Anda di halaman 1dari 101

PEDAGOGI PENDIDIKAN

ISLAM

Disusun atur;
Dr. Ridzuan Bin Ahmad
IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
STRATEGI PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK
APAKAH YANG ANDA
TAHU TENTANG
KAEDAH, TEKNIK,
PENDEKATAN DAN
STRATEGI?
"Kaedah pengajaran yang saya gunakan
adalah betul... tapi hasil yang saya
harapkan masih tidak tercapai."
"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang
kau gunakan itu betul?"
"Teknik-teknik yang saya pakai tidak
mungkin salah lagi"
"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana
pula..."
STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH
"Apa itu strategi..."

DAN TEKNIK
Ramai guru yang berpengalaman
menganggap konsep pendekatan, strategi,
kaedah serta teknik pengajaran amat sukar
dibeza-bezakan.
Terdapat guru yang menganggap bahawa
semua istilah tersebut adalah sama dengan
cara pengajaran sahaja.
Ini adalah suatu perkara yang harus diberi
perhatian yang serius kerana konsep-konsep
tersebut adalah merupakan asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pengajaran
ANGGAPAN
harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Kaedah mengikut Kamus Dewan
bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip.
 Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri
daripada sesuatu siri tindakan yang
sistematik dan tersusun untuk mencapai
sesuatu matlamat.

KAEDAH DAN TEKNIK


Jika kita ingin memasak ayam maka kita
perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah
tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita
gunakan ialah seperti menggoreng, merebus,
menggulai, memanggang atau mengukus.
Begitu juga kalau kita diminta memberi
kaedah-kaedah menyepak bola kita akan
menyatakan kaedah-kaedahnya adalah
seperti sepakan sering, sepakan tinggi,
sepakan grounder, sepakan banana serta
PERUMPAMAAN
bermacam-macam lagi.
 Andaikan kita ingin memasak ayam dengan kaedah menggoreng. Maka
sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam
menjayakan kaedah tersebut.
 Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik.
 Umpamanya untuk menggoreng ayam, kita mesti memanaskan kuali
terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk
mengelakkan ayam melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah
memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali.
Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas.
 Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik
menggoreng.
 Teknik-teknik untuk kaedah memasak ayam secara memanggang pula
adalah amat berbeza.
Untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini,
kaedah yang dipilih mestilah disertai
dengan teknik-teknik yang betul.
Memilih kaedah yang tepat tanpa
menguasai teknik-teknik yang baik menurut
kaedah tersebut tidak akan menjaminkan
tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

PERINGATAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada
beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu.
Di antara kaedah-kaedah pengajaran
adalah seperti bercerita, perbincangan,
bermain, latih tubi, main peranan,
menyelesaikan masalah, brain storming,
perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan
dan lain-lain lagi.
KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran
atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru
itu tidak dapat menguasai teknik-teknik
yang ada pada sesuatu kaedah maka
kemungkinan besar matlamat kaedah itu
tidak akan berhasil.

Teknik Pengajaran
Misalnya katakanlah seorang ingin
menggunakan kaedah bercerita untuk
mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-
teknik bercerita yang dimaksudkan ialah
kawalan nada suara, penggunaan alatan
yang berkenaan, kemahiran mengekalkan
minat murid, gerakan tangan "facial
expression", serta kedudukan murid-murid
semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Contoh
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah
kaedah soalan.
Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalan maka kita pelu menggunakan
teknik-teknik menyoal yang baik seperti
soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas
dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk
memikirkan jawapan soalan sebelum
sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan
yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas,
mempelbagaikan soalan-soalan yang
Contoh
ditanya dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik
pengajaran kita mesti bertanya teknik
pengajaran untuk kaedah apa. Setiap
kaedah pengajaran mesti mempunyai
teknik-teknik yang tertentu.

KESIMPULAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan
arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas
pendekatan juga diertikan sebagai "to come
near to in any sense" atau jalan yang
diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori,
model-model atau generalisasi yang
tertentu.
PENDEKATAN
 Sebagai contoh, pendekatan memasak ayam yang
kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur
atau pendekatan Barat.
 Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan
ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi
zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Ia
amat berkaitan dengan perkembangan sains dan
teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-
prinsip makanan serta hubungannya dengan
kesihatan.
 Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah
diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak
begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri
Contoh 1
makanan seimbangan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan
seseorang dalam belajar bermain
badminton.
Dia boleh menggunakan pendekatan
profesional atau pendekatan konvensional
(tradisional atau acquired) atau biasa.
Bagi pendekatan profesional, semua kaedah
bermain dipelajari berdasarkan prinsip-
prinsip sains yang sangat bersistematik.
Manakala bagi pendekatan konvensional,
kaedah-kaedah bermain dipelajari
berdasarkan pengalaman, perbincangan
Contoh 2 dengan pemerhatian.
informal serta
Pendekatan pengajaran merupakan
haluan atau aspek yang digunakan
untuk mendekati atau memulakan
proses pengajaran sesuatu isi
pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran atau sesuatu
kemahiran.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Sambungan…….

Pendekatan menyerupai klasifikasi


pengajaran di mana jenis-jenis
pendekatan wujud berdasarkan kriteria-
kriteria yang kita gunakan untuk meneliti
proses pengajaran.
Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan
murid, cara-cara fakta disampaikan,
keaktifan pengajaran atau pelajar,
Sambungan…….

Pendekatan pengajaran yang


berasaskan pengelolaan murid adalah
seperti pendekatan individu, pendekatan
pasangan, pendekatan kumpulan,
pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya.
Sambungan…….

Berdasarkan kriteria bagaimana isi


pelajaran disampaikan maka terdapatlah
pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan eklektik,
pendekatan dari segi isi mudah ke isi
susah dan pendekatan dari isi maujud
ke isi abstrak.
PENDEKATAN MEMUSATKAN GURU

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada


pengajar disebut sebagai pendekatan
memusatkan guru. Kaedah-kaedah yang
seiring dengan pendekatan yang
memusatkan guru adalah seperti kaedah
syarahan dan kaedah demonstrasi
Pengajaran yang mementingkan murid
disebut sebagai pendekatan
memusatkan murid.
Kaedah-kaedah pengajaran yang selari
dengan pendekatan pengajaran yang
memusatkan murid adalah seperti kaedah
menyelesaikan masalah, kaedah bermain
kaedah perbincangan kumpulan DLL.

Pendekatan Memusatkan Murid


 Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang
digunakan untuk mengajar beberapa mata
pelajaran mengikut tema-tema pelajaran.
 Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia
menggunakan pendekatan interdisiplin atau
pendekatan bersepadu.
 Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti
Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan
menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran
Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia
digabungkan dan diajar mengikut tema-tema
KEPELBAGAIAN
tertentu. PENDEKATAN
Sambungan…

Dalam pengajaran bahasa terdapat


pendekatan-pendekatan seperti pendekatan
komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan
psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu.
 Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan
teori-teori pembelajaran yang berbentuk
mentalis (kognitif) atau behavouris.
Contohnya jika kita mengikut teori mentalis
maka pendekatan yang digunakan adalah
seperti pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu.
Bagi teori behavouris maka pendekatan
pengajaran yang digunakan adalah pendekatan
komunikasi dan situasi.
Strategi boleh diibaratkan
sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk mencapai
sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa
serta kemudahan secara
STRATEGI
optimum.
Seseorang panglima tentera harus
memikirkan strateginya untuk
mempertahankan kedudukannya atau
menyerang kubu musuhnya.
Sebuah pasukan bolasepak perlu mengatur
strategi permainan untuk memenangi
perlawanan bolasepak.

Contoh
Untuk mencapai objektif-objektif
pengajaran, seseorang guru biasanya
menggunakan gabungan berapa
pendekatan serta kaedah mengajar
tertentu. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan
pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi
pengajaran.
STRATEGI PENGAJARAN
 Sebagai contoh, untuk mengajar tajuk Aqidah, strategi
pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang
digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
 Adakah kita gunakan pendekatan individu atau
pendekatan kumpulan kecil?
 Bila kita menerangkan bagaimana kekuasaan dan
keagongan Allah kepada pelajar patutkah kita gunakan
pendekatan induktif atau pendekatan deduktif?
 Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh
kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah
demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita
gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya?
 Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi
pendekatan dan kaedah merupakan strategi mengajar.
Contoh
PENDEKATAN KAEDAH
 Cara mengajar berdasarkan  Siri tindakan guru yang sitematik
objektif yang telah ditentukan  Lebih bercorak jangka pendek
 Harus berlandaskan teori, prinsip  Merupakan usaha keseluruhan
atau model tertentu terdiri daripada prosedur tersusun
 Kenyataannya dianggap benar berdasarkan pendekatan yang
tanpa memerlukan bukti dan telah dipilih
alasan  Mendokong pendekatan dipilih
 Mendokong sesuatu teori
TEKNIK STRATEGI
 Merujuk kemahiran guru  Kebijaksanaan memilih
mengelola dan melaksanakan pendekatan, kaedah dan teknik
kaedah mengajar yg dilaksanakan pengajaran berdasarkan objektif
 Pengendalian yg benar – benar pengajaran
berlaku dalam bilik darjah  Lebih mengambil kira objektif
 digunakan dlm langkah jangka panjang
pengajaran  mengambil kira segala aspek
 Perlu mengambil kira faktor latar pembelajaran termasuk pemilihan
belakang pelajar dalam bahan, masa dan sebagainya.
menentukan teknik yang dipilih
PENGERTIAN KAEDAH

Kaedah ialah satu perancangan yang


sistematik secara keseluruhan
Perancangan atau prosedur yang perlu
diamalkan oleh semua guru bagi
melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang sistematik, terancang
dan teratur.
Sebagai langkah atau cara yang perlu
digunakan oleh guru supaya murid dapat
memahami maksud sebenar pengajaran
yang ingin disampaikan oleh guru kepada
mereka.
Melibatkan semua cara yang efektik bagi
membantu guru menyampaikan
pengetahuan, ketrampilan oleh guru, nilai-
nilai dan kemahiran yang diinginkan
kepada pelajar.
Merangkumi semua program ataupun
perancangan guru sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Satu prosedur bagi melakukan sesuatu
aktiviti yang didahului dengan kewujudan
pendekatan.
Perancangan yang dapat membantu
pendekatan pengajaran yang ingin
digunakan oleh guru bagi memudahkan
proses pemindahan pengetahuan kepada
pelajar ataupun kemahiran.
Proses yang penting bagi ditentukan terlebih
dahulu oleh guru sebelum mula memikirkan
apakah teknik yang mahu digunakan dalam
satu-satu topik pengajaran.
1. Guru perlu mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang berbeza dengan
mengambil kira gaya pembelajaran
pelajar yang berbeza.
2. Gaya pembelajaran yang berbeza wujud
daripada sifat perbezaan antara individu
dan nilai-nilai keunikan yang terdapat
dalam diri setiap pelajar dalam usaha
mendapatkan ilmu.

PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH


PENGAJARAN
3. Guru perlu terlebih dahulu memahami
gaya pembelajaran pelajar sebelum
menentukan jenis kaedah pengajaran
yang akan digunakan.
4. Melalui gaya pembelajaran, guru
berpeluang mengenal pasti segala
kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.

PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH


PENGAJARAN
5. Gaya pembelajaran adalah gambaran
kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan
tingkah laku fisiologikal seseorang
pelajar dalam bertindak balas dengan
apa yang ada di persekitaran
pembelajaran.
6. Gaya pembelajaran mempunyai
perkaitan rapat dengan persekitaran
fizikal dan emosi pelajar.

PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH


PENGAJARAN
7. Penentuan kaedah pengajaran berdasar
gaya pembelajaran yang berbeza di
kalangan pelajar adalah penting dan perlu
kerana setiap pelajar mempunyai
perbezaan dari sudut kekuatan,
kelemahan, kebolehan, minat dan
kecenderungan.

PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH


PENGAJARAN
8. Kaedah yang berbeza memberi peluang
kepada pelajar bagi membuat aktiviti di
dalam kelas secara bebas dan aktif, sama
ada dengan aktiviti perbincangan,
pertukaran idea, pemindahan buah
fikiran, keupayaan berhujah dan
mengeluarkan pendapat.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih
penting lagi jika kita mengajar pelajar-
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan,
pencapaian, kecenderungan serta minat
yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan
pendekatan dan kaedah yang digunakan
untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza-beza itu.

ISU
Contohnya, dalam bilik darjah yang
biasanya terdiri daripada kumpulan lemah,
kumpulan serdahana serta kumpulan
cerdas. Guru terpaksa memikirkan strategi
pengajaran yang terdiri daripada pelbagai
kaedah mengajar untuk memenuhi
keperluan semua kumpulan.
Di samping itu, setiap bilik darjah
mempunyai halangan serta rintangan-
rintangan yang tersendiri seperti keadaan
fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma
serta latar belakang sekolah dan murid.
Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja
mesti menguasai berbagai-bagai kaedah
mengajar tetapi yang lebih penting lagi
ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk
membentuk strategi pengajaran yang
paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa
tiada terdapat mana-mana kaedah yang
paling baik sekali.
Ini amat benar kerana kaedah-kaedah
mengajar mestilah diatur untuk membentuk
strategi pengajaran mengikut keadaan di
mana proses pengajaran itu berlaku.
Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak
menjaminkan pencapaian matlamat
pengajaran. Yang lebih penting adalah
interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah
lain.
PENDEKATAN
:
INDUKTIF,
DEDUKTIF,
BERSEPADU,
PEMUSATAN
PELAJAR

STRATEGI
KAEDAH &
PENGAJARAN TEKNIK :
PENDIDIKAN BERPUSATKA
N PELAJAR,
ISLAM GURU, BAHAN

PRINSIP :
SUSAH-MUDAH,
DIKETAHUI-
BELUM
DIKETAHUI,
KHUSUS-UMUM
PENDEKATAN
PENGAJARAN
PENDIDIKAN
ISLAM
PENDEKATAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
BERSEPADU
INDUKTIF
DEDUKTIF
QUDWAH HASANAH
KELAS,KUMPULAN DAN INDIVIDU
BERPUSATKAN GURU
BERPUSATKAN PELAJAR
PENDEKATAN
 mendekati atau menghampiri
 cara bagaimana pengajaran dilaksanakan
 pendekatan tentang isi pelajaran

PENDEKATAN PENDEKATAN
INDUKTIF DEDUKTIF

PENDEKATAN
PENDEKATAN PEMUSATAN
BERSEPADU PELAJAR
PENDEKATAN INDUKTIF

 Pengajaran yang memberi peluang


kepada pelajar membuat kesimpulan
sendiri mengenai sesuatu konsep / benda.
 Mengutamakan contoh- contoh pada awal
pengajaran dan dibuat generelisasi
daripadanya.
 Tidak digalakkan memberi definisi
penerangan, kandungan pelajaran.
 Kemukakan soalan, memerhati,
mengkaji, membentuk contoh, kesimpulan
diberi kemudian.
KONSEP INDUKTIF

Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan


‘ hukum ‘.
Memperkenalkan pengetahuan dan memberi
pengalaman
membentuk satu kesimpulan umum daripada
contoh – contoh tertentu.
Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu
urutan pemikiran.
Membuat satu andaian yang munasabah
daripada yang spesifik ( khusus ) kepada
umum.
CIRI – CIRI PENDEKATAN INDUKTIF

Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan


Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria)
untuk mendapatkan pengetahuan.
Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks
untuk menguasai sesuatu kemahiran.
Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.
Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di
bawah bimbingan guru.
Menekankan penglibatan murid secara aktif.
Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menarik dan berkesan.
banyak menekankan aspek lisan.
PRINSIP PENGGUNAAN
PENDEKATAN INDUKTIF

satu siri penyoalan perlu diadakan –


guru dapat menolong murid
membentuk murid – membuat
generelisasi.
mencuba dan menguji kemahiran
intelektual murid.
pengajaran yang terancang,
kepelbagaian aktiviti menarik minat
murid.
penyediaan alat bantu yang sesuai.
bantuan dan bimbingan guru
KEBAIKAN PENDEKATAN
INDUKTIF

1.Merangsang kebolehan mental


dan melibatkan pelajar secara
aktif dalam p&p.
2.Sikap berdikari dalam usaha
mempelajari dan memahami
sesuatu konsep.
3.Dapat belajar bagaimana
menghadapi masalah, merancang
strategi penyelesaian sehingga
mencapai tahap membuat
keputusan.
MENTAFSIR &
CONTOH MEMERHATI DAN
MEMBUAT
KHUSUS MENGKAJI
GENERALISASI

Melakukan
 Niat mengikut tertib :
 Basuh muka  Bermula dengan
 Basuh tangan niat serta basuh Berwuduk
 Sapu kaki muka disudahi
 Basuh kaki dengan basuh
kaki
PENDEKATAN DEDUKTIF

 Pengajaran dan pembelajaran


murid diasaskan kepada hoskut
tertentu.
 Dimulakan dengan
mempelajari peraturan-
peraturan tertentu kemudian
diaplikasikan untuk menuju ke
suatu fakta.
KONSEP DEDUKTIF

• Mempelajari sesuatu berdasarkan


sesuatu hukum.
• Satu produksi fakta untuk
membuktikan satu penyataan
umum.
• Menganalisa fakta yang
membentuk generalisasi.
• Membuat satu penghuraian
daripada umum kepada khusus.
CIRI – CIRI PENDEKATAN DEDUKTIF

 Pembelajaran sentiasa mementingkan


pengetahuan yang akan diperolehi.
 Pendekatan ini menggunakan pengantara
fikiran untuk mendapatkan ilmu.
 Penyusunan isi mestilah sentiasa
dimulakan daripada keseluruhan yang lebih
kompleks sifatnya.
 Pembelajaran dengan kefahaman adalah
lebih kekal daripada menghafal.
PRINSIP PENDEKATAN DEDUKTIF

 Hukum – hukum asas dinyatakan.


 Pendekatan ini sangat cepat.
 Melibatkan pemikiran ke arah
pemahaman yang lebih mendalam
tentang peraturan, definisi atau
prinsip.
KEBAIKAN PENDEKATAN DEDUKTIF

1. Memudahkan tugas guru –


mengemukakan prinsip asas – pelajar
menggunakan prinsip berkenaan.
2. Pendekatan ini cepat, menjimatkan
masa.
3. Sesuai untuk pelajar yang tidak dapat
membuktikan fakta dengan sendiri.
4. Tidak ada risiko mendapat hasil yang
salah atau tidak sempurna.
Prinsip, teori, hukum :
Wuduk ialah niat beserta
basuh tangan, sapu kepala
dan basuh kaki secara
tertib

KAEDAH DEDUKTIF

RUMUS :
APLIKASI : Wuduk ialah niat
Melakukan niat, serta basuh muka
basuh muka disudahi dengan
basuh kaki secara
tertib.
PENDEKATAN
BERSEPADU

 Kesepaduan dibahagikan
kepada 3 iaitu :
1. kesepaduan kurikulum
2. kesepaduan isi pelajaran
3. kesepaduan kaedah
pengajaran
Kesepadua ●
Sepadu / cantum ilmu
n akal dan ilmu wahyu
kurikulum

Kesepadua Menghubungkan isi pelajaran


akademik atau fardhu kifayah


n isi dengan aqidah, fiqh, sirah ibadah
pelajaran dan akhlak

Kesepadua Menggabungkan berbagai kaedah yang


boleh disepadukan dalam satu – satu


n kaedah matapelajaran dengan mengaitkan dan

pengajaran memperkukuhkan dengan ilmu wahyu.


PENDEKATAN
PEMUSATAN PELAJAR
 Semua pelajar melibatkan diri
dalam pembelajaran
 pelajar perlu aktif dengan
memberi peluang mereka
mengemukakan pendapat,
berbincang, merancang dan
membentang.
 guru sebagai pembimbing,
pemudahcara dan pemberi
panduan ringkas
KAEDAH
DAN
TEKNIK
KAEDAH DAN TEKNIK P&P
PENDIDIKAN ISLAM

- PEMAHAMAN - TUNJUKCARA
- ULANGAN - PROJEK
- LAWATAN - KUIZ
- LATIH TUBI - KULIAH
- DIALOG - BERMAIN
- TALAQQI/MUSYAFAHAH - HALAQAH
- SOAL JAWAB - SIMULASI
- PERBINCANGAN - BACAAN
- HAFAZAN - CERITA
- INKUIRI
KAEDAH DAN TEKNIK
BERPUSATKAN PELAJAR

Dijalankan di dalam bilik darjah dengan melibatkan murid secara


aktif.
Pengalaman baru yang berguna haruslah diperoleh secara aktif.
Boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya :
1. Melibatkan murid secara aktif dan menyeluruh melalui pelbagai
bentuk dan aktiviti.
2. Guru bertindak sebagai fasilitator.
3. Memberi murid peluang untuk belajar melalui pengalaman.
4.Menggalakkan murid memberi sumbangan yang berguna dalam
aktiviti kelas.
5. Menggalakkan murid berkongsi maklumat sewaktu mengendalikan
aktiviti pembelajaran
6.Menggalakkan murid memberi dan menerima pandangan.
7. Menggalakkan murid berfikir dalam aktiviti yang dijalankan.
8.Memberi peluang murid meneroka idea yang baru dan pelbagai.
9.Menggalakakn murid mengumpul maklumat melalui pelbagai
sumber dan kaedah, serta memproses dan merumus.
KAEDAH DAN TEKNIK
BERPUSATKAN GURU

Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses


pengajaran.
Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru
Guru boleh menggunakan pebagai alat bantu mengajar seperti slaid,
projektor papan hitam dan sebagainya.
Guru perlu memberi perhatian pada kedudukan aras pelajar
Guru perlu bertutur dengan jelas supaya pelajar mendengar dan
minat dengan topik yang diajar.
Tujuan kaedah kuliah adalah untuk menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada murid supaya :
1. merangsangkan murid
2. menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran
3. membuat penelitian dan ulangkaji
4. mengembangkan isi pelajaran
5. menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
KAEDAH DAN TEKNIK
BERPUSATKAN BAHAN

 Bahan P&P sebagai media pengajaran atau ‘ instructional


media ‘ yang membantu guru dan pelajar mendapatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran.
 Proses penyediaan dan penghasilan sumber mesti selaras
dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran.

MEMILIH

MENGOLAH
OBJEKTIF
PENGAJARAN
DAN MEMBINA
PEMBELAJARAN

MENGGUNA

MENILAI
KEPENTINGAN MENGGUNAKAN ALAT BANTU
MENGAJAR

Menurut Mak Soon Sang ( 1992 ) dalam Pendidikan


Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi Ahmad
Mohd. Salleh :

a) memudahkan murid memahami konsep


yang abstrak
b) memudahkan murid menguasai kemahiran
baru melalui bantuan alat bantu mengajar.
c) aktiviti pengajaran dapat dipelbagaikan dan
mudah disampaikan.
d) aktiviti pembelajaran lebih menarik dan
memberangsangkan.
PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR

Garis panduan untuk memilih alat bantu


mengajar :
1. tentukan sumbangan yang boleh diberi oleh
ABM kepada pengajaran berhubung dengan
objektif yang hendak di ajar.
2. Rancangkan bagaimana ABM dapat
digabungkan penggunaannya dalam
pengajaran.
3. Aturkan supaya ABM itu dapat digunakan oleh
murid dengan sebaik – baiknya supaya tidak
kelam kabut.
4. Untuk dapat kesan yang memuaskan kaji dari
pelbagai punca tentang cara penggunaan
sesuatu ABM.
Rakan sebaya, guru,
Sumber berasaskan

qari, pegawai
Bahan bercetak :

manusia :
Buku/kitab/mashaf,

sumber
majalah, jurnal,
ensiklopedia surat khabar,
kad katalog, kamus, buku
teks

JENIS – JENIS
BAHAN BANTU
MENGAJAR

Disket, cakera padat,


disket video, internet

Sumber berasaskan
televisyen, video

komputer :
Radio, mikrofon,
dengar :
Bahan pandang
KELEBIHAN & KELEMAHAN BAHAN BANTU MENGAJAR
BAHAN KELEBIHAN KELEMAHAN
Sumber berasaskan  fleksibel  tidak terjamin kualiti
manusia  interaktif  sukar mendapatkan pakar
 secara langsung yang berkewibawaan
 mudah akses
Bahan bercetak  murah dan kekal  tebal
 senang dirujuk  berat
 mudah alih  tidak dapat disunting
 mudah akses  tidak terkini
Bahan pandang  murah dan menarik  tidak tahan lasak
dengar ( audio –  pelbagai paancaindera  susah menyunting
visual )  mudah akses  tidak terkini
 boleh berulang
 tayangan / siaran

Bahan berkomputer  amat fleksibel  mahal


 mudah dikemaskini  menimbulkan tekanan
 multi-media  perisian terhad
 jaringan tidak terhad  bergantung kepada
 canggih bekalan elektrik
PRINSIP
PERKEMBANG
AN
ISI PELAJARAN
Keseluruhan
kepada
Mudah kepada
perkara-
kompleks
perkara
tertentu

Mengaitkan
perkara-
perkara yang PRINSIP
mujarad PERKEMBANGAN Konkrit kepada
dengan ISI PELAJARAN yang mujarad
perkara-
perkara yang
konkrit

Konkrit Yang diketahui


kepada yang kepada yang
abstrak tidak diketahui
PRINSIP MUDAH KEPADA KOMPLEKS

 Guru akan mengajar konsep yang mudah dahulu


sebelum kepada konsep yang lebih susah.
 Menarik minat pelajar untuk memahami isi pelajaran.
 Contoh : guru memberi soalan yang mudah sebelum
beri soalan yang kompleks.

PENYESUAIAN PRINSIP MUDAH KEPADA KOMPLEKS


DENGAN BIDANG DALAM SUKATAN PENDIDIKAN

A) Pengajaran ibadah
- mulanya murid dikehendaki menyatakan erti,
bilangan solat fardhu serta nama bagi setiap satunya,
bilangan rakaat dan waktunya.
- kemudian murid dikehendaki menerangkan cara
menunaikan solat.
- guru meminta murid mengikut perbuatan guru
dalam latihan amali.
B)Akhlak Islamiah
- guru meminta murid menyebut adab –
adab ketika berhubung dengan ibu bapa.
- murid diminta untuk membuat teknik
simulasi dan main peranan
menggambarkan pelakuan beradab
terhadap ibu bapa dan pelakuan tidak
beradab kepada ibu bapa.
PRINSIP KONKRIT KEPADA YANG MUJARAD

Memulakan pengajaran dengan memberikan contoh


yang berada berdekatan murid.
Menghubungkaitkan keadaan persekitaran dengan diri
murid itu sendiri
Tujuannya adalah untuk memberi penghayatan yang
lebih kepada murid sepanjang proses P&P.

KELEBIHAN

 Murid di bimbing dengan menggunakan contoh – contoh


yang terdapat berdekatan diri murid
 Dapat memberikan nilai sentimental keoada murid untuk
menghayati isi pengajaran yang disampaikan.
CADANGAN PENGGUNAAN DALAM P&P

A)Persediaan guru
1. tentukan objektif bagi memudahkan
penyampaian isi, teknik dan langkah
penyampaian.
2. menyediakan maklumat langkah secara
induktif daripada bahan rujukan dan
sebagainya.
3. memilih contoh yang sesuai dan lengkap
untuk mengukuhkan isi dan teknik.
4. susun isi pelajaran dengan sistematik
seperti pendahuluan, langkah, penilaian
dan penutup.
5. menyediakan alat bantu yang sesuai
B) Pelaksanaan
1. Penerangan suatu konsep dan penjelasan
contoh yang mudah dan terdapat berdekatan
murid.
2. Perlahan-lahan guru kaitkan pembelajaran
yang akan di ajar dengan keadaan
persekitaran.
3. Libatkan murid dengan perhatian juzuk
yang disampaikan.
4. Penyediaan alat bantu dan ilustrasi yang
memberangsangkan.
5. Melakukan tunjuk cara setiap bahagian isi.
6. Membuat kesimpulan kelas ( deduktif )
keseluruhan.
CONTOH

ASAS AKHLAK ISLAMIAH


Tajuk : Adab berpakaian
Kemahiran : Perbezaan berpakaian orang Islam dengan
orang bukan Islam.
a) Guru membaca doa dan murid mengamin.
b) Guru menayangkan video suasana di tempat pusat
membeli belah.
c) Guru bertanya beberapa soalan kepada murid berkaitan
video yang ditayangkan.
d) Guru memaparkan fakta mengenai perbezaan cara
berpakaian orang Islam dan orang bukan Islam
menggunakan komputer.
e) Guru memberikan syarahan berdasarkan fakta tersebut
dan penjelasan satu persatu tentang ciri-ciri berpakaian
secara Islam dan bukan Islam.
f) Guru menjelaskan maksud berpakaian Islam.
g) Murid memberi tumpuan sepenuhnya.
h) Guru menjelaskan tentang ciri-ciri pakaian yang sesuai dengan
tuntutan Isalam dan ciri pakaian yang tidak sesuai dengan
tuntutan Islam.
i) Guru bersoal jawab dengan pelajar berdasarkan fakta isi yang
dikemukakan di atas.
j) Guru mengarahkan murid duduk mengelilingi guru dalam
bentuk bulatan.
k) Guru memberikan syarahan kepada murid keburukan tidak
mengikut adab berpakaian.
l) Murid mendengar penjelasan guru dengan beradab.
m) Guru memaparkan gambar wanita yang menutup aurat dan
yang tidak menutup aurat yang diambil dari akhbar.
n) Guru meminta murid menyenaraikan persamaan dan
perbezaan antara kedua – dua gambar yang ditunjukkan.
o) Guru meminta pelajar menyenaraikan keburukan tidak
menutup aurat dan kebaikan menutup aurat dalam kehidupan
bermasyarakat.
PRINSIP YANG DIKETAHUI KEPADA YANG TIDAK
DIKETAHUI

Guru mengaitkan pengalaman baru dengan


pengalaman lama murid.
Contoh dalam matapelajaran fekah murid telah pun
tahu mengenai apakah erti wudhu’ atau mengambil
air sembahyang, sebahagian murid telah pun
mengalami cara-cara mengambil wudhu’ dengan
meniru perbuatan ibu bapa mereka.
Prinsip ini memberi penekanan kepada amalan yang
teratur di mana bermula dari pengalaman yang ada
sedikit pada murid dan ianya dikembangkan kepada
yang belum diketahui kepada belum diketahui seperti
guru memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan
sunat, sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan
cara mengambil wudhu’ yang betul.
PRINSIP KONKRIT / MAUJUD KEPADA YANG ABSTRAK

Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan


dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang
pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di
sekitar murid.
Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan
pengetahuan sedia ada murid.
Contoh untuk Tauhid, guru mengajar bahawa Allah SWT itu
wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya
alam ini.
Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa
setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini
kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya.
Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan
pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.
PRINSIP KHUSUS KEPADA UMUM

Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di


susun dari sesuatu yang khusus kepada umum.
Pendekatan induktif dan prinsip khusus kepada umum
adalah berbeza kerana prinsip ini lebih menekankan
kepada perkembangan isi pelajaran untuk mencapai
objektif.
Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari
ciri-ciri khusus isi pelajaran.
Contoh, jika guru mengajar tentang hadas kecil atau
hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang
ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum
membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah
diterangkan.
Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui
perkembangan isi.
PRINSIP MENGAITKAN PERKARA YANG MUJARAD
KEPADA PERKARA YANG KONKRIT

Walaupun pelajar mempunyai imaginasi


yang boleh digunakan dalam pembelajaran
tetapi imaginasi mereka tidak boleh di
anggap lengkap atau serupa dengan
perkarayang mereka pelajari.
Penting bagi guru menggunakan bahan
bantu mengajar bagi mengaitkan konsep
yang umum dengan isi pelajaran.
Bahan bantu seperti gambar akan
memfokuskan sesuatu konsep dengan jelas
dan ia dapat diaplikasikan kepada keadaan
lain ( konkrit ).
TEKNIK P&P YANG SESUAI
BAGI
ASUHAN TILAWAH
AL – QURAN ( AYAT
BACAAN )
TALAQQI MUSYAFAHAH

Pelajar mesti berhadapan dengan gurunya.


Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul
bagaimana makhraj dan sifat – sifat huruf yang
sebenarnya.
Boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan cara
memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid,
kemudian murid mengikut bacaan guru secara
beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan
kepada seorang murid dan murid mengikut contoh
bacaan guru secara individu.
Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih
menarik, boleh memperdengarkan bacaan ayat – ayat
al-Quran dari kaset atau bahan media yang lain.
Carta ayat – ayat al-Quran pula boleh ditulis sama ada
di papan gulung atau kad manila dan sebagainya.
Antara kekuatan kaedah ini :

a) kaedah ini amat berkesan jika ingin


mengenalpasti secara amali tahap
kefahaman dan pelaksanaan murid
terhadap hukum – hukum tajwid
dalam bacaan al-Quran yang
meliputi makhraj huruf, sifat-sifat
huruf dan lain-lain hukum tajwid
b) pembelajaran boleh dijalankan
sama ada di dalam atau di luar
kelas.
LATIH TUBI

Baca berulang kali merupakan prinsip dalam kaedah ini.


Corak pengajaran adalah untuk memberi kemahiran dan
kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan.
Contohnya membaca al-Quran ini diajar dengan kaedah
latih tubi.
Bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan
kepada pelajar.
Dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis atau
secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses
pengajaran.
Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang
bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan
menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru.
Latih tubi secara pertanyaan terus adalah guru akan
memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam
kelas dan pelajar diminta menjawab soalan yang
dikemukakan.
TASMIK

Guru memperdengarkan CD al-Quran


Bacaan secara kuat
Seorang murid memperdengarkan bacaan
kepada guru dan guru memperbetulkan
bacaannya.
Guru memperdengarkan bacaan surah Al-
Fatihah kepada guru dengan berpandukan kad
ayat.
Pelajar menperdengarkan bacaan surah Al-
Fatihah kepada guru dan guru membetulkan
kesilapan bacaan murid.
Guru memastikan pelajar-pelajar dapat
membaca dengan betul dan fasih.
KAEDAH
PENGAJARAN
ULUM SYARIAH

PENGAJARAN
PENGAJARAN PENGAJARAN SIRAH /
AKIDAH IBADAH AKHLAK
KAEDAH PENGAJARAN AKIDAH

Objektif pengajaran akidah ialah :

1. Membentuk akidah islam yang betul di kalangan pelajar


2. Membekalkan pelajar dengan ilmu.
3. Menenamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa
pelajar.
4. Membentuk pekerti mulia berlandaskan kepada tuntutan
akidah.

Pengajaran akidah ini boleh menggunakan pelbagai teknik dan


kaedah. Antaranya ialah :

a) kaedah soal jawab


b) kaedah syarahan
c) kaedah perbincangan.
HURAIAN KAEDAH PERBINCANGAN

Strategi pengajaran berbentuk perbualan dikalangan


pelajar di bawah seliaan guru.
Pelajar diberi peranan aktif untuk mengemukakan
pandangan atau pendapat sewaktu berbincang.
Guru membimbing pandangan yang dikemukakan murid
ke arah satu prinsip atau pandangan yang menyeluruh.
Perbincangan mestilah berasaskan kepada dua prinsip :
1. Kebebasan bersuara
2. Mencari persefahaman.
 Tujuan kaedah ini ialah :
a) Menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara
murid tentang sesuatu topik.
b) Merangsang minat pelajar
c) Membimbing mereka mendapat pengetahuan yang
baru.
 Langkah-langkah yang perlu diambil guru sebelum melaksanakan
kaedah ini ialah :
1. Merancang dan menentukan isi utama dalam topik yang akan
dibincangkan.
2. Memastikan setiap pelajar berpeluang memberi pendapat atau
kemukakan soalan.
3. Menggalakkan penilaian secara objektif semasa idea berkenaan
dikemukakan.
4. Meringkaskan atau merumuskan idea-idea atau kesimpulan hasil
dari perbincangan tersebut.
 Guru memulakan perbincangan dengan mengemukakan tajuk.
 Murid diminta memberi sumbangan idea atau pertanyaan sewaktu
 berbincang dan mendapat tindak balas dari murid lain.
 Perbincangan tidak dimonopoli oleh seorang pelajar sahaja.
 Guru berperanan memastikan perbincangan tidak keluar topik.
 Kaedah ini diaplikasikan oleh Rasulullah dalam menyampaikan
ilmu dengan mengadakan musyawarah atau perbincangan dengan
pengikutnya dalam memutuskan sesuatu perkara.
KAEDAH PENGAJARAN
IBADAH

Mendidik pelajar menghayati hukum dan peraturan islam.


Objektif pengajaran ibadah ialah :
Pelajar dapat mengetahui hukum-hukum dan peraturan dalam syariat
Islam.
Pelajar dapat memahami keistimewaan, rahsia, hikmah dan tujuan
sesuatu hukum.
Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan Allah.
Pelajar dapat melihat keindahan sistem dan perundangan Islam.
Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan pelbagai konsep
ibadah yang dianjurkan Islam
Antara kaedah dan teknik yang digunakan dalm penyampaian
pengajaran ibadah ialah :
a) keadah tunjuk cara
b) kaedah simulasi
c) kaedah soal jawab
HURAIAN KAEDAH TUNJUK CARA

Melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau


langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar.
Melibatkan aktiviti penerangan, demonstrasi guru, aktiviti
pendengaran dan penglihatan serta mali dan percubaan pelajar.
Memberi pelajar peluang berinteraksi secara terus dengan isi dan
situasi pembelajaran.
Pengajaran Ibadah sangat sesuai menggunakan kaedah ini
kerana tanpa tnjuk cara pelajar mungkin tidak dapat
mempraktikkannya di luar waktu pembelajaran.
Antara tajuk yang memerlukan kaedah ini ialah :
a) cara-cara menyucikan najis
b) jenis-jenis solat
c) tayammum
d) haji
e) mandi wajib
f) wudhu’
Kaedah ini juga digunakan oleh Rasulullah ketika Jibril
mengajarkan Nabi berwudhu’ dan bersembahyang.
 Kaedah ini juga digunakan oleh Rasulullah ketika Jibril mengajarkan nabi
berwudhu’ dan bersembahyang.
 Tujuannya ialah :
1. membolahkan murid melihat dan mengikuti setiap langkah
dan pergerakan sesuatu ibadah yang bebentuk amali.
2. dapat melakukan sesuatu ibadah dengan betul dan sah
mengikut syarak.
3. memberi motivasi kepada murid untuk melaksanakannya di
luar waktu pembelajaran.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN IBADAH MENGGUNAKAN


KAEDAH TUNJUK CARA

A) Sebelum sesi pengajaran dimulakan :


1. tentukan objekti dan kandungan tunjuk cara
2. berikan penerangan tentang tunjuk cara
3. sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar yang diperlukan
4. pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai untuk sesi
pengajaran tunjuk cara
5. pastikan pelajar selesa sewaktu proses P&P dan keselamatan pelajar
adalah terjamin.
B) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
1. jalankan tunjuk cara apabila murid telah bersedia.
2. perhatikan tindak balas pelajar
3. galakkan penyertaan murid.
4. tari perhatian murid tentang aspek-aspek penting dalam
ibadah.
5. pastikan demonstrasi tersebut dapat dilihat oleh semua
pelajar.
6. ulangi kembali aspek-aspek penting sebagai
pengukuhan.
7. pelajar dilibatkan dengan menyuruh mereka mengulangi
demonstrasi.

C) Selepas sesi tunjuk cara


1. guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai tajuk yang
dipelajari.
2. mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar
3. memberi aktiviti susulan.
KAEDAH PENGAJARAN AKHLAK / SIRAH

Berkisarkan tentang sejarah, pelajar dapat mengambil iktibar


dan pengajaran dari kisah yang mereka dengari.
Antara objektif pengajaran sirah ialah :
1. menyedarkan pelajar tentang perjalan hidup dan
perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan agama
Islam.
2. mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku
ke atas umat yang terdahulu.
3. menjadi Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan
yang terbaik.
4. menanamkan semangat dan cintakan islam.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran akhlak / sirah ialah:
a) kaedah bercerita
b) kaedah perbincangan
c) kaedah lakonan.
HURAIAN KAEDAH LAKONAN

• Berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih


daripada dua orang pelajar.
• Setiap pelajar melakonkan watak mengikut skrip atau isi
pengajaran.
• Berpeluang mengalami sendiri situiasi dan masalah.
• Pelajar diminta mengumpul maklumat dan perbincangan akan
dibuat di akhir sesi pembelajaran dengan memberi ulasan dan
pendapat masing-masing.
• Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran
lisan, mengambil nota dan catatan, kemahiran menulis dan
mengarang serta kemahiran membuat keputusan.
• Beberapa perkara perlu diberi perhatian untuk menjalankan kaedah
ini. Antaranya :
a) peristiwa yang sesuai
- pilih peristiwa yang agak relevan dengan isi pengajaran.
b) Pelakon memahami situasi
- guru perlu menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak
dilakonkan seperti punca dan akibat peristiwa itu berlaku supaya
pelajar dapat
c) Penjelasan kepada penonton
- guru menjelaskan kepada pelajar apa yang
nereka tonton. Dengan ini pelajar akan tahu
dan memahami apa yang cuba dilakonkan
oleh rakan mereka.
d)Pelakon yang sesuai
- pilih secara sukarela keran adijangkakan
akan memberi hasil lebih berkesan.
- lakonan boleh diulang menggunakan pelajar
lain.
e)Lakonan secara bebas
- biar pelajar mainkan watak secara bebas
tetapi perlu diawasi supaya mereka tidak
menyeleweng dari situasi yang sepatutnya.
f) Perbincangan selepas lakonan
- guru dan pelajar berbincang tentang babak
yang disaksikan dan hasilnya akan membantu
LANGKAH-LANGKAH KAEDAH LAKONAN DALAM PENGAJARAN SIRAH

Guru sediakan satu situasi masalah seperti situasi penyeksaan orang kafir
Quraish ke atas kaum muslimin Mekah

Guru terangkan secara ringkas situasi tersebut, peranan watak dan tempat
lakonan

Guru memilih pelajar menjadi pelakon Mekah

Pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan berdasarkan watak


yang ditentukan

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan

Guru membimbing pelajar membuat rumusan


SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai