Anda di halaman 1dari 6

Islam itu mudah dan memudahkan Oleh:Maryam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalamualaikum Bicara kali ini bertajuk Islam itu mudah dan memudahkan.Alhamdullilah,saya gagahkan kudrat aqal,tangan dan hati untuk mengukirkan kata-kata Islam buat pembaca,diharapkan kiranya bermanfaat tulisan yang tidak seberapa ini. Mengapa saya memilih topik yang sangat simple ini?Ini kerana, topik yang simple tidak dapat dihayati da n didalami oleh hati insan-insan di luar sana sehingga menolak jauh-jauh Islam dalam kehidupan mereka .Mereka begitu takut untuk menghayati dan mendalami agama Islam kerana mereka telah membina di dalam kerangka fikir mereka ,bahawa Islam adalah menyusahkan,kuno,melambatkan,menyekat kebebasan ,pengganas,taksub dan sebagainya.

Kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan kepada mereka kerana memandang begitu negatif terhadap Islam itu dan bukanlah disini,untuk mencari kesalahan sesiapa.Apa yang ingin saya kupas dan leraikan adalah tentang mudahnya Islam itu.Sebelum saya pergi lebih jauh tentang topik ini, saya kepilkan ayat alquran. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Thaahaa;ayat 2-4) Saya membuat sedikit huraian ayat diatas.Dari ayat di atas,Allah telah menyatakan alquran yang diturunkan kepada umat Islam dimana di dalamnya terkandung amaran dan ancaman apabila melakukan kerosakkan di muka bumi,suruhan melakukan kebaikan,balasan untuk hamba-hambaNya yang soleh,cara-cara hidup dalam pergaulan dan semua konteks kehidupan ;bukanlah untuk menyusahkan manusia sebaliknya menjadi peringatan buat kita. Dan dalam ayat tersebut ,terbuktilah hanya orang yang takut kepada Allah(beriman) akan memperoleh dan menerima peringatan tersebut.Siapa yang menurunkan alquran tersebut?iaitu Allah yang Maha Pencipta alam dan semua makhluk di muka bumi ini.

Bagaimana konteks Islam itu mudah dan mengapa begitu banyak insan yang memilih untuk beranggapan Islam itu susah dan menyusahkan?Yang pertama ,saya boleh utarakan kerana tiada dan kurangnya ilmu tentang keindahan Islam itu.Ilmu sangat penting dalam kehidupan ini,bukan sahaja dalam konteks Islam. Sesiapa yang tidak berilmu tidak akan dipandang dan sukar untuk mencapai kemajuan.Bukanlah,pentingnya pandangan manusia tetapi pandangan Allah s.w.t lebih mengatasi segalanya.Ilmu itu mengajar dan mendidik kita dari sesuatu yang kita tidak ketahui kepada pemikiran dan pengetahuan yang lebih luas dan mendalam.Ilmu tanpa amal juga,tidak berguna kerana pandangan Allah s.w.t adalah pada banyak mana amalan kebajikan yang dilakukan dengan diiringi hati yang ikhlas. Namun, ada segelintir yang punya ilmu tapi terpesong ke jalan yang salah.Ini kerana ,hidayah itu milik Allah.Mari sejenak kita hayati dan fikir ayat di bawah ini. Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.( Al Baqarah ;ayat 267)

Seseorang yang berilmu dan bila sekali pandang pada persis luarannya seorang alim; namun hati insan tersebut boleh terpesong ke arah kesesatan dan syaitan yang mana,tiap-tiap saat menggoda untuk menyesatkan kita . Syatain pada asalnya, adalah hamba yang sangat taat pada Allah ,taraf syaitan pada waktu itu adalah setaraf malaikat;dimana siang malam,mereka beribadat kepada Allah swt. Namun,keangkuhan(kesombongan) mereka untuk tidak sujud(tanda hormat) kepada Adam,Allah telah menetapkan mereka menjadi ahli neraka buat selama-lamanya.

Lihatlah, betapa hidayah itu bila-bila masa boleh diambil kembali oleh Allah s.w.t dari hati-hati hambaNya.Namun berdasarkan ayat-ayat diatas,orang-orang yang mengikut syaitan(bisikan-bisikan ke arah melakukan kejahatan) adalah orang yang keluar dari cahaya hidayah.Oleh itu,pohonlah selalu keampunan ,rahmat dan hidayah Allah s.w.t ,moga ia menjadi milik kita sehingga hembusan nafas terakhir di dunia ini.Mohonlah agar setiap saat dan masa,kita dapat menghindarkan dan melawan bisikan syaitan yang berdesir di telinga dan terdetik di hati. Bila mana kita menyebut Islam itu mudah dan memudahkan; ia bukanlah beerti kita bebas membuat apa sahaja,bukanlah bermaksud Islam agama yang bebas kerana ia mudah.Bukan,sebaliknya islam itu mudah dalam konteks apa sahaja yang Islam menyuruh umatnya melakukan sesuatu perbuatan adalah untuk kebaikan dirinya sahaja.Dan jika perkara tersebut, dilarang kerana untuk kebaikan insan itu sahaja. Kita ambil contoh,ibadat sehari-harian yang kita lakukan iaitu solat.Telah banyak kajian,demi kajian yang dilakukan oleh orang Islam sendiri dan juga bangsa-bangsa lain,membuktikan betapa hebatnya solat dalam mengembalikan dan mengekalkan kesihatan insan. InsyaAllah,sesiapa yang solat dengan sempurna,menjaga rukun dan tertib solat,akan merasa dirinya sihat dan jikalau sakit itu,hanya sebentar sahaja.Islam juga mewajibkan golongan adam agar bersolat Jemaah.Kenapa?Adakah untuk menyusahkan?Tidak,sebaliknya bila dibuat kajian terlalu banyak faedahfaedah bila mereka bersolat Jemaah.Untuk membaca lebih jelas tentang kelebihan solat sudut pandang perubatan,anda boleh buka laman web di bawah. http://www.susu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=83&Itemid=71

Contoh kedua yang saya kepilkan adalah puasa,bukan lah puasa bangsa lain tapi puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan.Banyak kajian yang dilakukan dan ubat yang paling mujarab dalam dunia ini untuk mengubati penyakit kronik adalah berpuasa;sebagaimana puasa umat Islam.Di bawah ini,saya kepilkan beberapa laman web tentang kelebihan berpuasa dari sudut pandang sains. http://kuliahnet.wordpress.com/2011/08/10/tazkirah-kebaikan-berpuasa-dari-sudut-sains/ http://selangor2u.com/blog/2011/08/kelebihan-puasa-dari-sudut-kesihatan/ Anda boleh mula menyelongkar Internet untuk mencari lebih banyak maklumat berkenaan kelebihan solat dan puasa dari sudut pandang sains.Saya kepilkan disini,hanya dua sahaja ibadat wajib yang umat Islam

lakukan,namun secara jelas dengan akal fikiran yang sihat ,kita sudah boleh menilai bagaimanakah Islam itu.Adakah Islam itu agama yang mudah atau menyusahkan. Banyak lagi,suruhan-suruhan yang Allah wajibkan dan sarankan insan melakukannya seperti;menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan(bagi perempuan),menutup aurat bagi lelaki (dari pusat hingga ke lutut),menunaikan zakat ,syahadah,puasa-puasa sunat ,melarang pergaulan bebas dan segala-galanya. Disebalik semua suruhan dan larangan tersebut,tersembunyi seribu satu rahsia;dimana rahsia tersebut perlu dikaji ,diteliti dan dihayati.Ketahuilah,insan-insan muaallaf yang ikhlas memeluk Islam,bukan kerana lelaki atau kebendaan dunia,mereka memulakan dengan pengkajian,perbandingan agama,pemerhatian dan sebagainya.Bukan hidayah itu datang sekonyong-konyongnya ;mungkin ada tapi hanyalah sebilangan sahaja.

caj-caj yang dikeluarkan ketika solat berjemaah Kedengaran kata hati yang sombong dan angkuh(salah satu sifat syaitan);takperlulah,aku nak kaji dan buat pemerhatian,akukan Islam asli.Ini adalah salah satu bisikan syaitan yang setiap saat mengganggu kaum Adam dan Hawa. Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga." (Al Israa';ayat 64-65) Mulalah pengkajian ; tentang Islam,tentang kehebatan Islam,tentang diri kita,kajilah alquran terjemahan(tiada satu ayatpun yang bercanggah dengan unsur sains dan kajian-kajian yang dijalankan saintis).Di dalamnya tiada unsur penipuan,unsur tokok tambah.Tiada,dan tiada. semakin anda kaji,anda akan semakin rasa betapa hebatnya kebesaran Allah swt;semakin anda kaji,anda akan

dapat merasai sesuatu yang amat bahagia dalam hati yang paling dalam;semakin anda kaji,semakin anda akan yakin dengan Islam,semakin anda kaji ,anda akan tahu betapa ruginya anda dilahirkan sebagai Muslim,namun tempat akhir adalah neraka kerana tidak belajar dan angkuh(sombong) untuk menerima dan mengamalkan Islam dalam kehidupan. Firman Allah swt: Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.( An Nuur;ayat 39) Kenapa saya mengutarakan Islam itu adalah soal hati.Allah s.w.t melihat orang mukmin pada hatinya.Bila mana mereka beribadat,Allah s.w.t melihat pada hatinya,keihklasan hatinya dalam menunaikan ibadat-ibadat tersebut. Islam sangat mengambil berat soal hati.Hati ibarat penentu diri seorang Insan.Dan hati inilah yang membezakan orang Islam dan orang bukan islam,dan juga orang Islam yang ikhlas(mukhlis) dengan orang Islam yang tidak beriman.Hayati firman Allah s.w.t.

dan ampunilah bapakku, karena sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (yaitu) di hari harta dan anakanak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, dan (di hari itu) didekatkanlah surga kepada orang-orang yang bertakwa.( Asy Syu'araa':ayat 86-90) Lihatlah, hayati dan fikirlah betapa pentingnya hati itu bagi Allah s.w.t.Islam itu mudah dan memudahkan.Islam mudah dan mudahkan, hanyalah perlu menjaga hati.Bagaimana ingin menjaga hati?Allah s.w.t telah menurunkan alquran dan sunnah Nabi s.a.w sebagai panduan dalam hidup kita. Janganlah kita terlalu mengagungkan budaya Barat kerana budaya itu diglobalisasikan untuk menyesatkan umat Islam dan betapa kita melihat betapa berjayanya mereka mengglobalisasikan anak-anak muda terutama yang berbangsa Islam. Jika anak-anak muda memberontak di luar dan di dalam,menyatakan Islam adalah agama yang penuh dengan larangan dan peraturan.Saya bagi contoh yang paling mudah,yang anda boleh sendiri fikirkan. Cuba anda bawa hati ,fikiran,lamunan anda kearah satu organisasi yang tidak peraturan dimana ahli-ahlinya boleh melakukan sesuka hati; adakah pada akal fikir anda yang sihat,organisasi tersebut akan menjadi sebuah organisasi yang gah dan maju.Pasti dan saya yakin jawapan anda,adalah tidak. Begitu juga,kehidupan insan dimuka bumi ini,Allah telah hadiahkan dan anugerahkan panduan hidup yang tidak dapat diperoleh dimana-mana;iaitu alquran dan sunnah. Bangkitlah anak muda,lihatlah kedasar hatimu yang paling dalam,ambil lah satu hari,dua hari ,menyendiri dan lihat lah ke dalam hatimu.Apa yang diingini oleh hatimu yang paling dalam.Kebebasankah?tenangkah hatimu.Keseronokkan kah?sampai bila,bila-bila masa ajal boleh menjemput. Alhamdullilah.Akhir kalam,harapnya artikel yang tidak seberapa ini,bermanfaat buat para pembaca.Marilah tiap-tiap hari kita pohon hidayah Allah moga ia kekal menjadi milik kita hingga ke akhirnya.Moga kesudahan dan pengakhiran hidup kita adalah dalam iman dan takwa.amin.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai