Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM


BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI DIGITAL
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
2018

MULTIMEDIA INTERKATIF SIRAH

"MARI MENGENAL RASULULLAH"

TARIKH
20 Februari 2019

DISEDIAKAN OLEH
ABU ZAR BIN HUZAIFAH
1.0 TAJUK

Projek inovasi digital yang telah dipilih ialah bertajuk "Mari Mengenal Rasulullah". Projek ini
adalah hasil inovasi yang berasaskan perisian pengaturcaraan Microsoft Powerpoint dalam
bentuk permainan. Projek ini juga merupakan penggabungan pentaksiran pembelajaran,
didik hibur dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Projek ini dipilih berdasarkan
permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah untuk mempelajari Pendidikan
Islam. Pada projek ini, sasaran saya ialah tahun 2 kerana Dokumen Standard Kurikulum
Pelajaran (DSKP) telah dibuat semakan baru.

2.0 PENGENALAN

Media pembelajaran menurut Heinich yang dikutip oleh Azhar Arsyad (2011:4) adalah
perantara yang membawa pesan atau informasi bertujuan instruksional atau mengandungi
maksud pengajaran antara sumber dan penerima. Contoh dari media pembelajaran antara
lain media audio, video, buku teks, modul, multimedia dan lain-lain. Seiring perkembangan
zaman, berbagai media pembelajaran yang canggih dan moden diciptakan oleh para ahli.
Media pembelajaran tersebut banyak yang berbasis teknologi salahsatunya ialah multimedia
interaktif. Multimedia dapat diertikan sebagai kombinasi teks, gambar, seni grafik, animasi,
suara dan video. Rangkaian media tersebut digabungkan menjadi satu kesatuan kerja yang
akan menciptakan informasi yang memiliki nilai komunikasi yang tinggi. Ini kerana
kandungannya tidak sekadar dilihat malah dapat didengar serta dapat membangkitkan minat
murid kerana menggunakan gambar dan animasi yang memiliki seni grafik yang tinggi
dalam pengisian digital tersebut (Budi Sutedjo D. Oetomo, 2002:109).

Sirah merupakan salah satu bidang daripada mata pelajaran pendidikan Islam yang
wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai
tahun 1 lagi. Hal ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam dalam bidang Sirah di peringkat awal agar murid memperolehi dan
menguasai pengetahuan sejarah perjalanan kehidupan Rasulullah untuk dijadikan sebagai
panduan hidup bag murid yang beragama Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).
“Sirah Rasulullah“ merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pembelajaran Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tahun 2. Tajuk ini
menjelaskan peristiwa-peristiwa yang membuktikan tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad
s.a.w bagi mengukuhkan keimanan dan menyemai perasaan cinta akan Rasulullah s.a.w.
dalam kalangan murid.
Selain itu, para guru Pendidikan Islam sering menghadapi cabaran dalam
pengajaran dan pembelajaran bidang Sirah kerana murid-murid mengangap mata pelajaran
ini sesuatau yang membosankan dan seperti mata pelajaran Sejarah. Murid-murid biasanya
menghadapi masalah dalam mengingat fakta-fakta yang terdapat dalam seseuatu peristiwa
yang berada dalam Sirah tersebut. Hal ini berikutan kerana terdapat banyak fakta yang perlu
diingat. Rentetan daripada itu menyebabkan mereka tidak meminati bidang Sirah kerana
bagi mereka ianya membosankan, sukar difahami, tiada kiatan dengan hidup mereka secara
langsung dan menyebbakan pengajaran dan pembelajaran Sirah menjadi pasif (Rohani Mat
Salleh, 2012). Menurut Lee Bih Ni (2013), mata pelajaran Sejarah sering dikaitkan dengan
kaedah lama dan statik dalam propses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung.
Malah, dalam penulisannya, beliau mengetengahkan bahawa elemen TMK dapat membantu
pengajaran dan pembelajaran Sirah.

Oleh hal yang demikian, projek ini bermatlamat untuk menarik minat murid daam
mata pelajaran Sirah secara amnya dan terhadap tajuk “Mari Mengenal Rasulullah” secara
khususnya dengan menggunakan permainan digital selaras dengan perkembangan
teknologi. Projek inovasi ini juga bertujuan untuk memupuk semangat inkuiri murid untuk
mempelajari sesuatu isi pelajaran di samping menjadikan proses pengajaran dan
pembeljaran itu menyeronokan.

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir penggunaan produk inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan
dapat :

 Menarik minat murid-murid untuk mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Islam


bidang Sirah.
 Mengubah paradigma murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam bidang Sirah
suatu yang membosankan.
 Memupuk dan meningkatkan tahap kerjasama antara murid-murid.
 Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam bidang
Sirah lebih seronok.
 Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid-murid.
 Memotivasi semangat murid-murid untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
4.0 RASIONAL PROJEK

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah produk
multimedia interaktif yang dapat digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Islam bidang Sirah Tahun 2. Bahkan, projek ini juga akan
meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari Sirah dimana produk ini dibangunkan
dalam bentuk multimedia interaktif yang dapat mengukuhkan pemahaman terhadap
pelajaran, memupuk nilai-nilai kewarganegaraan sehingga memperolehi pengalaman yang
baru melalui multimedia interaktif. Projek ini juga sebagai salah satu usaha untuk
memperlbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunkan oleh para guru
Pendidikan Islam di dalam kelas.

Di samping itu, rasional projek inovasi digital ini juga adalah untuk
menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
bidang Sirah yang dikatakan sebagai satu mata pelajaran yang membosankan. Melalui
dengan penghasilan projek inovasi digital ini dapat meningkatkan minat para murid untuk
belajar Sirah. Mereka akan menambah ilmu pengetahuan berkenaan subjek Pendidikan
Islam dalam bentuk memahami dengan meneroka sambil belajar dengan menggunakan
pengaturcaraan Microsoft Powerpoint.

5.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Skop projek “Multimedia Interaktif – Mari Mengenal Rasulullah” mata pelajaran Pendidikan
Islam bidang Sirah sebagai alat pengukuhan dan pentaksiran untuk tajuk “Mencintai nabi
Muhammad s.a.w dan mengambil iktibar daripada tanda-tanda kenabian Rasulullah ”.

Terdapat bebepara perkara yang telah membataskan projek ini. Antaranya ialah
penggunaan komputer. Projek ini memerlukan perkakasan komputer dan bekalan elektrik
dan tidak dapat digunakan jika ketiadaan kemudahan tersebut.
6.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Multimedia interaktif yang terdapat di pasaran biasanya merupakan permainan yang


mendatangkan keseronokan semata-mata dan ada kalanya akan menyebabkan ketagihan.
Multimedia interaktif “Mari Mengenal Rasulullah” ini pula menampilkan kelaianan dengan
berunsur pendidikan dan mampu digunakan sebagai alat pengukuhan dan pentaksiran
terhadap pemahanam murid tentang isi pelajaran.

Multimedia interaktif ini merupakan satu perisian yang boleh diakses oleh murid pada
bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Permainan ini juga dapat digunakan sebagai
salah satu bahan bantu mengajar secara lebih berkesan dengan menekanakn unsur
interaktif di samping mewujudkan komunikasi dua hala antara pengguna dengan perisian.
Pembelajaran interaksi merupakan satu kaedah yang dinamik kerana aplikasi multimedia
memerlukan pengguna memberi respons serta berinteraksi secara aktif. Ia juga mempunyai
unsur hiburan nescaya lebih menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran
Pendidikan Islam bidang Sirah.
7.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Projek ini tidak memerlukan sebarang kos kerana segala pembangunan dan pelaksanaan
projek dijalankan menggunaan perkakasan sedia ada dan perisian terbuka percma yang
boleh didapati daripada internet. Selain itu, segala yang kami perlukan untuk menjayakan
projek kami hanya perisian Scratch dalam komputer.

BARANG HARGA
- -
Jumlah RM 0
8.0 TINJAUAN / KAJIAN LITERATUR

Menurut Mohd Yusuf Ibraim dalam buku "Kepentingan Sejarah kepada manusia dan
negara", beliau telah mengemukakan pandangan bahawa Sejarah merupakan satu bidang
yang amat penting bagi manusia dan mempunyai peranan yang tidak boleh dinafikan.
Manusia mencatatkan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh untuk dirujuk kembali,
pensejarahan secara langsungnya telah membantu perkembangan manusia.

Pendidikan Islam bidang Sirah merupakan satu mata pelajaran yang sedia ada di
sekolah rendah. Walaubagaimanapun para guru sering mendapati rata-rata pelajar
mengatakan menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam bidang Sirah kerana terlalu
banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini menyebabkan pelajar tidak meminati bidang Sirah
kerana bagi mereka ianya membosankan, sukar difahami dan menyebabkan pengajaran
dan pembelajaran bidang Sirah menjadi pasif

Masalah sebegini sebenarnya boleh diatasi menurut Seng Hansun dari Universiti
Multimedia Nusantara, Tangerang, Indonesia. Beliau berpendapat multimedia interaktif
sebagai satu lingkungan pemprograman visual boleh membantu anak-anak muda untuk
berfikir secara kreatif dan secara sistematik. Multimedia interaktif interaksi yang dihasilkan
menggunakan Powerpoint turut akan menimbulkan minat para murid untuk belajar.

Pada masa kini, penggunaan TMK dalam pelgajaran dan pembelajaran bukanlah
sesuatau yang asing, malah menjadi suatu keperluan (Shakila Yacib dan Roslawati Zainol,
2015). Perkembangan pesat bidang TMK telah memacu perkembangan permainan digital.
Permaianan digital boleh didefinikasn sebagai perisan hiburan yang dimainkan dalam
pelbagai platform seperti computer, konsol permaian dan peralatan mudah alih seperti
telefeon pintar (Noor Azli etc, al,., 2008:; Prensky , 2003). Merrill et al. (2006) telah
menyenaikan empat ciri-ciri perisian permaianan digital seperti berikut iaitu tiada paksaan,
meyeronokkan, terdapat peraturan permaianan dan seseorang itu bermaan permaian
kerana inginkan cabaran.
9.0 KESIMPULAN

Projek inovasi penghasilakn multimedia interaktif yang bertajuk “Mari Mengenal Rasulullah”
ini merupakan cetusan idea siswa guru beropsyen Pendidikan Islam yang bermatlamat
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sirah serta meningkatkan minat
murid terhadap mata pelajaran tersebut. Murid-murid dapat berbincang dan mengemukakan
idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru penasihat
memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan
menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Pembelajaran melalui multimedia
interaktif yang menarik akan membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih
berkesan dan merangsang pemikiran mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Berharap agar projek ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak seupaya
menjadikannya mencapai sasaran.

Anda mungkin juga menyukai