Anda di halaman 1dari 8

RUKUN IMAN Mukaddimah Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang

kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran pada awal surah al-Baqarah, ayat 3:


Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu. Natijah daripada keimanan kepada yang ghaib ini sangat penting, iaitu menjadikan muslim itu sentiasa berwaspada dalam kehidupannya. Ini kerana, setiap perbuatannya di atas dunia ada implikasinya di akhirat, iaitu sama ada akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT ataupun dicampakkan ke dalam neraka, waliyazubillah! Rukun iman ada enam perkara: 1. Beriman kepada Allah SWT Beriman kepada Allah SWT bermaksud, seseorang itu wajib mengenali Allah yang disembahnya dan meyakini bahawa Allah itu wujud, Allah yang menciptakan alam ini dan sebagainya lagi. Muslim juga wajib mengimani apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia dan seluruh alam ini walaupun ia kelihatan tidak rasional pada akal fikiran manusia. Atas alasan inilah, seorang muslim wajib mempelajari ilmu usul, tauhid atau akidah bagi menetapkan keyakinannya kepada Allah SWT. Ilmu inilah yang lebih dikenali dengan nama Sifat 20, yakni mengetahui dengan tafsil 20 sifat yang wajib bagi Allah SWT. Alangkah aibnya jika mengaku beriman kepada Allah SWT tetapi tidak mengenali Allah SWT. 2. Beriman kepada para malaikat

Malaikat dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang taat kepada perintah-perintah-Nya. Ada sepuluh nama malaikat dan tugasnya yang harus kita ketahui iaitu, Jibril yang menyampaikan wahyu; Mikail iaitu penurun rezeki; Israfil, iaitu peniup sangkakala atau terompet pada hari kiamat; Izrail iaitu pencabut nyawa makhluk; Raqib dan Atid, iaitu malaikat kiraman katibin yang mencatat amalan baik dan jahat manusia; Munkar dan Nankir, iaitu dua malaikat yang ditugaskan Allah SWT bagi menanyakan soalan di alam barzakh dan dua malaikat terakhir, iaitu Malik dan Ridzwan yang ditugaskan menjaga Neraka dan Syurga. 3. Beriman kepada kitab-kitab Kitab-kitab ini bermaksud, apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasul-rasul-Nya yang menjadi panduan atau syariat dalam kehidupan. Ada empat buah kitab yang harus kita ketahui, iaitu Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s; Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s; Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s dan terakhir al-Quran yang dittitipkan kepada Nabi Muhammad saw. Di samping kitab-kitab, turut diturunkan kepada beberapa nabi ialah suhuf-suhuf yang berupa keterangan ringkas mengenai hukum-hakam atau sesuatu syariat. Misalnya suhuf yang diberikan kepada Nabi Ibrahim. 4. Beriman kepada para rasul Para rasul diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia sebagai penunjuk jalan keselamatan. Mereka membimbing manusia daripada penyembahan yang salah, misalnya menyembah berhala atau sesama makhluk kepada menyembah Allah yang Maha Esa, dan seterusnya menjadi model kehidupan bagi seluruh umatnya. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan para rasul ini daripada kalangan manusia agar mereka mampu ditauladani serba-serbi dalam sebarang aspek kehidupan. Terdapat 25 orang nabi lagi rasul yang wajib diimani oleh seorang muslim, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Nabi Adam a.s. Nabi Idris a.s. Nabi Nuh a.s. Nabi Hud a.s. Nabi Salih a.s. Nabi Ibrahim a.s. Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s) Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.) Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.) Nabi Yaakub a.s. Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Yaakub a.s.) Nabi Ayub a.s. Nabi Syuaib a.s. Nabi Musa a.s. Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)

16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

Nabi Zulkifli a.s. Nabi Daud a.s. Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.) Nabi Ilyas a.s. Nabi Ilyasa a.s. Nabi Yunus a.s. Nabi Zakaria a.s. Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s) Nabi Isa a.s. Nabi Muhammad s.a.w.

5. Beriman kepada hari akhirat Hari Akhirat adalah suatu hari di mana semua manusia akan dikumpulkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar. Tujuannya, semua manusia akan dihadapkan ke mahkamah Allah SWT dan diadili segala amal perbuatannya di atas dunia ini. Di dalam mahkamah Allah SWT itulah, manusia akan diberikan kitab atau buku yang semasa di dunia dahulu ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin (Raqib dan Atid) dan seluruh anggota tubuhnya sendiri menjadi saksi amal perbuatannya di dunia dahulu. Amal perbuatan manusia juga akan ditimbang atas timbangan al-Mizan. Kemudian, kita semua akan melalui satu jambatan yang dikenali titian sirat al-mustaqim (titian yang lurus) sebelum dapat masuk ke syurga Allah SWT. Mana-mana manusia yang amal jahatnya melebihi amal kebaikan atau tidak beriman kepada Allah SWT, maka mereka tidak akan berjaya melintasi neraka dan akan terjatuh ke dalam neraka bagi menerima azab di atas kelalaian mereka di dunia. Manusia yang selamat melintasi titian itu akan masuk ke dalam syurga Allah SWT yang penuh kenikmatan sebagai ganjaran di atas keimanan dan ketakwaan mereka di atas dunia dahulu. Semua manusia akan melalui proses ini tanpa kecuali, hatta mereka seorang nabi atau rasul. 6. Beriman kepada qada dan qadar Qada dan qadar bermaksud, seluruh kehidupan manusia dan perjalanan alam di atas muka bumi ini hakikatnya sudah ditentukan dan termaklum dalam ilmu Allah SWT. Apa yang akan terjadi sesaat daripada ini adalah di dalam ilmu Allah SWT. Ia bermaksud, kita hanya perlu berusaha dan hasilnya Allah SWT yang memberikannya, kerana ia adalah dalam pengetahuan Allah SWT dan Allah SWT sendirilah yang berhak menentukan akhir sesuatu perkara. Sungguh pun Allah SWT sudah tahu apa yang akan terjadi, namun sebagai manusia kita wajib berusaha ke arah kebaikan, diiringi dengan doa bersungguh-sungguh dan di akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT, agar kesudahannya kelak beroleh kebaikan. Inilah yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dan ditegaskan lagi oleh Baginda Muhammad SAW: Tidak tertolak qada itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan. (Hadis riwayat Tirmidzi daripada Salman al-Farisi r.a)

Di samping itu, ulamak membahagikan qada itu sendiri kepada dua, iaitu qada mubram dan qada muallaq. Qada mubram adalah seuatu yang tetap akan berlaku dan tidak boleh ditolak, misalnya orang muda akan menjadi tua, setiap yang hidup pasti akan mati. Manakala, qada muallaq ialah sesuatu yang dapat ditolak dengan doa atau dengan berbuat kebajikan, misalnya bersedekah yang menolak musibah, sebagaimana yang dicatatkan di atas. Berikut dipetik daripada sebuah artikel http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/98/doaperlu-disertai-usaha bagi menerangkan lebih rinci tentang maksud di atas. Kata Imam al-Ghazali: Jika ada orang bertanya, apa manfaat doa itu padahal qada (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan. Ketahuilah bahawa qada juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa. Maka doa menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya, perisai menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 39 yang bermaksud: Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan. Pengarang kitab Bahr al-Madzi membawakan masalah qada mubram dan qada muallaq mengenai makna kedua-dua jenis qada itu dan hubungannya dengan doa: (Kata ulama) qada mubram itu ialah suatu yang ditentukan Allah di dalam ilmunya, tidak boleh diubah dan tidak boleh ditukarnya dan qada muallaq itu seperti suatu perkara yang bertaliq sekiranya engkau berdoa nescaya diperkenankan apa-apa doamu dan sekiranya engkau berbuat bakti dan silaturrahim nescaya dipanjangkan umurmu dan sekiranya tiada diperbuatkan bakti dan tiada berdoa, tiadalah diperkenankan dan ditambah umur dan bertentang dengan barang yang di dalam ilmu-Nya. Maka qada muallaq itulah yang ditolak oleh doa. (Lihat Bahr Al-Madzi 13-14/196) Wallahualam.

http://www.hamizul.com/?page_id=964

Rukun Islam
RUKUN ISLAM & HURAIANNYA Di dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada kekuatannya. Ia dinamakan alarkan al-Islam ataupun rukun Islam. Lima rukun itu ialah: 1. Mengucap dua kalimah syahadah 2. Mendirikan solat lima waktu 3. Menunaikan zakat 4. Berpuasa Ramadan 5. Mengerjakan haji di Baitullah Huraian: 1. Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita.

Namun, tidaklah cukup jika kita sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah ini, jika tidak memahami maksud dan tuntutan di sebalik pengucapannya. Bandingannya samalah seperti sighah (ijab dan kabul) semasa akad nikah dalam perkahwinan. Ucapan yang dilafaz itu, menatijahkan suatu tanggungjawab maha berat bagi sepasang suami dan isteri. Pesan Rasulullah SAW: Daripada Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya. (al-Bukhari dan Muslim) Hadis di atas menjelaskan, mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka daripada bakaran api neraka. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura sahajalah, yang akan menjadi bakaran neraka Allah, waliyazubillah!

Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur, iaitu: 1. Dikrarkan dengan lidah 2. Ditasdikkan (diakui) dengan hati 3. Dibuktikan dengan amal 2. Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Ia jelas dipaparkan di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, misalnya: Ajaklah mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam. (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)

Solat yang dididirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya. Firman Tuhan: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut (29): 45) 3. Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat diindikasikan rukun ketiga, kerana ia sering digandingkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya. Nabi menyatakan: Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu diberikan kepada orang-orang fakir, (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim)

Zakat adalah amalan yang mempunyai nilai ukhuwwah dan juga solidariti yang tinggi. Zakat juga mempunyai konotasi pembersihan harta, penyucian jiwa dan peningkatan peribadi yang terpuji. Orang yang istiqamah menunaikan zakat, maka mereka diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya. 4. Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat tersembunyi dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak, puasa yang yuk atau puasa apa maqamnya.

Rasulullah SAW menukilkan: Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya), (Riwayat Muslim) Berpuasa mampu melentur nafsu agar tunduk kepada Allah SWT. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit. 5. Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang lima. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita. Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya: Kami pergi haji dengan Rasulullah SAW, bersama-sama denganwanita dan anak-anak. Setelah sampai di Mekah, kami tawaf di Baitullah, saie antara Safa dan Marwah (Hadis Riwayat Muslim) Namun begitu, Nabi SAW sendiri hanya menunaikan haji sekali dalam usianya. Ini menunjukkan, yang penting bukan berapa kali naik haji melainkan hikmah dan iktibar di sebalik perlakuan haji. Jika rukun Islam yang lain, lebih lembut dan sederhana sifatnya, namun haji adalah perlakuan ibadah yang menzahirkan kesepaduan, kekuatan ummah dan kehebatan individu muslim.

Sebab itulah haji mewajibkan ihram sebagai busananya, menzahirkan tubuh badan yang sihat dan kuat. Semuanya berihram, bukti kita ini hakikatnya sama sahaja tarafnya di sisi Allah SWT. Perlakuan haji juga memerlukan kekuatan tubuh badan, berlarian antara Safa dan Marwah, melontar ketulan batu, bermalam di Muzdalifah dan sebagainya. Paling agung, haji adalah kongres umat Islam sedunia. Tempat saling kenal-mengenali, mencipta kekuatan ummah dan juga medan pernyataan emosi yang tidak terbatas. Apa lagi yang tidak dinamakan demontrasi jika masing-masing mengelilingi Kaabah dan berarak sambil mengucapkan talbiyahLabbaikallahu malabaik!!! Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai