Anda di halaman 1dari 6

INTIPATI SURAH AL-FATIHAH

AYAT HURAIAN
Ayat 1 Pada lafaz Basmalah ini, dimulai dengan huruf ( ‫ ) ب‬telah diertikan oleh para ulamak dengan pelbagai
maksud dan antaranya ialah :-
1. Pertolongan (‫) استعانة‬
- sebagai seorang hamba yang mengetahui bahawa makhluk tidak mempunyai kekuatan melainkan
Allah swt. Makanya, hanya pada Allah kita memohon pertolongan dengan nama Allah yang maha
kuasa.
2. Keberkatan ( ‫) التبرك‬
- menyebut nama Allah di setiap amalan perbuatan akan menjadi amalan itu mendapat
keberkatan.
3. Kebersamaan ( ‫) المصاحبة‬
- ia membawa maksud bahawa setiap amalan kita disertai dengan keizinan dan kekuatan yang
Allah berikan. Jika tidak dengannya, kita tidak mampu berbuat apa-apa.

Kita dapati bahawa di dalam lafaz Basmalah disebut ‘dengan nama Allah’ ( ‫ ) بسم هللا‬, ini kerana Allah
hendak mengajar hambaNya cara untuk mendapatkan keberkatan dan pertolongan Allah iaitu dengan
menyebut nama Allah swt.

Kalimah ( ‫ ) الرحمن‬yang membawa maksud yang Maha Pemurah. Kasih sayang Allah yang Maha Pemurah
untuk seluruh makhluk termasuk manusia yang tidak beriman.

Kalimah ( ‫ ) الرحيم‬yang membawa maksud yang Maha Mengasihani. Kasih sayang Allah hanya untuk orang
yang beriman.

**Allah telah mengajar kepada setiap hambaNya untuk memulakan setiap amalan mahupun pekerjaan
dengan Basmalah, malahan ia dituntut ke atas setiap hamba untuk memulakan sesuatu perkara dengan
nama Allah swt sekaligus mengingatkan kita bahawa setiap amal yang kita buat adalah dengan keizinan
Allah.
Moga padanya ada keberkatan dan pertolongan dengan nama Allah yang maha mulia.

Ayat 2 Pada lafaz ‘Alhamdu’ mengandungi tiga maksud yang terangkum di dalamnya iaitu :-
1. Puji ( ‫) المدح‬
2. Syukur ( ‫) الشكر‬
3. Reda ( ‫) الرضا‬

Berdasarkan ayat ini, Allah telah mengajar kita untuk mensyukuri nikmatNya sekaligus memuji Allah atas
segala sifat ihsan dan kurniaan bagi sekalian manusia serta sentiasa merasa reda atas setiap sesuatu.
Dan Allah jualah Tuan segala pujian ( ‫ ) صاحب الثناء‬, segalanya harus dikembalikan kepada Allah.

Maka, apabila kita hendak bersyukur seringan-ringan amalan ucapkanlah Alhamdulillah.

Ayat 3 ar-Rahman dan ar-Rahim yang datang selepas kalimah Alhamdulillah adalah memberi maksud bahawa
Allah mengampunkan kesalahan hambaNya yang tersilap dalam melakukan amal. Dengan menyedari
hakikat Allah yang bersifat dengan ar-Rahman dan ar-Rahim, Allah memberi sinar harapan untuk
hambaNya bertaubat dan kembali bertuhan. Allah sangat menyukai hamba-hambaNya yang bertaubat.

Begitu hebat kecintaan Allah kepada hambaNya.


-Rahmat Allah mengatasi kemarahanNYa dan diberi tanpa menilai kelayakan seseorang.
-Memberi peluang buat hamba-hambaNya bertaubat selagi belum kiamat.
-Ujian hidup juga merupakan Rahmat Allah yang tersembunyi.

**Ar-Rahman mencipta sesuatu yang tidak mampu dicipta oleh makhluk dan Ar-Rahim melakukan atau
memberi sesuatu yang tidak mampu diberi oleh makhluk.

Ayat 4 Bermaksud “yang menguasai pemerintahan di hari pembalasan..”

Jika kita teliti kedudukan ayat ini selepas ayat yang menceritakan perihal sifat ar-Rahman dan ar-Rahim
sangat menarik.
Permulaan dan pembukaan surah Al-fatihah banyak menceritakan tentang kasih sayang Allah, Rahmat
Allah yang tidak berbelah bahagi buat sekalian makhluk. Seolah- olah kita melihat ada ruang untuk
membuat kesalahan kerana pastinya akan diampunkan oleh Allah kelak.

Oleh yang demikian, penjelasan ayat keempat ini cukup memberi peringatan kepada setiap hamba bahawa
kasih sayang Allah tidak sewenang-wenangnya dipermainkan atau diambil kesempatan. Ini kerana
perhitungan Allah di Hari Pembalasan kelak. Allah menjadi pengadil di hari kiamat nanti.

Ayat 5 Ayat kelima ini menjadi natijah kepada kefahaman seorang manusia. Iaitu pengakuan menjadi hamba dan
mengaku kelemahan sebagai makhluk yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah swt.

“Engkaulah sahaja kami sembah…” ( ‫) إياك نعبد‬


“Dan kepada engkau kami mohon pertolongan..” ( ‫) وإياك نستعين‬

Hikmah didahulukan penghambaan :-


-Didahulukan ibadah kerana ia amanah.
-Ibadah tidak akan sempurna melainkan dengan pertolongan Allah.
-Ibadah adalah amalan yang Allah perintahkan untuk dilaksanakan manakala doa adalah permintaan
hamba kepada Allah.
-Beribadah menjadi wasilah untuk ditunaikan segala hajat.
-Ikhlaskan setiap amalan dan memohon pertolongan agar terus ikhlas dalam beramal dan istiqamah.

Ayat 6 Kalimah ‘Ihdina’ di dalam tafsir al-Qurtubi membawa maksud doa atau permintaan hamba kepada tuhan
yang mentadbir sekalian alam.

Kalimah ‘As-Sirat’ membawa maksud :-


1. Jalan yang membawa ke tempat tujuan. (sheikh Sya’rawi)
2. Bimbingan Allah sepanjang jalan sehingga ke destinasi.

Hikmah Kalimah ‘mustaqim’ :-


1. Istiqamah membawa ke syurga
2. Mustaqim membawa maksud pertengahan ( ‫) معتدل‬
-tidak cenderung ke kiri mahupun ke kanan. Ini bermakna jalan yang kita minta daripada Allah adalah
jalan terbaik iaitu jalan tengah.

**Penghambaan kepada Allah tidak cukup sekadar kita mengulangi pengakuan sebagai seorang hamba
tetapi tidak mengetahui cara dan tugas sebenar seorang hamba.
Justeru, ayat keenam ini menjadi jawapan bahawa sesungguhnya petunjuk dan bimbingan juga penting
dalam melaksanakan tugas sebagai seorang hamba sehingga istiqamah membawa ke syurga.
Ayat 7 Ayat ketujuh menceritakan tentang tiga golongan iaitu:-
1. golongan yang diberi nikmat (berilmu dan beramal)
2. golongan yang dimurkai Allah atau kafir (ada ilmu tapi menolak dan tidak beramal)
3. golongan yang sesat atau munafiq (tidak mencari ilmu tapi beramal dengan kefahaman yang salah)

**Allah beri petunjuk agar kita mengetahui contoh yang yang baik dan tinggal contoh yang sebaliknya.
Berharap ( ‫ ) رجاء‬dengan hidayah Allah dan termasuk dalam golongan yang diberikan hidayah,
merasa takut ( ‫ ) الخوف‬tergolong dalam golongan yang dimurkai dan kesesatan.

INFO

1) Adakah lafaz basmallah termasuk dalam ayat pertama surah al-fatihah ?


Pandangan pertama:
Menurut mazhab hanafiah, basmalah bukan salah satu ayat daripada surah al-fatihah ataupon surah-surah lain melainkan
basmalah merupakan satu ayat di dalam surah An-Namlu (27:30). Begitu juga menurut, mazhab Maliki bahawa basmalah
bukanlah satu ayat dari surah al-fatihah.

Dalil : mafhum hadith yang bermaksud:-


Daripada Anas dia berkata, “Aku solat bersama Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman, lalu aku belum pernah
mendengar salah seorang daripada mereka membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’. (Riwayat Imam Muslim dan Ahmad)

Pandangan kedua:
mazhab Asy-syafie dan Mazhab Hambali berpendapat bahawa basmalah merupakan salah satu ayat dalam surah al-fatihah.

Dalil: mafhum hadith yang bermaksud :-


Daripda Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “apabila kamu membaca Alhamdulillah maka bacalah
Bismillahirrahmanirrahim, sesungguhnya ia merupakan ummul quean, ummul kitab dan sab’ul mathani.
Bismillahirrahmanirrahim itu salah satu daripada ayat-ayatnya(surah Al-Fatihah). ” (Riwayat Imam Dar Qutni)

Kesimpulan :
Sebagai seorang muslim yang beramal dengan mazhab Asy-Syafie, kita berpegang kepada basmalah merupakan salah satu
ayat daripada surah al-fatihah yang wajib di baca dalam solat.

2) Tahukah anda ?
Bagi al-fatihah ada 12 nama.
- As-Solat ( ‫)الصالة‬ - Al Kafiah ( ‫) الكافية‬
- Al-Hamdu ( ‫) الحمد‬ - Al Wafiah ( ‫) الوافية‬
- Fatihatul Kitab ( ‫) فاتحة الكتاب‬ - Al Asas ( ‫) األساس‬
- Ummul Quran ( ‫) أم القرآن‬ - Ar Ruqyah ( ‫) الرقية‬
- As Sab’ul Masani ( ‫) السبع المثاني‬ - As Syifa ( ‫) الشفاء‬
- Al Quranul ‘Azim ( ‫) القرآن العظيم‬
3) Manusia ini terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : kumpulan yang menerima hidayah
Allah kurniakan lima cabang hidayah yang membawa manusia kepada kebahagian. (Empat bersifat umum dan satu bersifat
khusus) :-

1. Hidayah secara Ilham(fitrah)


-seperti keadaan kanak-kanak sejak lahir, keperluan kepada makan dan minuman untuk hidup sihat
-secara asasnya, makanan menjadi keperluan bayi untuk hidup (kita sedari dengan fitrah).
-contoh lain: jika kita mengantuk, secara fitrahnya kita perlu tidur untuk mengumpul semula tenaga(tindakan yang umum
dan sedia maklum oleh semua manusia)

2. Hidayah pancaindera
-kelengkapan bagi hidayah pertama di atas.
-yang membezakan manusia dengan haiwan.
-hidayah pancaindera ini akan meningkatkan darjat manusia.

3. Hidayah Akal
-hidayah yang paling mulia berbanding dua hidayah di atas.
-Tidak cukup pancaindera, tidak mesti tidak kurniaan akal menjadi hidayah yang paling utama dalam menyempurnakan
kehidupan seorang manusia.
-Dengan hidayah akal membuat manusia fikir lebih baik sekaligus mengawal pancaindera lain agar bergerak tanpa
mengikut hawa nafsu yang melulu-lulu.

4. Hidayah Agama
-Hidayah yang tidak pernah salah, sumber yang tidak pernah sesat.
-Jika hidayah-hidayah yang telah disebut di atas terpesong atau tertinggal, maka hadirnya hidayah agama ini sebagai
petunjuk yang kukuh agar tidak terkesan dengan keadaan sekeliling.
-maka, hidayah agama ini menjadi kurniaan yang paling menjadi keperluan bagi setiap manusia untuk terus dalam
kebahagiaan dan kesejahteraan .

5. Hidayah secara tersembunyi yang datang tanpa kita sedar(ma’nawi)


-petunjuk jalan yang menuju kebaikan dan kejayaan.
-hidayah ini lebih khusus berbanding hidayah agama yang disebutkan di atas, ini kerana hidayah secara ma’nawi perlu
sentiasa dituntut ke atas setiap hamba untuk memohon kepada Allah agar terus dikurniakan istiqamah dalam keimanan
kepada Allah.
Kedua : kumpulan kesesatan

Dua keadaan manusia yang hidup kesesatan :-

1. Dihukumkan ke atasnya kesesatan.


Allah hukumkan dia di dunia dan diadili di akhirat.
Selayaknya masuk ke dalam neraka dan ditarikh nikmat jalan menuju syurga

2. Pilihan untuk kekal dalam kesesatan.


Manusia yang memilih jalan yang penuh kepincangan.
Allah kekalkan dia dalam kesesatan.
Boleh jadi Allah berikan kudrat untuk dia berterusan dalam kesesatan dan kekufuran.

“ Al - Fatihah merupakan pembukaan sebuah episod cinta bagi seorang hamba


dengan Tuhannya. Surah ini juga adalah merupakan perkenalan yang sangat cantik
dari Allah kepada hambaNya yang mampu menjadikan cinta pertama yang tulus
dan suci berputik lagi mekar di dalam hati setiap hamba yang sentiasa mencari
hakikat kehidupannya yang sebenar.. “
-penulis Buku al-fatihah 1001 rahsia-

Rujukan :

Tafsir Al-Munir Fil Aqidah Wal Syariah Wal Manhaj (Ustaz Doktor Wahbah Az-Zuhaili)

Buku Al-Fatihah 1001 Rahsia (Ustaz Firdaus Shaharudin)


Disediakan oleh :
NURUL AIN BINTI RAHMAT

Anda mungkin juga menyukai