Anda di halaman 1dari 6

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

SJK(C)SEPANG
KAMPUNG BARU, 43900, SEPANG, SELANGOR

Disediakan Oleh:

EN LIM KIM HWA


PN SHARON LEE
PN NG LEY LEY

Tajuk Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBILANG SECARA MENAIK


NOMBOR 1-10 MELALUI KAEDAH NYANYIAN
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

• Berdasarkan pemerhatian pengkaji bagi kelas Prasekolah,


didapati beberapa orang murid mempunyai masalah konsep
membilang 1-10 secara menaik. Guru yang mendapati murid-
murid tidak dapat menjawab soalan guru dengan betul ketika guru
menyoal. Masalah ini dapat dikenap pasti apabila guru membuat
pemerhatian terhadap 5 orang murid tersebut melalui lembaran kerja yang
dijalankan.

• Bagi guru, perkara ini tidak boleh dibiarkan disebabkan kegagalan


menguasai konsep ini boleh menjadi faktor kegagalan mereka
membilang dan seterusnya mengira dalam operasi tambah
mahupun operasi tolak. Keadaan ini mungkin menyebabkan
mereka gagal melepasi LINUS.

• Sehubungan dengan itu, satu tindakan segera perlu dilakukan bagi


memastikan mereka menguasai konsep membilang nombor 1-10
secara menaik dengan tepat bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai terutamanya bagi kemahiran membilang
dan mengira.

2.0 Fokus Kajian

Kajian ini memberi fokus kepada tindakan bagi membaiki konsep menaik
nombor 1-10 di kalangan murid dalam usaha mempertingkatkan mutu
kemahiran membilang.
3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai


objektif tersebut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran membilang nombor 1-10 secara menaik melalui


kaedah nyanyian dan gerakan

Kajian ini memberi fokus kepada tindakan bagi membaiki konsep menaik
nombor 1-10 di kalangan murid dalam usaha mempertingkatkan mutu
kemahiran membilang.

3.2 Objektif Khusus

1. Murid faham konsep membilang nombor 1-10 secara menaik yang baik
dan berkesan.
2. Murid boleh melengkapkan latihan yang berkaitan tanpa bimbingan.
3. Meningkatkan peratus murid yang menguasai konsep nombor 1-10 secara
menaik dengan betul.

4.0 Kumpulan Sasaran

Lima Orang Murid Prasekolah


5.0 Tindakan Yang DiCadangkan

i. Pemerhatian

(Nota: Pemerhatian dilakukan kepada masalah/isu yang


bersesuaian)

ii. Latihan Pra/Ujian Pra;

- Murid diberi satu lembaran yang berikatan dan meminta


melengkapkan lembaran tersebut tanpa bimbingan.

- Guru menyimpan hasil kerja tersebut dalam fail.

6.0 Tinjauan Awal Masalah

- Konsep Nombor 1-10 secara menaik yang telah diajari oleh guru selama
seminggu, kami mendapati terdapat 5 orang murid masih tidak dapat
menguasai konsep nombor 1-10 secara manaik melalaui pelbagai teknik
pengajaran yang dijalankan seperti teknik bersoal jawab, lembaran kerja,
pemerhatian dan sebagainya.
- Masalah ini dapat dikenal pasti apabila guru membuat pemerhatian
terhdap 5 orang murid tersebut melalui lembaran kerja yang dijalankan.
Daripada hasil kerja tersebut, 5 orang murid telah memberikan jawapan
yang salah walaupun diberi masa yang lebih.
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tempoh Catatan


Pelaksanaan
1 Refleksi/Mengenalpasti masalah 1 Minggu
dan pengumpulan data awal
2 Menulis kertas cadangan dan 3 Hari
merancang tindakan

3 Pelaksanaan tindakan 2 Minggu - 3 Pemantauan dan


(Intervensi/program/aktiviti) Minggu Pencerapan

4 Mengumpul dan menilai dapatan 1 Minggu Jika objektif


tercapai buat
laporan. Jika
tidak, rancang
aktiviti lain.
5 Menyediakan Laporan Kajian 2 Minggu

8.0 Kos Kajian


Bil Jenis Bahan Kuantiti X Jumlah Kos
Harga Seunit
1. Kertas A4 1 X RM12.00 RM 12.00
2. Dakwat Printer 1 X RM20.00 RM 20.00
3. Fail 5 X RM2.00 RM 10.00
4. Manila Kad 5 X RM 0.60 RM 3.00
5. Marker Pen 2 X RM 3.00 RM 6.00
6. Bahan Maujud 1 X RM 50.00 RM 50.00
JUMLAH RM101.00

Anda mungkin juga menyukai