Anda di halaman 1dari 9

GAJAH PUTIH oleh Zakaria Ali

Sinopsis
Selesai sahaja solat subuh pada suatu pagi, penduduk Taman Tiga Warna
dikejutkan oleh kemunculan seekor gajah putih di tengah pekarangan depan
masjid. Mereka lari lintang-pukang ketakutan dan terkejut, termasuk Haji Suwo
yang merupakan imam masjid itu dan penyampai ceramah agama. Ada yang
masih tercegat memerhatikan gajah itu termasuklah seorang ustaz, panglima
tentera udara, pensyarah, eksekutif dan pelajar tingkatan 2 yang akhirnya
berundur ke belakang berhampiran mimbar dan masing-masing mengeluarkan
pendapat. Panglima tentera udara mengatakan bahawa kehadiran gajah itu
menandakan suatu bahaya kerana mereka berhadapan dengan musuh dan satu
pre-emptive strike harus dilakukan. Ustaz pula berpendapat ia petanda dunia
akan kiamat. Pensyarah pula mengemukakan teori sains bahawa gajah itu ialah
gajah balar yang mungkin sedang gian dan ke situ kerana tapak masjid itu
dahulunya kawasan hutan, tempat gajah berkeliaran. Pelajar tingkatan 2 pula
menambah bahawa gajah putih keluar kerana menjejaki laluan yang lazim
digunakan turun-temurun ekoran daripada pembangunan yang pesat. Tiba-tiba
mereka tersentak oleh bunyi luar biasa daripada gajah yang masih tidak
berganjak seperti arca itu. Eksekutif mencadangkan gajah itu dipajakkan kepada
badan penyelidikan zoologi Amerika, Eropah atau Jepun. Dia mencadangkan
sesiapa sahaja yang ingin melihat gajah putih dikenakan bayaran untuk
mendatangkan keuntungan. Tetapi Panglima tentera udara tidak bersetuju dan
tetap pada pendapatnya agar gajah itu dimusnahkan dengan peluru berpandu.
Pelajar tingakatan dua menentang keras dan mencadangkan gajah itu dihalau ke
hutan kerana mungkin ahli keluarganya sedang menanti kepulangannya. Pada
ketika itulah, gajah mula bergerak ke masjid, membelok ke bilik wuduk dan
menenggelamkan diri ke dalam kolam sebanyak 3 kali. Gajah kemudian masuk
ke suaka suci masjid, menghadap ke kiblat, merenung kubah, melutut tunduk
hingga sujud ke lantai. Menurut pelajar tingkatan 2, perbuatan gajah seperti
orang sedang bersolat dan dia pun menegur sikap sesetengah penduduk taman
yang tidak bersembahyang. Akhirnya, satu undian diadakan dan penduduk
taman menyokong cadangan gajah itu dihapuskan. Panglima tentera pun
memulakan operasi menggunakan helikopte Black Hawk Gunship untuk
melepaskan peluru berpandu walaupun dibantah pelajar tingkatan 2. Masjid
ranap tetapi kawasan di suaka suci masjid tidak terganggu dan tiada kesan
serpihan daging dan tulang gajah putih di situ.
Tema
Gajah Putih bertemakan keagamaan, iaitu aspek kesucian dan kebenaran
agama Islam.
Melalui tema ini, Zakaria Ali cuba memperlihatkan kepentingan umat Islam
berpegang teguh pada ajaran Islam dan solat kerana solat ialah tiang agama.
Apabila ramai umat Islam yang tidak solat, pasti mereka akan dilanda bala dan
kemusnahan. Penulis ingin menyindir sikap masyarakat Islam yang tidak mahu

menilai dan mencermin kesilapan diri walaupun Allah telah memberi petunjuk.
Penduduk Taman Tiga Warna bertindak menghancurkan petanda kebenaran
yang dianugerahkan kepada mereka kerana mahu menutup kelemahan diri.
Gajah Putih yang menjadi lambang kesucian, kekuatan dan kebenaran
akhirnya, dibunuh. Tindakan penduduk Taman Tiga Warna melambangkan
bahawa mereka sendiri telah meruntuhkan kesucian dan kebenaran itu.
Persoalan
1 Kebesaran Tuhan
Gajah pada kebiasaannya tidak berwarna putih. Sesuatu yang luar biasa
menunjukkan kebesaran Tuhan yang menjadikan sesuatu kejadian. Allah
berkuasa menjadikan sesuatu dengan pelbagai rupa. Kejadian ini ada hikmah
dan petunjuk. Allah akan memberi petunjuk kepada manusia dan manusialah
yang mesti menilai dan bermuhasabah, kerana petunjuk-petunjuk itu wujud.
Kejahilan manusia menilai menyebabkan simbol keesaan Tuhan itu
dihapuskan.
2 Kekurangan ilmu agama
Kekurangan ilmu akan menyebabkan manusia menjadi jahil dan membuat
tindakan yang tidak wajar. Uztaz yang sepatutnya berilmu agama yang tinggi
telah gagal mempertahankan konsep petunjuk dan kekuasaan Allah. Beliau
gagal meyakinkan penduduk taman kerana kecetekan ilmu dan
ketidakyakinan yang wujud dalam dirinya. Penduduk taman seperti panglima
tentera udara, pensyarah dan eksekutif memang nyata kekurangan ilmu
agama walaupun berilmu tinggi dalam bidang lain.
3 Pembangunan memusnahkan alam semulajadi dan mengancam kehidupan
haiwan
Kehadiran gajah putih ini adalah sebagai kesan daripada pembangunan yang
pesat. Penebangan hutan untuk membina kawasan perumahan dan
sebagainya menyebabkan fauna kehilangan habitat. Akibatnya, gajah keluar
dari hutan kerana habitatnta musnah. Taman Tiga Warna dahulunya hutan
tetapi pembinaan taman perumahan dan kem tentera udara telah
menyebabkan hutan ini musnah. Hutan inilah habitat gajah pada suatu masa
dahulu.
4 Sikap terburu-buru manusia apabila bertindak
Keputusan majoriti yang menyokong memusnahkan gajah putih dengan
peluru berpandu ternyata tidak rasional. Mereka bertindak mengikut perasaan
dan bertindak untuk menutup kelemahan diri. Malah mereka terburu-buru
mengambil tindakan dalam menghadapi keadaan. yang genting Sikap
rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak digunakan. Kesan
daripada tindakan mereka itu tidak difikirkan sedalam-dalamnya.

5. Kekejaman
- menembak gajah putih
- memusnahkan rumah ibadat; masjid
6. Petunjuk yang disia-siakan
Allah cuba memberi petunjuk kepada umatnya yang lalai kembali ke jalan
yang benar. Sembahyang yang menjadi tiang agama ialah lambing kekuatan
insan Muslim. Oleh itu, gajah putih yang seolah-olah mengambil wuduk dan
sujud depan kiblat (hal 69) muncul sebagai petunjuk agar penduduk
memanfaatkan masjid untuk menunaikan solat tetapi malangnya penduduk
taman (yang malas, yang terlupa dan yang jarang-jarang solat berasa
tersinggung) tidak sedar malah cuba menghapuskan petunjuk tersebut.
Maka penduduk taman itu tidak mendapat hikmah daripada petunjuk
tersebut.
7 Balasan Allah
Sebahagian besar masjid telah roboh kerana manusia enggan menyembah
Allah (bersolat) dan memakmurkan masjid sebagai Rumah Allah. (hal 70n-71)
8 Kepincangan hidup manusia
Penduduk taman ramai yang tidak mengerjakan solat. Pelajar tingkatan 2
mengatakan bahawa kemunculan gajah putih sebenarnya bertujuan menyelar
sikap mereka yang lalai bersolat. Kepincangan yang lain ialah penduduk
taman itu mementingkan diri sendiri. Mereka hanya ingin mempertahankan
pendapat masing-masing seperti yang ditunjukkan oleh panglima tentera
udara, pensyarah, eksekutif. Kepincangan yang nyata ialah mereka tunduk
kepada cadangan memusnahkan gajah yang ternyata memusnahkan masjid
tersebut.

Perutusan:
1. Sikap dan pandangan seseorang banyak dipengaruhi oleh falsafah dan
kerjaya masing-masing
Panglima tentera udara melihat gajah itu dari sudut ketenteraan, iaitu musuh
yang berniat jahat dan perlu ditangani dengan mengatur strategi. Ustaz
melihat hal itu dari sudut keagamaan iaitu sebagai petanda dunia akan
kiamat. Pensyarah melihat gajah putih itu sebagai defek ketika lahir yang
menghasilkan gajah balar. Pelajar tingkatan dua pula melihat gajah putih itu
berdasarkan apa yang telah dia pelajari mengenai pemusnahan hutan yang
menjadi habitat gajah.
2. Tahap keimanan seseorang terletak pada ilmu dan amalan

Haji Suwo sebagai imam dan penceramah agama tentang keberanian telah
gagal menunjukkan bahawa ilmu yang dimilikinya diamalkan kerana beliau
orang pertama yang lari ketakutan ketika gajah putih muncul.
Seorang ustaz pula menganggap gajah putih itu syaitan manakala pelajar
tingkatan 2 berkata bahawa yang diketahuinya syaitan itu tidak dapat dilihat
oleh manusia (hal 67)
3. Kerjasama dan bersatu padu amatlah penting
4. Umur tidak menentukan kematangan seseorang.
Pengajaran
1
2
3
4
5
6
7
8.

Kita mestilah bertindak dengan mengambil kira semua kemungkinan


Kita mestilah cinta akan alam sekitar
Pembangunan mestilah seimbang agar semua hidupan ada habitatnya
Kita harus bekerjasama dan bersatu padu
Percakapan dan perbuatan mestilah seiring
Kita harus mengutamakan sifat perikemanusiaan
Kita harus kembali ke jalan kebenaran
Jangan bersikap hipokrit dalam segala hal.

Watak dan Perwatakan


Gajah Putih (watak utama/protagonis) ms 74-75 rujuk buku Shamsul
Warna putih melambangkan kesucian, kebenaran, kemurnian manakala
gajah lambang kekuatan, kebesaran, kehebatan dan keteguhan.
Gajah putih ialah petanda atau petunjuk Allah untuk menyedarkan penduduk
Taman Tiga Warna yang semakin lalai mengerjakan sembahyang.
Panglima Tentera Udara (antagonis)
Watak antagonis kerana bertentangan dengan tema cerpen.
Pegawai tentera yang berpangkalan di kem tentera udara berhampiran
dengan Taman Tiga Warna
Berjawatan tinggi dan berkarisma dapat meyakinkan sesiapa ketika
berhujah
Bersifat prejudis dan berprasangka buruk menganggap gajah putih musuh
yang berbahaya dan mesti dihapuskan, tidak mahu mengubah pendapat
walaupun pelajar tingakatan 2 berpendapat gajah itu tersesat dan perlu
dihalau semula ke hutan
Tegas dengan pendiriannya tidak mahu menerima pandangan orang lain
dan tetap dengan pendiriannya
Terlalu terburu-buru dalam bertindak sejak awal lagi dia sudah menganggap
gajah sebagai musuh yang mengancam manusia dan langsung menyarankan
pre-emptive strike. Tindakannya memusnahkan gajah dengan peluru

berpandu menunjukkan tindakannya yang terburu-buru kerana dia tidak


mengambil kira tentang kemusnahan terhadap masjid.
Seorang yang ego tidak menerima pandangan orang lain dan mengambil
kesempatan untuk menjadi wira dalam menghadapi musuh, menghentak
penumbuknya ke atas lantai

Ustaz
(watak penting)
Digambarkan mempunyai ilmu yang tinggi tentang Islam memberi
pandangan bahawa gajah putih petanda akhir zaman, namun pendapat ini
digoyahkan oleh pendapatnya yang kedua bahawa dia tidak pasti sama ada
gajah itu binatang, manusia atau apa. Akhirnya dia mangagak bahawa gajah
itu syaitan.

Tidak teguh pendirian dia tidak mempunyai keyakinan terhadap hujahan


awal. Sebagai ilmuan Islam, dia seharusnya teguh menegakkan kebenaran
dan menentang cadangan panglima tentera udara kerana tindakan panglima
pasti akan memusnahkan masjid. Runtuhnya masjid ialah petanda runtuhnya
agama.

Pensyarah
Berpendidikan tinggi dalam ilmu sains dia mentafsirkan keadaan gajah
putih sebagai keadaan balar, satu defek ketika lahir.
Berpengetahuan luas tentang hidupan menerangkan bahawa gajah hilang
habitat semulajadi akaibat pembangunan dan perumahan di Taman Tiga
Warna
Mementingkan ilmu dia mahu satu kajian dilakukan untuk mengetahui asal
usulnya. Dia menyarankan agar gajah itu dipajakkan kepada pakar zoologi
dari Amerika, Eropah atau Jepun
Agak materialistik mementingkan keuntungan dan kekayaan kerana dia
menyanggah saranan eksekutif yang hendak mengenakan bayaran kepada
sesiaa yang ingin melihat dan menyentuh gajah putih. Bagi pensyarah,
memajakkan gajah akan mendatangkan keuntungan lebih besar.
Eksekutif
Seorang yang materialistik memikirkan tentang mengkomersialkan gajah itu
dengan mengenakan bayaran seorang seringgit bagi yang ingin melihat dan
seorang dua ringgit bagi yang mahu melihat dan menyentuh gajah itu.
Cetek ilmu pengetahuan tidak mengemukakan pengetahuan dari segi
agama atau geograpfi, hanya mengemukakan usul komersial sahaja.

Pelajar Tingkatan 2
Matang berfikir bijak memberikan idea dan hujahan memberikan kesan
contrast/perbandingan daripada watak-watak lain.
Pandai berbicara dan mengeluarkan hujah mengemukakan pendapat
bahawa gajah putih datang ke tempat itu kerana pada masa lau, tempat itu
ialah hutan rimba, iaitu tempat habitat binatang. Bagi pelajar itu, gajah ingat
lagi habitatnya.
Rasional dalam bertindak dia berpendapat tindakan menghapuskan gajah
itu tidak sepatutnya dilakukan. Sebaliknya, dia mencadangkan tindakan yang
paling baik iaitu menghalau gajah itu ke hutan semula kerana gajah itu
tersesat dan pasti ada ahli keluargnya yang sedang menanti. Oleh kerana
gajah itu tidak ganas, maka membunuhnya adalah tidak wajar.
Mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi dia amat bersimpati dengan
nasib gajah putih andainya gajah ini dihapuskan.
Pecinta alam dan ciptaan Tuhan menyatakan bahawa gajah mesti ada
keluarga yang menyayanginya dan tentu mereka sedang menanti
kepulangannya.
Berani menghadapai orang dewasa yang lebih berpengalaman dan
berpangkat besar. Dia juga berani ketika berhadapan dengan orang yang
buat fitnah bahawa gajah itu berak di dalam suaka suci masjid. Dia berkeras
menafikannya.
Malah ketika gajah bersujud, dia berani menyindir dan menyelar sikap
penduduk Taman Tiga Warna yang tidak bersembahyang. Dia juga berani
mempertikaikan pendapat ustaz yang menyatakan gajah itu syaitan. Dia
menerangkan bahawa orang tidak nampak syaitan kerana syaitan itu halus ,
keluar masuk hati jantung dan mengalir di dalam darah manusia.
Haji Suwo
Imam masjid, lari lintang-pukang apabila gajah putih muncul.
Pandai berkata-kata tetapi tidak menunjukkan teladan sebagai imam, beliau
memberi ceramah yang berapi-api kepada jemaah tentang keberanian tetapi
ketika gajah putih muncul, beliau orang pertama yang memanjat pagar di
belakang masjid, dia tidak berani berhadapan dengan bahaya.
Kurang berwibawa beliau tidak dapat mengemukakan pendapat yang
meyakinkan tentang kemunculan gajah putih dari kaca mata Islam. Beliau
juga tidak menghalang tindakan panglima tentera udara yang ternyata lebih
berwibawa daripada dirinya.
Tidak berani menegakkan kebenaran sebagai seorang imam dan
berpengetahuan tentang ilmu agama, Haji Suwo sepatutnya menegakkan
dan mempertahankan rumah Allah tetapi beliau gagal menegakkan kekuatan
ummah untuk membantah tindakan tersebut.

Plot
Jenis Plot
Cepen ini mempunyai jenis plot yang kronologi.
Kisah bermula dengan kemunculan gajah putih di depan masjid selepas solat
Subuh dan berakhir dengan tindakan memusnahkan gajah itu, tetapi bangkainya
hilang manakala sebahagian besar masjid musnah.
Struktur Plot
Permulaan
Kemunculan seekor gajah putih di pekarangan masjid dan menyebabkan jemaah
lari lintang-pukang.
Perkembangan
Pelbagai pandangan diberikan oleh jemaah masjid yang masih berada di masjid
dan akhirnya undian cadangan gajah itu dihapuskan mendapat sokongan majoriti
penduduk.
Puncak (Klimaks)
Gajah putih dihapuskan dengan menggunakan peluru berpandu.
Penurunan
Sebahagian besar masjid telah musnah.
Penyelesaian
Kawasan suaka masjid tidak terjejas dan bangkai gajah hilang, tanpa dapat
dikesan.
Latar Tempat
Taman Tiga Warna, sebuah perkampungan baru
Pekarangan depan masjid
Belakang masjid (pagar), serambi masjid, pintu masjid, sekitar masjid
Balai raya
Kem Tentera Udara
Latar Masa
Jangka masa yang singkat iaitu peristiwa berlaku pada sebelah pagi selepas
solat Subuh. Ia menimbulkan suasana dramatik dan tragis.
Latar Masyarakat
1 Masyarakat berbilang pekerjaan dan pendidikan
Pelbagai masyarakat digambarkan dalam cerita ini. Contohnya tokoh agama,
ahli akademik, eksekutif, tentera, pelajar dan orang-orang kampung. Mereka

mempunyai pelbagai latarbelakang dan berhujah mengikut bidang dan


pengalaman mereka.
2 Masyarakat yang saling bekerjasama
Mereka bersama-sama memikirkan masalah yang berlaku dan kemudian
berbincang serta mendapatkan keputusan.
3 Masyarakat yang mempunyai sosioekonomi yang pelbagai
Terdapat tiga peringkat sosioekonomi iaitu golongan kaya (mereka tinggak di
banglo dan rumah batu), golongan sederhana (tinggal di rumah kayu) dan
golongan miskin (tinggal dalam himpunan sampah sarap di rumah setinggan)
Gaya Bahasa
1 Simbol (Perlambangan)
a) Gajah Putih - Gajah ialah simbol kekuatan, keteguhan dan kebesaran
manakala putih simbol kesucian, kebersihan dan kemurnian.
b) Taman Tiga Warna - Simbol tahap pemikiran, tahap pengetahuan dan
tahap sosioekonomi. Tahap pemikiran dan pengetahuan terbahagi kepada
tiga, iaitu cetek, sederhana dan tinggi. Tahap sosioekonomi rumah batu
(golongan kaya), rumah kayu (golongan sederhana) dan himpunan sampah
sarap (golongan setinggan).
Tiga kelompok manusia ustaz (hipokrit) , pelajar tingkatan dua (benarbenar ikuti ajaran Islam) dan golongan yang tidak mengamalkan ajaran
agama di Taman Tiga Warna
c) Suaka suci masjid (tempat sujud) yang tidak terganggu walaupun masjid
dimusnahkan dengan peluru berpandu ialah simbol kekuatan Allah dan
kelebihan yang cuba ditunjukkan jika seseorang beribadat. Mereka yang
beribadat (sujud menyembah Allah) tidak akan binasa.
2 Penggunaan diksi bahasa Inggeris dan Arab
a) Bahasa Inggeris pre-emptive strike, baby, gunship, tomahawk, bisnes,
krew
b) Bahasa Arab iktibar, hatta, kiblat, al-hadis, mimbar
3 Simile
a) ..tersumpah menjadi kaku macam batu
(hal 68)
b) ..menjadi semacam tugu..
(hal 68)
c) .seperti tomahawk Amerika mengenai sasaran di Iraq
(hal 68)
d) muka mereka berseri dan bibir tersengih seperti merembat gol yang
menjamin kejuaraan (hal 71)
4 Hiperbola
..ceramah yang berapi-api tentang keberanian(hal 65)

5 Perulangan
a) Anafora
(i) Kita boleh membuat satu usul bisnes untuk meraih keuntungan.
Kita boleh kenakan bayaran kepada
(hal 68)
b) Paralelisme
(i)
.kaki kanan ke depan sedikit, kaki kiri ke belakang; pasangan
belakang,
kaki kiri ke depan, kaki kanan ke depan
(hal 67)
(ii) Dia bijak, kenal daerah asing dan daerah asli, di mana dia diterima, ]
dan di mana dia digeruni.
(hal 69)
6 Personifikasi
Ketika itulah gajah bergerak, menapak, naik tangga, membelok ke bilik
wuduk. Dengan senang, dia melangkah tembok dan masuk ke dalam kolam
dan dudukDia berdiri dan tenggelamDia berdiri menghadap kiblat dan
merenung ke arah kubah. Dan dia pun melutut, tunduk sehingga kepalanya
terkena lantai, sujud.

S E LE S AI

Anda mungkin juga menyukai