Anda di halaman 1dari 104

Pengajian Islam

BAB KONSEP-KONSEP ASAS


SATU DALAM ISLAM
1.1 KONSEP AGAMA

Agama menurut bahasa: Kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran / fahaman / isme
dan ideologi tertentu. Umumnya ia merujuk kepada hubungan atau upacara peribadatan
yang dilakukan oleh manusia terhadap tuhan.

Menurut Istilah syarak: Agama dinyatakan sebagai al-Din yang mengandungi


pengertian membenarkan, mempercayai dan meyakini Pencipta serta apa yang
disampaikanNya dengan penuh kerelaan, keikhlasan, dan kesungguhan dalam
melaksanakan segala suruhan serta menjauhi segala laranganNya.

Pengertian Islam sebagai al-Din berbeza dengan pengertian agama yang


difahami secara amnya kerana al-Din bukan hanya memberi maksud menghubungkan
manusia dengan Tuhan tetapi mencakupi segala aspek peraturan kehidupan manusia
samada dari sudut hubungan manusia dengan Allah s.w.t., hubungan manusia sesama
manusia atau hubungan manusia dengan alam semesta.

Secara amnya, kebanyakan sarjana bersetuju mengklasifikasikan agama kepada


dua kategori iaitu:

1) Agama samawi (bersumberkan wahyu Allah s.w.t.)


- Agama Yahudi, Nasrani dan Islam
2) Agama wad’ie/ardhi (bersumberkan falsafah/pemikiran manusia)
- Agama Hindu, Buddha, Taoisme, Shinto dan lain-lain

Proses perkembangan agama

Agama yang pertama wujud dimuka bumi ini adalah agama tauhid (monoteisme) yang
telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada nabi Adam a.s. Namun begitu, kesan daripada
perubahan sosial (penyelewengan akidah oleh manusia) dan geografi telah
menyebabkan berkembangnya berbagai-bagai bentuk agama di dunia sehingga ke hari

:NOTA

1
Pengajian Islam

ini. Daripada bermacam-macam agama yang wujud itulah maka wujudnya dua kategori
agama iaitu yang disebut sebagai agama samawi dan agama wad’i/ardhi.

Walau bagaimanapun, kita perlu yakin dan percaya bahawa hanya Islam
sahajalah agama yang diterima Allah s.w.t. serta bertepatan dengan naluri dan cita rasa
manusia. Maka hanya pada-Nya sahajalah yang selayaknya disembah dan bukannya
sebagaimana agama lain yang menjadikan makhluk sebagai objek sembahannya.

Keberhajatan manusia kepada agama

Berdasarkan kepada kajian ahli sosiologi, orang-orang primitif dahulu memiliki


pengetahuan yang sangat cetek dan dangkal. Sumber pengetahuannya adalah
berdasarkan pengalaman yang diperolehi melalui pancaindera mereka dalam
mengamati setiap benda yang wujud di sekelilingnya. Penemuan-penemuan baru
hampir tiada sama sekali. Namun mereka tetap percaya kepada kewujudan kuasa ghaib
yang menguasai kehidupan di dunia ini. Dengan sebab itu mereka mengadakan
pelbagai upacara ritual seperti sembahan-sembahan berbentuk patung yang dipuja dan
menghubungkan diri dengan dewa-dewa. Kepercayaan kepada perkara ghaib dan
hubungan dengan dewa-dewa ini seterusnya telah membentuk suatu agama atau
kepercayaan yang mereka anuti.

Demikianlah kepercayaan yang wujud dalam setiap jiwa manusia sehingga


menyebabkan agama tidak dapat dipisahkan dari kehidupan harian mereka. Jika hendak
dibandingkan dengan manusia primitif, manusia di zaman moden yang mempunyai
pengetahuan yang jauh lebih tinggi sudah tentu mampu mengenali dirinya dan
mengetahui kelemahan yang terdapat pada manusia. Mereka juga seharusnya mampu
mengkaji dan menggali rahsia-rahsia alam yang membuktikan kebesaran Allah s.w.t.
yang Maha Agong. Sekiranya semua ini dilakukan nescaya mereka menyedari betapa
manusia amat memerlukan agama bagi memenuhi tuntutan naluri fitrahnya.

Allah s.w.t. telah menjadikan alam yang terbentang luas menurut iradat dan
kudrat-Nya yang Maha Tinggi. Setiap kejadian termasuk bumi, matahari, bulan, bintang
dan berjuta-juta lagi planet yang hanya Allah s.w.t. dapat mengetahuinya. Semua
kejadian tersebut beredar dan bergerak dengan tersusun dan rapi mengikut peraturan
yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t (sunnatullah).

:NOTA

2
Pengajian Islam

Begitu juga dengan fizikal manusia, lelaki dan perempuan yang berkembang dan
membesar menurut kamahuan dan ketentuan Allah s.w.t. Dalam setiap tubuh manusia
juga terdapat dua kekuatan utama iaitu akal yang waras yang boleh membezakan
antara baik dan buruk serta betul dan salah. Tenaga inilah yang boleh mengarahkan
kepada kebijaksanaan dan keadilan, kasih sayang, persamaan, tolong menolong dan
sebagainya yang boleh melaksanakan keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan
manusia. Seterusnya ialah kekuatan naluri iaitu yang boleh merosak dan meruntuh
disebabkan tunduk di bawah pengaruh nafsu. Ini menyebabkan timbulnya perasaan
marah, dendam, dengki, tamak haloba, angkuh dan sombong yang mendorong manusia
melakukan kaganasan dan kejahatan seperti merogol, merompak, membunuh dan lain-
lain perkara buruk yang sudah tentu boleh membawa kemusnahan kepada kehidupan
individu, masyarakat dan umat.

Dalam menjalani kehidupan yang panjang, manusia dibekalkan dua kekuatan


tersebut. Untuk melaksanakan kesejahteraan kepada manusia, Allah s.w.t. telah
menyediakan agama bagi membatasi kehendak nafsu manusia yang tidak terbatas.
Agama menjadi pengerak atau dasar kepada segala kemakmuran dan keamanan
kepada seluruh umat manusia. Walaupun manusia mempunyai akal untuk memikirkan
kebaikan, namun kemampuan akal adalah terbatas dalam memikirkan segala kebaikan
kerana ia dipengaruhi oleh persekitaran dan daya dorong nafsu yang menjadikan
peraturan ciptaan manusia tidak sempurna dan tidak boleh diterima oleh seluruh umat
manusia. Manusia memerlukan kepada nilai mutlak yang datang dari Allah s.w.t. yang
tidak dipengaruhi oleh sebarang bentuk campur tangan daripada luar.

Dengan sebab-sebab berikut jelas menunjukkan bahawa manusia sangat


berhajat kepada agama untuk menyelamatkan dirinya, masyarakat, negara mahupun
dunia daripada segala bentuk kekacauan. Manusia perlu memperkukuhkan keyakinan
kepada Allah s.w.t. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. tidak akan
berani melakukan penipuan, pendustaan, pengkhianatan dan sebagainya yang boleh
memusnahkan kehidupan manusia.

Walaupun terdapat segelintir manusia pada hari ini yang mendakwa agama
sebagai candu kepada masyarakat dengan menafikan sebarang bentuk sembahan,
namun pada hakikatnya mereka juga sebenarnya berpegang dengan agama iaitu
dengan erti kata mempercayai dan menuruti serta mematuhi kemahuan nafsunya yang
tidak terbatas atau dibatasi mengikut kehendak dan kemahuan diri mereka sendiri. Nah,
di sini juga mereka telah membentuk kepercayaan atau teori tersendiri serta

:NOTA

3
Pengajian Islam

menurutinya yang secara tidak langsung membentuk satu ’agama’ bagi diri mereka
sendiri (bertuhankan kepada hawa nafsu).

Faktor manusia berhajat kepada agama

Antara faktor manusia amat berhajat kepada agama:

 Keperluan untuk mengetahui realiti kehidupan


 Keperluan fitrah manusia
 Keperluan manusia kepada kekuatan rohani
 Keperluan kepada akhlak

Terdapat sebahagian manusia yang sesat dengan berfikiran dangkal


beranggapan bahawa ilmu sains dan teknologi pada waktu ini sebenarnya telah
berperanan dengan mengambil alih tempat dan fungsi agama dalam kehidupan
manusia.

Setiap daripada kita perlu faham bahawa kedudukan antara ilmu sains dan
agama ada perbezaannya. Meskipun ilmu sains dapat memberi kemudahan kepada
kehidupan manusia namun belum tentu ia mampu menjawab akan hakikat kewujudan
dan kejadian manusia. Oleh sebab itulah kita dapati masyarakat moden (terutamanya
barat) yang maju dalam teknologinya pada hari ini telah mengalami kekosongan jiwa
dan rohani, kekacauan fikiran dan sering mengalami perasaan gusar, sedih dan
sengsara. Kecelaruan hidup ini tidak akan dapat diubati oleh doktor perubatan
melainkan melalui rawatan kerohanian (agama).

1.2 PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN

Islam

Islam menurut bahasa; berasal daripada perkataan Arab ’aslama’ yang mengandungi
makna ketundukan dan penyerahan diri. Islam bererti tunduk dan menyerah diri dengan
maksud seseorang muslim wajib tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah s.w.t.

:NOTA

4
Pengajian Islam

“Maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka
menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian
mereka tidak merasakan keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan
mereka menerimanya dengan sepenuh hati”

Islam juga memberi makna kesejahteraan dan keselamatan. Islam bermakna


selamat iaitu bukan sahaja selamat akidahnya daripada segala kekeliruan bahkan juga
penganutnya dijamin memperolehi keselamatan dari kemurkaan Allah s.w.t. di dunia dan
akhirat.

“Dengan kitab itulah Allah menunjuki kepada orang yang mengikut keredaannya
jalan keselamatan dan Allah mengeluarkan mereka itu dari jalan kegelapan
kepada cahaya yang terang benderang dengan izinnya dan menunjuki mereka
kepada jalan yang lurus”

Islam juga membawa makna kedamaian. Ianya bertepatan untuk


menggambarkan penganutnya yang memperolehi kedamaian sejati apabila
menghubungkan diri dengan Penciptanya. Hati seseorang hamba akan memperolehi
kedamaian walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan ujian, namun
berasa gembira apabila bersama Tuhannya.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka diberi


petunjuk oleh tuhannya kerana keimanannya dan mereka memperolehi syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang penuh kenikmatan”

Jika ditinjau dari sudut bahasa, Islam telah memberi pengertian yang begitu
indah dan cemerlang yang tidak terdapat pada pengertian agama-agama lain, kerana
agama Islam tidak merujuk kepada nama pengasasnya sebagaimana kristian, tempat
kelahiranya seperti mana Hindu tetapi merujuk kepada kandungan ajarannya yang
terjamin tulin, selamat, aman, damai serta kekal di dunia dan akhirat. Lihat saja kepada
kitabnya, tidak terdapat sebuah kitab yang tulin seperti mana al-Quran, tidak terdapat
akidah yang selamat dari segala bentuk tokok tambah sebagaimana akidah Islam dan
tidak pula terdapat ajaran yang memberi kesejahteraan dan mendamaikan jiwa
melainkan ajaran Islam.

:NOTA

5
Pengajian Islam

Islam menurut syarak

Islam dari sudut istilah syarak pula boleh disimpulkan seperti berikut:

 Mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sebenar-benar patuh, tunduk dan jujur hati
kepada-Nya serta beriman dengan segala pengajaran agama yang dibawa oleh
baginda Nabi Muhammad s.a.w.
 Menyerah diri serta tunduk dan patuh hanya kepada Allah s.w.t, Tuhan semesta
alam dengan sukarela tanpa sebarang paksaan.
 Satu sistem atau perundangan yang lengkap mengenai kehidupan yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada umat manusia sebagai ikutan dan
panduan.

Berdasarkan kepada pengerian di atas Islam yang tulin adalah mentauhidkan


Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini secara sukarela serta tunduk dan patuh kepada
segala peraturan yang telah dibawa oleh baginda nabi Muhammad s.a.w tanpa rasa
syak dan ragu serta menjadikan Islam sebagai manhaj kehidupan (ad-Deen) dalam apa
jua keadaan. Pengertian ini juga sekaligus menolak dan menyanggah Islam suwarri
(bermuka-muka) dan Islam taklidi (ikut-ikutan) yang sangat bertentangan dengan Islam
hakiki (sebenar).

Pengertian Islam telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-NYa:

"Dan siapakah yang paling baik deennya (agamanya) dari mereka yang
menyerahkan dirinya kepada Allah sedangkan mereka berbuat ihsan dan
mengikut deen Ibrahim serta cenderung hanya kepada Allah”
(al-Nissa:125)

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menerima Islam secara


keseluruhanya dan janganlah mengikuti jejak langkah syaitan sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”.
(al-Baqarah :208)

Kesimpulanya Islam adalah akidah yang benar yang tidak bercampur dengan
sebarang keraguan. Bahkan para penganutnya yang hakiki merasa tenang kepada
semua perkara yang dipercayainya dan tidak akan sanggup menukar ganti dengan
kepercayaan-kepercayaan yang lain walaupun terpaksa mempertahankannya dengan
harta benda dan nyawa.
:NOTA

6
Pengajian Islam

Di samping itu Islam juga merupakan satu syariat iaitu bebanan yang mesti
dilakukan dalam bentuk praktikal yang merangkumi ibadat dan muamalat sebagai satu
tanggungjawab seorang hamba kepada Tuhannya.

Bahkan Islam juga merupakan akhlak kerana antara tujuan nabi Muhammad
s.a.w diutuskan ialah untuk memperelokkan tingkahlaku dan akhlak manusia. Justeru,
ketiga-tiga elemen Islam ini tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain kerana Islam
tanpa akidah merupakan nifak, begitu juga akidah tanpa amalan dan akhlak merupakan
suatu kefasikan kepada Allah s.w.t.

Titik pertemuan dan perbezaan syariat para nabi

Nabi-nabi adalah utusan Allah s.w.t. kepada seluruh umat manusia. Mereka adalah
saudara dan sentiasa membenarkan antara satu dengan yang lain. Mereka juga
mempunyai banyak persamaan antara mereka terutamanya dalam mendokong akidah.
Semua rasul dan nabi membawa akidah yang satu iaitu mengesakan Allah dan menjauhi
segala bentuk syirik terhadap yang Maha Esa. Tidak pernah berlaku perbezaan antara
nabi dalam soal akidah kerana tugas semua rasul membawa manusia kepada
mentauhidkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :

“Katakanlah wahai Muhammad! Wahai Ahli Kitab marilah kepada satu kalimah
yang bersamaan antara kami dan kamu iaitu kita tidak menyembah malainkan
Allah dan kita tidak sekutukannya dengan sesuatu jua pun dan jangan pula
sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan
orang-orang yang dipuja dan didewakan selain Allah” (Ali-Imran: 64)

“Dan kami tidak mengutuskan sebelummu wahai Muhammad seorang rasul pun
melaikan kami wahyukan kepadanya:'Bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah’, oleh itu beribadatlah kamu kepada ku” (al-
Anbiya: 25)

Secara umumnya para rasul dan nabi berdakwah untuk menyeru kepada
kebaikan dan perdamaian. Namun apa yang berbeza antara mereka hanyalah seperti
bentuk mukjizat, bentuk syariat, tempat, masa dan jumlah pengikut serta sasaran
dakwah.

:NOTA

7
Pengajian Islam

Nabi-nabi berakhlak dengan akhlak yang murni. Tidak terdapat seorang nabi pun
yang mempunyai tingkah laku yang buruk. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

“Dan bacakanlah wahai Muhammad di dalam kitab Al-Quran ini perihal Nabi
Musa sesungguhnya ia adalah orang yang ikhlas dan Rasul lagi berpangkat
Nabi.” (Maryam:51)

Nabi-nabi juga membawa syariat iaitu hukum-hakam peribadatan dan hukum-


hakam perhubungan antara manusia sesama manusia. Di sini berlaku perbezaan antara
syariat nabi kita Muhammad s.a.w dengan syariat nabi-nabi terdahulu, kerana nabi-nabi
terdahulu diutuskan untuk kaum-kaum tertentu. Justeru sudah tentu ia bersuaian dengan
kaum tersebut dan berlaku beberapa pindaan (nasakh) apabila berlaku kebangkitan nabi
yang baru. Begitu juga terdapatnya syariat Nabi kita menasakhkan syariat nabi-nabi yang
terdahulu. Namun begitu matlamatnya tetap sama iaitu untuk memberi kebaikan kepada
manusia bagi menempuh dan memperolehi kebaikan kehidupan dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t. :

“Wahai orang-orang yang beriman Aku wajibkan kepada kamu berpuasa


sebagaimana Aku wajibkan kepada orang-orang yang sebelummu mudah-
mudahan kamu akan menjadi orang yang bertakwa .”

Islam sebagai ad-Deen (cara hidup)

Ad-Deen tidak boleh difahami sebagai agama yang hanya mementingkan ritual
peribadatan sebagaimana yang difahami dalam agama-agama lain. Ini kerana
pengertian ad-deen amat luas iaitu mencakupi kebudayaan atau sistem cara hidup yang
lengkap.

Antara ’agama’ dan kebudayaan mungkin boleh dirungkai dan dibezakan tetapi
tidak pula dapat dipisahkan menurut ad-Deen. Kebudayaan adalah lanjutan dari ad-
Deen dan saling membentuk keutuhan. Islam bukan sahaja membentuk dan membina
kebudayaan tetapi mengawalnya.

Apabila kebudayaan tidak diawasi oleh agama dan tidak berasaskan agama,
maka kebudayaan tersebut akan terbentuk dalam acuan sekularisme. Meskipun
orangnya Islam namun kebudayaan mereka tidak berpandukan kepada ajaran Islam.

:NOTA

8
Pengajian Islam

Ad-Deen mengajar umat manusia cara peribadatan yang lengkap, bukan sahaja
prinsipnya malah juga cara pelaksanaanya. Islam menolak tokok tambah atau
pengurangan dalam lapangan ibadat. Namun meskipun kebudayaan Islam telah
diletakkan prinsip asasnya, ia masih boleh menerima perkembangan atau perubahan
dalam bentuk perlaksanaannya. Perubahan dalam bentuk perlaksanaan bermaksud
sebagai pembaharuan dalam perkara yang diizinkan. Pembaharuan akan membentuk
dinamika kebudayaan sehingga ia sesuai dengan masa dan tempat serta sesuai dengan
kemajuan dan pengalaman manusia.

Kewajiban memelihara Islam

Kewajiban memelihara Islam adalah satu tanggungjawab terbesar ke atas seseorang


hamba yang mengaku sebagai seorang muslim. Segala kefardhuan seperti solat, puasa,
zakat, haji dan lain-lain tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya
persekitaran dipenuhi dengan kefasikan dan kekufuran.

Memelihara Islam merupakan jihad yang besar yang sering ditinggalkan oleh
umat Islam sejak akhir-akhir ini sekaligus menyebabkan Islam dipandang sepi dan
terkebelakang. Kefardhuan ini hanya disambut oleh mereka yang benar-benar mencintai
Islam sehingga sanggup meletakkan diri mereka dalam keadaan susah atau senang
bersama dengan Islam. Al-Maududi telah membawa contoh yang menarik tentang
perkara ini:

”Seseorang telah mendakwa bahawa dia adalah kawan anda. Pada waktu itu,
anda berada dalam keadaan kesenangan dan kemewahan. Apabila anda
ditimpa sakit dan mengalami kesusahan, dia menjauhi anda dan kadang-kala
berpihak kepada musuh anda untuk memerangi anda. Adakah pada ketika itu
anda mengiranya sebagai teman setia? Sudah tentu jawapan yang diberikan
tidak dan anda akan menghukumnya sebagai munafiq. Qiyaslah contoh ini
kepada diri anda untuk mendapat jawaban mengenai kewajipan anda apabila
anda mendakwa sebagai muslim yang cinta kepada Islam. Sekiranya anda
mendakwa demikian bererti anda wajib memelihara Islam sebagai tanda
kecintaan kepadanya. Hendaklah anda merasa seronak bersama dengan Islam,
berusaha untuk taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya,
menasihati saudara seIslam atau siapa sahaja untuk memelihara Islam. Tidak
menyeleweng dari hukum-hukamnya, sentiasa mengarah tujuan hidup anda
untuk kepentingan Islam mengatasi kepentingan sendiri”.

:NOTA

9
Pengajian Islam

Selain itu anda juga seharusnya mewakafkan diri dan harta benda kepada Islam
demi menjauhkan segala bentuk yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada
Islam. Anda tidak harus mementingkan diri melebihi kepentingan Islam dan kaum
muslimin. Anda tidak sepatutnya hanya berpeluk tubuh memerhati segala bentuk
kehinaan yang dilemparkan kepada Islam dan kaum muslimin, sebagaimana anda tidak
harus membiarkan orang menghina dan menyakiti anda dan keluarga anda. Anda tidak
menolong musuh-musuh Islam sebagaimana anda tidak menolong musuh anda. Jadilah
diri anda, seorang yang sentiasa bersedia untuk berkorban diri dan harta demi
mempertahankan Islam dan kaum muslimin sebagaimana anda sanggup
mempertahankan diri anda dan keluarga. Jika anda tidak sanggup mempertahan Islam
sebagaimana mempertahan diri sendiri bermakna anda berbohong mengasihi Islam.

Asas-asas Syariat Islam

Islam mempunyai asas-asas yang kukuh untuk dipegang dan diikuti oleh setiap individu
muslim. Asas-asas berikut yang disebut sebagai Rukun Islam mempunyai lima perkara
yang mesti difahami dan dipatuhi oleh setiap penganutnya.

Pertama; Mengucap dua kalimah syahadah. Pengucapan syahadah ini mengandungi


pengertian bahawa seseorang itu telah menjadi muslim yang mana difardhukan atau
ditaklifkan ke atas mereka segala bentuk hukum Islam.

Kedua; Mendirikan solat fardhu lima waktu. Solat merupakan suatu bentuk pengabdian
diri seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Ia merupakan perkara fardhu dalam Islam
yang akan menentukan karekter seseorang muslim terhadap Tuhannya, agamanya dan
hubungan sesama makhluk di dunia.

Ketiga; Menunaikan zakat. Mereka yang mempunyai kemampuan berzakat wajib


melaksanakannya dengan kadar yang tertentu. Ia merupakan satu bentuk ibadah yang
dapat mensucikan diri daripada segala sifat mazmumah sekaligus dapat menjalinkan
hubungan yang baik sesama umat Islam yang lain.

Keempat; Puasa pada bulan ramadhan. Puasa boleh mendidik jiwa seseorang supaya
tidak terlalu mementingkan nafsu. Bahkan ia dapat mewujudkan satu suana keinsafan
dalam diri seseorang terhadap Tuhannya dalam melaksanakan segala suruhan-Nya.

:NOTA

10
Pengajian Islam

Kelima; Mengerjakan ibadah haji. Kewajipan ini hanya dikenakan sekali untuk seumur
hidup bagi mereka yang berkemampuan samada dari sudut fizikal mahupun material.

ISLAM

SYARIAH AKHLAK
AKIDAH Ibadah
Munakahat
Khalik
Rukun Iman Muamalat
Makhluk
Jinayat

 Akidah Islam

Naluri manusia amat memerlukan kepada pegangan dan kepercayaan dalam kehidupan
seharian mereka. kepercayaan atau akidah merupakan perkara asas dalam Islam.
Segala perbuatan, amalan dan akhlak terbina di atas asas tersebut. tanpanya seluruh
binaan serta kecantikan amalan akan roboh dan tidak berguna sedikit pun. Sehubungan
dengan itu kita perlu memahami konsep akidah yang benar serta memahami segala
tuntutannya kerana dari sinilah bermulanya kejayaan di dunia dan akhirat.

Pengertian akidah

Akidah menurut bahasa berasal daripada perkataan Arab ’aqada’ yang bermakna
ikatan, simpulan atau kontrak .

Sementara akidah menurut Istilah boleh difahami melalui tafsiran yang


dikemukakan oleh beberapa pandangan berikut:
:NOTA

11
Pengajian Islam

 Ibn Taimiyyah: Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati akan menjadi tenang
denganya dan penganutnya memperolehi keyakinan serta tidak mempunyai
sebarang keraguan.
 Imam al-Ghazali: Membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa
sebarang keraguan dan syak.

Daripada pengertian berikut akidah merupakan suatu keyakinan yang teguh,


terletak dalam lubuk hati seseorang yang berbentuk satu ikatan yang sangat erat antara
hamba dengan Tuhannya dan ia tidak dapat digugat dengan apa jua bentuk keraguan.

Akidah Islam tidak pernah berubah kerana ia merupakan satu kebenaran yang
datang dari Allah Yang Maha Esa. Di samping itu kita hendaklah meyakini bahawa
hanya akidah Islam sahaja yang sempurna dan tidak perlu sama sekali kepada
pemindaan atau sandaran kepada sumber-sumber yang lain dari Allah s.w.t. Semua
agama selain daripada Islam adalah jelas tertolak (batil) kerana ia tidak bersumberkan
kepada sumber yang betul iaitu daripada Allah s.w.t.

Akidah tauhid merupakan teras kepada Islam. Berteraskan kepada Akidah tauhid
tersebut maka lahirnya perundangan dan peraturan yang menghubungkan manusia
dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan
alam semesta.

Kedudukan akidah Islam

Akidah Islam ialah akidah yang diajar oleh semua nabi untuk umat manusia.
Akidah Islam tidak diambil dari seseorang tetapi melaui nabi yang diutuskan oleh
Allah s.w.t.
Membersihkan kepercayaan dari sebarang syirik. Keseluruhan nabi membawa
akidah yang satu iaitu mentauhidkan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk
kesyirikan.
Memperbetulkan kepercayaan terhadap hari pembalasan. Pelbagai kepercayaan
tentang hari pembalasan yang bersumberkan dongengan atau khayalan sehingga
membawa kepada perkara yang tidak logik. Lantaran itu Islam menjelaskan
fonomena pembalasan yang tepat kepada manusia untuk difahami dan diyakini.
Memperjelaskan kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib.

:NOTA

12
Pengajian Islam

Skop ilmu akidah

Ilmu akidah atau tauhid membicarakan perihal ketuhanan, berhubung dengan sifat,
perbuatan dan nama-nama-Nya yang mulia. Seterusnya perihal kenabian iaitu
mengenai sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi nabi serta berhubung dengan
perkara-perkara ghaib, para malaikat hari kiamat dan lain-lain.

Hukum mempelajari ilmu akidah terbahagi kepada dua bahagian:

 Fardhu ain iaitu berkewajiban kepada setiap individu muslim yang mukallaf.
Kewajiban ini mesti dipenuhi walaupun mempelajarinya secara ringkas.
 Fardhu kifayah iaitu mesti ada di kalangan masyarakat Islam yang mendalami
Ilmu tauhid secara terperinci bagi menolak keraguan yang ditimbulkan oleh
musuh terhadap akidah Islam.

Kepentingan akidah Islam

Sebenarnya akidah Islam merupakan satu perkara yang sangat penting kepada
manusia seperti mana pentingnya air dan udara. Tanpa akidah manusia akan
kehilangan arah tujuan dan kawalan ke atas dirinya.

Akidah Islam bertujuan menjelaskan persoalan-persoalan yang sentiasa berlegar


dalam pemikiran manusia seperti dari mana asal-usul kejadian, kenapakah ia dijadikan,
siapakah penciptanya, kemanakah kesudahanya dan lain-lain lagi. Persoalan-persoalan
tersebut akan terjawab melalui keyakinan kepada Pencipta dan tujuan akidah Islam
ialah mengajak manusia menyakini Pencipta iaitu Allah serta mentauhidkan Allah s.w.t.
dengan sebenarnya. Apabila kita menyebut mentauhidkan Allah ia bermaksud
mengesakan Allah dalam semua perkara sama ada kepercayaan, ibadat dan tingkah
laku. Tauhid dalam kepercayaan ialah Allah sahaja sebagai tuhan yang diyakini. Tauhid
dalam ibadat iaitu mengarahkan seluruh ibadat hanya kerana Allah dan tidak
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu. Manakala tauhid dalam tingkah laku iaitu
berkelakuan baik dengan menuruti segala perintah Allah.

Perlu kita ketahui bahawa akidah tauhid merupakan syarat kepada penerimaan
segala bentuk ibadat yang dilakukan oleh seseorang. Akidah tauhid merupakan kunci
untuk memasuki syurga dan penyelamat daripada neraka atau penyelamat daripada

:NOTA

13
Pengajian Islam

terus kekal dalam neraka. Akidah tauhid juga memberi harapan untuk menerima syafaat
dari Allah s.w.t. Bagi amalan baik yang dilakukan oleh orang-orang bukan muslim hanya
akan diberi ganjarannya di dunia ini saja namun di akhirat mereka tetap akan menerima
balasan disebabkan mereka tidak mengenali dan mengakui akan keesaan Allah s.w.t.
sebagai Pencipta yang Maha Kuasa.

Pembahagian tauhid

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian:

Pertama: Tauhid rububiyyah

Mengakui bahawa Allah adalah tuhan yang Maha Pencipta, Pentadbir, yang
menghidupkan dan yang mematikan, yang Maha Berkuasa, yang memiliki sesuatu, yang
memberi manfaat, yang menolak mudharat, yang memberi sesuatu, yang menyekat
sesuatu serta segala ciptaan dan segalanya adalah milik Allah.

Pengakuan terhadap rububiyyah merupakan fitrah semulajadi seluruh manusia.


Ini termasuk kaum kafir musyrikin Mekah yang menentang Nabi Muhammad s.a.w.
Namun terdapat beberapa golongan yang menolak tauhid ini. Mereka dikategori sebagai
golongan yang tidak mempercayai tuhan seperti komunis atau atheis.

Golongan yang beragama mengakui tauhid rububiyyah ini. Sesungguhnya


mereka yang mempunyai tauhid rububiyyah tanpa menerima tauhid uluhiyyah tidak akan
mendatangkan sebarang faedah kepada mereka di hari kiamat nanti kerana dengan
hanya tauhid ini belum menjadikan seseorang itu Islam atau beriman.

Kedua: Tauhid uluhiyyah / Tauhid ’ubudiyyah

Mengesakan Allah yang sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah atau
diabdikan melalui segala jenis ibadat seperti solat dan berdoa. Pada hakikatnya tauhid
ini merangkumi bahagian tauhid yang lain tetapi tidak sebaliknya. Dengan kata lain,
mentauhidkan Allah s.w.t. dalam rububiyyah serta tauhid terhadap nama dan sifat-Nya
tidak bermakna seseorang itu telah mentauhidkanya dalam uluhiyyah. Tauhid uluhiyyah
inilah yang membezakan Islam dengan kufur. Tauhid ini jugalah yang menjadi
kepentingan kepada dakwah para nabi dan rasul. Kepentingan tauhid ini terbukti apabila

:NOTA

14
Pengajian Islam

ia terkandung di dalam kalimah ”LA ILAHA ILLA ALLAH”. Tauhid ini akan dapat
disempurnakan apabila disertakan dengan Ilmu pengetahuan, keyakinan, ketaatan,
menurut perintah, membenarkan, ikhlas dan kasih hanya kepada Allah s.w.t..

Ketiga:Tauhid al-asma wa al-sifat (nama-nama dan sifat-sifat)

Percaya dan membenarkan segala nama dan sifat mulia yang dimiliki Allah s.w.t.
sepertimana yang diterangkan melalui al-Quran dan al-Sunnah tanpa ada sebarang
bentuk perubahan pada lafaz-lafaz dan maknanya atau menafikan keseluruhan atau
sebahagian darinya atau menentukan hakikat atau cara-cara tertentu baginya atau pun
menyerupakannya dengan sifat-sifat makhluk.

Dalam tauhid ini terdapat beberapa perkara yang boleh membawa kepada syirik.
Antaranya menamakan sembahan dengan nama-nama Allah, menamakan Allah yang
maha suci dengan nama-nama yang buruk dan mensifatkan-Nya dengan sifat
kekurangan, menamakan Allah dengan nama yang tidak layak dengan keagongan-Nya,
mengingkari mana-mana nama Allah atau sifatnya yang telah disebut dalam al-Quran
dan al-Sunnah.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga tauhid ini dilihat saling berhubung antara


satu sama lain dan tiada mencukupi sebahagian tanpa bahagian yang lain. Pendek kata,
tauhid seseorang itu tidak akan sempurna sehingga berhimpun ketiga-tiga bahagian
tauhid ini.

Akidah dan amalan

Akidah merupakan keyakinan hati terhadap setiap perkara ghaibiyyat/sam’iyyat yang


disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Namun kesempurnaan akidah itu tidak akan terhasil
tanpa disusuli dengan amal perbuatan. Amalan inilah yang menjadi ukuran keimanan
seseorang. Pada dasarnya apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah
maka ia telah dianggap sebagai seorang muslim. Apabila ditambah pula dengan
amalan-amalan yang mahmudah maka ia digelar sebagai seorang mukmin dan apabila
sempurna iman seseorang sehingga sampai kepada kemuncaknya iaitu peringkat ihsan
maka ia digelar sebagai seorang muhsin.

:NOTA

15
Pengajian Islam

Dengan ini kita melihat bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurangan
menurut amalan seseorang mukmin. Iman bermaksud membenarkan dengan hati,
menyebut dengan lidah dan beramal dengan perbuatan. Amalan hati iaitu membenarkan
dan menyakini dengan hati. Amalan lidah iaitu mengucap dengan dua kalimah syahadah
dan berikrar melaksanakan tuntutan syahadah tersebut. Amalan pula ialah
melaksanakan apa yang diyakini dan diucapkan dalam bentuk perbuatan seperti
melakukan sembahyang, menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran.

Menurut al-Quran dan al-Hadith, iman itu boleh bertambah dengan ilmu dan
amal. Iman melebihi tujuh puluh bahagian dan seseorang yang berbudi pekerti mulia
menunjukkan ketinggian imannya. Begitulah juga iman boleh berkurang dengan
kejahilan dan maksiat.

Antara perkara yang boleh menambahkan iman seseorang adalah:

 Ilmu: Usaha mempertinggikan ilmu boleh menambahkan pengetahuan dan


memberikan keyakinan terutama sekali ilmu dalam bidang akidah.
 Amalan: Keimanan hati mesti dibuktikan dan diiktiraf melalui amalan anggota
dengan melaksanakan suruhan serta menjauhi larangan-Nya. Oleh itu
menambahkan amalan akan bertambahnya keyakinan dan mengurangkan
amalan akan menceburkan diri ke dalam maksiat sekaligus mengurangkan
keimanan seseorang mukmin.
 Zikirullah: Mengingati Allah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
keagongan-Nya. Zikir menghubungkan diri dengan Pencipta. Justeru,
kekurangan zikir boleh melalaikan dan menjadikan seseorang itu lupa akan
Allah s.w.t. serta mengurangkan keimanannya.

Asas-asas akidah Islam

Islam mestilah didirikan di atas asas akidah yang benar iaitu berasaskan kepada rukun
iman yang enam:

 Beriman kepada Allah iaitu beriktiqad bahawa Allah Maha Pencipta dan hanya
Dia sahajalah yang berhak disembah dengan segala sifat-Nya yang mulia.
 Beriman kepada para Malaikat, makhluk yang diciptakan daripada cahaya untuk
melaksanakan segala perintah Allah tanpa sebarang bantahan.

:NOTA

16
Pengajian Islam

 Beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. iaitu Taurat, Injil,
Zabur dan al-Quran serta Suhuf-suhuf yang lain.
 Beriman kepada para rasul iaitu bermula dari Adam a.s. sehinggalah nabi kita
Muhammad s.a.w.
 Beriman kepada Hari akhirat iaitu hari kiamat yang merupakan hari pembalasan
untuk manusia keseluruhannya.
 Beriman kepada Qada’ dan Qadar iaitu redha kepada apa yang ditentukan Allah
s.w.t. sama ada baik mahupun buruk.

Akidah adalah berbentuk kepercayaan yang bersemi di dalam hati dengan rasa
yakin dan benar. Tanpa kepercayaan kepada perkara-perkara asas tersebut seseorang
itu masih belum boleh digelar muslim. Begitu juga mereka yang rosak pegangan
akidahnya maka rosaklah Islamnya.

Keistimewaan akidah Islam

Akidah Islam mempunyai ciri dan keistimewaan yang tersendiri sekaligus membuktikan
kesucian dan keluhurannya;

 Hubungan teguh antara makhluk dan Pencipta. Hubungan ini sukar ditafsirkan
kerana lebih berbentuk hubungan hati dan jiwa.
 Akidah Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, bukannya diambil ditepi-
tepi jalan atau disampaikan oleh orang-orang tertentu yang sudah semestinya
banyak kelemahan.
 Ikhlas tanpa paksaan. Mereka yang menerima akidah Islam akan sebati jiwanya
dengan perasaan ikhlas dan rela hati kerana tiada paksaan dalam Islam untuk
menerimanya.
 Akidah Islam sentiasa teguh dan benar tidak berganjak dengan ugutan dan tidak
berubah dengan berubahnya masa dan tempat. Akidah yang salah tidak dapat
menghasilkan keyakinan kepada hati penganutnya. Mereka tetap akan mencari
kebenaran dan ternyata kebenaran itu hanya pada akidah Islam.
 Tidak bertentangan dengan fitrah manusia dan bersifat sederhana.

:NOTA

17
Pengajian Islam

Tanggungjawab seseorang mukmin terhadap akidah Islam

Setelah kita memahami ketinggian akidah Islam yang mempunyai segala keistimewaan,
maka kita perlu menjadikannya berperanan dalam hidup kita dengan cara:

 Patuh kepada Allah. Akidah Islam menjadikan seseorang itu taat kepada perintah
Allah serta sanggup meniggikan syiar Islam walau dimana jua dia berada tanpa
merasa takut kepada makhluk dan musuh-musuh Allah.
 Membentuk segala tingkah laku dan amalan yang baik kerana yakin terdapatnya
dosa dan pahala.
 Membangun diri dan sentiasa bercita-cita untuk membentuk kemajuan diri serta
mempertingkatkan keimanan dari semasa ke semasa.
 Bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain kerana iman
mengarahkan seseorang mukmin kasih kepada mukmin yang lain serta sanggup
menolong saudaranya ketika diperlukan.
 Menjadi contoh dan memberi tauladan yang baik kepada masyarakat. Iman
bukan sahaja kepercayaan kepada tuhan tetapi lebih daripada itu menjadi
tauladan dan petunjuk jalan kepada orang lain.
 Menjauhkan diri dari segala bentuk khurafat yang tidak ada kena mengena
dengan Islam kerana ia boleh menjejaskan akidah seseorang.
 Meyakini segala ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w sama ada ia
bertepatan dengan nafsu atau sebaliknya.

Seseorang muslim wajib menjauhkan diri dari segala bentuk syirik terhadap Allah
s.w.t. kerana ia adalah punca segala bentuk penyelewengan dan merupakan satu
kezaliman yang amat dahsyat. Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa mereka yang
melakukan syirik terhadap-Nya.

Syirik (menyekutukan Allah s.w.t.)

Syirik merupakan penafian kepada tauhid. Manusia pada peringkat awalnya adalah
menyembah Allah s.w.t. dan mempunyai akidah yang satu. Terdapat riwayat dari Ibnu
Hibban bahawa Rasulullah s.a.w. menyebut antara Nabi Adam dan nabi Nuh ialah
sepuluh kurun dan kesemua mereka adalah menganut Islam. Bermulanya
penyelewengan syirik adalah akibat daripada pemujaan kepada orang-orang soleh yang
berlebihan di zaman Nabi Nuh a.s. Pada peringkat awalnya mereka melukis dan

:NOTA

18
Pengajian Islam

memahat patung seseorang untuk mengenang jasa dan mengingatinya. Tetapi sampai
satu ketika mereka memujanya pula dan menganggap patung tersebut sebagai jelmaan
tuhan dan sebagainya yang membawa kepada syirik.

Syirik boleh dibahagi kepada dua kategori:

1. Syirik besar

Menyekutukan, menyembah atau mengabdikan diri kepada selain daripada Allah s.w.t.
Seseorang itu akan menjadi syirik dengan mengiktiraf sesuatu makhluk sebagai sekutu
bagi Allah walaupun dia sedar bahawa ia tdak setaraf dengan keagongan dan
kebesaran Allah. Syirik besar juga boleh berlaku sekiranya kita menolak hukum hakam
yang telah ditetapkan Allah dengan jelas dan diganti atau dipinda dengan ketetapan
yang lain. Seseorang yang melakukan syirik akan menyebabkan:

a) Segala amalannya ditolak.


b) Dirinya kekal di dalam neraka jahanam.
c) Allah mengharamkan syurga baginya.

2. Syirik kecil

Syirik kecil tidak sama dengan syirik besar kerana ia tidak menyebabkan seseorang itu
kufur tetapi ia boleh membatalkan pahala amalan seseorang. Syirik ini tidak boleh
dipandang mudah oleh seseorang kerana ia juga kemungkinan boleh membawa kepada
syirik yang besar, bergangtung kepada niat seseorang. Antara contoh syirik kecil:

a) Riak, menunjuk-nunjuk amalannya kepada seseorang.


b) Bersumpah selain dari nama-nama Allah.
c) Mempercayai kuasa pada benda seperti tangkal, cincin dan sebagainya.

Kufur (menentang tauhid)

Kufur adalah pengingkaran terhadap akidah tauhid. Sesiapa yang mengingkari akidah
tauhid sama ada keseluruhannya seperti komunis yang menolak tuhan, nabi, kitab dan
hari kiamat atau mengingkari sebahagiannya seperti sekular, maka ia adalah kafir bukan
seorang yang muslim lagi. Wajib kita ketahui bahawa akidah tauhid tidak boleh dicerai

:NOTA

19
Pengajian Islam

dan diasingkan antara satu sama lain dan ia adalah satu ikatan yang kukuh yang tidak
boleh dipisahkan sama sekali.

Amalan dan sebutan yang boleh dihukum kafir

Kekufuran bermaksud mengingkari usul-usul akidah Ia juga bolah berlaku melalui


amalan atau sebutan yang menjejaskan akidah seseorang seperti melakukan amalan-
amalan syirik, menyembah selain daripada Allah, sujud kepada makhluk, menghina
utusan tuhan (Rasul), mencela al-Quran, menafikan perkara wajib, mengharamkan yang
halal. Seseorang itu juga boleh terkeluar daripada akidah Islam dengan sebutan-
sebutan yang menghina Allah dan rasul-Nya ataupun mempermainkan agama Islam
termasuklah menerima pemikiran-pemikiran sesat seperti pemikiran komunis, teori-teori
yang bertentangan dengan Islam atau mendakwa hukum Islam tidak sesuai di zaman
sekarang kerana zaman telah berubah. Perkara ini semua boleh meragut keislaman
seseorang dan menjadikan mereka kufur terhadap akidah Islam. Allah telah berfirman:

“Katakanlah wahai Muhammad! Adakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-


Nya kamu mempersendakan? Usahlah kamu berdalih kerana sesungguhnya
kamu telah kafir setelah kamu beriman”
(At-Taubah: 65-66).

 Syariah Islam

Manusia berhajat kepada sistem peraturan dalam menjalani kehidupan mereka. Tanpa
peraturan manusia akan hidup dalam keadaan kecelaruan dan huru hara. Atas sebab
itulah Allah s.w.t. menurunkan sistem peraturan kepada manusia bagi membimbing dan
memandu mereka kepada kebenaran dan kedamaian. Peraturan yang diturunkan oleh
Allah s.w.t. disebut sebagai syariat Islam.

Pengertian syariah

Syariat dari segi bahasa bermaksud jalan yang lurus atau sumber air yang mengalir.
Manakala dari segi istilah pula bermaksud segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh

:NOTA

20
Pengajian Islam

Allah s.w.t. untuk manusia yang disampaikan oleh para Rasul-Nya iaitu berupa hukum
hakam, sama ada berhubung dengan amalan mahupun kepercayaan.
Syariah Islamiyyah ialah segala yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk
manusia melalui wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang
terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Seringkali juga kalimah syariah dikhususkan kepada erti hukum-hakam


amaliyyah (amalan), mengenai ibadat dan muamalat. Namun begitu ruang lingkup
perbincangan syariah sangatlah luas. Syariah menurut pengertian umum iaitu segala
hukum syariat Islamiyyah yang berhubung dengan hukum-hakam itiqadiyah
(kepercayaan) hukum-hakam amaliyyah (ibadat dan muamalat) hukum hakam
Khuluqiah (akhlak)

Matlamat syariah

Matlamat syariah yang disebut juga sebagai Maqasid Syariah ialah matlamat-matlamat
dan hikmah-hikmah yang telah diletak atau ditetapkan oleh syarak bagi memelihara
maslahah atau kepentingan manusia di dunia dan akhirat. Kepentingan mengetahui
maqasid syariah:

 Memahami nas-nas syarak dan mengaplikasikannya ke atas masalah yg baru


timbul atau berdalil dengannya ke atas hukum masalah tersebut.
 Kompromi antara dalil-dalil yang bertentangan dan mengetahui dalil yang lebih
utama diterima pakai atau ditinggalkannya.

Sesungguhnya Syariah Islam diperuntukkan adalah untuk memelihara maslahah


atau kepentingan umat manusia di dunia dan akhirat. Ia bertujuan memberi kebaikan
atau menghalang kemudharatan ke atas manusia. Ianya berdasarkan kepada penelitian
yang mendalam terhadap kehendak-kehendak hukum.

Setiap hukum yang ditetapkan oleh syarak mempunyai tiga perkara yang
melazimi setiap pensyariatannya. Antaranya ialah:

 Sebab pensyariatan (illah).


 Hikmah pensyariatan
 Matlamat pensyaritan

:NOTA

21
Pengajian Islam

Setiap hukum yang ditentukan oleh Islam adalah bermatlamatkan kebaikan


kepada manusia sama ada berbentuk memberi manfaat atau menolak segala
kerosakan. Semuanya untuk membahagiakan individu dan masyarakat serta
menjauhkan mereka daripada segala dosa dan kejahatan. Oleh itu segala tuntutan
melaksanakannya sudah pasti mengandungi kebaikan di dunia dan di akhirat dan begitu
pula sebaliknya.

Maqasid al-syariah bertujuan untuk memelihara maslahah atau kepentingan


manusia. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. Maqasid Daruriyyah
Maqasid asasi yang sangat diperlukan oleh manusia dalam menjamin
kemaslahatan hidup di dunia dan agama. Ia terbahagi kepada lima iaitu
agama, nyawa, akal, nasab dan harta.
2. Maqasid Hajiyyah
Maqasid yang diperlukan oleh manusia untuk mendapatkan kemudahan
dan mengelakkan kerosakan dalam menjaga lima maslahah daruriyyah.
3. Maqasid Tahsiniyyah
Maqasid yang dapat menyempurnakan keperluan dan perilaku manusia
melalui perkara-perkara yang baik dan mulia.

Di samping mewajibkan ketiga-tiga perkara tersebut peraturan lain turut


disertakan untuk mengemas dan menyempurnakanya. Contohnya seperti solat didahului
dengan azan dan digalakkan menjimatkn air ketika berwudhuk.

Tertib memelihara hukum daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah

Ahli usul fiqh telah menetapkan bahawa maqasid daruriyyah hendaklah diutamakan ke
atas maqasid hajiyyah dan tahsiniyyah. Begitu juga halnya dalam menetapkan
keutamaan sesama maqasid daruriyyah. Maslahah agama hendaklah diutamakan ke
atas maslahah nyawa dan seterusnya pula ke atas akal, nasab dan harta.

Ahli usul fiqh telah menetapkan maqasid daruriyyah mesti diutamakan kerana
tanpanya manusia akan menderita hidup di dunia serta hilang nikmat di akhirat.

:NOTA

22
Pengajian Islam

Sedangkan membelakangi maqasid hajiyyat tidak menyebabkan cacat sistem hidup


melainkan hanya mengakibatkan kesusahan dan kesukaran di dunia.
Begitu pula maqasid hajiyyah yang mesti didahulukan dari maqasid tahsiniyyah.
Ini kerana ketiadaan maqasid hajiyyah akan membawa kepayahan dan kesukaran
dalam kehidupan berbanding dengan ketiadaan maqasid tahsiniyyah yang hanya
memberi keselesaan dan kesempurnaan hidup, kemuliaan akhlak, ketinggian maruah
serta keindahan adat. Jika hilangnya maqasid tahsiniyyah tidaklah mencacatkan
kehidupan manusia.

Kesemua hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menjamin
kebaikan dan kebahagian manusia di dunia dan di akhirat. Sama ada ia berbentuk
perintah atau larangan dan sama ada kita mengetahui hikmahnya ataupun sebaliknya.

 Akhlak Islam

Akhlak merupakan ketinggian nilai seseorang muslim. Oleh kerana itulah akhlak dan
budi pekerti amat diberi perhatian oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan antara tujuan
pengutusan Baginda s.a.w. adalah untuk memperbetulkan budi pekerti manusia yang
telah rosak. Kecemerlangan sesuatu ummah amat dipengaruhi oleh sikap dan akhlak
yang unggul manakala kejatuhan sesebuah tamadun itu boleh disebabkan kemelesetan
akhlak masyarakatnya. Oleh sebab itu usaha mendidik manusia ke arah yang berakhlak
mulia merupakan tanggungjawab utama kepada para pendakwah dan pihak-pihak yang
berwajib.

Istilah akhlak berasal daripada perkataan Arab iaitu ’khuluq’ yang bermaksud
perangai, tabiat, dan sifat semulajadi. Khuluq adalah gambaran kepada batin seseorang.
Manakala khalqu adalah sifat lahiriyah bagi manusia. Justeru, manusia perlu memiliki
kedua-dua sifat ini untuk mendapatkan akhlak yang mulia. Manakala daripada sudut
istilahnya pula bermaksud:

a) Keadaan jiwa yang melahirkan perbuatan baik atau jahat tanpa perlu melalui
pertimbangan fikiran dan teragak-agak.
b) Suatu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang untuk menghasilkan
segala perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan
pemikiran. Sekiranya ia bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah maka
diangap sebagai perbuatan yang baik. Begitulah pula sebaliknya.
:NOTA

23
Pengajian Islam

Dengan kata lain, akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan untuk melakukan
sesuatu perbuatan tetapi ia merupakan punca kepada wujudnya tingkah laku itu. Ia lahir
secara spontan atas dorongan jiwanya dan bukan kerana dorongan atau paksaan yang
datang dari luar.

Untuk melahirkan akhlak Islam yang murni beberapa aspek perlu fahami iaitu
antaranya:

1. Memiliki iman yang mantap iaitu kepercayaan dalam hati disertai dengan
amalan oleh anggota badan.
2. Mempunyai sifat taqwa iaitu memelihara dan menjauhkan diri daripada
melakukan perkara yang dilarang dan dimurkai oleh Allah s.w.t.
3. Memiliki sifat ihsan iaitu merasakan diri sentiasa diperhati oleh yang Maha
Kuasa. Golongan muhsinin sentiasa berbudi pekerti, melakukan sesuatu
yang baik, mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan perbuatan batin
dengan keikhlasan.

Akhlak dalam Islam telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. bersesuaian dengan fitrah
manusia. Oleh itu ia dianggap syumul, menyeluruh serta universal iaitu mencakupi
akhlak dalam berpolitik, berekonomi, bersosial, perundangan, pentadbiran dan
pendidikan bahkan sesuai pada setiap masa dan tempat.

Secara keseluruhannya akhlak Islam adalah seimbang antara tuntutan rohani


dan jasmani, dunia dan akhirat, zahir dan batin sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t
bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia. Akhlak Islam juga mudah serta tidak
menyusahkan sesuai dengan kemampuan dan tabiat manusia.

1.3 CIRI-CIRI UTAMA KEISTIMEWAAN ISLAM

Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada agama-agama yang lain.
Keistimewaan ini wujud kerana ia datang dari Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui akan
kehendak dan keperluan hamba-hamba-Nya, sekaligus menjadikan Islam ini sesuai
setiap zaman dan tempat. Antara keistimewaan tersebut:
:NOTA

24
Pengajian Islam

1. Rabbaniyyah (ketuhanan)

Islam diasaskan kepada intisari Tauhid. Keagungan Allah menjadi pusat kepada seluruh
kegiatan kehidupan manusia membina cara hidup mereka. Semua merujuk kepada
peraturan yang telah ditentukan Allah. Akidah Tauhid dan peraturan agama menjadi
sebati, sepadu dan selari dengan seluruh sistem kehidupan muslim. Tauhid, syariah dan
akhlak yang datang dari Allah tidak boleh terpisah atau dipisahkan. Sifat rabbaniyyah
merangkumi prinsip-prinsip berikut:
a) agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.
b) Islam dan seluruh makhluk adalah kepunyaan Allah s.w.t.
c) Allah s.w.t. sebagai pencipta peraturan hidup
d) Islam suatu pegangan yang kukuh dan bersih daripada sebarang
kekurangan dan dorongan hawa nafsu

2. Waqi’iyyah (realistik)

Islam adalah agama yang logik dan dapat difahami oleh sesiapa sahaja, ajarannya
sederhana dan tidak menyusahkan. Dalam Islam tidak terdapat perkara khurafat dan
dongengan juga tidak terdapat kependitaan yang berkuasa mengurang atau menambah
sesuatu dalam urusan agama. Sifat waqi’iyyah terhasil daripada prinsip-prinsip berikut:
a) praktikal
b) menyelesaikan masalah
c) kesederhanaan

3. Tawazun (keseimbangan)

Islam mementingkan keseimbangan antara tuntutan roh dan jasad. Manusia tidak
dihalang untuk memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut. Islam datang untuk memberi garis
panduan dalam kehidupan bukannya menjauhkan manusia daripada kehidupan.

4. Syumuliyyah (kesempurnaan)

Islam adalah agama yang sempurna mencakupi segala aspek kehidupan, tidak hanya
mementingkan ibadat khusus semata-mata dan meminggirkan aspek yang lain.
Kesyumulan Islam ini hendaklah diterima oleh umat Islam dan janganlah hanya

:NOTA

25
Pengajian Islam

menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain kerana ini boleh menjejaskan
keislaman dan keimanan seseorang. Prinsip-prinsip syumuliyyah adalah seperti berikut:
a) kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t.
b) semua makhluk yang hidup terikat dengan masa, tempat dan ruang
tertentu.
c) Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi

5. Wasatiyyah (kesederhanaan)

Islam menggalakkan umatnya berkerja bersungguh-sungguh untuk kepentingan hidup di


dunia tanpa mengenepikan kepentingan akhirat. Justeru setiap perlakuan hendaklah
dilakukan kerana Allah s.w.t. Ianya penting untuk mengawal keinginan nafsu daripada
lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah s.w.t.

6. ’Alamiyyah (universal)

Islam adalah untuk semua bangsa tanpa membezakan antara keturunan Arab atau
a’jam. Islam tidak memandang kemulian melalui ras tertentu tetapi mereka yang paling
mulia di sisi Islam ialah yang paling bertaqwa kepada Allah. Islam juga tidak
membebankan perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh manusia dan
menyusahkan kehidupan mereka. Sifat ’alamiyyah berasaskan kepada prinsip-prinsip
berikut:
a) manusia sebagai sebaik-baik kejadian
b) nilai keadilan Islam bersifat sejagat
c) Islam sentiasa menekankan amar makruf nahi mungkar
d) Islam menjamin hak asasi manusia

7. As-sabat wal murunah (tetap dan anjal)

Perkara-perkara pokok atau asas dalam Islam adalah jelas dan tetap tanpa perlu kepada
ijtihad oleh manusia. Adapun perkara-perkara cabang yang kebanyakannya berbentuk
umum, bukan qatie memerlukan kajian dan ijtihad dari kalangan ulamak supaya ia
bersesuaian dengan kehidupan manusia. Dengan terdapatnya keistimewaan ini
menjadikan Islam sentiasa relevan di setiap masa dan tempat. Sifat sabat mestilah
berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut:
a) akidah
b) ibadah

:NOTA

26
Pengajian Islam

c) ketetapan hukum syariah

Sementara prinsip-prinsip murunah adalah seperti berikut:


a) Islam agama yang mudah
b) dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan

Berdasarkan ciri-ciri atau sifat-sifat tersebut kita dapat memahami bahawa Islam
adalah agama fitrah yang sesuai untuk seluruh manusia di sepanjang zaman dan
tempat. Keistimewaan yang terdapat pada ajaran Islam tidak dapat ditandingi oleh
mana-mana agama kerana ajarannya terbatas juga tidak memenuhi aspek kehidupan
manusia. Ajaran Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada
akidah, ibadat, muamalat mahupun akhlak, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah
kepada perkara-perkara yang besar dan tidak ada urusan manusia yang tidak disebut
dan diambil berat oleh Islam. Kesyumulan inilah yang mengangkat Islam sebagai satu-
satunya agama yang diterima oleh Allah s.w.t.

1.4 HUBUNGAN ALLAH, MANUSIA DAN ALAM

Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. bersifat hubungan antara hamba dengan
Penciptanya. Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan paling mulia
dalam kehidupan manusia mengatasi hubungan yang wujud antara manusia dengan
mana-mana manusia atau makhluk yang lain. Oleh sebab itulah segala kecintaan dan
kemahuan yang bertentangan dengan kecintaan dan kemahuan Allah s.w.t. maka
dengan sendirinya terbatal. Manusia harus menyedari bahawa kejadian manusia dan
alam membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.

Alam dicipta agar dapat dimanfaatkan oleh manusia. Alam menyediakan


pelbagai perkara yang menjadi keperluan kehidupan manusia dan manusia perlu
memelihara kepentingan alam bagi kesejahteraan mereka. Hubungan antara Allah,
manusia dan alam dapat difahami dengan jelas berdasarkan hak-hak khusus yang ada
pada setiap satunya.

:NOTA

27
Pengajian Islam

Hak-hak Allah s.w.t. Hak-hak manusia Hak-hak alam


 Menjadikan  Mengenal diri dan  Sunnatullah
manusia Pencipta  Keperluan bagi
 Menetapkan  Mengetahui garis manusia
peraturan panduan  Tanda kebesaran
 Memberi  Memilih kebaikan Allah s.w.t.
kebebasan memilih  Menunaikan ibadah
 Persediaan untuk
hari pembalasan

1.5 ISLAM DAN JIHAD

Pengertian jihad
Jihad berasal daripada perkataan Arab ’al-Juhd’ yang bererti menghadapi keberatan,
kesukaran dan kesusahan. Manakala maksud dari segi Istilah ialah mencurahkan segala
daya usaha dan kekuatan bagi menghadapi mereka yang menentang agama Allah
termasuklah hawa nafsu, syaitan dan segala bentuk kefasikan. Jihad juga bermaksud
setiap usaha yang dilakukan dengan curahan daya dan tenaga kekuatan untuk
mencapai satu matlamat dan cita-cita Islam, keampunan Allah s.w.t. serta keredaan dan
rahmat-Nya samada melalui perkataan ataupun perbuatan.

Perkataan jihad yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah tidak boleh
disamakan dengan ’Holywar’ semata-mata seperti yang difahami oleh musuh-musuh
Islam kerana ia akan memberi maksud agama yang ganas dan suka berperang. Namun
sebaliknya pengertian jihad lebih menyeluruh dan sangat luas merangkumi pelbagai
aspek kehidupan manusia. Berdasarkan pengertian jihad di atas, terdapat tiga ciri utama
di dalamnya iaitu:

 usaha yang jitu


 matlamat yang mulia dan jelas
 terdapat kesukaran atau halangan untuk mencapainya

:NOTA

28
Pengajian Islam

Pembahagian Jihad :

1. Menentang
golongan Kuffar: Jihad dalam menentang musuh Islam dengan mengunakan seluruh
jiwa raga, harta, fikiran, lidah dan hati.

2. Mengekang hawa
nafsu: Jihad mengekang hawa nafsu dan tipu daya syaitan dengan membersihkan jiwa
dan mensucikan hati dari sifat-sifat yang terkeji untuk diisi degan sifat-sifat yang mulia.
jihad ini mempunyai medan yg luas, perjuangannya tidak terbatas dan terhad bagi
menangkis serangan musuh yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera. Ibn Qayyim
menjelaskan jihad nafsu dapat dilakukan dengan menolak bisikan yang dilempar ke
dalam hati dan melawan bisikan syaitan di dlm hati yang sentiasa mengajak manusia
melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Apabila gagal menundukkan hawa nafsu
yang bersarang di hati, tidak mungkin dapat memerangi musuh yang berada di luar.

3. Menentang syaitan: Jihad dengan menolak segala perkara syubhat dan menolak
segala kecenderungan hawa nafsu kepada kemungkaran kerana telah dihasuti oleh
syaitan. Menyakini dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan
menjauhi segala larangan-Nya

4. Menentang kefasikan: Jihad dengan mengunakan kuasa, lidah atau hati.

5. Jihad terhadap golongan munafiq: Memusuhi dan memerangi orang-orang yang


berpura-pura beriman kepada Allah s.w.t.

6. Jihad terhadap kemungkaran dan kezaliman: Setiap individu muslim wajib


memerangi sebarang bentuk kemungkaran dan kezaliman melalui prinsip amar makruf
nahi mungkar.

Perselisihan pandangan tentang jihad

Pendapat Pertama:

:NOTA

29
Pengajian Islam

Jihad agong ialah jihad memerangi golongan kuffar berdasarkan dalil:

1. Al-Quran: “Perangilah orang yang tidak beriman dengan Allah dan


hari kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-
Nya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar di antara ahli kitab kecuali
mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasai diri mereka ditawan”
[al-Taubah:29]

2. Hadith: “saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai


sehingga mereka berkata: ‫ول هللا‬LLL‫د الرس‬LL‫ه اال هللا محم‬LL‫ الال‬, dan sekiranya mereka berkata
sedemikian, maka mereka telah menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda
mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab)”.
Hadith: “Al-Jihad telah wujud semenjak Allah mengutuskan saya sehingga yang terakhir
di antara ummah saya memerangi dajjal. Tiada kezaliman yang zalim atau keadilan
yang adil akan menghentikannya”

3. Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islamiyah (kerajaan


Islam) untuk menyebarkan syiar Islam dan menghapuskan segala bentuk halangan
kepada dakwah Islam. Inilah jalan yang dapat menyampaikan Islam ke seluruh dunia
pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat dan khulafa al-Rasyidin. Namun kaedah
yang digunakan mengandungi tiga peringkat iaitu yang pertama; penduduk di suatu
kawasan itu akan diajak memeluk Islam. Kedua; sekiranya mereka menolak, mereka
akan dipelawa menjadi rakyat daulah Islam dengan membayar jizyah dan mendapat hak
yang sama rata. Ketiga; jika mereka menolak pelawaan ini maka tentera Islam akan
berjihad.

Pendapat Kedua:

Jihad agong ialah jihad memerangi hawa nafsu berdasarkan dalil:

1 Al-Quran: “Dan perangilah kerana (menegak dan mempertahankan) agama Allah


akan orang yang memerangi kamu, dan janganalah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang menceroboh”.

:NOTA

30
Pengajian Islam

2 Al-Quran: “Diizinkan bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan


penceroboh) kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka
(mencapai kemenangan).

3 Prinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan keamanan daripada


peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluknya supaya
menjaga keamanan dan berbaik-baik dengan semua bangsa dan penganut agama lain.

4 Jihad yg utama ialah jihad menentang hawa nafsu, jihad menuntut ilmu dan
memerangi kejahilan, jihad membenteras kemiskinan, masalah sosial dan sebagainya.

5 Keamanan dan keharmonian hendaklah diisi dgn berjihad membangunkan


ummah, memerangi kemiskinan, kejahilan dan lain-lain. Kekuatan akidah dan ilmu
pengetahuan haruslah diatasi agar umat Islam menjadi kuat. Kekuatan ekonomi dan
teknologi merupakan kekuatan asas untuk mempertingkatkan kedudukan umat Islam di
dunia moden pada hari ini.

Bentuk-bentuk perlaksanaan jihad

Jihad boleh dilakukan melalui berbagai cara. Namun ianya mestilah dengan niat untuk
mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan ikhlas semata-mata hanya kepada-Nya. Antara
pendekatan jihad yang boleh dilaksanakan adalah:

Pertama : Jihad dengan hati

Membenci sebarang bentuk kesesatan, kemungkaran dan kebatilan yang berlaku dalam
masyarakat sekiranya tidak mampu mencegahnya dengan kuasa dan lisan. Ia
merupakan peringkat jihad paling rendah.

Kedua : Jihad dengan lisan (kalam)

Selari dengan prinsip amar makruf nahi mungkar, ia memerlukan ketabahan hati dan
kemantapan iman untuk melaksanakannya. Ia merangkumi segala kegiatan dakwah
seperti ceramah, bimbingan dan sebagainya.

Ketiga : Jihad dengan tangan (kekuasaan)

:NOTA

31
Pengajian Islam

Menggunakan kekuatan undang-undang atau fizikal bagi mempertahankan kebenaran


Islam. Ia boleh dilaksanakan melalui penulisan, peperangan dan sebagainya.

Keempat : Jihad dengan harta dan wang

Mengorbankan harta dan wang bagi yang berkemampuan untuk menyumbang kepada
usaha jihad mempertahankan kebenaran Islam. Jihad ini dianggap nadi dan nyawa
kepada jihad lain kerana tanpanya akan menyukarkan jihad dilaksanakan secara
keseluruhannya.

Kelima : Jihad dengan fikiran dan ilmu

Sumbangan buah fikiran dan idea juga termasuk dalam jihad di jalan Allah s.w.t. ia boleh
dilakukan dengan menyebarkan ilmu dan ajaran Islam yang benar kepada semua
manusia.

Keenam : Jihad qital (berperang)

Jihad qital merupakan kemuncak jihad di jalan Allah s.w.t. iaitu berperang untuk
mempertahankan agama dan negara daripada diseleweng dan dimusnahkan oleh
musuh-musuh Islam. Mereka yang terbunuh dianggap syahid di jalan Allah s.w.t.

Hukum jihad

 Jihad terhadap syaitan dan hawa nafsu merupakan satu


kefardhuan
kepada setiap umat Islam.
 Jihad terhadap perkara selain daripada syaitan dan hawa
nafsu:
1. Fardhu kifayah bagi sebahagian kaum muslimin untuk bangkit melaksanakan
tugas jihad terhadap sebarang bentuk kemungkaran.
2. Fardhu ain kepada mereka yang diberi tugasan sesuai dengan kelayakkan
mereka untuk berjihad.
3. Sunat kepada sesiapa sahaja di kalangan kaum muslimin yang
bertanggungjawab

:NOTA

32
Pengajian Islam

Oleh kerana jihad adalah kehendak dan suruhan Allah s.w.t. kepada sekalian
hamba-Nya untuk menegakkan agama Islam maka Allah s.w.t. telah memuliakan
mereka yang malaksanakan tugas ini dengan menjanjikan pahala yang berlipat kali
ganda dan ganjaran yang besar kepada para mujahidin.

BAB ISLAM SEBAGAI


DUA PERADABAN & TAMADUN
Pengenalan

Sejarah menyaksikan tamadun Islam berkembang melalui beberapa peringkat yang


bermula di Makkah, seterusnya berkembang di Madinah dan kemudiannya diteruskan
oleh para khalifah melalui pusat pemerintahan di Madinah, Damsyik, Baghdad dan di
beberapa bandar lain seperti Cordova yang berlangsung selama lebih kurang 6 abad.
Kegemilangan umat Islam akhirnya mengalami zaman kemunduran dan dalam pada
masa yang sama juga ia merupakan pencetus kepada berlakunya Renaisans di Eropah
di samping perubahan perluasan Islam ke Nusantara.

2.1 KONSEP PERADABAN DAN TAMADUN

Tamadun Islam

Dari segi bahasa, tamadun berasal daripada perkataan Arab ’maddana’ atau ’tamaddun’
yang secara mudahnya boleh diertikan sebagai peradaban atau kemajuan (Jurji Zaidan
– abad ke 19). Istilah lain yang biasa digunakan merujuk kepada tamadun ialah
’madaniah’ iaitu masyarakat bandar (al-Farabi – abad ke 15); ’umran’ iaitu kemajuan
perbandaran dan ’thaqafah’ iaitu kebudayaan (Ibn Khaldun – abad ke 14); dan juga
’hadharah’ iaitu peradaban dan ’nahdhah’ iaitu kebangkitan (Kurd Ali – abad ke 20).

Pengertian tamadun Islam menurut istilah boleh dirujuk kepada beberapa


tafsiran sarjana Islam berikut:

:NOTA

33
Pengajian Islam

 Syed Muhammad Naquib al-Attas: tamadun adalah keadaan kehidupan insan


bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
 Ibn Khaldun: tamadun ialah pancapaian manusia yang telah melebihi keperluan
asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan
penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Bermulanya zaman kegemilangan tamadun Islam adalah seiring dengan


kelahirannya Rasulullah s.a.w. selaku utusan Allah s.w.t. di atas muka bumi. Kegigihan
Rasulullah s.a.w. menyampaikan risalah berserta aturan wahyu Allah s.w.t. melalui al-
Quran al-Karim telah menunjangi keunggulan tamadun Islam sejak sekian lama. Dua
sumber utama tersebut di samping kecerdasan akal melalui daya kreativiti manusia
telah berjaya memberikan pengaruh dan impak yang cukup besar terhadap pencapaian
tamadun Islam hingga ke hari ini.

Secara kesimpulannya tamadun Islam boleh digambarkan sebagai suatu


pencapaian manusia merangkumi aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di
kota samada dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi,
kepercayaan, undang-undang politik dan sebagainya adalah berasaskan kepada akidah,
syarak dan akhlak yang kesemuanya itu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Tamadun Barat

Tamadun Barat pula menggunakan istilah ’civilization’ yang diambil daripada perkataan
Latin ’city’, ’civility’ atau ’civitas’ iaitu menggambarkan kehidupan di bandar
(urbanization). Unsur-unsur utama yang membawa kepada perkembangan tamadun
Barat ialah ekonomi, sistem politik, pengetahuan sains dan kesenian.

Menurut Jacqueta Hawkers, tamadun adalah merujuk kepada kualiti tinggi yang
dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Manakala Collingwood pula mentakrifkan tamadun
sebagai Suatu proses bagi mencapai suatu tahap kehidupan sivil (sopan). Seorang lagi
sarjana Barat Samuel Johnson menegaskan bahawa tamadun merujuk kepada suatu
keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap.

Tamadun Barat merujuk kepada tamadun Eropah yang bermula selepas


kejatuhan tamadun Islam kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kerajaan Islam di Andalusia.

:NOTA

34
Pengajian Islam

Perpindahan tamadun Islam ke tamadun Barat berlaku sejurus terjadinya renaissance


atau rebirth (kelahiran semula tamadun manusia). Ia merujuk kepada zaman
perkembangan tamadun Barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman
kegelapan ke zaman moden.

2.2 KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

Teras pembinaan tamadun Islam

AQIDAH
(Tauhid / Keimanan)
Sumber Manusia Sumber WAHYU
(Al-Quran & Sunnah)

TERAS
AKHLAK TAMADDUN SYARIAT
ISLAM

Sumber ILMU
Kebendaan
IBADAH

Sifat-sifat tamadun Islam

Kesejagatan

:NOTA

35
Pengajian Islam

Tamaun Islam tidak terikat dengan bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat
tertentu. Tamadun Islam adalah milik semua manusia yang berpegang kepada al-Din.
Ini bermakna tamadun Islam wujud di mana sahaja di seluruh alam ini tanpa ada
sempadan geografi. Berbeza dengan tamadun lain yang telah luput seperti tamadun
Indus, Hwang Ho, Mesir, Greek, Rom dan sebagainya. Tamadun Islam masih terus
berkembang sejak abad ke-6 M sehingga ke hari ini. Bahkan tamadun Islam mampu
mengimbangi perkembangan zaman, masa dan keadaan.
Keterbukaan

Tamadun Islam yang berpaksikan kepada agama tidak terbatas kepada had tertentus
sahaja. Ia diletakkan di atas garis panduan syariah yang tetap dan berkembang selaras
dengan perubahan masa dan keadaan. Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun
selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip syariah. Islam menggalakkan penerusan
tamadun yang boleh membawa kepada kebaikan kepada manusia dengan tidak
menjejaskan hak orang lain. Hasil daripada kesinambungan antara tamadun ini akan
melahirkan sebuah tamadun Islam yang bersifat kamil lagi mutakamil.

Sepanjang zaman

Perkembangan tamadun Islam bermula sejak turunnya wahyu kepada nabi Muhammad
s.a.w. sehingga ke hari ini. Tamadun Islam mengalami suatu perkembangan yang begitu
pesat. Ia bermula di Makkah dan Madinah, berkembang ke seluruh Jazirah Arab dan
akhirnya ke seluruh dunia.

Toleransi

Tamadun Islam bersifat toleransi terhadap agama-agama dan budaya lain di dunia ini.
Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam diberi perlindungan
harta dan nyawa sama seperti orang Islam. Mereka boleh hidup dengan aman dan
bahagia tanpa sedikitpun rasa didiskriminasi oleh orang Islam. Prinsip toleransi dalam
Islam perlu dihormati oleh semua pihak bagi menjaga kesucian agama Islam dan
prinsipnya.

Kesatuan dalam kepelbagaian

Sebarang bentuk kemajuan yang dicapai oleh tamadun Islam dalam pelbagai bidang
disatukan oleh akidah Islam yang menjuruskan ke arah mengEsakan Allah s.w.t. Segala

:NOTA

36
Pengajian Islam

ciptaan sains dan teknologi yang serba canggih yang dicapai oleh manusia
dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. sebagai Pencipta alam ini.

2.3 FAKTOR KEJAYAAN DAN KEMUNDURAN TAMADUN ISLAM

Faktor-faktor kejayaan tamadun Islam

Agama dan kesepaduan ilmu dalam Islam

Agama Islam adalah pendorong utama kepada kemajuan dalam pelbagai ilmu
pengetahuan. Ini adalah selaras dengan agama Islam yang menganjurkan agar
umatnya menuntut ilmu dan mengembangkan ilmu yang dimiliki. Sifat terbuka agama
Islam ini telah berjaya membuka peluang kepada umat dari pelbagai lapisan masyarakat
tanpa mengira keturunan, bangsa dan sempadan geografi. Sementara mana-mana ilmu
yang tidak bertentangan dengan agama Islam masih boleh terus diamalkan. Islam
menjadikan tauhid sebagai asas kepada segala ilmu. Oleh itu setiap ilmu yang
berkembang mempunyai hubungan yang rapat dengan agama. Perkembangan pelbagai
ilmu pengetahuan telah menjadi pemangkin kepada kemajuan tamadun Islam pada
zaman dahulu.

Peranan bahasa Arab

Bahasa Arab telah dijadikan bahasa ilmu bagi penduduk Kota Baghdad dan Kordova
yang lazimnya menggunakan bahasa Yunani, Latin, Kibti dan Aramaic. Selain itu ia
menjadi bahasa Sains dan Teknologi serta kebudayaan Islam pada zaman kerajaan
Umayyah dan menjadi bahasa rasmi kerajaan Islam keseluruhannya. Bahasa Arab
menjadi bahasa yang mampu menyatukan seluruh masyarakat khasnya yang
berhubung dengan orang Islam melalui ilmu pengetahuan, perniagaan dan sebagainya.

Bahkan bahasa Arab sendiri digunakan oleh orang-orang bukan Islam seperti
mana di Gereja Sepanyol yang telah menterjemahkan kitab agama Kristian daripada

:NOTA

37
Pengajian Islam

bahasa Latin kepada bahasa Arab. Di Universiti Naples Frederick II pula telah
mengembangkan ilmu sains ke Eropah melalui gerakan penterjemahan bahasa Arab
kepada Latin dan Ibrani.

Kestabilan politik

Kemajuan Tamadun Islam banyak bergantung kepada pemerintahan yang stabil.


Semasa kerajaan Islam berkembang maju dalam bidang ilmu, khususnya ilmu sains
mereka mempunyai kerajaan yang kuat. Apabila wujudnya kestabilan politik, ilmu
pengetahuan dapat dikembangkan dan negara Islam menjadi tumpuan pelajar daripada
luar negara yang terdiri daripada yang bukan Islam. Faktor ini secara tidak langsung
membawa kepada perkembangan ekonomi, sosial dan keharmonian dan keamanan.

Penubuhan sekolah & universiti

Penubuhan pusat pengajian Islam bermula sejak zaman nabi Muhammad s.a.w.,
khususnya bagi membincangkan ilmu yang berkaitan dengan agama. Sistem pendidikan
Islam bermula di masjid sebelum lahirnya sistem Kuttab. Pada abad ke-4 M bermulanya
sistem madrasah sehinggalah berkembang maju dan lahirnya beberapa institusi
pendidikan tinggi seperti madrasah Nizamiyah, Qairawan dan al-Azhar di Mesir.

Peranan pemerintahan

Pemerintah memainkan peranan yang penting dalam memajukan tamadun Islam. Pada
zaman khulafa al-Rasyidin, istana telah dijadikan tempat penyebaran ilmu pengetahuan.
Bagi membangunkan dunia pendidikan, pemerintah telah mendirikan pusat pendidikan
seperti sekolah, perpustakaan dan lain-lain lagi. Pada zaman kerajaan Abbasiyah di
Baghdad telah ditubuhkan Baitul Hikmah yang menyumbang kepada gerakan
penterjemahan dan menjadi pusat penyelidikan terkenal pada masa itu. Mereka juga
telah menubuhkan Universiti al-Azhar pada tahun 970M.

Peranan sarjana

:NOTA

38
Pengajian Islam

Para ilmuan Islam yang berkaliber dan disegani seluruh masyarakat dunia menjadi
pemangkin utama kepada kemajuan pelbagai bidang keilmuan. Para ilmuan diberi
kemudahan terutama dari segi kewangan akademik membolehkan mereka dapat
menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan dan penyelidikan dalam bidang
sains dan teknologi. Sebagai contoh pada zaman khalifah al-Makmun, beliau telah
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mengupah para sarjana
menterjemahkan buku-buku dan manuskrip ke dalam bahasa Arab bagi menambahkan
khazanah ilmu di Baitul Hikmah.
Faktor-faktor kemunduran tamadun Islam

Selepas mengalami kemajuan lebih daripada beberapa abad, umat Islam mengalami
zaman kemunduran dalam pelbagai bidang ilmu. Kelemahan mereka telah melemahkan
pengaruh Islam dari segi penguasaan ilmu pengetahuan.

Antara faktor kelemahan tersebut berpunca daripada:

Kelemahan politik bernegara

Kestabilan politik dan ekonomi banyak bergantung kepada kekuatan pemerintahan atau
politik sesebuah negara. Kelemahan yang paling ketara melanda umat Islam ialah
kerana mereka berpecah-belah antara satu sama lain. Pemerintah tidak dapat
menumpukan kepada perkembangan ilmu kerana sibuk dengan hal-ehwal politik bagi
mengekalkan kedudukan mereka.

Serangan tentera Mongol

Tentera Mongol telah mula bertapak di Timur Tengah sejak abad ke-11M. serangan
tentera Mongol telah meruntuhkan kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Kesan
daripada itu banyak bahan-bahan ilmiah Islam telah dimusnahkan, dibakar dan dibuang
ke sungai Furat dan Dajlah. Hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya di selamatkan.

Kegiatan penerokaan dan penjajahan pihak Barat

Kedatangan orang-orang Eropah ke Timur yang dimulai oleh Vasco Da Gama salah
satu faktor yang telah menggugat kedudukan umat Islam dari segi ekonomi dan politik
yang secara tidak langsung seterusnya menyumbang kepada kemunduran umat Islam
dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila sebuah

:NOTA

39
Pengajian Islam

demi sebuah negara Islam telah jatuh ke tangan orang Barat. Kini penjajahan ini bukan
sahaja melibatkan umat Islam, malah merangkumi ekonomi dan politik umat Islam.

Faktor-faktor yang mempengaruhi Barat untuk menguasai ilmu-ilmu Islam

 Faktor utama yang menjadi kemuncak kepada perkembangan intelektual iaitu


dengan penubuhan Baitul Hikmah oleh Khalifah Bani Abbassiyah yang berfungsi
sebagai perpustakaan, pusat penterjamahan dan percetakan.
 Selain itu antara tahun 600 - 1000 M Barat mengalami zaman kegelapan yang
menunjukkan kemunduran masyarakatnya dalam bidang politik, ekonomi,
keilmuan dan kerohanian akibat pemisahan antara ilmu dan agama yang
dilakukan oleh pihak gereja.
 Pendedahan Islam kepada dunia Barat melalui corak pemerintahan Islam di
Sepanyol yang tidak memisahkan ilmu dengan agama dalam pemerintahan,
adalah faktor yang tidak kurang pentingnya kepada Barat untuk menguasai ilmu
yang dimiliki oleh umat Islam. Bahkan kewujudan pusat pengajian tinggi yang
menjadi tumpuan pelajar dari Eropah juga telah meninggalkan kesan kepada
mereka.

Peringkat pemindahan ilmu-ilmu Islam ke Eropah

 Peringkat pertama ialah melalui proses penghijrahan para sarjana Barat ke


negara Islam dan aktiviti penterjemahan merupakan fasa pertama pemindahan
pemikiran Islam ke Barat. Antaranya seperti Costantine Of Africa (1017-1087 M),
Abelard of Bath (1079-1142 M), Robert Chester (1110-1160 M), Jew Moses
Farache (1285 M) dan Gerald of Cremonar (1114-1187 M).
 Penubuhan universiti-universiti terawal di Barat oleh sarjana Barat yang pernah
menuntut di negara Islam. Ianya merupakan kesinambungan daripaa rasa
tanggungjawab para sarjana Barat yang menuntut di negara Islam untuk
mengajar ilmu yang dimilikinya kepada generasi muda mereka. Universiti
pertama yang didirikan adalah di Salerno dan Naples oleh King Roger yang
merupakan menjadi titik-tolak pemindahan ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Dengan
:NOTA

40
Pengajian Islam

kewujudan universiti yang pertama ini telah melahirkan lebih banyak universiti di
Barat yang akhirnya pula menjadi tumpuan bagi penuntut-penuntut umat Islam.
 Peperangan Salib yang bermula pada 1097M dan berlangsung selama 130
tahun dalam tujuh siri peperangan. Dalam tempoh inilah segala ilmu
pengetahuan orang-orang Islam, corak pentadbiran dan pengendalian
perkhidmatan awam telah dipindah ke Barat. Akhirnya dengan penaklukan
kembali Andalus dan Sicily turut menyumbang kepada faktor pemindahan
tersebut.
2.4 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

Briffault: ’Sedang Eropah dalam lembah kejahilan dan kegelapan, dunia Islam di
Baghdad, Damsyiq, Qurtuba dan Toledo merupakan pusat tamadun Islam dan kegiatan
ilmiyah’. Sarjana Barat: ’Kita sepatutnya menganggap orang Islam sebagai pengasas
yang sebenarnya bagi ilmu sains. Kalau tidak kerana Tamadun Islam yang muncul di
Andalus sudah tentu tamadun Eropah akan terkebelakang beberapa abad’.

Tokoh-tokoh ilmuan Islam

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana
dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan,
kemasyarakatan, agama, perubatan dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat
diperhatikan kepada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat
menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda malah dalam masa yang singkat dapat
menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak. Walaupun tokoh itu lebih dikenali
dalam bidang sains dan perubatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam
bidang agama, falsafah dan seumpamanya. Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan
ialah:

Ibn Sina

Ibnu Sina merupakan seorang doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam
bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana
Barat. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat,
beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah
bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam
bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti
geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
:NOTA

41
Pengajian Islam

Beliau adalah seorang ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh
dalam kebudayaan Eropah. Hasil karyanya yang terulung (al-Qanun fi al-Tib) yang
mengandungi 14 jilid pernah menjadi rujukan utama di Universiti Eropah pada kurun ke-
17. Penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan banyak diambil daripada penemuan
Ibn Sina. Beliau dianggap sebagai bapa kedoktoran oleh penulis Barat kerana berjaya
menyatukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli perubatan
India dan Parsi.
Ibn Sina telah memperkenalkan ilmu Psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali sebagai ilmu perubatan psikosomatik.
Beliau memperkenalkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung. Sepanjang hayatnya
Ibn Sina telah menghasilkan 250 buah karya termasuk 116 dalam bidang perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah


tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor
ataupun mahaguru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya
menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor
yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya
sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
 
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam yang lain. Bukunya Al
Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum diterjemahkan ke
dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak
sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17,
buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti Itali dan
Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan
oleh para pelajar perubatan. Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi
judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku
itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit berserta dengan
cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu
perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik,
astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
 
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang
tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya
mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang
diceburinya. Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga

:NOTA

42
Pengajian Islam

menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga.
Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk
kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif. Perkara yang lebih
menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang
terkenal. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi
yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan
Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas-asas dan teori-teori perubatan Yunani khususnya
Hippocrates.
Ibn Khaldun

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu
Bakar Muhammad bin al-Hasan dilahirkan di Tunis pada 1 Ramadan 732H. Keluarganya
berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan
Sepanyol. Beliau sekeluarga akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa
pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu. Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam
seperti al-Quran, al-Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan
mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abdullah al-Jayyani,
Abdullah Muhammad bin Abd al-Salam. Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung
sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya. Walau bagaimanapun jarang
umat Islam yang mengkaji tentang dirinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn
Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al-
Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan
dengan masalah ekonomi semasa.

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi


seperti keadilan (al-adl), hardworking, kerjasama, kesederhanaan (moderation), dan
fairness. Berhubung dengan keadilan, Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan
merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan
tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau,
ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa
sebarang sebab yang diharuskan. Malah termasuk juga mengambil harta orang lain atau
menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang
lain. Begitu juga sekiranya meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan
dengan Islam. Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah
hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil.
Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang

:NOTA

43
Pengajian Islam

paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul.
Ketidakadilan seumpama itu membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan
keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab-sebab
tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang sama sekali oleh Islam.

Imam Al-Ghazzali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Pun begitu
sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh
dinafikan. Al-Ghazzali merupakan seorang ahli sufi yang digelar sebagai ’hujjatul Islam’.
Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazzali dan
dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan
keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu
pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya
tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.
 
Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga
mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain
untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di
Baghdad, Al-Ghazzali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad. Walaupun
telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu
pengetahuan yang dimilikinya. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan
beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli
sufi yang terkenal di sana.
 
Selain belajar dan mengkaji, Al-Ghazzali juga banyak menulis. Beliau
dianggarkan telah menulis sebanyak 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu
pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulum al-Quran, falsafah dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh
tentera Mongol yang telah menyerang kota Baghdad. Antara kitab yang musnah
termasuklah 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia ua dunia) dan al-Madhnuuna bihi ala
Qhairiha (Ilmu yang harus disembunyikan dari orang-orang yang bukan ahlinya). Hanya
84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti al-Munqiz Min al Dhalal
(Penyelamat daripada kesesatan), Tahafut al-Falasifah (Penghancuran falsafah),

:NOTA

44
Pengajian Islam

Mizanul Amal (Timbangan amal), Ihya’ Ulumuddin (Penghidupan pengetahuan agama),


Mahkun Nazar (Mengenai ilmu logik), Mi’yarul Ilm dan Maqasid al-Falsafah (Tujuan
falsafah).
 
Meskipun Al-Ghazzali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau kurang
dikenali sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-
Ghazzali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap anti falsafah. Pandangan ini
berdasarkan tulisan Al-Ghazzali dalam buku Tahafut Falasifah yang banyak mengkritik
dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan
menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan
orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazzali seorang yang
anti falsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.
 
Biarpun tidak ada seorangpun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali
terhadap falsafah itu tetapi perlu diingatkan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya
terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana
tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang
dikemukakan terhadap permasalahan tersebut. Jika kita menelusuri perjalanan hidup Al-
Ghazzali maka kita akan dapati bahawa beliau merupakan seorang ilmuwan Islam
pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya.
Walaupun Al-Ghazzali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam
buku Maqasid al-Falasifah, beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk
menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan dan fizik.
 
Menurut Al-Ghazzali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu
pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik dan etika. Bidang-bidang ini
kadangkala selari dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan
agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari
ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan
kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu
merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.
Cuma bagi Al-Ghazzali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang
berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh
menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai
perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran.

:NOTA

45
Pengajian Islam

Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi
masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik cuba
membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.
Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap
kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah
Yunani.

 
Al-Ghazzali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan
menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran
dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazzali ialah
memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan
agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan
bahawa Al-Ghazzali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah Islam yang mencari
kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta
permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh
Al-Ghazzali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi
kesalahan, kesilapan dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-
Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Al-Biruni

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada
ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3M, para sarjana Islam mulai
memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.
Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran
Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan
umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian
kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan
kekeliruan serta kecelaruan yang berpanjangan.
 
Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan
kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizik ketuhanan dan kejadian alam.
Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat
dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dilabel oleh Imam Al-Ghazzali sebagai
golongan yang sesat lagi menyesatkan tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah
berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,

:NOTA

46
Pengajian Islam

sosial, budaya dan bidang-bidang yang lain. Wahyu pada hakikatnya tidak bercanggah
dengan akal manusia. Buktinya, menerusi paduan wahyu dan kemampuan akal seperti
yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu
asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam.
 
Oleh kerana itu, umat Islam digalakkan supaya mencari dan menimba ilmu
sebanyak yang mungkin. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan
semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari
pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur mahupun di barat. Salah seorang ilmuwan
tersebut ialah Al-Biruni atau nama sebenarnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-
Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau
lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt
ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.
 
Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu
pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi
semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.
Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang
ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa
Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana beliau mengambil kesempatan untuk
mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa
buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan
Hindu. Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan
konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam
dan triniti dalam agama Kristian.
 
Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus
menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang.
Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang
paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan
kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah
berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu
negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan
seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan
sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud
al Ghaznawi.

:NOTA

47
Pengajian Islam

Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab
Tahdid al-Nihayat al-Amakin Li ta'shih al-Masafat al-Masakin. Di samping itu, beliau turut
mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu
perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya
dalam bidang sains, matematik dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah
yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu
pengetahuan telah menyebabkan beliau digelar sebagai ’Ustaz fil Ulum’ atau guru
segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris yang berjudul ’Chronology of Ancient Nation’. Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni
diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.

Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku
termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku tersebut ialah
Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan
kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan.
Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M. Al-
Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-
bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang
falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh
dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu
pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta
membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.
 
Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan
permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.
Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang
masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul
Asar al-Baqiya 'Anil Quran al-Khaliya. Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan
hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain
terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli
falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat
yang besar kepada manusia seluruhnya.
 
Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli
falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan.
Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan.
Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta

:NOTA

48
Pengajian Islam

peradaban manusia. Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan


tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai
stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya
dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

Al-Khawarizmi

Beliau ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Dikenali juga dengan panggilan Abu
Abdullah, Seorang ahli matematik, astronomi dan sejarah. Beliau dilahirkan pada tahun
780M di daerah Khawarizmi yang sekarang ini dikenali dengan nama Khiwa. Beliau
telah dilantik oleh khalifah al-Makmun sebagai penasihat astronomi dan pengawas
khalifah di Baghdad.

Selain daripada mengumpul serta menterjemah kerja-kerja sarjana Greek, beliau


sendiri telah menulis beberapa buah buku. Ada antaranya yang telah diterjemahkan
kepada bahasa Latin seperti buku Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah menjadi buku teks
matematik yang utama di Universiti Eropah pada abad ke 16M.

Al-Khawarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan sistem angka kita


sekarang ini kepada kebudayaan Barat. Dengan sistem angka yang salah satu
daripadanya adalah sifar (angka kosong) telah membuka jalan bagi kefahaman kepada
konsep nombor positif dan negatif, memudahkan wakilan bagi nombor-nombor besar
serta memudahkan perhitungan dilakukan ke atas nombor-nombor berikut. Hanya
apabila sistem ini telah digunakan di Barat barulah mereka dapat mengembangkan ilmu
matematik dengan pesatnya.

Hasil kerja al-Khawarizmi juga terdapat di dalam bidang astronomi, trigonometri,


geometri dan kaedah berangka. Oleh kerana sumbangannya yang begitu besar kepada
metematik dan selalu disebut oleh penulis Barat sehinggakan namanya ditulis dengan
beberapa variasi ejaan seperti al-Karismi, al-Chowarizmi, al-Gorotmi, al-Chwarizmi dan
sebagainya. Beliau akhirnya telah meninggal dunia pada tahun 850M.

:NOTA

49
Pengajian Islam

2.5 SENI DAN MANIFESTASI BUDAYA

Kesenian Islam

Al-Ghazzali mengungkapkan bahawa seni iaitu setiap yang indah merupakan sesuatu
yang sempurna dan manusia akan terdorong untuk memilikinya sebagai penyokong
kewujudan manusia. Manusia gemar menikmati keindahan kerana dapat melupakan
segala resah dan risau serta mampu memulihkan kemantapan fizikal, mental dan jiwa.
Keindahan sesuatu seni itu hanya akan dinikmati apabila terdapat rasa cinta terhadap
apa yang dihadapinya.

Kesenian merupakan satu penghasilan daripada jiwa yang jujur dan tercipta bagi
menyatakan rasa jiwa terhadap al-Khalik. Kesenian yang diutamakn oleh Islam ialah
kesenian yang mampu meningktkan kehalusan dan keindahan budi pekerti manusia
dalam membntuk hubungan antara manusia dengan al-Khalik dan antara manusia
dengsn manusia. Penghasilan seni bertujuan meninggikan apresiasi manusia tentang
semua nilai baik, murni dan diredhai Allah s.w.t. Kesemuanya mendorong manusia
mencapai tingkat ketakwaan, kemakrufan, kesolehan dan budi yang lebih mantap. Ini
kerana manusia diberi akal dengan kelebihan daya cipta, imaginasi, intuisi dan lisan
untuk menghasilkan ciptaannya sendiri sebagai anugerah Allah s.w.t. yang menjadi
amanah dan setiap penggunaannya perlu dipertanggunjawabkan.

Kebudayaan Islam

Budaya umumnya bermaksud tamadun, peradaban, cara berfikir atau kemajuan fikiran.
Ia juga sering dikaitkan dengan sesuatu perkara yang telah sebati dengan tabiat,
perlakuan manusia secara langsung atau tidak langsung dan berterusan dalam
melakukan sesuatu aktiviti.

Islam adalah ad-deen (satu cara hidup) yang membentuk, mengubah dan
mempengaruhi kehidupan dan budaya manusia. Budaya Islam terbentuk hasil daripada
interaksi antara budaya masyarakat setempat dengan nilai-nilai asas yang terkandung di
dalam Islam. Dalam erti kata lain, kebudayaan Islam tidak mencantas kebudayaan
masyarakat setempat selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak.

:NOTA

50
Pengajian Islam

Ciri-ciri kesenian Islam

Dalam konsep Tauhid, kebudayaan dan kesenian Islam berbeza dengan peradaban
lain. Dalam Islam, seni yang dibentuk haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

• Untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.


• Konsep seni haruslah menjurus kepada konsep Tauhid dan pengabdian diri
kepada Allah s.w.t.
• Motif seni mestilah bermatlamatkan kepada perkara-perkara kebaikan, halal dan
berakhlak serta mencegah kemungkaran (amar makruf nahi mungkar).
• Jiwa seni mestilah tunduk kepada fitrah asal kejadian manusia kerana
kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrah yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t.
• Kerangka dasar seni mestilah menyeluruh dan meliputi aspek akhlak, iman,
matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia.
• Seni berperanan sebagai alat ketaqwaan.

Hubungan tauhid dan kesenian Islam

• Islam suatu agama yang bersifat syumul membenarkan umatnya untuk


berimaginasi dan berkreativiti sebagai anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.
yang perlu dijaga, disubur dan disemai dalam ruang yang terbatas menurut syarak.
• Seni ialah sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya
manusia.
• Manusia memerlukan seni dan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan
manusia.
• Kesenian Islam berkonsepkan kepada Tauhid dan berpaksikan kepada agama.
Seni haruslah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

Prinsip kesenian Islam

• Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan,


persekitaran dan sejagat
• Mempertingkatkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek
estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain.

:NOTA

51
Pengajian Islam

• Kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah kesenian yang mendorong kepada
keataqwaan, kesahihan dan budi pekerti yang mantap.
• Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah s.w.t. iaitu ia harus berada
dalam lingkungan dan peraturan wahyu.
• Kesenian Islam harus menghububngkan manusia dengan Allah s.w.t., sesama
manusia dan juga alam sekitar.

Perbezaan antara kesenian Islam dan Barat

• Seni Islam: Dihasilkan untuk mencerminkn nilai-nilai yang merangkumi seluruh


aspek kehidupan manusia Muslim.
• Seni Barat: Berakar umbi daripada tradisi seni Eropah yang bersifat untuk
melahirkn watak individu dan pernyataan perasaan jiwa individu.
• Seni Barat: Dikaitkan dengan fahaman humanisme yang mementingkan manusia
sebagai objek penentu dan agama adalah bersifat ritual semata-mata (sekularisme).
Manusua merupakan pendukung utama dan sumber isnpirasi kesenian Barat yang
memisahkan antara duniawi dan ukhrawi.
• Seni Islam: Bersumberkan kepada prinsip-prinsip Islam serta memperlihatkan
unsur kesatuan dalam kepelbagaian.
• Aspek kesenian dilihat oleh orang Islam berlandaskan tumpuan fikiran kepada
ilmu matematik. Ia juga menekankan logik tampak lebih daripada pernyataan emosi.
Penggunaan lukisan haiwan dan manusia adalah kurang sekali berbanding
penggunaan reka bentuk abstrak geometri.
• Seni Barat pula menerima seni rupa abstrak sebagai bentuk seni yang
menghasilkan daya gambaran yang tidak menyekat imaginasi dan tidak terikat
kepada cara kehidupan manusia seharian, tidak berlandaskan sumber-sumber
keagamaan dan kerohanian.

Bidang-bidang kesenian Islam

Seni Suara, Lagu, Muzik & Bunyi

:NOTA

52
Pengajian Islam

Tidak terdapat istilah Arab yang boleh diertikan dengan muzik secara tepat tetapi
terdapat beberapa istilah yang bersangkutan dengan muzik dalam bahasa Arab seperti:

a) Ghina’ (nyanyian)
b) Sama’ (muzik vokal)
c) Zikr (zikir)
d) Lahw (hiburan)
e) Handasat al-Sawt (seni bunyi)

Jenis-jenis handasat al-sawt yang diharuskan

• Pembacaan ayat-ayat al-Quran secara berlagu selagi tidak bertentangan dengan


hukum tajwid, fasahah dan makhraj. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzammil
“Bacalah al-Quran dengan suara/bacaan yang baik”.
• Azan iaitu panggilan menandakan masuknya waktu solat yang mempunyai gaya
umum membaca al-Quran.
• Talbiah ketika Haji
• Tahmid dan Madh (puji-pujian kepada Allah s.w.t.) dan tahlil.
• Syair dan puisi yang dideklamasikan dengan tema yang mulia dan sihat.
• “Muzik keluarga” seperti nyanyian menidurkan anak, nyanyian lagu suami dan
isteri, nyanyian yang tidak melampau ketika majlis keraian perkahwinan atau
keramaian keluarga.
• Lagu-lagu kafilah (motivasi atau patriotik) seperti Razaj, Hida’ dan Rukhban.
• Tabl Khanah iaitu pancaragam tentera tetapi diharamkan tembakan meriam dan
muzik pada waktu kematian Sultan atau pembesar-pembesar negara.

Jenis-jenis handasat al-sawt yang diharamkan

• Instrumen vokal yang berirama bebas.


• Muzik yang melalaikan termasuk alat muzik yang digunakan.
• Terdapat unsur pemujaan kepada perempuan, syaitan dan khurafat.
• Muzik hiburan yang bercampur dengan kegiatan yang bercanggah dengan
syariat.

:NOTA

53
Pengajian Islam

Seni kaligrafi

Kaligrafi adalah seni tulisan yang indah. Ia membawa maksud bahawa tulisan itu
mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Kebiasaannya kaligrafi hanya merujuk
kepada tulisan Latin. Tetapi hakikatnya hanya tulisan khat dan Cina yang diktiraf
sebagai tulisan kaligrafi.

Khat mempunyai nilai estetika yang tinggi keindahannya. Seni khat betambah
maju pada zaman pemerintahan kerajaan bani Umayyah. Ia lazimnya digunakan untuk
menulis subjek berkaitan agama seperti ayat-ayat suci al-Quran dan kata-kata bijak
pandai.
Qattabah al-Murarir telah mencipta empat jenis tulisan daripada huruf Kufi dan
akhirnya berkembang dalam bentuk-bentuk yang berbeza seperti bulat, tegak, tebal,
pendek, baring dan mendatar sekitar kurun ke-7 hingga kurun ke-10M. Pada kurun ke-
11M enam tulisan (aqlam al-sitta) telah diperkenalkan dengan gayanya yang tersendiri
iaitu khat nasakh, thuluth, raihan, muhaqqaq, tauqi’ dan riqa’ah

Seni khat kini mempunyai 8 model iaitu:

Khat Kufi
Berasal daripada Kuffah. Pada zaman Abbasiyyah khat ini digunakan untuk hiasan di
masjid, kubah dan menara bangunan.

Khat Nasakh
Khat yang digunakan dalam penulisan buku-buku agama kerana ia mudah dibaca dan
tidak mengelirukan.

Khat Thuluth
Digunakan untuk hiasan seperti dalam mashaf Uthmani, nama buku dan kitab.

Khat Farisi
Berasal daripada Parsi dan berbentuk condong ke kanan. Biasanya digunakan untuk
penulisan buku kesusasteraan, tajuk majalah, akhbar dan menyamai tulisan Urdu.

Khat Riqa’ah

:NOTA

54
Pengajian Islam

Sejenis tulisan yang digunakan untuk penulisan yang cepat seperti tujuan surat-
menyurat dan penyalinan nota.

Khat Diwani
Biasanya digunakan untuk catatan, sijil penghargaan dan surat perjanjian. sultan
Khedewy pada 1220H pernah menggunakan tulisan ini dalam surat rasmi kerajaan di
Mesir.

Khat Diwani Jali


Merupakan khat yang rumit untuk dilakukan tetapi mengandungi nilai keindahan dan
estetika yang tinggi. Ia boleh dibentuk menjadi gambaran berbentuk seperti perahu, ikan
dan burung.
Khat Raihan
Menyerupai khat thuluth tetapi ia lebih panjang dan lebar. Biasanya ditambah dengan
tanda-tanda syakkal untuk mengindahkannya lagi. Digunakan untuk pelbagai bentuk
hiasan.

Senibina dan rekabentuk bangunan

Senibina merupakan keindahan yang dicetuskan dari kemahiran melalui binaan dan
pertukangan samada dalam bentuk kayu, batu, marmar dan sebagainya. Senibina
masjid merupakan sebahagian bukti kemajuan dan keunggulan tamadun Islam dalam
aspek senibina. Bahkan pembinaan masjid merupakan aspek utama yang didahulukan
oleh Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah.

Keunikan senibina masjid yang didirikan adalah ianya diasaskan dengan prinsip
taqwa kepada Allah s.w.t. yang sudah semestinya mengandungi nilai yang begitu mulia
berbanding dengan binaan-binaan yang lain. Lazimnya terdapat beberapa bahagian
daripada binaan masjid yang melambangkan identiti kesenian Islam iaitu seperti:

 Kubah
 Menara
 Arca
 Jubin
 Bulan sabit dan bintang

:NOTA

55
Pengajian Islam

BAB INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM


TIGA

3.1 KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN

Keluarga merupakan asas kepada pembinaan seluruh sistem sosial dan kebudayaan
dalam Islam. Sesebuah masyarakat akan dapat ditegakkan melalui sokongan dan
dokongan daripada unit-unit keluarga yang menjadi teras kepada pembinaan
masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Bagi menjamin keutuhan sebuah
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, maka ia mestilah diasaskan oleh
kekeluargaan yang diredhai Allah s.w.t. Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam
adalah untuk menjamin wujudnya suasana penerapan nilai-nilai keislaman yang menjadi
paksi utama dalam kehidupan. Menerusi institusi ini generasi muda dapat dididik dan
diasuh untuk memikul tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah Allah di bumi ini.

Dalam institusi kekeluargaan Islam, hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga
masyarakat telah digariskan secara terperinci dan sempurna serta adil dan saksama
untuk kemaslahatan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Fungsi keluarga ini begitu
penting dihayati oleh semua manusia. Keperluan kepada keluarga tidak seharusnya
hanya dihayati sekadar memenuhi keinginan nafsu syahwat dan kehendak semulajadi
manusia sahaja. Perkara ini perlu diberi perhatian secara serius kerana keluarga yang
berkualiti akan melahirkan manusia yang unggul dan seterusnya ummat pilihan.
:NOTA

56
Pengajian Islam

Berdasarkan kepada hasrat inilah maka Islam telah memberi perhatian yang khusus
terhadap institusi ini dan menggariskan suatu sistem yang tersendiri secara berasingan
yang dikenali sebagai munakahat. Antara kepentingan pembentukan keluarga ialah:

Penerusan umat manusia

Penerusan umat manusia di dunia ini bergantung kepada keberkesanan jentera yang
menjamin pengembangan umat manusia. Oleh itu wanita dan lelaki memerlukan suatu
institusi yang tetap dan berkekalan untuk memenuhi tujuan ini. Institusi keluarga
merupakan sistem yang mampu mengendalikan perkara ini seperti yang ditegaskan di
dalam al-Quran. Kehidupan seseorang insan tidak boleh diteruskan tanpa perkahwinan.
Perlindungan akhlak dan jaminan sosial

Kecenderungan untuk melakukan hubungan jenis adalah merupakan suatu yang tabie
dalam diri manusia. Kecenderungan yang tidak terkawal akan membawa kepada
kepada kerosakan akhlak dan tatasusila. Oleh itu Islam meletakkan perkahwinan agar
manusia dapat menikmati hidup berkeluarga di samping sama-sama bertanggungjawab
dalam mengukuhkan keluarga tersebut. Institusi keluarga merupakan suatu institusi
yang menjamin keselamatan sosial sesebuah masyarakat. Jaminan sosial yang
diberikan oleh Islam ini akan dapat menjamin kedudukan semua pihak dalam
masyarakat, sama ada golongan kaya atau miskin, lelaki atau perempuan semuanya
dijamin oleh Islam. Selain itu Islam menggalakkan membantu ahli keluarga terdekat
yang berada dalam kesempitan. Sebagai contoh undang-udang pusaka atau faraid
adalah salah satu manifestasi hubungan kekeluargaan yang dapat memperkukuhkan
ikatan kekeluargaan. Begitu juga dengan hak pembelaan kaum wanita melalui
perkahwinan. Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita dan ketua rumah tangga yang
akan menanggung nafkah isteri dan anak-anak. Begitu juga amalan poligami yang
dilakukan secara sihat menunjukkan kebijaksanaan Islam menangani isu sosial bagi
melindungi masyarakat daripada keruntuhan moral dan sebagainya.

Kestabilan hubungan kerohanian, kebaikan dan pembinaan nilai

Hubungan antara ahli-ahli keluarga, khususnya hubungan suami isteri bukanlah


hubungan fizikal semata-mata atau sekadar memuaskan nafsu sahaja. Malahan
pandangan Islam terhadap perkahwinan lebih jauh dan mendalam serta lebih harmoni.

:NOTA

57
Pengajian Islam

Keluarga dalam Islam merupakan pusat bagi mengembangkan kasih sayang, kebaikan,
perlindungan, kehormatan, kepercayaan, pengorbanan dan ketenteraman. Semua ini
perlu berasaskan kepada kekuatan rohani.

Dalam al-Quran surah al-Rum ayat 21 menjelaskan terdapat tiga unsur yang
harus dihayati oleh setiap manusia. Pertama iaitu ketenteraman jiwa yang menyatukan
dua hati sehingga tidak boleh dipisahkan. Kedua iaitu lahirnya perasaan cinta yang
mendalam antara suami dan isteri sehingga dapat melayari kehidupan dengan penuh
kasih sayang, bantu-membantu dan tolong-menolong. Ketiga iaitu kehadiran anak-anak
yang menjadi pengikat kasih sayang, penyejuk mata dan penenang hati. Dengan
membangunkan sebuah keluarga yang bahagia akan mewujudkan satu peluang untuk
membangunkan generasi baru yang mewarisi akhlak dan keterampilan diri yang mulia.
Tujuan perkahwinan
Perkahwinan lahir dari sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan
hubungan dengan manusia lain. Allah s.w.t. telah menjadikan hubungan perkahwinan
sebagai sunnah para Rasul. Perkahwinan yang suci akan memancarkan perasaan
saling cinta, kerjasama, tanggungjawab dan menerbitkan kebahagiaan yang diidamkan.

Membendung perbuatan maksiat

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Wahai para pemuda, barang siapa di


antara kamu ada yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana
sesungguhnya berkahwin itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara
kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa kerana
berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)" 

Mendapatkan zuriat

Salah satu tujuan berkahwin adalah untuk mendapat zuriat yang soleh. Dengan memiliki
anak yang soleh ibubapa akan mendapat pahala yang mengalir dalam kuburnya berkat
doa anak-anak. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya


kecuali tiga sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh
yang berdoa untuknya"

:NOTA

58
Pengajian Islam

Sekumpulan orang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk minta nasihat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap perempuan di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, maka
mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang baginya dari api neraka".
Perempuan-perempuan itu bertanya: "bagaimana kalau melahirkan dua orang
anak?". Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya, dua orang anak pun demikian juga".

Meramaikan umat Islam

Bila orang Islam berkahwin, maka akan lahirlah generasi yang baru dalam meneruskan
perjuangan umat Islam. Dengan itu dunia ini tidak akan pernah kosong dari umat Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya
akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai
(daripada umat-umat lain)".

Allah s.w.t. berfirman: Ertinya:

"Tuhan telah menjadikan dari kamu itu pasangan suami isteri dan dari
pasangan suami isteri itu pula lahirnya anak-anak dan cucu-cicit (keturunan
yang banyak)". (Q.S. An.Nahl, 72)

Gandaan pahala dan berkat

Nilai ibadah antara orang yang berkeluarga dengan ibadah orang yang tidak
berkeluarga adalah berbeza. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh
pulu rakaat orang yang hidup membujang".

Di samping itu pahala seorang laki-laki terdapat juga pada semua harta yang
dibelanjakan untuk kegunaan isteri dan anak-anak kerana semua harta, fikiran dan
tenaga yang digunakan untuk menguruskan keluarga dikira sebagai sedekah.

"Barang siapa yang membiayai penghidupannya sendiri dengan niat isti'faf


(tidak meminta-minta belas kasihan orang lain), itu adalah sedekah, dan
:NOTA

59
Pengajian Islam

barang siapa yang membiayai isteri, anak-anak dan sekalian ahli rumahnya
adalah sedekah".

Melengkapkan iman

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh


agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi
kekosongan sebahagian lagi".
(Hadith riwayat al-Baihaqi)

Hukum perkahwinan

Harus
Hukum asal perkahwinan adalah harus iaitu bagi mereka yang tidak terdesak oleh
alasan-alasan yang mewajibkan segera berkahwin atau kerana alasan yang
mengharamkannya untuk berkahwin.

Wajib
Bagi mereka yang berkemampuan berkahwin sedang nafsunya telah mendesak dan
merasa bimbang akan terjerumus dalam penzinaan.

Sunat
Bagi mereka yang berhajat untuk berkahwin, cukup syarat dan berkemampuan tetapi
masih dapat menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan.

Haram
Bagi mereka yang tidak cukup syarat, tidak berkemampuan dan tidak bertanggungjawab
kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga.

Makruh
Bagi lelaki yang tidak berkemampuan memberikan nafkah tetapi bakal isteri dengan rela
hati sanggup untuk menyara keluarganya.

Undang-undang kekeluargaan
:NOTA

60
Pengajian Islam

Haram Abadi
 Pertalian nasab atau keturunan seperti ayah, ibu dan anak, cucu, datuk, nenek
dan lain-lain.
 Pertalian kekeluargaan seperti anak isteri, ibu isteri dan isteri anak.
 Saudara sesusuan.

Haram Sementara
 Adik-beradik isteri; selagi mana isterinya masih bersama iaitu samada belum
meninggal dunia atau tidak diceraikan.
 Perempuan bukan Islam; selagi mana belum disahkan memeluk agama Islam
 Perempuan yang sedang dalam iddah.

Tatacara perkahwinan

1. Memilih calon

Sabda Rasulullah s.a.w. “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka ambillah wanita yang taat kepada
agama kerana kamu akan beruntung”.

2. Meminang

Disunatkan meminang terlebih dahulu bagi seseorang lelaki yang hendak mengahwini
seseorang wanita dan diharuskan untuk melihat wanita tersebut pada anggota yang
dibenarkan sebelum ke jinjang pelamin supaya dia dapat menghadapi perkahwinan itu
dengan jelas serta terang.

3. Menentukan mahar

Mahar pada istilah bermaksud sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isteri sebagai
tukaran atau jaminan bagi sesuatu yang akan diterimanya daripada diri isteri tersebut.
Mahar adalah hak isteri dan banyak sedikit mahar tersebut bergantung kepada
kehendak dan kemahuan isteri. Sebaliknya apabila isteri tidak menuntut mahar tersebut
maka hilanglah kewajiban suami memberinya.

4. Ijab-qabul

:NOTA

61
Pengajian Islam

Perkara yang menjadi pokok utama perkahwinan ialah kesediaan dan persetujuan
kedua belah pihak untuk menjalin hubungan antara mereka. Kesediaan dan peretujuan
ini memerlukan pengungkapan yang menyatakan kebulatan hati untuk menjalin
hubungan tersebut. Maka ijab merupakan keinginan untuk mengadakan hubungan
perkahwinan manakala qabul adalah kesediaan untuk menerima keinginan tersebut.

5. Walimah

Walimatulurus adalah majlis yang diadakan untuk tujuan mengkhabarkan tentang


perkahwinan tersebut kepada masyarakat serta untuk meraikan pasangan pengantin
dan para tetamu yang hadir. Hukum untuk mengadakannya adalah sunat muakkad.
Tetapi cara melaksanakannya mestilah tidak bercanggah dengan syarak.
Pembubaran perkahwinan (talak)

Talak bermaksud memutuskan atau melepaskan ikatan perkahwinan atau


membubarkan ikatan perkahwinan. Talak adalah penawar dan pelindung yang
disyariatkan bagi menyelesaikan dan menghilangkan penderitaan hidup yang terpaksa
ditanggung oleh suami dan isteri yang membawa kepada kesulitan hidup.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Perkara yang halal tetapi paling
dibenci di sisi Allah s.w.t. ialah talak”. Berdasarkan maksud hadith ini jelas menunjukkan
bahawa Islam tidak membuka ruang yang seluas-luasnya kepada suami atau isteri
untuk memutuskan hubungan perkahwinan. Ini kerana perceraian sememangnya
sesuatu yang mudah untuk dilafazkan tetapi kesan negatifnya amat besar terutama
kepada anak-anak yang akan kehilangan kasih sayang dan pemerhatian daripada
kedua ibu bapanya. Perkahwinan bukan sahaja melibatkan suami atau isteri dan anak-
anak sahaja, malahan perkahwinan melibatkan semua ahli keluarga, saudara mara di
pihak suami dan isteri.

Kesan daripada perceraian akan meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana


kebiasaannya apabila perceraian berlaku semua pihak yang terlibat dalam perkahwinan
akan memusuhi antara satu sama lain sehingga berlakulah perpecahan di kalangan ahli
keluarga. Oleh itu Islam menganjurkan agar beberapa langkah perlu diambil bagi
mengelakkan berlakunya perceraian. Antara langkah dan tindakan yang disarankan oleh
Islam ialah dengan cuba menyelesaikan masalah melalui nasihat terlebih dahulu.
Sekiranya tidak berkesan maka hendaklah berpisah tempat tidur dan langkah yang

:NOTA

62
Pengajian Islam

seterusnya adalah dengan cara memukul iaitu tujuan untuk mendidik atau membetulkan
kesilapan. Jika keadaan ini masih berterusan dan tidak menemui jalan untuk
menyatukan pasangan suami isteri tersebut, maka jalan terakhir ialah dengan melantik
hakim dari pihak isteri dan suami bagi mendamaikan antara mereka. Sekiranya langkah-
langkah yang dinyatakan di atas tidak boleh mengatasi masalah dan menemui jalan
buntu maka perceraian adalah pilihan yang terakhir. Islam tidak memaksa kedua-dua
suami dan isteri untuk terus hidup dalam suasana sengsara kerana tiadanya kasih
sayang antara suami dan isteri untuk terus hidup sebumbung. Maka kerana itulah Islam
menganjurkan jalan keluar yang terakhir iaitu melalui talak.

Khulu’
Ia juga bermaksud tebus talak yang bererti isteri memajukan permohonan untuk bercerai
kepada suami dengan membayar wang ringgit atau sesuatu yang bernilai kepada suami
di atas persetujuannya menjatuhkan talak.

Taklik
Perceraian yang berlaku apabila isteri melangar taklik yang dibuat oleh suami, iaitu
suami melafazkan cerai dengan mengaitkan perbuatan isteri atau dengan perkataan
seperti ‘Aku ceraikan awak dengan talak satu sekiranya engkau keluar dari rumah ini’.

Li`an
Li`an bermaksud suami bersumpah tidak akan bersama dengan isterinya dengan
menyatakan bahawa isterinya berzina atau tidak mengakui anak dalam kandungan isteri
adalah miliknya.

Ila’
Suami bersumpah tidak mahu bersetubuh dengan isteri lebih daripada 4 bulan.
Contohnya suami berkata:’Aku bersumpah tidak menyetubuhi engkau setahun’.

Zihar
Menyerupakan sebahagian daripada fizikal isteri dengan perempuan yang haram
dinikahi.

Fasakh

:NOTA

63
Pengajian Islam

Perceraian yang dituntut oleh isteri melalui perantaraan kadi atau hakim.

Iddah
Iddah dari segi bahasa bermaksud menghitung manakala pada istilah membawa
maksud tempoh masa isteri yang diceraikan oleh suami yang bergantung kepada masa
sucinya atau sebab-sebab tertentu.

Hak dan tanggungjawab suami isteri


Apabila telah berkahwin, tanggungjawab yang harus dipikul oleh suami isteri menjadi
lebih besar dan berat. Kedua belah pihak perlulah menjalankan tanggungjawab masing-
masing bagi memastikan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Tanggungjawab suami

 Berlaku adil dalam setiap perkara


 Memimpin isteri ke jalan yang baik
 Memberikan nafkah yang secukupnya
 Memberikan didikan yang sempurna kepada isteri
 Melindungi isteri dari sebarang perkara yang merbahaya
 Melayan dan menggauli isteri dengan baik

Tanggungjawab isteri

 Mentaati suami selagi mana tidak bercanggah dengan syarak


 Melayan suami dengan baik
 Mengurus rumah tangga sebaiknya
 Menjaga maruah diri, suami dan keluarga
 Menyenangkan hati suami
 Pendorong dan memberi motivasi

Tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak

 Memberikan nama yang baik


 Melakukan akikah
 Mengajar ilmu agama

:NOTA

64
Pengajian Islam

 Memberikan pendidikan yang sempurna


 Nafkah kepada anak-anak
 Memberikan kasih sayang

Tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa

 Mentaati ibubapa dalam perkara-perkara makruf


 Menjaga tutur kata dengan ibubapa
 Menghormati ibubapa
 Menghormati saudara-mara dan sahabat handai ibubapa
 Menjaga maruah diri dan ibubapa
 Mendoakan kesejahteraan ibubapa didunia dan akhirat

Konsep kemasyarakatan Islam

Masyarakat Islam ialah masyarakat yang hidup bersama masyarakat yang lain tetapi
menjalani kehidupan yang berlandaskan nilai-nilai Islam. Masyarakat Islam yang
pertama dibentuk adalah ketika di Madinah iaitu kerajaan Islam pertama yang berjaya
didirikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pada tahun 622M dengan
berlandaskan nilai-nilai Islam. Berbekalkan sifat yang cekal, gigih dan mereka akhirnya
berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal.

Asas-asas pembentukan masyarakat Islam pada


Zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.

Syariah sebagai asas

Pembangunan akhlak

Pembentukan peribadi muslim

Pembinaan tempat ibadah

:NOTA

65
Pengajian Islam

Mengukuhkan persaudaraan Islam

Hak dan tanggungjawab anggota masyarakat

 Berhak hidup dengan aman dan tenteram


 Tidak boleh membunuh dengan sewenang-wenangnya kecuali dengan cara
menurut perundangan
 Hak untuk bergerak, berfikir dan melahirkan pendapat dengan bebas
 Hak untuk mempertahankan maruah dan peribadi
 Berhak mendapat perlindungan politik dan melantik pemimpin
 Hak untuk bekerja mencari rezeki yang halal
 Hak untuk menuntut ilmu
Islam dan masyarakat majmuk

 Masyarakat majmuk bererti masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum,


bahasa, agama dan budaya tetapi hidup di bawah satu sistem politik yang
sama.
 Tanggungjawab masyarakat Islam adalah untuk tunduk kepada semua
peruntukan yang telah ditetapkan undang-undang Islam yang berlandaskan
kepada al-Quran, al-Sunnah, Ijma` dan Qias.
 Manakala tanggungjawab bagi masyarakat bukan Islam adalah untuk tunduk
kepada perundangan Islam sebagai suatu bentuk tanggungjawab politik.

3.2 PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan tuntutan yang pasti bagi setiap insan yang hidup di dunia.
Justeru, Islam telah mewajibkan menuntut ilmu kepada umat manusia sejak nabi Adam
a.s. lagi yang telah dibekalkan dengan pengetahuan untuk membolehkannya
melaksanakan segala amanah Allah s.w.t. sebagai khalifah di atas muka bumi.

Definisi pendidikan

:NOTA

66
Pengajian Islam

Terdapat beberapa takrifan mengenai pendidikan sebagaimana menurut pandangan


tokoh-tokoh berikut:

Plato: ”pendidikan sebagai satu latihan jasmani dan rohani bagi mencapai
kecantikan dan kesempurnaan’.

John Dewey: ”pendidikan merupakan proses membenuk kecenderungan asasi


yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia”.

Kurshid Ahmad: ”pendidikan adalah satu latihan aqliah, jasmaniah dan rohaniah
bagi melahirkan manusia yang berkebudayaan tinggi yang sanggup melaksanakan
tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna”.

Secara umumnya, pendidikan bermaksud suatu proses pemindahan sebarang


bentuk maklumat dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Pendidikan menurut perspektif Islam iaitu suatu proses pembentukan
keperibadian manusia menjadi khalifah Allah s.w.t. yang beriman, bertaqwa dan beramal
soleh dalam pembinaan tamadun untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. yang
bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

Terdapat juga istilah-istilah lain yang digunakan untuk memaknai istilah pendidikan
iaitu:

Tarbiyyah
Suatu proses membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap
sehingga mencapai matlamat terakhir iaitu insan sempurna (kamil).

Ta’lim
Proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan
fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah s.w.t. di atas muka bumi.

Ta’dib
Proses mendidik manusia agar mampu memperkembangkan segala potensi ke arah
pembentukan tatasusila, perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki oleh
Islam.

Irsyad

:NOTA

67
Pengajian Islam

Petunjuk yang benar ke arah jalan yang lurus bagi kehidupan manusia di dunia
seperti yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Tadris
Pengajaran yang dilakukan oleh seseorang guru kepada muridnya tentang sesuatu
mata pelajaran.

Secara kesimpulannya pendidikan Islam merupakan suatu proses latihan


aqliyyah, jasmaniyyah, rohaniyyah dan akhlaqiyyah manusia berdasarkan nilai-nilai yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah bagi melahirkan manusia yang sempurna dan
bertaqwa.

Konsep pendidikan Islam

Konsep pendidikan Islam adalah berasaskan kepada keseimbangan yang


menghubungkan antara roh, akal dan jasad dengan proses mendidik, membentuk serta
melatih individu dalam pelbagai aspek. Proses ini penting bagi menggunakan seluruh
fitrah manusia agar dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah s.w.t. yang
akan direalisasikan dalam kehidupan seharian. Konsep yang diperkenalkan oleh Islam
amat berbeza dengan konsep sekularisme yang hanya menyempitkan skop terhadap
aspek akal dan jasad semata-mata. Mereka hanya mengambil sebahagian sedangakan
sebahagian yang lainnya diabaikan untuk kepentingan tertentu.

Pendidikan Islam juga menekankan soal pembelajaran seumur hidup yang


menyatukan pengetahuan dengan tindakan yang tidak mungkin boleh dipisahkan. Selain
itu juga, pendidikan Islam tidak membezakan antara lelaki dengan perempuan, tidak
membataskan kepada bangsa, bahasa dan warna kulit tertentu. Setiap manusia
mempunyai tanggungjawab yang berbeza sesuai dengan kepakaran dan kebolehan
yang dimiliki oleh seseorang. Proses pendidikan adalah suatu proses yang sentiasa
berkembang selaras dengan peredaran saman dan perubahan masa.

Pendidikan Islam berteraskan pendidikan rabbani yang bersumberkan wahyu


Ilahi. Sedangkan bagi pendidikan sekular hanya mendewa-dewakan perkara keduniaan
dan mengenepikan persoalan agama. Ilmu pengetahuan dalam Islam juga didasarkan

:NOTA

68
Pengajian Islam

kepada untutan fardhu ain dan fardhu kifayah. Ini menunjukkan bahawa Islam
menghormati segala punca yang membawa kebaikan kepada manusia di dunia dan
akhirat.

Matlamat pendidikan Islam

Melahirkan individu yang sempurna samada dari segi rohani dan jasmani
mahupun dari segi material atau sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat.
Membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang
mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi
melahirkan insan kamil dan individu yang bertaqwa.
Al-Ghazzali berpendapat bahawa matlamat pendidikan adalah untuk mengisi
fikiran kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan untuk memupuk akhlak yang murni.

Kurikulum pendidikan Islam

Syar’iyyah (pengajian umum); seperti fiqh, tafsir dan hadis.


Adabiyyah (pengajian bahasa dan kesusasteraan); seperti nahu, sarf dan
balaghah.
Riyadiyyah (pengajian ilmu kira-kira); seperti matematik, ilmu bintang dan
ekonomi.
Aqliyyah (pengajian logik); seperti ilmu kalam, falsafah, sains dan kedoktoran.

Institusi pengajian Islam

 Masjid

Masjid merupakan antara institusi pengajian Islam terawal seiring dengan proses
perkembangan dakwah Rasulullah s.a.w. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, ia
juga lazimnya dijadikan sebagai tempat untuk pengajian seperti al-Quran, hadis,
akidah dan syariah. Sistem pembelajaran yang dilakukan adalah secara halaqah.

 Kuttab

:NOTA

69
Pengajian Islam

Kuttab merupakan pusat pengajian asas yang diwujudkan bagi peringkat kanak-
kanak sebelum mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Aspek
yang ditekankan ialah membaca, menulis, menghafaz al-Quran dan asas-asas
fardhu ain. Penubuhannya telah bermula sejak era pemerintahan bani Umayyah
namun ia lebih ketara lagi pada zaman khilafah Bani Abbasiyyah.

 Institut al-Nizamiyyah

Institusi ini telah ditubuhkan oleh khalifah Nizam al-Mulk pada zaman pemerintahan
Bani Abbasiyyah yang terletak di Baghdad. Ia mengandungi tiga fakulti iaitu Syariah,
Usuluddin dan Sains Kemanusiaan.

 Institut al-Mustansiriyyah

Institusi ini diwujudkan pada zaman Bani Abbasiyyah yang terletak di Baghdad. Ia
menyediakan silibus yang berteraskan empat mazhab fiqh utama. Antara pengajian
yang ditawarkan seperti adabiyyah (bahasa dan kesusasteraan), ulum aqliyyah
(logik/mantiq) dan ulum tabi’iyyah (fizik).
3.3 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Politk Islam

Politik Islam mengandungi konotasi maksud yang luas. Istilah lain yang lazim digunakan
dan lebih tepat menggambarkan maksud politik Islam adalah ’al-siyasah’. Politik Islam
merangkumi pelbagai aspek seperti sistem pengurusan pentadbiran, kepimpinan,
kesatuan dan perhubungan antarabangsa yang berasaskan kepada wahyu dan
panduan Allah s.w.t. Contoh terbaik dan paling praktikal untuk diikuti adalah
sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dan khulafa’ Islam
selepasnya.

Objektif politik Islam

Politik Islam bertujuan untuk menjamin kemaslahatan manusia secara keseluruhanya


samada di dunia mahupun akhirat. Antara objektif utama dalam politik Islam adalah
untuk:

:NOTA

70
Pengajian Islam

 Menjamin kedaulatan agama Islam supaya kekal subur di atas muka bumi
melalui perlaksanaan ajaran Islam.
 Mewujudkan kepimpinan Islam yang berkualiti melalui beberapa syarat
kelayakan yang digariskan oleh Islam.
 Menjamin kesatuan ummah di bawah satu asas akidah yang sama iaitu
mentauhidkan Allah s.w.t. dengan menjunjung tinggi segala perintah-Nya dan
menentang segala faktor yang boleh meruntuhkan perpaduan dan akidah Islam.
 Membersihkan masyarakat daripada segala unsur fasad (kerosakan) termasuk
aspek ekonomi, sosial dan politik melalui amar ma’ruf nahi mungkar.
 Membangun dan memajukan negara mengikut acuan Islam yang bersumberkan
perundangan Ilahi.

Konsep politik Islam

Pemerintah atau pemimpin disebut sebagai Ulil Amr iaitu selaku khalifatullah yang
diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk memerintah dan mentadbir alam serta mengurus
sumber tabi’i. Pemerintahan dan pentadbiran Islam berlunaskan kepada konsep imamah
iaitu sebagai menghayati ciri-ciri kepimpinan imam mengetuai solat jema’ah). Kuasa
merupakan hak mutlak Allah s.w.t. sementara manusia hanya sebagai pemegang
amanah untuk melaksanakan segala kehendak-Nya.

Prinsip politik Islam

Islam meletakkan asas atau tunggak yang jelas sebagaimana yang digariskan oleh al-
Quran dan al-Sunnah iaitu antaranya:

 Al-siyadah dan al-hukmiyyah adalah milik Allah s.w.t. Kuasa tertinggi dalam
memutuskan sesuatu dasar negara adalah Allah s.w.t. iaitu sebagaimana yang
digariskan di dalam al-Quran.
 Menegakkan keadilan (al-’adalah) dan menghapuskan kezaliman (al-zulm)
dalam segenap perkara.
 Menjamin hak dan kebebasan rakyat samada dalam politik, pendidikan,
ekonomi, sosial dan sebagainya selagi mana tidak melanggar prinsip-prinsip syarak.

:NOTA

71
Pengajian Islam

 Mengamalkan sistem perbincangan (syura) di kalangan ’ahli syura’ untuk


menetapkan sesuatu polisi atau dasar negara dengan berpandukan kepada al-
Quran dan al-Sunnah.
 Mengamalkan prinsip kesamarataan iaitu tidak mengenepikan kepentingan
mana-mana individu atau mendiskriminasi sebarang bentuk perbezaan kaum,
bangsa, agama, budaya, bahasa dan sebagainya.

Peranan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh ikutan terbaik sebagai pemimpin yang patut
diteladani oleh semua orang. Baginda s.a.w. telah memberikan contoh tauladan yang
baik dari segi kepimpinan dan sifat-sifat keperibadian yang mulia. Antara sumbangan
terbesarnya adalah kejayaan meletakkan asas penubuhan kerajaan Islam pertama di
dunia iaitu Madinah. Antara tugas dan peranannya selaku pemimpin umat Islam di
Madinah termasuklah aspek pemerintahan, pengurusan, pentadbiran, imam, perancang
ekonomi, ketua tentera dan hakim.

Sebagai ketua negara Islam yang pertama, Baginda s.a.w. juga telah berjaya
menjadikan Madinah sebagai pusat perniagaan dan perdagangan serta mewujudkan
kondisi yang aman dan makmur kepada masyarakatnya.

Selain itu juga, Baginda s.a.w. telah meluaskan fungsi masjid sebagai institusi sosial
iaitu pusat bagi segala kegiatan masyarakat Islam yang dapat menyatupadukan
kekuatan ummah.

Sementara dalam bidang pentadbiran, Baginda s.a.w. telah mewujudkan


beberapa jawatan penting untuk melancarkan lagi urusan pentadbiran. Antaranya
melalui penubuhan jawatan na’ibin (penolong ketua) yang bertindak sebagai timbalan
kepada Baginda s.a.w. dan mengetuai pentadbiran semasa ketiadaannya di Madinah.
Selain itu Baginda s.a.w. telah mewujudkan jawatan rusul (duta) yang ditugaskan
sebagai pendakwah dan pembuat perjanjian dengan negara-negara luar supaya
memeluk Islam.

:NOTA

72
Pengajian Islam

Semasa menjawat jawatan ketua hakim, Baginda s.a.w. telah melaksanakan


tugasnya dengan adil dan telus. Buktinya, Baginda s.a.w. mengarahkan mana-mana
orang Islam yang disabitkan mencuri supaya dipotong tangannya walaupun anaknya
sendiri. Baginda s.a.w. tidak pernah membezakan pangkat dan kedudukan dalam
menjalankan tugasnya.

Rasulullah s.a.w. turut tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab sebagai


ketua tentera Islam. Antara peperangan yang pernah diketuainya seperti peperangan
Badar, Uhud dan Khandak. Bahkan baginda s.a.w. telah mewujudkan beberapa jawatan
lain untuk tujuan menguatkan lagi sistem ketenteraan Islam. Antaranya seperti
kumpulan infantri (mushat), berkuda (al-khayl), pemanah (rumat), perisai (ahl-silah)
serta kelengkapan dan bekalan (rissah).

Meskipun Rasulullah s.a.w. menjawat pelbagai bentuk jawatan dalam satu


waktu, Baginda tetap tidak pernah meningalkan tugas asasinya sebagai seorang Rasul
dan pendakwah. Hasil daripada kesungguhan, ketekunan dan kesabarannya maka kita
dapat lihat Islam di serata pelusuk dunia pada hari ini. Perjuangan Baginda s.a.w. dalam
berdakwah bukan hanya kepada masyarakat biasa bahkan kepada pembesar-pembesar
negara. Antara pembesar-pembesar negara yang pernah menerima dakwah Nabi s.a.w.
termasuklah Raja Najasyi di Habsyah, Hercules iaitu kaisar Rom dan Muqawqis iaitu
pembesar Mesir.
Sistem syura dan hisbah

Konsep syura

Syura ialah sistem perbincangan, rundingan dan nasihat yang dilakukan dalam
menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran negara. Ia menekankan semangat
perbincangan atau mesyuarat dalam menentukan sesuatu keputusan atau ketetapan
sesebuah negara.

Prinsip-prinsip syura

 Urusan pentadbiran dan pengurusan hendaklah berlandaskan kepada sistem


perbicangan atau rundingan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
 Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahandibuat setelah melalui
persetujuan bersama hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan.
:NOTA

73
Pengajian Islam

 Perlu ada kesepakatan, kesefahaman, kesatuan fikiran dan pandangan dalam


menangani sesuatu iau atau masalah.
 Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber
rujukan dalam membuat pertimbangan untuk membuat keputusan.
 Mengunakan kebijaksanaan (hikmah) dan secara lemah lembut (maw’izah)
semasa mengenengahkan pendapat atau pendirian dalam perbincangan.
 Mengutamakan maslahat umum semasa ingin menetapkan sesuatu keputusan.
 Menghormati dan manghargai pandangan atau nasihat yang diberikan oleh
orang lain.

Konsep hisbah

Hisbah merupakan sistem yang digunakan untuk mencongak, menyemak dan menilai
pencapaian diri dalam melaksanakan tugas pemerintah dan pentadbiran yang telah
diamanahkan. Dengan kata lain ia sebagai suatu proses untuk memuhasabah diri untuk
memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dimiliki.

Prinsip-prinsip hisbah

 Mengawal, menyemak dan mnegemaskini sistem pemerintahan dan pentadbiran


supaya dapat dipertingkatkan tehap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan
yang diberikan.
 Menilai pencapaian prestasi pemerintahan dan pentadbiran supaya kelemahan,
kekurangan dan kesilapan dapat diatasi atau diperbaiki.
 Mengukur kejayaan pemerintahan dan pentadbiran supaya perlaksanaan
perancangan menepati matlamat yang ingin dicapai.
 Mengenalpasti masalah dan kesulitan yang menyebabkan kegagalan seterusnya
merancang dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian untuk mencapai
kejayaan.
 Meninjau pandangan, pendapat atau komen daripada rakyat terhadap sesuatu
dasar atau rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

:NOTA

74
Pengajian Islam

 Mencegah dan membendung sebarang gejala buruk, amalan yang tidak sihat
dan perbuatan salah laku yang boleh berlaku dalam pemerintahan seperti rasuah
dan sebagainya.

3.4 PERUNDANGAN ISLAM

Perundangan Islam yang dikenali sebagai syariah mengariskan peraturan hidup individu
dan masyarakat mencakupi bidang kehidupan manusia seperti agama, moral,
kekeluargaan, sosial, undang-undang, peperangan dan perdamaian. Kerajaan Islam
diperintahkan supaya melaksanakan hukuman secara adil ke atas semua orang samada
muslim mahupun bukan. Secara rasionalnya, hukuman yang dicipta oleh Allah s.w.t.
sudah semestinya lebih adil berbanding hukuman yang dicipta oleh manusia. Ini kerana
manusia sendiri sering terpengaruh dengan pelbagai unsur yang boleh mengubah
sebarang keputusan yang boleh menggugat kepentingannya. Perundangan Islam
terbahagi kepada dua iaitu:

Perundangan yang disyariatkan Allah s.w.t. di dalam al-Quran dan al-Sunnah


yang mesti dipatuhi oleh setiap manusia.
 Perundangan yang dicipta oleh manusia samada yang menyentuh hal-hal
keagamaan iaitu melalui ijtihad ataupun perundangan yang tidak menyentuh hal-
hal keagamaan tetapi untuk tujuan kemaslahatan manusia yang tidak
bercanggah dengan prinsip Islam.
Prinsip-prinsip perundangan Islam

Tidak menyusahkan

Perundangan Islam bukan bertujuan untuk menyusahkan hidup manusia kerana ia


direka selaras dengan kemampuan manusia. Contohnya seperti penggantian wuduk
kepada tayamum sekiranya ketiadaan air.

Sedikit bebanan

Bebanan yang diletakkan ke atas manusia tidaklah seberapa berbanding dengan


nikmat Allah s.w.t. yang melimpah ruah. Ia bermaksud suatu bentuk ujian untuk
mengukur tahap ketaqwaan dan ketaatan manusia kepada Allah s.w.t.

:NOTA

75
Pengajian Islam

Beransur-ansur

Perintah perlaksanaan hukum Islam dilakukan secara berperingkat-peringkat selari


dengan tempoh penurunan ayat-ayat al-Quran. Ia bertujuan untuk memberi
kemudahan bagi manusia untuk memahami, menghayati dan mengamalkan setiap
perkara yang dikehendaki di dalam Islam ke arah penghidupan yang diredhai Allah
s.w.t.

Terdapat kelonggaran

Setiap yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. adalah mengikut kemampuan


manusia. Manusia masih diberi pilihan untuk tidak melakukan tuntutan yang asal
atas sebab-sebab yag diterima syarak. Contohnya seperti solat jamak dan qasar
bagi orang yang bermusafir.

Bersesuaian dengan kemaslahatan umum

Segala peraturan dan undang-undang Islam adalah bersiat semasa dan releven
pada setiap zaman dan tempat kerana ia bersumberkan kepada al-Quran dan al-
Sunnah. Justeru, perundangan Islam seharusnya diamalkan oleh umat Islam secara
keseluruhannya tanpa sebarang halangan atau alasan.

Perbezaan antara Syariah dan undang-undang manusia


Syariah Undang-undang manusia
Perundangan Islam yang ditetapkan oleh Peraturan manusia yang dibentuk oleh
Allah s.w.t. badan berkuasa dalam kerajaan.
Bersifat tetapdan tidak boleh berubah. Boleh berubah mengikut kehendak majoriti.
Perlaksanaannya tidak mempunyai batasan Mempunyai batasan negara atau sempadan
sempadan geografi/negara. tertentu.
Tiada pengecualian terhadap mana-mana Lazimnya terdapat pengecualian kepada
individu muslim. golongan pemerintah atau individu yang
mempunyai kuasa.
Kedaulatan hanya diberikan kepada Allah Kedaulatan diberikan kepada raja atau
s.w.t. sultan.

:NOTA

76
Pengajian Islam

Sumber-sumber hukum dalam Islam

Sumber primer

Al-Quran

Kalam Allah s.w.t. dari segi lafaz dan maknanya yang disampaikan kepada
Rasulullah s.a.w. dalam bahasa Arab melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Orang
yang membacanya dengan bersungguh-sungguh diangap sebagai ibadah. Cara al-
Quran dalam menentukan sesuatu hukum ada tiga iaitu:
1) Menerangkan hukum secara keseluruhan (kulli) yang akhirnya
menjadi suatu dasar atau prinsip. Contohnya seperti perintah berlaku adil.
2) Menerangkan hukum secara umum (ijmal) sehingga memerlukan
penjelasan lanjut. Contohnya seperti hukum wajib solat.
3) Menerangkan hukum secara terperinci. Contohnya seperti cara
pembahagian harta pusaka dan perlaksanaan talak.

Al-Sunnah

Setiap apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w. samada perkataan, perbuatan,
pengakuan atau sifatnya. Namun begitu, al-Sunnah mengandungi dua jenis iaitu al-
Sunnah yang boleh dijadikan sumber hukum (hadith) dan al-Sunnah yang tidak
boleh dijadikan sumber hukum seperti cara makan dan tidur atau perkara-perkara
yang khusus bagi Rasulullah s.a.w. sahaja. Antara peranan utama al-Sunnah di
dalam perundangan Islam adalah untuk:
1) Menegaskan hukum yang telah terdapat di dalam al-Quran seperti
larangan memakan harta anak yatim atau mengambil harta orang lain
tanpa kebenaran.
2) Menjelaskan perkara yang tidak diperincikan di dalam al-Quran seperti
cara melakukan solat.
3) Menetapkan hukum yang tidak terdapat di dalam al-Quran seperti
pemberian hak harta pusaka kepada saudara jauh.

Sumber skunder

Ijmak

:NOTA

77
Pengajian Islam

Permuafakatan atau persepakatan pendapat di kalangan ulamak pada suatu masa


tertentu terhadap permasalahan baru yang wujud selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w. tetapi masih berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Ijtihad
Usaha yang dilakukan oleh seseorang ulamak atau mujtahid untuk mengeluarkan
suatu pendapat hukum terhadap permasalahan yang berlaku dengan berdasarkan
kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Qias
Menyandarkan sesuatu permasalahan cabang (furu’) yang tidak ada hukum dalam
nas dengan masalah asal yang telah dinyatakan hukumnya di dalam nas kerana
persamaan illah kedua-duanya. Contohnya seperti pengharaman air tuak yang
disandarkan kepada pengharaman arak disebabkan (illah) sifatnya yang
memabukkan.

Istishab
Penetapan sesuatu perkara dengan hukum yang sedia ada selagimana belum ada
dalil lain yang boleh mengubahnya. Contohnya seperti hukum asal bagi semua
haiwan laut adalah halal untuk dimakan selagimana tidak ada sebab yang boleh
memudaratkannya untuk dimakan.

Al-urf
Adat kebiasaan sesebuah masyarakat setempat yang tidak bercanggah dengan
prinsip syarak. Contohnya seperti pemberian hantara semasa perkahwinan.

Masoleh mursalah
Menentukan sesuatu hukum baru dengan tujuan menjamin kemaslahatan umum.
Contohnya seperti pembukuan al-Quran.

Sad al-zarai’
Mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara menutup ruang-ruang yang boleh
membawa kepada perkara kerosakan. Contohnya seperti penutupan kedai-kedai
arak atau menghentikan pembuatan rokok.

:NOTA

78
Pengajian Islam

Undang-undang jenayah

Jenayah merupakan perkara yang merosakan individu dan masyarakat. Untuk


membendung perkara tersebut pelbagai peraturan dan undang-undang diperkenalkan
oleh manusia dalam menangani perkara buruk ini. Kemajuan yang dikecapi oleh
manusia pada hari ini hanya menambahkan lagi ruang dan peluang kepada penjenayah
untuk melakukan kejahatan. Di sinilah perlunya peraturan yang benar-benar mampu
menggerunkan penjenayah dan memberi pengajaran yang berkesan kepada manusia
keseluruhannya.

Jenayah atau jarimah secara umumnya adalah perbuatan jahat, tetapi secara
khususnya pengunaan perkataan jenayah tertumpu kepada perbuatan yang ditegah
oleh syarak samada mengenai harta benda ataupun tubuh badan manusia. Ibn Rushd
telah membahagikan jenayah kepada:
a) Jenayah ke atas tubuh badan
b) Jenayah ke atas harta benda
c) Jenayah ke atas keturunan
d) Jenayah ke atas maruah

Termasuk juga yang dimaksudkan dengan jenayah ialah keluar daripada agama
Islam kerana dianggap mencemarkan maruah agama dan maruah umat Islam
keseluruhannya.

Bentuk hukuman jenayah

HUDUD

Hudud berasal daripada kalimah ’had’ yang bermaksud sempadan atau ketentuan.
Hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak yang wajib dilaksanakan oleh
hakim atau pemerintah sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. Manusia tidak mempunyai
hak sedikitpun untuk meminda atau mengurangkan hukuman ini. Ciri-ciri hudud:

1) Merupakan hukuman keseksaan yang rigid tidak akan berubah


samada manusia setuju atau sebaliknya.
2) Menunaikan hak Allah s.w.t. selaku tanggungjawab hamba kepada
Penciptanya.

:NOTA

79
Pengajian Islam

Jenis hukuman hudud

Mencuri

Mencuri adalah perbuatan keji yang dihina oleh Allah s.w.t. dan masyarakat
keseluruhannya. Allah s.w.t. telah menetaplan hukuman mencuri dengan potong tangan
dan ini adalah satu ketetapan dari Allah s.w.t. yang tidak boleh dipertikai oleh mana-
mana manusia kerana Allah s.w.t. lebih mengetahui segala-galanya.

Merompak dan menyamun

Kita telah mengetahui akibat buruk dari rompakan dan samun. Samun dan rompakan
bukan sahaja mencederakan seseorang tetapi menakutkan masyarakat
keseluruhannya. Islam telah menetapkan undang-undang yang dapat mengawal
jenayah ini berdasarkan kepada tindakan yang dilakukan oleh perompak tersebut iaitu:

1) Bunuh sekirannya mereka membunuh


2) Potong tangan dan kaki sekiranya merompak sahaja
3) Disalib dan dibunuh sekiranya membunuh dan merompak
4) Buang negeri atau penjara sekiranya mengganggu ketenteraman awam.

Zina

Zina adalah perbuatan terkutuk yang membunuh keturunan manusia dan meletakkan
manusia ke lembah kehinaan yang akan memusnahkan keluarga serta masyarakat. Jika
diteliti, jenayah zina boleh membawa kepada pembunuhan yang dashyat kerana mereka
sanggup melakukan pelbagai cubaan untuk membunuh bayi yang tidak berdosa.
Bahkan ia juga akan memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kepada bayi
tersebut sekiranya masih hidup. Demikianlah akibat dari perbuatan zina yang
sememangnya keji dan hina. Justeru, hukuman kepada penzina ialah dengan sebatan
sebanyak seratus kali sekiranya belum berkahwin manakala rejam sehingga mati bagi
yang sudah berkahwin.

Menuduh Berzina

:NOTA

80
Pengajian Islam

Manusia mempunyai sifat semulajadi ingin menjaga maruahnya dan sanggup


mempertahankan nama baik dengan sepenuh dayanya. Demi menjaga perkara ini Islam
telah mengharamkan perbuatan melemparkan tuduhan berzina ke atas seseorang
dengan sesuka hati. Mereka yg membuat tuduhan tanpa ada empat orang saksi yang
layak, maka sabitlah ianya telah melakukan kesalahan qazaf dan dihukum dengan lapan
puluh sebatan.

Meminum arak

Setiap minuman yang memabukkan adalah haram diminum samada banyak atau
sedikit. Minuman keras bukan sahaja boleh meruntuhkan moral bahkan boleh
keruntuhan dalam rumah tangga dan mencacatkan keimanan seseorang. Justeru itu,
patutlah bagi mereka dikenakan hukuman sebanyak empat puluh kali sebatan samada
dengan menggunakan rotan, pelepah tamar dan sebagainya.

Murtad

Murtad ialah kembali kepada kekufuran setelah Islam. Islam tidak memaksa seseorang
supaya menerima Islam tetapi apabila mereka menerima Islam bermakna mereka telah
memperolehi petunjuk dan Islam mengawal penganutnya supaya terus berada tetap di
atas landasannya termasuklah tidak membenarkan sama sekali untuk menukarkan
agamanya kepada agama lain.

Sesiapa yg menukarkan agamanya bermakna mereka telah mengkhianati dirinya


dan memerangi Islam keseluruhannya. Oleh itu, bagi mereka yang memerangi Islam
dan umatnya hendaklah dihukum dengan hukuman bunuh. Pun begitu, dalam
melaksanakan hukuman murtad bukanlah boleh dilakukan dengan sewenang-
wenangnya kerana pihak berkuasa yang layak mestilah menjalankan perbicaraan
dengan sejelas-jelasnya dan seadil-adilnya.

QISAS

Qisas menurut bahasa bermaksud sama atau seimbang. Ini menunjukkan bahawa qisas
adalah hukuman yang sama dan seimbang dengan kesalahan yang dilakukan. Dari segi
istilah iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan

:NOTA

81
Pengajian Islam

bagi menunaikan hak manusia. Bentuk keseksaannya telah ditentukan oleh syarak
bertujuan untuk menjaga kepentingan individu.

Perbezaan antara qisas dan hudud ialah hudud lebih menonjolkan hak Allah
s.w.t. daripada hak manusia sedangkan qisas lebih menonjolkan hak manusia daripada
hak Allah s.w.t. Selain itu juga hudud wajib dilaksanakan tanpa sebarang pilihan tetapi
qisas walaupun wajib tetapi ia terpulang kepada manusia (mangsa) untuk menentukan
hukumannya. Contohnya seperti kes pembunuhan. Waris kepada si mati boleh
menetapkan hukuman samada mahu mengenakan hukuman balas bunuh terhadap
pembunuh tersebut atau memaafkannya. Dalam pada itu juga pembunuh boleh merayu
kepada waris si mati supaya memaafkannya dengan dibayar ganti rugi. Sekirannya
kedua-dua belah pihak bersetuju maka hendaklah dibayar dengan ganti rugi sebagai
ganti kepada hukuman qisas tersebut. Kesalahan-kesalahan qisas seperti berikut:

a) Membunuh
b) Mencederakan angota badan dengan sengaja

Apabila Islam menetapkan hukuman bunuh dibalas dengan bunuh dan yang
mencederakan dibalas dengan cedera maka secara spotan manusia mengakui secara
jujur bahawa undang-undang yang setimpal ini adalah maha adil kerana tiada lagi
undang-undag yang lebih baik dari balasan yang sepadan dengannya. Walaupun begitu
Islam menggalakkan supaya si pesalah dimaafkan dan mereka yang memaafkannya
pula akan diberi ganjaran yang setimpal dan menjadi penebus dosa bagi mereka.

Diat (ganti rugi) terbahagi kepada dua jenis iaitu:

a) Diat berat: Bagi pembunuh yang melakukannya dengan sengaja atau


menyerupai sengaja dendanya ialah 30 ekor unta betina berumur antara
tiga masuk empat tahun, 30 ekor unta betina berumur antara empat
masuk lima tahun, 40 ekor unta bunting.
b) Diat ringan: Bagi pembunuh yang melakukannya tanpa sengaja, dendanya
sebanyak 100 ekor unta. Namun pada pada zaman ini dibolehkan kepada
pihak mahkamah menentukan dengan mata wang kita yg dipadankan
dengan seratus ekor unta.

TAKZIR

:NOTA

82
Pengajian Islam

Takzir dari sudut bahasa bermaksud mencegah atau menahan. Manakala dari sudut
istilah pula bermaksud hukuman yang tidak ditetapkan kadar yang wajib dilaksanakan
bagi menunaikan hak Allah s.w.t. atau hak manusia dalam kesalahan yang tidak
dikenakan hudud atau kaffarah. Hukuman ini ditentukan melalui kebijaksanaan kadi atau
hakim.

Bidang kuasa takzir

Bidang kuasa takzir amat banyak iaitu yang tidak termasuk hudud dan kaffarah. Ia
ditentukan oleh pihak pemerintah atau mahkamah dengan tujuan antaranya untuk:
1) Menjaga kepentingan umum
2) Mewujudkan keselesaan untuk seluruh manusia
3) Menseimbangkan antara kesalahan dan hukuman supaya manusia
menghormati keputusannya
4) Tidak membezakan antara satu dengan yang lain

Pengecualian dari hukuman

Tanggungjawab jenayah akan digugurkan apabila pelakunya tiada pilihan atau


menunaikan haknya iaitu:

 Mempertahankan diri
 Mendidik dan mengajar
 Merawat dan mengubat
 Bersukan
 Hilang jaminan undang-undang
 Hak dan kewajiban pemerintah

Terlalu banyak hukuman yang dikategori di dalam bidang takzir. Ini ditambah
pula dengan kesalahan jenayah hudud yang tidak mencukupi syarat untuk dikenakan
hukuman hudud. Contohnya seperti jenayah zina yang tidak dapat dibuktikan melalui
saksi yang berkelayakan tetapi hanya dapat dibuktikan melalui cctv atau DNA, maka
hukumannyaboleh berpindah kepada takzir.

:NOTA

83
Pengajian Islam

3.5 EKONOMI DAN KEWANGAN

Ekonomi Islam sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi bagi satu
golongan masyarakat yang berpegang kepada nilai-nilai Islam. Dengan erti kata lain
ilmu sains sosial yang mengkaji tentang kegiatan manusia selaras dengan tuntutan
syarak samada di peringkat perolehan, penggunaan mahupun pengurusan sumber
untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara merangkumi aspek rohani dan jasmani bagi
mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Sistem kewangan Islam pula merupakan sebahagian daripada keseluruhan


sistem ekonomi Islam. Ia meliputi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kewangan dalam
semua sektor ekonomi.

Falsafah ekonomi dan kewangan Islam

 Tawhid

Menekankan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t., sentiasa dalam apa jua
pekerjaan yang dilakukan. Implikasi daripadanya segala sumber adalah ciptaan
Allah s.w.t. Justeru, Ekonomi Islam membawa pengertian persaudaraan sesama
manusia dan setiap orang mempunyai hak ke atas sumber-sumber ciptaan Allah.
 Rububiyyah

Menjadikan Allah s.w.t. yang bersifat Pencipta dan Pentadbir serta segala peraturan-
Nya sebagai sumber inspirasi terpenting untuk meningkatkan kualiti hidup di dunia
dan akhirat. Implikasi daripadanya setiap tindak tanduk manusia boleh dilakukan
dengan bebas dalam lingkungan garis panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t.

 Tazkiyyah

Pembentukan sahsiah dan akhlak bagi mensucikan diri daripada sifat-sifat


mazmumah serta memupuk sifat tanggungjawab secara bersama sesama manusia
melalui cara seperti bersedekah dan zakat untuk mencapai kejayaan (al-falah).

:NOTA

84
Pengajian Islam

Implikasi daripadanya dapat mewujudkan semangat kebersamaan dan


meningkatkan kualiti hidup manusia secara seimbang.

 ’Ubudiyyah

Berpegang kepada janji dan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kita
selaku khalifah di atas muka bumi ini. Setiap pekerjaan yang dilakukan mestilah
menepati segala peraturan dan perintahnya sebagai tanda ketaatan. Implikasi
daripadanya dapat mencegah manusia daripada melakukan ketidakadilan atau
kezaliman lantaran rasa bimbangnya terhadap amalannya yang akan dipersoalkan di
akhirat.

 Ukhuwwah

Sentiasa mewujudkan perasaan belas kasihan, hormat menghormati, bantu


membantu dan tidak melakukan sebarang penindasan atau eksploitasi. Implikasi
daripadanya hak setiap individu akan dapat dilindungi bagi meningkatkan kebajikan
umum.

Perbezaan antara sistem ekonomi Islam dan konvensional

Ekonomi Konvensional Ekonomi Islam


Matlamat yang dicari adalah Matlamat yang dicari adalah keredhaan
keuntungan individu Allah s.w.t.
Aktiviti yang berlaku secara bebas Aktiviti boleh dilakukan secara bebas
selagimana tidak melanggar prinsip-
prinsip Islam
Mementingkan keuntungan yang Mementingkan soal keseimbangan
bersifat individu antara kepentingan individu dan
masyarakat
Harta yang dimiliki dianggap hak mutlak Harta yang dimiliki adalah hak mutlak
:NOTA

85
Pengajian Islam

individu Allah s.w.t. dan manusia hanya sebagai


pemegang amanah
Mengandungi unsur riba’, monopoli dan Larangan keras terhadap sebarang
perjudian perbuatan yang bertentangan dengan
akhlak Islam

Riba’

Pengertian riba’ dari segi bahasa ialah lebihan atau pertambahan. Manakala dari segi
istilahnya iaitu akad yang terjadi dengan pertukaran barangan tertetentu yang tidak
diketahui samada sempurna ataupun tidak.

Jenis-jenis riba’

 Riba’ al-nasiah : riba’ yang dikenakan kerana melambatkan atau


menangguhkan
bayaran tertentu.
 Riba’ al-fadhal : riba’ yang disebabkan pembayaran atau pertukaran barangan
melebihi bayaran dan pertukaran asal.

Pada masa kini riba’ juga dikenali sebagai faedah ataupun bunga seerti yang
biasa diamalkan oleh kebanyakan sistem perbankan dan institusi kewangan. Ia menjadi
haram disebabkan:
a) terdapatnya unsur penindasan
b) terdapatnya unsur gharar (tidak jelas)
c) kadar pulangan atau bayaran yang tidak tetap

Institusi kewangan Islam

Perbankan Islam
:NOTA

86
Pengajian Islam

Pada tahun 1974 bank Pembangunan Islam telah ditubuhkan di Jeddah sebelum
penubuhan Bank Islam secara komersial iaitu Bank Islam Dubai pada 1979.

Sementara cadangan penubuhan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia telah


bermula sejak awal tahun 70-an lagi. Namun usaha ini hanya dapat direalisasikan pada
30 Julai 1980 apabila satu Jawatankuasa Kebangsaan Bank Islam telah dilantik oleh
Perdana Menteri. Jawantankuasa tersebut telah mencadangkan penubuhan bank Islam
yang dikopratkan sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965.

Rentetan daripada itu, Bank Islam akhirnya telah berjaya dikopratkan secara rasmi
pada 1 Mac 1983 dengan nama Bank Islam Malaysia Berhad. Kejayaan ini juga
bermakna umat Islam sudah memiliki pilihan untuk berurus niaga secara sah tanpa
melibatkan unsur-unsur riba’.

Pusat Zakat

Zakat berperanan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di samping sebagai salah


satu sumber pendapatan negara. Al-Quran telah menggariskan lapan golongan (asnaf)
yang layak untuk menerima zakat iaitu fakir, miskin, musafir, muallaf, amil, hamba yang
ingin memerdekakan dirinya, orang yang berhutang di jalan Allah s.w.t. dan orang yang
berjuang pada jalan Allah s.w.t. (fi sabilillah)

Pusat zakat (dar al-zakah) di Malaysia telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 17 November 1989. ia telah mula beroperasi pada
Januari 1991 sebelum dilancarkan secara rasmi oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
pada 8 mac 1991.

Antara jenis zakat yang ditumpukan ialah zakat yan gberkembang seperti
pelaburan dan simpanan termasuklah akaun simpanan, tetap, semasa, ASB dan
sebagainya (tidak termasuk rumah dan tanah). Bagi zakat yang dikenakan terhadap
emas, nisbah yang perlu dikeluarkan ialah sebanyak 85 gram (2.5%) daipada nilai emas
tersebut.

:NOTA

87
Pengajian Islam

Kepentingan zakat dan penginstitusiannya:

Mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan syiar agama. Antara contoh


terbaik yang menggambarkan kejayaan perlaksanaan zakat adalah pada zaman
khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Institut zakat mampu menstabilkan ekonomi negara kerana ia mempengaruhi
gelagat pemilik untuk menyalurkan hartanya seperti pelaburan, saham atau ekonomi
aktif.
Penerima zakat juga harus sedar akan fungsi zakat dan cuba memanfaatkan
wang zakat tersebut untuk membawa perubahan kehidupan yang lebih baik secara
berterusan.

Baitulmal

Konsep Baitulmal telah wujud sejak kurun ke-2 hijrah. Kutipan zakat dan harta
rampasan perang telahpun dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. Namun institusi Baitulmal
hanya ditubuhkan secara rasmi oleh khalifak Umar al-khattab.

Baitulmal atau rumah harta setaraf dengan fungsi dan peranan yang terdapat
pada Perbendaharaan Negara yang menyamai urusan Kementerian Kewangan.
Lazimnya Baitulmal dijadikan tempat simpanan atau rizab negara dalam bentuk
perolehan negara seperti wang tunai, senjata, emas ,perak dan sebagainya.

Antara sumber pendapatan Baitulmal adalah seperti berikut:

Segala harta yang diperolehi melalui zakat seperti zakat fitrah, zakat harta, zakat
pertanian, zakat ternakan, zakat emas dan sebagainya
Segala harta hakmilik negara iaitu sumber kekayaan alam seperti minyak, galian,
hasil lautan dan lain-lain.
Segala harta hak milik umat Islam yang tidak jelas penggunaannya seperti
sedekah, wakaf, wasiat dan lain-lain.
Segala harta yang diperolehi daripada peperangan seperti jizyah, ghanimah dan
sebagainya.
Harta warisan yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak berwaris.

:NOTA

88
Pengajian Islam

Saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi atau yayasan yang
ditubuhkan oleh Baitulmal dan lain-lain.

Wakaf

Wakaf adalah sedekah, pemberian atau hadiah secara ikhlas ke jalan Allah s.w.t.
melalui barang/harta tertentu yang manfaatnya boleh digunakan secara berterusan.
Wakaf biasanya diberikan oleh orang tertentu untuk kegunaan awam. Islam sangat
menggalakkan umatnya mewakafkan sebahagian hartanya ke jalan Allah s.w.t. kerana
amalan daripadanya akan berjalan secara berterusan selagimana mendatangkan
manfaat kepada umum.

Sebagaimana Baitulmal, wakaf juga boleh dijadikan sebagai institusi kewangan


Idan kebajikan kepada umat Islam jika diuruskan dengan baik dan berkesan. Bahkan ia
berupaya menjadi sebuah institusi kewangan yang dinamik. Antara contoh kejayaan
yang muncul daripada institusi wakaf adalah dengan terserlahnya kewujudan institusi
pengajian tinggi tertua di dunia yang menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia iaitu
Universiti al-Azhar di Mesir.

BAB ISLAM DAN CABARAN


EMPAT SEMASA

4.1 Keruntuhan moral di kalangan umat Islam

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan
kemasyarakatan. Bahkan agama Islam itu membawa nilai-nilai kemasyarakatan yang
cukup bererti untuk memberi harapan terciptanya masyarakat yang adil, makmur dan

:NOTA

89
Pengajian Islam

sejahtera. Sayangnya, di sebalik kemurnian ajaran agama Islam itu, tahap kesedaran
masyarakat umat Islam itu sendiri masih rendah. Rata-rata umat Islam kini kurang peka
dengan perkembangan nilai-nilai yang seharusnya dimiliki seperti kemanusiaan,
persaudaraan, keadilan, keprihatinan dan kasih sayang sepertimana yang dituntut oleh
ajaran agama Islam. Sedangkan pembuka kata dari kitab al-Quran itu sendiri berupa
penampilan sifat Tuhan ar-Rahman dan ar-Rahim (Yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang); iaitu sifat-sifat yang membawa makna betapa besarnya perhatian dan
kasih sayang Tuhan terhadap makhluk serta segala permasalahan dan keperluannya.

Maka atas sifat keEsaan yang sedemikian itulah, maka Allah s.w.t. mengutus
para rasul sebagai penyelamat manusia dari bencana kesesatan dan penderitaan.
Lanjutan daripada itu jugalah maka tujuan para rasul diutus ke dunia ini tidak cuma
bersifat kerohanian semata-mata, tetapi juga bersifat kemasyarakatan. Atas sifat
Keadilan dan Kasih Sayang-Nya, maka Allah s.w.t. mengutus Nabi Muhammad s.a.w
yang membawa ajaran tauhid dan sekaligus membebaskan manusia dari cengkaman
cara hidup dan budaya jahiliah yang zalim, tidak berakhlak dan bersifat bebal. Begitu
juga perutusan Nabi Musa a.s. yang mengajak manusia menyembah Tuhan Yang Maha
Esa dan sekaligus membebaskan kaum Bani Israil dari derita penindasan Firaun. Nabi
Musa a.s telah meninggalkan istana dan segala kemewahannya kerana kasih
sayangnya yang tinggi kepada Allah, makhlukNya dan jiwa kemanusiaannya yang peka,
dan rasa terpanggil untuk membela makhlukNya yang tertindas.

Tidak terkecuali kita di Malaysia yang saban minggu mimbar-mimbar Jumaat


tidak pernah lupa mengingatkan umat dengan ayat innallaha ya'muru bil'adli wal-ihsan
(sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar berlaku adil dan membuat kebaikan).
Peringatan dari mimbar ini seharusnya dapat meningkatkan kesedaran, keprihatinan
dan kepedulian umat terhadap masalah-masalah masyarakat yang wujud hari ini seperti
ketidakadilan, kemiskinan, rasuah, keruntuhan akhlak, pecah amanah, penyalahgunaan
kuasa dusta dan sebagainya.

Sebenarnya masih banyak kelemahan lain yang terlonggok pada umat ini, tetapi
antara yang ingin diketengahkan ialah gersangnya rasa peka terhadap permasalahan
masyarakat. Ini jelas memperlihatkan bahawa unsur kemasyarakatan ajaran agama
Islam itu sendiri ternyata telah tidak dihayati sebagaimana semestinya. Walaupun
agama Islam pada hakikatnya adalah merupakan ad-Din, cara hidup yang serba
lengkap (syumul), namun penghayatannya masih banyak menumpu pada ciri ‘ritual'
sahaja

:NOTA

90
Pengajian Islam

Seolah-olahnya tanggungjawab kemasyarakatan seperti telah dipisahkan dari


agama. Seringkali umat Islam berasa tanggungjawab keagamaannya sudah selesai
dengan melaksanakan rukun Islam yang lima. Pengabaian terhadap tanggungjawab
masyarakat tidak dirasakan sebagai pengabaian terhadap tanggungjawab keagamaan.
Sedangkan al-Quran dengan jelas menyebut ketidakpedulian terhadap nasib golongan
miskin yang terlantar dan terbiar adalah merupakan pendustaan terhadap agama.
Hakikat inilah yang ditegaskan oleh al-Quran dalam surah al-Ma`un. Inilah yang
menghairankan kita bagaimana umat Islam boleh hilang kepekaannya terhadap
masalah-masalah kemanusiaan sedangkan agamanya sendiri menuntut supaya berlaku
adil walaupun kepada seekor binatang.

Ini memperkukuhkan lagi pandangan bahawa umat Islam kini tidak begitu pandai
dalam meletakkan urutan keutamaan dalam menyusun kehidupan mereka, walaupun
dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan keagamaannya. Akibatnya banyak hal-hal
yang penting dan mendesak telah diabaikan kerana mengutamakan hal-hal yang pada
hakikatnya kurang penting. Sebagai contoh, jutaan umat Islam mengerjakan ibadat
umrah sunat setiap tahun, dan tidak kurang juga yang mengerjakan ibadat haji berkali-
kali banyaknya. Di mana pembiayaan dari ibadah sunat yang berulang kali ini tentu
mencecah jutaan ringgit. Memang kita digalakkan untuk mencari jalan mendekati Allah
dengan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang tertentu, namun andai kata
pembiayaan yang berjuta-juta ringgit ini disalurkan kepada orang-orang yang lebih
memerlukan seperti menyelamatkan mangsa-mangsa kebuluran atau malapetaka, atau
mewujudkan pusat-pusat penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam, maka
pastinya itu lebih bermakna dan menjadi kepentingan yang lebih diutamakan. Tetapi
malangnya keadaan ini tidak berlaku dalam amalan harian umat masa kini, dan inilah
yang namakan sebagai gejala kehilangan fiqhul awlawiyyat (fiqh urutan keutamaan).
Apa yang lebih menjengkelkan kita pada hari ini ialah di saat timbulnya sekelumit
harapan dengan kebangkitan agama Islam kebelakangan ini, pada masa yang sama kita
dikecewakan pula oleh gejala kelembapan umat dalam menangani masalah-masalah
kemasyarakatan sehingga hal-hal seperti buta huruf, kemiskinan, kebuluran, dan
pelbagai wabak penyakit terus mewarnai kehidupan sebilangan besar dari kalangan
umat Islam. Apa yang difahami sebagai kebangkitan agama Islam itu masih berada di
takuk keghairahan untuk beribadat dalam erti kata yang sempit, dan masih belum dapat
dijelmakan secara lebih nyata dalam bentuk peningkatan kesungguhan untuk
memperbaiki tahap hidup masyarakat Islam.

:NOTA

91
Pengajian Islam

Begitulah juga halnya dengan jajaran kesarjanaan Islam masa kini yang ternyata
masih berkisar dalam lingkungan ‘polemik ideologi'. Seharusnya, para cendekiawan
Islam kita lebih cenderung untuk menangani permasalahan yang wujud di kalangan
umat, dan bukannya menambahkan lagi kekusutan yang telah sedia ada. Apa yang
lebih diperlukan oleh umat Islam sekarang bukan hanya sekadar mengulangi
keunggulan pencapaian tamaddun Islam zaman lampau, tetapi harus segera
diusahakan pelaksanaannya dalam bentuk program penyelesaian yang berkesan di
tengah masyarakat.

Ini kerana masalah penderitaan umat seperti buta huruf, miskin ilmu dan harta,
wabak penyakit, gejala keruntuhan akhlak dan sebagainya tidak cukup hanya dijadikan
bahan ‘mental exercise' para sarjana menara gading, juga tidak cukup dengan hanya
diukur secara statistik, tetapi lebih dari itu harus diselidiki dengan rasa kemanusiaan
yang dijelmakan dari rasa tanggungjawab keagamaan. Hanya dengan demikian
diharapkan akan timbul dan hidup semula kesungguhan umat ini terhadap kesedaran
dan kepedulian kemasyarakatan yang asli dan tulen.

Kebangkitan tamaddun Islam yang kita inginkan bukan hanya terbatas kepada
keghairahan untuk beribadah dan berada di atas tikar sembahyang semata-mata, tetapi
harus juga mampu menampilkan satu dorongan yang berupaya melonjakkan kekuatan
umat ini pada tahap yang sesuai dengan jolokan ummah terbaik (khairun ummah) yang
telah diberikan oleh al Quran. Jika ini mampu ditampilkan menerusi kesedaran dan
kepekaan masyarakat Islam menerusi kebangkitan ini, maka tidak mustahil kuasa Islam
yang terbentuk bukan hanya dapat melahirkan masyarakat Islam yang mantap tetapi
juga ummah yang berupaya untuk menentukan percaturan siasah dunia, kerana agama
Islam itu adalah risalah sejagat yang menjanjikan keadilan dan pembebasan serta
kemuliaan demi kesejahteraan alam seluruhnya.
Faktor-faktor keruntuhan akhlak umat Islam

Seringkali kita mengarahkan permasalahan sosial yang berlaku terhadap faktor


kelemahan institusi keluarga. Ia berpunca daipada keadaan keluarga yang tidak teratur
dan ibubapa yang tidak memberikan didikan yang sewajarnya kepada anak-anak.
Namun demikian selain faktor keluarga yang merupakan salah satu puncanya, terdapat
faktor lain lagi yang turut berperanan sebagai pemangkin kepada keruntuhan akhlak
umat Islam hari ini. Andaikata sebuah keluarga yang sempurna tetapi faktor luaran
dalam kehidupan kita tidak tersusun dengan baik akan berlaku juga gejala keruntuhan
akhlak ini. Walaupun kita telah memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak
:NOTA

92
Pengajian Islam

tetapi keadaan sekeliling di luar kacau bilau maka kita menjadi bimbang apakah anak-
anak kita mampu untuk menahan pengaruh luar yang datang bertubi-tubi itu. Tidak
mustahil dinding yang dibina akan runtuh dan akhirnya terpaksa menerima padah
serangan yang bertubi-tubi itu. Ini umpama sebuah pasukan bola sepak yang
mempunyai pertahanan yang kuat namun apabila berhadapan dengan pasukan lawan
yang lebih kuat dengan melakukan serangan yang tiada henti pastinya pintu gol
pasukan yang kuat pertahannya akan bolos juga. Maka begitulah juga dengan benteng
ketahanan jiwa anak-anak kita.
 
a) Pengaruh luar yang tidak seimbang.

Pengaruh luar yang berleluasa hari ini cukup membimbangkan terhadap budaya dan
nilai-nilai murni Islam yang dipupuk sejak berzaman. Pengaruh budaya seperti muzik liar
dari barat amat mudah meresapi pemikiran dan minda umat Islam. Pengaruh media
amat berkesan dalam penukaran minda dan etika umat Islam. Tarian-tarian barat yang
liar dan berpakaian yang tidak senonoh jika disajikan kepada kita secara berterusan
akan berjaya mempengaruhi hidup kita. Ini ditambahkan lagi dari pengaruh yang
diserapkan melalui filem dan cereka serta majalah yang begitu mudah kita perolehi.
Perkembangan dunia tanpa sempadan melalui IT dimana laman-laman web yang tidak
bermoral terlalu mudah diakses tanpa batas tapisan serta pemantauan menjadikan
proses penukaran minda ke arah kejatuhan moral dan akhlak menjadi semakin pantas
secepat kilat. Pengaruh-pengaruh negatif ini terlalu sukar dibendung apatah lagi disekat
dari cuba meresap dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa
keruntuhan akhlak di kalangan kita hari ini berpunca daripada pengaruh tersebut.
 

b) Budaya barat yang tidak beretika.

Penerimaan segala unsur budaya dari barat tanpa pertimbangan secara melulu
menjadikan identiti dan jati diri seseorang muslim akan luntur dan hilang pedoman.
Budaya “happies” atau kutu menjadi ikutan remaja Islam satu waktu dulu. Trend rambut
panjang yang kusut masai, berpakaian selekeh dan diri yang tidak dijaga rapi adalah
sesuatu yang menjijikan namun budaya sebegini buruk pun masih ada umat Islam
mengikutinya. Kita umat Islam terlalu mudah dipengaruhi kerana kita gagal
mempamerkan identiti sendiri. Kita seolah-olah mencari-cari sesuatu. Maka tidak
hairanlah jika ada sahaja sesuatu budaya baru disogokkan kepada kita lantas saja kita

:NOTA

93
Pengajian Islam

menerimanya. Selain budaya happies, terdapat budaya lain seperti woodenstock,


budaya rock, blues, black metal semuanya ada pengikutnya dikalangan umat Islam.
Mengapa kita jadi begini? Mengapa kita mudah terpengaruh kepada segala bentuk yang
tidak sihat? Begitu juga pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batasan yang
terang-terang dicegah oleh Islam tetap tidak dipeduli oleh umat Islam hari ini.
 
Lihat sahaja corak dan fesyen pakaian barat yang terlalu menonjol dari segi
pendedahan bentuk tubuh badan menjadi ikutan serta pilihan utama umat Islam. Di
bandar-bandar kita dapat saksikan bagaimana corak dan cara berbudaya dari barat ini
yang keterlaluan telah diterima sebagai sebahagian dari cara hidup kita. Walaupun
ianya kekadang bercanggah dengan ajaran Islam namun masyarakat kita tidak
mempedulikannya. Kita tidak mampu menghalang.
 
c) Trend masyarakat barat menjadi cara hidup kita.

Pengaruh barat bukan sahaja mempengaruhi umat Islam di negara ini malah
sebahagian besar umat Islam di dunia. Di negara-negara Arab pun tidak ketinggalan
malah kadangkala mereka jauh lebih hebat lagi terpengaruh. Terdapat di kalangan
masyarakat kita hari ini mengambil cara hidup masyarakat barat menjadi cara hidup kita
sendiri. Sepatutnya dalam sesebuah rumah orang Islam tidak mempunyai minuman
keras, namun sudah ada di kalangan umat Islam yang mendirikan “bar corner” dalam
rumah sendiri sebagai keperluannya dan tetamunya di kalangan orang-orang yang kaki
botol. Begitu juga ada orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan
kesayangannya. Di zaman ini perkara sebegini tidak pelik lagi kerana trend hidup
masyarakat barat telah menjadi sebahagian dari trend masyarakat kita.
 

d) Peraturan dan undang-undang yang diabaikan.

Semuanya ini disebabkan kita umat Islam telah mengabaikan segala peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan. Kita dengan sewenang-wenangnya melanggari
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam sebuah negara yang
berdaulat sudah sedia ada segala bentuk peraturan yang ditetapkan sebagai menjaga
dan menjamin kesejahteraan kita namun kita telah mengabaikan peraturan-peraturan
ini. Bahkan Islam sendiri mempunyai peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
oleh Allah s.w.t. namun kita telah mengabaikannya. Kita mudah lupa kerana dilalaikan
oleh bisikan syaitan yang sentiasa berusaha mahu menyesatkan kita. Kita menjadikan

:NOTA

94
Pengajian Islam

hadis Rasulullah s.a.w. sebagai hadis sahaja tetapi kita tidak pernah mahu
mempraktikkan segala pesanan dari Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w., “Aku
tinggalkan kepada kamu DUA perkara yang jika kamu berpegang dan mengamalkannya
kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Dua perkara itu ialah Al-Quran dan Sunnahku.”
Inilah pesanan terakhir Nabi s.a.w. kepada kita namun kita tidak mengambil berat akan
pesanan ini sehingga menjadikan kita sebagai seorang muslim yang terumbang ambing
seperti buih. Jika kita bersungguh-sungguh beramal dengan segala pesanan Rasulullah
s.a.w. nescaya kita umat Islam pada hari ini tidak akan jadi begini tercabar dan rosak
akhlaknya.
 
e) Golongan berilmu tidak memainkan peranan.

“Ulamak adalah pewaris nabi”. Begitulah sabda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Ini bermakna ulamak mempunyai peranan dan tanggungjawab yang amat besar dalam
mempertahankan akidah umat Islam dalam sesebuah negara. Peranan ulamak perlu
diberikan ruang yang luas dalam membentuk kepribadian dan identiti seseorang umat
Islam. Ulamak mestilah diberikan kebebasan dalam mendidik umat Islam memahami jati
diri kita sendiri.

Peranan besar dari kalangan ulamak dalam hal memahami kesucian Islam yang
sebenar kepada semua umat Islam akan dapat mempertingkatkan keimanan dan
ketahanan minda dari mudah terjebak dalam perangkap kuruntuhan akhlak yang
dipasang oleh musuh-musuh Islam. Ulamak perlu mengambil tempat dalam segala
aspek kehidupan masyarakat. Ulamak umpama penasihat dan demonstrator dalam
mengenali ajaran Islam yang suci supaya kita memahami agama Islam sedalam-
dalamnya tanpa terdapat syak atau wasangka. Para ulamak yang mempunyai
kefahaman Islam yang tinggi perlu diberi tempat dalam masyarakat dan bergaul mesra
dengan umat Islam supaya mereka tidak disalah anggap dan ilmu serta ajaran murni
Islam dapat sampai kepada kita dengan jelas dan terang.
 
Sudah sampai masanya para cendikiawan Islam dan para ulamak berganding
bahu bersama-sama terjun mendekati masyarakat dengan lebih dekat secara yang lebih
praktikal. Mereka mestilah bersama dalam masyarakat di bandar, kampung dan desa.
Mereka jangan hanya sekadar berada di dalam pejabat sahaja tetapi bersama-sama
dalam segenap aktiviti umat Islam. Ulamak dan cendekiawan Islam bukan hanya
sekadar membentangkan kertas-kertas kerja tetapi turut sama mempastikan kertas kerja
yang membawa manfaat kepada umat Islam menjadi kenyataan dan dipraktikan dalam

:NOTA

95
Pengajian Islam

kehidupan kita seharian. Sebenarnya peranan ulamak dan cendekiawan Islam amat
besar dalam pembangunan ummah dan umat Islam. Ketinggian ilmu agama dan
kefahaman Islam yang tinggi yang mereka miliki mestilah disalurkan kepada seluruh
umat Islam sejagat dan kita pula sebagai umat Islam yang kurang pemahaman dan asas
Islam hendaklah mendekati mereka dan menimba sebanyaknya ilmu dari mereka.
Dengan adanya hubungan yang rapat antara ulamak dan umat Islam nescaya segala
bentuk ancaman dan pengaruh yang tidak sihat yang cuba memesongkan akidah kita
dapat ditentang dan dibenteras dengan jayanya.

4.2 Globalisasi

Konsep globalisasi
 
Perkataan globalisasi adalah berasal daripada bahasa inggeris; dari perkataan
(globalisation). Dari ungkapan bahasa Perancis pula, dari perkataan (monodialisation).
Manakala ungkapan yang diambil pakai dalam bahasa Arab pula adalah (‫)العولمة‬. Semua 
ungkapan tersebut membawa erti seantero dunia.
 
Manakala dari segi istilah pula, ada beberapa usaha untuk mendefinasikan
perkataan tersebut mengikut kepada arah dan suasana yang dibawa oleh globalisasi itu
sendiri. Diantaranya adalah seperti berikut:
 
1- Globalisasi adalah kekuatan yang tidak mungkin dapat dikuasai oleh pasaran-
pasaran sesuatu negara dan syarikat-syarikat tertentu, yang tidak boleh memberi
kesetiaan kepada mana-mana negara pun.
 
2- Globalisasi adalah kebebasan perubahan harga, perkhidmatan, pengeluaran,
modal dan maklumat tanpa terikat mana-mana bangsa dan suasana.
3- Globalisasi adalah sistem baru dunia yang menjadi paksinya adalah otak
elektronik dan perkembangan maklumat yang terdiri daripada maklumat-
maklumat dan ciptaan-ciptaan teknikal tertentu, tanpa mengambil kira badan-
badan, kebudayaan, nilai-nilai, sempadan-sempadan geografi atau politik
tertentu.
 

:NOTA

96
Pengajian Islam

Di atas hanya sebagai contoh sahaja. Banyak lagi takrifan-takrifan lain yang
menunjukan kepada sifat-sifat globalisasi. Sifat-sifat globalisasi boleh disebut
sebagaimana berikut:-
 
1- Ia tidak terikat mana-mana sistem perundangan negara-negara tertentu.
2- Pengeluaran untuk manusia sejagat.
3- Pasaran mata wang yang menyeluruh.
4- Perubahan bentuk ekonomi dunia dan pentadbiran yang lebih efisien.
5- Perubahan pusat-pusat kekuatan dunia.
 
Namun, jika kita lihat dengan secara teliti, ia membawa maksud begini:
Globalisasi adalah suatu usaha  untuk membebaskan ekonomi, maklumat-maklumat,
nilai-nilai, kebudayaan dan pegangan-pegangan tertentu tanpa terikat kepada mana-
mana negara, bangsa, etnik dan agama.
   
Tujuan globalisasi
 
Dewasa ini, ada yang menyokong globalisasi dan ada pula yang menolaknya. Wujudnya
percanggahan ini adalah kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan tujuan
globalisasi itu sendiri.
 
Golongan yang menyokongnya berpendapat bahawa globalisasi bertujuan untuk
menghasilkan perkara berikut:

1-  Mencari titik pemuafakatan pandangan-pandangan dunia terhadap kebebasan


pasaran dan permodalan
2- Memperluaskan bidang-bidang pengeluaran dan membentuk peluang-peluang
peningkatan ekonomi dunia.
3- Menambahkan saiz perdagangan supaya menjadi pemangkin ekonomi dunia.
4- Menambah pengeluaran tempatan dan antarabangsa.
5- Mempercepatkan pusingan modal dengan menggunakan kaedah Back Office.
6- Menyelesaikan masalah sejagat yang tidak dapat diselesaikan kebanyakan
negara dengan mengambil tindakan undang-undang antarabangsa. Contohnya,
masalah dadah dan masalah penjualan senjata di pasaran gelap.
7- Mewujudkan kestabilan ekonomi dunia dan berusaha untuk menyatukan
manusia sejagat.

:NOTA

97
Pengajian Islam

Manakala golongan yang menolak globalisasi berpendapat bahawa globalisasi bertujuan


sebagaiman berikut:

1- Menguasai ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat melalui usaha monopoli


syarikat-syarikat besar.
2- Penetapan pusat penggubal undang-undang di negara-negara tertentu untuk
kepentingan Amerika.
3- Membuang segala ikatan-ikatan kemasyarakatan pada mana bangsa-bangsa
tertentu.
4- Menghancurkan jatidiri dan budaya bangsa dan akhirnya dapat meruntuhkan
sesebuah negara.
5- Menggandakan peluang-peluang negara maju untuk menguasai ekonomi, sains,
teknologi, kebudayaan dan sebagainya.
6- Menjarakkan perbezaan ekonomi antara kumpulan manusia dengan yang lain
7- Merupakan penentu kepada pemikiran dan kebudayaan manusia sejagat.
 
Namun, kesan globalisasi masih lagi belum jelas kerana ia baru sahaja bermula.
yang dapat disingkap daripada kenyataan kehadiran globalisasi adalah seperti berikut:
 
1- Globalisasi membawa kepada perubahan cara hidup maddiah (kebendaan).
Perubahan ini meliputi perubahan bentuk pengeluaran yang mengawal jenis
harga, dan perkhidmatan yang didominankan untuk kesinambungan dan
kemewahan hidup manusia.
2- Globalisasi juga membawa kepada perubahan bentuk kewangan. Ini adalah
kerana pasaran dunia akan menggunakan satu mekanisme elektronik.
3- Globalisasi melancarkan tiga espek utama iaitu:
a.   Unsur liberal dalam sistem ekonomi. Dari sini, globalisasi akan memberi
sepenuh kepercayaan kepada pihak bank dan sistem pasaran wang.
b.   Unsur demokrasi. Di mana Amerika akan menjadi model dalam pentadbiran
negara. Dalam suasana ini juga, setiap negara akan beperanan sebagai
syarikat yang pelbagai supaya boleh bersaing.
c.   Unsur cara hidup dan suasana Amerika (teruatmanya fahaman
pragmatisme). Penguasaan Amerika dalam media elektronik terutamanya
internet, industeri perfileman, industeri angkasa dan lain-lain lagi menjadikan
gambaran kehidupan mereka sebagai perbahasan utama masyarat dunia.
 

:NOTA

98
Pengajian Islam

Dalam pengkajian cabaran yang dibawa arus globalisasi, para pengkaji ada yang
menyokong dan ada pula yang menolaknya. Pandangan mereka dapat diringkaskan
melalui 3 peringkat, iaitu:-

1-   Peringkat politik.
Bagi penyokongnya berpendapat, melalui pengamalan demokrasi, ia tentu sekali
akan membawa kepada ketuanan demokrasi dan penghormatan terhadap hak-
hak dan kebebasan manusia sejagat. Dengan ini ia akan dapat menjamin
keselamatan antara bangsa. Manakala golongan yang tidak bersetuju pula
berpendapat, keselamatan antara bangsa hanyalah kata-kata kosong. Bahkan
kita telah melihat, walaupun kita mendapat perhubungan dagang yang baik,
keadaan masih lagi huru-hara. Bahkan Amerika yang menjadi polis dunia hanya
mengambil tindakan apabila ia boleh membawa keuntungan kepada mereka.
 
2-   Peringkat ekonomi.
Bagi penyokong, mereka menjamin ketamadunan, kemewahan dan injuksi
kepada kemodenan jikalau terbukanya pintu perdagangan antarabangsa dan
terhapusnya sempadan-sempadan yang menghalang kemasukan barangan
import. Manakala bagi yang menolaknya, ia hanyalah angan-angan yang
dikemukakan oleh negara-negara maju untuk mengaut keuntungan dan
penguasaan pasaran.
 
3-   Peringkat kebudayaan.
Bagi yang menyokong, ia membawa kepada kesatuan pemikiran dan
kebudayaan yang menguasai antarabangsa supaya tiada percanggahan yang
berlaku. Disebelah pihak yang lain pula berpendapat, ini merupakan satu
penguasaan pemikiran Amerika yang berdasarkan pragmatisme. Pemikiran
Pragmatisme merupakan satu pemikiran yang meleraikan nilai-nilai agama dan
sistem kekeluargaan, dan mengutamakan kepentingan dan kebebasan individu.
Pandangan Islam terhadap globalisasi
  
Secara umumnya, pandangan yang dikemukakan oleh para pengkaji boleh dibahagikan
kepada 3 kumpulan sebagaimana berikut:

1- Pendapat yang menyokong tanpa sebarang kegusaran.


2- Pendapat yang menolak seratus peratus.
3- Pendapat pertengahan antara dua pendapat di atas.

:NOTA

99
Pengajian Islam

 
Pendapat ketiga merupakan pendapat yang diterima oleh sabahagian ulamak
Islam sekarang ini. Inilah pendapat pertengahan. Sebagaimana Islam menuntut kepada
umatnya tidak terlalu melampau dan tidak pula lemah untuk menghadapi globalisasi.
Kita tidak perlu lari daripada masalah. Bahkan kita menghadapinya dengan acuan Islam
yang kita miliki.
 
Kita memerlukan teknologi dan perkembangan dalam lapangan kehidupan yang
menuntut kita untuk bergerak kehadapan. Sebagaimana Rasululah S.A.W. mengambil
strategi peperangan Parsi ketika peperangan Ahzab/Khandak, begitu juga kita
menggunakan strategi globalisasi untuk mengaut teknologi luar dan meningkatkan taraf
kehidupan. Sebagimana kumpulan-kumpulan gerakan Islam menggunakan Demokrasi
di dalam pilihan raya, begitu juga kita mengunakan strategi liberal untuk membentuk
kekuatan.

Setelah kita memahami akan perihal globalisasi dan pendapat Islam


mengenainya, perlu diingat bahawa jihad dalam bidang ekonomi adalah begitu penting
bagi menangkis kemungkinan kegagalan menghadapi saingan diperingkat
antarabangsa. Tentu sekali kegagalan ini akan membawa padah yang lebih besar
kepada dunia Islam secara keseluruhannya.

4.3 Salah faham terhadap Islam

Salah satu perkara utama yang menyebabkan salah faham terhadap Islam ialah
disebabkan kekeliruan. Kekeliruan ini timbul kerana pelbagai sebab, termasuk kejahilan
agama serta peranan Iblis dan konco-konconya yang sengaja untuk mewujudkan
kekeliruan.

Kita lihat pada masa sekarang ada penyempitkan pengertian anutan ‘Islam’
kepada pakaian, jenama atau label, simbol dan upacara dengan mengetepikan inti
ajaran Allah s.w.t. yang menyeluruh serta erti ketakwaan.

Allah s.w.t. banyak kali menegaskan dalam al-Quran bahawa sebaik-baik


manusia ialah manusia yang bertakwa (al-muttaqun). Konsep takwa ini juga dikeliru dan
disempitkan pada perlakuan beberapa upacara saja. Sebagai contoh, kita mengambil
pengajaran daripada surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud:

:NOTA

100
Pengajian Islam

“Ia bukanlah ketaatan dengan kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke
Barat, tetapi ketaatan ialah percaya kepada Allah, hari akhirat, malaikat, al-Kitab,
nabi; memberikan harta walaupun dicintainya kepada sanak saudara dan anak-
anak yatim, orang miskin, musafir, dan yang meminta-minta; memerdekakan
hamba, melakukan solat, memberikan zakat, mereka yang menepati perjanjian
mereka apabila membuat perjanjian, orang yang sabar dalam kecelakaan dan
kesusahan, serta bencana. Mereka inilah orang yang bertakwa (takut kepada
Tuhan) dengan benar.”

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. begitu jelas memperincikan sifat seorang yang
bertakwa. Ia termasuk memiliki sifat berkongsi harta benda (bukan saja sedekah seperti
mana yang kita amalkan sekarang), memerdekakan hamba, menepati janji atau kontrak,
serta cekal dan sabar dalam menghadapi kesusahan. Namun perkara seperti ini yang
amat penting dalam kehidupan seharian manusia tidak diajar sebagai sifat wajib
seorang Muslim.

Memungkiri janji, berbohong atau menyalahgunakan perkataan ‘insya-Allah’


apabila kita sebenarnya bermaksud tidak akan hadir atau tidak berminat sudah
dianggap perkara biasa atau dosa kecil. Sudah bebaskah hamba pada zaman yang
kononnya moden ini? Sekiranya hamba tidak lagi wujud, ini bermakna kita tidak lagi
memperhambakan sesiapa pun dalam kehidupan seharian kita termasuk pembantu
rumah, pekerja serta mereka yang lemah berbanding kita. Memberi peluang pekerjaan
kepada manusia lain untuk mencari rezeki tanpa menjatuhkan martabat
kemanusiaannya berbeza daripada memperhambakannya. Perkara ini perlu kita fahami
semasak-masaknya supaya tidak kufur kepada perintah Allah.

Istilah yang kita gunakan sehingga menjadi sebati dengan pemikiran kita juga
menjadi satu punca kekeliruan. Sebagai contoh, istilah seperti ‘Pusat Rawatan Islam’,
‘kedai makanan Islam’, ‘parti Islam’, ‘Insurans Islam’, ‘negara Islam’ dan perkataan lain
yang boleh menimbulkan kekeliruan. ‘Pusat Rawatan Islam’ membawa maksud yang
lucu bahawa Islam itu yang menerima rawatan, walhal bukan ini yang kita maksudkan!
Mungkin ‘Pusat Rawatan Pesakit’ lebih tepat.

Islam adalah satu cara hidup dan dari segi bahasa ia membawa maksud
‘sejahtera’. Ini bermakna, Islam adalah satu cara hidup yang disyorkan oleh Allah
kepada manusia yang mahu mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat. Allah
memberi manusia al-Quran yang mempunyai panduan cara hidup untuk mencapai
:NOTA

101
Pengajian Islam

‘Islam’ atau kesejahteraan. Dilihat dari sudut ini, Islam atau ‘kesejahteraan’ adalah
matlamat serta cara hidup yang ditetapkan Allah untuk manusia (Surah al-Maidah ayat
3). Namun begitu kita seolah-olah berada dalam perlumbaan bukan untuk mengamalkan
ajaran Allah tetapi untuk meletakkan label ‘Islam’ pada berapa benda yang boleh. Kita
mahu kebanggaan kulit daripada beriman dan mengamal isi secara merendah diri
kepada Allah.

Oleh kerana ad-deen Allah adalah cara hidup yang sesuai dan neutral untuk
manusia, sesiapa (sama ada ia percaya atau tidak kepada Tuhan) yang hidup dengan
cara yang berlawanan yang ditetapkan oleh Allah, akan secara automatik rugi dan
menerima akibat buruk. Sebagai contoh, orang yang makan racun akan menerima
akibat buruk. Begitu juga dengan racun seperti tamak, menipu, menindas, malas, boros,
kedekut, mencemar alam, dan sebagainya.

Ini secara pasti memberi kesan kepada individu dan kumpulan individu – sama
ada mereka mahu beriman atau pun tidak. Sekiranya kita faham, kita akan lihat bahawa
semua ini adalah tindak balas kepada perbuatan tangan kita sendiri.

Malangnya ego atau nafsu manusia mengajaknya melampaui hudud (had atau
batas) yang ditetapkan Allah sehingga mewujudkan kepalsuan dan kepercayaan kepada
perkara yang mustahil berlaku atau dicapainya sehingga diri diletakkan sebagai Tuhan.
Manusia sudah begitu berani mengeluarkan fatwa dan hukum-hakam di atas nama Allah
yang bukan daripada Allah sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan bertambah
keliru.

Tidakkah siapa pun yang takut kepada Allah dan mengesahkan fatwa dan
hukum-hakam ini dengan ajaran Allah? Kita disuruh oleh Allah untuk bertanya kepada
golongan ini dalam surah al-Qalam, ayat 39-40 yang bermaksud:

“Bahkan adakah bagi mu sumpah yang teguh terhadap Kami, sampai hari
kiamat bahawa bagi kamu (ada hak) apa-apa yang kamu hukumkan?
Tanyakanlah kepada mereka, siapakah antara mereka yang menjamin
(bertanggungjawab) bagi hukum itu?”

Perkataan hudud juga tidak terlepas daripada kekeliruan. Daripada suatu


perkataan yang bermaksud ‘had’ ia kini mempunyai nyawanya sendiri dan menjadi

:NOTA

102
Pengajian Islam

‘undang-undang hudud’ yang disamakan secara automatik dengan ajaran Allah tanpa
melihat kepada isi undang-undang itu.

Ramai orang bukan Arab begitu cepat terpengaruh dengan bahasa Arab sebagai
‘Islam’ walaupun begitu ramai orang Arab sendiri yang bukan Muslim. Ini adalah satu
lagi contoh kekeliruan di antara kulit dan isi. Sekiranya kita membaca al-Quran, kita
akan dapati bahawa Allah menyarankan manusia supaya tidak melampaui hudud atau
had yang ditetapkan oleh-Nya demi kebaikan kita sendiri. Di sini ada satu contoh dalam
Surah an-Nisa ayat 14 yang bermaksud:

“Barang siapa menderhaka Allah dan rasul-Nya dan melampaui batas


(hududahu) Nya nescaya Allah memasukkan dia ke dalam neraka, serta kekal di
dalamnya dan untuknya seksa yang menghinakan.”

Antara istilah yang selalu dikelirukan ialah istilah ‘negara Islam’. Sarjana, ahli
politik dan ulama agama mempunyai takrif masing-masing. Pada amnya mereka
bersetuju bahawa negara Islam ialah sebuah negara yang ditadbir dengan ‘undang-
undang Islam.’ Orang yang beriman mempercayai bahawa Allah adalah pentadbir
segala alam.

Pemerintahan Allah terhadap alam termasuk bumi, bintang, matahari, galaksi


dan lain-lain tidak berhenti dan berterusan. Semua berlaku dengan rancangan-Nya.
Bukan manusia yang mampu mentadbir alam, termasuk bumi seperti Allah.

Dengan keinsafan ini, kita harus sedar bahawa tugas kita masing-masing ialah
untuk mengamalkan addin Allah dalam kehidupan seharian kita, dalam semua peranan
kita sama ada sebagai kawan, ibu bapa, pekerja, majikan, pemimpin, pengikut,
penggubal undang-undang dan sebagainya.

Masing-masing yang mengaku sebagai seorang Muslim seharusnya berusaha


memahami isi kandungan al-Quran dulu supaya kita tahu kehendak Allah. Janganlah
kita terlalu rindu dan terlalu bangga dengan ‘zaman kegemilangan Islam’ yang lampau
sehingga kita lupa tanggungjawab kita pada zaman ini

Sejarah memang penting, namun, kita terlalu asyik menoleh ke belakang


hinggakan orang seperti Bill Gates yang mencipta teknologi masa hadapan seperti
Microsoft, Internet dan teknologi yang lain.

:NOTA

103
Pengajian Islam

Apakah jika Internet direka oleh bangsa kita atau Pakistan ia akan dinamakan
sebagai ‘Internet Islam’ atau ‘Microsoft Islam’ dan ini akan menjadikannya lebih suci
atau berguna? Kulit atau isi yang penting?

Sebenarnya, orang Islam yang mempunyai al-Quranlah yang sepatutnya menjadi


pencipta teknologi itu. Malangnya, mungkin sedikit saja daripada kita yang mahu
memahami isi kandungan al-Quran dan lebih rela taksub kepada manusia lain yang
mungkin hampir jahil dengan kita atau mempunyai agenda/niat yang tersirat.

Kalau begitu, kita tidak akan maju dan terus berada dalam kekeliruan dan leka
dengan igauan bahawa kita diberi petunjuk seperti firman Allah dalam Surah al-Araaf
ayat 30 yang bermaksud:

“Satu golongan manusia mendapat petunjuk dan satu golongan jadi sesat,
kerana mereka itu mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang
mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk.”

4.4 Kesimpulan

Beradasarkan kepada hasil penulisan ini jelas menunjukkan bahawa Islam sentiasa
berhadapan dengan pelbagai cabaran yang datang daripada pelbagai bentuk, sudut dan
cara. Pastinya pertembungan Islam dan Barat belum lagi menampakkan tanda-tanda
’pemutihan’.

Dunia Islam sebenarnya memiliki keupayaan yang boleh dimanfaatkan untuk


menghadapi ancaman-ancaman musuh. Namun, ianya sukar untuk dilaksanakan kerana
sifat ’asabiyyah yang masih menguasai diri kebanyakan umat Islam di seluruh dunia.
Apapun, umat Islam harus bangkit kembali memartabatkan al-Quran dan as-Sunnah di
tempat tertinggi jika ingin kembali melihat kegemilangan tamadun Islam

:NOTA

104

Anda mungkin juga menyukai