Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN INDUKSI

1.0 PENDAHULUAN Sebelum memulakan sesi pengajaran sudah tentu setiap kita akan membuat perancangan. Namun kadang-kadang sebagai seorang guru kita terlepas pandang pada perkara-perkara yang kecil yang dianggap remeh sahaja. Sebagai contoh dalam set induksi adakalanya guru hanya sambil lewa dalam menjalankan kewajipannya. Mari kita pelajari beberapa tips semasa menjalankan set permulaan ini agar kita lebih yakin dan mengubah persepsi bahawa set induksi itu tidak penting.

1.1 KEMAHIRAN INDUKSI Apa itu kemahiran induksi? Kemahiran induksi atau lebih dikenali sebagai set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan menarik perhatian murid,menimbulkan semangat

perasaan ingin tahu murid,mengimbau pengetahuan sedia ada,menerangkan kepentingan pembelajaran yang akan diajar kepada murid, menyampaikan objektif pembelajaran dan pengajaran dan menyediakan murid set

mental,emosi dan fizikal untuk belajar. 1.1.1 Prinsip Set Induksi Sebelum menjalankan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, set induksi yang telah dirancang perlu mengambil beberapa aspek. Set induksi yang dihasilkan sangat berguna untuk guru samada pengajaran pada hari itu bermula dengan baik ataupun hambar sahaja. Ramai guru berpendapat bahawa set induksi adalah tidak penting,namun sebenarnya set induksilah yang menentukan sebenarnya samada murid faham mengenai pengajaran yang ingin disampaikan. Disini terdapat beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru dalam merancang set induksi. i. Isi dalam set induksi ada kaitan dengan tajuk.

http://calleycreativeinfinity.blogspot.com/2010/10/kemahiran-induksi-set-induksi.html.. diakses pada 14 Januari 2011

Kebanyakan guru tersilap bahawa set induksi adalah bahagian permulaan yang boleh menimbulkan minat dan keseronokan murid. Memang benar anggapan itu namun adalah menjadi salah apabila menyampaikan set induksi yang bercanggah dengan tajuk yang ingin disampaikan. Contohnya Cikgu Ali mengajar tajuk Kebersihan Diri,tetapi bercerita mengenai musim cuti untuk set induksinya. Maka terdapat kesalahan atau tersalah anggap pada bahagian set induksi. Sepatutnya Cikgu Ali bertanya kepada murid siapa yang mandi atau siapa yang basuh tangan sebelum makan dan banyak lagi cara yang berkaitan dengan tajuknya.

ii.

Bahan yang digunakan. Cuba anda bayangkan apabila anda mengajar dan memulakan set induksi anda dengan hanya bertanya setiap kali anda mengajar dan memulakan sesi pengajaran. Sudah pasti murid akan sudah dapat menjangka setiap kali anda ingin memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Cubalah beri kelainan di setiap set induksi anda dengan memberi gambar yang berwarna kerana murid akan suka dengan warna yang terang dan ceria. Selain itu minda murid akan lebih terangsang dengan gambar yang menarik. Contohnya perbandingan gambar gigi yang rosak dan gambar gigi yang cantik. Perlu diingat bahawa semasa anda mempersembahkan gambar,pastikan bahawa gambar tersebut hanya ada gambar berkaitan sahaja supaya murid tidak keliru. Selain itu guru juga boleh memilih alternatif lain seperti memberi gambar bersiri,slaid power point, pita rakaman ataupun tayangan video serta banyak lagi. Kadang-kadang bahan terpakai juga boleh digunakan hanya dengan mengubahnya sahaja mengikut keperluan pengajaran anda. Pendek kata ia terserah pada anda untuk menjadi lebih kreatif dalam mempersembahkannya.

iii.

Soalan atau ayat pertanyaan. Guru perlu menguasai dan tahu bagaimana membuat pertanyaan. Guru boleh menggunakan formula (1H5W) iaitu bagaimana (how),apa (what), bila (when), siapa

http://calleycreativeinfinity.blogspot.com/2010/10/kemahiran-induksi-set-induksi.html.. diakses pada 14 Januari 2011

(who),dimana (where) dan kenapa (why). Penggunaan formula ini boleh membantu guru untuk bertanya dengan lebih efisyen.

iv.

Bersesuaian dengan umur dan minat pelajar.

Murid Tahun 1 tidak begitu sesuai untuk sesi soal jawab. Mereka lebih kepada permainan atau corak bergambar yang berwarna-warni. Maka guru boleh menggunakan gambar atau slaid power point supaya murid akan tertarik. Bagi murid tahun 4 mereka sudah berkembang dan sesuai memulakan pengajaran dengan kaedah soal jawab. v. Perlu menarik perhatian pelajar. Sudah semestinya apabila memulakan sesuatu pengajaran dimulakan dengan penuh seronok dan boleh menarik perhatian murid. Perlu diingat disini bahawa apabila murid terlalu seronok dan leka dengan keseronokan itu maka guru mengalami masalah dalam mengawal semula kelas tersebut. Sentiasa diingat bahawa guru perlu bertindak tegas dan kelas dipastikan ceria,seronok dan gembira tetapi masih berada dalam kawalan. Jangan layan karenah murid yang remeh-temeh serta jangan terlalu memberi kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja kehendak mereka. vi. Ringkas dan padat

Set induksi adalah selalunya tidak melebihi 5 minit. Maka sepatutnya set induksi perlu ringkas dan murid bleh memahaminya. Set induksi yang terlalu lama boleh menganggu aktiviti yang lain. Walaubagaimanapun kadang-kadang set induksi yang dirancang di luar masa yang ditetapkan maka guru perlu tahu bagaimana masa yang diperuntukkan mencukupi.

http://calleycreativeinfinity.blogspot.com/2010/10/kemahiran-induksi-set-induksi.html.. diakses pada 14 Januari 2011

1.1.2 Komponen Induksi

1.1.3 Strategi Semasa Menyampaikan Set Induksi

Beri soalan mencabar berkaitan pelajaran baru yang akan diajar yang berkemungkinan tidak dapat dijawab oleh pelajar. Ini akan menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar atau perasaan bahawa ilmu yang ada masih tidak lengkap. Justeru itu ia menimbulkan minat untuk menimbulkan minat untuk terus mengikuti pengajaran baru.

Persembahkan satu kes untuk dianalisis secara bersama. Kaitkan kes ini dengan perkara baru yang akan diajar.

Nyatakan kepentingan tajuk dan tunjukkan kaitan atau penggunaanya dalam konteks sebenar atau kehidupan seharian.

Analogi untuk menunjukkan persamaan perkara yang akan dipelajari dengan perkara yang sedia diketahui oleh pelajar.

Persembahkan kerangka isi pelajaran yang menunjukkan kaitan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada semasa dan yang akan dipelajari. Kerangka boleh dipersembahkan menggunakan gambar rajah contohnya peta minda,carta organisasi atau carta alir.

Beri fakta sejarah berkaitan isi pelajaran yang akan dipelajari. Ini boleh menimbulkan penghargaan terhadap perkembangan ilmu dan juga tokoh.

1.1.4 Perhatian Penting Dalam Kemahiran Induksi i. ii. Guru dapat fokus kepada pelajar tentang pelajaran yang akan diajar Guru memulakan pengajaran secara menarik dan sesuai

iii. Guru dapat membina kerangka rujukan atau objektif pelajaran http://calleycreativeinfinity.blogspot.com/2010/10/kemahiran-induksi-set-induksi.html.. diakses pada 14 Januari 2011

iv. v. vi. vii. viii.

Guru berupaya memberi makna kepada konsep atau prinsip baru. Guru berupaya membangkitkan minat pelajar Guru berupaya membangkitkan penglibatan pelajar Guru menggunakan pelbagai cara untuk memotivasikan pelajar Set induksi ringkas dan padat.

http://calleycreativeinfinity.blogspot.com/2010/10/kemahiran-induksi-set-induksi.html.. diakses pada 14 Januari 2011

Anda mungkin juga menyukai