Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROJEK PRAKTIKUM

SEKOLAH KEBANGSAAN STUNGGANG MELAYU, D/A PPD LUNDU,


KUCHING, SARAWAK
PROJEK
MENCERIAKAN KELAS PEMULIHAN / LINUS
ANJURAN
GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
TARIKH:
02 13 SEPTEMBER 2013
NAMA:
SITI NORSAEDAH BINTI CHE MANSOR
MONALISA ANGELICA MODING
PROGRAM:
PRAKTIKUM PISMP AMBILAN JANUARI 2011 (PRAKTIKUM 2)

1. PENDAHULUAN
Program ini dirangka untuk menjayakan projek semasa praktikum. Program ini juga
dirangka bagi membuat penambahbaikan dan keceriaan di dalam bilik pemulihan
dengan mengaplikasikan konsep 5S iaitu sisih, susun, sapu,seragam dan sentiasa
amal (rujuk lampiran 1). Fokus aktiviti adalah untuk membuat hiasan dan
mewujudkan kiosk-kiosk di sudut kelas pemulihan.
2. RASIONAL
Kelas pemulihan di sekolah merupakan satu kelas yang perlu di ambil perhatian oleh
pihak sekolah.Ia tidak boleh di pandang remeh oleh pihak sekolah kerana kelas ini
akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid yang terpilih. Oleh itu,
kelas ini perlu di buat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut peredaran
waktu selaras dengan kehendak keperluan semasa. Rasional projek ini dibuat
adalah untuk mengemaskini peralatan dan kiosk yang ada di dalam kelas pemulihan.
Kiosk-kiosk yang bakal diwujudkan memberi informasi dan membantu murid
memahami pelajaran dengan lebih efektif.
3. OBJEKTIF PROJEK
Objektif projek ini dijalankan ialah:
a) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan di dalam kelas pemulihan dengan
hiasan dinding.
b) Menyusun atur alatan serta bahan bantu mengajar dengan cara yang betul
dan sistematik.
c) Memperbanyakkan bahan bantu mengajar di dalam kelas pemulihan.
d) Mempraktikkan amalan 5S dalam kelas Pemulihan Khas.
4. TARIKH PROJEK
Tarikh yang dicadangkan untuk melaksanakan projek ini ialah:
02 hingga 13 September 2013

5. TEMPAT PROJEK

Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu.


6. ORGANISASI PROJEK
JAWATANKUASA INDUK PROJEK MEMBUAT MURAL DAN MEMBUAT KIOSK
DI BILIK PEMULIHAN 2013
PENYELARAS :
Mohamad Zen B. Masli (Guru Besar )
PENASIHAT :
Jamadil Bin Eri (PK 1)
Zamri B.Awang ( Pk HEM )
Kamarudin B. Muhe (Pk Kokurikulum )
PENGERUSI :
Monalisa Angelica Moding
NAIB PENGERUSI :
Siti Norsaedah binti Che Mansor
SETIAUSAHA :
Siti Norsaedah binti Che Mansor
BENDAHARI :
Monalisa Angelica Moding

AHLI JAWATANKUASA :

Monalisa Angelica Moding

Siti Norsaedah binti Che Mansor

7. SUMBER KEWANGAN

Semua kos penyelenggaraan di tanggung oleh guru pelatih

RM71.00

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH

1.

Kad manila

5 keping

5 x RM 1.00

2.

Kertas warna

20 keping

20 x RM 0.60

3.

Kertas A4

1 rim

RM 10.00

4.

Kertas A4 berwarna

1 rim

RM 10.00

5.

Gam

1 botol

RM 5.00

6.

Double tape

1 set

RM 3.00

7.

Plastik laminate

20 keping

RM 5.00

8.

Mounting board

2 keping

2 x RM10.50
JUMLAH RM 71.00

9. PENUTUP
Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid. Ia
sekaligus dapat meningkatkan lagi keselesaan penggunaan dan sedikit sebanyak
dapat

membantu

murid

pemulihan

memperoleh

kemahiran

dan

ilmu

pengetahuan dengan efektif sekali gus menarik minat murid pemulihan untuk
belajar di dalam kelas pemulihan. Diharapkan semoga projek ini dapat dijalankan
dengan lancar dan mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(SITI NORSAEDAH BINTI CHE MANSOR)

(MONALISA ANGELICA MODING)

Setiausaha,

Pengerusi,

Projek Praktikum 1,

Projek Praktikum 1,

IPG Kampus Batu Lintang

IPG Kampus Batu Lintang

Diluluskan oleh :

(MOHAMAD ZEN B. MASLI)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Encik Buyong.

Anda mungkin juga menyukai