Anda di halaman 1dari 10

MASA CUE ANN CATATAN

Mohon perhatian,

Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil
tempat masing-masing. Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan
dengan lancar, mohon para hadirin dapat mematikan telefon bimbit atau
menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung, agar
8.00 MALAM KETIBAAN HADIRIN tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin amatlah dihargai, terima kasih.

Marilah kita sama-sama menyaksikan pelancaran gimik Malam Selingkar


Kasih PISMP Ambilan Jun 2014 yang akan disempurnakan oleh Tuan
Pengarah IPG Kampus Perlis, Tuan Haji Ideris bin Haji Abu Bakar bersama-
sama dengan wakil kelas Sejarah, Ang Chai Yen dan Muzik, Jelvin bin
Mohiling.

PEMBUKAAN PELANCARAN GIMIK MALAM SELINGKAR KASIH 2018

8.15 MALAM KATA ALU-ALUAN


Seiring madah pantun bersambut,
Dalam senyum penghidang tamu.
Mesra berdakap kasih terpaut,
Persilakan tamu sambut dipintu.

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia
Tuan Hj. Ideris bin Hj. Abu Bakar,
Pengarah,
IPG Kampus Perlis.

Diiringi oleh,
Puan Zaiton binti Mat Non,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perlis.

Encik Megat Mohd Noor bin Megat Teh,


Ketua Jabatan Sains Sosial,
IPG Kampus Perlis.

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan para pensyarah.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Indah sungguh malam ini,


Warga dewan berseri-seri.
Malam selingkar kasih sama dirai,
Kita mulakan dengan ceria di hati.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS MAKAN MALAM SELINGKAR KASIH !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia,
Tuan Hj. Ideris bin Abu Bakar,
Pengarah,
IPG Kampus Perlis.

Yang Berusaha,
Puan Zaiton Binti Mat Non,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perlis.

Yang Berusaha,
Encik Megat Mohd Noor bin Megat Teh,
Ketua Jabatan Sains Sosial,
IPG Kampus Perlis.

Yang dihormati,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit
para pensyarah, Pegawai Eksekutif Kanan, penolong Akauntan,
seterusnya
para mahasiswa pendidik sekalian.

Kunang berpesta terang majlis,


Berkelip cerah dalam hutan.
Selamat datang tamu ke majlis,
Malam selingkar kasih kita raikan.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan kasih sayang


dan izinNya kita dapat dipertemukan dalam majlis yang indah ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu kehormat, Yang
Berbahagia Tuan Pengarah IPG Kampus Perlis, Tuan Haji Ideris bin
Haji Abu Bakar, kerana sudi memeriahkan Malam Selingkar Kasih.
Selamat datang juga diucapkan kepada hadirin sekalian, kerana sudi
meraikan pelajar-pelajar yang diraikan pada majlis malam ini.

Tujuan majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan para mahasiswa
pendidik tahun akhir yang akan menamatkan pengajian mereka pada sesi
ini, serta bagi meraikan para pensyarah yang telah bertungkus-lumus
menjaga dan mendidik.

BACAAN DOA
Bagi memperoleh keberkatan serta payung rahmat dari Ilahi, majlis pada
malam ini dimulakan dengan mempersilakan saudara Megat Daniel
Iskandar bin Megat Aminuddin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.


Takkan sempurna alu tanpa lesungnya,
Dayung juga tak berguna tanpa perahunya,
Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya,
Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, tiada yang berbicara.
UCAPAN WAKIL
PELAJAR PISMP
Majlis dengan suka citanya mempersilakan Saudari Aisya Fitriah binti
AMBILAN JANUARI
2014 Sepian selaku wakil pelajar Pismp Ambilan Januari 2014 untuk
memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Aisya Fitriah binti Sepian atas
ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan Zaiton binti Mat Non,
Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.
UCAPAN KJ HEP
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Zaiton itu
tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan


Ketua Jabatan Sains Sosial, Encik Megat Mohd Noor bin Megat Teh
UCAPAN KJ SAINS untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh sukacitanya
SOSIAL mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan Encik Megat sebentar tadi.

8.40 MALAM UCAPAN


PENGARAH Hadirin sekalian,
Bertongkat adat “Yang Datang Disambut , Yang Pergi Diiringi”.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Ideris bin Hj. Abu Bakar,
Pengarah ,
IPG Kampus Perlis.
Untuk menyampaikan amanat kepada bakal graduan pada malam ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

8.55 MALAM ANUGERAH


PENGHARGAAN Hadirin sekalian,
MANTAN JPP
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Puan Zaiton binti Mat Non
dan Encik Megat Mohd Noor bin Megat Teh naik ke pentas untuk
mengiringi Tuan Pengarah bagi penyampaian anugerah penghargaan
kepada mantan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Anugerah ini diberikan
kepada mantan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sebagai tanda
penghargaan sumbangan jasa bakti mereka sepanjang perkhidmatan
sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Penerimanya ialah
 Aisya Fitriah binti Sepian, mantan Yang Dipertua sesi 2016/2017,
mantan Exco Perhubungan Domestik dan Antarabangsa sesi
2015/2016
 Gan Xin Yun, mantan Naib Yang Dipertua sesi 2017/2018, mantan
Exco Akademik 2016/2017

 Nazirul Izzat Syakir bin Mohd Isa, mantan Exco Kebudayaan dan
Kesenian sesi 2015/2016

 Nurerinny binti Amir, mantan Exco Kebudayaan dan Kesenian sesi


2017/2018
 Mohd Fiqrie bin Rudy, mantan Exco Kebudayaan dan Kesenian sesi
2016/2017

 Tan Yong Boon, mantan Exco Kerohanian, Moral dan Disiplin sesi
2016/2017

Terima kasih atas kesudian tuan menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan.
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
ANUGERAH
KECEMERLANGAN Bagi membuka tirai penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar,
AKADEMIK Baca slaid biodata

Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik ialah,


TAN LIH YING
dari PISMP Sejarah Semester 8 Ambilan Jun 2014.

Seterusnya, penerima anugerah ini...... Baca slaid biodata


ANUGERAH
KECEMERLANGAN
Dipersilakan penerima Anugerah Kecemerlangan Praktikum,
PRAKTIKUM
GAN XIN YUN dari PISMP Sejarah Semester 8 Ambilan Jun 2014.

ANUGERAH
KECEMERLANGAN Untuk Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum,
KOKURIKULUM
Beliau......Baca slaid biodata

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penerima Anugerah


Kecemerlangan Kokurikulum bagi Ambilan Jun 2014, ialah AMIRUL
ANUAR BIN ABD. AZIS dari PISMP Muzik Semester 8.

Penerima anugerah seterusnya......Baca slaid biodata

Dipersilakan saudari Nurerinny binti Amir dari PISMP Muzik Semester 8


Ambilan Jun 2014 naik ke pentas untuk menerima Anugerah
ANUGERAH Kecemerlangan Kepimpinan.
KECEMERLANGAN
KEPIMPINAN
Terbang helang gagah melayang,
Dari puncak hingga ke hujung.
Insan cemerlang sahsiah terbilang,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati daripada Program


Pengantarabangsaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 ke
Beijing, China pada Oktober 2017 yang lalu. Majlis dengan berbesar hati
mempersilakan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Puan Zaiton binti Mat Non
untuk menyampaikan cenderamata kepada kepada Puan Moriah binti
Ahmad. Dipersilakan.

ANUGERAH KHAS
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian puan sebentar tadi.
PENGARAH

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Tuan Haji Ideris bin Haji
Abu Bakar untuk menerima cenderahati sempena persaraan beliau tidak
lama lagi.

Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian tuan pengarah sebentar tadi.

MAJLIS MAKAN
MALAM BERMULA Terbang sekawan si burung merbuk,
Datang kasih di Tanjung Dara.
Padamu Tuan kami persembahkan,
Santapan kasih juadah mesra.

Dengan itu, majlis seterusnya mempersilakan saudara Megat Daniel


Iskandar bin Megat Aminuddin untuk memimpin bacaan doa.
BACAAN DOA Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Persembahan 1
PERSEMBAHAN Siti Aisyah binti Muhamad – Lagu “Dikir Puteri” INFORMAL MC
Aimi Aqilah binti Masri – Lagu “Bagaikan Puteri”

CABUTAN BERTUAH Pusingan 1 INFORMAL MC

Persembahan 2
PERSEMBAHAN Muhamad Fauzan bin Zolkanine – Lagu “Pencuri” INFORMAL MC
Siti Aisyah binti Muhamad – Lagu “Mungkin Saja”

TAYANGAN MONTAJ Kelas Sejarah INFORMAL MC

CABUTAN BERTUAH Pusingan 2 INFORMAL MC

TAYANGAN MONTAJ Kelas Muzik INFORMAL MC

Persembahan 3
PERSEMBAHAN Muhamad Fauzan bin Zolkanine – Lagu “Anak Kampung”
Lagu “Wo De Xin Li Zhi You Ni”

ANUGERAH “KING
AND QUEEN OF THE Kita teruskan majlis dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi
NIGHT” KING OF THE NIGHT dan QUEEN OF THE NIGHT.
Majlis berbesar hati menjemput PUAN ZAITON BINTI MAT NON bagi
mengiringi TUAN HAJI IDERIS BIN HAJI ABU BAKAR untuk
menyampaikan anugerah kepada pelajar.

Pemenang bagi King of The Night ialah

……………………………………..

Pemenang bagi Queen of The Night ialah

………………………………………

Terima kasih atas kesudian tuan menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Persembahan 4
Lagu “Nurlela”
PERSEMBAHAN Spare
Lagu “Surat Cinta Untuk Starla”
Lagu “Mungkin Nanti”

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi,


Maka berakhirlah majlis MAKAN MALAM SELINGKAR KASIH 2018 kita
pada hari ini.

Di sini kami ingin memohon maaf atas kekhilafan sepanjang mengendalikan


majlis pada malam ini

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian sahaja daripada kami,


Assalamualaikum dan Selamat Malam
Dijemput para hadirin untuk bersama-sama kita mengabadikan kenangan
PENGUMUMAN pada malam ini.
SESI
PENGGAMBARAN
Diminta para hadirin untuk tampil ke hadapan bagi sesi penggambaran.
11.00 MALAM PENUTUP MAJLIS BERSURAI.

Anda mungkin juga menyukai