Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

1. Kandungan ………………………………………………………………… 1

2. Penghargaan ……………………………………………………………….. 2

3. Abstrak …………………………………………………………………....... 3

4. Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ……………………… 4

5. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan …………………………………………. 4

6. Objektif Kajian ……………………………………………………………. 5

7. Kumpulan Sasaran ………………………………………………………... 5

8. Methodologi ……………………………………………………………….. 5

9. Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………. 6

10. Dapatan Kajian …………………………………………………………..8

11. Refleksi Kajian …………………………………………………………...9

12. Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………..9

13. Penutup …………………………………………………………………..9

14. Bibliografi ………………………………………………………………..10

1
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini

kepada :

Guru Besar SJK (T)

________________________________

&

Guru-guru SJK (T)

PN. ALICE ARULSAMY (SJK T TELUK MERBAU)

CIK. IRENE JEBAMALAR THUMBARAYAN (SJK T BBST)

PN. K.TANALETCHUMY KARUPIAH (SJKT TMN PERMATA)

CIK.VIMALA (SJKT DENGKIL)

PN. PUNITHA (SJKT SEPANG)

&

Murid-muird prasekolah SJK (T)

Tajuk Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR/TANDA


BACA BAGI MURID PRASEKOLAH

2
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran
penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Prasekolah. Seramai 25orang murid
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid
kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan
teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah
menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis
huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding
sebelumnya. Murid-murid juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Berpengalaman lebih dari 1 tahun mengajar murid Prasekolah saya mendapati murid lemah
ataupun tidak menguasai pengunaan huruf besar dan tanda baca dalam ayat yang mudah.Masalah
yang dihadapi oleh guru ialah, ‘Murid tidak mengenal huruf besar /tanda baca dan tidak
dapat menulis ayat yang mudah dengan betul’. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis
saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat mesti ditulis dengan huruf besar
tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan
kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Prasekolah
tidak dapat meletak tanda baca dengan betul di tempat yang sepatutnya. Oleh kerana, saya
memberi latihan yang sama, maka agak mudah untuk saya mengesan kesalahan mereka. Situasi
ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali
menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, murid tidak mengenal atau
menghafal tanda baca. Merujuk kepada, Standard Pembelajaran Bahasa Malaysia Prasekolah
terdapat kemahiran menulis menitikberatkan penggunaan tanda baca. Contoh :

Standard Pembelajaran:

i. BM 3.8.2 Mengenal tanda baca dalam ayat


ii. BM 4.2.7 Menyalin ayat dengan cara yang betul

4
Oleh itu, saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar
melalui teknik yang dirancang.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan tanda baca.

Objektif Khusus

i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat.

ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar dan tanda baca.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid . Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat
terhadap penggunaan huruf besar dan tanda baca. Murid masih lemah dalam pengenalan tanda
baca. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

5. METHODOLOGI KAJIAN

Methodologi yang digunakan ialah :

a) Pemerhatian

5
Guru menjalankan pemantauan sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

d) Latihan

Latihan pengukuhan diberikan kepada murid untuk mengetahui kelemahan mereka dalam
penggunaan tanda baca dan huruf besar dalam ayat.

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka diberikan latihan.

g) Semakan buku latihan

Semakan buku latihan murid, dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai
kamahiran berkenaan.

6. PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang
menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar melalui
penggunaan methodologi yang dinyatakan.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan
murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti
yang terkandung dalam jadual di bawah.

6
BIL MASALAH JUMLAH
1 Kurang tumpuan.
2 Sikap malas.
3 Tidak memahami arahan.
4 Kurang keyakinan diri / tiada teknik penghafalan
5 Mengenal tanpa meneliti penggunaan huruf besar/tanda baca
6 Tiada bimbingan di rumah.

6.3 Tindakan yang dijalankan

Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya
jalankan ialah memberi bimbingan / pengawasan kepada murid-murid bahawa mereka juga
boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Saya selalu memberi teguhan positif seperti memuji
dan memberi hadiah kepada muridnya. Di samping itu, saya juga memberi teguhan negative
seperti, menegur semasa membuat kesalahan dalam menulis ayat. Tindakan seterusnya ialah :

i) Mempraktiskan huruf besar/ tanda baca dengan warna


ii) Latih tubi atau pengukuhan

6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:

Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang
memerlukan murid mengenal tanda baca dan huruf besar, murid perlu memulakan dengan warna
kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna hijau dengan
pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula mengenal, warna hijau itu mesti
didahulukan.

7
6.4.2 Aktiviti dijalankan seperti berikut:

Item 1

1. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut

Item 2

1. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.
(Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna)

7. DAPATAN KAJIAN

Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam
menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan

2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid
cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian
yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

TAHAP PENCAPAIAN
PENGUASAAN
*ITEM 1 *ITEM 2

Telah Menguasai

Sedang Maju
Belum Menguasai

*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.

8
8. REFLEKSI KAJIAN

8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar

Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga
menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna hijau untuk
huruf besar tanpa arahan daripada guru.

8.2 Rumusan Pemerhatian

Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga
menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.Sebagai guru
Prasekolah, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan
pencapaian.

9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan
penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).

10. PENUTUP

Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan
kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran,
namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas
yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat
semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

9
BIBLIOGRAFI

1. Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaaan, KPM

3. Buku Latihan Prasekolah, Fargoes

10

Anda mungkin juga menyukai