Anda di halaman 1dari 4

NUZUL AL-QURAN

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Surah al-Baqarah, ayat 185) Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan alQuran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. Erti Nuzul al-Quran: Nuzul bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1

Nama-Nama Lain:
Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lainlain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran: Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya

1.

jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan

mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (Surah al-Israa, ayat 88)

2.

Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang

ada pada susunannya diberikan pahala.

3.

Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di

akhirat.

4.

Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta

ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.(al-Baqarah, ayat 23).

5.

Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan

kepada Nabi saw.

6.

Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara

menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7.

Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada

kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (alBaqarah, ayat 2)2

8.

Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah.

Rasulullah saw bersabda dengan maksud: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan

datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
1. 2. 3.

Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya. Peringatan:

1. 2. 3. 4. 5.

Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan. Al-Quran tidak menjadi syifa (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada keduaduannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis). Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.

Dr. Abdul Rahman Abdullah Atase Pendidikan, MSD Washington DC. Ramadan 1430 September 2009

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw. Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah AlQadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan. Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan. Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran. Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)" (TTQ 8 : 41). Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah. Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq. Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Anda mungkin juga menyukai