Anda di halaman 1dari 4

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri 

atau Inquiry
Based Learning adalah satu pendekatan pedagogi
pembelajaran yang menggabungkan pelbagai elemen
pembelajaran abad ke21. Dalam pendekatan ini,
pembelajaran adalah berpaksikan kepada persoalan dan
soalan-soalan untuk merungkai tajuk yang dipelajari. 

Dengan berpandukan tajuk, beberapa soalan dibina dan


seterusnya aktiviti dijalankan untuk menjawab soalan-
soalan tersebut. Terdapat 4 jenis inkuiri:

*Sumber asal dan diolah daripada:


(Marcus Guido, https://www.prodigygame.com/blog/inquiry-based-learning-definition-benefits-
strategies/)

Terdapat 5 aspek pembelajaran berasaskan inkuiri:


Sumber asal dan diolah 5 Aspek: Buku KIT PAK21 KPM

Contoh pembelajaran berasaskan inkuiri dalam


kelas ialah menjelaskan proses kejadian hujan,
membuktikan ciri-ciri elemen kuprum, membuktikan
formula janjang, mencari musabab Revolusi Perancis
dan sebagainya.
Kelebihan pembelajaran berasaskan inkuiri:

Antara panduan untuk menjalankan pembelajaran ini


ialah:
 Guru sebagai model. Biasakan murid dengan guru
sentiasa menggunakan kaedah mencari jawapan
berdasarkan sumber.
 Pilih masa yang bersesuaian untuk aktiviti
dijalankan
 Sediakan sumber yang mencukupi: buku,
ensiklopedia, rujukan, internet, Chromebook dan
sebagainya.
 Pilih jenis aktiviti inkuiri yang bersesuaia dengan
tahap murid.
 Berikan panduan validasi maklumat dengan
menyatakan sumber dan ruang pilihan sumber.
 Kaedah pemerhatian yang telus untuk menilai
proses dan hasil kerja murid.
 Berikan ruang untuk murid mengambil risiko.
Contohnya mencuba sesuatu kaedah carian yang sedikit
berlainan dengan apa yang dijangkakan oleh guru.
 Aktiviti dijalankan pada bahagian-bahagian
topik yang bersesuaian.

Oleh itu, pembelajaran berasaskan


inkuiri membantu murid menjadi murid yang aktif,
berfikiran kritis dan menjadi pemimpin dalam
pembelajaran. 

Anda mungkin juga menyukai