Anda di halaman 1dari 17

AQIDAH DALAM SURAH

AL-FATIHAH
MODERATOR:
MUHAMMAD IQBAL FARHAN BIN MOHD IZANI
AHLI-AHLI PANEL:
1. MUHAMMAD IRSYADUDDIN B. MAZLAN
2. MOHAMED IZHAM BIN MOHAMED NOR
3. KHAIRUL ANWAR BIN MOHAMAD MOKTAR
PELAJARAN TENTANG TAUHID
 Al-Fatihah mengandungi unsur-unsur tauhid. Sebagaimana telah dijelaskan para ulama
bahwa tauhid adalah mengesakan Allah SWT dalam hal-hal yang menjadi kekhususan-
Nya. Kekhususan Allah SWT itu terbahagi kepada tiga:
 Rububiyah.
 Uluhiyah.
 Asma’ Wa Sifat.
 Di dalam ayat yang berbunyi ‘alhamdulillahi Rabbil ‘alamin’ mengandungi tauhid
rububiyah. Rabb itu adalah Zat yang menciptakan, menguasai dan mengatur. Maka tidak
ada pencipta selain Allah SWT, tidak ada penguasa kecuali Allah SWT, dan tidak ada
pengatur selain Allah ‘azza wa jalla.”

 Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abbad hafizahullah berkata, “Dan firman-Nya, ‘Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang’ di dalamnya mengandungi tauhid asma’ wa sifat. Ar-
Rahman dan ar-Rahim adalah dua buah nama diantara nama-nama Allah. Kedua nama ini
menunjukkan salah satu sifat yang dimiliki Allah iaitu rahmat/kasih sayang.
 Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah berkata, “Di dalam kalimah ‘iyyaka na’budu’
mengandungi tauhid uluhiyah iaitu mengesakan Allah SWT dengan perbuatan-perbuatan
hamba yang disyari’atkan oleh Allah SWT untuk mereka, kerana uluhiyah bermakna
ibadah. Dan ibadah itu adalah sebahagian daripada perbuatan hamba. Adapun ‘wa iyyaka
nasta’in’ mengandungi tauhid rububiyah. Kerana pertolongan adalah salah satu perbuatan
Rabb Yang Maha Suci. Dan tauhid rububiyah itu adalah mengesakan Allah SWT dalam hal
perbuatan-Nya.”
CIRI-CIRI TAUHID
 Ciri-ciri tauhid yang terdapat dalam surah al-fatihah:
 Meliputi kepercayaan kita semua terhadap kewujudan Allah SWT.
 Menjadi kewajipan kepada kita utk mempercayai serta beriman kepada-Nya.
 Tauhid terbahagi kepada 3 iaitu:
 Tauhid Rububiyyah yang bermaksud yakin bahwa Allah SWT itu Esa dalam setiap
perbuatan seperti mencipta, memberikan rezeki, menghidupkan, mematikan dan
sebagainya.
 Tauhid Uluhiyyat yang bermaksud mengesakan Allah SWT dengan melakukan
perbuatan sebagai seorang hamba seperti berdoa, ,berharap, bertawakal kepada
allah, bernazar dan sebagainya.
 Tauhid Asma wa sifat bermaksud beriman dengan segala nama-nama dan sifat-sifat
Allah SWT yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sendiri atau oleh rasul-Nya yang
bertepatan dengan kesempurnaan dan kemuliaan-Nya.
ILMU TAUHID DALAM SURAT
AL-FATIHAH
 Antara ilmu-ilmu tauhid dalam surah al-Fatihah ialah:
 Ayat yang ke-5:
 Oleh sebab itu kita tidak beribadah kecuali kepada Allah SWT dan
kita tidak meminta pertolongan kecuali kepada-Nya. Ini merupakan
tauhid kepada Allah SWT dalam hal ibadah. Dalam kitab Min
Hidayati Suratil Fatihah.
 Kalimat ‘iyyaka na’budu’ merupakan perealisasian dari kalimat
tauhid laa ilaha illallah, Karena laa ilaha illallah mengandung
pengesaan Allah dalam hal ibadah.
 Kalimat ‘iyyaka nasta’in’ mengandung perealisasian dari
kalimat laa haula wa laa quwwata illa billah, kerana laa haula wa
laa quwwata illa billah mengandung pengesaan Allah SWT dalam
hal isti’anah/meminta pertolongan. Dalam kitab Min Hidayati
Suratil Fatihah.
 Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah berkata, “.. Beribadah
kepada Allah SWT dan meninggalkan ibadah kepada selain-
Nya, inilah makna tauhid. Adapun beribadah kepada Allah
SWT tanpa meninggalkan ibadah kepada selain-Nya, ini
bukanlah tauhid.

 Kalau tidak seperti itu maka dia tidak dikatakan sebagai hamba
yang beribadah kepada Allah SWT. Bahkan ia juga tidak
menjadi seorang muwahhid/ahli tauhid. Orang yang melakukan
sholat, puasa, dan haji tetapi dia tidak meninggalkan ibadah
kepada selain Allah maka dia bukanlah muslim. Dalam kitab
I’anatul Mustafid.

 Ibadah hanya diterima oleh Allah apabila dilandasi oleh tauhid.


NASYID
 https://www.youtube.com/watch?v=rM_MbTmfuZQ&t=1s
ANTARA KEUTAMAAN SURAH
AL-FATIHAH:
 Antara keutamaan surah al-Fatihah ialah:
 As-syifak atau ruqyah.
 Pembuka majlis.
 Surah paling agung dalam al-Quran (sab’ul mathani).
KANDUNGAN UMUM SURAH
AL-FATIHAH:
 Antara kandungan umum yang terdapat dalam surah al-Fatihah ialah:
 Keimanan.
 Hukum hakam.
 KEIMANAN:
 Beriman kepada Rab Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2 (‫لٰ َعلَ ِم َين‬NN‫ب ۡٱ‬Nِّ‫ل َحمۡ ُد هَّلِل ِ َر‬NN‫ ۡٱ‬Segala puji
bagi Allah, Tuhan semesta alam dan bahawasanya segala puji dan syukur hanya kepada
Allah SWT dan “Rabbul ‘aalamin” meliputi erti pendidikan (tarbiah) dan pemeliharaan..
 (‫ ۡستَ ِع ُين‬N َ‫َّاك ن‬
َ ‫ي‬Nِ‫ ۡعبُ ُد َوإ‬N َ‫َّاك ن‬
َ ‫ي‬Nِ‫ إ‬Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah
kami meminta pertolongan).
ِ ‫ل ِّد‬NN‫ ٱ‬N‫ ۡو ِم‬NN‫ ٰ َملِ ِك َي‬, Yang menguasai hari pembalasan) ialah pada hari akhirat Allah-lah satu-
 (‫ين‬
satunya Yang Berkuasa.
 HUKUM HAKAM:
 Hukum-hakam dan segala peraturan Islam adalah jalan yang lurus. Inilah yang
dimaksudkan daripada ayat (N‫ل ُم ۡستَ ِقي َم‬NN‫ص ٰ َرطَ ۡٱ‬ ۡ ‫ ٱ‬, tunjukanlah kami jalan yang lurus).
ِّ ‫ل‬NN‫ه ِدنَا ٱ‬N
 Merupakan jalan kebahagiaaan dan jalan yang wajib dilalui oleh manusia untuk
memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.
PENGAJARAN
 Memulakan sesuatu dalam hidup ini dengan menyebut nama Allah SWT merupakan
adab yang diwahyukan.
 Membaca N‫لر َِّحي ِم‬NN‫لر َّۡح ٰ َم ِنٱ‬NN‫هَّلل ِ ٱ‬NN‫ ٱ‬N‫ ۡس ِم‬NNN‫ ِب‬.
 Perasaan memuji Allah SWT adalah perasaan yang memenuhi hati mukmin apabila
mengingati-Nya.
 Aqidah adalah asas bagi agama Islam dan serta bagi kehidupan manusia. Kehidupan manusia
tidak akan stabil di atas manhaj (sistem) Allah SWT tanpa wujudnya aqidah yang kuat dalam
hati dan pemikiran manusia.

 Tidak ada ibadah kecuali yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata dan tidak ada
isti’anah (memohon pertolongan) kecuali kepada Allah SWT sahaja.

 Hanya Allah SWT satu-satunya Zat yang boleh memberi hidayah (petunjuk atau jalan) kepada
hamba-Nya, serta kepada-Nya yang berhak diminta hidayah dan hidayah yang benar daripada
Allah SWT merupakan jaminan daripada-Nya untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan
akhirat.

 Yakni hidayah sepertimana orang yang telah menerima nikmat memperolehinya, iaitu para
nabi, para siddiqin (orang yang bersungguh-sungguh beriman), para syuhada (orang yang mati
syahid) dan para salihin (orang yang soleh).
VIDEO AKIDAH
 https://www.youtube.com/watch?v=QcX4JZ2DW5k

Anda mungkin juga menyukai