Anda di halaman 1dari 22

KAJIAN TINDAKAN

2021
TAJUK :

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID
TAHUN 2 BIJAKSANA DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH TEKNIK WARNA

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FAIMI BIN ISMAIL

SK LKTP TENGGAROH SELATAN

KOTA TINGGI, JOHOR

1
ISI KANDUNGAN

BI KANDUNGAN MUKA
L SURAT

1. TAJUK 3

2. PENGENALAN 4

3. DEMOGRAFI / PROFIL 5
SEKOLAH DAN MURID

4. PELAKSANAAN KAJIAN 6 - 13
TINDAKAN

5. KESIMPULAN 13

6. BIBLIOGRAFI 14

7. LAMPIRAN 15 - 22

2
1.0 TAJUK :

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID
TAHUN 2 BIJAKSANA DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH TEKNIK WARNA

3
2.0 PENGENALAN

Berpengalaman 8 tahun mengajar murid Tahap 1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu amat berharga.
Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era
perubahan sukatan yang begitu ketara hingga kini digubal menjadi KSSR Semakan 2017.
Namun setiap kali latihan di dalam kelas Bahasa Melayu secara bersemuka atau pun secara
“online” (PdPR Pasca Covid19), murid yang bijak pun kadang kala cuai dengan penggunaan
huruf besar.

Setelah saya melakukan tinjauan, saya berfikir untuk melakukan satu tindakan atau
kajian. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai
kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Bijaksana.
Seramai 14 orang murid terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf
besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah.

4
3.0 DEMOGRAFI SEKOLAH DAN MURID
NAMA SEKOLAH : SK LKTP TENGGAROH SELATAN,
81907, KOTA TINGGI, JOHOR

BILANGAN GURU : 15 ORANG

BILANGAN BILIK DARJAH : 6 KELAS

ENROLMEN MURID : 86 ORANG

KEBITARAAN SEKOLAH : TKRS SEKOLAH

INFRASTRUKTUR : KELAS MENCUKUPI, KAWASAN PADANG


YANG LUAS

MAKLUMAT UTAMA DAN PENTING MENGENAI SEKOLAH :

“SATU PASUKAN SATU KEJAYAAN”


(SKTS MENSASARKAN SETIAP PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN
MESTILAH MENDAPAT TEMPAT ATAU KEDUDUKAN HADIAH).
SEKOLAH DAN MURID

“SKTS HEADING TO THE TOP”

“SELURUH WARGA SEKOLAH INI SEDANG BERUSAHA

DENGAN GIGIH MENUJU KE ARAH KEJAYAAN YANG

GILANG GEMILANG”

5
4.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

a) PEMERHATIAN ISU
Soalan kegemaran para guru setiap kali murid buat latihan adalah ‘Salin semula
ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping
itu, kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan
mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut,
Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu
penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar
sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat ketara.

Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang
sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi
kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan
kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

B) REFLEKSI TERHADAP PEMERHATIAN


Sewaktu pengajaran berlangsung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, saya
dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2 Bijaksana tidak dapat menulis ayat
dengan betul iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti
membina ayat mudah, menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya.
Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Amanah (2020), maka
agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. .

Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek
Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk DSKP Bahasa Melayu

6
Tahun 2 Semakan 2017, memang ada menyatakan, terdapat kemahiran menulis yang
perlu dititik beratkan penggunaan tanda baca.

Contoh :

i) Standard Kandungan 3.1 – Asas menulis

3.1.1 – Murid boleh menulis secara mekanis; (i) perkataan (ii) ayat (iii) perenggan (iv)

petikan

ii) Standard Kandungan 3.3 – Menghasilkan penulisan

3.3.2 – Murid boleh mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek;

(i) ejaan (ii) tanda baca (iii) penggunaan kata

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

c) MERANCANG
Objektif Umum

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus

i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan

huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah.

7
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 14 orang murid Tahun 2 Bijaksana yang terdiri daripada 8
lelaki dan 6 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap
penggunaan huruf huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam
penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program
Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

Metodologi Kajian

Metodologi yang digunakan ialah :

a) Pemerhatian

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. (Secara bersemuka atau Online PdPR Pasca Covid19)

b) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur. (Secara bersemuka)

c) Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka
untuk menggunakan huruf besar dalam ayat. (Online PdPR Pasca Covid19)

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

(Secara bersemuka atau Online PdPR Pasca Covid19)

8
g) Semakan buku latihan

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid
dalam menguasai kamahiran berkenaan. (Secara bersemuka atau Online PdPR Pasca
Covid19)

d) BERTINDAK
Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah


yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar
menggunakan metodologi yang dinyatakan.

Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan kepada “instrument” (BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN) yang


dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran
penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di
bawah :

BIL MASALAH JUMLAH


1 Kurang tumpuan. 20 %
2 Sikap malas. 15 %
3 Tidak memahami arahan. 15 %
4 Kurang keyakinan diri. 10 %
5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar. 20 %
6 Tiada bimbingan di rumah. 15 %

9
Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang
saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya
sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka,
adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf
besar pada permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah :

i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.

ii) Pemeringkatan secara bergred.

iii) Latih tubi.

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

 Pelaksanaan Aktiviti:

Aktiviti dijalankan bergantung pada tajuk setiap kali sesi PdPc secara bersemuka
atau sesi PdPR mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang
memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna
dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru atau warna
kesukaan murid dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali
mula menulis, warna tersebut itu mesti didahulukan.

 Aktiviti dijalankan seperti berikut:

Item 1

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.

2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

10
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai menggunakan warna.

Item 2

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di


tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja
menggunakan warna)

Item 3

1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat


yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah
menggunakan warna)

e) PEMERHATIAN SELEPAS TINDAKAN


DILAKSANAKAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati
peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan
terutamanya untuk item 2 dan 3. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan
akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Cuma ada 1 orang
murid masih tidak mencapai markah penuh untuk item 3. Murid tersebut dari murid pemulihan
khas, tapi tetap ada peningkatan bila buat item 3 tersebut.

11
MARKAH PENCAPAIAN /
BILANGAN MURID
UJIAN *ITEM *ITEM *ITEM
PENGESANAN
1 2 3
9 - 10 3 murid 14 murid 14 murid 13 murid
6-8 5 murid 0 0 1 murid
3-5 6 murid 0 0 0
0-2 0 0 0 0

*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.

f) REFLEKSI SAMA ADA OBJEKTIF TERCAPAI


Penilaian Pencapaian Pelajar

Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga
menunjukkan peningkatan yang positif. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas
pemulihan dan hanya 1 orang murid tidak mencapai markah penuh, akan tetapi saya akan terus
memantau supaya murid tersebut mencapai standard yang diperlukan.

Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di
tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah
juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.

Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di
kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu
meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.

12
g) MERANCANG UNTUK TINDAKAN
SETERUNSYA (jika perlu)

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang
saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini
di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan
penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).

h) BERTINDAK MELAKSANAKAN INTERVENSI


(jika perlu)

5.0 KESIMPULAN
Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan
kadangkala kita mengeluh lebih-lebih lagi banyak mengajar secara “online’’ (PdPR Pasca
Covid19) dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu
bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang
semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat
semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras
berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

13
BIBLIOGRAFI

1. Manual Pembudayaan Kajian Tindakan, KPM

PPD Kota Tinggi, Johor.

2. DSKP Bahasa Melatyu Tahun 2 (KSSR Semakan 2017)

Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2 2021

4. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1 & 2

Dewan Bahasa dan Pustaka

14
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN

TAHUN 2 BIJAKSANA

2021

Ya ( / )
BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR atau
Tidak ( x )
1. Pengajaran cikgu menyeronokkan
2. Cikgu beri tumpuan kepada saya
3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu
4. Keluarga beri bimbingan di rumah
5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
6. Belajar menyeronokkan
7. Kerja sekolah yang diberi mudah
8. Saya suka menulis
9. Saya suka membaca
10. Saya faham arahan cikgu
11. Percakapan cikgu terlalu laju

15
Ujian Pengesanan

Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.

1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan.

__________________________________________________________________________ .

2. salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah.

__________________________________________________________________________ .

3. sekolah kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola sepak.


__________________________________________________________________________ .

4.bapa david memandu kereta proton waja.

__________________________________________________________________________ .

5. guru kelas tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber.

__________________________________________________________________________ .

(10 markah)

16
UJIAN PENCAPAIAN

Nama : ______________________________

Kelas : Tahun 2 Bijaksana

Item 1

Salin semula ayat berikut.

Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya makan
kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(10 markah)

Item 2

Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

1. kita mesti makan makanan yang bersih.

___________________________________________________________________________ .

2. kita bersenam supaya badan kita sihat.

___________________________________________________________________________ .

3. jangan makan kuih yang manis itu.

___________________________________________________________________________ .

17
4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.

___________________________________________________________________________ .

5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.

___________________________________________________________________________ .

(10 markah)

Item 3

Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.

___________________________________________________________________________ .

2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.

___________________________________________________________________________ .

3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.

___________________________________________________________________________ .

4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan di klinik adham.

___________________________________________________________________________ .

5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.

___________________________________________________________________________ .

(10 markah)

18
CONTOH HASIL UJIAN ITEM 1

NAMA MURID : Afif Ruzain

19
CONTOH HASIL UJIAN ITEM 2

NAMA MURID : Nia Melissya

20
CONTOH HASIL UJIAN ITEM 3

NAMA MURID : Syafi

21
CONTOH HASIL DAPATAN SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN

22

Anda mungkin juga menyukai