Anda di halaman 1dari 31

K A RN I VA L e-

KO K U R IK U L U M
I
NEGERI
P E ND I D K A N K H A S
PERAK
TARIKH PELAKSANAAN
NEGE
Pertandingan / Pendaftaran : Ogos - September / 1-22
RI 2021
September
Tarikh Tutup Penyertaan : 22 September 2021
Penjurian : 25 - 30 September 2021
Pengumuman Pemenang : 4 Oktober 2021
KEBANGSA
Pertandingan / Pendaftaran : Oktober - November / 1-22
AN 2021
Oktober
Tarikh Tutup Penyertaan : 22 Oktober 2021
Penjurian : 26 - 27 Oktober 2021
J/K TEKNIKAL
PERTANDINGAN
KETUA PEN. K.
TEKNIKAL TEKNIKAL

NUR FATIHAH WAN


BT. AZAULMAY MOHAMAD
013-8144001 ZAILAN B.
MOHD ZAIN
TARIAN GAJET LAGU SOLO TEPUK
017-5695434 NYANYIAN SUKAN
RAMPAIAN (PERKHEMA KOD SORAK SOLO STACKING
HAN) TANGAN

AHMAD MOHD HISYAM NUR MOHAMMAD


SUHANA BT. ABD RAHMAN SAIFULDAULA B. HASHIM SYAZWANI BT. IQBAL B.
SHAFIEE B. MAT ALI H B. RAZALI 011-10987122 ABD HAMID ZULKIFLI
012-5924149 019-6566546 014-5086442 017-5977292 011-10404560
SYARAT UMUM
PERTANDINGAN
1. Setiap kontijen negeri dibenarkan menghantar satu (1) peserta lelaki dan satu (1) peserta perempuan bagi
setiap kategori.
2. Setiap peserta pula hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori acara sahaja.
3. Semua penyertaan kontinjen akan menerima sijil penyertaan manakala pemenang akan menerima sijil
pencapaian dan hadiah.
4. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube tetapan unlisted
atau siaran langsung Facebook melalui Facebook Karnival eKokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 2021.
5. Pautan rakaman video hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form yang telah disediakan.
6. Format penghantaran teks lirik lagu dan tepuk sorak (jenis tulisan Arial dan bersaiz 12 serta jarak langkau 1.5)
dalam format *pdf.
7. Penampilan pakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan irama dan lagu yang dipersembahkan serta
harus menjaga sensitiviti budaya masyarakat Malaysia (jika berkenaan).
SYARAT UMUM
PERTANDINGAN
8. Setiap peserta wajib berada di dalam paparan rakaman/siaran langsung Facebook sepanjang masa
pertandingan berlangsung serta peserta tidak dibenarkan keluar masuk.
9. Kedudukan kamera hendaklah diletakkan di hadapan peserta dalam kedudukan melintang (landskap).
10. Semua rakaman video hendaklah TANPA tanda pengenalan negeri.
11. Rakaman video hendaklah TANPA menggunakan sebarang aplikasi tambahan.
12. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.
13. Semua rakaman/bahan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik KPM. Pihak KPM berhak
menggunakan rakaman/bahan tersebut dalam apa jua bentuk dan tujuan.
14. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi terma dan syarat
pertandingan.
SYARAT KHAS
PERTANDINGAN
TARIAN
JK Teknikal : Cik Suhana Binti Shafiee
RAMPAIAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD).
2. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada empat (4) minit dan tidak lebih daripada lapan (8) minit
sahaja.
3. Peserta perlu mengambil gambar seperti spesifikasi berikut:
Gambar 1 : pandangan hadapan dari paras dada ke atas (lengkap tatarias)
Gambar 2 : pandangan hadapan keseluruhan badan (busana lengkap)
Gambar 3 : pandangan belakang keseluruhan badan (busana lengkap)
TARIAN
RAMPAIAN
4. Spesifikasi rakaman video :
i. Video perlu dirakam dari kedudukan yang lebih tinggi supaya peserta dapat dilihat dengan jelas
dalam rakaman video.
ii. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang
rakaman.
iii. Ruang tarian berukuran 3m x 3m. Ruang ini perlu ditandakan secara jelas dengan menggunakan
kon, pita pelekat atau alatan yang bersesuaian.
5. Lagu pilihan hendaklah mempunyai gabungan rentak Joget dan Zapin sahaja.
6. Ciptaan karya tarian hendaklah tidak melangkaui tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia.
7. Penggunaan prop seperti senjata, barangan elektrik, elemen api dan air tidak dibenarkan.
TARIAN
PEMAKAIAN
RAMPAIAN
PAPARAN VIDEO
BUSANA : PERSEMBAHAN :

3m
3m
KRITERIA TARIAN
PEMARKAHAN : RAMPAIAN
SOALAN LAZIM : TARIAN
1. RAMPAIAN
Adakah lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan?
Ya, lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan.
2. Adakah lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan?
Ya, lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan.
3. Bolehkah lagu ‘minus one’ digunakan?
Ya, lagu minus one boleh digunakan.
4. Adakah prop boleh digunakan semasa persembahan?
Ya boleh. Namun demikian, prop seperti senjata, alatan tajam, unsur api, unsur air, barangan elektrik dan prop yang
merbahaya adalah tidak dibenarkan.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan busana dan tatarias?
Busana ialah pakaian yang lengkap. Tatarias ialah hiasan/kemasan di muka dan kepala.
6. Adakah markah akan dipotong sekiranya peserta menari melebihi masa yang ditetapkan?
Markah tidak akan dipotong, tetapi penilaian hakim hanya mengikut masa yang ditetapkan sahaja.
7. Adakah rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan?
Ya, rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan iaitu 3m x 3m dan ditandakan secara jelas.
8. Adakah penggunaan filter dalam rakaman video dibenarkan?
Tidak dibenarkan.
SYARAT KHAS
PERTANDINGAN
GAJET
JK Teknikal : En. Abd Rahman Bin Mat
(PERKHEMAHAN) Ali
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD).
2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube
(tetapan unlisted).
3. Spesifikasi rakaman video:
i) Video 1 – Pembinaan gajet
a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan proses kerja dengan jelas.
b. Penggunaan muzik latar, teks, dan lain-lain animasi grafik tidak dibenarkan.
c. Setiap peserta diberikan tempoh masa maksimum 90 minit sahaja untuk membina gajet.
d. Rakaman video hendaklah menggunakan aplikasi Time Lapse Video sahaja dengan tetapan kelajuan 10x.
ii) Video 2 – Pembentangan hasil gajet
GAJET
(PERKHEMAHAN)
a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan gajet.
b. Rakaman video wajib mempunyai sari kata Bahasa Melayu.
c. Pembentangan perlu dirakamkan dalam tempoh masa tiga (3) hingga lima (5) minit.
4. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing.
5. Setiap peserta perlu membentangkan hasil gajet yang dibina bagi perkara yang berikut:
i. Nama gajet
ii. Bahan gajet
iii. Ikatan yang digunakan
iv. Fungsi gajet
6. Penggunaan tali untuk ikatan gajet perlulah jelas menampakkan jenis ikatan yang digunakan bagi memudahkan
sesi penjurian dijalankan.
7. Semua gajet wajib dibina menggunakan teknik ikatan sahaja.
8. Semua gajet yang dibina hendaklah mempunyai ketinggian minimum 30 cm dan maksimum 200 cm.
9. Gajet yang berbentuk perangkap atau berbahaya tidak dibenarkan.
Aplikasi Time Lapse GAJET
Video : (Google (PERKHEMAHAN)
PlayStore sahaja)
KRITERIA GAJET
PEMARKAHAN : (PERKHEMAHAN)
SOALAN LAZIM : GAJET
1. Bolehkan video 1 dan video 2 digabungkan? (PERKHEMAHAN)
Tidak boleh. Peserta perlu menghantar dua (2) video berbeza secara berasingan.
2. Bolehkah rakaman time lapse bagi proses pembinaan gajet menggunakan aplikasi lain selain dinyatakan?
Tidak.
3. Bolehkan lagu latar dimasukkan dalam video 1?
Tidak. Video 1 kekal memaparkan keseluruhan proses awal hingga akhir gajet tanpa sebarang suntingan dalam tetapan
time lapse.
4. Adakah peserta boleh membina gajet kurang daripada 90 minit dan rakaman time lapse menjadi lebih pendek?
Boleh. Masa maksimum pembinaan gajet adalah 90 minit dan ditukar kepada tetapan time lapse.
5. Apakah jenis bahan dan tali yang boleh digunakan dalam pembinaan gajet?
Boleh menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati. Penggunaan tali perlulah bersesuaian dengan saiz bahan
digunakan dan pastikan ikatan yang dibuat dapat dilihat dengan jelas.
6. Adakah kamera perlu berada dalam kedudukan statik sewaktu rakaman video?
Tidak. Kebebasan diberikan bagi menunjukkan peserta dan gajet dalam pelbagai sudut secara berterusan tanpa
sebarang potongan dalam rakaman tersebut.
SYARAT KHAS
PERTANDINGAN
LAGU SOLO KOD
JK Teknikal : En. Ahmad Saifuldaulah bin
1.
TANGAN
Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Razali
Menengah (SM) daripada kategori Ketidakupayaan Pendengaran (BD) sahaja.
2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan (kecuali bagi penambahan sarikata
Bahasa Melayu) dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube (tetapan unlisted).
3. Spesifikasi rakaman video:
i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman.
ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa
persembahan.
4. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada tiga (3) minit dan tidak melebihi tujuh (7) minit.
5. Tema lagu kategori Balada daripada album/single artis Malaysia dalam versi Bahasa Melayu.
6. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
KRITERIA LAGU SOLO KOD
PEMARKAHAN : TANGAN
SOALAN LAZIM : LAGU SOLO KOD
1.
TANGAN
Adakah penyertaan terbatal sekiranya rakaman video tidak menampakkan keseluruhan badan peserta?
Tidak, selagi pergerakan kod tangan boleh dilihat oleh hakim.
2. Adakah tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan?
Ya, tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan.
3. Apakah kod tangan yang dibenarkan?
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
4. Adakah tarian yang tidak keterlaluan dibenarkan?
Ya, tarian dibenarkan selagi tidak melanggar tatasusila masyarakat Malaysia dan tidak mendatangkan risiko
kecederaan.
SYARAT KHAS
PERTANDINGAN
TEPUK SORAK
JK Teknikal : En. Mohd Hisyam bin
Hashim
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL)
yang menyertai unit beruniform di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Spesifikasi rakaman video:
i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang
rakaman.
ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa
persembahan.
3. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing.
TEPUK SORAK
4. Tepuk sorak yang dibuat hendaklah berupa kata-kata semangat atau membawa mesej yang baik (positif)
bertemakan PANDEMIK COVID-19 dan tidak mengandungi unsur-unsur perkauman atau yang boleh
menyinggung perasaan mana-mana pihak.
5. Tepuk Sorak hanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau gabungan kedua-dua bahasa tersebut.
Dialek negeri tidak dibenarkan.
6. Tempoh jangka masa video tersebut adalah tidak kurang 30 saat dan tidak melebihi 60 saat.
7. Sebarang penggunaan muzik latar adalah TIDAK dibenarkan.
KRITERIA TEPUK SORAK
PEMARKAHAN :
SOALAN LAZIM : TEPUK SORAK
1. Adakah penyertaan terbuka kepada ahli pengakap sahaja?
Tidak, penyertaan terbuka kepada semua MBK.
2. Adakah pemakaian baju seragam unit beruniform diwajibkan?
Tidak, namun ia akan mempengaruhi pemarkahan.
3. Adakah rakaman boleh dibuat di luar kawasan rumah?
Boleh, namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.
4. Adakah laungan semangat selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibenarkan?
Ya, laungan semangat dibenarkan dalam pelbagai bahasa.
5. Adakah penggunaan alat muzik dibenarkan?
Ya.
SYARAT KHAS
PERTANDINGAN
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas
NYANYIAN SOLO
JK Teknikal : Cik Nur Syazwani binti Abd
(MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM)
daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL). Hamid
2. Spesifikasi rakaman video:
i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman.
ii. Video perlu dirakam dari pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa
persembahan.
3. Masa yang diperuntukkan adalah minimum tiga (3) minit dan maksimum tujuh (7) minit.
4. Peserta dikehendaki mendendangkan satu (1) lagu dengan iringan muzik (minus one).
5. Pertandingan bertemakan Lagu Tema Filem Malaysia.
6. Penggunaan mikrofon dibenarkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.
7. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
NYANYIAN SOLO
KRITERIA NYANYIAN SOLO
PEMARKAHAN :
SOALAN LAZIM : NYANYIAN SOLO
1. Bolehkah peserta menyanyikan lagu selain dari senarai lagu yang diberi?
Boleh tetapi digalakkan memilih lagu daripada senarai yang dilampirkan.
2. Bolehkah peserta menyanyikan lagu secara Acapella?
Tidak digalakkan, kerana ia menyukarkan pihak hakim membuat penilaian dan memberi markah.
3. Apakah yang akan berlaku jika minus one yang digunakan mempunyai suara latar (backup vocal/harmony)?
Tiada markah yang akan diberi untuk bahagian harmoni.
4. Bolehkah penari latar digunakan untuk tujuan gimik?
Tidak.
5. Apakah yang akan berlaku jika masa persembahan melebihi 7 minit?
Persembahan selepas minit 7.01 tidak akan dibuat penjurian/pemarkahan.
6. Bolehkah peserta menyanyikan lagu medley?
Tidak boleh. Lagu yang dinyanyikan mestilah sebuah lagu penuh.
7. Bolehkah melakukan nyanyian secara iringan pemuzik secara langsung (live band)?
Boleh, dengan syarat kesemua anggota pemuzik tidak kelihatan didalam ruang rakaman video.
8. Adakah gimik merupakan salah satu aspek kreativiti?
Ya
SYARAT KHAS
PERTANDINGAN
SUKAN STACKING
JK Teknikal : En. Mohamad Iqbal bin
Zulkifli
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah
(SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Ketidakupayaan Pendengaran (BD) dan
Ketidakupayaan Penglihatan (BL).
2. Pertandingan adalah secara individu mengikut kategori berikut.
BIL KATEGORI SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
1. BD/BP (ADHD, KURANG UPAYA INTELEKTUAL, LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
SPESIFIK LD)
2. BL LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
3. BP (AUTISME) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
4. BP (SINDROM DOWN) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
SUKAN STACKING
3. Peserta wajib melaksanakan ketiga-tiga disiplin dalam sukan stacking.
i. Disiplin 3-3-3
Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) di sebelah kiri, tengah dan kanan.
ii. Disiplin 3-6-3
Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) cawan di sebelah kiri, enam (6) cawan di tengah, dan
tiga (3) cawan di sebelah kanan.
iii. Disiplin Cycle
Turutan susunan mengandungi stack 3-6-3, stack 6-6, dan stack 1-10-1. Peserta mengakhiri Cycle
dengan 3-6-3 dalam posisi ‘stack down’.

4. Pertandingan akan dilakukan secara siaran langsung Facebook melalui Facebook kumpulan Karnival
eKokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 2021.
5. Spesifikasi siaran langsung Facebook sepanjang masa SUKAN STACKING
pertandingan berlangsung :
i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan
sepanjang rakaman.
ii. Siaran langsung Facebook memaparkan kedudukan peserta.
iii. Paparan siaran langsung Facebook meliputi kepala, badan dan mat.
iv. Timer tidak boleh keluar dari paparan siaran langsung Facebook semasa menunjukkan masa.
v. Masa yang ditunjukkan perlu nampak dengan jelas.
6. Peserta wajib melaksanakan penghantaran pautan siaran langsung Facebook bagi setiap disiplin secara
berasingan, dan WAJIB melaksanakan perkara seperti yang berikut :
i. Dua (2) kali latihan - (tanpa merekod masa)
ii. Tiga (3) kali percubaan - (perlu merekod masa)
7. Perkakasan/peralatan permainan adalah mengikut spesifikasi World Sport Stacking Association (WSSA)
seperti berikut:
i. Cup (12 biji) ii. Mat iii. Timer iv. Display Timer (pilihan)
8. Pemenang ditentukan berdasarkan masa terpantas bagi setiap disiplin dan menepati kriteria pertandingan.
SOALAN LAZIM : SUKAN STACKING
1. Adakah dibenarkan penggunaan paparan masa (display timer) diwajibkan?
Tidak, tetapi setiap peserta digalakkan menggunakan display timer untuk memudahkan proses penjurian.
2. Adakah peserta perlu melakukan siaran langsung Facebook secara berterusan atau berasingan bagi setiap disiplin?
Ya, setiap peserta perlu menghantar pautan yang berbeza bagi setiap disiplin.
3. Apakah kriteria timer yang boleh digunakan?
Bacaan timer perlu memaparkan sehingga tiga (3) titik perpuluhan.
4. Bagaimanakah kedudukan kamera semasa siaran langsung Facebook?
Kedudukan kamera perlu sentiasa dalam kedudukan melintang dan berada di hadapan peserta.
Penggunaan kamera swafoto (selfie) tidak dibenarkan.
K A RN I VA L e -
KO K U R IK U L U M
I
NEGERI
P E ND I D K A N K H A S
PERAKSekian, Terima Kasi

Anda mungkin juga menyukai