Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : Maafkan Cikgu.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya
ada ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya
ialah maafkan cikgu. Eh kenapa cikgu pula yang minta maaf ya?ha kalau kawan-
kawan semua nak tahu marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya amir, ayahnya telah
meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan mereka,
ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan menjual kuih. Namun, amir
tidak pernah mengeluh malah dia turut membantu ibunya dengan menghantar
surat khabar sebelum ke sekolah. Baiknya amir tu ya kawan-kawan. Seperti biasa
pada pagi itu, amir mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Amir
bimbang akan bertembung dengan Cikgu Hakim guru disiplinnya di sekolah. Ah
mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan pelajar-pelajar kecut
perut apatah lagi bersemuka dengannya. Seramnya. Ingatlah ya kawan-kawan,
datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah jam tangan amir menunjukkan jam 8.30 pagi.
Dengan langkah yang tergesa-gesa, amir pun menuju ke kelasnya tiba-tiba “Amir”
nama Amir dipanggil. Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Degup jantung
amir bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim yang sangat serius. Dengan
suara yang lantang, Amir dimarahi kerana datang lewat. Amir hanya membisu.
Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan yang bijak. Walaupun Amir
pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hakim enggan mendengarnya malah dia dituduh
menegakkan benang yang basah.

Kawan-kawan sekalian,

Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amir dibawa ke bilik guru disiplin.
Dia telah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Amir pun
menerima dengan sedih. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Amir kecewa kerana di tuduh sebagai pelajar yang malas. Padahal dia
bukanlah seperti apa yang disangkakan. Rakan-rakan Amir juga sering
mengejeknya kerana selalu didenda atas kelewatannya sampai ke sekolah.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang ke
rumah. Selepas selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana perutnya terasa terlalu
lapar. Apabila dia hendak ingin menjamah makanan, dia teringat kembali peristiwa
yang berlaku disekolah tadi. Seleranya hilang. Amir membuat keputusan untuk ke
kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan ibunya. Amir ingin menceritakan tentang
peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi. Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya,
dia berasa tidak sampai hati untuk menceritakan malah dia turut membantu ibunya
menyelesaikan kerja. Baginya ibu lah segala-galanya. Ingatlah kawan-kawan
syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja
lantas menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hakim. Amir melihat wajah
ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Amir dia masih mampu
menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Amir adalah dia ingin
melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Sebagai pelajar tahun 6, Amir dapat berfikir dengan baik. Dia telah
membuat keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang
awal ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan harinya pagi-
pagi lagi Amir telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia mengambil surat
khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja. Selepas itu, amir
mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa. Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah
serik dengan herdikan guru disiplinnya.

Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa mlihat kiri dan kanan Amir terus
melintas. Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke
seberang jalan lalu pengsan. Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya
ke klinik yang berdekatan. Mujurlah Amir tidak apa-apa. Dia Cuma mengalami luka-
luka kecil sahaja. Itulah kawan-kawan kita mestilah berhati-hati semasa berada di
jalan raya.

Tidak lama kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hakim
berada di sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim meminta
maaf atas kecuaiannya Amir tercedera. Maafkan cikgu, Amir. Dengan senang
hatinya, Amir pun memberitahu dia lah yang bersalah kerana tidak berhati-hati.
Begitulah kawan-kawan niat dihati untuk membantu keluarga adalah satu sifat
yang mulia namun, kita mestilah memikirkan keselamatan diri. Sekiranya kawan-
kawan telah melakukan kesalahan janganlah malu untuk meminta maaf kerana
orang yang mengakui kesalahannya akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai