Anda di halaman 1dari 2

Kita Tetap Bersahabat

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang. Pelajar-pelajar


bergegas meninggalkan halaman sekolah pulang ke destinasi mereka. Seperti
biasa, Aiman dan Sham akan berjalan bersama – sama pulang ke rumah. Mereka
ibarat seperti belangkas yang tidak boleh dipisahkan. Namun, entah kenapa pada
hari itu Sham meninggalkan Aiman bersendirian tanpa sepatah kata.

“Sham, tunggulah! Shammm! Jerit Aiman.

“Ahh! Aku tidak mampu lagi meneruskan kehidupan sukar ini. Ayah telah
pulang ke pangkuan Ilahi. Kehidupan kami hanya kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang,” bisik Sham sendirian.

Panggilan Aiman tidak diendahkan malah langkah Sham semakin pantas.

Aiman semakin runsing dengan keadaan sahabatnya yang tidak langsung


menyahut panggilannya. Aiman tidak berputus asa dan terus mengekori Sham.

Setibanya di suatu tempat yang agak sunyi, Aiman berselindung dibalik


sebuah rumah kosong. Diperhatikan Sham sedang berbual-bual dengan
sekumpulan orang yang tidak dikenalinya.

“Eh, apa yang dibualkan mereka! Adakah itu kumpulan samseng yang
sedang dicari oleh pihak polis?” Aiman tertanya-tanya sendirian.

Kelihatan seorang lelaki bermuka bengis memberikan sebuah bungkusan


berisi sesuatu kepada Sham. Setelah barang tersebut diambil, Sham pantas
meninggalkan tempat tersebut.

Aiman tidak lagi dapat mengekori Sham kerana bimbang kumpulan


terbabit dapat menghidu gerak-gerinya. Keesokan harinya, Aiman menanti
kehadiran Sham di sekolah. Namun, kelibat Sham masih tidak kelihatan. Cikgu
dan rakan-rakan sekelas bertanya kepadanya tentang Sham. Mereka tahu Aiman
dan Sham ibarat isi dan kuku yang tidak boleh dipisahkan.
Tamat waktu persekolahan, Aiman bergegas menuju ke rumah Sham.
Aiman memberi salam dan bertanya kepada ibu Sham tentangnya. Namun, belum
sempat ibunya memberi sebarang jawapan, tiba-tiba kedengaran siren kereta polis
berbunyi dan berhenti di hadapan rumahnya. Semua tergamam seketika melihat
kelibat Sham muncul dengan tangannya digari. Ibu Sham terkejut dan pengsan
melihat keadaan tersebut. Sham berlari meluru ke arah ibunya dan menangis
sekuat hati.

“Ibu, ampunkan Sham. Sham menyesal. Aiman tolong Sham,” rayu Sham.

Rayuan dan tangisan Sham, membuatkan perasaan bersalah meronta-ronta


dihati Aiman kerana tidak mengambil langkah awal. Mereka berpelukan sebelum
Sham dibawa ke penjara Juvana kerana di bawah umur. Tiada lagi kata-kata yang
dapat diungkapkan. Hanya linangan air mata dan doa yang mengiringi
sahabatnya.

Aiman sempat berbisik kepada Sham, “apa pun terjadi, kita tetap
bersahabat.”

Anda mungkin juga menyukai