AHMAD SAIFULDAULAH MOHD HISYAM B. NUR SYAZWANI BT. ABD MOHAMMAD IQBAL B.
SUHANA BT. SHAFIEE ABD RAHMAN B. MAT ALI B. RAZALI HASHIM HAMID ZULKIFLI
012-5924149 019-6566546 014-5086442 011-10987122 017-5977292 011-10404560
SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Setiap kontijen negeri dibenarkan menghantar satu (1) peserta lelaki dan satu (1) peserta perempuan bagi
setiap kategori.
2. Setiap peserta pula hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori acara sahaja.
3. Semua penyertaan kontinjen akan menerima sijil penyertaan manakala pemenang akan menerima sijil
pencapaian dan hadiah.
4. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube tetapan unlisted
atau siaran langsung Facebook melalui Facebook Karnival eKokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 2021.
5. Pautan rakaman video hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form yang telah disediakan.
6. Format penghantaran teks lirik lagu dan tepuk sorak (jenis tulisan Arial dan bersaiz 12 serta jarak langkau
1.5) dalam format *pdf.
7. Penampilan pakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan irama dan lagu yang dipersembahkan serta
harus menjaga sensitiviti budaya masyarakat Malaysia (jika berkenaan).
SYARAT UMUM PERTANDINGAN
8. Setiap peserta wajib berada di dalam paparan rakaman/siaran langsung Facebook sepanjang masa
pertandingan berlangsung serta peserta tidak dibenarkan keluar masuk.
9. Kedudukan kamera hendaklah diletakkan di hadapan peserta dalam kedudukan melintang (landskap).
10. Semua rakaman video hendaklah TANPA tanda pengenalan negeri.
11. Rakaman video hendaklah TANPA menggunakan sebarang aplikasi tambahan.
12. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.
13. Semua rakaman/bahan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik KPM. Pihak KPM berhak
menggunakan rakaman/bahan tersebut dalam apa jua bentuk dan tujuan.
14. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi terma dan syarat
pertandingan.
SYARAT KHAS PERTANDINGAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD).
2. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada empat (4) minit dan tidak lebih daripada lapan (8) minit
sahaja.
3. Peserta perlu mengambil gambar seperti spesifikasi berikut:
Gambar 1 : pandangan hadapan dari paras dada ke atas (lengkap tatarias)
Gambar 2 : pandangan hadapan keseluruhan badan (busana lengkap)
Gambar 3 : pandangan belakang keseluruhan badan (busana lengkap)
4. Spesifikasi rakaman video :
i. Video perlu dirakam dari kedudukan yang lebih tinggi supaya peserta dapat dilihat dengan jelas
dalam rakaman video.
ii. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang
rakaman.
iii. Ruang tarian berukuran 3m x 3m. Ruang ini perlu ditandakan secara jelas dengan menggunakan
kon, pita pelekat atau alatan yang bersesuaian.
5. Lagu pilihan hendaklah mempunyai gabungan rentak Joget dan Zapin sahaja.
6. Ciptaan karya tarian hendaklah tidak melangkaui tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia.
7. Penggunaan prop seperti senjata, barangan elektrik, elemen api dan air tidak dibenarkan.
PEMAKAIAN BUSANA : PAPARAN VIDEO PERSEMBAHAN :
3m
3m
KRITERIA PEMARKAHAN :
SOALAN LAZIM :
1. Adakah lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan?
Ya, lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan.
2. Adakah lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan?
Ya, lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan.
3. Bolehkah lagu ‘minus one’ digunakan?
Ya, lagu minus one boleh digunakan.
4. Adakah prop boleh digunakan semasa persembahan?
Ya boleh. Namun demikian, prop seperti senjata, alatan tajam, unsur api, unsur air, barangan elektrik dan prop yang
merbahaya adalah tidak dibenarkan.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan busana dan tatarias?
Busana ialah pakaian yang lengkap. Tatarias ialah hiasan/kemasan di muka dan kepala.
6. Adakah markah akan dipotong sekiranya peserta menari melebihi masa yang ditetapkan?
Markah tidak akan dipotong, tetapi penilaian hakim hanya mengikut masa yang ditetapkan sahaja.
7. Adakah rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan?
Ya, rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan iaitu 3m x 3m dan ditandakan secara jelas.
8. Adakah penggunaan filter dalam rakaman video dibenarkan?
Tidak dibenarkan.
SYARAT KHAS PERTANDINGAN
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah
(SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Ketidakupayaan Pendengaran (BD) dan
Ketidakupayaan Penglihatan (BL).
2. Pertandingan adalah secara individu mengikut kategori berikut.
BIL KATEGORI SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
1. BD/BP (ADHD, KURANG UPAYA INTELEKTUAL, LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
SPESIFIK LD)
2. BL LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
3. BP (AUTISME) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
4. BP (SINDROM DOWN) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
3. Peserta wajib melaksanakan ketiga-tiga disiplin dalam sukan stacking.
i. Disiplin 3-3-3
Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) di sebelah kiri, tengah dan kanan.
ii. Disiplin 3-6-3
Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) cawan di sebelah kiri, enam (6) cawan di tengah, dan
tiga (3) cawan di sebelah kanan.
iii. Disiplin Cycle
Turutan susunan mengandungi stack 3-6-3, stack 6-6, dan stack 1-10-1. Peserta mengakhiri Cycle
dengan 3-6-3 dalam posisi ‘stack down’.
4. Pertandingan akan dilakukan secara siaran langsung Facebook melalui Facebook kumpulan Karnival
eKokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 2021.
5. Spesifikasi siaran langsung Facebook sepanjang masa
pertandingan berlangsung :
i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan
sepanjang rakaman.
ii. Siaran langsung Facebook memaparkan kedudukan peserta.
iii. Paparan siaran langsung Facebook meliputi kepala, badan dan mat.
iv. Timer tidak boleh keluar dari paparan siaran langsung Facebook semasa menunjukkan masa.
v. Masa yang ditunjukkan perlu nampak dengan jelas.
6. Peserta wajib melaksanakan penghantaran pautan siaran langsung Facebook bagi setiap disiplin secara
berasingan, dan WAJIB melaksanakan perkara seperti yang berikut :
i. Dua (2) kali latihan - (tanpa merekod masa)
ii. Tiga (3) kali percubaan - (perlu merekod masa)
7. Perkakasan/peralatan permainan adalah mengikut spesifikasi World Sport Stacking Association (WSSA)
seperti berikut:
i. Cup (12 biji) ii. Mat iii. Timer iv. Display Timer (pilihan)
8. Pemenang ditentukan berdasarkan masa terpantas bagi setiap disiplin dan menepati kriteria pertandingan.
SOALAN LAZIM :
1. Adakah dibenarkan penggunaan paparan masa (display timer) diwajibkan?
Tidak, tetapi setiap peserta digalakkan menggunakan display timer untuk memudahkan proses penjurian.
2. Adakah peserta perlu melakukan siaran langsung Facebook secara berterusan atau berasingan bagi setiap
disiplin?
Ya, setiap peserta perlu menghantar pautan yang berbeza bagi setiap disiplin.
3. Apakah kriteria timer yang boleh digunakan?
Bacaan timer perlu memaparkan sehingga tiga (3) titik perpuluhan.
4. Bagaimanakah kedudukan kamera semasa siaran langsung Facebook?
Kedudukan kamera perlu sentiasa dalam kedudukan melintang dan berada di hadapan peserta.
Penggunaan kamera swafoto (selfie) tidak dibenarkan.