Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN


DAN PEMUDAHCARAAN

PENGGUNAAN NEAT JAWI DALAM PDPC


PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH:

28/2/2020

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG, TAWAU


MAKLUMAT DIRI

NAMA: NUR ASYIKIN BINTI RAMLEE

NO KAD PENGENALAN: 961009-07-5686

OPSYEN: PISMP PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN JUN 2016

SEMESTER: 2 TAHUN 4
PENGGUNAAN NEAT JAWI DALAM PDPC PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN

Internship merupakan salah satu program latihan bagi siswa guru bertujuan untuk
mengembangkan serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Siswa guru dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcaraan sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah serta aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah meletakkan


mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh
murid Islam di sekolah kebangsaan mahupun swasta. Bidang Jawi merupakan salah
satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti yang termaktub dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Sekolah
Rendah. Penguasaan dalam bidang jawi dianggap sangat penting kepada setiap
murid kerana membolehkan mereka untuk menguasai bidang-bidang lain dalam
Pendidikan Islam seperti Bidang Aqidah, Ibadah, Sirah dan Adab. Hal ini kerana,
keseluruhan buku teks Pendidikan Islam yang disediakan adalah dalam tulisan Jawi.

2.0 OBJEKTIF

Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf jawi dengan betul
dan kemas dalam kalangan murid. Antara objektif yang ingin dicapai melalui inovasi
ini adalah:

2.1 Meningkatkan kemahiran mengenal 37 huruf jawi dengan betul.

2.2 Meningkatkan kemahiran membentuk 37 huruf jawi dengan betul dan kemas.

2.3 Meningkatkan kemahiran menulis 37 huruf jawi tunggal dengan betul dan kemas.
3.0 RASIONAL

Projek inovasi ini dirancang untuk membantu proses pengajaran dan pemudahcaraan

pendidikan islam dalam bidang jawi khususnya. Projek ini dapat membantu murid

mengenal dan menulis 37 huruf jawi tunggal dengan betul dan kemas melalui kaedah

latih tubi. Kaedah latih tubi yang diaplikasikan melalui projek inovasi neat jawi boleh

diaplikasikan kepada semua peringkat umur murid berdasarkan tahap pengetahuan

mereka.

4.0 KUMPULAN SASARAN

5 orang murid prasekolah.

5.0 PERNYATAAN MASALAH

Antara masalah yang didapati sebelum menjalankan inovasi adalah seperti berikut:

5.1 Murid tidak dapat menguasai 37 huruf jawi dengan baik.

5.2 Murid masih keliru tentang penulisan huruf jawi tunggal dengan betul

5.3 Bahan bantu mengajar sedia ada hanya memfokuskan kepada salah satu
kemahiran sahaja sama ada mengenal atau menulis huruf jawi.

5.4 Bahan bantu mengajar sedia ada tidak menekankan penggunaan garisan dalam
menulis jawi dengan kemas.

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 12 Mac 2020 (Rabu)


Masa : 8.40 – 9.40 pagi
Tempat : Prasekolah
7.0 CARA PELAKSANAAN

Cara pelaksanaan projek inovasi ini adalah seperti berikut:

a) Sebelum melaksanakan inovasi, guru telah menjalankan ujian pra melalui sesi
soal jawab
b) Setiap murid mendapat set neat jawi dan mendengar penerangan guru
berkaitan cara penggunaannya.
c) Murid membentuk huruf jawi menggunakan tanah liat berpandukan kad huruf.
d) Murid menulis huruf jawi menggunakan set neat jawi dengan betul dan kemas.

8.0 KEPENTINGAN PROJEK

Projek inovasi neat jawi dapat membantu murid mengenal, membentuk serta menulis
huruf jawi dengan lebih kemas. Selain itu, inovasi set neat jawi juga menjadikan guru
lebih peka terhadap kemahiran menulis jawi dalam kalangan murid. Tulisan yang
kemas akan memudahkan guru untuk membaca jawapan murid dengan baik. Projek
ini juga boleh dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi kerana set neat jawi adalah
gabungan bahan- bahan bantu untuk pengajaran huruf jawi tunggal bermula daripada
mengenal hingga menulis huruf dengan betul dan kemas. Selain itu, inovasi ini juga
menekankan kekemasan dalam penulisan melalui garisan.

9.0 ANGGARAN KOS

Bil Barang Kuantiti Harga

1. Kad huruf 5 murid × 4 huruf RM 5.00

jawi

2. Kadbod 5 buah RM 6.00

3. Pen Marker 5 batang RM 7.50

4. Tanah liat 2 warna RM 5.00

Jumlah keseluruhan RM 23.50


10.0 PELAN TINDAKAN PROJEK

Mula

Taklimat Pelaksanaan Internship


IPG Kampus Tawau

Pelaksanaan Ujian
Diagnostik

Perbincangan bersama
guru pembimbing

Pemilihan Projek Inovasi

Penyediaan Kertas Cadangan

Pembinaan Bahan Bantu


Mengajar (BBM)

Pelaksanaan Projek Inovasi

Analisis Kelemahan
Laporan Pelaksanaan Internship

Penambahbaikan Analisis Kekuatan

Kesimpulan

Penghantaran Laporan Lengkap


Pelaksanaan Internship ke IPG

Tamat
11.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, projek inovasi neat jawi dirancang untuk meningkatkan

pengetahuan murid dalam huruf jawi serta meningkatkan tahap kekemasan menulis

jawi dalam kalangan murid khususnya murid prasekolah. Perbincangan bersama guru

pembimbing dapat memurnikan kesesuaian pelaksanaan projek inovasi ini. Inovasi

neat jawi juga diharapkan agar dapat meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran

pendidikan islam khususnya bidang jawi.

Disediakan oleh :

...............................................................

(NUR ASYIKIN BINTI RAMLEE)


PISMP Pendidikan Islam
Ambilan Jun 2016
IPG Kampus Tawau.

Disemak oleh :

.........................................................

(ZAHARAH BINTI MAHAMUDIN)


Guru Pembimbing,
Sekolah Kebangsaan Balung,
Tawau.

Disahkan oleh :

.........................................................

(SITI FATIMAH BINTI ISHAK)


Pensyarah Pembimbing,
IPG Kampus Tawau,
Tawau.

Anda mungkin juga menyukai