Anda di halaman 1dari 24

Page | 1

I Bb .oMBb T=MBb
Akidah Islam

Pendahuluan
Manusia tanpa mengira dimana sahaja mereka berada dan didalam apa jua situasi, tidak sunyi
daripada akidah sama sekali. Tidak kira sama ada akidah yang baik atau rosak ataupun akidah
yang benar atau batil (salah).
Ini adalah kerana akidah (keyakinan) bukanlah eksklusif bagi Islam. Para penganut agama-
agama dan mazhab-mazhab sudah pasti memiliki keyakinan-keyakinan berdasarkan cara
mereka menjalani kehidupan mereka. Perkara ini berlaku terhadap individu, perkumpulan
(jemaah) maupun masyarakat. Bermula dari penciptaan manusia sehinggalah hari kiamat.

Pengertian akidah
Apakah yang dimaksudkan oleh masyarakat dan juga orang ramai dengan erti akidah
(keyakinan)? Apa pula yang dimaksudkan didalam bahasa arab? Dan apakah konsep akidah
didalam Islam?
Pada sisi masyarakat (istilah) akidah adalah sesuatu yang ditegaskan dan diyakini oleh hati
manusia, yang mereka terima sebagai satu kebenaran. Semua ini merupakan hal-hal yang
dipegangi oleh mereka tanpa ada keraguan.
Pada sudut bahasa, perkataan akidah berasal dari bahasa arab al aqdu ( ) yang
bermakna ikatan atau simpulan.
Akidah menurut syariat Islam adalah simpulan Islam yang kukuh merupakan keimanan yang
teguh tanpa ada keraguan kepada Allah Azza wa Jalla. Dan ia terbahagi kepada dua
bahagian:-
1) Iktiqadiah iaitu hal yang berkaitan dengan rububiyah Allah dan perkara ghaib yang
diberitakan melalui Al-Quran dan hadith yang sahih dan juga terhadap rukun-rukun
iman.
2) Amaliah Segala yang bersangkutan dengan amalan, seperti solat, zakat, puasa, haji
dan segala hukum-hakamNya.
Page | 2

Benar atau rosaknya amaliah adalah bergantung kepada benar atau rosaknya iktiqadiah.
Maka aqidah yang benar adalah asas bagi tertegaknya agama serta merupakan syarat sahnya
amal. Sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla:-
VC Bf B0 M+I )N1d.v
b `Lf B0 Nf =f
M`. F CAH FbM .Bf
=`).: V.H1 dA./ BJ1+
N. M TB) =`).:
bM`0
110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti
kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa
Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan
amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada
Tuhannya". (Al-Kahfi 110)
Mf. .0 Hf `Lf.
CBb v 1PC +6H.M0
P.H 1.oA NJ.
.v .M6Bb
65. dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi
Yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu)
mempersekutukan (sesuatu Yang lain Dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan
Engkau akan tetap menjadi dari orang-orang Yang rugi. (Az-Zumar 65)
Akidah Islam bertujuan mentafsirkan kepada manusia rahsia kehidupan dan kematian, dan
menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya, iaitu ; dari mana kita datang? Kemana kita akan
pergi? Kenapa kita diciptakan?
Akidah Islam ini bukanlah hasil ciptaan manusia-manusia dan bukan pula ciptaan atau hasil
pemikiran Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. Sebaliknya ia adalah akidah yang suci,
yang datang dari Allah Azza wa Jalla, yang mengutuskan para Rasul alaihi solatu wassalam
untuk menyebarkannya. Ia menjelaskan tentang Allah Azza wa Jalla dan hubungan Allah
dengan alam maya ini, sama ada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Juga membicarakan tentang hakikat kehidupan didunia, peranan manusia didalamnya dan
akibat yang bakal menimpa mereka pada kemudian hari.
Apa yang dilakukan oleh Islam ialah membersihkan akidah daripada kotoran-kotoran dan
benda-benda asing yang ditempelkan kepadanya oleh manusia di setiap zaman dan masa,
sehingga mengeruhkan kemurnian akidah Islam.
Page | 3

Kerana itulah perhatian para Nabi-nabi yang diutus untuk meluruskan akidah umat-umatnya
dan keutamaan yang diberikan ialah mentauhidkan Allah Azza wa Jalla dengan tidak melakukan
sebarang kesyirikan.
Mf. B.1d) Vm v0
N: .0 FbMPBb Bb
FbJBb. +Bb F
36. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah
Taghut". . (An-Nahlu 36)

Sumber aqidah, Ibadah dan Metodologi untuk memahami Aqidah
Wajib bagi kita meyakini akidah Islam ini bukanlah hasil ciptaan manusia-manusia dan bukan
pula ciptaan atau hasil pemikiran Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. Sebaliknya ia
adalah akidah yang suci, yang datang dari Allah Azza wa Jalla, yang mengutuskan para Rasul
alaihi solatu wassalam untuk menyebarkannya.
Ini membawa maksud bahawa akidah Islam adalah bersifat tauqifiyyah. Begitu juga dalam
perkara Ibadah. Ia tidak boleh ditetapkan melainkan dari dalil syari yang bersumber dari
kitab Allah, Sunnah Rasul-Nya s.a.w. yang sahih dan menuruti Ijma al-Salaf as-Soleh. Ini
merupakan perkara yang pasti di dalam agama Islam. Oleh itu wajib bagi kita mengambil segala
perkara berkaitan aqidah dan Ibadah dari al-Quran dan al-Sunnah dan mengikuti kefahaman
para salaf as Soleh.
Ini adalah kerana, tiada seorang pun yang mengetahui tentang Allah, tentang apa-apa perkara
yang wajib bagiNya, dan perkara yang wajib disucikan dariNya meliputi perkara-perkara yang
ghaib melainkan Allah sendiri. Dan tiada siapa pun sesudah Allah yang lebih mengetahui
tentang Allah selain Rasulullah s.a.w. Dan tiada siapa yang lebih memahami tentang Allah,
Rasul-rasulNya dan AgamaNya sesudah Rasulullah s.a.w selain sahabat baginda radhiallahu
anhum ajmain.
BM0 CBb Fb1vb. N
FbvMfV ) M Bb
0.:. F FbfVBb. Bb P f Bb
HA /1
Page | 4

1. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya
(memandai-mandai melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum atau kebenaran);
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui . (Al-Hujurat -1)
Oleh itu sikap dan juga akhlak seorang muslim terhadap Allah dan RasulNya ialah tidak
mendahulukan pendapat sendiri atau mana-mana pendapat melainkan setelah diambil
sumbernya dari Allah dan RasulNya terlebih dahulu.

Firman Allah Subhanahu wa Taala:-

BM0 CBb Fbovb.
FbH0 Bb FbH0. XMBb
L00. UJ.Bb N1v F T
/.1V 0A `TM
`Lf Bb XMBb. f /oH
1vV BB) .HBb. M.JBb P
MM. +=0. A0V

59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.
kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisa 59)


Berkata Ibnu Kathir r.h.:- Berkata Mujahid dan kebanyakkan Ulama Salaf : Ertinya kepada Kitab
Allah dan Sunnah RasulNya. Ini adalah perintah dari Allah Azza wa Jalla, bahawa segala sesuatu
yang diperselisihkan manusia, sama ada dalam perkara-perkara usul agama ataupun dari
cabang-cabang agama hendaklah dikembalikan kepada Al-Kitab (Al-Quran) dan As-Sunnah
sepetimana firman Allah Taala:-
Bv. /`1J.Bb =T v 0A
=N `Lf Bb P ..
10. dan (Katakanlah Wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara
ugama Yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya
terserah kepada Allah; (As-Syura 10)

Maka apa yang yang ditetapkan oleh Al-Kitab dan As-Sunnah serta disaksikan akan
kesahihannya, maka ia adalah satu kebenaran dan apa saja setelah munculnya kebenaran
melainkan kesesatan.
*(Tafsir Al-Quran Al-Azhim lil Imam Ibni Kathir . Darul Haithami cetakan pertama jilid 1 m.s. 768)

Didalam hadith pula terdapat apa yang disepakati oleh ayat-ayat yang diatas, dimana Nabi
s.a.w. bersabda:
Page | 5



Ketahuilah aku telah diberikan al-Kitab (al-Quran) dan bersamanya
yang sepertinya. (iaitu al-Sunnah).
(Hadis riwayat Abu Daud H.N.4593 Bab Dalam Melazimi Sunnah. Disahihkan oleh Albani didalam Sahih Jami As-
Saghir H.N.2643.)

Dan Nabi s.a.w. juga bersabda:


:
Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada
keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
*(Diriwayatkan oleh Imam Malik didalam Al-Muwattha H.N.1662 Kitab Al-Jami; Bab Larangan dari berkata
tentang Al-Qadar. Berkata Ibnu Abd Al Bar : Terpelihara yang diketahui lagi masyhur daripada Nabi s.a.w.
dikalangan ahli ilmu At-Tamhid Jld 14 m.s.384 )




1. Sumber Pertama Al-Quran Al-Karim
Al-Quran adalah kalam (perkataan) Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dimana Ia merupakan sumber utama dalam memahami aqidah Islam. Wajiblah bagi kita untuk
menerimanya tanpa mewujudkan walau sedikit pun keraguan terhadapnya.
Untuk memahami perbicaraan diatas, marilah kita mengimbas kembali peristiwa Nabi Adam
alaihi salam ketika diturunkan dari syurga untuk diambil beberapa pengajaran yang berkaitan.
Allah Azza wa Jalla berfirman kepada mereka:-
Bo1C FbBb B8v BoTo F
BvT NoV0 .v dM
V bM A B.
M`1 N.
CBb. FbMAAH Fb)HAH.
BoJB) 00 10
:B1Bb F BM Bb.
38. Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian jika datang
kepada kamu petunjuk dariKu , maka sesiapa Yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak
ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
39. dan orang-orang kafir Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 38-39)

Berkata Ibnu Kathir r.h. didalam tafsir Al-Azhim ketika mentafsirkan ayat ini, beliau berkata:-
Allah Azza wa Jalla berfirman untuk mengkhabarkan tentang peringatan yang telah diberikan
Page | 6

kepada Adam dan Isterinya dan juga Iblis ketika menurunkan mereka dari Syurga. Yang
dimaksudkan adalah kepada zuriat keturunannya, sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan
menurunkan Al-Kitab dan akan mengutuskan para Nabi dan Rasul sebagaimana dikatakan oleh
Abu Aliah:- Al-Huda ( ) bermaksud:- Para Nabi, Rasul juga keterangan dan penjelasan.
Dan berkata pula Maqail bin Haiyan :- Al-Huda ( ) bermaksud:- Nabi Muhammad s.a.w.
dan berkata pula Al-Hasan :- Al-Huda ( ) bermaksud:- Al-Quran. Kedua pendapat ini
(pendapat Maqail bin Haiyan dan Al-Hasan) adalah sahih (benar).

Abu Aliah mengatakan :
V bM
(Maka barang siapa telah mengikuti petunjukKu)- iaitu :- Barang siapa yang menerima terhadap apa
yang telah Aku turunkan kepadanya berupa Al-Kitab, dan yang telah Aku utuskan akan Rasul-rasul,
A B. M`1
(maka pastilah tiada kekhuatiran kepada mereka) iaitu :- terhadap apa yang akan mereka
tempuhi dalam urusan akhirat kelak.
N.
(dan tidaklah mereka bersedih hati) iaitu :- terhadap apa yang terluput kepada mereka akan
urusan dunia. Sebagaimana firman-Nya :-

XBC BBb Bov BHo F
N) XM F BvT
P1V0 .v dM
VBb bM A :V N.
PC
123. Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama-sama, Dalam
keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya Yang lain; kemudian jika datang
kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa Yang mengikut petunjukKu itu nescaya
ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. (Taha 123)

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu anhuma :- Maka dia tidak disesatkan didunia dan tidaklah dia
sengsara diakhirat.
v. .M0 Mm T
0 1Tv C1No+ `MN.
. .TfBb P:0
124. "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya
adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat
Dalam keadaan buta". (Taha 124)

(Ini adalah) sebagaimana disebutkan disini:-
CBb. FbMAAH Fb)HAH.
BoJB) 00 10
:B1Bb F BM Bb.
39. dan orang-orang kafir Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 29)
Page | 7

*(Tafsir Al-Quran Al-Azhim lil Imam Ibni Kathir . Darul Haithami cetakan pertama jilid 1 m.s. 110-111)


Faedah dari ayat dan tafsiran :-

Allah Azza wa Jalla dengan kasih sayangNya terhadap hamba-hambaNya, telah
mengingatkan kepada kita, bahawa ia akan menganugerahkan kepada hamba-hambaNya
petunjuk berupa AlQuran (untuk umat Muhammad s.a.w.), RasulNya sebagai utusanNya yang
ditugaskan untuk menyampaikan, menjelaskan, memperincikan, menerangkan kepada
hamba-hambaNya agar ditaati dan untuk diikuti serta menerimanya dengan penuh redha
tanpa ragu yang akan menyebabkan ia bahagia didunia dan diakhirat. Bahkan mereka akan
selamat daripada kesesatan di dunia dan terselamat dari kesengsaraan diakhirat kelak.

Manakala sikap hambaNya yang mengengkarinya, mendustakannya serta menyombongkan diri
dari berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya setelah diberikan penjelasan akan
merasakan kehidupan yang begitu sempit sehingga mengakibatkan kesesatan didunia serta
kesengsaraan diakhirat kelak. Oleh itu berpegang kepada apa yang diturunkan oleh Allah (Al-
Quran) adalah satu kewajipan.

*Peringatan yang sebegini terlalu banyak didalam Al-Quran yang terdapat pada ayat-ayat yang
lain yang tidak dapat dipaparkan disini yang bertujuan untuk meringkaskan sahaja. Rujuklah Al-
Quran kepada sesiapa yang menghendaki.

Al-Quran adalah mukjizat yang terpelihara dan terdapat jaminan dari Allah Azza wa Jalla yang
diberikan kepada umat ini.

Bf N B.1 MHCBb Bf.
= =6
9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran,
dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Al-Hijr 9)

Kerana itulah kita tidak akan dapati terdapat perselisihan pada ayat-ayat Allah. FirmanNya :-

A0 M)MJ b.MfBb P
. CAH v M1 MMA Bb
FbM. =T B1`1J.Bb b1MMdm

82. Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah
Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati
perselisihan Yang banyak di dalamnya. (An-Nisa 82)

Oleh itu, Al-Quran menjadi sumber utama bagi insan yang ingin mencari kebenaran dalam
aqidah Islamiyyah kerana Ia adalah sumber yang terpelihara dan Ia adalah sumber yang
memberi keyakinan yang tidak meragukan kerana Ia adalah dari Allah Rabbul alamin.

Page | 8



2. Sumber kedua Dari Rasulullah s.a.w.

Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, sifat atau
taqrir (persetujuan) baginda s.a.w. dinamakan Hadith. Ia juga dinamakan As-Sunnah.

Muhammad Rasulullah s.a.w. adalah manusia yang dipilih oleh Allah Azza wa Jalla dan dilantik
sebagai RasulNya yang ditugaskan untuk menyampaikan risalahNya kepada seluruh manusia
yang berada dialam maya ini.
M X: Bb P .
29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah(Al-Fath 29)

Bv `V XMBb Nf `1PBb N
Bb. `1 Bv MV Bv.
JNV
99. tidak ada kewajipan Yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan
(perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa Yang kamu lahirkan
dan apa Yang kamu sembunyikan. (Al-Maidah-99)

Perkataan yang diucapkan baginda berkenaan Islam bukanlah dihasilkan dari nafsu atau
pemikirannya sendiri. Tetapi perkataannya adalah berupa wahyu dari Allah Azza wa Jalla.
Firman Allah:-

Bv. C1 b.=1Bb f
. Nf . P
3. dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri.
4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah
wahyu Yang diwahyukan kepadaNya. (An-Najm 3-4)

Ditugaskan sebagai Mubaiyin Al-Quran kepadanya untuk menjelaskan, menghuraikan,
memperincikan dari sesuatu nya kepada umatnya, ini adalah termaktub didalam firman Nya:-

6.1.BB) M)Bb. N
B.10. Hf MmCBb
.J B11 Bv X
Mf 1. .MNAJ

44. (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata (yang
membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami
pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya
Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada
mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (An-Nahlu 44)

Page | 9




Pada ayat yang lain, Allah berfirman:-

Bv. B.10 H`1 +1JNBb Nf
.J ==1 CBb Fb`1J.Bb
=T oM. 1.o.:. 6f
.1v
64. dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) melainkan
supaya Engkau menerangkan kepada mereka akan apa Yang mereka
berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat
bagi orang-orang Yang beriman. (An-Nahlu-64)


Bahkan baginda diancam oleh Allah Azza wa Jalla, sekiranya tidak menyampaikan risalahNya
kepada umatnya, firmanNya:-

T BM0 XMBb 1) Bv
X0 Hf v .): F f.
VV B +61) =JB: P
Bb. .v B1Bb N f Bb
N M.M fBb MNBb

67. Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;
dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna
tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari
(kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk
kepada kaum Yang kafir. (Al-Maidah 67)

Wajib kita meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan kepada umatnya seluruh
risalahNya tanpa menyembunyikan sesuatu hingga tersempurnalah syariat Allah secara
keseluruhan yang tidak perlu kepada penambahan atau pengurangan. Firman Allah Tabaraka
Taala:-

.HBb 61H0 N NoT
60. NH`1 /
6T.:. N .`16Bb BooT P ..
3. Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. (Al-Maidah 3)

Tugas umatnya pula adalah menerima dengan penuh redha terhadap apa yang telah dibawa
dan disampaikan oleh baginda s.a.w. Firman Allah Tabaraka Taala:-

Page | 10

Bv... NVb. XMBb `H
Bv. N =o FbJBB P
FbfVBb. Bb F f Bb MMA
LBfBb
7. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka
patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah
amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).
(Al-Hasyr -7)

Dan mentaati perintah dan larangannya serta menyahut seluruh seruan baginda s.a.w dan
menerima dengan penuh redha diatas keputusannya, maka itulah sikap dan akhlak seorang
muslim yang meinginkan kejayaan didunia dan diakhirat :-

Bf CAH XC 1vBb bf
FbT `Lf Bb 0.:.
.)N.H o) 0 Fbf
B.1 B.10. P 00.
1Bb
51. Sesungguhnya perkataan Yang diucapkan oleh orang-orang Yang beriman ketika
mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim
memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata:
"Kami dengar dan Kami taat":
dan mereka itulah orang-orang Yang beroleh kejayaan. (An-Nur 51)

Oleh itu, Al-Hadith atau As-Sunnah menjadi sumber kedua bagi insan yang ingin mencari
kebenaran dalam aqidah Islamiyyah kerana Rasulullah adalah insan yang terpilih dan yang
paling mengetahui tentang syariat Allah.


VC B0 1B1Bb f X.:
Bb PHf BTo CBb =
1v .Bb :J.Bb. F N
=f Nf . : 6H. F
FbovB BB) 0.:. .LoBb
.Jd.Bb CBb v BB)
=J1m. `VBb. P1
.MJV
158. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah
pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan.
oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman
kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya);
dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". (Al-Araf 158)


Page | 11

Pada ayat yang mulia ini Allah Azza wa Jalla memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk
memberitahu kepada seluruh manusia dan umatnya bahawa baginda s.a.w. adalah utusan Allah
dan ditugaskan untuk menerangkan kepada manusia tentang Allah yang Maha Agung, yang
berkuasa di langit dan dibumi, tiada Tuhan sembahan yang sebenar-benarnya yang paling
berhak disembah, dipatuhi dan diibadahkan dan bahawa Dialah yang mematikan dan
menghidupkan dan diperintahkan agar kita beriman kepadaNya, RasulNya dan Kalimah-
kalimahNya, dan dipenghujung ayat yang mulia ini diperintahkan pula kepada kita untuk
mengikuti Rasulullah s.a.w. agar kita mendapat petunjuk dari Allah Azza wa Jalla.

Oleh itu dengan mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam semua tatacara keimanan, peribadatan
dan kehidupan akan membolehkan kita meraih kejayaan diakhirat kelak dan kita dilarang
mewujudkan apa-apa perkara dari agama yang tidak ada contoh atau bukti dari Al-Quran
maupun petunjuk dari Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:-

. . .

Maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah (al-Quran) sementara sebaik-baik
petunjuk ialah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara yang baru diada-
adakan dan setiap bidah adalah sesat
*Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 867 (Kitab al-Jumuah, Bab meringankan solat dan khutbah).



3. Mengikuti kefahaman (Manhaj) As Salaf As Soleh

Sepertimana yang telah dijelaskan diawal, agama Islam adalah agama wahyu yang bersumber
dari Al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana yang disabdakan oleh baginda sallallahu 'alaihi wa
sallam:-

:
Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang
kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
*(Diriwayatkan oleh Imam Malik didalam Al-Muwattha H.N.1662 Kitab Al-Jami; Bab Larangan dari berkata tentang Al-
Qadar. Berkata Ibnu Abd Al Bar : Terpelihara yang diketahui lagi masyhur daripada Nabi s.a.w. dikalangan ahli ilmu At-
Tamhid Jld 14 m.s.384 )

Syariat Islam (Aqidah dan Ibadah) yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
sallam telah sempurna dan diajarkan kepada para sahabat baginda radhiallahum ajmain
adalah Islam yang putih bersih tanpa campuran syirik, bidaah, khurafat dan tanpa tambahan
apapun. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:-


Page | 12

Sesungguhnya, aku benar-benar telah tinggalkan (Agama Islam) kepada kamu yang putih
bersih, malamnya seperti siangnya, tidaklah berpaling darinya (Agama Islam yang dibawa)
sepeninggalanku, melainkan akan binasa.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Hakim dan Ahmad. Telah disahihkan oleh:- Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim dalam Tahzib
Rujuk Silsilah As-Sahihah no. 937)

Oleh itu hendaklah bagi setiap orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya sallallahu 'alaihi
wa sallam mengikuti aqidah dan juga tatacara ibadah yang disampaikan kepada sahabat
baginda, kerana merekalah yang lebih memahami apa yang diturunkan Allah kepada RasulNya
sallallahu 'alaihi wa sallam.

Firman Allah Azza wa Jalla:-

.fPBb. J.Bb .v
MBb :B+J.Bb.
CBb. VBb +=T)
: Bb 8 Fb.:. =1
M0. ==1 161 MV
BJv MJ.Bb Bb. BM
boM)0 P ABb /Bb

Maksudnya: Golongan terdahulu yang terawal (memeluk Islam) dari kalangan Muhajirin dan
Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan
mereka pun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang
mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah
kemenangan yang besar. (At-Taubah 100)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Taala menjanjikan keredhaan dan balasan syurga
yang kekal bagi mereka yang mengikuti pegangan para Sahabat dengan baik. Hakikat bahawa
ikutan terhadap pegangan para Sahabat menjadi faktor bagi mendapatkan keredhaan dan
balasan syurga daripada Allah Subhanahu wa Taala menunjukkan betapa ia adalah suatu
tuntutan yang wajib diikuti oleh generasi umat Islam terkemudian.

Firman Allah Subhanahu wa Taala:-

v. CCB XMBb Hv M) Bv
PV 0 NMBb PJ.
.MMA VHP 1vBb
0. Bv PL.V 0b.
.o F .B. bMMv
115. dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya
kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan
orang-orang Yang beriman (para sahabat), Kami akan memberikannya Kuasa untuk
melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan
Page | 13

memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk
tempat kembali. (An-Nisa 115)

Dalam ayat ini pula Allah Subhanahu wa Taala menegaskan bahawa golongan yang
menentang Rasul dan yang tidak mahu mengikuti jalan orang beriman akan menjadi sesat,
dan disebabkan kesesatan itu mereka seterusnya akan dibalas dengan balasan yang buruk.
Tidak syak lagi bahawa yang dimaksudkan dengan jalan orang beriman itu ialah jalan para
Sahabat kerana merekalah generasi terawal yang beriman sebagaimana keimanan Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam.




Menjelaskan maksud ayat ini, Sheikh Al-Albani berkata:

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala Maha Suci daripada perbuatan yang sia-sia,
maka tidak diragukan lagi bahawa penyebutan sabil al-mukminin itu tentunya untuk suatu
hikmah dan manfaat yang besar ertinya. Disebut olehNya untuk menunjukkan kepada kita
bahawa dalam mengikuti Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, ada lagi satu kewajipan yang
sangat penting iaitu ia haruslah sesuai dengan apa yang difahami oleh generasi kaum
muslimin terawal, yang terdiri daripada para Sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
dan kemudiannya diikuti oleh generasi sesudah mereka... Allah Subhanahu wa Taala
berfirman :

BM0 CBb Fb1vb. FbfVBb
Bb FbH. v CMBb
119. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah,
dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang Yang benar.

Sedangkan orang yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di satu sisi dan kefahaman
Salaf pada sisi yang lain bukanlah dia seorang yang benar atau jujur sama sekali.
(3)



Dari semua penerangan yang telah lalu dapatlah kita simpulkan bahawa sumber aqidah dan
ibadah adalah bersifat tauqifiyyah, yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih
menurut kefahaman para sahabat radhiallahu anhum ajmain akan mebawa manusia kepada
keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

Page | 14

.
Maksudnya: Maka sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan
melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan
Sunnah Khulafa Rashidin Mahdiyyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham
[4].

Sahih Sunan Abi Daud, no:4607
Menjelaskan maksud hadith ini Sheikh Al-Albani berkata (maksudnya):
Dalam hadith ini terdapat dua Sunnah, Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
dan Sunnah para Khalifah pengganti Rasul yang berada di atas petunjuk. Kita generasi
terkemudian mesti merujuk kepada Kitab Allah, Sunnah Rasulullah dan jalan orang beriman.

Kita tidak boleh bebas berleluasa memahami Al-Quran dan As-Sunnah tanpa merujuk
kepada kefahaman Salaf pendahulu kita Atas dasar itu, menjadi suatu hakikat yang tiada
tempat lari darinya bahawa tidak cukup dengan hanya bersandar kepada Al-Quran dan As-
Sunnah tanpa disertai metod Salaf yang menjelaskan kedua-duanya dalam pemahaman ilmu
dan amal serta dakwah dan jihad
[5]

(Majalah Al-Asalah vol. 9:86-90)

Nabi s.a.w. telah menerangkan akan terpecahnya umat Islam:-



.

Maksudnya: Golongan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu puak manakala
golongan Nasrani pula telah berpecah kepada tujuh puluh dua puak sedangkan umatku akan
berpecah kepada 73 puak, kesemuanya dalam Neraka kecuali satu sahaja, iaitu (golongan)
yang mengikuti (pegangan) ku pada hari ini (zaman Baginda) dan juga mengikuti (pegangan)
para Sahabatku[6]
Hadith ini diriwayatkan oleh sebelas orang Sahabat melalui sanad yang saling menyokong antara satu sama lain
sehingga menjadikannya Sahih Li Ghairih. Lihat: Silisilah Al-Ahadith As-Sahihah, no:203 dan 1492.

Para sahabat r.a. merupakan orang-orang yang paling banyak mengambil menafaat dari Al-
Quran dan As-Sunnah, serta yang paling tunduk terhadap keduanya. Ini adalah diantara
kerana:-

1. Bersihnya hati mereka dari sikap condong atau keinginan terhadap semua hal yang
berlawanan dan bertentangnan dengan nas Al-Quran maupun As-Sunnah. Mereka
memiliki persiapan yang mantap dalam menyambut segala yang datang dari Allah dan
RasulNya, serta tunduk dan patuhnya mereka terhadap Allah dan Rasul secara total
tanpa ada perasaan benci dan ragu.
Page | 15


2. Masa kehidupan mereka bersamaan dengan masa berlakunya pensyariatan dan
turunnya wahyu. Serta penyertaan mereka bersama baginda s.a.w. walau dimanapun
dan masa bila pun juga, sama ada siang atau malam, ketika bermukim atau bermusafir,
ketika aman atau peperangan. Kerana itulah, mereka adalah orang yang paling
mengetahui tentang keadaan yang kerana apa wahyu diturunkan, sedangkan
mengetahui keadaan yang lengkap tentang Al-Quran dan As-Sunnah adalah merupakan
factor yang sangat penting dalam memahami tujuan dan maksud wahyu.

3. Al-Quran ataupun As-Sunnah, majoritinya adalah diturunkan berkaitan keadaan mereka.
Baik perseorangan atau pun umum. Kerana wahyu yang diturunkan adalah merupakan
terapi terhadap peristiwa yang mereka alami dan mempengaruhi mereka, sedangkan
mereka sudah bersiap sedia untuk menerima perintah untuk dilaksanakan.

4. Dekatnya mereka dengan Rasulullah s.a.w. telah membebaskan mereka dari bersusah
payah untuk memastikan ketulinan Al-Quran maupun As-Sunnah. Mereka tidak
memerlukan rantaian sanad, rijal (perawi), ilal dan lain-lain perkara. Mereka
berinteraksi secara terus kepada Rasulullah s.a.w.

5. Mereka adalah orang-orang yang dipersaksikan oleh Allah dan Rasulnya untuk
menikmati Syurga Allah Rabbul alamin.






y Manhaj (Metodologi)

Definisi al-Manhaj secara etimologi (bahasa) dan terminologi (syariat) :

Ertinya adalah : Jalan yang nyata dan terang.

Allah Taala berfirman di dalam Kitab-Nya al-Aziz:

B.10. Hf +1JNBb
CBB) B8CM+v B )
=M .v 1JPBb BoHv.
=H`1 F P`BB o) B)
X0 Bb F N. P/V .b.0
B A.C .v CBb P VN
Bo1 N1v 1M CJBov. P
. .BA Bb P`1 1v0
Page | 16

1M`. N. H.1.T
Bv NVb. F FbfJBB
.MMBb P `Lf Bb PMv
BoH N=PT B) JoH
=T 1Jv
48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya
dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli
Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau
mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan
(tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama yang terang (yang wajib diikuti oleh masing-masing).
dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam
ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah
disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan
beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan
memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya. (al-Maidah : 48),

Imam Ibnu Kathir didalam tafsirnya mengatakan bahawa Ibnu Abbas menafsirkan erti Manhaj
adalah jalan dan syariat.

Dari penerangan diatas dapat difahami bahawa Allah Azza wa Jalla telah menetapkan bagi
hamba-hambaNya Syariat dan jalan yang terang lagi jelas untuk hambanya memenuhi seluruh
kehendakNya.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan bagi tiap-tiap ummat syariat dan manhaj,
Ahli Taurat memiliki syariat sendiri, Ahli Injil memiliki syariat sendiri demikian pula dengan Ahli
al-Qur'an. Mereka memiliki syariat-syariat yang berbeza di dalam masalah hukum namun
bersepakat didalam masalah Tauhid (mengesakan) Allah Azza wa Jalla. Sebagaimana sabda nabi
Shallallahu 'alaihi wa Sallam :




Aku adalah manusia yang lebih utama dibandingkan Isa bin Maryam di dunia dan akhirat, para
nabi seluruhnya bersaudara sebapa, namun ibu-ibu mereka berbeza-beza, agama mereka
adalah satu serta tidak ada nabi antara diriku dengan Isa.
(Hadits Riwayat Bukhari dalam Shahih-nya, Kitabul Anbiya, bab wadzkur fil Kitaabi Maryaam dan Muslim di dalam shahih-nya
nomor 2365 dalam kitab al-Fadla`il, bab Fadlu Isa alaihi as-Salam dari hadits Abu Hurairah Radhiyallahu anhu.)

Maka adapun syariat, di dalamnya terdapat perbezaan hukum hakam akan tetapi, mereka
semua bersepakat di dalam perkara tauhid kepada Allah Azza wa Jalla.

Allah Taala berfirman kepada nabi-Nya di dalam Kitabnya yang mulia :
Page | 17


Bv. B.11:0 v 1PC v VX:
Nf =Hf =0 N =f
oNf B0 MBB
25. dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan
Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (al-Anbiyaa : 25)

dan firman-Nya :
Mf. B.1d) Vm v0
N: .0 FbMPBb Bb
FbJBb. +Bb F o
v M Bb ov. v 6f=
=H`1 0b`1Bb P FbMM
:J.Bb FbMBB
bHAH .CAH f )HNBb

36. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi
hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat
Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (an-Nahl : 36).

Ini semua didalam mentauhidkan Allah Azza wa Jalla, adapun syariatnya berbeza-beza perintah
dan larangannya.
(Al Wajiz fi manhaj salaf as Soleh m.s. 5 7 oleh Syeikh Abdul Qadir Al Arnaut r.h.)



y Salafus Soleh

Dari segi etimologi, perkataan Salaf berasal dari kata kerja salafa yaslufu salafan,
bermaksud: Mendahului atau mereka yang lebih dahulu meninggalkan kita sama ada ahli
keluarga atau orang lain
[1]
.
Al-Fairuz Abadi, Al-Qamus Al-Muhit, hal:1060.

Penggunaan perkataan Salaf dari segi etimologi ini terdapat dalam ungkapan doa
berikut:

Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah untuk mereka berdua (akan kematiannya) sebagai
simpanan ganjaran, Jadikanlah untuk mereka berdua (akan kematiannya) sebagai
pendahulu (kebaikan)
[2]
.
Al-Azkar oleh Imam Nawawi m.s. 170 dalam bab as Solah ala al mait
Page | 18


Penggunaan perkataan Salaf dengan maksud ini terdapat dalam sabda Nabi
shallallahu alaihi wasallam ketika Baginda berpesan kepada puterinya Fatimah radhiallahu
'anha agar tidak menangisi kematiannya:
.
Maksudnya: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah, kerana sesungguhnya akulah
sebaik-baik orang yang mendahului kamu
[3]
.
Sahih Muslim, hadith no.2450/98


Manakala dari segi istilah pula, perkataan Salaf bermaksud: generasi umat Islam terdahulu yang
terdiri daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, para Sahabat, tabiin dan orang yang
mengikuti mereka khasnya para imam mujtahid
[4]
.
Ibrahim Al-Baijuri, Tuhfat Al-Murid Ala Jauharah At-Tauhid, hal:231.

Ini sepertimana yang disebutkan didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Imam Muslim,

" . .
"
Daripada Nabi s.a.w. Baginda telah bersabda: Sebaik-baik manusia adalah dikurunku,
kemudian mereka yang mengikuti mereka, dan kemudian mereka yang mengikuti mereka.
Sahih Muslim, hadith no.2533/212 dan Sahih Bukhari, hadith no.6065

Dengan merujuk dan membandingkan dengan beberapa hadis yang lain, perkataan kurun
dalam hadis di atas secara tepatnya merujuk kepada generasi umat. Kurun pertama adalah
generasi sahabat, kurun yang mengikutinya adalah generasi tabiin dan kurun yang
mengikutinya adalah generasi yang menyusul generasi tabiin, yang juga dikenali sebagai Atba
al-Tabiin.
Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari (tahqiq: Abd al-Aziz bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut 2000), jld. 7, ms. 351-353,
syarah bagi hadis no: 3650.

Secara umumnya 3 generasi di atas mewakili 300 tahun yang pertama. Maka apabila disebut
generasi al-Salaf sebagai sebaik-baik ikutan, yang dimaksudkan adalah mereka yang hidup pada
tahun 300 hijrah yang pertama.

Seluruh umat Islam dituntut supaya berpegang dengan dua dasar agama, iaitu: Al-
Quran dan As-Sunnah. Namun berpegang dengan dua dasar ini sahaja tidak memadai
sekiranya tidak disusuli atau disertai oleh dasar ketiga iaitu: hendaklah Al-Quran dan As-
Sunnah difahami mengikut kefahaman dan pegangan Salaf.

Telah menjadi kebiasaan bagi setiap golongan yang mengaku Islam bahawa mereka
mendakwa akan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar utama mereka.
Page | 19

Malangnya mereka tidak menyedari bahawa dasar yang mereka letakkan itu tidak membawa
apa-apa erti jika ia tidak disertai dasar mengikut kefahaman Salaf. Realiti sejarah telah
membuktikan bahawa sesuatu kesesatan yang berlaku bukan kerana penolakan terhadap Al-
Quran dan As-Sunnah semata-mata, tetapi disebabkan tidak adanya dasar ikutan terhadap
kefahaman Salaf dalam memahami maksud kedua-dua sumber berkenaan.

Sepertmana yang telah dijelaskan diawal perbincangan tentang firman Allah Azza wa Jalla:-

v. CCB XMBb Hv M) Bv
PV 0 NMBb PJ.
.MMA VHP 1vBb
0. Bv PL.V 0b.
.o F .B. bMMv
115. dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya
kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan
orang-orang Yang beriman (para sahabat), Kami akan memberikannya Kuasa untuk
melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan
memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk
tempat kembali. (An-Nisa 115)


Marilah kita mengambil pedoman dari nasihat-nasihat para sahabat Nabi s.a.w. dan para ulama
untuk memudahkan kita memahami betapa pentingnya berpegang kepada Manhaj Salaf demi
untuk menuju kepada jalan yang lurus(Sirat Al Mustaqim).

Ini seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abd al Bar bahawa berkata Ibnu Masud r.a.:-

"



"
Sesiapa diantara kamu yang ingin meneladani, maka ambillah tauladan dari sahabat
Muhammad s.a.w. Sesungguhnya mereka adalah umat yang paling baik hatinya, dan yang
paling dalam ilmunya dan yang paling sedikit bebannya, serta yang paling lurus petunjuknya
dan yang paling baik keadaannya. (Mereka para sahabat) Adalah satu kaum yang Allah telah
memilih mereka untuk menjadi sahabat NabiNya s.a.w. dan menegakkan agamaNya. Maka
kenalilah mereka dan kelebihan mereka, serta ikutilah athar-athar mereka. Sesungguhnya
mereka berada diatas petunjuk yang lurus.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abd Al Bar dlam Jami Bayan al-Ilm (2/97)

Berkata Imam al AuzaI r.h.:-
Page | 20


Besabarlah kamu diatas Sunnah, tetaplah tegak dimana para sahabat tegak diatasnya.
Katakanlah sebagaimana yang mereka katakan, tahanlah dirimu dari apa-apa yang mereka
menahan diri darinya. Serta ikutilah jalan Salaf as Soleh, kerana sesungguhnya akan mencukupi
bagimu apa yang mencukupi bagi mereka.
Syarah Usul al Itiqad Ahli Sunnah wa al Jamaah (1/174 no 315)

Dengan perkataan lain, mana-mana amalan yang menyalahi amalan Salaf kita tolak
dan mana-mana yang menepatinya kita ikut supaya dengan itu kita dapat mengawal diri kita
daripada kemungkinan terpesong atau tersesat. Berdasarkan hakikat ini, maka dapat
disimpulkan bahawa dasar ketiga ini, iaitu dasar memahami Al-Quran dan As-Sunnah
mengikut kefahaman dan pegangan Salaf adalah antara dasar penting yang menentukan
betul atau salah sesuatu pegangan dan amalan setiap umat Islam, di samping ia juga adalah
pembeza yang membezakan ajaran Islam sebenar daripada pelbagai ajaran sesat, khurafat
dan bidah.



























Istilah salaf

Page | 21


Kita sudah mengetahui bahawa sumber rujukan utama dalam aqidah Islam hanya terbatas kepada Al-
Quran dan As-Sunnah, tetapi didalam memahami kedua sumber tersebut terdapat satu metodologi atau
cara yang disarankan untuk diikuti oleh kitabullah dan Hadith Rasulullah s.a.w. kepada kita.





akan dapati berbagai jenis fahaman yang mengakui dalam mencari , kita mendahulukan



Kepentingan Ilmu Hadith dalam Aqidah



Telah menjadi kewajipan bagi kita meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan kepada
umatnya


Sesuatu yang disandarkan kepada baginda sama ada perkataannya, perbuatannya, persetujuannya
ataupun sifatnya dinamakan sebagai hadith. Tidaklah sesorang itu boleh m






Maksudnya: Dan kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) ini melainkan agar
kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk
dan rahmat bagi kaum yang beriman. (surah al-Nahl: 64)

Juga firman-Nya:

Maksudnya: (Ini adalah) kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan
manusia dari gelap-gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Rabb mereka, (iaitu)
menuju jalan Rabb yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (surah Ibrahim: 1)

Nabi s.a.w. bersabda:

Ketahuilah aku telah diberikan al-Kitab (al-Quran) dan bersamanya yang sepertinya. (iaitu al-
Sunnah). Hadis riwayat Ahmad, 4/131-132, hadis sahih.

Al-Kitab dan al-Sunnah cukup sebagai pegangan sehingga tidak memerlukan kepada selainnya.
Allah berfirman:

Page | 22

Maksudnya: Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu
mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran
daripadanya. (surah al-Araf:3).

Imam Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat ini: Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu
dari Rabbmu) iaitu ikutilah peninggalan-peninggalan Nabi yang ummi yang datang kepada kamu
membawa kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada kamu dari Penguasa dan Pemilik segala
sesuatu. (Dan janganlah kamu mengikuti pemimpin selain-Nya) iaitu janganlah kamu keluar dari
apa yang dibawa oleh rasul kepadamu menuju selainnya, sehingga kamu menyimpang dari
hukum Allah kepada hukum selainnya. (Tafsir Ibnu Kathir surah al-Araf: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
:
Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada
keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis sahih lighairihi, riwayat Malik, al-Hakim,
al-Baihaqi, Ibnu Nasr, Ibnu Hazm. Disahihkan oleh syeikh Salim al-Hilali dalam Tazim wal
Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm.12-13.)

Adapun Ijma Salafus Soleh juga merupakan hujah, kerana kesepakatan mereka merupakan
kebenaran sehingga wajib diikuti.

Nabi s.a.w. bersabda:
.
Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku (atau beliau bersabda umat
Muhammad) di atas kesesatan.
(Hadis riwayat Tirmizi, no 2167 dan lafaz ini dari Abu Daud no 4253.)

Oleh kerana umat Islam umat yang adil seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143,
maka kesepakatan mereka adalah hak (kebenaran) sehingga Ijma mereka merupakan hujah.





Intipati Akidah Islam

Akidah yang benar dan yang salah
Penyimpangan

Setelah mengetahui penjelasan di atas kita dapati ramai di antara umat Islam yang terjerumus ke
dalam kesalahan-kesalahan yang tidak diizinkan oleh Agama.
Page | 23


Sebahagian orang menjadikan akal dan logik sebagai sumber aqidah dan hukum. Mereka
meletakkan akal manusia yang terbatas berada di atas wahyu Allah sehingga mereka
meninggalkan wahyu dengan alasan logik dan akal, sepertimana Muktazilah dan semacamnya.
Sebahagiannya menyebut diri mereka Rationalist. Padahal wahyu merupakan kebenaran mutlak.
Kemudian akal siapakah yang dipakai sebagai ukuran untuk menolak wahyu? Kalau akal orang-
orang kafir, seperti Iblis, Firaun, Abu Lahab atau Abu Jahal maka sangatlah wajar mereka
menolak wahyu kerana mereka mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Namun jika akal Abu Bakar,
Umar, Usman dan Ali pastilah akal mereka ini menerima wahyu tanpa keraguan.
Sebahagian orang menjadikan perkataan imam-imam atau tokoh-tokoh yang dianggap maksum
sebagai sumber aqidah, sepertimana Rafidhah (Syiah) dan firqah-firqah Batiniyyah. Padahal
tidak ada peribadi yang maksum dikalangan umat ini setelah Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
perkataan sesiapapun kecuali rasulullahdapat diterima atau ditolak dilihat dari segi
kebenarannya. Ibnu Abbas berkata: Tidak ada seorangpun perkataanya diambil dan ditolak
kecuali Nabi. (Hadis riwayat Tabrani dalam Mujam al-Kabir no. 11941). Maknanya perkataan
nabi semuanya wajib diterima.

Sebahagian lain menjadikan perasaan, mimpi, hikayat dan kasyaf sebagai (boleh melihat perkara
ghaib) sebagai sumber aqidah. sepertimana keadaan puak-puak sufi dan tarikat. Padahal semua
perkara tersebut tidak ada jaminan kebenarannya, sehingga tidak boleh dijadikan sumber aqidah.
Sebahagian yang lain pula menjadikan hadis-hadis lemah dan palsu sebagai sumber agama
termasuk aqidah. Ibnu Taimiyyah berkata: Adapun Ahli Bidah makamereka ialah ahli Ahwa
dan ahli syubhat. Mereka mengikuti persangkaan dan apa-apa yang disukai hawa nafsu. Padahal
telah datang petunjuk kepada mereka dari Rabb mereka. Setiap kelompok dari ahli bidah telah
membuat sendiri kaedah agama untuk dirinya sendiri.

Kemungkinan dengan akal fikirannya dan perbandingan secara logik, dia namakan sebagai
perkara-perkara yang ditetapkan akal.
Kemungkinan dengan perasaannya dan hawa nafsunya yang dia namakan perkara-perkara yang
ditetapkan perasaan.
Dan kemungkinan dengan apa yang dia tafsirkan dari al-Quran dan dia merubah-rubah kalimat-
kalimat al-Quran dari tempat-tempatnya dalam masa yang sama dia mendakwa dia semata-mata
mengikuti al-Quran sebagaimana Khawarij.
Dan kemungkinan dengan apa yang dia anggap sebagai hadis atau sunnah padahal ianya palsu
dan lemah. Sebagaimana yang disangka oleh kelompok Rafidhah (Syiah). Kebanyakan mereka
yang mereka-reka agama dengan fikiran atau perasaannya dia berhujah dengan al-Quran
mengikut kehendak nafsunya. Dia menjadikan al-Quran hanya sebagai hujah bukan pegangan.
Tetapi dasar sebenarnya akal fikirannya seperti Jahmiyyah dan Muktazilah dalam masalah sifat-
sifat dan perbuatan-perbuatan Allah. (al-Nubuwwat hlm.129)

Kesimpulannya inilah sumber-sumber aqidah Islam iaitu al-Quran, sunnah serta Ijmak Salafus
Page | 24

Soleh. Adapun keadaan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran menjadikan akal fikiran,
hawa nafsu, perasaan, mimpi serta hadis-hadis yang lemah dan palsu sebagai sumber aqidah
mereka. Kesemuanya adalah batil. Semoga Allah selalu membimbing kita di atas jalan
kebenaran.


Keistimewaan Akidah Islam

Anda mungkin juga menyukai