Anda di halaman 1dari 4

Maafkan Ayah

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel

hakim, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

“Ma..ma..Maafkan ayah, Amar, maafkan ayah. Ayah sangat menyesal”, rintih Encik

Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal dengan perbuatannya selama ini. Hanya

kerana inginkan kemewahan, beliau sanggup mengambil jalan yang singkat.

Kawan-kawan sekalian,

Begitulah kesudahan cerita yang bertajuk. “Maafkan Ayah” yang akan saya sampaikan

pada hari ini. Amar merupakan seorang murid yang ceria. Dia juga dari

keluarga yang berada. Setiap hari,dia akan dihantar oleh ayahnya ke sekolah dengan

menaiki kereta mewah. Pakaian dan alat tulisnya juga semuanya berjenama mahal.

Apa sahaja yang dihajati pasti akan ditunaikan oleh ayahnya. Oleh itu, dia sentiasa

menjadi tumpuan dalam kalangan murid-murid lain di sekolahnya. Sungguhpun begitu,

Amar bukan seorang yang sombong malahan dia juga tidak memilih kawan. Dia

berkawan dengan semua orang. Oleh sebab itu, dia amat disenangi oleh kawan-

kawannya. Salah seorang kawan rapatnya bernama Haikal. Mereka belajar di

kelas yang sama. Setiap hari, mereka sering menghabiskan masa bersama.

Kriiiinnngggg….kringggg…loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu

persekolahan. Semua murid bergegas keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-

masing. Amar dan Haikal berjalan beriringan keluar dari kelas mereka. Amar terus

menuju ke arah kereta bapanya yang sedang menunggu di suatu sudut di luar pagar
sekolah. Haikal pula hanya berjalan kaki sahaja pulang ke rumah.

Semasa Haikal ingin meneruskan perjalanannya, tiba-tiba Amar menjerit

memanggilnya. “Haikal…. jomlah naik kereta dengan aku”, ajak Amar. “Eh, tak apalah

Amar, aku jalan kaki sahaja,” jawab Haikal. Lagipun rumah aku dekat je dengan

sekolah,” sambung Haikal lagi.

Namun Amar tidak mahu mendengar alasan Haikal lantas turun dari kereta. Dia terus

memegang tangan Haikal dan mengajak Haikal masuk ke dalam keretanya. Haikal

hanya tersipu-sipu malu. Begitulah rutin sehariannya pada hari persekolahan.

Amar dihantar dan dijemput oleh ayahnya setiap hari tepat pada masanya.Jarang sekali

ayahnya lewat. Oleh sebab itu, dia berasa amat bersyukur kerana disayangi oleh kedua

ibu bapanya. Walaupun bapanya sibuk bekerja namun tidak pernah sekali pun beliau

gagal untuk datang menjemputnya.

Namun seperti kata pepatah, kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di

tengah hari. Begitulah kehidupan Amar sekeluarga.

Haaa… kawan-kawan nak tahu apa yang terjadi kepada keluarga Amar? Mari kita

dengar sambungannya.

Pada suatu hari, seperti kebiasaan apabila bunyi sahaja loceng tamat persekolahan,

Amar bergegas keluar dari kelas untuk pulang. Hatinya berbunga-bunga

kegembiraan. Pada hari ini, ayahnya sudah berjanji untuk membawanya ke suatu

tempat bagi menyambut hari lahirnya. Sambil berjalan, Amar teringat akan perbualan

dia dan ayahnya dua hari lepas. “Amar, hari lahir Amar tahun ini ayah ada kejutan

istimewa untuk Amar tau,” kata Encik Zaki kepada Amar. “Wah, hadiah istimewa,

seronoknya! Tak sabar Amar nak tunggu,” kata Amar


kegembiraan.“Terima kasih ayah, sayang ayah,” ucap Amar lagi sambil mencium pipi

ayahnya dengan mesra.

Ibunya yang hanya mendengar perbualan dua beranak itu tersenyum manis. Amar

sememangnya lebih rapat dan manja dengan ayah berbanding ibunya.

Masa terus berlalu, Amar melihat jam yang dipakainya. Jam sudah

menunjukkan pukul 2.00 petang. Namun kelibat ayahnya masih belum kelihatan.

“Eh, di mana ayah ni, sampai sekarang pun tak sampai-sampai lagi,” rungut Amar.

Amar terus menunggu dengan sabar. “Mungkin ayah ada mesyuarat atau jalan sesak

agaknya,” fikir Amar lagi.

Selang beberapa minit, sebuah kenderaan berhenti di hadapan Amar. Maka keluarlah

pemilik kenderaan tersebut.

“Eh, cikgu,” sapa Amar apabila melihat kelibat guru kelasnya. “Amar, mari saya

hantarkan kamu pulang, hari ini ayah kamu tidak dapat ambil kamu,” jelas guru

kelasnya panjang lebar. Tapi, kenapa cikgu ? tanya Amar kehairanan. “Tak apa, nanti

sampai di rumah kamu akan tahu jawapannya,” jawab guru kelasnya dengan nada

yang agak sayu. “Baiklah, terima kasih, cikgu”. Ucap Amar lalu masuk ke dalam kereta

Toyota Vios milik guru kelasnya itu. Apabila tiba sahaja di rumah, kelihatan sebuah

kereta pihak berkuasa yang tertulis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di

hadapan rumahnya. Amar terus meluru ke arah ibunya. Dia melihat ibunya sedang

menangis teresak-esak. Ibu…..ibu…kenapa ni ibu, mengapa ibu menangis??? Soal

Amar bertalu-talu. Kenapa ayah tak datang jemput Amar? Sambung Amar lagi. Melihat

akan ibunya sedemikian, Amar turut menangis.

Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki yang tangannya digari. Amar terkejut melihat
keadaan ayahnya sedemikian. Amar terus meluru mendapatkan ayahnya lalu memeluk

ayahnya dengan erat.

Ayah…..ayah….kenapa dengan ayah? Tanya Amar sambil menangis teresak-

esak. “Lepaskan ayah saya encik,” pinta Amar. Ibunya hanya mampu melihat dalam

kesedihan. “Ma..ma..maafkan ayah, Amar, maafkan ayah. Ayah sangat menyesal”,rintih

Encik Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal dengan perbuatannya selama ini.

Hanya kerana inginkan kemewahan, beliau sanggup mengambil jalan yang

singkat. Akhirnya ayah Amar telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah dan pecah amanah. Begitulah

seperti kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sejak kejadian itu, kehidupanAmar sekeluarga berubah. Amar yang

dulunya seorang murid yang ceria,kini lebih suka menyendiri. Begitulah

kesudahan cerita ‘Maafkan Ayah’.Pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah

bersikap tamak kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri.Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai