 Demonstrasi Anti Israel

Serangan Israel ke atas Lebanon Selatan dilakukan pada 5 Jun 1982 apabila sebanyak 200 buah 424
kereta kebal dan 90,000 ribu askar mengempur kedudukan pejuang Pertubuhan Pembebasan
Palestin(PLO). Matlamat Israel adalah menghancurkan infrastruktur PLO yang terdapat di
Lebanon Selatan425 tetapi tentera Israel terus mara ke Beirut Selatan dan Timur dimana mereka
dan tentera Kristian Falangis yang dipimpin oleh Pierre Gemayer mengepung Beirut. Israel
bersetuju mengadakan gencatan senjata pada pada 11 Jun 1982426 tetapi mencabul perjanjian
ini.427 Tindakan ganas Israel mendapat kutukan dari negara-negara di dunia termasuk Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),428 Liga Muslim Sedunia429 dan Malaysia430 sendiri.
Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia dan sekarang Pengerusi Akedemik Belia Malaysia.
420

Berita Harian, 11.8.1983.


421

Budiman, 1.9.1985. Setiusaha Agong PMIUM, Mohd. Saad Hashim membuat bantahan pada 1.8.1985.
422

Sekarang Naib Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.


423

Utusan Malaysia, 6.6.1982. Alasan Israel menyerang Lebanon ialah cubaan bunuh terhadap duta Israel
424

di London oleh pejuang Palestin. Lihat, Alijah Garden, Rakyat Palestin Bersuara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 287.

Tentera Israel berjaya menawan Lebanon Selatan pada 6 Jun 1982. Lihat, Utusan Malaysia, 7.6.1982.
425

Utusan Malaysia, 12.6.1982.


426

Utusan Malaysia, 13.6.1982.


427

PBB menuntut Israel berundur dari Lebanon. Lihat, Utusan Malaysia, 8.6.1982.
428

Setiusaha Agung pertubuhan ini, Sheikh Mohamad al Harkan mengecam Israel cuba memecah belah
429

negara Lebanon. Lihat, Utusan Malaysia, 9.6.1982.

Pemangku Perdana Menteri, Musa Hitam mengutuk serangan Israel. Lihat, Utusan Malaysia, 8.6.1982.
430

Sebenarnya, kerajaan Tanah Melayu pernah ‘mengiktiraf’ Israel. Pada 1 Disember 1960, Zulkifli
74
Tindakan Israel membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar.
PMUM, PMUKM,431 PMUPM432 dan ABIM(pertubuhan belia) melontarkan kemarahan di medan
demonstrasi. PMUM mengorak langkah pertama mengadakan demonstrasi di depan Bangunan
AIA, Jalan Ampang selepas solat Jumaat pada 2 Julai 1982.433 Presiden PMUM, Ahmad
Shabery Cheek [kini, ahli parlimem Kemaman, UMNO] mendesak agar Amerika
memberhentikan bantuan senjata kepada Israel. Seramai 1000 orang pelajar ini melaungkan takbir
dan sologan anti Amerika seperti ‘Reagen! Keluar Amerika’. Bagi mengurangkan bebanan
pelarian-pelarian mangsa perang, PMUM juga mengadakan Tabung Perpaduan Rakyat Palestin.434

3 Menegak Hak Asasi Pelajar.

Pelajar cuba menegak hak mereka sebagai warga universiti yang dewasa dan matang. PMUM
sebagai badan induk pelajar mahu hak asasi di universiti dipelihara. Oleh sebab itu, PMUM
mendesak agar kerajaan mengisytiharkan 10 Disember sebagai hari hak asasi selaras
pengistiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di peringkat antarabangsa.435Perjuangan hak
asasi manusia membawa satu peringkat baru di kalangan pelajar. Mereka lebih prihatin dengan
permasalahan semasa dan bercorak global. Sejajar perjuangan hak asasi kemanusiaan, PMUM
mendesak agar perundangan yang menyekat hak asasi seperti AUKU, Akta Polis dan ISA dikaji
semula. Ramachelvam sebagai Pemangku Setiausaha Agung PMUM mengatakan pelajar
dibelenggu oleh AUKU yang mengongkong pemikiran pelajar.436

PMUM sesi 1981/82 mendesak AUKU pindaan 1975 dirujuk bahagian III perkara 15 dan
16 dimansuhkan. Segala kemudahan dan hak asasi PMUM sebelum akta dikembali semula seperti
perkhidmatan Bas, bangunan Baktisiswa dan hak kewangan sendiri. 437 Hak untuk berforum juga

Mohamad(Naib Presiden PAS) mengusulkan kerajaan Tanah Melayu menarik balik ‘pengiktirafan’ terhadap
Israel. Lihat Ramlah Adam, Burhanuddin al Helmy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm.
173.

ABIM dan PMUKM mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan AIA. Seramai 500 orang pelajar
431

merempuh bangunan itu tetapi dihalang oleh polis. Rombongan pemimpin ABIM dan PMUKM termasuk
Siddiq Fadil dan Kamaruddin Mohd. Nor dihalang masuk. Lihat, Utusan Malaysia, 7.7.1982.

Presiden PMUPM, Ishak Abas dan Kamaruddin Mohd. Nor(ABIM) mengadakan perarakan aman dari
432

Kolej Kedua UPM ke Dewan Besar UPM. Lihat, Utusan Malaysia, 10.7.1982.

Utusan Malaysia, 3.7.1982.


433

Watan, 6.7.1982.
434

Watan, 11.12.1981.
435

Watan, 11.12.1981.
436

Rujuk Fasal B, Perkara B.1 dan B.2, Memorandum Khas PMUM 1981/1982.
437

75
terhad. Walaupun PMUM pernah menganjur debat isu semasa bertajuk ‘Politik Malaysia: ke arah
mana?’ tetapi pengawalan HEP masih ketat. Buktinya apabila PMUM mahu mengadakan
Kongres Mahasiswa peringkat nasional, HEP telah menolak permintaan PMUM tanpa sebarang
alasan walaupun Kementerian Pendidikan sendiri tidak menghalang. Pihak HEP bersetuju jika
Naib Canselor bersetuju mengdakan kongres tersebut.438 Perkara ini menunjuk kedangkalan HEP
kerana program yang diadakan di Universti Malaya harus mendapat kebenaran pentadbiran
Universiti Malaya bukannya Naib Canselor universiti lain.

Kes pencabulan hak asasi pelajar yang cuba penulis paparkan ialah kes Yazid Othman,439
mantan Presiden PMUM sesi 1979/80 yang membuat 2 saman untuk TNC Zainal Kling kerana
menganggu tugas-tugas PMUM.440 Saman susulan dilakukan oleh exco kanan PMUM 1979/80,
Muhamad Nur Anuar yang menegaskan HEP menekan dan mengongkong pelajar.441 Selain isu
judi dalam Pestaria 1980, TNC didakwa menekan penerbitan majalah Varsiti walaupun telah
diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan dilulus sendiri oleh HEP. Penahanan majalah
Varsiti 1980 belaku semasa hampir pilihan raya kampus.442

Kes kedua, pada 16 Mac 1985, pelajar Universiti Malaya berkumpul di depan DTC
membantah pencabulan hak asasi pelajar dan kebebasan akademik. Perhimpunan ini dilakukan
bagi mendesak pihak pentadbir varsiti agar menarik balik tuduhan terhadap rakan-rakan mereka.
Seramai 14 orang pelajar termasuk seorang siswi yang terdiri daripada pelajar tahun akhir
dibicarakan kerana menonton video berbau politik bersama 50 pelajar yang lain di Kolej
Pertama.443 Video itu memaparkan pengebumian Osman Taib yang terbunuh ekoran pengaduhan
di Lubuk Tapah semasa pilihan raya kecil Padang Terap. 444 Tontonan itu dikatakan menganggu
keselamatan dan kesentosaan varsiti. Mantan Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan mengatakan ia
merupakan satu pencabulan pihak pentadbir pro UMNO kerana didalangi oleh Senator Ghani
Osman dan Puan Jamilah(bekas pengetua dan pengetua kolej) yang terkenal pro UMNO.445

Lampiran, Majalah Varsity, 1981/82.


438

Sekarang Presiden Kelab Wartawan Melayu Semenanjung.


439

Watan, 14.4.1981.
440

Lihat tuntutan pelajar dalam Memorandum Forum dan Bengkel Undang-Undang 1981.
441

Nur Muhamad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyah Dalam Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka
442

Ikhwan, 1986, hlm. 39.

Harian Nasional, 17.3.1985.


443

Menurut Mahathir Mohamad, pembunuhan itu disebabkan haoligen PAS manakala PAS menuduh ia
444

dilakukan oleh Pemuda Tahan Lasak UMNO. Lihat Dewan Masyarakat, Februari 1985.

Pasangan ini adalah suami-isteri. Ghani Osman aktif dalam UMNO. Ketika itu juga Yuganus Yunus
445

Presiden PMUM mengadakan rundingan dengan pengendali mahkamah varsiti bagi meredakan keadaan.
Lihat, Harian Nasional, 17.3.1985.
76
Isu penginapan pelajar antara isu hangat pada tahun 1986. Penginapan tidak mencukupi
dan kemudahan di kolej pada tahap minima menyebabkan pelajar memprotes pihak pentadbiran.
Isu penginapan pelajar tercetus semasa kempen pilihan raya umum tahun 1986. Seramai 400
orang pelajar berdemonstrasi secara aman di Kolej Seksyen 17 apabila kemudahan asas seperti air
tidak mencukupi.446 Pada 7 Julai 1986, seramai 600 orang pelajar berdemonstrasi mendesak
pentadbiran memyediakan lebih banyak tempat penginapan447 tetapi Ungku Aziz telah membuat
polemik baru dengan menuduh PAS mendalangi demonstrasi itu.448 PAS membidas pentadbiran
Universiti Malaya yang cuba mengalihkan kelemahan mereka dalam pentadbiran kepada
pengaruh PAS dalam demonstrasi. Nakhaie Ahmad449[dulu PAS, kini UMNO] menafikan
keterlibatan PAS dalam mempengaruhi pelajar.450

Isu pemakaian purdah merupakan isu yang sensitif bagi gerakan pelajar Islam yang
mendokongi idea kesyumulan Islam. Penguasa Universiti Malaya telah mewajibkan larangan
pemakaian purdah semasa kuliah, tutorial, makmal dan perpustakaan.451 Isu pemakaian purdah
memuncak apabila pihak pentadbir UTM memecat Setiausaha Agung PMUTM, Ahmad Lufti
Othman [kini, penulis politik] pada 2 Jun 1986 apabila mempertahankan pemakaian purdah di
kampus UTM.452 Satu demonstrasi diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemecatan Lufti
yang disertai ahli gabungan BBMN.453 PMUM dan PMUTM cuba mendapat bantuan guaman
untuk membela Lufti. Timbalan Presiden PMUM, Che Johan Che Pa menyatakan PMUM akan
menyediakan bantuan kewangan untuk menyeret pihak pentadbiran UTM ke mahkamah.454

4 Kecaman Gerakan Pelajar Terhadap Kerajaan.

Utusan Malaysia, 7.7.1986.


446

Ungku Aziz berjanji mendapat duit sebanyak $2 juta bagi membeli blok 10 PKNS di jalan Pantai. Lihat
447

Utusan Malaysia, 8.7.1986. PKNS dan MARA sedia membantu pihak universiti. Lihat, Utusan Malaysia,
9.7.1986.

Ungku Aziz mendakwa pelajar mengibar bendera PAS dan Zaman Khan(Penguasa Polis) telah memberi
448

amaran agar pelajar memberhentikan demonstrasi. Lihat Utusan Malaysia, 11.7.1986.

Mantan Naib Presiden PAS dan mantan pensyarah ITM. Kini Ulama UMNO dan Pengerusi YADIM.
449

Lihat, Utusan Malaysia, 12.7.1986 dan 17.7.1986.


450

Utusan Malaysia, 24.6.1986.


451

Watan, 15.7.1986.
452

Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus Di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru,
453

1995, hlm. 67-90.


454
Watan, 15.7.1986. Isu pemakaian purdah cuba digelapkan oleh media massa arus perdana supaya tidak
menjatuhkan reputasi kerajaan kerana isu ini timbul semasa kehangatan pilihan raya 1986. Bagi keterangan
lebih lanjut lihat Samim Ongki, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya: Satu Kajian Tentang
Dominasi ke atas Kegiatan Mahasiswa Di Universiti Malaya Dalam Era 1980an, Latihan Ilmiah, Jabatan
Sejarah Universiti Malaya, 1989/90.
77
Gerakan pelajar di Universiti Malaya banyak membuat kenyataan mengecam penguasa (kerajaan)
terutamanya keceluparan para menteri semasa mengulas sesuatu isu. PBMUM telah mengecam
kenyataan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Suhaimi Kamaruddin [ketua
Pemuda UMNO] di Parlimen pada 14 Oktober 1982 yang bersifat menghina hukum Allah.
Suhaimi menyebut;

‘Perundangan Islam di negara ini dilaksanakan mengikut sunnah nabi

mengambil kira kedudukan penganut Islam dan kemanusiaan’455

Setiausaha Agung PBMUM, Husam Musa456 [kini, exco Kerajaan Kelantan] membidas kenyataan
ini dengan menyifatkan alasan ekonomi dan siasah(politik Malaysia bersifat plural) bukanlah
alasan untuk menidakkan hukum Allah.457 PBMUM mendesak agar Majlis Fatwa mengambilkan
tindakan terhadap Suhaimi. Selain kenyataan Suhaimi, kenyataan Musa Hitam458 dan Tunku
Abdul Rahman459 turut dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap
Islam.

Kes kedua, Menteri Perusahaan, Rafidah Aziz mengecam golongan pelajar universiti
yang gagal bertindak membawa masyarakat ke arah taraf hidup baik di dalam forum ‘Mahasiswa
Sebagai Elemen Sedar dan Ejen Perubahan untuk Membaiki Masyarakat’. Rafidah mengkritik
pelajar universiti yang pasif dan tidak mempunyai kesedaran akan peranan mereka membaiki
masyarakat.460 Pelajar hanya menggunakan AUKU sebagai alasan untuk menutup kelemahan.

Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan membidas kenyataan Rafidah kerana pelajar banyak
melakukan aktiviti ke arah membina masyarakat tetapi tidak mencapai matlamat disebabkan

Watan, 22.10.1982.
455

Kini ahli Parlimen PAS kawasan Kubang Kerian.


456

Syed Naquib al Attas menyifatkan golongan pemerintah yang meremeh dan memperkecilkan agama
457

sebagai firaun moden yang menghalang kemajuan Islam. Lihat Utusan Malaysia, 1.4.1972.

PMIUM mengecam Musa Hitam yang menolak seruan PMIUM agar kerajaan mengkaji semula Kanun
458

Kesiksaan dan Kanun Persediaan Jenayah atas alasan untuk keharmonian masyarakat. PMIUM melihat
kanun tersebut dijadikan alat bagi kerajaan untuk menindas pembangkang terutamanya dalam isu kafir-
mengkafir. Lihat Watan, 21.12.1982.

PMIUM mengecam kenyataan Tunku ‘Jangan Jadikan Malaysia Negara Islam Tulen’ yang jelas
459

menyalahi syariat dan mencemarkan kesucian agama Islam. PMIUM mendesak agar Tunku menarik balik
kenyataan tersebut. Lihat Watan, 15.3.1983.

Harian Nasional, 16.1.1984.


460

78
AUKU.461 AUKU dilihat sebagai regalia untuk menyekat kebebasan kakitangan dan pelajar
dalam memyuarakan kritikan membina kepada kerajaan. Perkara didebatkan oleh Koh Tsu
Koon(wakil Barisan Nasional Tanjung) di Parlimen. AUKU menelurkan sifat kurang peduli
mengenai kebangunan politik dan sosio-ekonomi negara.462

PMUM menegaskan mereka cuba membimbing masyarakat dengan mengadakan kelas


bimbingan untuk pelajar sekolah, khidmat kesihatan dan khidmat nasihat pertanian moden
melalui program baktisiswa. Namun, kemurnian hasrat PMUM selalu digagalkan oleh karenah
birokrasi yang cuba menghalang ketelusan program. Contoh, pelajar tidak boleh mendedahkan
bagaimana penyelewengan padi berlaku. Oleh itu, PMUM menyangkal kenyataan melulu
Rafidah.463

5 Isu Penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Menjelang Jun 1983 terdapat 5 buah universiti di Malaysia. Pada 16 Ogos 1983, Kementerian
Pelajaran mengarahkan penubuhan universiti keenam dan dimulai pembinaan pada 1 Oktober
1983. Badan penyelaras dibentuk dan diketuai oleh Abdul Hamid. Universiti keenam diluluskan
oleh Jemaah Menteri pada 10 Oktober 1983 dan lawatan Perdana Menteri dilakukan pada 16
Oktober 1983 ke tapak universiti keenam dan diberi nama Universiti Utara Malaysia.464

Kenyataan kerajaan tentang penubuhan universiti ini dipandang dingin oleh PMUM.
Presiden PMUM sesi 1983/84, Takiyuddin Hasan465 mendesak agar kerajaan mengkaji semula
pembinaannya. Rasional yang diberikan oleh Takiyuddin adalah;

a. kekurangan tenaga akademik.

b. pembinaannya meningkatkan pengangguran.

c. pembaziran kerana varsiti yang ada boleh mencapai tahap optimun.


Harian Nasional, 18.1.1984.
461

462
Berita Harian, 28.3.1984. Keterangan lanjut tentang sifat mengongkong AUKU, lihat Sanusi Osman,
“Mengapa AUKU ditentang” dlm. Aspirasi, Terbitan PMUKM, 1988/89, hlm. 257. Lihat juga Takiyuddin
Hasan, Sejarah Pergerakan Mahasiswa Malaysia: Penguatkuasan AUKU, Latihan Ilmiah, Fakulti Undang-
undang Universiti Malaya, 1984/85.

Harian Nasional, 18.1.1984.


463

Ahmad Fawzi Basri, Siapakah Siapa, Jitra: Penerbit UUM, 1986, hlm. VII.
464

Pelajar Fakulti Undang-Undang. Kini EXCO kerajaan negeri Kelantan.


465

79
d. kedudukannya 20 km dengan sempadan Thai tidak menjamin keselamatan.

e. persekitaran mendatang pengaruh tidak sihat kepada pelajar.466

Secara rasionalnya penubuhan universiti memerlukan asas akademik yang kukuh melalui
pengalaman ahli akademik dan institusi itu sendiri. Pembinaan Universiti Malaya, Universiti
Pertanian Malaysia(cantuman Maktab Pertanian dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya) dan
Universiti Teknologi Malaysia mengikuti prosedur ini. Oleh sebab itu, kenaikan taraf Maktab
Teknik kepada Institut Teknologi Kebangsaan(ITK) disokong oleh PMUM dan PMUKM 467
berbanding dengan penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Kenyataan PMUM dikecam oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran


negeri Kedah, Zakaria Said mengecam PMUM kerana berpandangan negatif dan cetek akal
daripada segi idea pembangunan. Menurut Zakaria Said, penubuhan universiti baru akan menjana
peluang pelajaran tinggi kepada rakyat dan mengatasi permasalahan keselamatan secara
langsung.468 Pembinaan universiti keenam diteruskan dan beroperasi sementara di Bangunan
UMNO Jitra pada 15 Februari 1984 dan dilantik Awang Had Salleh sebagai Naib Canselor pada
16 Februari 1984.

6 Serangan Amerika Syarikat ke atas Libya.

Konfrantasi Amerika dengan Libya semakin memuncak pada tahun 1986 berikutan tuduhan
Amerika terhadap Libya sebagai penaja keganasan sedunia. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi
dianggap berbahaya dan mengancam keamanan dan kesejahteraan dunia.469 Walau bagaimanapun,
hubungan Amerika dengan Libya telah dingin sebelum tahun 1980an lagi, api kemarahan
Amerika semakin membara apabila Libya menyerang pesawat Amerika di Teluk Sidra pada 25

Berita Harian, 10.1.1984.


466

Utusan Malaysia, 23.3.1972.


467

Berita Harian, 13.1.1984.


468

Utusan Malaysia, 7.4.1986. Bagi mengetahui dengan detail dendam Reagen terhadap Gaddafi. Lihat,
469

Mingguan ERA, edisi 26.4.1986., edisi 3.5.1986., dan edisi 10.5.1986.


80
Mac 1986,470 pengeboman disko di Berlin471 dan pemgeboman pesawat TWA milik Amerika di
ruang angkasa Greek.472

Pada 8 April 1986, Amerika menimbang menyerang Libya 473 dan menghantar dua buah
kapal pengangkut pesawat ke Laut Mediterrean.474 Pada 15 April 1986, sebanyak 30 buah
pesawat Amerika yang membawa bom seberat 800 kilogram mengempur Istana Presiden Libya
menyebabkan 2 anak presiden cedera dan seramai 100 orang terbunuh. Namun, Gaddafi
terselamat daripada maut.475

Tindakan ganas Amerika membawa kemarahan kepada masyarakat dunia termasuk di


Malaysia.476 Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia seperti UMNO,477 ABIM,478 Majlis Belia
Malaysia dan PKPIM479 telah mengutuk serangan Amerika. Pada 18 April 1986, PMUM
mengadakan demonstrasi di Baktisiswa dengan kelulusan HEP.480 Selepas Solat Jumaat,
kepimpinan pelajar PMUM, PMUKM, PMUPM dan PMUTM telah berkumpul di kedutaan
Amerika. Mereka melaungkan takbir, ‘America Child Killer’ dan ‘bunuh Reagen’. Seramai empat
orang pemimpin pelajar dibenarkan masuk untuk memberi memorandum bantahan.481

470
Pada 19 Ogos 1981, Pesawat Amerika pernah menembak pesawat SU 22 milik Libya di Teluk Sidra.
Lihat, Panji Masyarakat, September 1981. Pertempuran di Teluk Sidra dianggap medan ujian senjata kuasa
besar dimana Amerika mennguji peluru berpandu HARM dan Libya menggunakan senjata buatan Soviet
iaitu SAM 5. Lihat Mingguan ERA, 12.4.1986, hlm 30.

Utusan Malaysia, 6.4.1986. Seramai 40 hingga 50 warga Amerika terbunuh daripada 240 mayat yang
471

ditemui. Lihat, Mingguan ERA, 19.4.1986.

Utusan Malaysia, 2.4.1986.


472

Utusan Malaysia, 9.4.1986. Penjelasan detail tentang serangan Amerika ke atas Libya, lihat Majalah
473

Impact International, keluaran 9-22 Mei 1986, hlm. 8-10.

Utusan Malaysia, 16.4.1986.


474

Utusan Malaysia, 16.4.1986. Tindakan Reagan merupakan satu keganasan yang dikutuk dunia kerana
475

menodai kemerdekaan sesebuah negara. Lihat juga, Dewan Masyarakat, Mei 1986., dan Mastika, Jun 1986.

Menteri Penerangan, Rais Yatim mengutuk serangan Amerika manakala di Sudan, pelajar Sudan
476

mengempur kedutaan Amerika di negara itu. Lihat, Utusan Malaysia, 17.4.1986.

Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Nazri Abdul Aziz menyampaikan nota bantahan kepada
477

Setiausaha Kedua Kedutaan Amerika, Broson Purcivell. Lihat, Utusan Malaysia, 18.4.1986.

Setiusaha Agung ABIM, Sidek Baba menyifatkan Amerika melakukan jenayah antrabangsa. Lihat
478

Utusan Malaysia, 17.4.1986.

Presiden MBM, Tajol Rosli dan Naib Presiden PKPIM, Nizal Mohamad turut mengecam tindakan
479

Amerika. Lihat, Utusan Malaysia, 17.4.1986.

Budiman, 1.5.1986.
480

81
Akhbar tempatan menamakan kumpulan pelajar ini sebagai Gabungan Pelajar-pelajar
Universiti Seluruh Malaysia tetapi menurut Zulkifli Yusof [kini, pensyarah APIUM], kumpulan
pelajar ini adalah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN) yang dianggotai oleh Presiden
MPP di kampus-kampus.482 Kebanyakan kampus pada masa ini dikuasai oleh kumpulan Islamis,
penubuhan BBMN memudahkan pelajar mengembleng tenaga bagi isu nasional yang
memerlukan kebersamaan.

6.0 KESIMPULAN

Secara idealnya, bab empat menjelaskan kebangkitan kelompok Islamis dalam mendominasi
politik kampus Universiti Malaya. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO membawa
angin perubahan dalam aliran kepimpinan pelajar Islamis apabila proksi PKPIM-ABIM yang pro-
Anwar dinyahkan dalam pimpinan PMIUM pada tahun 1983. Pimpinan baru yang pro-PAS telah
melakukan regenerasi agar kepimpinan ulama direalisasikan. Sejak tahun 1983 hingga sekarang
(2004), pelajar Akademi Pengajian Islam telah membentuk dinasti dalam kepimpinan tertinggi
PMIUM sehingga sukar bagi pelajar fakulti lain untuk menembusi saf kepimpinan PMIUM.

Perkara yang menarik dalam era 1980an adalah kewujudan forum pelajar seperti GAMIS
(Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia-didokongi oleh PMI di setiap kampus) dan BBMN
(didokongi oleh MPP setiap kampus) yang berjaya mengembleng tenaga pelajar untuk
menyelesaikan isu nasional dan antarabangsa yang memerlukan kebersamaan. Pengembalian
semula gerakan pelajar ini mengejutkan kerajaan sehingga pelbagai mehnah cuba dipraktikkan
termasuk penggunaan ISA. Oleh itu, era awal 1980an dilihat sebagai perintis kehadiran kuasa
politik pelajar Islamis dalam menggugat kerajaan semasa memperjuangkan isu kampus,
nasional,dan antarabangsa.

KESIMPULAN

Utusan Malaysia, 19.4.1986. Seramai 400 orang menyertai demonstrasi tersebut. Memorandum dihantar
481

kepada Setiausaha kedutaan Amerika, Branson Purcival. Pemimpin-pemimpin pelajar mahu kerajaan
membatal lawatan Nanay Reagen ke Malaysia dalam Persidangan Dadah. Lihat juga, Berita Harian,
19.4.1986.

Temuramah Zulkifli Yusof, 3.4.2003. Antara pemimpin lain BBMN ialah Idris Ahmad(dari PMUKM,
482

kini Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Saifuddin Nasution dari PMUPM(seorang orator yang hebat,
mantan exco Pemuda UMNO dan kini Naib Presiden Parti Keadilan Nasional).
82
Kematangan atau robotnya pelajar bukanlah tertakluk kepada akta. Di zaman penjajah

dahulu, pelajar tiada kebebasan tetapi pelajar tetap tidak menjadi robot malah mereka lebih gigih dan

matang bahkan lagi kuat mereka berjuang. Juteru, pelajar perlu bergerak aktif dalam akta.

Mahathir Mohammad

Gerakan pelajar dilihat satu gerakan bersifat pressure group dalam kelantangan mereka
menjadi jurubicara masyarakat. Penulis membahagikan mengikut era bagi memudahkan
kajian terutamanya mengenal pasti titik perubahan perjuangan gerakan pelajar dalam
menangani isu kampus, nasional atau antarabangsa. Dalam bab satu, penulis memberi
gambaran awal gerakan pelajar di Malaysia terutamanya akhir dekad 60an dimana pelajar
mula turun ke jalanan bagi melontarkan protes mereka. Pada masa inilah lahirnya tokoh
pelajar berkarismatik seperti Syed Hamid Ali, Anwar Ibrahim, Sanusi Osman dan
Noordin Razak. Kelantangan mereka menyebabkan suara masyarakat marhaen mula
diambil respon oleh kerajaan. Ketegasan mahasiswa Melayu terutamanya PBMUM
membolehkan Bahasa Melayu dan Dasar Pelajaran Kebangsaan bersifat pro-Melayu
dilaksanakan.

Bab dua merupakan kemuncak bagi gerakan pelajar di Malaysia. Suasana kampus
pada era awal 1970an adalah hangat ekoran pertarungan ideologi antara golongan pelajar
Nasionalis-Islamis dengan golongan pelajar Sosialis. Pertarungan ideologi ini
mewujudkan segregasi antara kaum di kampus kerana kebanyakan golongan pelajar
Sosialis adalah bukan Melayu. Pelajar Nasionalis-Islamis melihat pelajar Sosialis banyak
melakukan distorasi terhadap dasar-dasar bersifat nasional seperti persoalan pelaksanaan
Bahasa Melayu dan tapak universiti kebangsaan. Di peringkat isu nasional dan isu
antarabangsa, pelajar era awal 1970an lebih banyak turun ke jalanan dalam melontarkan
reaksi mereka dan mereka juga menggunakan akhbar seperti Mahasiswa Negara bagi
menyuarakan pandangan. Isu kemiskinan, Bahasa Melayu dan anti Amerika-Israel
dicanang dengan baik oleh gerakan pelajar di Universiti Malaya. Penerusan tradisi
menggugat ini telah memberi tekanan kepada kerajaan terutamanya semasa kerajaan
terpaksa menghadapi masalah ekonomi dan keselamatan negara. Gelombang gerakan
pelajar telah menyukarkan kerajaan menghadapi kedua-dua masalah tersebut. Bagi
menutup suara pelajar yang kritikal dan radikal, kerajaan menghadiahkan AUKU untuk
pelajar progresif yang cuba menggugat kestabilan kerajaan.

Bab tiga pula memberikan gambaran kelesuan gerakan pelajar di Malaysia ekoran
penguatkuasa secara tegas AUKU terhadap gerakan pelajar. Aktiviti gerakan pelajar

83
semasa pertengahan 1970an lebih bersifat dalaman kampus terutamanya aktiviti
kebudayaan, forum, sukan dan khidmat masyarakat. Tradisi menggugat telah beralih
kepada amalan keilmuan, kemasyarakatan dan kebudayaan. Kewujudan HEP telah
menyempitkan ruang latihan kepimpinan kendiri pelajar kerana HEP bersifat
mengongkong dan ‘diktator’ terhadap pelajar. HEP berperanan sebagai pemantau dan
pembimbing persatuan pelajar bukannya bersifat mengawal dan penentu hala tuju
persatuan pelajar.

Bab empat, penulis memfokuskan kepada kebangkitan Islam di kalangan pelajar


di kampus. Kesedaran Islam yang diterap pada awal 1970an berhasil memutik bunga-
bunga Islamis di kampus. Kedajalan suasana kampus yang bersifat sekular dan maksiat
serta tindakan memulaukan kelompok pelajar Islamis dalam aktiviti perdana universiti
seperti majlis orientasi pelajar baru menyebabkan kelompok Islamis mengambil tindakan
drastik dengan memasuki arena siasah di kampus Universiti Malaya. Anjakan paradigma
ini berhasil apabila kelompok Islamis menjadi kuasa siasah berpengaruh pada era awal
tahun 1980an. Pada pertengahan tahun 1980an, kelompok Islamis mula menjadi golongan
yang dominan dalam politik kampus Universiti Malaya. Aktiviti keilmuan bersifat siasah
hangat dibicara di kampus dan isu-isu tertentu seperti isu serangan Amerika ke atas Libya
menyebabkan pelajar turun berdemonstrasi di jalanan. Walaupun langkahan gerakan
pelajar tidak segagah pelajar era awal tahun 1970an, sekurang-kurangnya pelajar
menunjukkan respon dan reaksi dalam isu nasional atau antarabangsa.

Secara postscript, era akhir tahun 1980an dan awal 1990an boleh diteruskan
kajian. Pada era ini adalah kemuncak perjuangan pelajar Islam di kampus Universiti
Malaya sebelum zaman ketidaktentuan politik di kampus ini. Golongan Nasionalis,
kelompok Islamis pro Anwar(PKPIM-UM dan ABIM), pelajar Tionghua dan IRC
bergabung dalam Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) bertembung dengan kelompok
Islamis pro-PAS(Nadi dan Kelab PENA). Pertembungan ini menyebabkan tampuk
pemerintahan MPP selalu bertukar pemerintah. BMB kelihatan lebih mendominasi politik
kampus di Universiti Malaya sebelum tahun 1997. Selepas tahun 1997, Nadi mula
mempamerkan kekuatan dengan menguasai MPP. Pemecatan Anwar Ibrahim
menyebabkan gerakan pelajar bertaut kembali. Kini(sejak 1999-2004), pertembungan
dalam politik kampus antara GMUM bersifat Islamis dan berbilang kaum(platform bagi
PMIUM-Nadi dan UMANY-Cina) dengan MGMUM(terasnya serpihan BMB) yang pro-
HEP dan pro-establishment.

84
Elemen yang ingin difokuskan dalam pengkajian ini adalah satu perbandingan
mengikut era yang menerangkan kewujudan pelajar progresif sebagai force dalam
gerakan pelajar membawa satu perubahan dalam politik kampus semasa mengerakkan
sesuatu isu sama ada isu kampus, nasional atau antarabangsa. Pelajar progresif
mempunyai jalur-jalur perjuangan yang berbeza mengikut era perjuangan. Jalur pertama
yang menguasai politik kampus adalah fahaman Sosialis diikuti Nasionalis-Islamis dan
Islamis tulen(sifat nasionalis dihakiskan golongan pelajar pro PAS). Keghairahan untuk
berkuasa mewujudkan pembenturan ideologi di kalangan pelajar. Walaupun tampuk
politik kampus dikuasai sesuatu jalur yang berbeda, sifat keprogresifan pelajar masih
bersifat ‘membara’ dan menggugat sehingga menjadi ancaman kepada penguasa kampus
dan kerajaan.

Selain itu, penulis juga mengkaji pendekatan yang digunakan oleh pelajar
progresif dalam sesuatu isu. Pendekatan kekerasan hanya digunakan selepas pendekatan
diplomasi gagal menjinakkan pihak yang mempunyai kuasa. Pendekatan diplomasi ialah
berdialog, berforum dan menghantar memorandum. Setelah pendekatan ini tidak
berkesan, barulah demonstrasi akan mewarnai jalan raya dan kampus. Juteru, kajian ini
berkeinginan membuktikan pendekatan pelajar progresif dalam memperjuangkan sesuatu
isu di dalam atau luar kampus Universiti Malaya. Pendekatan pelajar progresif jelas
berbeda mengikut era dan jalur perjuangan tertentu. Oleh sebab itu, kajian ini cuba
menelusuri isu dan pendekatan gerakan pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1970
hingga 1986.

85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95

Anda mungkin juga menyukai