Anda di halaman 1dari 6

Nama Guru Pelatih: FOO HUI CHEAN

Minggu Praktikum: 5

Tarikh: 6.9.2018

Tajuk Jurnal: Konflik Yang Dihadapi Oleh Ahli Kelompok Semasa Sesi Kaunseling
Kelompok Dijalankan

1.0 Isu Yang Difokuskan

Pada minggu kelima praktikum, semasa saya mengendalikan sesi kaunseling kelompok
dengan sekumpulan ahli kelompok tahun 5, telah berlakunya konflik antara ahli-ahli kelompok.
Terdapat seorang ahli kelompok tidak puas hati dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh salah
seorang ahli kelompok. Mereka mula berlakunya pertengkaran antara satu sama lain dengan
menggunakan bahasa yang kasar. Mereka nampaknya sangat marah kerana rasa dirinya tidak
dihargai dan tidak dihormati oleh orang lain. Ini telah menyebabkan ahli-ahli kelompok mula
berdiam diri dan tidak mahu berkongsi pendapat sendiri kepada ahli kelompok yang lain. Jadi,
sesi kaunseling kelompok yang dijalankan pada hari itu tidak begitu berkesan.

2.0 Analisis Isu Yang Difokuskan

Punca konflik berlaku di antara ahli kelompok dalam sesi kaunseling kelompok hasil
daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah ahli kelompok tidak dapat
menerima pendapat yang diberikan oleh ahli kelompok yang lain. Contohnya, salah seorang ahli
kelompok iaitu ‘murid S’ telah memberi pendapat tentang cara menjaga kebersihan diri tetapi
pendapat yang diberikan tersebut tidak dipersetujui oleh seorang ahli kelompok yang lain iaitu
‘murid Y’. Murid Y itu pun mengatakan pendapat murid S itu tidak betul dan dia suruh ahli
kelompok yang lain untuk tidak menerima pendapat yang diberikan oleh murid S itu. Murid S
sangat marah dan tidak puas hati dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid Y tersebut.
Bukan itu sahaja, konflik berlaku di antara ahli kelompok juga disebabkan setiap ahli kelompok
mempunyai sistem kepercayaan dan nilai yang berbeza yang dihasilkan daripada latar belakang
peribadi dan pengalaman hidup yang dilalui. Mungkin murid S rasa pendapat sendiri adalah
sangat untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh ahli kelompok yang lain berdasarkan
pengalaman yang dia lalui.
3.0 Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Kellermann (2006), konflik antara ahli
kelompok berlaku disebabkan oleh faktor luaran atau faktor dalaman kelompok. Faktor luaran
merupakan pengaruh di luar kelompok yang mungkin memberi tekanan kepada kelompok
sehingga menyebabkan konflik. Manakala, faktor dalaman adalah tingkah laku atau interaksi
yang ditunjukkan dalam kelompok itu yang membawa kepada konflik. Kellermann juga memberi
pendapat bahawa faktor dalaman adalah salah satu faktor utama yang menjadikan punca konflik
dalam kelompok.

4.0 Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenlpasti
tersebut, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian isu tersebut berdasarkan
pembacaan yang dijalankan, antaranya termasuklah:

i. Kaunselor sebagai seorang pemimpin dalam sesi kaunseling kelompok berperanan


membubarkan konflik dengan mewujudkan keharmonisan dalam kelompok.
ii. Kaunselor sebagai pemimpin dalam kelompok juga bertanggungjawab membantu ahli-ahli
kelompok menentukan matlamat kaunseling yang sesuai dengan norma dan nilai
kepercayaan ahli-ahli kumpulan. Sekiranya matlmat yang ditentukan tidak dipersetujui oleh
ahli kelompok, kaunselor berperanan membuat justifikasi terhadap matlamat yang
ditentukan tersebut sehingga mendapatkan persetujuan mereka. Kaunselor perlu memberi
penerangan yang baik dan boleh menyakinkan ahli-ahli kelompok terhadap matlamat yang
ditentukan.
iii. Kaunselor memainkan peranan seorang orang tengah iaitu mediator untuk membantu
menyelesaikan pertengkaran yang berlaku antara ahli kelompok. Kaunselor sebagai orang
tengah cuba membantu ahli-ahli kelompok yang terlibat dalam pertengkaran sehingga
mencapai persetujuan dan resolusi yang praktikal dan lestari.

5.0 Tempoh Masa Penyelesaian

Tempoh masa penyelesaian adalah selama 1 minggu.


6.0 Tindakan Susulan

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah
dikenalpasti, saya akan mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi tersebut. Antaranya termasuklah:

i. Saya berperanan sebagai kaunselor perlu mengambil tindakan untuk membantu ahli
kelompok menyelesaikan konflik yang berlaku antara ahli kelompok. Namun begitu, ahli-
ahli kelompok sendiri perlu memberikan cara penyelesaian yang boleh menyelesaikan
konflik yang berlaku.
ii. Saya juga perlu menentukan matlamat sesi kaunseling yang sesuai dengan latar belakang
ahli kelompok serta isu perbincangan dalam sesi kaunseling kelompok. Matlamat
kaunseling tersebut mesti dipersetujui dan dipatuhi oleh semua ahli kelompok.
iii. Kemahiran berkomunikasi haruslah berkesan dengan menggunakan laras bahasa yang
sesuai dan mudah difahami oleh ahli kelompok.

7.0 Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

Tarikh tindakan susulan yang akan dilaksanakan adalah dari 09 September 2018 hingga
13 September 2018.

8.0 Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Hal ini dapat dilihat melalui maklum balas
yang diberikan oleh ahli kelompok pada sesi kaunseling kelompok. Ahli kelompok yang terlibat
dalam pertengkaran telah mengubah tingkah laku mereka di mana mereka telah menerima
cadangan atau pendapat yang diberikan oleh ahli kelompok yang lain. Oleh itu, sesi kaunseling
kelompok dapat dijalankan secara berkesan dan matlamat kaunseling telah dicapai.

9.0 Kesimpulan

Saya berasa berpuas hati dengan perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh ahli-ahli
kelompok. Saya berharap tingkah laku mereka tersebut boleh kekal selama-lamanya sehingga
menjadikan satu tabiat kepada mereka. Walau bagaimanapun, saya juga perlu terus berusaha
menjalankan tanggungjawab dengan cekap untuk membekalkan perkhidmatan kaunseling
kepada murid secara berkesan.
9.0 Rujukan
Kellermann, P. (2006). Interpersonal conflict management in group psychotherapy: An
integrative perspective. International Congress of Group Psychotherapy, 257-
275.
Pandangan / Komen Guru Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Anda mungkin juga menyukai