Anda di halaman 1dari 7

KONSEP KETUHANAN

Mengenal Allah Taala atau makrifah Allah merupakan tonggak utama yang mendasari
rukun iman kepada Allah Taala. Setiap muslim yang mengakui dengan lidahnya melalui
2 kalimah syahadah seharusnya mengenal Allah Taala sebagai pembuka laluan ke
arah keyakinan yang jitu dan iman yang teguh. Malah makrifah Allah juga adalah
persediaan seorang muslim bagi meraih mahabbah Allah iaitu cinta yang penuh kudus
kepada penciptanya.
Konsep ketuhanan juga dikenali sebagai konsep rabbani. Konsep Rabbani mempunyai
makna yang sangat luas dan sangat dalam pengertiannya. Perkataan-perkataan
rabbana, rabbuna, rububiyyah yang berasal daripada kata dasar rab semuanya merujuk
kepada Tuhan yang Maha Esa. Allahlah puncak sesuatu. Dialah yang mentadbir dan
menguasai sesuatu.
Rabbani membawa maksud segala hukum, konsep, prinsip, nilai, dan peraturan
yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah Taala iaitu Al-Quran
dan Hadith Rasulullah.
Menurut Dr. Abdul Karem Zaidan, sifat ketuhanan ini adalah merujuk kepada
semua aspek peraturan hidup manusia yang telah ditentukan oleh tuhan pencipta dan
penguasa alam yang maha berkuasa iaitu Allah Taala. Hal ini membawa makna hanya
agama Allah Taala iaitu Islam yang boleh diguna pakai bagi memenuhi kehendak
konsep ini. Ini kerana Islam adalah ajaran Allah Taala yang tidak diciptakan manusia
dan diwahyukan kepada nabi Muhammad S.A.W menerusi perantaraan malaikat Jibril
A.S. Ajarannya sesuai, lengkap ataupun syumul tanpa ada sebarang keraguan dan
kekurangan malah ianya adalah sebaik-baik agama yang diturunkan oleh Allah
sebagaimana firmannya dalam Al-Imran, ayat 19,

Maksudnya :
Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah Taala hanyalah Islam
Antara prinsip rabbaniyah adalah Islam merupakan agama ciptaan Allah Taala dan
bukan ciptaan manusia. Selain itu, Islam dan segala makhluk ciptaan-Nya adalah hak
mutlak kepunyaan Allah Taala. Oleh itu, Allah Taala berhak melakukan apa jua
kehendak-Nya ke atas makhluk-makhluk-Nya. Semua makhluk ciptaan-Nya wajib
mentaati perintahnya dan meninggalkan serta menjauhi larangan-Nya. Allah Taala
berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 71 :
`...l ....l .-, ',!,l _-, _'.!, .`-.l!, ., _s >..l
_.,1`, :l.l _.`, :l _`-,L`, < .`. ,.l` `.-,. < | <
,s ',>> _
Maksudnya, Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat
kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan
sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu
akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Allah Taala berfirman lagi dalam surah An-Nisa ayat 56 :
!!., _ `.., `-,L < `-,L _.l _|` . `>.. | ,.s... _ ,`_: ::`
_|| < _.l | ,.. `... <!, ,,l > ,l: ,> _.> ,!. __
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan
Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa)
dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-
Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya
Menurut Dr. Sidik Baba, jiwa Rabbani ini akan menyebabkan seseorang itu
memiliki takwa yang tinggi terhadap penciptanya. Asas ini adalah sangat penting
supaya manusia sentiasa rukuk dan sujud kepada-NYA. Kekuatan iman ini apabila
diterjemahkan dengan amalan soleh akan menghasilkan rasa takwa yang tinggi.
Daripada takwa yang tinggi ini akhirnya akan melahirkan Ihsan yang tinggi dalam aktiviti
dakwah.
Melalui konteks akidah Islam, konsep ketuhanan atau rabbani tertegak atas tiga
paksi utama. Ia merupakan syarat paling penting kepada makna beriman kepada Allah
Taala. Ianya ialah tauhid uluhiyah, rububiah, dan asma wa sifat.
Uluhiyyah bermaksud kepercayaan dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah
yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Oleh sebab itu, kita wajib
meyakini bahawa hanya Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa terhadap alam ini dan
sebagai tempat memohon bagi segala hajat. Dasar utama tauhid Uluhiyyah ialah dua
kalimah syahadah. Kalimah tauhid ini menggambarkan penafian seluruh ketuhanan
yang lain selain daripada Allah dan Dialah yang berhak disembah dan dipatuhi. Firman
Allah Taala dalam surah al-Anam ayat 162 dan 163:
_ | _.. _>. _!,>: .!.. < , _,..-l __ ,,. .l ,l., ,. !. `_
_,.`. __
162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
163. tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku
diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal
pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Tauhid Uluhiyyah terbahagi kepada tiga iaitu :
a) Mengakui bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah Taala.
b) Orang yang tidak percaya kepada tauhid Uluhiyyah dianggap orang yang sesat.
Hal ini demikian kerana mereka hanya menyembah tuhan-tuhan mereka yang
tidak dapat memberikan apa-apa manfaat seperti patung berhala, manusia dan
sebagainya.
c) Paksi utama tauhid Uluhiyyah ialah kalimah ikhlas atau kalimah iman iaitu
syahadatain (dua kalimah syahadah)

Rububiyyah pula ialah kepercayaan dengan sepenuh hati dan secara mutlak
bahawa Allah Taala yang mentadbir semua makhluk dan tiada Tuhan selain Allah
Taala. Sebagaimana firmannya dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:
_ > < .> < ...l _ l , l .l`, _ l _>, .` .> _
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang
hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

Oleh sebab itu, kita mestilah mempercayai dengan sepenuh hati dan beriman
bahawasanya Allah adalah Tuhan semesta alam, Pencipta alam ini, Tuhan yang Maha
Mengetahui dan yang Maha Bijaksana.

Tauhid Rububiyyah terbahagi kepada tiga konsep asas iaitu :
a) Allah Taala adalah Pencipta, Pemilik, dan Pentadbir seluruh alam.
b) Allah Taala Maha Berkuasa memberikan sesuatu mengikut kehendaknya
c) Kekuasaan Allah Taala meliputi semua yang ada di langit dan bumi.

Tauhid al-asma wa al-sifat ialah mengenal Allah Taala melalui pemahaman dan
penghayatan nama-nama Allah Taala yang baik dan sifat-sifatnya yang luhur. Ini kerana
himpunan nama dan sifat Allat Taala merupakan perantara yang digunakan oleh Allah
Taala agar makhluknya dapat mengenalinya. Dalam hal ini, Allah Taalamemerintahkan
umat manusia untuk menyeru nama-nama Allah Taala sebagaimana firmannya dalam
surah al-Araf ayat 180:
< ',!.- _.`.>' :`s:! !, ': _ _.>l`, _ ...`. >`,. !. .l l.-, _
180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang
Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka
akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.
Selain itu, Allah Taala mempunyai sifat-sifat luhur yang merupakan ciri Tuhan
yang sempurna dan agung. Sifat-sifat itu hanya dimiliki secara mutlak oleh Allah Taala.
Oleh sebab itu, tiada suatu pun dalam alam semesta ini dapat menandingi, apatah lagi
memliki sifat yang sama seperti Allah Taala.
Menurut buku karangan Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, secara umumnya sifat-
sifat Allah terbahagi kepada empat iaitu sifat nafsiah, salbiah, maani, dan maknawi.
Sifat nafsiah ialah sifat wujud yang menunjukkan adanya Allah Taala. Manakala
sifat salbiah pula membawa maksud sifat yang menafikan perkara yang tidak layak
dengan kesempurnaan Allah Taala. Sifat maani ialah sifat yang menunjukkan ada suatu
makna yang berdiri pada kesempurnaan Allah. Sifat maknawi pula memberi maksud
sifat yang menunjukkan ada suatu keadaan yang wajib bagi Allah seperti keadaan Allah
Taala wajib berkuasa.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memiliki sifat Rabbani dalam diri manusia
antaranya termasuklah:-
a) Beriman dengan penuh keyakinan terhadap semua rukun iman
b) Mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar
c) Berjihad dengan nyawa, harta benda, dan buah fikiran bagi meninggikan syiar
Islam di atas muka bumi
d) Bekerja dan menuntut ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh dan
ikhlas demi mendapat keredhaan Allah SWT
e) Menjauhkan diri daripada perkara mungkar, maksiat dan syubhah (kesamaran)
f) Sentiasa berbudi pekerti mulia dan mengamalkan akhlak yang terpuji.
Demikianlah tiga paksi utama yang membuka laluan seorang muslim kepada makrifah
Allah. Jika seseorang itu dapat mencapai makrifah Allah, nescaya dia akan meraih
mahabbah Allah. Cinta yang penuh tulus kepada Allah ini membawa nikmat kemanisan
iman. Hatinya akan sentiasa hampir kepada Allah Taala dan setiap langkahnya
merupan hidayah daripada Allah Taala. Keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat
merupakan segala-galanya baginya mengatasi kepentingan dunia yang sementara ini.

Anda mungkin juga menyukai