Anda di halaman 1dari 2

MINGGU KEENAM (6)

TARIKH : 4 Mac 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran


dapat dijalankan dengan baik, walaupun tanpa kehadiran beberapa orang murid.
Walaaubagaimanakan, ketidakhadiran mereka menyebabkan banyak aktiviti
dirancangkan kadang-kala tidak dapat dilakukan seperti yang dirancang. Hal ini
menyebabkan proses pengajaran kadang-kala perlu diulang agar rakan yang tidak hadir
dapat memahami pengajaran seterusnya menyebabkan gangguan terhadap tempoh
pengajaran yang telah dirancang untuk minggu seterusnya.

2. Analisis

Murid pendidikan khas umumnya senang untuk menerima penyakit dan


memerlukan tempoh waktu yang panjang untuk sembuh. Begitu jugalah dengan
beberapa anak murid saya yang kerap kali mendapat penyakit. Oleh itu, jalan yang
terbaik untuknya adalah dengan mendapatkan rawatan di klinik dan beristirehat di
rumah sehingga sembuh agar tidak menjangkiti murid yang lain.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang
ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan
membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah
yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran
kelak.
4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan membuat ulangan ataupun menyelitkan
pelajaran yang telah mereka tertinggal dengan pengajaran yang diajarkan. Diharapkan
dengan cara ini, murid yang tercicir akan dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran
bersama-sama dengan murid. Biarpun agak lambat daripada perancangan yang asal,
aktivtiti pengukuhan dan pengajaran ulangan ini penting bagi mengelakkan murid
tercicir dalam pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan

Segala teguran membina dan pandangan yang diberikan dari rakan sekerja, guru
pembimbing dan pensyarah akan saya ikuti dalam memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang akan dirancang kelak disamping boleh
meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dalam
mendidik anak murid menjadi seorang insan yang berjaya.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba menjadi lebih kreatif dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik, walaupun topik pengajaran
berulang, supaya murid saya mudah seronok dalam memahami setiap apa yang
diajarkan kelak.

Anda mungkin juga menyukai