Anda di halaman 1dari 4

Nama Guru Pelatih: FOO HUI CHEAN

Minggu Praktikum: 10

Tarikh: 11.10.2018

Tajuk Jurnal: Masalah Pengurusan Masa Dalam Pelaksanaan Aktiviti Bimbingan

1.0 Isu Yang Difokuskan

Pada minggu ke-10 praktikum ini, saya telah menjalankan aktiviti bimbingan dengan murid
tahun 3. Semasa aktiviti bimbingan dijalankan. saya menghadapi masalah dalam menguruskan
masa dengan baik sehingga menyebabkan hasil pembelajaran tidak tercapai seperti saya
inginkan. Hal ini disebabkan masalah pengurusan masa yang kurang baik ini. Terdapat langkah
yang tidak dapat dijalankan yang baik kerana masa tidak mencukupi. Terdapat aktiviti yang telah
dirancang dalam aktiviti bimbingan tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa yang tidak
mencukupi ini. Ini juga menimbulkan masalah bagi saya kerana sukar untuk saya mencapai
objektif yang ditetapkan, khususnya objektif yang terakhir dalam rancangan aktiviti bimbingan
tersebut. Ada kalanya, saya terpaksa melangkau langkah yang terakhir dalam rancangan aktiviti
bimbingan untuk menjalankan langkah yang terakhir dalam proses aktiviti bimbingan.

2.0 Analisis Isu Yang Difokuskan

Masalah pengurusan masa yang tidak mencukupi ini timbul kerana murid-murid
mengambil masa tambahan untuk melaksanakan aktiviti origami yang menyeronokkan bagi
mereka. Murid-murid tidak mahu berhenti aktiviti tersebut disebabkan mereka sangat seronok
dan masih belum mendapat kepuasan dalam aktiviti tersebut. Tambahan pula, saya juga tidak
mengendahkan minit yang telah diperuntukkan. Saya hanya meneruskan aktiviti bimbingan yang
telah dirancangkan itu hinggalah seorang murid menegur saya bahawa guru subjek selepas
waktu saya sudah pun menunggu di hadapan kelas. Apabila berlakunya keadaan sebegitu, saya
terpaksa berhenti menjalankan aktiviti dan terus membuat kesimpulan pengajaran yang diajar.

3.0 Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu

Qasim (1998) menyatakan sesuatu sistem pengajaran dan pembelajaran itu perlulah
diaplikasikan di dalam konteks yang menyeluruh. Hal ini demikian, pengurusan masa amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan perlu diberikan perhatian kepada aspek
ini. Tanpa pengurusan masa yang baik, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran tidak
mungkin menjalankan dengan berkesan dan sistematik. Dengan itu, pengurusan masa
merupakan satu elemen yang penting bagi seorang pendidik supaya dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan memberi rangsangan yang berfaedah
kepada murid.

4.0 Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenlpasti
tersebut, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian isu tersebut berdasarkan
pembacaan yang dijalankan, antaranya termasuklah:

i. Menyediakan senarai semak untuk setiap langkah dalam aktiviti supaya tidak ada yang
tertinggal dalam perancangan tersebut kerana setiap aktiviti yang dirancangkan itu perlu
dijalankan sebelum masa uang sebenarnya tiba.
ii. Mengamalkan ketepatan waktu semasa proses pengajaran berjalan dengan tidak
melengah-lengahkan masa yang telah diperuntukkan bagi sesuatu aktiviti yang telah
dirancangkan itu.
iii. Melaksanakan tugas secara efisien dan teratur. Utamakan keselesaan murid ketika
berada di dalam kelas dan mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan.

5.0 Tempoh Masa Penyelesaian

Tempoh masa penyelesaian adalah selama 1 minggu.

6.0 Tindakan Susulan

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah
dikenalpasti, saya akan mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi tersebut. Antaranya termasuklah:

i. Merancang aktiviti bimbingan bagi setiap fasa supaya tidak terlalu padat dengan aktiviti
sehingga tidak cukup masa untuk melaksanakannya.
ii. Menggunakan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid yang diajar dan
selari dengan aktiviti yang dirancangkan.
iii. Memastikan masuk ke kelas pada waktu yang tepat dan mematuhi masa yang telah
dirancang bagi setiap fasa.
7.0 Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

Tarikh tindakan susulan yang akan dilaksanakan adalah dari 14 Oktober 2018 hingga 18
Oktober 2018

8.0 Kesimpulan

Setelah mengenal pasti kelemahan sendiri dalam pelaksanaan aktiviti bimbingan, saya
telah merancang untuk mengambil beberapa langkah penambahbaikan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi tersebut. Saya berharap masalah pengurusan masa ini dapat
diselesaikan pada aktiviti bimbingan yang seterusnya dengan mengambil kira beberapa tindakan
susulan yang telah dirancangkan.

9.0 Rujukan
QasimAhmad. (1998). Pengajaran dan pembelajaran : Komponen penting
kurikulum,seminar kualiti pengajaran dan pembelajaran, sekolah dan
pentadbiran sosial. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Pandangan / Komen Guru Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Anda mungkin juga menyukai