Anda di halaman 1dari 3

Hadirnya cinta(part 1)

Amina adalah anak kedua dari pasangan Zainab dan Pak Rahim. Hari ini adalah hari yang paling dinantikan, dimana hari ini,keputusan SPM akan keluar. Segala penat jerihnya belajar selama dua tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Kadok akhirnya akan dapat dilihat hasil pada hari ini. Amina seorang yang sangat pemalu. Hidupnya di zaman remaja hanya lah buku-buku dan teman-teman dekat. Pak Rahim dan mak cik Zainab sangat menyayangi dan mengasihi Amina kerana Amina adalah anak bongsu dalam keluarga mereka. Pagi itu seawal 8.00 pagi, Amina keluar rumah bersama dengan kawan baiknya,yati untuk mendapatkan keputusan peperiksaan dengan menaiki motor lama peninggalan arwah ayah yati. Sampai di perkarangan sekolah, mereka dapat lihat kawan-kawan mereka dan ramai pelajar lain yang sudah berada di sana. Amina bersama-sama yati berjalan ke pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Amina dapat merasakan debaran di hati yang bagaikan boleh meletup bila-bila masa. Digagahi dirinya dengan membaca beberapa ayat alquran dan selawat agar dihilangkan debaran yang menggila itu. Yati juga begitu berdebar,dengan peluh meleleh di dahinya. "Aku berdebarlah, macam mana entah keputusan aku nanti",kata yati kepada Amina. "Kau pasti oknya,kan kau selalu dapat keputusan yang cemerlang. Aku ini yang biasa-biasa sahaja dapat markah", sampuk Amina. Yati memegang tangan Amina untuk mengurangkan debaran hatinya. Amina dapat merasakan betapa sejuknya tangan Yati sesejuk ais. Mereka berdua sampai di pejabat sekolah dan melihat barisan pelajar yang sedang beratur untuk mengambil slip keputusan .Amina dan Yati meyambung barisan pelajar yang beratur. Apabila sampai giliran Amina, Amina hanya mengambil slip dan menandatangani pada kertas yang diberikan oleh kerani pejabat tanpa melihat keputusan yang diperolehinya. "Kau dapat berapa Yati?" Soal Amina. "Kau?", Soal Yati kembali.

"Aku belum tengok lagi. Aku takut lah. Aku takut jika aku hampakan harapan ibu dan ayah aku." Kata Amina. "ok,kita tengok sama-sama", kata Yati. Akhirnya Amina dan Yati sama-sama melihat keputusan masing-masing. Keduaduanya tersenyum girang sambil mengucapkan syukur . Amina mengucapkan tahniah kepada Yati kerana memperoleh keputusan yang cemerlang. Yati memperoleh 7A,2B ,manakala Amina memperoleh keputusan 5A 3B . Yati memperoleh keputusan yang cemerlang dibandingkan Amina,namun Amina bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya. Sebelum pulang,mereka berdua sempat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan masing-masing. "Amina,kau nak sambung belajar kat mana", Tanya Yati kepada Amina. "Hurm,tak tahu lagi. Tapi aku ada apply matrikulasi, Asasi dan Politeknik", balas Amina. "Kau?", Soal Amina "Aku plan nak sambung belajar kat oversea, tapi tak boleh kot ngan result aku yang macam ni. Aku sambung asasi kot", balas Yati. SELEPAS 2 MINGGU "Assalamu'alaikum Pak Rahim. Amina ada?", tanya Yati pada pak Rahim yang asyik membuang daun tebu di belakang rumah menggunakan parang. "Wa'alaikumussalam, Yati rupanya. Amina ada,menolong maknya kat dapur. Masuk lah." Jawab pak Rahim dengan nada yang lembut. Pak Rahim sudah lama mengenali Yati dan juga keluarga Yati kerana yati tinggal di kampung bersebelahan. Kadang-kadang, yati datang bermalam menemani Amina belajar dan tidur bersama-sama. Mereka bagaikan adik beradik dan sudah mengenali hati budi masing-masing. Yati perlahan-lahan menyusup ke dapur dan menegur Amina. Terkejut dibuatnya,mujur tidak terjatuh periuk yang dipegang Amina.

"Kau ni, yati tak boleh ke,kalau tak usik orang ye", sampuk Amina dengan nada yang terkejut. Yati cuma ketawa dengan telatah Amina yang terkejut. Mak cik Zainab datang dari luar dan menjengah ke dapur. "Ingatkan siapa bising-bising, rupanya Yati.Kalau tak,sunyi sepi rumah ni,kalau Amina seorang diri ", Tegur Mak cik Zainab. Yati cuma tersenyum simpul. Dia dah anggap Mak cik Zainab dan Pak Rahim seperti ibu bapanya sendiri. Kalau dia mengalami apa-apa kesusahan,mak cik Zainab dan Pak Rahim yang menolong dia dan ibunya. "Kau dah dapat mana-mana tempat untuk sambung belajar",Tanya Yati kepada Amina. "Aku belum check lagi lah. Malaslah nak pergi pekan." balas Amina. "Kita pergi sama-sama ke pekan ye. Susah lah,kat kampung kita mana ada internet."Kata Yati. "Ok. Lepas kita makan,kita pergi",Balas Amina BERSAMBUNG

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai