Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ISLAM

1.0 TAJUK :

MENYEBUT HURUF HIJAIYYAH GUNA KAEDAH PEGERAKAN MULUT


DIGITAL.

2.0 PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi
dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu,
program inovasi dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat
murid-murid Tahun 1 untuk menyebut huruf hijaiyyah menggunakan kaedah
pengerakan mulut.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

3.1 Guru dapat menambah baik amalan mengajar menyebut huruf hijaiyyah
untuk pengayaan murid tahun 1 menggunakan kaedah pegerakan mulut
mengunakan digital.

3.2 Membantu murid menyebut huruf hijayyah dengan baik dan betul.

3.3 Pelajar mampu Membanding beza huruf hijaiyyah.

4.0 RASIONAL

1
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan
serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin
mencabar.

5.0 SASARAN

Murid Tahun 1, terutamanya yang menghadapi masalah dalam menguasai


kemahiran menyebut huruf hijaiyyah .

6.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian tindakan yang dilakukan ini berfokus pada masalah penguasaan


menyebut huruf hijaiyyah dengan baik dan menepati sebutan dengan pegerakan
mulut. Berdasarkan pemerhatian kami, segelintir murid tahun 1 masih lagi keliru
dengan menyebut dan mengenal huruf hijaiyyah menyukarkan kami untuk
mengajarkan kemahiran membina ayat, penulisan karangan dan lisan. Sebagai
contoh, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengajar
menyebut huruf hijaiyyah dengan menggunakan teknik menyanyi. Apabila
selesai sesi pembelajaran, saya telah memberikan latihan lembaran kerja.
Segelintir murid telah gagal menjawab soalan yang diberikan walaupun aras
soalan yang diajukan adalah aras mudah dan sederhana.

Hal ini bukan sahaja berlaku semasa pembelajaran mengenal huruf


hijaiyyah malah ia juga berlaku dalam menyebut huruf hijaiyyah. Selain itu,
setelah menjalankan pengajaran secara konvensional seperti kaedah terus yang
menggunakan kad imbasan dan papan putih semata-mata, saya mendapati
minat murid untuk mengikuti pengajaran saya adalah pada tahap yang lemah.
Mereka tidak ceria dan tidak bermotivasi untuk belajar.

Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, masalah akan timbul
semasa murid tersebut melangkah ke tahap 2 dan seterusnya akan menghadapi
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Oleh itu, saya terpanggil untuk
mengambil inisiatif sebagai seorang guru bagi membantu murid-murid saya

2
untuk menyebut dan mengenal huruf hijaiyyah dengan betul dan tepat. Akhirnya,
saya mengambil keputusan untuk menggunakan teori kecerdasan pelbagai iaitu
kecerdasan muzik untuk diaplikasikan dalam intervensi saya.

7.0 KEPENTINGAN PROJEK

Hasil penelitian dan penganalisaan kami terhadap soalan-soalan


peperiksaan pendidikan islam Tahun 2 dan 3 tahun-tahun lepas, saya dapati
bahawa item berkaitan mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah merupakan item
wajib dan perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka mempelajari topik-
topik lain seperti membaca atau membuat ayat. Kelemahan murid-murid dalam
morfologi boleh menyebabkan pembelajaran mereka dalam topik-topik lain
seperti membaca struktur ayat dan sebagainya menjadi sukar, kerana dalam
setiap topik berkenaan ada diselitkan aspek-aspek morfologi. Jika murid dapat
menguasai kemahiran asas menyebut dan mengenal huruf hijaiyyah,
kemungkinan besar mereka akan berpeluang memperolehi sekurang-kurangnya
lulus dalam ujian atau peperiksaan yang dijalankan.

Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah


merasakan bahawa satu teknik diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat
menguasai mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah dengan betul agar dapat
membantu meningkatkan prestasi mereka dalam akademik khususnya dalam
matapelajaran pendidikan islam agar tidak ketinggalan berbanding dengan
murid-murid lain. Saya juga yakin jika saya dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam, sikap negatif murid-murid akan
berubah dan pencapaian mereka dalam matapelajaran ini dapat diperbaiki.
Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan
inovasi dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, saya
berpendapat dengan penggunaan teknik menyebut huruf hijaiyyah menggunakan
kaedah pegerakan mulut digital yang juga merupakan bahan bantu belajar dapat
membantu murid-murid saya menguasai huruf hijaiyyah dengan baik”.

3
8.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Jadual 9.0 menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan untuk


melaksanakan projek ini.

Jadual 9.0 : Kos Kajian

KUANTITI X HARGA
BIL JENIS BAHAN JUMLAH KOS
SEUNIT

1 Kertas A4 1 X RM 9 = RM 9 RM 9

2 Dakwat Printer 4 X RM 5 = RM 20 RM 20

Potostat Bahan Dan


3 RM 20 RM 20
Laporan Projek

JUMLAH RM 59.00

Anda mungkin juga menyukai