Anda di halaman 1dari 5

Zikir dengan lafaz Allah (Zikir mufrad) Abdullah, Universiti Islam Antarabangsa Ringkasan Huraian 1.

Perbahasan tentang boleh atau tidak berzikir dengan nama Allah sahaja bukanlah satu perbahasan yang baru. Ianya telah lama dibincangkan dengan tajuk zikir mufrad. 2. Pertikaian zikir mufrad ini sering ditimbulkan oleh mereka yang berpegang dengan pendapat-pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dan Syeikh Muhammad ibnu Abdul Wahhab. 3. Kedua-dua pihak (pihak yang membolehkan zikir mufrad dan pihak yang mempertikaikan) mempunyai dalil-dalil mereka tersendiri. 4. Namun kebanyakkan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah membolehkan zikir mufrad ini dengan dalil-dalil yang kuat dan berdasarkan kaedah disiplin ilmu islam seperti Usul Fiqh dan Bahasa Arab yang soheh. (Sebahagian besar pengikut salafi atau Wahhabi tidak mengiktiraf label Ahli sunnah wal jamaah terhadap ulama-ulama ini, mereka akan menyebutkan mereka sebagai Asyairah atau golongan sufi). 5. Di sini akan disebutkan sedikit sebanyak dalil-dalil yang membolehkan zikir mufrad dari Al-Quran, as-Sunnah dan kata-kata para ulama. Dalil-dalil dari Quran a. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 41: () Maksudnya wahai orang-orang yang beriman sebutlah nama Allah dengan sebutan yang banyak. Ayat ini jelas menyebutkan perintah Allah untuk menyebutkan nama Allah. Maksud ayat di sini umum. Lafaz umum dalam ayat ini tidak boleh ditafsirkan secara khusus sehinggalah ada dalil khusus yang menafsirkannya, seperti mana ianya kaedah dalam ilmu usul fiqh.

b.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ala ayat 14-15: ( .)

Maksudnya telah berjaya mereka yang mensucikan diri, dan yang telah menyebut nama tuhannya seraya menunaikan solat. c. Firman Allah SWT dalam surah al-Muzammil ayat 8: () Maksudnya dan sebutlah nama tuhanmu . Dalil-dalil dari sunnah: a. Sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:

Maksud hadith: tidak akan berlakunya hari qiamat sehinggalah tidak lagi disebut di atas muka bumi Allah Allah. Hadith sahih riwayat Imam Muslim dalam Kitab Iman. Bab: Pada menyatakan hilangnya iman pada akhir zaman. Turut di riwayatkan oleh Imam Tirmidhi di dalam Kitab Fitan, bab tanda-tanda kiamat. Di dalam hadith ini isyarat menunjukkan lafaz Allah Allah adalah tanda iman seorang mukmin. b. c. Sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam: (Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengajarkan kepada Asmaa binti Umaysh)

Maksud hadith: Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat yang kamu sebutkan ketika mana kamu berada di dalam kesusahan. Allah, Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.

Hadith riwayat Abi Daud di dalam Sunan Abi Daud dan Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah; di dalam Kitab Doa. Bab: Doa ketika kesusahan. d. Ketika Sayyidina Bilah bin Rabah disiksa kerana keislamannya, beliau telah menyebut AhadAhad.. semakin kuat disiksa, Sayyidina Bilal semakin kuat menyebut AhadAhad

Kisah Bilal r.a diriwayatkan ramai ulamak antaranya Imam Baihaqi dan Imam Ahmad bin Hanbal. Ahad adalah salah satu dari nama Allah. Berdasarkan pada ayat-ayat dan hadithhadith di atas, jelas menunjukkan zikir Allah ada dalil secara umumnya, dan mereka yang mempertikaikan telah menjadikan dalil-dalil ini secara khusus, sedangkan sesuatu nas tidak boleh dikhususkan sehingga ada dalil khusus baginya. Kaedah di dalam ilmu usul fiqh:
. .

Maksudnya: Sesuatu pernyataan tersebut diambil daripada umum lafaznya bukannya dengan khusus sebab pernyataan tersebut dilafazkan. Ini yang difahami daripada para ulama. Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam yang dilafazkan kerana sebab-sebab tertentu namun ulama memahami bahawa walaupun ada sebab Baginda melafazkannya tetapi hukum diambil berdasarkan umum lafaz tersebut. Dari segi Bahasa Arab Pengucapan Allah, Allah, Allah dari sudut bahasa adalah harus dan tidak salah dari segi bahasa. Begitu juga nama Tuhan yang lain secara tersendiri (al-asma al-mufradah) harus dan tidak menyalahi bahasa Arab. Melafazkan nama Tuhan secara mufrad, hakikatnya mengungkapkan nama-nama tersebut di dalam satu ayat yang lengkap. Maka perkataan Allah yang dilafazkan itu jika dilihat dari sudut Irab boleh diterima sama ada:

1. Khabar kepada mubtada yang tersembunyi: Seumpama kita berkata Pencipta dan Pentadbirku Allah. 2. Mubtada kepada khabar yang tersembunyi: Seumpama kita berkata Allah adalah Rabb ku atau Allah adalah Zat yang Berkuasa.1 3. Maful bagi fiil yang disembunyikan Seumpama kita mengucapkan Aku memohon ampun kepada Mu, ya Allah. Selalunya sesiapa yang menyebut Allah Allah.. Allah akan lahir jauh di sudut hati rasa kehebatan, keagungan dan juga kasih sayang Allah. Ia tidak bercanggah dengan prinsip (usul) aqidah. Ia juga tidak dihalang dalam syariat malah tidak ada sebarang isyarat/tegahan dari syariat yang menunjukkan haram atau makruh. Malah banyak ayat Quran menyuruh menyebut nama Allah. Malahan sebenarnya seorang Islam tidak perlu dalil pun untuk menyebut nama Allah Allah Tuhannya. Lafaz Sayyidina Bilal radhiyallahu anha AhadAhad menunjukkan harus mengulangi lafaz mufrad. Syeikh Ibn 'Ajibah menyebutkan "Al-Ism al-mufrad" (Allah) adalah sultan bagi nama-nama Allah iaitu nama Allah yang teragung. Hendaklah si murid itu sentiasa menyebutnya dengan lidahnya sehingga nama Allah itu sebati dengan darah dagingnya dan meresap cahayaNya keseluruhan zahir dan batinnya dan setiap bahagian dirinya. Imam Abu Hanifah juga berpendapat al-Ism mufrad (Allah) juga adalah sultan bagi nama-nama Allah. (Ismu al-Azam). Sheikh Abu Qasim al-Junaidi pula menyebutkan: "Orang (yang benar-benar) dapat mengingati nama ini (Allah) hilang rasa wujud diri, erat hubungannya dengan Tuhannya, sentiasa melaksanakan hak Tuhannya, hatinya sentiasa memandangNya, berbagai nur shuhud (yang Allah kurniakan) menghapuskan pelbagai sifat jahatnya." Berzikir dengan menyebut Allah, Allah, Allah bukanlah bererti mempertikai zikir-zikir yang lain seperti Laailaha illallah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Subhanallahu wa
1

Sesuatu subjek (mubtada) dengan prediket yang tersembunyi (mahdhuf al-khabar) adalah diterima di seluruh dunia. Contohnya: Abu Bakar memanggil Zaid dari jauh dengan hanya menyebut nama Zaid Zaid Apabila Zaid mendengar dia terus berpaling menyahut. Ahli nahwu berkata di situ ada predikat yang tersembunyi contohnya: Zaid tengok sini, Zaid dengar sini.

bihamdih, subhanallahil azim, malah ia diulang seiring dengan zikir-zikir yang lain. Ada keadaan dan tempat yang berbeza untuk setiap itu. Imam al-Ghazali berkata zikir Allah Allah Allah ini diungkap ketika seorang hamba dalam hal seperti terlalu asyik dengan Allah, kagum dan rasa kehebatan Allah. Subhanaka la ilma lana illa ma allamtana innaka anta alalim al-hakim. Maha suci Engkau tidaklah kami mengetahui melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami, Sesungguhnya Engkau lah al-Alim al-Hakim. Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai