Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum …

Saya Nurfarahanim bt Nusbari akan membacakan surah al – fatihah bersama maksud dan juga
pengajaran yang dapat diambil dari surah al-fatihah.

Makna surah al-fatihah amat mudah diingati dengan mengikuti nyanyian nasyid erti al- fatihah…

Erti Al Fatihah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah) 


kami menyembahMu (Ya Allah) 
hanya kepadsMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus


(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka, 
bukan (jalan) mereka yang dimurkai 
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Hadirin yang dikasihi sekalian,

1) Surah al- fatihah juga dikenali dengan nama ummul quran ( induk al- quran ), ummul kitab
(induk kitab), al- asas ( dasar ), dan lain-lain lagi.
PENGAJARAN yang dapat diambil DARI SURAH AL-FATIHAH ialah:
1. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang layak dan berhak mendapat pujian kerana
segala nikmat yang diperolehi oleh makhluk semuanya adalah daripadaNya samada nikmat
duniawi atau nikmat agama sebagaimana yang terkandung di dalam ayat “ ‫“الحمد هلل‬

2. Surah ini mengandungi tiga jenis tauhid :


• Tauhid Rububiyyah, iaitu beriman bahawa hanya Allah SWT yang menciptakan,
mengatur dan memberi rezeki, sebagaimana yang terkandung di dalam ayat: “‫“رب العالمين‬.

• Tauhid Uluhiyyah, iaitu beriman bahawa tiada sembahan yang berhak dan layak
disembah kecuali Allah SWT. Adapun sembahan selain Allah SWT adalah batil. Diambil dari
penggalan ayat: ُ‫ك نَ ْستَ ِعين‬
َ ‫ك نَ ْعبُ ُد َوإِيَّا‬
َ ‫إِيَّا‬

• Tauhid Asma’ wa Sifat, iaitu beriman bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama serta
sifat-sifat yang mulia dan sesuai dengan keagungan-Nya. Di antaranya “‫”الرحمن الرحيم‬.

3. Larangan dari melakukan amalan syirik kepada Allah SWT sama ada dari segi
penyembahan atau memohon pertolongan. Ia diambil dari ayat: “‫”إياك نعبد وإياك نستعين‬

4. Penetapan adanya hari kiamat dan hari pembalasan, sebagaimana potongan ayat : “ ‫مالك يوم‬
‫”الدين‬. Hari pembalasan, hari kiamat pasti datang. Dimana semua manusia pasti kembali ke jalan
Allah…

5.kita juga diPerintah agar senantiasa memohon hidayah pertunjuk daripada Allah SWT sepanjang
masa kerana tanpa hidayah, manusia tidak akan selamat daripada azab api neraka dan hidayah
adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada hambaNya sebagaimana dalam ayat “
‫"اهدناالصراط المستقيم‬

6. Perintah untuk menempuh jalan orang-orang yang soleh sebagaimana dalam ayat “ ‫الذين أنعمت‬
‫“عليهم‬.

7. Perintah agar menjauhi jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT dan orang-orang sesat
sebagaimana dalam ayat: “ ‫“غير المغضوب عليهم وال الضالين‬

8. Peringatan dan ancaman daripada enggan untuk mengamalkan ilmu yang telah diketahui
sebagaimana orang-orang Yahudi kerana ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Demikian
pula, hendaklah kita berilmu sebelum berkata dan beramal kerana kebodohan akan membawa
kepada kesesatan sebagaimana orang-orang Nasara.

9. Manusia tergolong kepada tiga golongan, ahli taat “ ‫“الذين أنعمت عليهم‬, ahli maksiat “ ‫ “المغضوب عليه‬dan
ahli jahil “ ‫“الضالين‬. Oleh itu, marilah kita memilih jalan yang benar dan taat akan semua perintah Allah
supaya hidup kita diberkati dan mendapat keredhaan Allah di dunia dan juga di akhirat.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, asssalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai