Anda di halaman 1dari 4

Nama Guru Pelatih: FOO HUI CHEAN

Minggu Praktikum: 8

Tarikh: 27.9.2018

Tajuk Jurnal: Masalah Disiplin Ahli Kelompok dalam Sesi Kaunseling Kelompok

1.0 Isu Yang Difokuskan

Pada minggu praktikum yang ke-8 ini, isu yang ingin saya ketengahkan pada minggu ini
ialah isu disiplin ahli kelompok dalam sesi kaunseling kelompok. Semasa saya menjalankan sesi
kaunseling kelompok, ahli kelompok telah menunjukkan tingkah laku yang kurang menghormati
saya sebagai kaunselor. Mereka bermain dalam bilik kaunseling, tidak mendengar arahan saya,
tidak fokus semasa saya menerangkan sesuatu isu. Hal ini telah menyebabkan ahli kelompok
tidak akan menunjukkan apa-apa perubahan tingkah laku selepas sesi kaunseling. Disiplin
membawa definisi sebagai kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,
kesetiaan atau ketaatan atau dengan kata lain disiplin bermaksud tatatertib (Mohd Ismail, 2006)

2.0 Analisis Isu Yang Difokuskan

Punca masalah disiplin ahli kelompok dalam sesi kaunseling kelompok hasil daripada
analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sekelas
mereka juga mempunyai masalah disiplin seperti membuli orang lain, mengejek orang lain,
memeras ugut rakan dan sebagainya. Secara tidak langsung, ahli kelompok telah dipengaruhi
oleh rakan sekelasnya dan sekarang mereka pun menunjukkan tingkah laku yang negatif. Bukan
itu sahaja, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh kaunselor tidak sesuai untuk ahli kelompok ini.
Contohnya, kaunselor telah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik di mana kaunselor
berfungsi sebagai fasilitator dan lebih bersifat humanistik. Namun begitu, ahli kelompok tidak
boleh mendisiplinkan diri semasa sesi kaunseling dijalankan. Tambahan pula, ahli kelompok juga
ingatkan bilik kaunseling adalah satu tempat yang membenarkan mereka ponteng kelas serta
tempat yang boleh bermain. Oleh itu, ahli kelompok selalunya datang ke bilik kaunseling dengan
tujuannya tidak mahu belajar di dalam kelas.
3.0 Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu

Bennett (2018) bersetuju bahawa murid harus berdisiplin ke tahap tertentu. Walau
bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan kaedah yang sesuai dan dengan cara yang positif
untuk mengelakkan kesan yang bertentangan. Selanjutnya, masyarakat dunia diperkenalkan
dengan Teori Peneguhan oleh Skinner (1979). Aplikasi teori tersebut menekankan tingkah laku
seseorang individu dibentuk menerusi proses peneguhan atau hukuman.

4.0 Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenlpasti
tersebut, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian isu tersebut berdasarkan
pembacaan yang dijalankan, antaranya termasuklah:

i. Menggalakkan amalan “The 8 Goods” yang merangkumi “good sitting”, “good watching”,
“good listening”, “good thinking”, “good responding”, “good doing”, “good timing” dan “good
behaving”. Kaunselor boleh menentukan amalan ini sebagai peraturan untuk kaunseling
kelompok ini dan meminta ahli kelompok mematuhi amalan yang ditentukan.
ii. Kaunselor boleh sentiasa memberi peneguhan yang positif kepada ahli kelompok yang
bertingkah laku baik atau tidak mengganggu kaunselor dan rakan-rakan lain semasa sesi
kaunseling kelompok dijalankan.
iii. Membekalkan perkhidmatan kaunseling individu kepada ahli kelompok yang memerlukan.
Sekiranya kaunselor mendapati terdapat ahli kelompok yang perlu menjalankan
perkhidmatan kaunseling dengan lanjut, kaunselor boleh menjemput ahli kelompok itu
untuk datang lagi ke bilik kaunseling dan menerima perkhidmatan kaunseling individu
selepas tamatkan sesi kaunseling kelompok.

5.0 Tempoh Masa Penyelesaian

Tempoh masa penyelesaian adalah selama 2 minggu.

6.0 Tindakan Susulan

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah
dikenalpasti, saya akan mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi tersebut. Antaranya termasuklah:

i. Sentiasa memberi peneguhan positif kepada ahli kelompok yang menunjukkan tingkah
laku yang baik.
ii. Sentiasa menilai perubahan tingkah laku dan penambahbaikan murid.
iii. Memberikan ganjaran seperti yang dijanjikan untuk ahli kelompok dengan peningkatan
iv. Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada murid yang memerlukan.

7.0 Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

Tarikh tindakan susulan yang akan dilaksanakan adalah dari 01 Oktober 2018 hingga 11
Oktober 2018.

8.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, disiplin ahli kelompok adalah penting untuk mewujudkan


persekitaran sesi kaunseling kelompok yang berkesan dan mencapai matlamat sesi kaunseling
yang telah ditentukan. Oleh itu, pendapat dan kajian dari tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai
bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi untuk meningkatkan lagi
keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah ahli kelompok. Saya amat berharap cadangan
tindakan susulan yang dirancangkan itu dapat membantu saya menyelesaikan masalah disiplin
ahli kelompok.

9.0 Rujukan
Bennett, C. M. (2018, April 20). 7 Ways to Take Control of Your Classroom to Reduce
Student Misbehavior. Didapatkan dari https://www.thoughtco.com/classroom-
management-reduce-student-discipline-7803
Mohd Ismail. (2006). Menangani disiplin di sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors.
Pandangan / Komen Guru Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Anda mungkin juga menyukai