Anda di halaman 1dari 2

MINGGU KELIMA (5)

TARIKH : 25 Februari 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran


dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, saya
masih kekurangan idea untuk mempelbagaikan teknik pengisian dalam setiap topik
yang ingin disampaikan. Hal ini menyebabkan kadang-kala beberapa orang murid saya
kurang memberikan tumpuan sewaktu pengajaran dijalankan. Adakalanya saya perlu
bertegas dengan mereka dengan memberi amaran dan sebagainya. Hal ini seterusnya
menyebabkan gangguan terhadap pelajar lain yang ingin belajar dan disamping
menjejaskan tempoh pengajaran yang telah dirancang.

2. Analisis

Secara jujurnya saya dapati masih banyak kekurangan dalam diri saya yang
perlu dibaiki. Saya kadangkala kurang memahami topik yang ingin disampaikan secara
mendalam kepada murid menyebabkan kurangnya langkah dan teknik pengajaran yang
diterapkan. Adakalanya, saya tidak berfikir lebih panjang dalam menerapkan teknik
yang bersesuaian terhadap murid saya menyebabkan kadang-kala teknik yang
diajarkan tidak begitu berjaya disampaikan dengan baik. Apapun, saya tetap cuba
bereksperimen dengan pelbagai teknik yang lain untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan di masa akan datang.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang
ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan
membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah
yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran
kelak.
4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk memperbaiki
segala kelemahan saya dalam pelbagai perkara ini. Masih belum terlewat untuk saya
memperbaiki mutu kelemahan saya dalam menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Di masa akan datang saya akan sedaya upaya mencari
teknik pengajaran yang lebih sesuai untuk diterapkan agar objektif pengajaran tercapai
dan segala apa yang dirancang dilaksanakan dengan begitu berkesan.

5. Penilaian Kejayaan

Segala teguran membina dan pandangan yang diberikan dari rakan sekerja, guru
pembimbing dan pensyarah akan saya ikuti dalam memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang akan dirancang kelak disamping boleh
meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dalam
mendidik anak murid menjadi seorang insan yang berjaya.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba menjadi lebih kreatif dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya murid saya lebih seronok dan tidak mudah bosan dalam
memahami setiap apa yang diajarkan kelak.

Anda mungkin juga menyukai