Anda di halaman 1dari 4

Pro Forma Kursus

Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Praktikum 1)


Nama Kursus Kod Kursus Kredit Tempoh Semester Prasyarat Praktikum 1 PRK3101 2 4 Minggu 5 Pelajar telah melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah 1. Menyediakan pelan pengajaran dan pembelajaran murid secara individu atau bersama guru berdasarkan sukatan pelajaran 2. Mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar 3. Mengintegrasikan kemahiran mengajar, kemahiran berfikir dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran pengurusan bilik darjah untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan 4. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum 5. Menilai pengajaran dan pembelajaran melalui amalan refleksi 6. Menilai prestasi pembelajaran murid secara formatif 7. Membina hubungan dan kerjasama dengan komuniti sekolah 8. Mendokumentasikan hasil pemerhatian amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan pengajaran dan pembelajaran sendiri.

Hasil Pembelajaran

Sinopsis

Praktikum adalah latihan praktik bertujuan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, menilai amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan mencuba pengajaran dan pembelajaran sendiri. Latihan ini juga membolehkan pelajar merancang pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui bimbingan dan kolaborasi dengan guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan rakan pelajar dalam pelbagai situasi. Praktikum 1 memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara terbimbing dalam situasi sebenar. Bagi 2 minggu pertama pelajar hanya mengikuti guru mata pelajaran membina RPH, BBM, mengurus kelas atau menjalankan pengajaran dan pembelajaran bersama guru dalam kelas.

Practicum is a teaching practice component in teacher education programme. It aims to provide student teachers the opportunity to observe and evaluate teaching-learning practices. It also enables student teachers to plan lessons and apply the theories that they have learnt in the institute through guidance and collaboration with cooperating teachers, lecturers and peers in a variety of situations. Practicum 1 provides opportunity to student teachers to practise knowledge, skills and teacher values in a guided and real life situation. Student teachers are required to co-operate with the subject teachers in lesson planning, preparing teaching aids and classroom management. Student teachers are also expected to carry out lessons together with the class teacher.

Bil. 1.

Komponen Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 1.1 Penulisan hasil pembelajaran 1.2 Pemeringkatan/kesinambungan isi pelajaran 1.3 Pemilihan strategi/pendekatan/kaedah/teknik 1.4 Penentuan pengetahuan sedia ada murid 1.5 Pemilihan sumber/bahan pengajaran dan pembelajaran 1.6 Penerapan nilai 1.7 Unsur kemahiran berfikir 1.8 Kesepaduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran 2.1 Permulaan 2.2 Perkembangan 2.3 Pengurusan bilik darjah/rutin 2.4 Penyediaan persekitaran pembelajaran 2.5 Pengurusan pembelajaran murid 2.6 Pengurusan masa 2.7 Teknik penyoalan 2.8 Aplikasi nilai 2.9 Penutup Amalan Penilaian dan Pengukuran 3.1 Jenis-jenis penaksiran formatif 3.2 Prosedur penaksiran murid 3.3 Aktiviti susulan 3.4 Maklum balas 3.5 Tindakan Susulan

Tempoh

2.

3.

Bil. 4.

Komponen Pengajaran Berpasangan (2 minggu pertama) 4.1 Kerjasama dengan rakan dan guru pembimbing 4.2 Teknik pengajaran pembelajaran 4.3 Aplikasi pelbagai kemahiran mengajar 4.4 Memerhati sesi pengajaran pembelajaran 4.5 Kenal pasti kekuatan/kelemahan pengajaran pembelajaran 4.6 Cadangan penambahbaikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pengurusan Kokurikulum Sukan dan Permainan 5.1 Kemahiran Asas 5.2 Kepemimpinan 5.3 Kepegawaian 5.4 Kejurulatihan Profesionalisme Guru 6.1 Sikap dan sahsiah 6.2 Kemahiran interpersonal dan intrapersonal 6.3 Amalan refleksi 6.4 Hubungan profesional 6.5 Komunikasi 6.6 Kolaborasi 6.7 Kesedaran terhadap etika profesion keguruan JUMLAH

Tempoh

5.

6.

8 Minggu

Penilaian

Bimbingan berterusan dijalankan sepanjang praktikum oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Pengajaran berpasangan wajib dijalankan dalam tempoh 2 minggu pertama praktikum. Penilaian dilakukan secara penyeliaan bersama oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pada penghujung praktikum berdasarkan pada aspek-aspek di atas dengan merujuk pada : - Persediaan mengajar - Portfolio - Borang bimbingan - Pencapaian hasil pembelajaran - Kesesuaian sumber/bahan/isi/masa/aktiviti/strategi - Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi Wajaran markah untuk Praktikum 1 : 100%

Rujukan Asas Rujukan Tambahan

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Garis Panduan Amalan Profesional Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Parkay, F.W. & Stanford.B.H. 2004. Becoming a Teacher. (6th Ed.). Boston: Allyn and Bacon. Woolfolk, A. E. (2001). Educational Psychology. (8th Ed.). Boston: Ally and Bacon. Wong, H. & Wong R. (1998). How to be an Effective Teacher on The First Days of School. Harry K. Wong Publication, Inc.

Anda mungkin juga menyukai